Mimpi Fang

"Sudikah engkau menjadi teman istimewa aku?"

"Menjadi teman istimewa kau?"

"Ya, terimalah-" terus television itu kena tutup dengan Kaizo

"ABANGGGG! Adik baru nak tengok apa akan terjadi dengan dia orang" kata Fang yang tiba-tiba sahaja menonton drama cinta dekat television akibat terlampau bosan sangat. Semua kerja sekolah sudah habis disiapkan, bersihkan rumah pun sudah siap, mahu lepak dengn kawan-kawan, semua tengah sibuk. Jadi dia duduk di rumah dan mencari cerita yang menarik di television sehinggalah dia terjerbak dengan kisah cinta yang tidak akan menjadi

"Yang kau tiba-tiba sahaja tengok drama cinta kenapa? Sudah buang tabiat ke?" tanya Kaizo. Dia meletakkan popcorn dan duduk di sebelah adiknya "Pasang DVD ni, abang baru sahaja beli dekat kedai semalam" Dia berikan DVD cerita hantu kepada adiknya. Kaizo baru sahaja habis menjalani latihan tempur seorang diri di kapal angkasa dan sekarang ini masa untuk merehatkan diri di rumah sambil menonton cerita hantu bersama adiknya

"Cerita hantu lagi?" kata Fang lagi dengan nada bosan

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Hehehe.. boleh tapi abang tak bosan ke asyik dengan cerita hantu sahaja. Abang tengoklah cerita lain pula. Macam movie perang-perang ke, movie robot lawan robot ke, movie superhero ke, movie magik-magik ke... banyak lagi movie yang menarik" Hati Fang berdebar-debar kerana takut tiba-tiba sahaja abang dia akan memarahi dia sebab mempersoalkan minatnya terhadap cerita hantu. Dia hanya tersengih sahaja

"Hmmm... apa kata kau sahaja yang pilihkan movie yang menarik untuk aku menonton" Terus Fang pergi mencari dvd yang sesuatu untuk abang dia. Dia keluarkan kesemua dvd superhero yang dia miliki. Dia berikan kepada abang dia untuk melihat dvd tersebut. Dia hanya mahu pastikan kebenaran daripada abangnya dulu sebelum mainkan dvd tersebut. Kaizo membelek-belek dvd tersebut "Pergi pasang dvd itu" kata Kaizo

"Yeahh!" Kaizo perhatikan sahaja gelagat adiknya yang tiba-tiba sahaja gembira semacam. Ini kes banyak sangat tengok drama cinta atau kes terkena perbuatan jahat Adudu ataupun kes tak boleh marah orang dalam masa satu hari? Dia cuba selesaikan masalah itu sambil perhatikan adiknya yang tengah memasang movie superhero

"Kau terlebih gembira hari ini kenapa?"

"Hmmm.. adik gembira sebab abang nak tengok movie kesukaan adik. Abang dan adik bonding time" dia berkelip-kelip mata dekat abangnya. Kaizo terus campak beberapa popcorn kepada adiknya. Fang abaikan sahaja dengan balingan popcorn itu, dia terus duduk disebelah abangnya sambil melihat movie yang baru sahaja bermula. Kaizo bersilang kaki sambil menonton movie itu dengan muka serius dia. Kaizo melihat adiknya yang begitu teruja apabila movie itu dimainkan, adiknya tidak sabar untuk scene-scene berlawan

"Bukan kau sepatutnya pergi belajar ke?" tanya Kaizo

"Ala, bagilah adik relax sekejap" Fang tidak mengalih pandangannya dari television itu. Dia hanya mahu tumpukan perhatian dengan movie tersebut "Lagipun, tinggal sebulan sahajakan untuk UPSR nanti"

"Oh, tinggal sebulan yea" Kaizo bangun dari sofa itu dan terus pandang adiknya. Fang hiraukan sahaja pandangan abangnya yang begitu menakutkan itu "Baik kau pergi ulangkaji sekarang, sebelum abang cantas television itu!"

"Tapi..."

