Mimpi dan Memori
"ABANG PAIZOOOOO!" terkejut Kaizo dengan jeritan Rizu tadi. Selamat jari dia tidak terkena pisau. Rizu hari ini begitu gembira sekali, dia asyik tersenyum sahaja dekat Kaizo dengan anak patung penguin dia. Semenjak Lynna cerita apa yang terjadi pada hari itu, Rizu tak habis-habis panggil Kaizo, Paizo "Abang Paizo masak apa?" Kaizo sabar sahaja dengan Rizu kerana memanggil dia Paizo
"Hmmm... abang tengah nak buat bubur lobak merah"
"Asyik bubur lobak merah sahaja. Abang Paizo buatlah benda lain selain daripada lobak merah tapi kalau abang Paizo buat masakan lain pun, mesti masinkan. Abang Paizo suka sangat bubuh garam banyak sangat. Abang Paizo nak bagi abang Fang sakit perut ke? Kasihan abang Fang tau, dia terpaksa makan semua makanan abang Paizo buat sebab dia tak nak abang Paizo kecik hati. Abang Paizo kalau nak Pizu bantu, Pi-" terus dia kena sumbat dengan lobak merah sebab Kaizo tidak tahan dengan celoteh Rizu yang panjang lebar. Sampai esok cerita dia tak nak berhenti. Rizu kunyah lobak merah itu
"Rizu pergi kejutkan si Pang tu. Kalau dia tak nak bangun, Rizu tendang sahaja dia" kata Kaizo sambil memotong lobak merah
"Baik abang Paizo!" Rizu keluar dari dapur dengan gembiranya. Hari ini ibu dia benarkan Rizu tidur di rumah Kaizo dan Fang, jadi dia bawa video game dia, buku lukisan dia, anak patung penguin dia dan juga beg pakaian dia. Pagi-pagi lagi Rizu sudah sampai tetapi Fang masih lagi membuta di dalam biliknya. Rizu naik ke atas dan mengetuk bilik Fang tetapi Fang tidak menjawab
"Abang Fang, Pizu masuk bilik abang Fang ok" Rizu membuka pintu bilik tersebut. Bilik itu kelihatan gelap kerana langsir belum di buka lagi. Dia masuk secara pelahan-lahan dan menuju ke katil Fang. Dia kejutkan Fang secara pelahan-lahan "Abang Fang, bangun... bangun... Pizu datang ni" kata Rizu
"Ja.. ja.. jangan... ganggu... aku" kata Fang di dalam tidurnya "Aku... tak.. mahu.. mengingatinya"
"Abang Fang?"
"JANGAN GANGGU AKUUUU!" Rizu terkejut dan lalu dia menjerit sekuat hati sehingga Fang terbangun dari tidurnya. Kaizo muncul di muka pintu dengan sebilah pisau dan mereka berdua menjerit sekuat hati kerana takut melihat muka serius Kaizo sambil pegang sebilah pisau macam nak bunuh orang
"KENAPA KAMU BERDUA MENJERIT PAGI-PAGI NI?" terus mereka senyap. Rizu menggigil kerana masih lagi dalam ketakutan
"Yang abang tiba-tiba muncul dengan pisau tu kenapa? Mana kita orang tak takut" marah Fang balik
"Kalau orang jahat yang cuba bunuh adik, abang kenalah bersedia"
"Yelah abang... cakap ajelah abang lupa nak letak pisau tu. Kalau orang jahat cuba bunuh adik pun, adik kan boleh mempertahankan diri adik"
"Banyak jawab pula budak ni" bisik Kaizo "Abang nak sambung potong lobak merah. Kau pergi mandi, jangan nak sambung tidur" Kaizo keluar dari bilik adiknya dan tidak perasan Fang menjelir lidah kepada abangnya. Rizu ketawa sedikit. Dia sudah pun berhenti menggigil. Rizu dengan sukanya, dia letak anak patung penguin di sebelah anak patung landak di atas katil Fang
"Siapa bagi penguin ni?"
"Kakak Lily bagi. Semalam dia hantar 2 kotak kerepek pisang! Oh yea, tadi abang Fang mimpi apa sampai mengigau?" tanya Rizu sambil melihat Fang mengemas katilnya "Abang Fang cakap jangan ganggu abang Fang. Abang Fang mimpi buruk ke?"
"Entahlah, abang tak ingat apa yang abang mimpi tadi" Fang tidak tipu, dia memang tidak ingat apa yang dia mimpikan tadi. Selalunya, kalau dia mimpi buruk, mesti dia akan ingat tapi kali ini dia langsung tidak ingat apa-apa. Mungkin mimpi sahaja "Rizu sudah sarapan pagi?"
"Sudah! Sebelum Pizu datang ke sini, ibu buatkan sarapan pagi. Ibu buat pancake! Sedap sangat! Ibu siap letak chocolate chip dalam pancake tu, lepas tu ibu letak ice cream atas pancake. Ada chocolate syrup, maple syrup dan pisang!"
"Hmm... baguslah" kata Fang sambil tepuk-tepuk bantal dia "Abang nak pergi mandi dulu, Rizu tunggulah dekat bawah kalau nak"
"Pizu nak tunggu dekat sini" Rizu terus duduk di atas katil dan melompat-lompat sedikit. Fang sabar sahaja sebab dia baru sahaja habis kemas katil itu "Abang Fang pergilah mandi cepat, nanti kita boleh main lepas ni" Selepas itu Rizu baring di atas katil dan guling-guling bersama dengan anak patung penguin dan landak. Dia peluk dua anak patung itu dan berguling-guling dengan gembiranya. Fang rasa sedikit berapi, dia rasa nak marah sahaja tapi dia sabar kerana Rizu masih kecil lagi. Dia tenangkan diri dia dan terus masuk ke dalam bilik air
"Cik penguin hari ni nak main apa?" tanya Rizu kepada anak patung penguin dia "Cik penguin nak main dekat luar nanti? kita bawak cik landak sekali? Kita main dekat taman permainan nanti! Kita main buai tapi mesti abang Fang rasa malu sebab bawak anak patung dia. Lagipun cik landak bau busuk, berapa lama abang Fang tak basuh cik landak?" Rizu guling-guling lagi di atas katil, selepas itu dia buka selimut yang baru sahaja lipat. Terus dia baring dibawah selimut itu bersama anak patung penguin dan landak. Dia ternampak Pikachu cuba nak masuk ke dalam selimut itu. Rizu bukakan sedikit dan Pikachu masuk ke dalam dan baring di sebelah Rizu "Hehehe... Pikachu, mana Shadow?"
"Meow meow meow meow meow"
"Shadow tidur lagi?"
"Meow meow meow meow"
"Rizu buat apa tu?" Fang buka selimut itu
"Saja, main sorang-sorang sementara tunggu abang Fang habis mandi" kata Rizu. Dia usap-usap kepala Pikachu "Abang Fang, lepas ni kita main dekat luar boleh?"
"Boleh tapi sebe-"
"PANGGGGG! RIZUUUUU! MAKAN CEPAT! SEBELUM BUBUR NI SEJUKKK!" Bergegar satu rumah dengan jeritan Kaizo tadi, sampai membuatkan Pikachu terkejut dan terus berlari keluar dari bilik
"Abang aku ni macam telan speaker 10 bijik" kata Fang "Jom kita makan dulu sebelum raksasa itik mengamuk" dia mengambil jaket ungunya yang tersidai di kerusi dan lalu dia melihat katilnya yang sudah berselerak balik. Nantilah aku kemas katil balik, kata dihati Fang. Rizu sempat mengambil kedua anak patung yang ada di atas katil. Mereka berdua terus turun ke bawah untuk sarapan pagi. Rizu tidak kisah kalau bersarapan lagi sekali kerana dia ingin makan bubur lobak merah yang dibuat oleh Kaizo. Semasa mereka masuk ke dalam dapur, Fang nampak tiga mangkuk sudah tersedia di atas meja makan. Kaizo meletakkan sebuah mangkuk besar di tengah meja. Rizu mengambil bau bubur lobak merah itu dan lalu dia letak anak patung landak dan penguin disebelah kerusi dia
"Rizu nak makan banyak atau sikit?" tanya Kaizo
"Sikit!" Kaizo meletakkan satu senduk besar bubur ke dalam mangkuk Rizu "Terima kasih abang Paizo" Fang ketawa sedikit kerana Rizu memanggil abang dia, Paizo
"Itu pun kau nak gelak ke.. karang aku suruh Rizu panggil kau Pang" Fang bermasam muka dengan abang dia "Jangan nak bermasam muka, makan bubur kau. Aku sudah buatkan untuk kau dan Rizu sekali. Lepas ni, kalau kau nak keluar bermain, keluarlah tapi jangan balik lewat"
"Baik ABANG PAIZO!" kata mereka berdua sambil gelak ketawa. Kaizo rasa nak hentam sahaja mereka berdua tetapi dia bersabar dan makan bubur lobak merah dia dengan tenang
---------------------------------------------
Malam itu, Rizu dan Fang tidur awal kerana mereka sudah puas bermain di taman permainan, di taman berdekatan dengan kedai Tok Aba, pergi bersiar-siar di bandar Pulau Rintis, main di tepi pantai dan makan di rumah Ying kerana dia mengajak kesemua kawan-kawan dia makan tengahari di rumah dia. Kaizo rasa tenang pada malam itu kerana tiada gangguan daripada Fang dan Rizu. Jadi dia boleh membaca buku novel cerita hantu dia dengan tenang sambil menikmati teh hijau dia
Tepat pukul 12 malam, Rizu terjaga kerana Fang mengigau lagi sekali "Ibu... ibu... jangan tinggalkan adik.. adik nak ibu"
"Abang Fang?" Rizu menggosok-gosok matanya
"IBUUUU!" Fang menangis di dalam tidurnya "Ibu! jangan tinggalkan adikkkk!" Pintu bilik Fang terbuka dan Kaizo muncul di muka pintu
"Pang?"
