Kenangan
Ochobot rasa pelik melihat ketiga-tiga kawan dia duduk di kedai Tok Aba dengan muka sedih, makanan tak terusik, air mata tak mengalir keluar dan mereka hanya duduk diam sahaja "Haih, kenapa dengan kamu bertiga ni?" tanya Ochobot
"Pizu sedih sebab tahun depan Pizu tak sama sekolah dengan abang Fang. Siapa nak temankan Pizu masuk ke kelas nanti" mengeluh Rizu
"Kasihan kamu" kata Ochobot sambil usap-usap kepala Rizu "Yang korang berdua kenapa pulak?"
"KAMI SEDIH SEBAB TIADA TEMPAT NAK BERGADUH DAH!" Kata dua-dua Lily serentak
"Pulak... tempat lain kan ada, tak kan tempat Edisi Malam Minggu sahaja yang korang nak bergaduh"
"Mana boleh Ochobot" Lily terus peluk Ochobot dan mulakan dengan drama kisah sedih dia "Rancangan itu popular sebab pergaduhan di antara Lily dan Lily! Tanpa kami berdua, rancangan itu tak kan berjaya! Sebab itu kami selalu cari nahas dekat Edisi Malam Minggu! Sekarang, kami nak bergaduh dekat mana pun, kami tak tahu. Nak bergaduh dekat sini, takut Tok Aba marah pula. Nak bergaduh dekat tempat latihan tempur, takut nanti kapten itik belasah kita orang pulak! Dekat mana lagi kita orang nak bergaduh Ochobot!" Lily goyang-goyangkan Ochobot sampai buatkan dia pening
"Aduhai.. sakit kepala aku" kata Ochobot
"Betul tu Lily! Aku Ratu Lily, tak dapat nak berlawan lagi dengan musuh ketat ku!"
Lily lepaskan Ochobot dan terus dia menangis bersama dengan Ratu Lily. Rizu pun turut menangis juga. Ochobot bertambah pening lagi dengan mereka bertiga dan lalu dia ternampak Fang datang dengan muka sedih dia pula "Haih, hari ini hari sedih sedunia ke?" tanya Ochobot yang rasa hairan dengan mereka semua "Kau kenapa Fang?" Fang duduk di sebelah Rizu yang sedang menangis di dalam pelukan Lily
"Hmmm.. abang aku marah-marah aku sebab salah gunakan tempat latihan tempur. Hari itu buat dinner date si Lily ni, lepas tu sarapan pagi ramai-ramai dekat situ, buat birthday party Rizu dekat situ, berkaraoke dekat situ.. apa lagi yea, lupa pulak aku. Dia sudah larang kita guna tempat latihan tempur tu selain daripada untuk latihan tempur sahaja. Lepas tu pagi tadi, ramai pula yang datang ke rumah sebab semuanya nak latihan tempur dengan abang aku. Apa lagi, abang aku mengamuk lah. Halau dia orang dengan pedang tenaga dia" Fang letakkan kepala dia di atas meja kaunter "Tak pasal-pasal, aku juga kena hukuman dari abang aku"
"Kasihan abang Fang" Rizu masih lagi menangis "Abang Fang kalau nak buat birthday party lagi, kita buat dekat rumah Pizu ok"
"Terima kasih Rizu" Fang rampas Rizu dari pelukan Lily dan dia pula peluk Rizu. Lily tiada siapa nak peluk, terus dia peluk musuh ketat dia dan lalu sambung balik menangis
"Uwaaa! Ratu Lily, kita sudah tiada tempat nak dinner date dengan Boboiboy lagi"
"Aku tak pernah nak dinner date dengan Boboiboy. Keluar jalan-jalan dengan dia adalah" menangis Ratu Lily, selamat bukan tangisan berdarah dia yang keluar
Makin bertambah pening Ochobot dengan kepelikan kesedihan mereka berempat. Jangan orang yang seterusnya datang dengan kesedihan lain sudahlah "Aku buatkan makanan dan minuman untuk korang yea. Bagi tenang dan aman sedikit kedai Tok Aba ni"
"Terima kasih Ochobot" kata mereka berempat. Ochobot terus siap-siapkan 4 keping chocolate pancake dan 4 air Ice Blended Chocolate Special. Tiba-tiba dia nampak pula Boboiboy berjalan dengan kedua belah tangannya di dalam poket jaket dia. Muka dia kelihatan sedih "Haih, seorang lagi datang"
"Ochobot, hot chocolate special satu" kata Boboiboy dengan suara sedih dia
"Kau kenapa pula sedih-sedih ni? Nak join club sedih ke?"