"APA TAPI TAPI! KAU NAK GAGAL KE NANTI?! AKU TAHULAH KAU TU TERLEBIH PANDAI TAPI TAK BERMAKNANYA KAU PERLU PERGI BERMAIN-MAIN PULA! PERGI ULANG KAJI SEKARANG! PEDANG TENAGA!" Terus Fang lari ke bilik dia. Kaizo melihat adiknya lari lintang pukang seperti itik kena kejar dengan kucing. Dia menyimpan balik pedang tenaganya dan terus kembali duduk di atas sofa. Dia menjamah popcorn itu bersendirian sambil menonton movie Captain America: The Winter Soldier. Dia sangat teruja melihat aksi-aski lawan dan dia bayangkan dia adalah superhero bumi tetapi dia adalah pahlawan terkuat di galaxy. Buat apa dia nak jadi superhero bumi, dekat bumi ini sudah ada superhero tersendiri, fikir Kaizo

Fang terpaksa ulangkaji, kalau dia pergi tidur. Sudah tentu abang dia akan seksa dia satu hari, tak pun dua hari. Jadi dia dengan rela hati, dia mengulangkaji kesemua mata pelajaran, lagipun dia memang sukakan belajar kerana ianya dapat tenangkan diri dan pemikiran dia. Lagi sebulan untuk ujian UPSR, jadi dia kena berusaha untuk dapatkan yang terbaik dan tahun depan. Entahlah macam mana kisah tahun depan dia nanti, semuanya akan berubah seperti tahun ini

"Tapi yang tak berubah, perangai abang akulah" kata Fang sambil selesaikan masalah matematik "Tapi..." Dia mula tersenyum "Kalau abang aku bercinta.. bagaimana kehidupan aku nanti.. adakah dia akan berubah atau sama sahaja macam sekarang" Fang mula berfikir macam mana keadaan abang dia yang sedang bercinta "Rasa pelik pulak... ee... gila aku" Terus dia buangkan idea tersebut. Fang sambung balik selesaikan masalah matematik itu tanpa berfikir apa lagi. Dia begitu teruja melihat soalan-soalan baru di buku latihan baru dia. Semalam dia pergi memborong kesemua buku latihan baru sampai duit dia tidak mencukupi, sehinggalah dia nampak kawan baik dia iaitu Boboiboy yang ketika itu, sedang lalu di hadapan kedai buku. Dia merayu kepada Boboiboy untuk meminjam duitnya kerana dia nak sangat buku latihan baru dia tetapi dengan satu syarat. Dia tidak dibenarkan berkelakuan nakal di dalam masa sebulan dan juga sehingga habis sahaja peperiksaan UPSR. Jadi Fang setuju dengan syarat tersebut

----------------------------------------

"Pang!"

"Janganlah kacau adik. Adik baru nak bermaharajalela dekat galaxy ni. Abang pergilah main jauh-jauh" kata Fang di dalam tidurnya. Dia sedang bermimpi yang dia adalah pahlawan terkuat, terhebat dan paling kacak di alam semestar. Dia sendiri dapat kalahkan abang dia dengan kuasa yang dia telah kumpul dari seluruh galaxy. Kaizo melihat adiknya tidur dengan air liur meleleh keluar dari mulutnya. Habis buku latihan matematik Fang basah akibat terkena air liur tersebut

"PANGGGG! BANGUN!" Fang masih lagi tidak mahu bangun kerana mimpi dia terlampau seronok sangat. Di dalam mimpi itu, dia ketawa besar kerana dapat kalahkan Boboiboy

"Akhirnya, kau kalah juga.. hehehehee" Fang tergelak di dalam mimpinya. Kaizo sudah hilang tahap kesabarannya, lalu dia menepuk dahi adiknya sekuat hati. Fang terjatuh kebelakang dan terus dia bangun dari tidurnya. Kepala dia terkena sedikit hentakkan di atas lantai "Aduh, sakitnya kepala aku" Fang mengosok-gosok kepalanya. Dia membuka matanya dan nampak muka garang abangnya "ABANG! KENAPA ABANG TEPUK DAHI ADIK! ABANG MEMANG SUKA SANGAT BULI ADIK!" Kaizo hanya senyap sahaja sambil mengangkat keningnya sebelah

"Sudah itu memang kerja sebagai seorang abang. Buli adik dia tahap sadis" Akhirnya, dia bersuara juga "Sekarang, untuk buli kau lagi. Kau kena masakkan makanan yang sedap-sedap, sediakan tempat untuk makan di tempat latihan tempur dan bersihkan kawasan itu juga. Jangan lupa bawa makanan yang kau sudah masak itu ke kapal angkasa dan lagi satu" Abang dia dekatkan mukanya kepada adiknya "Jangan ganggu abang dekat kapal angkasa nanti, kalau kau ganggu juga. Aku akan bagi kau latihan tempur tahap sadis"

"Ba-baik abang" kata Fang sambil menelan ludah "Tapi.. abang nak makan sorang-sorang dekat kapal angkasa kenapa?"

