Masa Silam
"ABANGGGGGGGGG!"
"PEGANG TANGAN ABANG!" Fang cuba mencapai tangan abangnya tetapi sedutan lohong hitam itu terlampau kuat. Tangan sebelah dia sedang memegang kuat ranting pokok. Fang sedikit lagi hendak di sedut ke dalam lohong hitam tersebut "Pangg! jangan mengalah" Kaizo dengan tangan sebelah pegang tiang lampu elektrik dan sebelah lagi dia mencuba capai tangan adiknya "PANG! GUNAKAN KUASA KAU!" kata Kaizo. Dia tidak mahu adiknya hilang di dalam sedutan lohong hitam itu, dia tidak malu ini kali terakhir dia melihat wajah adiknya. Dia tidak mahu kecewakan hati ibunya kerana gagal melindungi Fang
"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat dirinya di bahan pokok agar diri dia tidak disebut ke dalam lohong hitam tersebut tetapi sedutan itu semakin lama semakin kuat. Fang yang berada di pokok nampak akar-akar pokok itu tergerak-gerak di tanah seperti ia juga akan di sebut masuk ke dalam lohong hitam. Kaizo perasan dengan apa yang sedang berlaku sekarang, dia tiada pilihan lain. Dia lepaskan pegangan dia di tiang lampu elektrik dan lalu lompat ke arah Fang. Dia perlu selamatkan Fang dengan segera. Kaizo mendarat di sebelah adiknya
"Abang?"
"Pang pegang abang kuat-kuat" Fang memeluk tepi badan abangnya dan Kaizo akan melompatkan diri mereka ke bawah dan lari jauh dari lohong hitam itu tetapi semuanya sudah terlambat. Pokok tersebut tercabut dari tanah, dan terbang masuk ke dalam lohong hitam itu bersama dengan Kaizo dan Fang
"FANGGGG! ABANG KAIZO!" Boboiboy baru sahaja sampai di tempat kejadian tapi semuanya sudah terlambat, lohong hitam itu sudah tutup dan terus hilang di depan mata Boboiboy sendiri "FANGGGG! ABANG KAIZOOOO!" Boboiboy masih lagi memanggil nama mereka tetapi tiada panggilan dari mereka berdua. Dia terduduk kerana tidak percaya apa yang telah berlaku. Dia sudah kehilangan dua orang kawannya. Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah Boboiboy yang masih lagi terduduk di atas jalan raya
"Boboiboy! mana dia orang? Apa yang sudah berlaku?" tanya Gopal. Boboiboy tidak menjawab, mereka hanya mendengar tangisan dari Boboiboy sahaja "Boboiboy?"
"Fang, abang Kaizo" Air mata Boboiboy mengalir keluar "Dia orang sudah tiada lagi. Dia orang kena sedut dengan lohong hitam" Gopal, Yaya dan Ying terkejut apabila mendengar berita buruk itu. Yaya dan Ying berpelukan, dia tidak boleh terima dengan berita buruk itu. Yaya menangis di bahu Ying, manakala Ying pula cuba tenangkan Yaya. Dia hanya menahan air matanya tetapi akhirnya dia menangis juga di dalam pelukan Yaya. Gopal tidak berkata apa, dia tidak menangis tetapi hati dia yang menangis
"Tapi macam mana lohong hitam itu boleh muncul?" tanya Yaya sambil mengelap air matanya
"Aku tak tahu Yaya tapi aku tak mahu fikirkan kita sudah kehilangan mereka berdua. Fang kawan baik aku, aku tidak mahu kehilangan dia! Aku juga tidak mahu abang Kaizo juga hilang. Aku sudah anggap dia sebagai abang sendiri" kata Boboiboy dengan nada yang sedih. Dia bangunkan diri dia dan melihat sahaja tempat lohong hitam tadi yang sudah hilang
"Fang kawan baik aku juga tapi kalau dia dan Kapten Kaizo masih lagi selamat, macam mana kita nak pergi selamatkan dia orang?" tanya Gopal
"Kita minta tolong dari Adudu sahajalah. Dia mesti tahu pasal tentang ini" kata Ying dengan cadangan dia
"Kau tak rasa ke ini salah satu rancangan jahat daripada dia?"