"Hmmm... cuti sekolah ni aku kena balik KL dah"
"Ala.. nanti masa cuti sekolah kau takdelah dekat sini nanti" Ochobot pula rasa sedih "Lama ke kau balik?"
"Itu aku tak pasti tapi.. apasal yang lain pun turut sedih ni?"
"BOBOIBOY! KAMI NAK IKUT BOBOIBOY PERGI KL BOLEH?" tanya dua-dua Lily dengan senyuman lebar mereka. Dua mereka mata bersinar-sinar kepada Boboiboy
"Errrr..." Boboiboy tidak tahu hendak menjawab apa "Aku rasa... Tok Aba ada panggil aku tolong dia sekejap.. AKU PERGI DULU!" Terus Boboiboy lari dari situ. Lily dan Ratu Lily berkebil-kebil melihat Boboiboy larikan diri daripada mereka berdua. Terus mereka pandang sesama sendiri dengan renungan maut mereka
"KAU LAH PUNYA PASAL DIA LARI!" Jerit mereka ke arah diri masing-masing
"Isk! Kau lah yang mulakan dulu!" kata Lily
"Aku pula! Kau yang mulakan dulu.. jangan nak salahkan aku!"
"Wei! Aku Lily ok! Lily the great! the awesome! Walaupun aku bukan kekasih hati Boboiboy tapi aku akan lindungi dia daripada pontianak yang tak sedar diri dia tu sudah mati tapi masih lagi nak menghendap Boboiboy dan aku juga, pergi balik ke alam hantu kau lah!" Berapi-api Ratu Lily dengan Lily. Dia sudah mula keluarkan kuku tajam dia
"Eleh, the great konon. Aku Ratu Lily, bekas ratu kekejaman! kejahatan! kezaliman! ke.. ke.. ke apa lagi yea.." Ratu Lily berhenti sekejap untuk berfikirkan ayat yang seterusnya "Hah! KEGELAPAN! Aku telah menjadi baik! dan aku juga berhak untuk menawan hati Boboiboy! KAU HANYA MENJADI PENGHALANG AKU SAHAJA! Aku akan hapuskan Lily yang sama dengan aku walaupun diri aku lebih hebat daripada si Lily perangai pelik-pelik!" Mereka berdua berperang mulut di hadapan kedai Tok Aba sampaikan pelanggan lain tidak mahu datang dekat dengan kedai itu
"Aduhai.. dia orang ni.. nama sama, perangai pun.. boleh dikatakan sama juga. Habis jahanam bisnes Tok Aba kalau tiap-tiap hari dia orang ada dekat sini" makin bertambah-tambah pening kepala Ochobot
"Kasihan abang robot. Meh Pizu bagi panadol dekat abang robot" Ochobot melirikkan matanya ke arah Rizu yang sedang berikan panadol kepada diri dia "Kenapa abang robot? abang robot ada alahan dengan panadol ke?" Ochobot menepuk dahinya. Mata Rizu berkelip-kelip melihat Ochobot. Fang ketawa pelahan-lahan melihat gelagat Rizu yang begitu comel sekali
"Abang robot ni mana boleh makan panadol" kata Fang sambil ketawa sedikit
"Oh! Kalau macam tu... Pizu bagi ubat lain" Ochobot rasa macam nak hempuk kepala Rizu dengan senduk dia
"Aku pergi rehat jap.. kau tolong jagakan kedai ni, Fang dan tolong angkatkan pancake tu" kata Ochobot sambil terbang secara pelahan pergi ke arah gazebo "Apasal lah aku kena jaga kedai sorang-sorang hari ini"
"Abang robot tu kenapa, abang Fang?" Rizu perhatikan Fang terbalikkan pancake sebelum ianya hangus "Kasihan Pizu tengok. Nanti Pizu lekatkan ribbon dekat kepala abang robot, bagi dia ceria sedikit"
"Cepatnya masa berlalu" kata Fang secara tiba-tiba "Rizu ingat tak lagi masa Rizu malu nak bercakap dengan abang awal tahun dulu?"