"Abang Fang mengigau lagi, pagi tadi pun sama juga" Rizu goyang-goyang badan Fang tetapi dia tidak juga bangun "Abang Fang, bangun!"
"PANG! Bangun!"
"TAK NAK! ADIK TAK NAK IBU TINGGALKAN FANG! ADIK NAK IBUUUU!"
"PANGGGG! KENAPA NI?" Kaizo semakin cemas. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi kepada adik dia "Pang, bangun! Ini abang! Kau dengar tak suara abang?"
"Ibu... ibu..." suara Fang semakin lemah. Dia asyik memanggil nama ibunya
"Abang Paizo, Pizu takut tengok abang Fang macam tu" Rizu menangis sambil memeluk tangan Kaizo "Kenapa dengan abang Fang? Ada musuh masuk dalam badan dia ke? atau ratu Lily rasuk dia?"
"Tak, abang tak rasa begitu" Kaizo melihat adiknya meronta-ronta memanggil ibunya. Setiap kali Kaizo cuba kejutkan adiknya, Fang menjerit dengan kuat dan dia tidak juga terjaga "Pang... kenapa macam ni? Pang rindu ibu dan ayah ke?" Kaizo cuba bercakap lembut dengan adiknya tetapi masih gagal juga
"Ibu... ayah... Fang nak ibu, Fang nak ayah..."
"Pang! BANGUNNN!" Kaizo jentik hidung adiknya tetapi dia masih juga tidak mahu bangun. Kaizo semakin cemas, dia perlu bertindak dengan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk akan berlaku
"Abang Paizo call lah kak Lynna. Mungkin dia boleh bantu. Mungkin kuasa kak Lynna boleh menolong Fang" Kaizo memang nak hubungi Lynna tapi entah kenapa dia tidak mahu selalu harapkan Lynna sahaja "Abang Paizo?"
"Kita pergi ke kapal angkasa dulu. Ambik barang yang kau perlukan sahaja" Kaizo mendukung adiknya yang sudah berhenti menjerit nama ibubapa mereka tetapi air matanya tidak henti-henti mengalir. Rizu pula mengambil anak patung landak dan penguin. Dia cepat-cepat lipatkan selimut dan letak dua patung tadi di atas selimut tersebut. Rizu mengangkat selimut itu dan terus ikut Kaizo keluar dari bilik tersebut. Kaizo telah pun menghubungi Lahap dan suruh dia datang dengan segara kerana ini adalah kecemasan. Mereka menunggu Lahap datang untuk mengambil mereka. Kaizo tidak mahu berputus asa, dia ingin adiknya bangun dari mimpi buruknya
"Ibu... adik nak ibu..."
"Pang, bangun... kenapa Pang tiba-tiba sahaja begini?"
"Abang Fang, abang Fang bangunlah" Rizu rasa sangat sedih, hati dia pilu melihat keadaan abang kesayangan dia "Abang Fang, kita orang nak bawa abang Fang tempat yang selamat. Abang Fang sabar ok, kita orang akan selamatkan abang Fang" Rizu melihat ke langit dan nampak kapal angkasa Kaizo sudah pun sampai. Mereka dibawa naik oleh Lahap. Sampai sahaja di kapal angkasa, Kaizo cepat-cepat letakkan Fang di atas katil biliknya. Lahap melihat keadaan Fang yang bergerak-gerak seperti ada sesuatu sedang merasuk diri dia
"Kenapa dengan Pang kapten?"
"Aku sendiri tidak tahu" kata Kaizo. Rizu dengan hati sedihnya, dia selimutkan Fang supaya Fang tidak rasa sejuk "Rizu tidur di bilik Pang, biar abang jaga dia di sini"
"Tapi.."
"Jangan tapi tapi... ikut sahaja arahan aku" Rizu angguk dan terus dia pegang tangan Lahap
"Jom, biar abang maskot temankan kau ke bilik Pang" mereka berdua berjalan menuju ke pintu untuk keluar dari bilik itu. Rizu sempat lagi menoleh kebelakang untuk melihat Kaizo dan Fang. Kaizo kini cuba tenangkan adiknya dengan memegang tangannya dan mengusap-usap kepala Fang
"Syhh.. abang ada dekat sini. Abang akan jaga adik" terus Fang tenang
-----------------------------------------
"Abang... abang..." Kaizo terbangun dari tidurnya. Dia bukan lagi di dalam bilik tidurnya tetapi dia kini berada di sebuah tempat yang sangat indah. Dia di kelilingi oleh bunga-bunga matahari. Kaizo nampak dua rama-rama sedang terbang di depan matanya dan lalu dia menadah tangannya. Seekor rama-rama berwarna biru hinggap di atas tapak tangannya
"Abang... abang..." Kaizo menoleh kebelakang dan rama-rama tadi terbang pergi. Kaizo nampak adiknya berdiri di belakang dia "Abang.. abang kena tolong adik" Kaizo bangun untuk pergi ke arah adiknya
"Pang! Kenapa? apa terjadi dekat adik?" Kaizo baru sahaja hendak pegang bahu adiknya tetapi adiknya seperti tiada di situ. Dia seperti memegang angin sahaja "Pang? jangan cakap kau sudah meninggalkan abang!"
"Tak, adik tak tingalkan abang cuma adik tidak dapat keluar dari mimpi adik. Adik terperangkap di dalam mimpi adik. Mimpi adik berubah-ubah, sekejap mimpi baik, sekejap mimpi buruk. Adik tidak mahu terperangkap di alam mimpi lagi. Abang kena kejutkan adik, abang kena kejutkan adik dekat dalam mimpi adik sendiri"
"Tapi.. abang boleh sahaja kejutkan adik sekarang ini" Fang hanya gelengkan kepala
"Maaf abang.. abang kena masuk sendiri di dalam mimpi adik" kata Fang dengan muka sedih dia "Kalau abang tak kejutkan adik, adik akan tidur selama-lamanya. Janji dengan adik, yang abang akan selamatkan adik"
"Abang janji" Kaizo ingin memeluk adiknya tetapi Fang sudah hilang dari pandangan dia "Abang janji, Pang. Abang akan selamatkan kau" kata Kaizo. Dia melihat sekeliling dia berubah. Dia kini berada di tempat lain, dia nampak adiknya di dalam penjara kecil. Fang kelihatan sedang tidur tetapi kaki dan tangan telah diikat oleh rantai besi "Pang!" Kaizo berlari ke arah adiknya tetapi ada satu dinding lutsinar menghalang dia pergi dekat dengan adiknya "PANG! PANGGG!" Kaizo mengetuk-getuk dinding lutsinar itu tetapi malangnya Fang tidak dengar
"PANGGGGGGGG!"
"Jangan risau Kaizo, kami akan membantu Kaizo" Kaizo terasa ada seseorang sedang memegang bahunya. Dia pusing kebelakang dan kenal senyuman itu. Lynna berada di belakang dia bersama dengan rakan-rakan adiknya "Kami akan membantu Kaizo"
"Betul tu abang Kaizo! Fang kawan kami" kata Boboiboy "Kami semua akan pergi selamatkan dia"
"Terima kasih semua"
"Tapi sebelum itu, kau perlu bangun" Lynna menolak dahi Kaizo dengan jari telunjuk dia dan lalu Kaizo jatuh. Terus dia terjaga dari tidurnya
---------------------------------------
"Mimpi apa tadi tu?" Kaizo mengusap-usap mukanya "Kalau betul lah mimpi tadi, aku perlu pergi selamatkan adik aku" Dia melihat adiknya. Fang kini masih lagi dalam keadaan tenang tapi berapa lama dia akan begitu sebelum mimpi buruk dia yang seterusnya. Dia perlu bertindak cepat. Kaizo keluar dari biliknya untuk menghubungi Lynna, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Dia perlukan bantuan mereka tapi bagaimana hendak masuk ke dalam mimpi adiknya? fikir Kaizo
"Itu aku akan fikirkan kemudian, yang penting aku perlu memanggil mereka ke sini terlebih dahulu"
1 jam kemudian...