"Entahlah Gopal, aku pun tak pasti tapi kalau betul ini adalah rancangan jahat dia, aku akan hapuskan dia" Boboiboy mengenggamkan tangannya begitu kuat sekali "Aku akan paksa dia pulangkan balik kawan-kawan aku"
"Tapi, kau tak rasa ke ini kerja Borara sebab dia sahaja yang kita tahu ada kuasa lohong hitam" kata Yaya
"Ha ah, mungkin ini rancangan jahat dia"
"Aku tak pasti Ying tapi kalau ini rancangan dari dia, kenapa Borara tidak muncul di sini. Kenapa dia perlu bersembunyi" kata Boboiboy. Dia seperti kawan-kawan dia yang lain, juga tertanya-tanya, adakah musuh baru muncul yang sama kuasa dengan Borara atau ini memang kuasa Borara sendiri atau mungkin ini adalah salah satu rancangan jahat Adudu. Mereka akan mencari jawapannya dan akan pergi selamatkan Fang dan Kapten Kaizo
---------------------------------------
Kaizo dan Fang dicampak keluar dari lohong hitam tersebut di sebuah padang besar. Kaizo dapat mendarat dengan sempurna, manakala Fang pula jatuh di atas rumput hijau. Lohong hitam tadi hilang selepas sahaja ia mencampak mereka berdua. Kaizo melihat persekitaran padang itu. Di depan dia terdapat sebuah kawasan taman perumahan, dia tidak terkejut melihat kereta-kereta yang terbang di atas jalan. Kaizo seperti pernah lihat tempat ini tapi.. tak mungkin, fikir Kaizo. Ini adalah kawasan perumahan dia dulu, ini adalah tempat dia dan adik dia membesar sebelum ibubapa dia mati dibunuh tapi macam mana boleh wujud lagi. Bukan semuanya sudah dimusnahkan oleh Ratu Lily, fikir Kaizo
"Abang, kita dekat mana nie?" Fang bangun dari tempat dia jatuh tadi "Apasal ada kereta terbang dekat sini?"
"Adik, kita bukan lagi berada di planet bumi"
"Hah?! kita ada dekat planet mana sekarang ini?" Fang melihat sahaja kereta-kereta terbang itu, dia berasa seronok pula melihat kereta terbang itu. Tidak jauh daripada mereka, ada sebuah taman permainan. Terdapat dua orang kanak-kanak dan seorang wanita sedang asyik bermain. Kaizo pergi ke arah taman permainan itu, Fang mengikut abangnya dari belakang. Kaizo melihat sahaja dua orang kanak-kanak yang sedang berbuai, semakin lama dia semakin jelas melihat dua kanak-kanak itu. Kaizo terkejut, dia tahu siapa dua orang kanak-kanak itu. Mereka adalah dia dan adik dia semasa mereka kecil lagi. Kaizo berhenti di situ tanpa berjalan ke depan lagi, tangan sebelah kanannya, menghalang Fang bergerak ke depan
"Abang? kenapa?"
"Nampaknya lohong hitam tadi itu mencampak kita ke masa silam" Kaizo pandang ke arah wanita tersebut, itu adalah ibu mereka. Muka Kaizo berubah, dia tidak percaya dia dapat melihat ibunya, selama ini dia hanya melihat gambar ibunya sahaja tetapi sekarang, dia dapat melihat ibunya begitu dekat. Dia nampak senyuman dan gelakan ibu dia
"Kaizo, Fang! jom balik" kata Keiko kepada dua orang anaknya. Dua orang kanak-kanak tersebut berhenti bermain dan lalu berlari ke arah ibu mereka, wanita itu mengangkat salah seorang kanak-kanak kecil. Kaizo yang sudah besar mengalirkan air matanya kerana dia dapat mendengar suara lembut ibunya, manakala Fang yang berada di sebelah dia, terkejut besar. Fang ingin sahaja berlari ke arah ibunya tetapi Kaizo awal-awal lagi sudah pegang tangan adiknya, dia tidak benarkan adiknya pergi berjumpa dengan ibu mereka
"Abang! lepaskan adik! Adik nak jumpa ibu!" Fang cuba melepaskan tangannya tetapi Kaizo tidak benarkan juga. Semasa Fang menjerit-jerit kepada abangnya, ibu mereka terpandang ke arah mereka berdua. Fang berhenti menjerit dan melihat ibunya. Ibunya yang sedang mengangkat Fang yang masih lagi kecil, dia berikan senyuman manis kepada mereka berdua dan lalu meninggalkan taman permainan itu
"Abang! kenapa abang tak bagi adik pergi berjumpa dengan ibu" Fang sambung memarahi abangnya di situ "Kenapa?! abang! jawablah!" Kaizo melepaskan tangan adiknya "Abang, kenapa abang senyap sahaja" Fang melihat sahaja muka abang dia yang serius itu. Kaizo hanya terdiam sahaja, dia tidak tahu kenapa lohong hitam itu tadi membawa mereka berdua ke zaman ini. Adakah untuk melihat kembali kejadian tersebut kerana dia ingat lagi, ini adalah kali terakhir dia dapat bermain di taman permainan itu bersama dengan ibu mereka. Ingatan dia masih lagi segar, dia ingat segala-galanya