"Ingat! Masa tu Pizu cuma intai-intai abang Fang dari jauh sahaja. Pizu malu nak tegur abang Fang sebab Pizu dengar abang Fang sombong dan belagak tapi Pizu tetap juga nak kawan dengan abang Fang" kata Rizu sambil teringatkan kisah pertama kalinya dia dapat bercakap dengan Fang, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying
"Oh! macam tu ke Rizu berkenalan dengan landak ni?" Lily pula sibuk nak tahu
"Ha ah kakak Lily. Lepas tu kakak Yaya bawa Pizu datang dekat dengan abang Fang. Pizu rasa takut masa, takut kalau abang Fang tak nak berkawan dengan Pizu tapi Pizu silap. Abang Fang baik sangat, dia terima Pizu sebagai kawan dia tapi lepas tu Pizu buat hal" Suara Rizu bertukar sedih
"Rizu buat apa?" Ratu Lily pula sibuk nak tahu juga
"Pizu pergi tiru jadi macam abang Fang. Pizu tukar style rambut macam abang Fang, pakai sarung tangan macam abang Fang, pakai jaket dekat pinggang macam abang Fang dan nama Rizu jadi Pizu sebab abang Paizo panggil abang Fang, Pang. Sampai Pizu menangis-nangis dekat abang robot minta kuasa macam abang Fang juga tapi lepas tu abang Fang pujuk dan nasihatkan Pizu. Abang Fang suka kalau Pizu jadi diri sendiri bukan macam abang Fang. Abang Fang cakap Pizu seorang yang ceria, banyak cakap, suka berkawan dan pemalu"
"Tapi abang sekarang ni tengok Rizu sudah tak malu lagi macam dulu" kata Fang sambil berikan pancake kepada Lily, Rizu dan Ratu Lily "Rizu banyak berubah semenjak Rizu berkawan dengan abang"
"Ha ah! Betul tu! Macam-macam Pizu telah lalui bersama dengan abang Fang! tapi Pizu tak boleh lupakan masa Pizu kena culik dengan kakak Ying" Lily tersembur makanan dia
"KENA CULIK?!"
"Ha ah kakak Lily" Rizu memotong pancake dia "Masa tu Pizu rasa takut sangat tapi Pizu yakin yang abang Fang akan datang dan selamatkan Pizu tapi Pizu tak sangka pula kakak Ying kena culik juga. Lepas tu Pizu dapat tahu abang Paizo kena tembak dekat bahu, kasihan abang Paizo"
"Erkkk! itik yang kuat macam tu pun boleh kena tembak juga" kata Lily dengan mulut penuh "Hah! Kau Ratu Lily, macam mana kau boleh berbaik?"