Semuanya sudah berada di sini dengan bantal, tilam, selimut dan beg pakaian masing-masing, Ochobot pun ada juga bersama dengan mereka tapi...
"Apasal dia ada dekat sini juga?" Kaizo melirik ke arah Lily yang tersenyum lebar kerana dapat juga pergi mengembara dengan mereka semua "Kau pergi menghendap Boboiboy lagi ke hah? Malam-malam pun kau nak menghendap dia"
"Errr.. mana ada Kaizo, Lily cuma merayap aje malam-malam. Lepas tu saya nampak Boboiboy dan kawan-kawan dia semua bawa bantal, tilam, selimut pergi rumah Kaizo. Jadi Lily pun nak ikut juga!" kata Lily. Muka dia kelihatan ceria sahaja, tiada muka mengantuk pun. Kaizo fikirkan Lily ni tak pernah nak tidur ke? "Bolehkan Lily ikut sekali"
"Hmmmm..." Kaizo malas nak melayan Lily. Dia mengajak semuanya turun ke tempat latihan tempur. Fang dan Rizu sudah pun berada di situ. Rizu sedang duduk bersila bersebelahan Fang yang masih lagi tidur. Mereka semua bentangkan tilam dan buatkan satu bulatan yang tidak terlalu besar. Rizu baring di sebelah kanan Fang dan Kaizo baring di sebelah kiri Fang. Lynna bagi mereka sebuah botol kecil. Di dalam botol itu terdapat sejenis air yang dapat masukkan mereka semua ke dalam mimpi Fang
"Untuk Pizu takde ke kakak Lynna?"
"Rizu kena jaga kita orang semua. Kalau tidak, siapa nak tengokkan kami nanti" kata Lynna yang sedang cuba memujuk Rizu
"Tapi Pizu nak ikut juga, Pizu nak tolong abang Fang! Bolehlah kakak Lynna" Rizu peluk Lynna lama-lama "Boleh yea kakak Lynna. Rizu nak jadi superhero macam abang Fang juga"
"Kak Lynna bagi ajelah dia ikut sekali" kata Boboiboy
"Jangan risau, kami boleh jaga dia nanti" kata Yaya pula
"Hmmm.. boleh memang boleh tapi.." Lynna melihat Fang bergerak-gerak lagi. Kali ini dia seperti di seksa oleh sesuatu "Baiklah tapi Rizu kena dengar cakap akak atau abang Kaizo, tapi kalau mimpi Fang terlalu seram, Rizu kena bangun dari tidur" Sebenarnya Lynna risau kalau tiba-tiba sahaja Fang mimpi ngeri dan itu boleh menyebabkan penyakit Rizu kembali menyerang. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi dekat Rizu. Kalau apa-apa terjadi dekat Rizu nanti, dia akan tanggung segala-galanya
"Faham kakak Lynna" kata Rizu yang masih lagi peluk Lynna
"Sudah! kita jangan buang masa lagi. Pergi ke tilam masing-masing" kata Kaizo yang sudah hilang sabar. Dia ingin selamatkan adiknya tetapi perlu ke ramai-ramai masuk ke dalam mimpi adiknya. Sudahlah budak kecik nak ikut sekali, dengan budak kerepek pisang sekali.. pening kepala dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Lynna dan juga Lily, mereka sudah berada di atas tilam masing-masing
"Sebelum kamu semua minum. Kita akan masuk ke dalam mimpi Fang dan kita tak kan tahu apa yang ada di dalam mimpi dia. Kadang-kadang mimpi dia boleh bertukar menjadi memori dia yang dia pernah lalui sebelum ini tapi kamu semua tidak dapat menggunakan kuasa di dalam mimpi dia nanti, termasuklah akak. Jika kamu dibunuh atau terjatuh ke dalam lubang atau gaung dan secara tidak langsungnya, kamu akan terbangun dan tidak dapat kembali lagi ke dalam mimpi Fang" kata Lynna. Mereka semua faham dengan kata-kata Lynna
"Abang robot nanti selimutkan Pizu ok"
"Ok!" jawab Ochobot kepada Rizu. Lahap juga ada di situ tetapi dia sebagai pemerhati sahaja. Dia dan Ochobot akan melihat keadaan mereka semua. Gopal rasa berdebar-debar, dia tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Adakah hantu mimpi akan muncul atau sebuah taman yang penuh dengan makanan akan muncul di dalam mimpi Fang nanti? Tiba-tiba pula dia rasa seronok. Mereka semua membuka penutup kecil itu dan terus minum air tersebut. Satu per satu mereka jatuh tidur dan satu per satu sudah muncul di dalam mimpi Fang
----------------------------------------
"Lynna, buat kiraan.. kita tidak mahu sesiapa yang tertinggal" kata Kaizo sambil memerhatikan sekeliling dia. Mereka telah memasuki mimpi Fang. Mimpi dia sangat pelik, pokok-pokok di situ semuanya berwarna-warni. Bunga-bunga pun berbentuk pelik dan semuanya berwarna putih. Tiada kedengaran dari suara-suara haiwan, sunyi sahaja. Angin pun tiada
"Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu dan Lily... ok! semua sudah ada di sini" kata Lynna
"Kita dekat mana ni?" tanya Yaya
"Entahlah tapi macam mana nak cari Fang dalam hutan pelik ni?" tanya Boboiboy pula
"Haiyaa.. banyak pelik hutan ini" kata Ying. Mereka semua ikut belakang Kaizo, ke arah mana dia pergi, mereka akan ikut sahaja. Rizu pegang tangan Lynna, dia tidak mahu terpisah dengan Lynna atau sesiapa pun
"Wei, wei.. korang ada dengar bunyi sesuatu tak?" kata Gopal sambil mendengar balik bunyi itu. Bunyi itu datang dari arah belakang mereka, bunyi itu seperti bunyi tapak kaki gergasi
"Kita perlu cepat perjalanan kita sebelum makhluk itu dapat tahu kita berada di sini" kata Kaizo. Lynna terpaksa dukung Rizu kerana Rizu berjalan tidak begitu pantas "CEPAT! BENDA TU MAKIN DEKAT DENGAN KITA!" Mereka dapat rasa getaran dari permukaan bumi. Makin lama makin dekat benda itu datang walaupun mereka sudah berjalan jauh. Gopal pandang kebelakang dan nampak sebuah teddy bear gergasi sedang berjalan ke arah mereka
"TEDDY BEARRRR?! APA KAU MIMPI NI FANG?" Gopal berlari laju walaupun diri dia sudah penat. Teddy bear itu betul-betul rupa seperti Fang, dengan jaket ungu, cermin mata ungu, rambut cacak dia dan muka teddy bear itu muka masam seperti Fang
"Itu macam teddy bear Pizu bagi" kata Rizu. Dia peluk leher Lynna sambil melihat teddy bear gergasi itu "Kak Lynna, teddy bear tu semakin dekat"
"Macam mana ni abang Kaizo, kita tak boleh nak lawan teddy bear tu. Kita tiada kuasa di dalam mimpi ni" kata Boboiboy
"Kau lari dulu dengan mereka, biar aku uruskan teddy bear tu" kata Kaizo. Dia berhenti dan biarkan semua larikan diri dulu kecuali Lynna, dia berhenti di depan Kaizo
"Kau nak buat apa Kaizo? Kau mana ada kuasa sekarang ini" tanya Lynna dengan muka risau dia "Kita kena lari dari sini dan cari jalan keluar"
"Kau lari sahajalah, bawa mereka jauh dari sini. Kalau aku terbangun dari tidur pun.. aku yakin kau atau kawan-kawan adik aku dapat mencari Pang, CEPAT PERGI DARI SINI!" tetapi Lynna tidak berganjat. Dia turunkan Rizu "Apa kau nak lakukan?"