"Pang, kita kena pergi dari sini"
"Tapi! adik nak pergi jumpa ibu" kata Fang dengan nada yang marah
"TAK BOLEH! ABANG TIDAK BENARKAN KAU PERGI BERJUMPA DENGAN IBU!" Suara garang Kaizo sudah keluar tetapi Fang tidak kisah dengan suara garang abang dia. Fang begitu marah dengan abangnya, terus dia lari ke arah ibu mereka "PANGG! JANGAN DEGIL!" Kaizo mengejar adiknya supaya dia tidak pergi berjumpa dengan ibu mereka. Dia berlari begitu pantas dan sempat memeluk adiknya "Lepaskan adik! lepaskan adik! adik nak jumpa ibu"
"Pang! dengar cakap abang! kau tidak boleh berjumpa dengan ibu!" Kaizo pusingkan badan adiknya dan melihat wajah adiknya yang sedang kelihatan sedih itu. Dia memeluk adiknya sekuat hati walaupun Fang cuba untuk melepaskan diri daripada pelukan abangnya
"Kenapa? KENAPA?!" Fang meraung begitu kuat sekali, dia menangis di dalam pelukan abangnya "kenapa abang tidak bagi adik jumpa dengan ibu. Kenapa abang kejam sangat dengan adik, apa salah adik"
Kaizo mendengar tangisan adiknya. Dia juga menangis bersama dengan adiknya. Dia sebenarnya sudah diajar dari dulu lagi. Jikalau dia dapat pergi kembali pada zaman silam dia, jangan sesekali cuba untuk mengubah sejarah mereka kerana masa depan dia juga akan turut berubah "Maafkan abang adik. Apa yang abang lakukan memang kejam tetapi adik perlu tahu, kita tidak boleh mengubah apa sahaja pada zaman ini"
"Jadi, adik hanya dapat melihat ibu dari jauh sahaja?" Kaizo melepaskan pelukan dia dan pandang ke arah mata Fang yang sedang menangis itu. Dia mengelap air mata Fang dengan ibu jarinya
"Ya adik, sebab itu abang larang adik pergi berjumpa dengan dia. Abang takut adik akan cakap sesuatu yang boleh mengubah masa hadapan kita semua. Jadi, kau jangan pergi mencari ibu lagi, FAHAM!" Kaizo tahu, perbuatan dia memang terlalu kejam kepada adiknya, tetapi adiknya perlu faham kenapa dia menghalang adiknya pergi berjumpa dengan ibu. Fang hanya mengangguk sahaja walaupun hati dia agak kecewa dan sedih "Apa yang kita perlu buat sekarang?" tanya Fang dengan nada yang sedih
"Kita perlu mencari lohong hitam itu semula, agar kita dapat kembali ke masa asal kita"
"Tapi macam mana?"
"Abang tidak pasti, kita perlu mencari dengan cepat" agar adik tidak menjadi saksi tentang kejadian seterusnya, kata dihati Kaizo. Dia risau jikalau adiknya melihat ibunya mati di depan matanya sendiri. Itu sahaja yang dia risaukan sekarang ini
Pada malam itu, Kaizo dan Fang telah menjumpai sebuah rumah kosong yang tiada penghuni. Mereka terpaksa berhenti mencari lohong hitam tersebut dan bermalam di rumah kosong itu. Kaizo telah membuat unggun api di dalam rumah tersebut. Dia dan Fang duduk di depan api tersebut kerana cuaca pada waktu malam itu, tersangat sejuk
"Abang, apa akan terjadi kalau kita kekal di sini selama-lamanya?" tanya Fang secara tiba-tiba
"Abang tidak tahu apa yang akan terjadi nanti" Mereka hanya senyap sahaja selepas itu. Fang hanya memandang unggun api yang sedang menari-nari itu. Dia mula terfikir tentang ibunya lagi, jadi dia membuat satu rancangan. Dia akan pergi mencari rumah dia pada zaman ini, dan dia mahu melihat ibu dan ayah dia sahaja. Itu sahaja yang dia inginkan. Dia tahu dia tidak boleh bercakap dengan mereka kerana takut perubahan masa depan dia nanti tapi bagaimana dia boleh bercakap dengan mereka tanpa memberitahu siapa diri dia atau memberitahu mereka tentang masa depan dia. Mungkin itu tidak akan dapat mengubah masa depan dia, mungkin juga, fikir Fang
Fang akan jalankan rancangan dia apabila abang dia sudah tertidur nanti. Dia akan pergi secara senyap, sekarang dia hanya perlu tunggu sahaja
"Adik sedang fikirkan apa?"