"Aku? hehehehehe... aku masa tu pergi rasuk si Fang ni" tersengih Ratu Lily "Aku rasuk dia sebab nak bunuh abang dia tapi tak jadi pula. Dari situlah hati ku terpaut dengan kebaikkan Boboiboy! OH BOBOIBOY KU!" Lily cucuk-cucuk pancake dia dengan garpu sebab geram "Bukan Boboiboy sahaja yang nasihatkan aku, Kaizo dan Lynna pun nasihatkan aku yang aku boleh berubah menjadi baik. Tahun lepas aku seksa Fang sepuas-puasnya. Selagi Kaizo tak sampai ke bumi, selagi itu aku akan seksa adik dia dan aku tidak henti-henti berlawan dengan Kaizo sehingga aku dapat apa yang aku mahu tapi akhirnya aku kecundang. Kaizo yang bunuh aku dengan pedang tenaga dia" Ratu Lily menitiskan air matanya sedikit. Dia terkejut apabila Rizu pegang tangannya. Tangan Rizu begitu kecil sekali berbanding dengan tangan dia
"Kakak Ratu Lily jangan menangis. Itu semuanya sudah lepas, semuanya kenangan pahit sahaja" Rizu berikan sehelai tisu kepada Ratu Lily "Lagipun abang Paizo sudah maafkan kakak Ratu Lily. Abang Fang pun sama kan" Fang angguk kepala
"Maafkan aku semasa aku cekik kau pada hari itu" kata Fang dengan nada pelahan dia
"Takpe.. aku faham perasaan kau" Ratu Lily tersenyum sedikit
"Walaupun kau musuh ketat aku, tapi aku tak sangka pula ratu kejam boleh bertukar menjadi baik" kata Lily sambil melihat Ratu Lily
"Tak semua akan menjadi baik" Fang teringat lagi peristimewa dia berhadapan dengan musuh abang dia atau kawan baik abang dia iaitu Devon dan adiknya, Robin "Kawan baik abang aku dulu sebenarnya baik tapi disebabkan pergaduhan mereka berdua, terus dia berubah ke arah kejahatan. Abang aku terpaksa bunuh kawan baik dia sendiri"
"Ha ah, Pizu ingat lagi masa tu. Pizu terkena tembakan sedikit sebab masa tu lohong hitam itu campak Pizu keluar dan terus Pizu kena tembak"
"ERKK! RIZU KENA TEMBAK?!" Lily peluk Rizu seerat-eratnya "UWAAA! Kalau Pizu sudah tiada, akak tak kan dapat berkenalan dengan Rizu dan akak juga tak dapat nak tahu informasi tentang Boboiboy dan kepada siapa lagi akak nak hantar kerepek pisang banyak-banyak" Lily peluk kepala Rizu sampai Rizu nak makan pancake pun tak boleh "Rizu jangan risau tau! Kakak Lily akan menjaga Rizu dengan baik! lebih baik daripada si landak tu!" Terus Lily kena baling dengan cawan plastik oleh Fang "Balinglah sebanyak mana pun landak, aku tak kan lepaskan Rizu! RIZU IS MINE!"
"Wei! Kau jangan nak melebih ok!" marah Fang
"Hah! Apa kata kau ambik Rizu dan serahkan Boboiboy kepada aku sahaja! HAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA" Terus Lily lepaskan Rizu dan lalu bangun dari situ "Apa? Kau nak lawan dengan aku ke?"
"Marilah! AKU AKAN PASTIKAN KAU AKAN KALAH DENGAN AKU!"