"Bantu kau lah. Aku tak kan biarkan kau bangun dari tidur kau. Rizu lari dan ikut abang Boboiboy"
"Pizu nak tol... HATI-HATI!" Rizu menjerit sekuat hati dan teddy bear gergasi berada di belakang mereka. Teddy bear itu menghayunkan tangannya untuk menyerang mereka tetapi Lynna peluk Rizu dan terus mereka tergolek jatuh. Sebuah pokok yang besar tumbang dan lalu terjatuh ke atas Lynna dan Rizu. Kaizo melompat dan berguling tempat yang jatuh sedikit dari Lynna dan Rizu. Mereka berdua terperangkap di bawah pokok yang tumbang di atas mereka. Lynna cuba menolak sedikit pokok itu supaya mereka dapat keluar dari situ tetapi gagal
"LYNNNAA! RIZU!" Kaizo cuba mendekati mereka tetapi teddy bear itu menyerang lagi. Teddy bear itu mengangkat sepohon pokok dan melibas ke arah Kaizo
"SERANG DIA BOBOIBOY!" Kaizo terdengar suara Gopal. Boboiboy, Yaya, Ying dan Lily baling beberapa ketul batu ke arah teddy bear tersebut. Gopal cuba mengangkat pokok tumbang itu tetapi pokok itu terlalu berat
"TUKARAN- Eh, lupa pula... aku mana ada kuasa dalam mimpi ni" Gopal tersengih. Lynna dan Rizu merenung tajam dekat Gopal "Hehehehe... maaf kak Lynna"
"Gopal, pergi tolong mereka" kata Lynna "Biar akak jaga Rizu dekat sini" Rizu kini sedang menangis kerana terlalu takut
"Tapi kak Lynna..."
"PERGI SAHAJA! Kalau akak dan Rizu terjaga, kamu semua masih ada lagi" Gopal angguk dan terus pusingkan diri dia dan terkejut melihat kaki teddy bear itu hendak memijak Gopal, Lynna dan Rizu
"PIZU TAK NAK MATI! PIZU TAK NAK MATI!" Rizu menangis di dalam pelukan Lynna "Pizu takut.. Pizu takut..."
Terus mimpi bertukar menjadi memori. Kali ini memori Fang semasa dia diseksa oleh Ratu Lily. Mereka semua terapung sedikit
"Itu bukan Ratu Lily ke?" tanya Gopal. Mereka pandang ke arah kanan dan nampak Fang dalam keadaan lemah tetapi dia masih lagi cuba bangkitkan diri untuk berlawan dengan Ratu Lily
"Hehehehehe... aku akan seksa kau selagi abang kau belum tiba lagi di bumi.. BEBOLA ELEKTRIK!" Sebuah bebola elektrik berkuasa rendah menuju ke arah Fang dan dia menjerit kerana terseksa "HEHEHEHEHEHEE!"
"ARGHHHHHHHH!" Fang terjatuh lagi "Aku tak kan... mengalah..." kata Fang dengan suara lemah dia
"Oh begitu, kalau macam tu, aku tak kan berhenti menyeksa diri kau! RASAKAN INI!... PENGIKAT BAYANG! ALIRAN ELEKTRIK!" Fang terikat dengan kuasa bayang dia sendiri dan dia semakin debar kerana aliran elektrik itu semakin dekat dengan diri dia "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!"
"ARGGGHHHHHHHHH!" Fang menjerit sekuat hati. Dia sudah tidak tahan dengan seksaan dari Ratu Lily "Jangan... ja.. jangan..."
"WOAH! Kejam betul Ratu pontianak tu" Mata Lily bulat besar melihat Ratu Lily menyeksa Fang. Ini pertama kali Lily melihat kekejaman Ratu Lily, selalunya dia hanya mendengar sahaja dari mulut orang lain "Dasyat juga musuh ketat aku ni" kata Lily. Yang lain semuanya pandang ke arah Lily. Rizu tidak sanggup melihat Fang terseksa. Walaupun itu hanyalah memori pada tahun lepas, Rizu dapat merasai kesakitan dan keseksaan dari Fang. Dia menangis sambil memeluk leher Lynna. Dia tidak sanggup melihatnya lagi. Tangisan dia menyebabkan Yaya dan Ying menangis juga. Mereka juga seperti Rizu. Kaizo hanya menggenggamkan tangannya kerana kemarahan dia terhadap Ratu Lily sudah kembali tetapi dia perlu ingatkan diri dia, ini semuanya hanyalah memori adik dia sahaja. Dia berdiri diam sahaja, hati kemarahan dia membara, dia tenangkan diri tetapi gagal kerana Ratu Lily seksa adik dia begitu kejam sekali
"Kaizo, bertenang Kaizo. Kau sudah lama maafkan dia, ini memori sahaja" kata Lynna dengan nada lembut dia "Aku tahu kau marah tapi itu hanyalah kisah lama sahaja. Kini Ratu Lily sudah menjadi baik" Kaizo tidak menjawab apa, dia cuma mengawal kemarahan dia dan lalu sebutir air mata menitis keluar. Dia tidak mahu melihat adiknya terseksa lagi, dia ingin memori ini berubah kepada yang lain
"Pizu tak nak tengok.. Pizu takut" Lynna belai belakang badan Rizu supaya dia tenang. Rizu menangis dengan hati pilu dia. Die memejam matanya tetapi telinga dia masih boleh dengar keseksaan dan kesakitan dari Fang "Pizu nak bangun..."
"ARGGHHHH!" Fang menjerit lagi. Badan dia sudah lemah. Lynna juga turut menangis, dia pejamkan matanya kerana tidak mahu melihat Fang terseksa begitu. Mata Fang makin lama makin kuyu dan akhirnya dia jatuh dan terbaring di atas lantai. Lynna masih lagi mendengar tangisan Rizu
"Kau sudah tidak sedarkan diri... tapi keseronokan aku tidak berakhir begitu sahaja.. AMBIK NI LAGIIII!" Fang terkena lagi aliran elektrik. Mata dia terbuka luas dan dia menjerit menjerit sehingga Rizu tidak tahan mendengarnya. Dia menangis lagi, dia tidak sanggup berada di dalam memori ini
"Syhh.. ini semuanya hanyalah memori sahaja. Rizu jangan menangis" Lynna cuba tenangkan Rizu lagi
"PIZU NAK BANGUNN! PIZU NAK BANGUNNNNN! PIZU NAK BANGUNNNN!" terus Rizu hilang dari pelukan Lynna
---------------------------------------
Ochobot dan Lahap terkejut melihat Rizu menangis meraung sekuat hati. Rizu sudah terjaga dari tidurnya "Pizu tak sanggup tengok.. Pizu takut.. JANGAN SEKSA ABANG FANG LAGI!" Ochobot dan Lahap cepat-cepat pergi ke arah Rizu untuk tenangkan dia. Ochobot sudah pun tuangkan air untuk Rizu
"Rizu, Rizu sudah kembali ke dunia asal. Rizu bukan bermimpi lagi" Rizu tidak berhenti menangis. Ochobot berikan air itu kepada Rizu untuk tenangkan diri dia "Rizu minum" Lalu Rizu minum air tersebut
"Apa yang terjadi tadi Rizu?" tanya Lahap
"Mula-mula tadi kita orang kena kejar dengan teddy bear besar, lepas tu kita orang nampak memori abang Fang" Rizu menoleh ke tepi dan melihat Fang yang kini sudah tenang "Memori tu semasa Ratu Lily seksa abang Fang. Pizu tak sanggup nak tengok. Dia seksa abang Fang begitu kejam, Ratu Lily memang tiada belas kasihan langsung. Abang Fang yang sudah lemah pun, dia masih lagi nak seksa" Rizu menangis teresak-esak. Ochobot memeluk Rizu
"Rizu, semuanya ok.. itu hanyalah memori sahaja" kata Ochobot
"Rizu nak pulang ke? Abang maskot boleh hantar Rizu pulang" tetapi Rizu gelengkan kepalanya
"Pizu nak duduk dekat sini sampai abang Fang terjaga tapi Pizu tak nak tidur balik" Dia takut dia akan mengalami mimpi buruk nanti. Jadi Lahap membawa turun television ke tempat latihan tempur untuk Rizu. Dia berikan Rizu menonton TV supaya dia kembali tenang dan tidak fikirkan tentang kejadian tadi
-------------------------------------------
Memori Fang tadi sudah pun hilang. Mereka kembali ke mimpi Fang balik. Kali ini mereka berjalan di sebuah koridor yang sangat panjang dan tiada penghujungnya. Di tepi mereka terdapat pelbagai jenis pintu. Ada yang terkunci, ada yang tidak dan ada juga menyamar sebagai pintu. Mereka cuba membuka satu per satu pintu-pintu tersebut tetapi semuanya sama sahaja. Disebalik pintu itu hanyalah ruangan kosong yang gelap gelita tetapi mereka tidak putus asa. Mereka takut mereka terlepas dengan pintu yang dapat keluarkan mereka semua dari situ
"Apalah si Fang mimpi ni... takde ke pintu ke alam makanan ke, alam video game.."