Fang terkejut, adakah abang dia tahu dengan rancangan dia? Dia perlu berpura-pura agar abang dia tidak mensyaki apa-apa "Adik fikirkan tentang ibu" Memang betul pun, dari awal tadi lagi dia asyik fikirkan tentang ibunya. Dia masih ingat lagi suara ibunya bagaiman mana. Sebelum ini dia pernah nampak ibunya tetapi itu semuanya hanyalah memori, semuanya samar-samar sahaja tapi yang paling jelas sekali semasa Lynna menggunakan kuasa dia untuk melihat memori Fang sewaktu dia kecil lagi. Kaizo bangun dan duduk disebelah adiknya dengan rapat
"Abang juga fikirkan tentang ibu. Walaupun adik tidak ingat, tapi ibu memang terlalu sayangkan adik. Ibu tidak pernah memarahi adik walaupun adik degil macam mana pun"
"Ibu pernah marah abang?" tanya Fang
"Pernah tapi hanya sekejap sahaja" Kaizo senyum kepada adiknya "Abang pernah buat adik menangis, ibu marah abang tetapi selepas itu, ibu buatkan sup lobak merah untuk abang. Ibu tidak mahu abang kelihatan sedih"
"Ibu memang seorang yang baik kan"
"Ya adik, dialah ibu yang terbaik. Dialah segala-galanya bagi abang. Masa kita kehilangan ibu dan ayah, abang tidak tahu apa yang abang perlu buat seterusnya. Abang pada masa itu, memang betul-betul patah semangat tapi disebabkan abang masih lagi ada adik. Abang tidak mengalah, abang akan teruskan dengan kehidupan kita pada masa itu. Abang tidak mahu sia-siakan kematian ibu dan ayah kita, lebih-lebih lagi abang berjanji dengan ibu yang abang akan sentiasa melindungi adik" Kaizo menangis apabila teringat balik kisah silam hitam dia. Fang pegang tangan abang dia
"Terima kasih abang kerana tidak berputus asa. Disebabkan ketabahan hati abang, kita masih bersama lagi" Kaizo cium kepala adiknya "Kalau adik kehilangan abang, mungkin adik tidak mahu teruskan kehidupan adik"
"Jangan kata begitu Pang! kau masih lagi ada keluarga, kau boleh sahaja teruskan kehidupan kau dengan mereka. Ingat kata abang, jangan sesekali sia-siakan kehidupan kau apabila abang sudah tiada nanti. Abang yakin, kawan-kawan kau juga akan kembalikan keyakinan kau untuk terus hidup"
"Maaf abang" Fang tundukkan kepala dia sedikit, silap dia kerana cakap begitu
"Abang maafkan. Sudah! mari kita tidur, hari sudah lewat malam" Kaizo bangun dan mencari tempat yang selesa untuk baring. Dia baringkan dirinya yang berdekatan dengan unggun api. Fang terpaksa berpura-pura tidur agar abang dia tidak tahu dengan rancangan dia. Dia juga baring dekat dengan unggun api agar badan dia tidak sejuk. Dia begitu nasib baik kerana dia memakai jaket ungunya pada hari ini tetapi dia melihat abang dia mengigil kesejukan walaupun dia baring dekat dengan unggun api tersebut. Fang bangun dan membuka jaket ungunya, dia nampak abang dia sudah terlena tidur. Dia meletak jaketnya di atas badan abang dia
"Selamat malam abang" kata Fang. Lalu dia beredar dari situ dan pergi mencari rumah ibu dan ayahnya. Dia berjalan di dalam jalan yang sunyi tapi cahaya bulan penuh pada malam itu menjadi peneman dia. Fang dari satu rumah ke satu rumah dia mencari, dia tidak akan putus asa sehinggalah dia sampai di sebuah rumah yang agak mewah dan besar. Dia mengintai-gintai di tingkap ruang tamu dan nampak abangnya pada masa kecil lagi. Abangnya sedang berborak dengan ayah mereka, Fang nampak ayahnya sedang menunjuk jam kuasa yang keemasan itu kepada abangnya. Fang beredar dari situ, dia terus pergi kebelakang rumah. Dia berjalan di sebalik semak dan nampak dirinya yang masih kecil sedang berborak dengan ibunya sambil melihat bulan penuh pada malam itu
Fang tundukan dirinya dan sorok di dalam semak dan melihat sahaja mereka berdua berborak mesra. Air mata dia keluar kerana terlalu gembira dan pada masa yang sama, dia sedih kerana dia tidak ingat apa yang dia sedang berborak dengan ibunya. Alangkah indahnya kalau dia dapat mendengar perbualan mereka, tapi dia tidak boleh pergi dengan lebih dekat, takut mereka akan nampak dia berada di situ nanti. Jadi dia hanya duduk diam di situ sambil melihat mereka. Dia nampak gelakan dan senyuman dari ibunya
"Manisnya senyuman ibu" bisik Fang. Dia juga turut tersenyum melihat ibunya. Selepas itu dia nampak dirinya sudah tertidur disebelah ibunya. Ibu dia mendukung dirinya yang masih kecil itu masuk ke dalam rumah. Fang juga patut beredar dari situ. Dia tunggu 3 minit di situ dan lalu dia bangun dan bergerak secara pelahan-lahan sehinggalah dia terpijak satu ranting kayu kecil. Dia tidak sedar bahawa ibunya keluar balik ke halaman rumah dan terkejut nampak Fang berada di situ
"Kamu budak petang tadi" kata ibunya "Apa kamu buat dekat sini?"