"Bila masa abang nak makan sorang-sorang dekat kapal angkasa. SUDAH! PERGI CEPAT SEDIAKAN SEBELUM ABANG PULANG DARI STATION KERETAPI!" Kaizo terus keluar dari bilik adiknya. Fang menghela nafas. Dia baru nak berehat dan ulangkaji, abang dia suruh dia buat kerja pula tapi... "ERKKK! jangan-jangan.." terus Fang fikirkan yang bukan-bukan "Dia.. dia... " Fang bangkit dari situ dan terus keluar dari bilik. Dia mencari abangnya dan dapati abang dia sudah pun keluar dari rumah

"TIDAKKKKKKKKKKKK!" Fang menghantuk-hantuk kepala di dinding rumah "Abang aku sudah jatuh cinta ke?"

"PANGG! APA KAU TENGAH BUAT TU! PERGI BUAT MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP! SEKARANGGG!" Bergema satu rumah dengan suara abang dia. Kaizo terus menutup hempas pintu rumah mereka. Fang hentakkan kepala dia lagi sekali sebelum dia turun ke dapur. Dia dengan berat hati, berjalan begitu pelahan, seperti seorang askar mahu pergi berperang dengan musuh. Fang masuk ke dalam dapur dan terus membuka pintu sejuk

"Hmmm... kalau aku buat yang tak sedap. Mesti abang aku kena tampar. Lepas tu, aku juga yang kena kejar dengan abang aku tapi takpe! asalkan abang aku kena tampar dengan gadis yang tidak begitu bernasib baik!" dia mula fikirkan rancangan nakal dia "Hehehee.. rasakan kenakalan aku! MUAHAHAHAHAHAA.. tapi..." dia mula berfikir lagi "Siapa gadis yang bernasib malang tu?" Entah-entah kak Lynna! fikir Fang. Tapi tak mungkinlah. Dia terus berfikir di situ selama 5 minit. Adakah gadis yang tidak begitu nasib baik adalah kak Lynna? atau orang lain? fikir Fang lagi "Kalau kak Lynna, kenalah buat sedap-sedap tapi macam mana kalau bukan. Mesti budak perempuan tu suka pula.. kalau buat makanan tak sedap, macam mana kalau yang muncul itu adalah kak Lynna sendiri" Fang mula garu-garu kepala dia "ISK! SAKIT KEPALA AKU MEMIKIRKANNYA!"

Tanpa membuang masa, tapi dia telah menghabiskan masa selama 5 minit kerana asyik berfikir sahaja tadi. Dia keluarkan bahan-bahan dari peti sejuk untuk membuat sandwich buah. Ada mangga, tembikai yang belum dipotong, ada limau baru beli semalam dan ada juga strawberry yang tinggal dua biji sahaja. Dia keluarkan juga cream segar dari peti sejuk. Roti baru sahaja dia beli tadi, bersama dengan chocolate nutella. Selain sandwich buah, dia juga akan membuat juice laici dan juga pau kacang merah. Pau itu hanya stimkan sahaja. Semuanya makanan yang mudah dibuat, tiada benda berat yang perlu dia buat. Dia tersenyum sinis secara tiba-tiba. Dia membuka tempat laci rahsia yang dia kunci. Laci tersebut adalah tempat dia simpan barang-barang makanan kegemaran dia, supaya abang dia tidak makan sampai habis. Dia membuka laci tersebut dan keluar sebungkus biskut Yaya. Dia telah menyimpan biskut itu untuk kegunaan kenakan abang dia tetapi abang dia seperti tahu sahaja ada yang tidak kena dengan makanan tersebut dan akhirnya, dia juga yang kena makan. Fang membuka bungkusan itu dan keluarkan satu biskut Yaya. Dia letak di dalam sandwich buah itu

"Hehehehee" Fang ketawa setan di situ. Aura-aura kegelapan dia keluar kerana idea nakal tambah jahat dia "Pengsanlah korang nanti... hehehehe" tiba-tiba sahaja pintu rumah dia ada bunyi ketukan dari seseorang. Dia tahu itu bukan abang dia. Fang keluar dari dapur untuk melihat siapa ketuk pintu rumah dia. Fang membuka pintu itu dan dapati Boboiboy sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya dengan buku latihan matematik

"Hah! Semalam kata nak tolong aku kan" kata Boboiboy

"Aku lupa pula tapi.. aku tengah sibuk sekarang. Esok sahajalah kau datang" kata Fang. Kalau Boboiboy tahu aku nak buat jahat dekat abang aku, mesti aku kena dengar nasihat dari dia, fikir Fang

"Ala Fang, buat penat aje aku datang ke sini. Kalau kau sibuk, kenapa kau tak mesej sahaja aku"

"Hmm.. yelah, yelah" Fang pelawa Boboiboy masuk ke dalam "Kau buat apa sampai sibuk macam ni?"