"Kalau alam hantu, kau nak?" tanya Kaizo kepada Gopal dengan suara sindiran dia
"Err.. saya tak nak alam hantu. Nanti saya mimpi ngeri pula" tersengih Gopal
"Kak Lynna, kenapa kak Lynna senyap?" tanya Boboiboy
"Akak sebenarnya rasa serba salah sebab tidak menghalang Rizu tadi" mereka semua nampak kesedihan di mata Lynna "Akak tak sepatutnya bawa dia pergi masuk ke dalam mimpi Fang sebab Fang banyak memori yang terseksa. Akak tak sanggup melihat Rizu tadi" Dia menangis di situ. Lynna memeluk badannya dan lalu dia terduduk di koridor itu. Boboiboy, Yaya dan Ying duduk di depan Lynna
"Kak Lynna ok ke?" tanya Yaya. Lynna hanya gelengkan kepala
"Ini semua salah akak... kalau dia mimpi buruk lagi selepas ini macam mana. Akak tak sanggup melihat Rizu terseksa pula" Air mata Lynna menitis di atas karpet koridor "Akak sudah cuba sedaya upaya akak untuk melindungi Rizu tapi akak gagal.. akak gagal... maafkan akak, Rizu.. maafkan akak" Mereka bertiga rasa kasihan dengan Lynna. Mereka juga mengalami perasaan Rizu tadi tapi Rizu tidaklah sekuat mereka. Dia hanyalah budak kecil sahaja yang sangat sayangkan Fang. Mereka faham dengan perasaan Lynna dan Rizu sekarang ini
"Jadi, kau nak bangun dari mimpi ini?" tanya Kaizo. Dia melutut di hadapan Lynna "Kalau kau nak bangun, kau bangunlah. Aku tak kan menghalang kau"
"Tak, aku tak kan bangun dari mimpi ini. Aku akan tetap menolong kau mencari Fang. Aku yakin Ochobot dan Lahap dapat tenangkan Rizu" Lynna mengelap air matanya
"Kalau begitu, kita teruskan lagi perjalanan kita" Kaizo menghulurkan tangannya untuk menolong Lynna bangun dari tempat duduk itu
"Tapi abang Kaizo.. macam mana nak cari jalan keluar? Tiada satu pintu yang tunjuk jalan keluar" kata Boboiboy sambil membuka pintu di sebelah kiri dia. Di dalamnya hanyalah ruangan gelap gelita sahaja. Lynna juga turut membuka beberapa pintu yang ada di situ, semuanya tiada apa dan perjalanan mereka makin lama makin jauh dan pintu-pintu itu menjadi banyak. Itu pun kalau mereka hendak keluar dari situ, mereka terpaksa menunggu mimpi itu bertukar kepada mimpi atau memori lain
Gopal yang sudah penat berjalan, dia tidak larat lagi dan lalu membuka pintu disebelah kanan dia "JALAN KELUAR JALAN KELUAR!" Jerit Gopal dengan perasaan gembira dia. Lily orang pertama yang berada di sisi Gopal, dia juga turut gembira. Mereka semua keluar dari tempat koridor itu dan masuk ke dalam alam mimpi lain. Mereka kini berada di dalam sebuah perpuskataan yang sangat luas dan besar. Terdapat pelbagai buku di situ dan ada juga buku-buku berterbangan ke sana sini. Meja dan kerusi di situ, semuanya terapung
"Mimpi apa ni?" tanya Gopal
"Mimpi Fang gilakan belajar" jawab Boboiboy dengan nada bosan dia
"Takde orang ke kita boleh bertanya" tanya Ying. Mereka tidak tahu hendak berjalan ke mana kerana terdapat banyak sangat lorong rak-rak buku yang begitu besar, ia seperti sebuah satu permainan untuk mengelirukan orang-orang yang masuk ke dalam perpuskataan itu. Mereka belok ke kanan dan jumpa jalan mati. Mereka belok ke kiri dan jumpa satu jalan ke kanan dan satu lagi ke kiri. Kaizo terus masuk ke jalan kiri. Mereka terus ke hadapan dan belok ke kiri lagi dan terus sahaja sehinggalah mereka sampai ke sebuah taman. Di sekeliling taman itu, semuanya rak buku. Mereka terpaksa mencari jalan lain. Mereka rasa mereka sudah berpusing-pusing di tempat yang sama kerana mereka asyik lalu di hadapan taman perpuskataan tersebut
"Aduh, takde ke peta tunjukkan jalan keluar dari sini" tanya Gopal
"Kalaulah aku ada kuasa sekarang ini, boleh lah aku terbang dan mencari jalan keluar dengan mudah" kata Yaya. Lynna menarik keluar satu buku dan lalu membukanya. Di dalam buku tersebut, semuanya kosong. Tiada satu patah perkataan pun yang ada, gambar pun juga tiada. Lalu dia meletak balik buku tersebut. Boboiboy dan Kaizo juga sama, buku yang mereka ambil, semuanya kosong sahaja
"Pelik betul mimpi Fang ni" kata Boboiboy
"Eh, buku ni ada gambar bergeraklah" kata Lily sambil memegang sebuah buku besar "Ini memori Fang ke?" tanya Lily. Kaizo melihat gambar bergerak seperti video itu dan lalu mereka semua ditarik masuk ke dalam memori itu
Mereka semua terjatuh dan terus terapung di dalam memori itu
"Abang, kenapa askar adik sedikit sahaja?" tanya Fang "Askar abang ramai sangat" Fang kini sedang bermain dengan patung-patung askar mainan bersama dengan abangnya di dalam rumah. Kaizo ingat-ingat lupa tentang memori itu
"Sebab abang lagi kuat daripada adik" kata Kaizo kecil itu
"Mana adil.. adik pun nak jadi kuat macam abang" Fang merajuk dengan menunjukkan muka masam dia "Abang selalu dapat askar lebih daripada adik"
"Mana ada. Askar adik lagi kuat daripada abang. Walaupun askar adik sedikit sahaja tapi adik jangan memandang rendah dengan kekuatan mereka yang ada. Mana tahu askar adik dapat kalahkan askar abang" Fang terus tersenyum sedikit
"Askar adik kuat?"
"Ha ah, macam askar ni" Kaizo mengangkat satu askar mainan yang berwarna biru "Dia mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia dapat mengangkat kesemua object yang besar macam kereta ayah. Walaupun badan dia kecil tapi dia kuat"
"Hehehe.. ini pula ada kuasa yang luar biasa! Dia dapat terbang dan keluarkan kuasa api dia!" kata Fang sambil mengangkat askar mainan dia dan berpura-pura askar itu terbang dia. Lalu dia tolak beberapa askar mainan abangnya jatuh di atas lantai rumah
"Comelnya Fang dan abang Kaizo" kata Boboiboy. Dia rasa sangat bahagia melihat dua beradik itu bermain bersama dengan begitu mesra. Dia sebelum ini tidak pernah melihat mana-mana memori Fang bersama dengan abangnya. Sebelum ini dia cuma pernah nampak Fang seorang sahaja semasa dia telah dihantar oleh lohong hitam
"Mesra betul kamu berdua" kata Lynna kepada Kaizo. Dia ternampak muka Kaizo begitu tenang sekali dan terdapat senyuman sedikit di wajah Kaizo "Kau rindukan tentang semua itu?"
"Boleh dikatakan begitu"
"Tak sangka pula Kaizo dan Fang nampak comel masa dulu. Kalau lah aku ada kamera sekarang ini, sudah lama aku tangkap gambar mereka berdua" kata Lily dengan mata dia bersinar-sinar melihat Kaizo dan Fang "Tapi lebih indah kalau ini adalah memori kekasih hati ku Boboiboy" Dia berkelip-kelip mata melihat Boboiboy. Yaya dan Ying rasa sedikit terharu, mereka menangis sedikit melihat keindahan memori itu
"Abang, kalau adik ada kuasa.. adik akan menggunakan kuasa itu untuk melindungi ibu, ayah dan juga abang! Adik tidak akan membenarkan sesiapa mencederakan ibubapa kita dan juga abang sekali" kata Fang. Kaizo tergelak sahaja dan lalu dia sekeh kepala adiknya "Hehehe.. janganlah abang! hehehehe..."
"Geram abang tengok adik ni!"
"Kaizo! Fang! Ibu sudah sediakan ice cream untuk kamu berdua!"