"Maaf, saya akan beredar dari sini" Fang cepat-cepat keluar dari semak tersebut
"Tunggu!" kata ibunya. Fang berhenti dan menoleh kebelakang "Muka kamu macam saya kenal. Kamu siapa?" Fang ingin sahaja katakan dia anak kepada ibu tetapi dia teringatkan kata-kata abangnya
"Mungkin muka saya macam seseorang yang aunty kenal" kata Fang. Hati dia sedih kerana tidak dapat mengatakan dia anak ibu tetapi dia faham kenapa dia tidak boleh buat begitu "Saya baru sahaja pindah ke sini, jadi saya minta maaf kerana masuk ke rumah aunty tanpa kebenaran. Saya pergi dulu"
"Jangan pergi, mari berborak dengan aunty dulu" Ibunya menjemput dia masuk ke dalam rumah "Jangan risau, anak-anak aunty semuanya sudah tidur" Fang masuk ke dalam dan nampak rumah sebenar dia. Rumah itu seperti sebuah rumah yang sangat bahagia. Terdapat barang-barang mainan yang bersepah di merata-rata tempat. Dia juga nampak gambar-gambar yang di gantung di dinding rumah, dia melihat gambar-gambar tersebut. Terdapat gambar dia semasa dia bayi lagi. Masa itu dia sedang bermain bersama dengan abang dia. Ada juga gambar ayah dia sedang mendukung dia di tepi kolam renang
"Maaf sebab rumah aunty bersepah. Anak-anak aunty suka sangat sepahkan rumah" Fang ternampak anak patung landak di atas sofa ruang tamu, lalu teringat anak patung landak dia di bilik tidur dia. Dia mengikut ibunya pergi ke dapur. Dia duduk di kerusi meja makan sambil melihat ibunya sediakan air teh untuk dia "Kamu dari mana sebenarnya?" tanya ibunya
"Err.. saya dari planet lain, baru sahaja pindah ke sini" Maaf kerana terpaksa berbohong dengan ibu, kata Fang dihatinya
"Oh, jadi kamu pindah ke sini dengan ibubapa kamu?"
"Tak, saya berpindah ke sini dengan abang saya. Ibubapa saya sudah lama tiada" Fang menahan air matanya kerana tidak dapat bercakap perkara yang sebenar
"Maaf, aunty tidak tahu" Ibunya meletakkan sebuah cawan putih di hadapan Fang dan lalu tuangkan teh di dalam cawan itu "Minumlah" kata ibunya. Fang mengangkat cawan tersebut dan lalu minum air itu "Apa nama kamu?"
Alamak, nama apa nak cakap yea, fikir Fang "Errr.. nama saya Boboiboy" Fang berbohong lagi, hati dia terasa sakit kerana terpaksa menipu ibunya
"Selamat datang ke planet ini Boboiboy. Comel nama kamu" Ibunya memberikan senyuman manis kepada Fang dan lalu Fang membalas senyuman tersebut. Hati dia rasa tenang melihat senyuman ibunya "Terima kasih i-aunty" dia hampir hendak menjawab ibu tapi selamat dia betulkan
"Keiko! ada nampak tak baju biru saya?" Ayah dia pula masuk ke dalam dapur dan terkejut melihat Fang ada di situ "Ini siapa?"
"Maaf Kai, ini jiran baru kita. Dia baru sahaja pindah di sini. Nama dia Boboiboy" kata ibunya. Fang hanya berikan senyuman kepada ayahnya. Mata dia tidak mengalih pandangan ke tempat lain kerana kedua ibubapanya berada di hadapan dia. Dia ingin sahaja bangun dari situ dan peluk mereka berdua dan katakan dia adalah anak mereka yang datang dari masa depan. Dia ingin merasakan pelukan dari mereka berdua, dia juga ingin rasa belaian manja dari ibunya tapi dia hanya dapat melihat sahaja. Tetapi dia bersyukur dapat melihat, mendengar, berbual dengan mereka dan juga memberikan senyuman kepada mereka sahaja
"Apa khabar uncle?" tanya Fang
"Uncle khabar baik. Kamu bolehlah nanti berkawan dengan anak-anak uncle. Mesti dia orang suka dapat kawan baru nanti" kata ayah dia
"Apa nama mereka"
"Nama anak aunty ialah Fang dan Kaizo" Ibunya mengambil bingkai gambar yang terletak di atas peti sejuk dan dia tunjukkan kepada Fang "Yang kecil ini Fang dan ini pula abang dia, Kaizo. Dia orang berdua nie memang tidak boleh dipisahkan"
"Maksud aunty, dia orang memang rapatlah kan"
"Betul tue Boboiboy. Aunty suka tengok kemesraan mereka berdua, Fang memang suka bermanja dengan abangnya" kata ibunya "Kamu dengan abang kamu macam itu juga ke?"