"Abang aku suruh aku buatkan makanan untuk dia" Fang menutup pintu tersebut "Dia macam ada dating dekat kapal angkasa" kata Fang

"Oh! Patutlah aku nampak abang kau dengan kak Lynna tadi. Dia orang tengah beli ice cream dekat bandar tadi" Boboiboy duduk bersila di atas lantai ruang tamu sambil membuka buku latihan matematiknya

KAK LYNNA?! ALAMAK! "Kau tunggu sekejap, aku nak buat sesuatu" Fang terus ke dapur untuk keluarkan biskut Yaya dari sandwich buah. Dia tidak mahu Lynna pengsan dekat kapal angkasa. Lagipun Lynna itu adalah orang paling dia sayang, abang dia tetap no.1 dihati dia. Nampaknya, semuanya sudah selesai. Sandwich nampak begitu kemas dan menarik. Rasanya cukup menarik. Pau kacang merah juga sudah dimasak. Juice laici sudah berada di dalam peti sejuk. Tinggal hanya tikar untuk mereka berdua berkelah di kapal angkasa yang belum dikeluarkan lagi dari basement. Fang turun ke basement untuk mengambil tikar tersebut dan terus kembali ke dapur. Entah kenapa dia pula rasa senang hati

"BOBOIBOY! TOLONG AKU SEKEJAP!" Boboiboy bangun dari tempat duduk dia dan terus masuk ke dalam dapur

"Kau nak aku tolong apa?" Boboiboy terkejut melihat sandwich buah yang kelihatan begitu sedap "WAH! Menariknya! Mesti kak Lynna suka nanti. Jadi kau memang setuju lah kalau abang kau dating dengan kak Lynna?"

"Hehehehe.. mestilah! Kalau gadis lain, aku akan menolak 100%! Hanya kak Lynna sahaja yang boleh!"

"Ermmm.. yelah Fang tapi.. bila masa abang kau reti bercinta ni? Bukan ke dia selalu cakap buang masa sahaja" Boboiboy menolong Fang menutup bekas-bekas makanan tersebut dan dia masukkan kesemua bekas itu di dalam sebuah bakul besar

"Entahlah Boboiboy. Aku selalu fikirkan dia orang hanyalah kawan sahaja bukan lebih daripada itu. Tapi mungkin disebabkan dia orang selalu sangat bersama, mungkin sesuatu yang telah berputik dihati mereka" Fang keluarkan air laici di dalam peti sejuk. Dia sempat letakkan beberapa ketul ais di dalam bekas jug air itu "Kau angkat tikar tu, biar aku angkat bakul dan air ni. Aku nak bagi dia orang berkelah dekat kapal angkasa. Mesti kak Lynna suka nanti!"

"Hmm.. baik pulak kau ni" kata Boboiboy dengan kecurigaannya "Tapi pasal kak Lynna, kau mesti buatkan sesuatu yang istimewa untuk dia kan. Yelah, dia selalu ambik berat tentang kau. Baguslah kalau abang kau bersama dengan kak Lynna"

"Hehehehe..." Fang tersengih sambil keluar dari dapur tersebut. Dia telah menghubungi Lahap untuk mengambil mereka di bumi. Setelah sampai di kapal angkasa, tempat latihan tempur telah pun dipasang. Lahap perhatikan mereka bersiap sediakan tempat Kaizo dan Lynna berkelah di situ. Lahap siap betulkan kedudukan kapal angkasanya supaya mereka berdua dapat menikmati permandangan bumi dan juga bulan semasa mereka berdating di latihan tempur. Fang bentangkan tikar tersebut dan keluarkan dua pinggan dan dua cawan. Dia susun di atas tikar tersebut. Manakala Boboiboy pula, keluarkan bekas-bekas makanan dan susun di tengah-tengah tikar itu

"Kapten sudah sampai!" Mereka cepat-cepat mengangkat benda yang tidak penting di situ dan terus berlari sorok di tempat lain. Fang dan Boboiboy duduk di dalam bilik Kaizo, kerana tingkap dia sahaja yang boleh melihat keadaan tempat latihan tempur. Mereka mengintai sedikit untuk melihat Kaizo dan Lynna berjalan ke tengah-tengah medan latihan tempur. Mereka keluar dari bilik tersebut dan cari tingkap yang lebih dekat dan boleh mendengar percakapan mereka

"Wow, romantic nya tempat ni" Lynna terkejut dengan tempat berkelah mereka. Hari ini Lynna berpakaian serba cantik, lebih cantik daripada sebelum ini. Kaizo memimpin tangan Lynna untuk duduk di atas tikar itu. Fang tersenyum malu melihat mereka berdua