Tidak sempat mereka untuk melihat ibu Kaizo dan Fang. Memori itu terus bertukar menjadi mimpi ngeri. Gopal menggigil melihat sekeliling dia kerana terdapat hantu-hantu badut senyum ke arah dia. Senyuman mereka memang menakutkan. Lily cuba usik salah satu hantu badut itu tetapi ia tidak bergerak
"Patung rupanyanya.. ingatkan betul" kata Lily tetapi dia silap. Hantu badut itu bergerak dan lalu hendak menerkam Lily tetapi Kaizo selamatkan Lily daripada terkaman badut itu
"LARI CEPAT!" kata Kaizo. Mereka semua lari dari situ kerana kesemua hantu-hantu badut itu mula bergerak. Ada yang bergerak seperti zombie, ada yang bergerak begitu laju dan ada juga yang berlari untuk mengejar mereka semua. Darah-darah hitam mengalir keluar dari mulut mereka. Kuku mereka tajam dan begitu juga dengan taring gigi mereka
"APASAL SI FANG MIMPI HANTU BADUT PULAK NI!" Menangis Gopal dia tidak mahu dikejar oleh hantu badut. Kaki dia terlanggar sesuatu dan dia terjatuh. Gopal menoleh kebelakang untuk melihat apa yang dia terlanggar tadi. Dia nampak hantu badut keluar dari tanah dan merangkak keluar dia merangkak ke arah Gopal dengan begitu cepat
"GOPAALLLL!" Boboiboy menjerit nama kawan baiknya "GOPALL! CEPAT BANGUN DAN LARI!" Boboiboy sudah berada jauh daripada situ tetapi dia terpaksa patah balik untuk selamatkan kawan baik dia
Gopal bangun tetapi kaki dia di pegang oleh hantu badut yang merangkak tadi "Alamak!" Dia telah di perangkap oleh hantu-hantu badut. Semuanya mengelilingi Gopal "BOBOIBOY! KAU PERGI DARI SINI! SELAMATKAN DIRI KAU!" Mereka semua membuka mulut dan tunjukkan gigi taring mereka yang berdarah itu. Salah satu hantu badut tersebut menerkam badan Gopal dengan kuku tajam dia dan ada yang gigi tangan Gopal sehingga berdarah. Gopal menjerit kesakitan
"TIDAKKKKKK!" Boboiboy cuba untuk selamatkan Gopal tetapi Kaizo sudah mengheret dia pergi jauh dari Gopal
----------------------------------------
"JANGANNNNN!" Gopal terjaga. Jantung dia berdegup-degup begitu laju sekali. Dia melihat sekeliling dia dan dapati kawan-kawan dia yang lain masih lagi selamat dan mereka tidur dengan tenang sekali
"Abang Gopal tak apa-apa?" Rizu muncul di sebelah Gopal
"Abang... ok..." kata Gopal dalam keadaan tercungap-cungap
"Kenapa dengan kau, Gopal?" tanya Ochobot sambil memberikan segelas air kosong kepada Gopal
"Aku kena kejar dengan hantu badut tadi" Dia mengambil gelas air itu dari tangan Ochobot "Dia orang serang aku, ada yang gigit tangan aku... fuh! selamat itu mimpi sahaja" Gopal boleh rasa lega sekarang ini. Mereka ternampak Yaya terbangun duduk
"Yaya?" Ochobot terbang ke arah Yaya "Kau ok ke? Apa yang berlaku?"
"Aku tadi selamatkan Ying daripada terkena gigit dengan hantu badut tadi, lepas tu aku yang terkena gigitan itu. Dasyat betul mimpi ngeri Fang" Mereka semua pandang ke arah Fang. Nampaknya Fang tidak tenang, dia bergerak-gerak. Badan dia berpusing-pusing ke kanan dan ke kiri
"JANGAN DEKAT DENGAN AKU!" Menjerit Fang di dalam tidurnya "PERGI KAU DARI SINI!" Semua menjadi cemas. Mereka berlari ke arah Fang untuk tenangkan dia
"Abang Fang! kami ada dekat sini.. abang Fang! dengar tak?" kata Rizu yang menjadi risau. Yaya peluk Rizu sedikit supaya dia tidak terlalu cemas
"PERGI! PERGI KAU DARI SINI! JANGAN GANGGU HIDUP AKUUUU!"
"Pang! bangun! Kau mimpi ngeri ni!" kata Lahap. Dia pegang tangan Fang supaya dia tidak meronta sangat "PANGG!"
"ARGHHHHH!" Fang menjerit seperti terkena rasukan dengan hantu. Rizu menangis di dalam pelukan Yaya
"Yaya, aku rasa kau patut bawa Rizu jauh dari sini. Biar kita orang uruskan Fang" Yaya angguk dan terus dia bawa Rizu ke bilik tidur Fang. Dia tidak mahu Rizu mengalami trauma pula. Dia tidak mahu Rizu mendengar jeritan Fang lagi. Sepanjang perjalanan mereka ke bilik Fang, Rizu menangis tidak terhenti-henti
"Pizu takut.. Pizu takut abang Fang akan tidur selama-lamanya... Pizu.. tak.. nak.. kehilangan.. abang.. Fang"
"Tak Rizu, abang Fang akan selamat" Yaya masuk ke dalam bilik Fang bersama dengan Rizu "Abang Fang pasti akan selamat. Akak percaya abang Kaizo tak kan biarkan adik dia terseksa" Rizu menangis lagi "Rizu jangan menangis lagi, biar akak temankan Rizu tidur dekat sini"
"Tapi... Rizu terlupa nak bawa anak patung landak dan penguin ke sini" Yaya tersenyum dan menghantar mesej kepada Gopal supaya hantar dua anak patung kepada mereka "Syhh.. Rizu tidur, akak akan sentiasa ada dekat sini menjaga Rizu"
------------------------------------------
"Penatnya berlari" kata Lily yang sudah terduduk di tepi pokok "Ngeri betul tengok hantu tadi" Lily melihat Ying yang kini dalam keadaan senyap sahaja "Ying, jangan risau sangat. Yaya ok. Dia mesti tengah jaga Rizu sekarang ini"
"Maaf.. aku cuma risau sahaja"
"Risau tentang apa Ying?" tanya Boboiboy
"Bagaimana kalau kita semua terjaga dan tidak dapat selamatkan Fang?"
"Jangan fikir begitu Ying" Lynna duduk disebelah Ying "Kita kan ramai, pasti salah seorang daripada kita dapat kejutkan Fang dan selamatkan diri dia. Kalau kita gagal pun, akak akan pastikan kita akan kembali balik di dalam mimpi Fang. Kita akan berusaha dan akan cuba lagi sekali sehingga kita semua dapat selamatkan dia. Jadi kita jangan mengalah" Lynna berikan sapu tangan dia kepada Ying
"Terima kasih kak Lynna" dia mengambil sapu tangan tersebut dan lalu lap air matanya "Sekarang kita berada di mana?" Lynna bangun dan melihat persekitarannya
"Hmm.. aku ada nampak sebuah istana besar dekat sana" muncul Kaizo yang baru sahaja habis memerhatikan sekeliling dia "Kita perlu pergi ke sana untuk melihat apa yang ada" Lily dan Ying bangun dan mereka semua teruskan perjalanan mereka. Sampai sahaja di perkarangan istana itu. Mereka nampak orang ramai sedang meraikan sesuatu. Pelbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh para penduduk. Bendera-bendera lambang istana itu berkibar di sana sini. Semuanya rasa seronok dan ada juga menari beramai-ramai dengan melody yang dimainkan oleh penduduk itu sendiri
"Dia orang tengah sambut hari jadi ke?" kata Lily dengan gembiranya "MESTI HARI JADI AKU!"
"Bila masa Fang nak mimpi sambut hari jadi kau" kata Boboiboy
"Mana tahu si landak tu tiba-tiba aje nak mimpi sambut hari jadi aku" Mata Lily asyik pandang ke kiri dan ke kanan kerana dia terasa sangat teruja melihat penduduk-penduduk si situ bersuka ria. Ada juga acara bermain permainan yang mereka tidak kenali
"Raja dan permaisuri telah tiba" mereka semua tunduk ke arah Kaizo dan Lynna "Raja Kaizo! Permaisuri Lynna!" kata mereka sambil memberikan hormat kepada Lynna dan Kaizo
"EHHHHH!" Terkejut Boboiboy, Ying dan Lily
"Apa semua ni?" tanya Kaizo yang dalam keliru "Aku bukan raja kamu!" Para penduduk di situ ketawa bersama
"Pandai juga raja kami berlawak tapi kenapa raja Kaizo tidak memakai pakaian beraja dia? Raja Kaizo ingin menyamar menjadi kami ke?" kata salah salah penduduk di situ
"Betul kata kau, kenapa abang aku tidak menyalin pakaian dia" muncul Fang dengan pakaian segak dia. Di atas kepala dia terdapat satu mahkota yang penuh dengan berlian "Abang!" Fang berlari ke arah abangnya "Abang! cepatlah pergi bersiap, kita nak sambut hari pertunangan abang dengan kak Lynna!"