"Ha ah, saya dengan abang saya memang rapat tapi kami selalu bergaduh. Abang saya suka buli saya tapi dia terlalu sayangkan saya, dia selalu melindungi saya" Entah kenapa, dia rasa diri dia bahagia kerana dapat berborak dengan ibunya walaupun dia terpaksa menyamar menjadi orang lain. Dia seperti mempunyai ibu dan ayah balik
"Bagusnya kamu dapat abang yang baik. Anak-anak uncle tak pernah bergaduh tapi Fang tue degil. Tak suka dengar cakap orang. Kaizo juga seperti abang kamu, terlalu sayangkan adiknya" kata ayahnya. Fang rasa nak tergelak sedikit kerana dia masih degil lagi seperti dulu dan ternyata, abang dia tetap sayangkan dia semenjak dia lahir lagi "Apa nama abang kamu?" tanya ayahnya
"Nama abang ialah.. err" cepat fikirkan satu nama, fikir Fang "err.. nama dia Rizu"
"Rizu? Pelik nama dia tapi comel" kata ibunya "Esok nanti, kamu datanglah ke sini lagi, bawalah abang kamu sekali. Boleh kami semua berkenalan dengan abang kamu juga. Nanti aunty buatkan makanan yang sedap. Boleh kita makan bersama. Boboiboy suka makan apa?"
Fang tanpa berfikir panjang, dia terus menjawab "Donut lobak merah"
"Eh, itu donut kegemaran anak aunty juga" kata ibunya "Fang memang minat dengan donut lobak merah. Abang dia juga sama, minat lobak merah juga tapi dia suka sup lobak merah"
"Yea ke ibu" Fang terus menutup mulutnya dengan tapak tangan dia. Dia terlepas cakap
"Ibu?" ibunya memandang ke arah Fang. Ayahnya juga memandang dia dengan penuh rasa curiga
"Maaf maaf.. saya teringatkan ibu saya" Fang bangun dari situ "Saya pergi dulu, jumpa lagi. Terima kasih aunty dan uncle kerana sudi berbual dengan saya" Fang terus keluar dari dapur tersebut
"Boboiboy! tunggu" ibunya panggil tapi Fang sudah keluar dari rumah tersebut "Mata dia seperti mata aku" bisik Keiko
Sepanjang perjalanan, Fang tidak henti-henti mengalirkan air matanya, dia terlepas cakap. Kalau dia tidak memanggil nama ibu tadi, mungkin mereka dapat berborak lama lagi dengan mereka. Fang mengelap air matanya. Dia sudah sampai di rumah terbiar, dia nampak abang dia masih lagi tidur. Fang pergi ke balkoni luar rumah dan pandang ke arah bulan penuh. Pada masa yang sama, ibunya juga turut melihat bulan penuh pada malam itu
----------------------------------------------
Fang terjaga dari tidurnya dengan satu letupan yang begitu kuat. Dia bangun dan terus melihat di luar tingkap, dia nampak asap-asap hitam sedang naik ke atas langit. Ada setengah rumah musnah teruk dan ada juga yang terbakar. Dia dikejutkan lagi dengan letupan yang begitu dasyat, Fang tidak tahu apa yang terjadi. Mata dia tidak berhenti-henti melihat di luar
"Pang" Kaizo pegang bahu adiknya "Kita kena keluar dari sini dengan segera"
"Kenapa? apa yang berlaku?"
"Kau tidak perlu tahu, kita kena cari lohong hitam semula!" Kaizo pegang tangan adiknya dan membawa dia keluar dari rumah terbiar tersebut. Fang nampak ramai orang lari berkeliaran di kawasan perumahan itu. Apa yang terjadi nie, fikir Fang
Semuanya berlari ke arah satu bandar yang tidak jauh daripada situ, ramai yang menjerit 'lari' 'selamatkan diri' 'Ratu Lily' Fang baru sedar kenapa, Ratu Lily menyerang kawasan perumahan itu. Pemikiran dia hanya tertumpu kepada ibu dan ayah dia. Fang melepaskan pegangan abang dia dan lari ke rumah ibu dan ayahnya.
"PANG! KAU NAK PERGI KE MANA TUE!" menjerit Kaizo kepada adiknya. Dia terpaksa mengejar adiknya agar dia tidak melakukan sesuatu yang dapat mengubah sejarah kehidupan mereka berdua. Semasa dalam kejaran itu, dia terserempak dengan diri dia yang sedang mendukung adiknya. Dia nampak dirinya dalam keadaan sedih. Kaizo menoleh kebelakang dan melihat dirinya lari dari situ. Dia juga nampak adiknya sedang tidur dengan lena. Dia sedarkan diri dia balik, dia perlu mengejar adiknya
"PANGG!" Kaizo memanggil nama adiknya "PANGGG!" dia mencari-cari adik dia dan akhirnya nampak adiknya berdekatan dengan rumah ibubapa mereka. Suasana di kawasan rumah ibubapanya sudah menjadi sunyi, askar-askar dan Ratu Lily sudah tiada di sit. Kaizo berlari begitu pantas untuk menghalang adiknya masuk ke dalam rumah ibubapa mereka yang sudah musnah teruk itu "PANGGG!" dia pegang tangan adiknya sebelum dia masuk ke dalam rumah yang sudah musnah itu
"Abang, lepaskan tangan adik"
"Kenapa kau datang ke sini juga? Kan abang sudah cakap! jangan nak ubahkan sejarah kita semua"
"Adik nak pergi selamatkan ibu dan ayah. Adik tak nak kehilangan mereka lagi. Adik sayangkan mereka" Kaizo menarik adik dia dengan begitu dekat dan peluk dia "Abang, adik tak kisah kalau adik ubahkan masa depan kita. Adik nak ibu dan ayah balik" Fang menangis di dada abangnya
"Abang juga ingin benda yang sama TAPI KITA TIDAK BOLEH SESUKA HATI MENGUBAHKANNYA!"