"Eleh! Aku tak kan kalah dengan Lily yang tiru nama aku! Aku Ratu Lily tak pernah mengalah! AKU AKAN BERJUANG DEMI BOBOIBOY KU!" Kedua-dua Lily mula bertentang mata sampai Fang menepuk dahinya. Dia pula rasa pening tengok mereka berdua
"Kakak Lily dan kakak Lily, janganlah gaduh-gaduh. Tak baik tau gaduh-gaduh. Cubalah kakak Lily dan kakak Lily berbaik macam abang Fang dan abang Paizo. Dia orang pun suka bergaduh juga tapi dia orang mesra sangat! Pizu rasa cemburu sebab kemesraan mereka tapi Pizu gembira apabila dia orang anggap Pizu macam adik mereka sendiri. Dia orang sayangkan Pizu!" kata Rizu dengan suara comel dia, muka comel dia, mata berkelip-kelip untuk memujuk dua-dua Lily berhenti bergaduh. Akhirnya mereka kalah juga dengan kecomelan Rizu tadi
"Yelah, kita orang tak gaduh lah" kata Lily "Hah! Sambung balik.. tak sangka pula si kapten itik ada kawan baik dulu. Aku selalu bayangkan dia duduk sorang-sorang dekat atas kerusi dia sambil perhatikan galaxy macam seorang raja dengan muka dia yang tiada perasaan dan adik dia sebagai kuli!"
"Kau ingat abang aku tu raja ke apa" kata Fang kepada Lily "Dia hanyalah pahlawan paling kuat di galaxy! Ramai yang tak puas hati dengan abang aku"
"Tapi apasal abang kau boleh duduk dekat sini pula?" tanya Lily
"Itu sebab abang aku merajuk dengan aku" kata Fang dengan nada bosan dia "Kita orang bergaduh sebab abang aku bukan nak tanya aku dulu, dia terus bawa aku balik tanpa nak bertanya aku dulu. Lepas tu aku lari balik ke bumi, dia pun ikut aku sekali"
"Begitu ceritanya. Tak sangka pula si itik pandai merajuk" Lily bayangkan bagaimana wajah Kaizo sedang merajuk. Mesti kelakar. Lily dan Ratu Lily ketawa bersama "Yang kau sibuk gelak sekali apasal?"
"Sebab aku tengah bayangkan macam mana si Kaizo tu merajuk. Muka mesti comel tapi aku lebih comel daripada dia! Lebih cantik dan lebih berhati budi daripada dia!"
"Berhati budi konon" Fang tak puas hati dengan Ratu Lily walaupun dia sudah pun maafkan Ratu Lily
"Tapi... macam mana abang kau boleh berkawan dengan kak Lynna? kak Lynna tu jauh berbeza dengan si itik tu. Lemah lembut, berbudi bahasa, sabar, penyayang dan suka sangat bagi nasihat. Pelik aku" tanya Lily
"Itu tahun lepas punya cerita.. dia siap nyanyi lagi dekat dapur.. lagu apa yea dia nyanyi.. aku ingat sikit-sikit lagu tu" lalu Fang nyanyikan lagu itu
Well she looked at me, and I, I could see
That before too long I'd fall in love with her
She wouldn't dance with another (Whooh)
When I saw her standing there
Well, my heart went "boom"
When I crossed that room
And I held her hand in mine...
Whoah, we danced through the night
And we held each other tight
And before too long I fell in love with her
Now I'll never dance with another (Whooh)
Since I saw her standing there
Rizu tepuk tangan setelah Fang habis nyanyi lagu itu "WAHHH! Abang Fang ingat yea lagu abang Paizo nyanyikan" Fang terasa sedikit bangga dengan diri dia "Kalau kakak Lily dan kakak Lily nak tahu, tahun lepas abang Fang ada buat persembahan solo dekat sekolah. Lagu dia best tapi Pizu sudah lupa lagu apa"
"Eh nanti-nanti.. akak nak dengar cerita si itik dan si angsa putih, bagaimana mereka berdua boleh bertemu" Lily suap diri dia sambil melihat Fang untuk sambungkan cerita dia tadi
"Adeh" Fang menghela nafas "Lepas tu abang aku keluar bawa sejambak bunga mawar. Aku ingatkan dia demam ke apa, rupanya bukan. Tapi perangai abang aku pada hari itu, memang pelik. Jadi aku pergilah menghendap abang aku dan cuba untuk menyiasat, siapakah gadis yang telah mencuri hati abang aku!"
