Keluarga

"Kenapa tak hubungi aku sahaja Lahap? Kenapa kau datang ke sini?"

"Kapten, saya ke sini kerana ada surat untuk kapten" Lahap memberi sepucuk surat untuk Kaizo. Kaizo melihat mengambil surat tersebut

"Surat? Dari siapa?" Kaizo membelek-belek surat tersebut, surat itu cuma ada tertulis nama dia dan adiknya, Fang. Dia berasa curiga sekali, lalu dia membuka surat tersebut untuk mengetahu isi kandungan surat itu. Kaizo membaca surat itu dan muka dia terkejut sekali

"Terima kasih Lahap, kau boleh kembali ke kapal angkasa" Lahap mengikut perintah kaptennya dan terus dia kembali ke kapal angkasa. Kaizo duduk di sofa dan membaca surat tersebut lagi sekali. Hati dia tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan dia tetapi adik dia perlu tahu, kerana mereka juga ingin jumpa dengan adiknya. Kaizo meletak surat itu di atas meja ruang tamu dan lalu keluar dari rumah. Dia ingin menjemput adiknya dari sekolah, dia ada perkara penting untuk memberitahu adik dia. Perkara ini tidak boleh di tunggu lama

--------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying sedang berjalan bersama menuju ke pintu pagar sekolah. Mereka berlima kelihatan begitu gembira sekali "Hari ini kita pergi buat kerja rumah dekat kedai Tok Aba nak tak?" tanya Boboiboy

"Aku ok aje, lagipun aku perlukan pertolongan dari Fang"

"Minta tolong ajar matematik lah tue" kata Fang. Gopal tersengih sahaja. Dia baru sahaja kena marah dengan cikgu matematik dia kerana selalu sangat tidak faham, cikgu dia cadangkan kelas matematik untuk pelajar yang lemah matematik tetapi Gopal tak nak. Menurut kata Gopal, dia sudah ada cikgu untuk mengajar dia matematik, cikgu yang dia maksudkan adalah Fang "Aku ajar kau berapa banyak kali pun, kau tetap tak faham" Gopal tersengih lagi

"Ala Fang, suruh sahaja abang kau ajar"

"Ha ah, betul cakap Yaya. Mesti Gopal terus faham"

"Janganlah Yaya, Ying. Kapten Kaizo ajar aku tahap sadis, sampai berpeluh aku dibuatnya" Gopal tidak boleh lupakan macam mana Kaizo mengajar dia. Setiap pandangan dari Kaizo, macam nak makan orang. Gopal takut jikalau dia buat salah

"Cakap tentang abang kau.. apasal abang kau ada dekat situ" kata Boboiboy sambil tunjuk Kaizo sedang menunggu adiknya di luar pintu pagar sekolah. Ada setengah pelajar perempuan berhenti depan dia, sambil meminta tanda tangan dari dia tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Mereka begitu kecewa dengan sikap Kaizo, dan lalu mereka beredar dari situ dengan perasaan kecewa. Kaizo tidak ambil pedulik tentang mereka, di mata dia hanya ada adik dia sahaja.

"Abang?" Fang berlari ke arah abangnya "Abang nak jemput adik dari sekolah lagi ke?"

"Tak lah, abang nak tengok sekolah kamu sahaja" Fang buat muka masam dekat abangnya "Abang bergurau sahaja. Abang sebenarnya ada hal penting nak bercakap dengan kau" Muka Kaizo berubah menjadi serius dan lalu dia mengambil beg sekolahnya adiknya. Kaizo terus berjalan dan paksa adiknya mengikut dia ke mana dia akan membawa adiknya. Fang mengikut abangnya dari belakang sambil melambai-lambai ke arah kawan-kawan dia "Aku jumpa korang esok!"

Kaizo telah membawa Fang ke tepi pantai, mereka berdua siap beli air kelapa dan lalu duduk bersila di atas pasir pantai. Fang menghirup air kelapanya dan melihat wajah abangnya yang serius itu. Fang fikirkan, apa benda penting yang abang dia ingin katakan. Lalu Kaizo berkata

"Adik, abang dapat surat tadi"

"Surat? dari siapa?" Fang terfikir, ada lagi orang menghantar surat sekarang ini?