Fang menolak pelukan abang dia "JADI ABANG SANGGUP MELIHAT IBUBAPA KITA MATI! MUNGKIN INI PELUANG KITA UNTUK SELAMATKAN MEREKA!" Kaizo melempang adiknya buat pertama kali. Dia begitu geram dengan kedegilan adiknya. Fang terkejut dengan tamparan dari abangnya. Pipi dia sudah menjadi merah kerana tamparan tersebut begitu kuat dan menyakitkan
"JADI KAU SANGGUP MELIHAT MASA DEPAN KITA BERUBAH! kau juga akan terima padahnya nanti, kau tidak akan kenal kawan-kawan baik kau, kau tidak akan dapat jam kuasa kau, kau tidak akan dapat duduk di bumi, segala-galanya akan berubah disebabkan oleh kau! mungkin juga kau dan aku tidak serapat seperti sekarang ini! KITA TIDAK DAPAT TAHU APA YANG AKAN TERJADI NANTI! mungkin lebih teruk atau mungkin lebih bahagia, kita sendiri tidak tahu, kita sendiri tidak dapat meneka masa depan kita. Walaupun sebesar mana atau sekecil mana pun kita ubahkannya, sejarah semua yang kita kenal, akan berubah selama-lamanya. ITU YANG KAU NAK!"
"ADIK TAK KISAH TENTANG SEMUA ITU! ADIK CUMA NAK SELAMATKAN IBUBAPA KITA SAHAJA!" Fang berlari masuk ke dalam rumah dan mencari ibu dan ayahnya. Dia memang degil, dia memang tidak dengar cakap abang dia, dia mahu apa yang dia nak sekarang ini iaitu selamatkan ibubapa mereka
"IBUU! AYAHHH!" Fang menjerit nama mereka
"Pang! kau jangan degil" Kaizo muncul di muka pintu rumah tetapi Fang mengendahkan sahaja abang dia "PANG! KAU DENGAR TAK CAKAP ABANG!" Fang buat-buat tidak dengar, dia teruskan mencari sehingga dia ternampak tangan ayahnya. Fang terus berlari dan dapati ayah dia sudah tiada lagi "Ayah" Fang terduduk dan pegang tangan ayahnya yang ada kesan darah itu
"Pang, kita tidak boleh berada di sini"
"JANGAN KACAU ADIK!" Fang menangis sambil pegang tangan ayahnya "Ayah, jangan tinggalkan adik"
"Ayah" Kaizo juga turut sedih melihat ayahnya mati di situ. Dia menahan air matanya. Kaizo terpaksa mengangkat adiknya untuk beredar dari situ tetapi Fang melawan abangnya
"Lepaskan adik! Adik nak pergi mencari ibu" Kaizo sudah tidak berdaya lagi untuk memujuk atau memarahi adiknya, dia terpaksa lepaskan adiknya pergi mencari ibu mereka. Fang mencari-cari ibunya dan nampak ibunya terbaring di atas timbunan batu-bata. Ibunya masih hidup lagi tapi untuk seketika sahaja. Dia sudah semakin nazak
"Ibu!" Fang berlari ke arah ibunya "Ibu!"
"Fang?" kata ibunya dengan nada yang lemah. Ibunya tersenyum lemah melihat Fang "Anak ibu" Ibunya pegang pipi Fang, tangan dia penuh dengan darah tapi Fang tidak kisah langsung dengan darah itu. Asalkan dia dapat merasa tangan ibunya
"Ibu kenal saya? bagaimana?"