"Tak sangka pula abang aku tu gentleman" kata Fang

"Kenapa? kau ingat abang kau tu akan sentiasa dengan keganasan dia ke?" muncul Lahap disebelah Fang. Dia juga ingin melihat perkelahan Lynna dan Kaizo "Ini pertama kali aku nampak kapten begitu gembira. Selama ini dia mana pernah macam ni, asyik fikirkan tentang misi dia tapi aku tak rasa dia akan lupakan tentang misi dia hanya kerana seorang perempuan. Lagipun Lynna tu pandai mengawal keganasan dan kesadisan abang kau tu"

"Hmmm.. mungkin juga Lahap" bisik Fang. Mereka melihat Kaizo duduk disebelah Lynna sambil menuang air laici itu di dalam cawan

"Kaizo, kenapa kau ajak aku ke sini? Kenapa kau sediakan tempat berkelah ni?" tanya Lynna sambil melihat sandwich yang menarik itu "Ini mesti Fang yang buat, aku tak percaya yang kau buat ini semua"

"Hmmm.. pandai pula kau meneka" Kaizo tersenyum sedikit

"Mestilah, aku sudah lama kenal perangai kau. Kalau bab-bab masak ni, mesti Fang yang buat. Kau hanya tahu dengan latihan tempur dan misi sahaja"

"Itu sahaja yang aku sentiasa fikirkan semenjak aku menjadi kapten. Ini semua kerana ingin melindungi galaxy ini daripada orang yang tidak di ingini. Semua sphera kuasa yang ada di galaxy ini juga, aku perlu melindungi sebelum jatuh ke tangan yang salah" Kaizo membelahkan pau kacang itu kepada dua. Sebelah lagi dia berikan kepada Lynna. Lynna menerima pau kacang merah itu. Dia memang suka kacang merah kerana itu adalah makanan kegemaran dia

"Terima kasih kerana kau buatkan tempat ini menjadi tempat istimewa tapi aku sepatutnya terima kasih dekat adik kau sebab dia yang buatkan" Lynna gigit pau kacang merah itu "Sedapnya!" Kaizo tergelak sedikit melihat Lynna menikmati pau kacang merah itu

"Tapi.. kau tak perlulah buat semua ini"

"Kenapa? kau tidak suka ke?" tanya Kaizo

"Suka sangat tapi... " Muka Lynna merah padan kerana rasa malu. Apasal jantung aku berdengup begitu cepat, fikir Lynna. Kaizo melihat sahaja Lynna yang tiba-tiba sahaja senyap

"Kenapa? ada sesuatu yang tidak kena ke?"

"Takde apa-apa... aku cuma takut pula nak ada hubungan istimewa dengan kau"

"Takut? kenapa pula?" Kaizo melihat Lynna yang sedang memandang planet bumi itu

"Aku takut Fang akan menjadi penghalang nanti. Dia mesti tidak suka kalau abang dia ada orang lain dihati kau selain daripada dia. Kau tahu sahajalah dengan perangai Fang, dia akan rasa cemburu pula nanti" kata Lynna

"Tak, aku tak rasa begitu sebab aku sendiri nampak dia akan gembira bila kau ada di sini. Dia memang suka bila kau datang ke Pulau Rintis, dia sangat mengagumi dengan kebolehan kau dan kata-kata nasihat kau kepada dia. Aku yakin, dia akan gembira apabila dapat tahu berita tentang kita berdua"

"Betul tu! Fang sangat suka!" tiba-tiba sahaja muncul si Fang di tengah-tengah antara Lynna dan Kaizo. Boboiboy yang ada di tepi tingkap, dia tidak sedar pula Fang sudah turun ke tempat latihan tempur. Boboiboy menepuk dahinya dan Lahap pula, tergelak sahaja. Fang mesti kena hukuman selepas ni daripada kapten aku, fikir Lahap

"Pang?! Apa kau buat dekat sini. Bukan ke aku suruh kau jangan menganggu kita orang" marah Kaizo tetapi Fang hiraukan sahaja. Dia hanya peluk tangan Lynna

"Kak Lynna, kak Lynna jaga abang baik-baik ok. Lepas tu jangan bagi abang hukum adik setiap hari. Suruh dia kurangkan buli adik" Tiba-tiba sahaja Fang bahasakan diri dia sebagai adik kepada Lynna. Kaizo tarik tangan adiknya supaya lepas pelukan itu tetapi Fang memeluk begitu erat sekali. Lynna hanya ketawa sahaja melihat gelagat mereka berdua "Kak Lynna! nasihatkan lah abang tu! Dia suka sangat seksa adik setiap hari!"