"Surat dari atuk"

"Tok Aba? kenapa Tok Aba nak hantar surat dekat kita orang pula" Lalu Fang kena ketuk dekat di kepala oleh abangnya

"Bukan dari Tok Aba! tapi dari atuk kita sendiri. Ayah kepada ibu kita. FAHAM!" Fang mengangguk sahaja, dia senyap sahaja, menunggu abangnya sambung bercerita "Abang tidak sangka atuk dan nenek kita mencari kita selama ini"

"Dia orang cari kita? jadi, apa yang abang nak bincang dengan adik? Dia orang nak datang sini ke?" Dalam hati Fang meloncat-loncat kegembiraan. Selama ini dia ingatkan dia hanya ada abang sahaja, dia tidak sangka atuk dan nenek dia masih hidup lagi

Kaizo menghela nafas "Bukan Pang, atuk nak kami pulang ke planet asal kita. Selama ini, mereka mencari kita. Bukan atuk sahaja yang cari kita, pak cik, mak cik, sepupu kita semua tak berhenti-henti mencari kita berdua, adik." kata Kaizo "Jadi, adik nak balik ke sana? mereka sedang menunggu kepulangan kita terutama sekali atuk dan nenek. Mereka nak melihat kita semula, adik"

Lalu Kaizo berkata lagi "Kalau kita pulang ke sana, kita dapat bina hidup baru di sana. Kita dapat berjumpa dengan keluarga kita, Pang. Abang sebenarnya mahu pulang ke sana tapi abang fikirkan tentang adik"

Hati Fang sebenar berbelah bahagi. Kalau dia pulang, sudah tentu dia akan duduk dengan atuk dan nenek dia tapi kawan-kawan dia juga dia akan tinggalkan. "Pang?"

"Adik, adik sebenarnya gembira bila dapat tahu kita mempunyai atuk dan nenek tapi.."

"Tapi adik tak nak tinggalkan kawan-kawan adik dekat sini. Abang tahu sebab abang pun sudah suka duduk di sini, abang tak sanggup tinggalkan kehidupan kita di sini tapi terpulang sahaja kepada kau. Abang ikut sahaja keputusan adik"

"Tapi kalau adik menolak, tentu dia orang akan sedih"

"Pang fikirkan lah dulu, nanti atuk akan menghubungi kita nanti malam nanti"

Mereka berdua kembali senyap sambil menikmati air kelapa. Dalam pemikiran Fang, dia masih lagi berfikir, samada untuk pulang atau duduk di bumi sahaja. Kalau dia pulang, dia tidak tahu berapa lama dia akan duduk di planet asal dia. Adakah dia dapat jumpa kawan-kawan dia balik atau mungkin dia dapat jumpa mereka bila masa cuti nanti. Hati Fang rasa sedih, dia sendiri tidak tahu apa keputusan dia

"Pang, abang nak balik dah" Kaizo bangun dari tempat duduk dia

"Abang balik lah dulu. Adik nak duduk dekat sini lagi"

Kaizo berjalan dan meninggalkan adiknya. Dia melihat adiknya dari tempat yang jauh, sebenarnya ada satu lagi perkara dia tidak memberitahu adiknya. Jikalau mereka pulang ke planet asal mereka, Kaizo dapat tinggalkan adiknya di bawah jagaan atuk dan nenek mereka, dan dia pula dapat sambung dengan misi-misi dia. Itu yang dikatakan dalam surat tersebut. Sudah tentu adik dia tidak suka nanti, tapi apa dia boleh, misi-misi itu semuanya penting. Demi kebaikan galaxy juga. Sekarang ini, dia cukup bertuah kerana tiada serangan atau apa-apa berita tentang musuh-musuh dia. Kaizo terus berjalan dan pulang ke rumah

Fang masih lagi berada di pantai, dia tidak sedar bahawa kawan-kawan dia berada di situ juga. Mereka dalam perjalanan untuk membeli keropok lekor yang jual di tepi pantai, sampailah mereka nampak duduk keseorangan di pantai. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pergi ke arah Fang

"Fang?" panggil Boboiboy. Fang pandang ke atas dan nampak kawan-kawan dia "Apa kau buat dekat sini? mana abang kau?" tanya Boboiboy

"Abang aku sudah balik"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying duduk di situ juga bersama dengan Fang. Mereka menunggu untuk Fang bercerita kepadanya sambil melihat permandangan laut hari ini "Atuk dan nenek aku ajak aku pulang ke planet asal kami"

"Eh, kau ada atuk dan nenek"

"Yea Boboiboy. Aku baru dapat tahu hari ini. Abang aku menerima surat daripada mereka, selama ini mereka mencari kita orang"

"Jadi, kau nak balik ke?" tanya Yaya

"Entahlah, abang aku suruh aku yang buat keputusan. Aku tak nak tinggalkan korang tapi aku nak juga jumpa atuk dan nenek aku. Kalau aku pergi, mesti dia orang akan pujuk aku duduk di sana"

"Fang" Fang pandang ke kiri dan melihat Boboiboy yang sedang tersenyum tetapi dalam hati dia ada rasa sedikit kesedihan "Fang, kalau kau nak pulang, kau pulang lah. Aku tak tahu berapa lama mereka mencari kau, sudah tentu dia orang nak jumpa korang balik"

"Tapi..."

