Kejahatan Part II

"Selamat pagi Boboiboy"

"Eh Fang, bila kau sampai?"

"Aku baru sahaja sampai, terasa malas pulak nak datang awal hari ini" Fang duduk di sebelah Boboiboy. Mereka berempat sudah berada di tempat biasa mereka berkumpul lebih awal daripada Fang. Boboiboy rasa hairan dengan Fang hari ini, selalunya Fang yang bersemangat datang awal, kalau lewat pun, dia tetap bersemangat juga. Hari ini dia nampak begitu malas sekali

"Apasal kau tiba-tiba rasa malas nak datang awal?" tanya Yaya

"Sebab aku malas nak tengok budak-budak dekat kelas aku tue, semuanya pemalas tapi otak masing-masing pandai. Rasa macam nak aje aku mengamuk dalam kelas lagi" Mereka teringat lagi kejadian pagi semalam, Fang mengamuk di dalam kelas sampai dia menendang sebuah meja. Pelajar-pelajar di kelas 6 Jaya, semuanya tergaman melihat kelakuan Fang seperti itu. Mereka belum pernah lagi melihat Fang mengamuk seperti itu

"Kau sabar sahajalah dengan dia orang tue Fang"

"Sabar kau kata, aku tiap-tiap hari sabar dengan dia orang" Marah Fang kepada Boboiboy "Sudahlah, aku masuk kelas dulu. Baik aku pergi tengok apa dia orang tengah buat. Entah-entah kelas bersepah lagi"

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak berkata apa, dia melihat sahaja Fang meninggalkan mereka berempat di bangku sekolah. Mood tidak baik dia kembali lagi, mungkin Fang akan mengamuk lagi di dalam kelas dia? fikir mereka

"Apa nak jadi dengan kelas dia tue, asyik bagi Fang susah sahaja" kata Ying

"Dey! kau tak tahu ke, kelas dia tue kan kelas 6 Jahanam. Dia orang tue semua sombong dan belagak, sesuai sangat dengan si Fang tapi yang berbezanya, Fang tue pembersih, dia orang tue pemalas"

"Yolah, tiap-tiap hari aku selalu perasan. Kelas dia orang bukan selalunya bersih sangat pun, kalau bersih pun, mesti Fang yang bersihkan" kata Ying

"Aku rasa risau pulak, baik aku pergi tengok si Fang tue" Boboiboy bangun dari bangku sekolah. Gopal, Yaya dan Ying ikut Boboiboy ke tangga sekolah dan terus naik ke atas. Mereka berhenti di depan kelas 6 Jaya dan mengintai-intai apa yang kawan baik mereka sedang lakukan. Mereka nampak Fang masih mengamuk lagi seperti semalam tetapi kali ini lebih menakutkan, lebih ganas daripada yang semalam

"ISK! KENAPA MEJA SEMUA INI TIDAK TERSUSUN?" Fang mengangkat sebuah kerusi dan menghentak-hentak sebuah kerusi kayu itu di depan kesemua pelajar 6 Jaya. Mereka begitu takut sekali melihat Fang mengamuk begitu tapi lebih dasyat daripada yang semalam "SIAPA PUNYA GILIRAN HARI INI?" ada setengah pelajar tunjuk ke arah pelajar lelaki yang agak kecil tubuh badannya "KAU! CEPAT SUSUN MEJA INI SEMUA" Dia tendang kerusi itu tadi sampai terjatuh kerusi itu. Fang periksa lantai pula, ada sedikit pasir-pasir di bawah sebuah meja. Dia mengangkat meja itu dan meletak di tepi

"SIAPA PUNYA TUGAS SAPU SAMPAH HARI INI?" Mereka takut jikalau Fang akan membaling meja itu. Seorang pelajar perempuan cepat mengambil penyapu dan lalu dia menyapu pasir-pasir itu. Fang beredar dari situ dan periksa tingkap kelas mereka, debu di tingkap kelas mereka begitu tebal sekali. Fang begitu geram sekali, dia menumbuk kaca tingkap tersebut sehingga pecah. Dia tidak kisah kalau tangan dia berdarah. Budak perempuan tadi, terlepas penyapu dia dan jatuh ke atas lantai. Semua tergaman melihat kelakuan Fang, ada setengah mereka mengigil melihat dia

Yaya masuk ke dalam kelas 6 Jaya "Wei Fang! apasal kau pecahkan tingkap kelas kau? Kau dah hilang akal ke hah? Kau gantikan balik tingkap tue dan sebagai kawan kau, maaf kerana aku terpaksa laporkan kelakuan kau dekat cikgu disiplin" Yaya mengelurkan buku denda dia dan menulis nama Fang "Kalau kau nak mengamuk pun, janganlah sampai rosakkan harta benda sekolah" kata Yaya dengan begitu tegas sekali

"Sibuklah kau Yaya! Ini urusan aku dengan kelas aku, bukan urusan kau"

"BUKAN URUSAN AKU KAU KATA?! habis tue, tingkap pecah tue, urusan kau ke? urusan aku juga"

"Baik kau beredar dari kelas ini Yaya, sebelum aku halau kau dengan kuasa bayang aku"

"Wei Fang, apasal dengan kau nie? Kalau nak mengamuk pun, jangan lah sampai begitu sekali" Boboiboy cuba tenangkan Fang dan juga Yaya. Mereka semua tahu, kalau Fang dan Yaya bergaduh, macam letupan gunung berapi. Sebelum ini mereka pernah bergaduh sampai dua-dua bermasam muka. Dua-dua langsung tak nak bertegur