"WHAT?!" Terkejut Boboiboy, Ying dan Lily lagi sekali. Lynna dan Kaizo tidak berkata apa, tiada perasaan malu diantara mereka berdua kerana mereka tahu ini hanyalah mimpi sahaja
"Eh! Apa kau buat dekat sini badut Boboiboy! Bukan ke sepatutnya pergi bersiap sedia dengan persembahan kamu nanti"
"Aku? AKU BUKAN BADUT LAH! AKU KAWAN BAIK KAU!"
"DIAM! Aku bukan kawan baik kau! Kau hanyalah pekerja badut aku sahaja! AKU LEBIH HEBAT DAN LEBIH BERKUASA DARIPADA KAU!"
"Wei Fang! kau sudah buang tabiat ke hah?!" marah Ying. Lily mula berapi-api dengan Fang sebab panggil kekasih hati dia badut "Baik kau bangun dari tidur kau! Boleh kita orang belasah kau nanti!"
"Tidur? Aku putera seorang putera di kerajaan ini! AKU PUTERA FANG! Dan ini adalah kerajaan abang aku! Dia yang memerintah kerajaan ini. Kau hanyalah orang gaji sahaja"
"Apa semua ni Fang?" tanya Boboiboy
"Boboiboy, aku tak rasa itu kawan kita yang sebenar" bisik Ying kepada Boboiboy
"APA KAMU SEDANG BISIKKAN ITU? CEPAT PERGI BUAT KERJA!" Boboiboy, Ying dan Lily diheret oleh askar kerajaan Fang "Abang!" Fang kembali ceria balik dan melompat-lompat ke arah abang dia "Abang! jom kita masuk ke dalam istana kita"
"Kaizo, apa kita perlu buat sekarang?" bisik Lynna "Kita kena lari dari sini"
"Aku tak pasti lagi tapi kita kena hati-hati sekarang ini" Kaizo dan Lynna ikut Fang masuk ke dalam sebuah istana yang sangat indah. Di dalam istana itu terdapat pelbagai hiasan yang mewah-mewah. Bunga-bunga segar terdapat di tepi sudut dinding, semuanya kerana ingin meraikan hari istimewa ini. Fang mengheret abangnya ke sebuah bilik. Lynna pula diheret ke bilik lain. Fang berjalan sambil tersenyum melihat abangnya
"Pang, ini adik abang ke?" tanya Kaizo
"Mestilah! Tak kan orang lain pula" kata Fang. Beberapa orang gaji lelaki menanggalkan pakaian Kaizo dan gantikan pakaian dia dengan baju beraja yang berwarna merah kuning keemasan. Mereka letak sebuah mahkota di atas kepala Kaizo "Abang nampak kacaklah! Patutlah kak Lynna jatuh hati dekat abang" Kaizo hanya diam sahaja. Itu bukan adik dia, fikir Kaizo. Adik dia yang sebenarnya tak kan melayan kawan-kawan dia seperti orang gaji "Abang"
"Yea Pang"
"Adik gembira sangat hari ini! Hari ini adik rasa sangat bahagia! Kak Lynna akan menjadi kakak ipar adik!" Kaizo tidak berkata apa, dia cuma berfikir untuk lari dari sini bersama dengan yang lain "Abang gembira tak?"
"Hmmm... bolehlah"
"Jawapan abang macam tak gembira aje. Abang tak suka kak Lynna ke?" tanya Fang. Sebelum sempat Kaizo menjawab, pintu bilik itu terbuka luas dan Lynna muncul di muka pintu dengan sebuah pedang. Dia telah melepaskan dirinya dan terpaksa berlawan dengan beberapa askar semasa dia datang ke bilik Kaizo
"Kak Lynna?"
"Maaf Fang tapi ini semuanya hanyalah mimpi sahaja dan kau bukan Fang yang sebenarnya" Lynna masuk ke dalam bilik dan pegang tangan Kaizo. Mereka lari keluar dari bilik itu. Fang tergaman seketika dan terus dia menyuruh askar-askar dia menangkap Lynna
"Kita perlu cari yang lain" kata Lynna
"Tapi mereka di mana?" tanya Kaizo. Mereka menggelakkan diri daripada beberapa askar yang sedang cuba menangkap mereka berdua. Lynna terpaksa berlawan pedang dengan askar-askar itu. Kaizo berjaya merampas satu pedang dari salah satu askar itu. Mereka berlawan bersama dan teruskan mencari Boboiboy, Ying dan Lily
"Kita cari di dapur. Mungkin Ying dan Lily ada di situ" kata Lynna tetapi dia tidak tahu di mana dapur berada. Istana itu tersangat luas, memang sukar untuk mencari sebuah bilik ataupun dapur. Mereka terpaksa membuka kesemua pintu bilik tersebut dan akhirnya mereka jumpa Boboiboy berpakaian seperti badut
"Kak Lynna! Abang Kaizo!" Boboiboy menanggal dan melempar topi badut dia
"CEPAT! KITA SUDAH TIADA MASA!" Kata Lynna. Mereka telah sampai ke tempat yang sunyi. Kaizo jaga di bahagian belakang dan pegang pedang dia seerat-eratnya. Lynna berada di depan untuk mencari pintu masuk ke dapur. Mereka terdengar beberapa tapak kaki dan mereka terus berdiri di tepi dinding untuk menggelakkan diri mereka di nampak. Lynna mengintai sedikit dan nampak beberapa orang gaji sedang memegang bakul pakaian. Orang gaji tersebut masuk ke dalam sebuah bilik dan Lynna mengajak mereka ke situ. Mereka berjalan dengan senyap dan terus melihat di dalam bilik itu. Ying dan Lily ada di situ, mereka terpaksa membasuh beberapa helaian kain putih
"Ying! Lily!" jerit Lynna. Mereka dengar jeritan pelahan itu dari Lynna
"Kak Lynna!" Ying gembira melihat Lynna ada di situ. Ying mengambil tangan Lily dan terus berjalan ke arah Lynna, Kaizo dan Boboiboy "Sekarang macam mana?" tanya Ying
"Lari dari sini sebelum adik aku nampak kita berada di sini" kata Kaizo. Mereka semua ikut Kaizo tetapi dia terus berhenti kerana di hadapan dia terdapat Fang dan askar-askar dia
"Abang, baik abang serahkan sahaja kak Lynna. Dia cuba nak larikan abang dari sini" kata Fang dengan muka marah dia "Kak Lynna memang patut dikenakan hukuman gantung!"
Kaizo dan Lynna sudah bersiap sedia untuk berlawan. Boboiboy, Ying dan Lily berundur kebelakang tetapi mereka semua telah diperangkap oleh askar-askar Fang
"Serang mereka! JANGAN CEDERAKAN ABANG AKU DAN KAK LYNNA! TANGKAP MEREKA BERDUA!" Kata Fang. Askar-askar Fang berlari dan keluarkan pedang mereka untuk menyerang mereka. Lynna dan Kaizo berusaha bersungguh-sungguh untuk mereka tidak mendekati Boboiboy, Ying dan Lily. Mereka juga mempertahankan diri mereka daripada di tangkap. Kaizo menghayunkan pedang tersebut dan terus terputus tangan salah seorang askar itu. Lynna tidak begitu rasa takut kerana dia pernah berlawan dengan pedang sebelum ini. Dia tendang salah seorang askar dan lalu askar itu terjatuh dan menyebabkan askar lain terjatuh juga. Kaizo dan Lynna membuka jalan untuk mereka semua lari dari sini tetapi salah seorang askar Fang telah menikam kaki Ying
"YINGGGGG!" Boboiboy menjerit sekuat hati
"Lari dari sini! INI HANYALAH MIMPI!" terus Ying hilang dari pandangan Boboiboy. Boboiboy, Lily, Kaizo dan Lynna terpaksa meneruskan berlari untuk keluar dari istana itu. Lynna dan Kaizo tidak kelihatan penat, mereka masih lagi berjuang untuk berlawan dengan askar-askar Fang
"Cepat kak Lynna! Abang Kaizo! Pintu istana dekat sana sahaja!" kata Boboiboy sambil berlari bersama Lily. Mereka berdua mengheret sebuah kain langsir dan lalu tebarkan ke atas askar yang menjaga pintu istana itu. Mereka menendang askar itu sekuat hati
"Kau ingat kau dapat lari" Fang rupanya sudah lama menunggu mereka di pintu istana. Boboiboy dan Lily berundur kebelakang kerana Fang telah keluarkan pedang dia yang tajam itu. Kaizo dan Lynna pegang tangan mereka berdua dan menyuruh mereka berdiri di belakang
"Abang, baik abang serahkan sahaja kak Lynna.. dia hanya mahu larikan abang dari adik" Fang pusing-pusingkan pedang dia. Boboiboy rasa kagum pula melihat Fang mengawal pedang itu "Kalau abang tak buat begitu.. adik tiada pilihan lain.. YAHHHHHHHH!"