"Jangan tapi-tapi lah.. kita orang akan faham" kata Gopal "Kita mestilah dapat jumpa balik nantikan"

"Entahlah, aku pun tak pasti" kata Fang "nanti aku mesti akan merindui korang semua. Aku sebenarnya nak juga tinggal bersama dengan mereka tapi..." Fang melihat kawan-kawan dia. Mungkin ini kali terakhir dia dapat berjumpa dengan mereka, fikir Fang "Aku pun tak pasti bagaimana kehidupan aku dekat sana nanti, mesti berbeza sungguh dekat sana nanti"

"Aku pun sebenarnya tak nak kau pulang tapi atuk dan nenek kau nak kau dan abang kau pulang. Tentu mereka gembira dapat berjumpa korang berdua balik. Aku tak memaksa kau Fang tapi aku nak juga kau tengok kembali balik dengan keluarga kau. Dia orang mesti tidak mahu terpisah lagi selepas ini"

"Terima kasih Boboiboy. Aku tak tahu lagi dengan keputusan aku"

"Kalau kau nak pulang, jangan risau tentang kami. Kita orang akan turut gembira dengan kau sekali" kata Yaya sambil memberikan senyuman kepada Fang

"Yolah, kau boleh nanti jenguk-jenguk kami di sini bila kau ada masa" kata Ying

"Boleh lah kau bawa makanan dari planet kau. Bolehlah aku cuba nanti" kata Gopal

"Kami nak kau gembira sahaja Fang" kata Boboiboy

"Terima kasih semua. Aku akan pastikan, yang aku tak kan lupakan tentang korang. Koranglah sahabat terbaik aku" Mereka duduk di situ sebentar sebelum mereka pergi gerai kecil yang menjual keropok lekor. Mereka mahu meluangkan bersama sebelum Fang membuat keputusan dia. Mereka lupakan tentang perkara tadi sebentar tetapi di hati masing-masing tidak mahu terpisah dengan Fang. Fang juga sama, dia tidak mahu berpisah dengan mereka.

-------------------------------------------------

Pada malam itu, atuk dan nenek mereka menghubungi Lahap di kapal angkasa. Kaizo dan Fang terpaksa naik ke kapal angkasa mereka "Dah besar cucu atuk. Fang apa khabar?"

"Fang sihat sahaja atuk. Macam mana atuk dapat tahu kita orang ada dekat sini?" tanya Fang. Atuk dan nenek mereka tersenyum kerana dapat berjumpa semula dengan cucu mereka. Nenek mereka siap menangis di depan skrin, dia menangis kerana terlalu gembira

"Masa kami dapat tahu rumah kamu di serang oleh Ratu Lily, kami cepat-cepat ke sana tapi semuanya sudah terlambat. Atuk hanya dapat melihat ibubapa kamu yang terkorban, kami mencari kamu berdua tetapi tidak jumpa. Kami ingatkan kamu berdua kena culik dengan Ratu Lily" kata atuk mereka "Selepas itu, kami terpaksa bawa pulang ibubapa kamu untuk dikebumikan. Beberapa tahun selepas itu, pak cik kamu beritahu atuk tentang seseorang telah musnahkan kerajaan Ratu Lily, kami tidak sangka kamu yang musnahkan, Kaizo. Jadi kami bergerak ke sana untuk mencari kamu berdua, tetapi gagal. Atuk ingat cucu atuk telah berjaya melepaskan diri atau cucu atuk turut terkorban dalam serangan tersebut sampailah sepupu kamu bagitahu, yang sebenarnya kamu berdua masih hidup lagi"

"Jadi, masa itulah atuk mencari kita orang?" tanya Fang

"Yea Fang, atuk mencari kamu berdua di seluruh galaxy. Bukan atuk sahaja, pak cik, mak cik dan juga sepupu kamu juga turut mencari kamu berdua. Atuk dapat tahu bahawa Kaizo telah menjadi pahlawan terhebat dan menjadi Kapten dalam misi kamu. Atuk ucapkan taniah, dan kamu Fang, kamu juga turut berada di dalam pasukan abang kamu. Atuk bangga dengan kamu berdua" Atuk mereka memberikan senyuman manis kepada Fang dan Kaizo. Fang membalas senyuman tersebut