"Lepas tu dia paksa aku pergi menghendap kak Lynna" muncul balik Boboiboy "Dari situlah kami kenal kak Lynna. Dulu rambut kak Lynna pendek sahaja, sekarang rambut dia sudah panjang. Masa memang berlalu dengan cepat. Tak sangka pula abang kau dan kak Lynna makin lama makin rapat"
"Hmmm... teman tapi mesra katakan" kata Fang
"Oh begitu ceritanya" kata Lily sambil kunyah pancake dia "Ok, kita sambung dengan cerita Rizu tadi!"
"Ok! Pizu masa tu darjah dua. Pertama kali Pizu dengar abang Fang nyanyi, best sangat! Sebelum persembahan solo tu, ramai yang datang jenguk-jenguk abang Fang berlatih dekat kelas muzik tapi Pizu tak dapat nak pergi sebab Pizu sibuk dengan kerja-kerja yang cikgu bagi"
"Heheehehe.. teringat pula aku si Gopal cakap kau tu hantu tapi sekarang ni dia dah berhenti panggil kau hantu" Boboiboy tergelak sedikit "Oh yea, Fang! Bagi aku hot chocolate special satu!"
"Ok!" Fang dengan sukarelanya, dia bekerja di kedai Tok Aba buat sementara dan dia tak rasa pelik pula kenapa dia berada di dalam kedai dan Boboiboy berada di luar kedai "Tapi lepas sahaja habis persembahan aku tu, ramai pula pelajar perempuan bagi hadiah macam-macam dekat aku. Sampai aku naik tension"
"Ha ah! Lepas tu dia marah-marah kita orang" Yaya pula muncul dengan Ying "Ice Blended Chocolate Special dua!"
"Baik!" Mereka rasa nak tergelak melihat Fang buat kerja sorang-sorang dekat kedai Tok Aba. Sambil dia buat kerja, sambil itulah dia bercerita "Masa tu aku cuba memberontak. Gagal dalam ujian matematik, bergaduh dengan budak-budak samseng.. lepas tu aku kena marah dengan abang aku. Dia marah aku sebab dia masih lagi sayangkan aku, kalau dia biarkan aku memberontak lama-lama, sudah lama aku tidak lagi berkawan dengan korang semua"
"Betul tu abang Fang! Nanti Pizu tak dapat nak berkawan dengan abang Fang" Fang usap-usap kepala Rizu seperti seekor kucing "Tapi lepas tu abang Fang minta maaf dekat kawan-kawan abang Fang kan?"
"Ha ah, tapi pada yang sama.. hehehe.. abang pergi kenakan Boboiboy dengan latihan tempur sebab dia pergi bagi idea dekat abang aku"
"Eleh, ingat orang takut sangat dengan latihan tempur abang kau tapi masa tu aku ingatkan abang kau nak bagi kau latihan tempur, rupanya bukan. Dia nak bagi kau hadiah" kata Boboiboy. Dia mulai ingat semula kejadian mereka pada tahun lepas "Kalau Rizu nak tahu, abang Kaizo siap puji lagi dengan abang. Dari situlah abang Kaizo suruh abang panggil dia abang Kaizo dan abang tak tahu pula abang kesayangan Rizu boleh cemburu pula"
"Hmmm... yelah! dia layan kau begitu baik sekali! dengan aku, macam nak makan orang" Fang mula buat muka masam "Tapi kau pun ada cemburu dengan aku jugakan. Kau cemburu melihat aku dan abang aku"
"Aku memang cemburu pun" kata Boboiboy. Fang sudah pun siap buatkan hot chocolate special dan lalu berikan kepada Boboiboy "Aku ingat lagi kata-kata Yaya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dalam kehidupan kita. Kita patut bersyukur apa yang kita ada"
"Wah! tak sangka kau ingat kata-kata aku" teruja Yaya
"Pizu nak tanya! Korang semua pernah bergaduh ke?"