"Isk budak ni! DEGIL BETUL!" Kaizo menarik tangan adiknya lagi tetapi dia tidak berjaya. Fang hanya menjelir lidah kepada abangnya "Kau ni memang betul-betul nak kena dengan aku"

"Kaizo, biarkan sahaja lah dia nak sertai kita orang. Lagipun sandwich ni banyak, kita berdua sahaja tidak akan dapat menghabiskannya" Fang mengangguk sahaja. Kaizo mengalah. Dia biarkan sahaja adiknya berada di situ tetapi dia akan menerima akibatnya nanti. Kaizo bermasam muka di situ "Senyumlah sedikit Kaizo" Lynna tergelak melihat muka masam Kaizo

"Biarkan dia sahaja kak Lynna. Abang mana reti nak senyum" Fang memberikan sandwich buah itu kepada Lynna "Sandwich ini adik yang buat, kak Lynna rasalah" Lynna mencuba sandwich buah tersebut

"Sedap! pandai Fang buat" Lynna mengusap-usap kepala Fang "Bolehlah Fang ajar kak Lynna nanti"

"Boleh boleh! Tapi kak Lynna kenalah datang rumah adik setiap hari!" Mereka berdua ketawa mesra di situ sehingga membuatkan Kaizo rasa sedikit cemburu "Abang tak nak rasa ke?"

"Tak perlu, aku tahu kau sentiasa buat yang sedap-sedap" kata Kaizo "Lain kali, biar aku sahaja yang masakkan untuk Lynna. Kau tak perlu masuk campur lagi selepas ini" Kaizo memandang tepat ke arah mata adiknya. Mereka berdua bertentang mata. Lynna rasa nak ketawa lagi melihat gelagat dua beradik "Lain kali, kalau kau ganggu lagi. Aku akan pastikan kau akan diseksa dengan kejam. Tiada lagi simpati daripada aku"

"Bukan abang memang sentiasa rasa simpati ke dekat adik. Kalau ada pun, kena tunggu adik sakit ke, jadi gila ke, orang culik adik ke, orang cuba nak bunuh adik ke..."

"APA KAU CAKAP! PEDANG TENAGA!" Terus Kaizo mengejar Fang di sekeliling Lynna "MARI SINI KAU! KAU NI MEMANG NAK KENA DENGAN AKU!"

"ADIK BERGURAU SAHAJA! JANGAN LAH!" Kaizo tetap mengejar adiknya sehingga dia dapat belasah adik dia sepuas-puasnya. Lynna sudah cukup masak dengan gelagat mereka berdua, ini bukan lagi perkara asing buat dia. Dia hanya menikmati sandwich buah itu keseorangan sambil melihat bintang-bintang di angkasa lepas. Akhirnya Fang juga kena belasah oleh abangnya. Fang baring terlentang disebelah Lynna. Kaizo pula, kembali di tempat duduknya dan lalu menikmati sandwich buah itu bersama Lynna sambil melihat bintang-bintang berkelipan di angkasa lepas

------------------------------------------------

Beberapa hari selepas kejadian itu, Lynna kerap datang ke rumah dengan bahan-bahan untuk memasak bersama dengan Kaizo. Kadang-kadang Fang cuba menyibuk tetapi dia dihalau keluar oleh abangnya. Kadang-kadang semasa Kaizo tiada di rumah, Fang masak bersama dengan Lynna. Mereka bergurau mesra di dapur sehinggalah Kaizo muncul di belakang adiknya. Dia akan mengheret adiknya keluar dari rumah. Mereka berdua akan bergaduh di hadapan Lynna dan Lynna hanya sabar sahaja dengan sikap mereka berdua yang suka sangat bergaduh tetapi dia tahu, Fang dan Kaizo akan berbaik semula selepas itu. Ada masanya, Kaizo akan mengajak Lynna dan Fang keluar bersiar-siar di bandar dan makan di luar sahaja. Boleh dikatakan kehidupan mereka bertambah ceria, setiap hari mesti ada sesuatu yang terbaru dari mereka bertiga. Keadaan di rumah semakin bertambah huru-hara semenjak Lynna menjadi teman istimewa Kaizo. Pada suatu hari, sedang Fang sibuk memotong lobak merah di dapur bersama Lynna. Kaizo memanggil adiknya

"PANG! KE SINI SEKEJAP!" Fang meletakkan pisaunya dan terus keluar dari dapur. Lynna tahu Kaizo akan menghalau adiknya lagi sekali. Dia mengintai di luar dapur untuk melihat apa yang akan berlaku nanti

"Pang, pergi bukakan pintu rumah untuk abang" kata Kaizo dengan nada baiknya. Fang rasa ragu-ragu dengan nada suara abangnya

"Kenapa pula? Takde pun orang ketuk pintu"

"BUKA SAHAJALAH!" kata Kaizo. Fang ikut sahaja arah abangnya. Lalu dia membuka pintu tersebut dan dapati tiada siapa di luar rumah

"Mana ada sesiapa ketuk pintu rumah kita, yang abang suruh adik buka pintu kenapa?" Fang menoleh sedikit kebelakang dan nampak abangnya sedang tersenyum sadis ke arahnya "Kenapa abang?" tanya Fang dengan suara ketakutannya. Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya tendang adiknya keluar daripada rumah itu dan lalu menghempas tutup pintu itu

"ABANGGGGGGGGGGG!" Menjerit Fang. Dia ingin membuka pintu rumahnya tetapi abang dia sudah kunci pintu itu. Dia ketuk-ketuk pintu tersebut "ABANG! BAGILAH ADIK MASUK!"