------------------------------------------
"Selamat tadi itu mimpi sahaja" kata Ying yang sudah lama terbangun "Aku harap yang lain selamat"
"Apa yang terjadi tadi Ying?" tanya Gopal
"Kaki aku kena tikam dengan askar Fang tapi kita semua tahu itu bukan Fang yang sebenarnya"
"Bukan Fang yang sebenar? Jadi, maksud kau.. Fang masih belum dijumpai"
"Ha ah Ochobot. Kita semua sudah mencari dia tapi tak juga jumpa. Tak tahulah dia sorok dekat mana" kata Ying sambil minum air "Mana Yaya?"
"Yaya sudah tidur dekat bilik Fang. Dia temankan Rizu tidur. Kasihan dekat Rizu, dia tak sanggup dengar Fang menjerit tadi" Ochobot melihat Fang yang sudah kembali tenang tapi dia risau, macam mana nak bangunkan Fang kalau sampai sekarang mereka semua belum jumpai dia lagi. Matahari akan terbit tidak lama lagi tapi di kapal angkasa, kelihatan seperti waktu malam lagi. Ying hanya melihat bintang-bintang berkelipan diluar dan berdoa agar semuanya selamat
----------------------------------------
Kaizo membuka matanya dan kini dia terapung di dalam sebuah memori. Dia nampak ibunya dalam saat kematian dia. Dia juga nampak adiknya sedang menangis di dalam dakapan ibunya dan diri dia hanya berdiri diam sahaja. Kaizo tidak sanggup melihat memori itu lagi. Lynna yang ada di sisi Kaizo, dia hanya pegang bahu Kaizo sahaja
"Ibu.. ibu.. " Fang menangis di dada ibunya. Ibu Fang masih lagi hidup tapi dalam beberapa saat sahaja. Mata dia makin lama makin tutup dan akhirnya dia pergi juga buat selama-lamanya
"IBUUU! IBUUUU! JANGAN TINGGALKAN FANGGG!" Fang menjerit di dalam tangisan dia. Lynna dan Lily menangis, mereka berdua tidak sanggup melihat deritaan Fang saat ibunya mati. Kaizo tidak dapat menahan air matanya lagi, Boboiboy juga turut menangis sedikit. Hati dia tersentuh melihat kesedihan kawan baik dia
"IBUUU! IBU! BANGUN IBUUUU!" Fang menangis di situ. Dia tidak mahu meninggalkan ibunya tetapi Kaizo terpaksa mengangkat adiknya untuk pergi dari situ "IBUUUU! Ibuuu!... ibuu.. adik nak ibuuu!"
Lily dan Lynna berpelukan, mereka menangis bersama dengan memori Fang. Lynna teringat lagi saat Fang trauma kerana kematiaan ibunya. Dia tidak sanggup mendengar lagi jeritan tangisan Fang. Suasana menjadi pilu dan memori itu terus bertukar. Kaizo melihat sekeliling dia dan nampak adik dia yang sebenarnya
"PANGGG!"
"Abang?" Fang dikurung di dalam sebuah penjara. Kaki dan tangannya diikat oleh rantai besi "Abang ke tu?" Kaizo berlari ke arah adiknya dan lalu membuka pintu penjara itu "Abang, abang datang nak selamatkan adik" kata Fang dengan suara lemah dia. Kaizo tidak berkata apa, dia hanya peluk adiknya sahaja
"Pang, abang risau sangat sebab kau tidak bangun dari mimpi buruk kau"
"Terima kasih abang kerana masuk ke dalam mimpi adik untuk selamatkan adik. Adik sendiri tidak tahu macam mana adik boleh terperangkap di dalam mimpi sendiri"
"Bukan abang sahaja yang ada dekat sini" Kaizo tunjuk Boboiboy, Lily dan juga Lynna yang ada di luar penjara itu "Mereka semua datang untuk selamatkan Pang"
"Lily pun ada sekali" kata Fang dengan perasaan hairan dia. Lily cuma berikan tanda peaca dan senyuman ikhlas kepada Fang
"Mestilah! Lily tak nak lah tengok si landak asyik terseksa sahaja!" Fang tergelak sedikit
"Mari kita keluar dari sini" kata Kaizo
"Tapi macam mana? Kaki dan tangan adik kena ikat" Fang tunjuk kaki dan tangan dia. Dia tidak boleh bergerak jauh. Lynna masuk ke dalam penjara itu
"Fang boleh lepas dari ikataan itu dengan cara kasih sayang dari seorang abang kepada seorang adik tapi korang berdua memang selalu sayang menyayangi diantara satu sama lain. Kaizo sanggup berjalan jauh untuk mencari Fang dan sanggup bertaruh nyawa demi selamatkan Fang. Kawan-kawan Fang juga sama, mereka gadaikan nyawa mereka supaya kawan yang lain dapat teruskan perjalanan mereka untuk mencari Fang. Itulah kasih sayang diantara kawan dan juga diantara adik dan abang" Lynna senyum kepada mereka berdua. Secara tidak langsung, mereka semua hilang dari situ
-----------------------------------------------
Fang terjaga dari tidurnya, mata dia terkebil-kebil melihat langit angkasa. Dia pandang ke kiri dan kanan dan nampak abangnya sudah terduduk di sebelah dia "Abang!" Fang terus memeluk abangnya "Terima kasih abang, terima kasih lagi sekali, abang!"
"Fang, selamat kembali" Fang lepaskan pelukan itu dan nampak Boboiboy disebelah dia
"Yolah! Selamat kembali juga dari aku!" Ying tersenyum melihat Fang
"Dey! Kau jangan buat kita orang risau lagi!" Gopal tumbuk sedikit bahu Fang secara pelahan
"Kalau landak takde, tak kan Lily nak cari pasal dengan itik seorang sahaja" Kaizo merenung maut ke arah Lily dan terus Lily tersengih di situ
"Kak Lynna?" Fang mencari Lynna tapi dia tiada di situ. Tilam dia kosong dan dia juga nampak dua tilam kosong iaitu milik Yaya dan Rizu "Mana kak Lynna?"
"Oh, kak Lynna pergi kejutkan Yaya dan Rizu. Kejap lagi turun lah dia orang nanti" kata Boboiboy
"Terima kasih kawan-kawan kerana tidak berputus-putus mencari aku tapi aku rasa hairan, macam mana aku boleh terperangkap dalam mimpi aku sendiri? Musuh yang buat ke?"
"Hmmm.. itu abang tak dapat nak jelaskan tapi yang penting, sekarang ini kamu sudah selamat" Kaizo tersenyum sedikit melihat adiknya. Mereka semua gelak ketawa di tempat latihan tempur kecuali Kaizo. Ochobot scan badan Fang supaya tiada kesan sampingan dan dapati, Fang selamat dan normal. Lahap, Lynna, Rizu dan Yaya muncul dengan makanan sarapan pagi mereka semua. Lahap sempat mengambil beberapa kotak cereal dan juga dua botol susu untuk sarapan pagi mereka semua. Ada juga beberapa keping roti yang telah dibakar. Mereka boleh sapu di atas roti itu dengan chocolate ataupun strawberry jam. Yaya dan Lynna berikan setiap seorang mangkuk dan pinggan. Rizu letakkan satu dulang yang penuh dengan sudu, garpu dan juga pisau
Pagi itu, mereka semua berseronok sarapan pagi di angkasa lepas. Seperti sebuah lukisan yang telah dilukis oleh seseorang, Kaizo dan Lynna duduk ditepi sambil melihat yang lain duduk di atas tilam sambil makan. Mereka berdua menikmati makan cereal bersama. Rizu duduk di sebelah Fang sambil makan cereal dia. Fang pula sapukan chocolate di atas roti bakar dia. Gopal makan roti dia, Ying dan Yaya sedang tuang air milo panas dan juga teh hijau untuk mereka semua. Boboiboy minum susu dia sambil dilihat oleh Lily yang sedang berkelip-kelip mata. Dia langsung tidak sentuh roti bakar dia sebab asyik melihat Boboiboy sahaja. Lahap hanya makan biskut Yaya sahaja tapi paling kasihan, Ochobot terpaksa melihat sahaja tapi dia telah merakamkan saat kegembiraan mereka semua
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top