"Pernah pernah!" kata Ying "Masa tu Yaya dan Fang yang bergaduh dulu masa kita orang tengah buat musical drama, lepas tu dengan kami sekali pun turut bergaduh tapi Kapten Kaizo juga yang leraikan kami semua. Kapten Kaizo cakap, kita bergaduh sebab perkara remeh temeh sahaja. Tak baik gaduh-gaduh maaa... Lily dan Ratu Lily pun jangan nak gaduh-gaduh sebab Boboiboy ni" Lily dan Ratu Lily terus bermasam muka "Haiyaaa.. kan elok kalau kamu berdua jadi kawan daripada jadi musuh"
"Ha ah, betul tu! daripada asyik bergaduh sahaja, baik kita berkawan. Kan seronok kalau kita berkawan. Tiada siapa nak bermasam muka nanti" kata Yaya "Lagipun kita semua sudah kenal lama, kita semua adalah kawan baik. Termasuklah Ratu Lily juga" Ratu Lily rasa terharu pula. Dia menangis sambil peluk Yaya
"Terima kasih Yaya kerana katakan aku kawan baik kamu!"
"Jangan menangis lagi Ratu Lily. Kami semua tahu kamu masih mencuba lagi untuk menjadi ratu yang baik dan bukan lagi ratu yang jahat seperti dulu. Lagipun kau pun sudah menolong Fang pergi mencari abang dia. Kau pun sudah menjadi sebahagian geng kita orang" Ratu Lily bertambah menangis lagi. Yaya dan Ying tergelak sahaja
"Pizu pun tahun ni dapat ramai kawan! Abang Fang, abang Paizo, kakak Lynna, abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya, kakak Ying, kakak Lily, kakak Faye, kakak Ratu Lily, abang robot dan juga abang maskot! Tak sangka Pizu dapat abang dan kakak yang begitu ramai"
"Dey! mestilah, kau kan paling comel dekat sini. Siapa yang tak nak berkawan dengan budak comel macam penguin ni" muncul pula Gopal dengan makanan dia iaitu pau kacang "Tapi budak comel ni, suka sangat nak gigit orang. Aku sudah banyak kali kena gigit dengan dia"
"Hehehehe.. sebab itu bakat Pizu! Mengigit orang!" Rizu buat ala-ala Superman yang ingin terbang ke langit. Mereka tergelak melihat gelagat aksi comel Rizu "Tapi Pizu tak kan lupa kenangan Pizu pergi mengembara dengan kakak-kakak dan abang-abang! Pizu masuk mimpi abang Fang, Pizu masuk ke dunia lain, Pizu pergi ke masa silam, Pizu kena culik, Pizu main game dengan abang Fang dan kakak Ratu Lily, Pizu pergi selamatkan abang Fang dekat bangunan terbiar, Pizu jadi remaja! Macam-macamlah Pizu lalui tahun ini sahaja! Pizu rasa sangat seronok sangat dapat berkawan dengan abang Fang dan juga kawan-kawan abang Fang" Rizu menangis sedikit sebab terharu
"Wah! Ramai pula dekat kedai Tok Aba" Ochobot baru sahaja baik pulih dari pening kepala "Terima kasih Fang sebab buatkan makanan dan minuman untuk mereka semua!"
"Sama-sama" kata Fang sambil sediakan waffle untuk kawan-kawan dia "Tapi kita memang selalu berkumpul di sini dari dulu lagi. Sini sahajalah tempat kita berkumpul"
"Ha ah, lepas sekolah. Kita mesti selalu lepak dekat sini dulu. Sambil tu buat kerja sekolah" kata Boboiboy "Tapi tahun depan.. kita sudah masuk tingkatan satu. Tak tahulah macam mana kehidupan kita nanti"
"Jangan risaulah Boboiboy. Kamu semua tak kan terpisah punya macam sekarang ini. Kelas mana pun korang masuk, korang tetap akan bersama" kata Ochobot
"Korang seronoklah, sekolah sama, tinggal dekat Pulau Rintis. Aku duduk jauh, aku datang sini pun sebab seronok sangat berkawan dengan korang" Menangis Lily
"Samalah kita Lily" Mereka berdua berpelukan sambil menangis "Aku duduk dekat alam roh, mana ada kawan. Aku datang sini pun kena minta izin dulu. Kalau tidak, memang tak dapat nak bermain-main, bergaduh-gaduh dengan Lily, berborak dengan korang semua. BESTNYAAAA!"