"Ibu kenal mata kamu, mata kamu seperti mata ibu" ibunya terbatuk-batuk sedikit "Dan kamu pula ialah Kaizo. Anak ibu juga" ibunya pandang ke arah tepi Fang
"Abang! tolong adik angkat ibu. Kita boleh selamatkan ibu"
"Tak usah Fang, ibu hanya dapat hidup sekejap sahaja. Mungkin ini takdir ibu dapat melihat anak-anak ibu yang sudah meningkat dewasa"
"Tapi ibu.." Fang pegang tangan ibunya yang sudah sejuk itu, dia peluk badan ibunya. Dia dapat mencium bau harum ibunya walaupun ada sedikit bau darah. Dia pejamkan matanya dan dengar degupan jantung ibunya yang semakin lama semakin lemah. Ibunya membelai rambut Fang "Jangan tinggalkan Fang, ibu"
"Tak, ibu tak tinggalkan Fang. Ibu sentiasa ada di hati Fang" Ibu mereka tersenyum dan lalu pandang ke arah Kaizo "Kaizo, terima kasih kerana menjaga adik kamu dengan baik. Terima kasih kerana tunaikan janji ibu. Ibu bersyukur kerana kedua anak ibu selamat daripada Ratu Lily, akhirnya ibu dapat melihat kamu membesar dengan baik" Ibunya menangis sedikit. Fang bangun dan nampak air mata ibunya
"Ibu jangan sedih" kata Fang sambil mengelap air mata ibunya
"Ibu tak sedih, ibu cuma gembira sahaja. Terima kasih kerana datang ke rumah ibu pada malam tadi" kata ibunya "Jaga diri kamu elok-elok. Ibu sentiasa sayangkan kamu berdua" Akhirnya ibunya pergi juga. Fang nampak mata ibunya sudah tertutup
"IBUUU! IBUUU! JANGAN TINGGALKAN FANGG!" Fang menangis di dada ibunya, dia meraung-raung memanggil nama ibunya "IBUUU! IBUUU! BANGUN IBUU!" Kaizo tidak dapat menahan air matanya lagi, dia tidak sanggup melihat adiknya menangis di atas badan ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi "Ibuuu... ibuuu... ibu bangunlah ibu... adik nak ibu"
"Pang, kita perlu keluar dari sini" Kaizo mengangkat adiknya tetapi Fang tak nak lepaskan ibunya
"TAK NAK! TAK NAK! ADIK TAK NAK TINGGALKAN IBU!" Fang menjerit di situ "Jangan tinggalkan adik, ibu! IBUU! Adik sayangkan ibu juga" Kaizo terpaksa mengheret adiknya jauh dari ibu mereka "ABANGG! TINGGALKAN ADIK DENGAN IBU! ADIK NAK IBU! ADIK NAK IBUU! ADIK TAK NAK TINGGALKAN IBU" Kaizo mengheret dan mengangkat adiknya yang masih lagi menjerit-jerit, meraung-raung nama ibunya, dia mengheret Fang sampai ke padang semalam. Dia lepaskan adiknya dan lalu Fang menepuk-nepuk dada abangnya dengan laju dan lemah sekali, dia marah kerana abang dia terpaksa mengheret dia pergi. Fang berhenti menepuk dada abangnya, dia terduduk dan melihat tangan dia ada kesan darah ibu dan ayahnya
"Adik nak ibu, adik nak ayah" Kaizo peluk adiknya, agar dia tenang "Adik nak mereka hidup balik, adik tak nak kehilangan mereka" Kaizo tidak bercakap apa, dia biarkan sahaja adik dia menangis. Kaizo cuba dodoikan adiknya, sambil itu nyanyikan sebuah lagu cina yang selalu ibu mereka nyanyikan kepada Fang dan akhirnya Fang tertidur di dalam pelukan abangnya
------------------------------------------
Ochobot melihat sahaja keempat kawannya yang sedang sedih kerisauan "Kenapa dengan korang semua?" tanya Ochobot
"Kita orang sudah tanya Adudu tentang lohong hitam semalam tapi dia cakap, itu bukan dia yang buat. Mengikut kata dia lagi, Borara tiada di sini dan computer Adudu cakap, semalam dia mengesan aktiviti pelik di sekitar kawasan yang lohong hitam itu muncul" kata Boboiboy
"Jadi, apa maksudnya?" tanya Ochobot
"Mengikut kata Computer Adudu lagi, lohong hitam itu adalah datang dari jam kuasa seseorang" Boboiboy melihat Ochobot sedang fikirkan sesuatu
"Hmm.. aku pernah dengar ada kuasa lohong hitam yang lain tapi kuasa dia lain daripada kuasa Borara. Kuasa itu seperti kuasa Ying, tapi aku pun tak pasti"
"Kuasa macam aku? jadi maknanya Fang dan Kapten Kaizo dapat pergi putarkan masa ke?" kata Ying
"Itu aku tak pasti"
Tiba-tiba sahaja muncul balik lohong hitam di belakang mereka "Hati-hati semua! nanti kita di sedut masuk!" jerit Boboiboy tetapi lohong hitam itu tidak menyedut mereka semua. Mereka terkejut kerana nampak seseorang sedang berjalan keluar sambil mendukung seseorang dari lohong hitam tersebut
"EH! KAPTEN KAIZO!" terkejut mereka berlima. Lohong hitam itu hilang sebaik sahaja Kaizo keluar dari situ. Boboiboy dan rakan-rakan dia yang lain terus berlari ke arah Fang dan Kaizo. Boboiboy nampak ada kesan darah di tangan Fang, muka Fang dan juga di baju dia "Apa yang terjadi abang Kaizo?"
"Maaf, boleh tak kamu semua biarkan kami bersendirian buat sementara" Mereka tidak berkata apa lagi dan biarkan Kaizo berjalan meninggalkan mereka semua. Apa yang mereka nampak, hanyalah air mata Kaizo yang mengalir di pipi dia
"Apa yang terjadi sebenarnya" Boboiboy melihat kawan-kawan dia, mereka seperti dia juga, risau dengan kawan baik mereka
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top