Kaizo hiraukan sahaja jeritan adiknya. Dia lalu nampak wajah marah Lynna yang sedang berdiri di muka pintu dapur. Kedua belah tangannya sedang bersilang sambil pegang sebilah pisau

"KAIZO! Kenapa kau buat adik kau begitu?"

"Sebab dia tu sentiasa sibuk sahaja"

"Sibuk? Itu alasan kau! Kalau kau tak suka melihat dia dengan aku dekat dapur, kau boleh sahaja cakap elok-elok dengan adik kau tapi bukan cara begitu. Kau tetap dengan cara keganasan kau"

"Itu sudah menjadi kebiasaan aku" kata Kaizo. Dia tidak mahu bergaduh dengan Lynna kerana dia tahu, apa yang Lynna katakan adalah betul dan dia salah tetapi ego dia tetap ada di dalam diri dia "Kalau aku berlembut sahaja dengan dia, mesti dia akan lawan cakap aku"

"But dia masih lagi lawan cakap kau. Dia masih lagi dengan kedegilannya, dia masih lagi nakal tapi Fang hanyalah budak kecik sahaja. Janganlah kau terlampau ganas sangat dekat dia. Aku takut nanti dia terikut dengan perangai kau"

"Hmm.. yelah. Aku akan kurangkan keganasan aku" Kaizo terus naik ke bilik dia "Kalau kau nak balik, balik lah.. aku nak bersendirian hari ini"

"Tapi.." Kaizo sudah pun menutup pintu biliknya. Lynna berdiri di ruang tamu keseorangan tapi dia akan habiskan memasak dulu sebelum dia pulang ke rumah. Lynna masuk balik ke dapur untuk sambung memotong lobak merah tapi sebelum itu, dia perlu panggil Fang masuk balik ke dalam rumah. Lynna pergi ke pintu rumah dan lalu membukanya. Dia terkejut kerana Fang di dalam genggaman musuh Kaizo

"Serahkan diri kau sebelum aku bunuh dia" kata orang itu sambil mengacu pistolnya di kepala Fang

"Jangan kak Lynna! Jangan serahkan diri kak Lynna!" merayu Fang

"DIAM! KALAU KAU NAK HIDUP, BAIK KAU DIAM SAHAJA!" kata orang itu kepada Fang

"Kau siapa hah?" Lynna keluarkan kuasa api dia di tangannya "Apa kau nak dekat diri aku?"

"Aku, nama aku Alexandra. Kau boleh panggil aku Alex" kata Alex dengan senyuman sinis dia. Gigi dia ada satu gigi emas dan satu tiada gigi di bahagian bawah "Aku adalah musuh kepada Kapten Kaizo. Aku sendiri juga tahu bahawa dia mempunyai musuh yang begitu ramai dan aku tidak sangka pula dia berada di bumi yang kaya raya ini. Bumi ini mempunyai pelbagai element yang begitu menarik tetapi aku hanya tertarik kepada satu sahaja, iaitu" Dia ketawa sedikit dan lalu memandang mata Lynna "Kau!"

"Kau tak kan dapat diri aku" Lynna baling sebilah pisau yang ada di tangannya tetapi Alex sempat tunduk bersama dengan Fang "Isk! Rasakan kuasa daripada aku!"

"Kau nak lihat adik kesayangan kapten terbunuh akibat kuasa kau ke?" terus Lynna berhenti "Baru kau tahu. Serahkan sahaja diri kau dan aku tidak akan apa-apakan dia"

"Jangan kak Lynna" bisik Fang. Lynna perlu memikirkan cara lain untuk selamatkan diri dia dan juga Fang. Panggil Kaizo? tapi Fang dalam bahaya? Serahkan sahaja diri aku? Tetapi bagaimana kau dia hanya menipu sahaja, fikir Lynna

"Apa yang kau sedang fikirkan"

"Aku sedang fikirkan bagaimana untuk hapuskan kau" Lynna menendang tangan Alex yang sedang memegang pistol itu. Fang terlepas dari genggaman Alex tadi dan dia terjatuh di tepi tangga luar rumah "Rasakan ini pula!" Lynna melompat keluar dari pintu rumah tersebut dan lalu dia mengeluarkan bebola api disekelilingnya. Dia menyuruh bebola api tersebut menyerang Alex tetapi bebola api dia dipadamkan oleh kuasa air Alex

"Huh?!"