"Kakak Lily pindah sekolah ajelah" kata Rizu dengan penuh harapan
"Hmmm.. itu kena tanya ibu dan ayah akak. Itu pun kalau dia orang bagi"
"Mesti dia orang bagi punya" muncul pula Faye dengan suara ceria dia "Sebab IBUBAPA AKU BAGI AKU PINDAH KE SINI TAHUN DEPANNNN!"
"YEAHHHHHHHHH!" mereka bersemua gembira apabila dapat tahu berita gembira itu dari Faye
"Kalau macam tu! AKU LILY AKAN BERUSAHA JUGA UNTUK PINDAHKAN DIRI AKU KE SINI!"
"AKU JUGA!" tiba-tiba pula Ratu Lily sibuk nak masuk sekali
"Tapi kau tu dah mati. Tak kan hantu nak masuk sekolah pula.. tapi rasa macam seronok aje" Gopal bayangkan dia dapat mempergunakan Ratu Lily untuk menakutkan semua orang "Hehehehehehehee" dia tergelak sedikit "Eh! itu bukan Kapten Kaizo dan kak Lynna ke?" mereka semua menoleh kebelakang dan nampak Kaizo dan Lynna sedang berjalan menuju ke kedai Tok Aba. Lynna sedang memegang sejambak bunga mawar, mereka semua sudah fikirkan benda lain
"Ramainya dekat sini. Ada mesyuarat tergempar ke?" tanya Lynna
"Mana ada kak Lynna. Kami berborak kosong sahaja. Mengimbau balik kenangan-kenangan lama" kata Boboiboy
"Kakak Lynna, siapa bagi bunga tu?" tanya Rizu
"Bunga ni?" Lynna tunjukkan sejambak bunga mawar itu kepada mereka "Kaizo yang berikan, dia cakap sebagai tanda terima kasih sebab berikan hadiah yang istimewa dekat Fang"
"Abang aku ni takde benda lain ke nak bagi. Patutlah orang lain selalu fikirkan yang bukan-bukan" bisik Fang
"PANG! buatkan abang Hot Chocolate Special dua!"
"Baik abang!" Mereka ketawa melihat Fang kerja sorang-sorang tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Ochobot tidak mahu tegur Fang, jadi dia biarkan sahaja. Pada hari itu, mereka semua bergelak ketawa di kedai Tok Aba sambil berborak tentang kenangan mereka bersama, kisah-kisah pengembaraan mereka pernah lalui bersama dan juga masa depan mereka semua. Ochobot sudah pun merakamkan saat kegembiraan mereka semua. Lily dan Ratu Lily sekejap berbaik, sekejap bergaduh balik. Faye pula tak nak masuk campur dengan pergaduhan mereka, jadi dia lihat sahaja sambil makan pancake. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Rizu mendengar sahaja kisah-kisah pengembaraan dari Lynna lagi. Mereka tidak puas lagi bertanya tentang pengembaraan Lynna di dunia lain, di dunia ini dan macam-macam lagilah mereka bertanya. Kaizo pun turut mendengar cerita Lynna sambil minum air Hot Chocolate Special
"Saat paling indah, adalah saat bersama dengan kawan ataupun dengan keluarga" Ochobot tersenyum melihat mereka semua
-Tamat-
p/s - don't worry, fanfic Aku Abang, Kau Adik akan kembali ke musim ketiga :P
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top