"Jadi, apa kamu berdua buat dekat bumi?" tanya atuk mereka

"Sebenarnya, tahun lepas abang hantar Fang ke bumi untuk jalankan misi abang" kata Fang "tapi selepas itu, abang datang balik untuk mengambil Fang dan jam-jam kuasa kawan Fang. Sepatutnya Fang dah terbang jauh daripada bumi tapi disebabkan kawan-kawan Fang sanggup kejar abang untuk dapatkan Fang balik"

"Bagusnya kawan kamu, itulah dikatakan persahabatan tapi Fang sanggup ke nak tinggalkan kawan-kawan kamu di sini kalau Fang pulang?" Fang hanya mengelengkan sahaja kepala "Kamu Kaizo?"

"Saya tidak kisah sebenarnya, asalkan adik saya gembira. Saya ikut sahaja dengan keputusan adik, saya tak nak terpisah dengan dia lagi" Kaizo melihat adiknya "Maaf atuk kalau keputusan adik saya untuk tinggalkan di sini"

"Sebenarnya atuk tidak berharap sangat kamu berdua untuk pulang di sini. Kami dengar kamu berdua gembira duduk di bumi, jadi atuk tak naklah rosakkan kebahagian kamu berdua"

"Betul kata atuk kau, nenek pun tak kisah sangat tapi kalau ada masa, jenguk-jenguklah kami di sini" kata nenek mereka. Dihati nenek dia, dia berharap sangat agar cucu-cucu dia pulang ke planet asal mereka tetapi dia tidak mahu memaksa mereka berdua "Kalau Fang duduk di sini, kami akan menjaga kamu dan kamu akan masuk ke sekolah di sini. Fang dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru, mulakan dengan kehidupan baru Fang di sini"

"Apa keputusan kau Pang?" tanya Kaizo. Fang melihat abangnya, dia sebenarnya masih tidak tahu lagi tapi kalau pergi tinggal dengan mereka, tentu lagi seronok. Tentu atuk dan nenek dia boleh tunjukkan gambar-gambar ibubapa dia lagi dan tentu dia dapat berjumpa dengan mak cik dan pak cik dan juga sepupu dia yang lain juga. Kawan-kawan dia pun faham kalau dia pergi "Pang?"

"Keputusan adik sebenarnya..." Fang memberikan senyuman kepada atuk dan nenek dia. Apa-apa sahaja keputusan dari Fang, mereka semua tidak akan membantah dan sokong sahaja keputusan dia

--------------------------------------------

Keesokannya, Fang tidak datang ke sekolah. Boboiboy dapat rasakan kawan baik dia telah pulang dan kembali ke keluarga dia. Boboiboy tergerak hati untuk melihat rumah Fang yang sebelum ini adalah rumah terbiar. Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying terus ke rumah Fang selepas sahaja habis sesi persekolahan

"Fang sudah pergi meninggalkan kita ke?" tanya Gopal

"Entahlah Gopal. Kalau dia betul-betul pulang ke planet asal dia, aku berharap dia akan bahagia di sana. Aku pun tak nak lah halang dia, sebelum ini dia cuma ada abang dia sahaja. Sekarang atuk dan nenek dia sudah jumpa dia orangkan, tak kan kita nak jadi penghalang dia pula" kata Boboiboy. Mereka semua sedih dan gembira pada masa yang sama. Mereka semua berharap dapat jumpa dengan Fang lagi sekali

"Yolah, kalau kita halang dia, nanti dia mesti lagi sedih" kata Ying

Mereka lalu di lorong rumah Fang dan tiba-tiba, mereka ternampak sebuah kapal angkasa sedang berangkat untuk pulang ke angkasa lepas. Mereka semua berlari ke arah rumah Fang.

"FANGGGG!" jerit Boboiboy sambil pandang ke arah kapal angkasa itu "JANGAN LUPAKAN KAMI DI SINI!"

"SELAMAT TINGGAL FANG!" Mereka berempat melambai-lambai kapal angkasa itu. Yaya dan Ying mengelap air mata mereka. Kapal angkasa itu sudah hilang "Jangan lupakan kami Fang" bisik Boboiboy. Dia tidak sangka kawan baik dia sudah pergi meninggalkan dia tetapi dia tetap senyum walaupun hati dia sedih "Semoga kau berbahagia dengan keluarga kau Fang" dia mengelap air matanya yang sedang mengalir keluar.

"Fang dah takde, siapa nak ajar aku matematik nanti" Gopal buat muka sedih. Mereka bertiga tergelak sahaja

"Sudahlah Gopal, kita orang boleh sahaja ajar kau nanti" kata Yaya "Jomlah kita ke kedai Tok Aba" Yaya, Ying dan Gopal pusing ke belakang dan terkejut melihat Fang berada di belakang mereka semua dengan sebuah kotak besar

"FANGGG!"