"Kau ingat aku tiada kuasa! Tapi aku tak kan menyerang kau! AMBIK DIA!" Sebuah cahaya menyinari di atas Lynna dan lalu menarik Lynna naik ke atas kapal angkasa dan terus hilang

"KAK LYNNAAAA!" Fang bangun dari tempat dia jatuh tetapi dia di tendang oleh Alex "Aduh!"

"Beritahu abang kau, kalau dia mahu teman istimewa dia balik. Datang ke kapal angkasa aku" terus dia hilangkan diri

"KAK LYNNAAAAA!"

Kaizo mendengar jeritan adiknya. Lalu dia keluar dari biliknya dan terus terjun dari balkoni rumah dan mendarat di ruang tamu. Dia cepat-cepat pergi ke pintu rumah yang terbuka luas itu. Kaizo nampaknya adiknya menangis teresak-esak kerana Lynna telah diculik oleh musuh Kaizo

"KAK LYNAAA!" Fang menjerit lagi sambil melihat langit. Kapal angkasa tadi tidak akan kembali balik ke bumi "Kak Lynna..."

-------------------------------------

"KAK LYNNAAAA!" Fang terbangun dari tidurnya "Mimpi sahaja" bisik Fang sambil melihat jam di dinding bilik dia "Lama juga aku tertidur tapi mimpi tadi.. nampak macam betul pula atau hanya perasaan aku sahaja" Fang terdengar suara gelakan dari luar bilik dia. Dia bangun untuk melihat siapa gelak begitu kuat sekali. Jangan-jangan mimpi dia jadi kenyataan, yang abang dia dengan... fikir Fang "Jangan fikir yang bukan-bukanlah, Fang" kata dia sendiri

Fang membuka pintu biliknya untuk melihat siapa yang gelak dekat ruang tamu. Dia berdiri di tepi balkoni atas dan dapati Rizu ada bersama dengan abangnya. Rizu ketawa mesra dengan abangnya. Pertama kali dia melihat abangnya membuat muka pelik kepada Rizu

"Cheh, kalau dia dengan Rizu, boleh pula dia buat muka pelik. Kalau dengan aku, muka asyik serius sahaja" bisik Fang sambil berjalan ke tangga rumah

"ABANG FANGG!" Rizu perasan dengan kehadiran Fang di situ "Abang Fang! Pizu ada bawakan donut kegemaran abang!" Dia mengangkat satu kotak yang penuh dengan donut lobak merah "Jomlah duduk sebelah Rizu, sambil tu kita menonton movie yang Pizu bawa tadi" Fang duduk di sebelah Rizu

"Ermm.. abang tak kisah ke kalau adik menonton movie?" tanya Fang

"Hmm.. hari ini sahaja. Esok kau perlu pergi mengulangkaji! Jangan nak bermain sangat! Kalau kau dapat keputusan yang teruk, abang akan hantar kau ke rumah atuk dan nenek, FAHAM?"

"Faham abang"

"Dengar tu abang Fang! Jangan main-main lepas ni" lalu dia ketawa sambil membuka kotak donut lobak merah. Semuanya tersusun cantik di dalam kotak tersebut. Fang rasa tidak mahu mengambilnya kerana terlampau cantik sangat tetapi dia terpaksa mengambil donut itu juga sebab Rizu sudah membawa donut kegemarannya. Tak elok kalau dia tidak makan dan biarkan sahaja

"Kita nak tengok movie apa?"

"MOVIE HARRY POTTER MARATHON!" Menjerit Rizu sambil keluarkan sebatang kayu atau lebih dikenali sebagai wand "Abang Fang dan abang Kaizo kena tengok movie ni bersama Pizu, ok!"

"Jangan lupa kak Lynna sekali" Terus Fang pandang ke arah pintu dapur. Lynna muncul dengan sebuah mangkuk yang penuh dengan potato chips dan juga sebungkus kerepek pisang

"Kak Lynna pun ada sekali?"

"Hehehe.. mestilah, akak ada dekat sini sebab akak bosan dekat KL. Takde benda nak buat, jadi akak datanglah sini" Lalu dia duduk di atas sofa dan letakkan mangkuk besar itu di atas meja ruang tamu "Jom kita mulakan marathon movie kita pada hari ini!"

"YEAHHH!" Menjerit Rizu dan Fang

Kaizo hanya berdiam diri dengan muka serius dia. Dalam hati dia tersenyum sedikit

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top