Boboiboy pusing kebelakang dan dia tersenyum besar "Kau tak balik?"

"Takdelah, tak kan aku nak tinggalkan korang semua" kata Fang dengan senyuman dia

"Habis tue, kenapa kau tak datang ke sekolah?" tanya Yaya. Mereka semua berkumpul di sebelah Fang "Aku tadi pulang sekejap ke planet aku. Jumpa atuk dan nenek aku, sebab itu aku tak datang ke sekolah tadi"

"Kotak nie pula?" Boboiboy cuba untuk melihat dalam kotak tersebut tetapi dia menghalang diri dia buat begitu

"Kotak nie? nenek aku bagi tadi. Dia cakap kenangan masa aku dan abang aku masa kecik-kecik dulu. Aku tak tengok lagi apa dalam kotak nie" kata Fang "Korang nak masuk tak? boleh korang tengok sekali apa yang nenek aku bagi"

"Eh, takpelah Fang. Aku rasa baik kau tengok dengan abang kau dulu"

"Ha ah, betul kata Boboiboy. Kita jumpa kau esok sahaja" Sebelum mereka beredar, Boboiboy sempat memeluk Fang "Apasal kau peluk aku nie?"

"Hehehe.. takdelah, aku sebenarnya gembira bila dapat tahu kau tak pergi" Boboiboy melepaskan pelukan dia dan mereka berdua hanya tersenyum sahaja "Jumpa esok Fang"

"Jumpa esok Boboiboy"

Malam tadi di kapal angkasa, dia memberitahu atuk dan nenek dia yang dia tidak mahu pulang ke planet dia. Dia berkata bahawa dia tidak sanggup meninggalkan kawan-kawan dia. Fang juga bercerita kepada atuk dan nenek dia, selama dia di tinggalkan oleh abang dia untuk jalankan misi, kawan-kawan dia menjadi peneman hati dia. Kaizo selepas itu di marahi oleh atuk dia kerana tinggalkan adik dia duduk di bumi sorang-sorang. Bukan sekali sahaja tetapi sudah 4 kali dia tinggalkan adik dia sorang-sorang di bumi. Kaizo memandang adiknya dengan penuh sadis sekali tetapi Fang bernasib baik kerana abang dia tidak menghukum dia. Jadi, pada malam itu juga Fang ingin berjumpa dengan atuk dan nenek dia, abang dia tunaikan permintaan dia. Sambutan mereka di sana memang cukup meriah sekali, mereka semua memujuk Fang dan Kaizo agar tinggal di situ sahaja. Fang hampir termakan dengan pujukan mereka tetapi dia ingatkan balik, dia perlu balik ke bumi. Dia berjanji dengan mereka, dia akan datang kembali ke sana. Sebelum berpisah, nenek dia berikan sebuah kotak untuk Fang dan Kaizo

Jadi, di sinilah Fang berada sekarang, di depan rumah dia dengan sebuah kotak besar sambil tersenyum melihat rumah itu. Dia tidak sabar untuk membuka kotak tersebut, Kaizo pegang bahu adiknya dan mereka berdua masuk ke dalam rumah dan terus ke ruang tamu. Fang dan Kaizo membuka kotak tersebut. Terdapat pelbagai barang yang nenek mereka berikan. Sekeping gambar mereka berempat di depan rumah atuk dan nenek mereka. Sehelai selimut yang ada huruf F, Fang terus memeluk selimut itu. Ada 2 pedang mainan milik dia dan Kaizo, paling berharga bagi Kaizo adalah kesemua lukisan adiknya yang diberikan kepada dia. Atuk dan nenek mereka kata, mereka sempat mengambil beberapa barang yang masih lagi elok, barang yang tidak dimusnahkan oleh Ratu Lily. Kaizo tersenyum melihat kesemuanya, semuanya masih selamat lagi

"Abang, tengok nie" Fang tunjuk sebuah buku kepada abangnya "Buku resepi ibu!" Fang membuka buku itu dan sangat teruja melihat kesemua resepi-resepi yang ada di dalamnya. Kaizo hanya tersenyum sahaja, dia membelek-belek di dalam kotak tersebut dan terjumpa sebuah jaket biru milik ayahnya. Kaizo mengambil jaket itu dan memakainya.

Mereka berdua gelak ketawa sambil melihat gambar-gambar yang ada di dalam album gambar

"Terima kasih atuk, terima kasih nenek"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top