"Kau pun sibuk sahaja, Boboiboy. TOLAKAN BAYANG!" Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk menolak Boboiboy dan Yaya keluar dari kelas 6 Jaya "Kalau korang sibuk lagi dalam urusan aku, nahas korang"

"KAU DAH HILANG AKAL KE HAH! apa nak jadi dengan kau Fang?" marah Ying kepada Fang, dia pergi menolong Yaya yang terjatuh di tepi koridor sekolah. Boboiboy bangun dan nampak sesuatu di mata kawannya "Wei korang, aku rasa ada sesuatu tak kena dengan dia"

"Apa maksud kau Boboiboy" tanya Gopal

"Aku tak pasti tapi ini bukan Fang yang kita kenal. Dia tak kan gunakan kuasa dia kalau dia mengamuk kecuali kalau dia marah dengan kau lah, Gopal"

"Habis tue, apa kita perlu buat?" tanya Yaya "Laporkan kepada Kapten Kaizo tentang adik dia?"

Fang berdiri di muka pintu dan melihat kawan-kawannya, dia memberikan senyuman sinis kepada mereka "Kenapa? nak tengok aku tolak korang lagi ke?" kata Fang dengan penuh lagaknya "Korang tak kan dapat halang aku lagi selepas ini. DINDING BAYANG!" Pintu dan tingkap kelas 6 Jaya dihalang oleh dinding bayang Fang, tiada siapa yang boleh masuk atau keluar dari kelas tersebut. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terdengar gelakan Fang yang begitu kuat sekali

"Aku rasa, abang Kaizo perlu tahu tentang hal ini. Kita tidak boleh di biarkan begini" mereka setuju dengan kata-kata Boboiboy

"Boboiboy, kau tak boleh ke pecahkan dinding bayang tue? Aku takut dia akan buat apa-apa dekat dia orang semua"

"Tapi aku tak nak lah berlawan dengan Fang nanti, Yaya"

"Tak kan kita tinggalkan dia orang macam tue aje, tak pasal-pasal dia orang semua kena belasah dengan si Fang" kata Ying. Boboiboy menjadi semakin risau, dia perlu buat sesuatu. Dia terpaksa pecahkan dinding bayang Fang, kalau tidak, mungkin Fang akan lakukan sesuatu yang buruk terhadap pelajar-pelajar 6 Jaya. Tiba-tiba sahaja, loceng sekolah sudah berbunyi. Mereka nampak dinding bayang Fang sudah hilang. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergaman melihat kelas 6 Jaya. Begitu bersih sekali, tetapi ada setengah pelajar perempuan menangis. Ada juga kesan lebam di mata pelajar lelaki

"Apa yang kau telah buat Fang" Boboiboy melihat Fang yang sedang duduk di bahagian belakang sekali, di tepi tingkap. Fang pandang balik ke arah Boboiboy dan berikan senyuman kejahatan dia. Senyuman itu seperti senyuman semalam, semasa Fang menyerang mereka

"Boboiboy, kita perlu masuk ke kelas. Masa rehat nanti, kita akan sambung berbincang" kata Ying. Boboiboy terpaksa beredar dari situ dan dia terdengar gelakan kecil Fang

------------------------------------------------------------

"BOBOIBOY! BOBOIBOY!" Gopal tercungap-cungap berlari ke arah kawan baik dia yang kini sedang makan nasi lemak pada waktu rehat

"Kenapa Gopal?" Gopal menarik nafas dan lepaskan "Fang.. dia.. dia.." Gopal masih lagi dalam kepenatan akibat berlari laju tadi

"Kenapa? Kenapa dengan Fang?" tanya Ying. Boboiboy, Yaya dan Ying berhenti makan kerana ingin tahu apa yang terjadi dekat Fang atau apa dia sedang lakukan sekarang ini. Gopal menarik nafas lagi dan lepaskan

"Dia.. dia dah berkawan dengan pembuli dia. Tadi, masa aku nak pergi ke kelas balik, aku nampak Fang bergelak ketawa dengan si Zakwan tue"

"Macam mana boleh jadi macam tue? Kau tak tegur dia ke tadi" tanya Boboiboy

"Aku cuba nak tegur dia tadi, tapi dia bagi senyuman sinis dia. Takut aku"

"Haiyaaa... lepas kejadian pagi tadi, sekarang ini pula. Apa sudah jadi dengan si rambut cacak tue"

"Ying, aku rasa.." Yaya, Ying dan Gopal memandang Boboiboy "aku rasa tembakan pistol super jahat Adudu semalam, kesan dia ada lagi dekat si Fang. Mungkin sebab tue dia jadi macam nie. Kan selepas sahaja dia ingat semula, dia kembali kepada Fang yang asal"

"Betul juga cakap Boboiboy, tapi macam mana nak pulihkan dia?"

"Ala, senang aje Yaya. Aku ketuk kepala dia balik. Kalau dia jadi jahat balik, aku ketuklah kepala dia"

"Wei Gopal, lu mau kasi kawan lu sakit lagi ka? nanti otak dia boleh sakit maaa"

"Entah kau nie Gopal. Karang abang dia tahu kau ketuk kepala adik dia, kau juga yang kena dengan abang dia kan"

"Ala, aku bergurau aje Yaya, Ying" Gopal buat muka sedih. Boboiboy rasa tidak senang hati, dia perlu pergi mencari Fang. Dia takut Fang akan buat-buat apa lagi dekat orang lain, mana tahu dia pergi cederakan orang lain "Jom pergi cari Fang, aku rasa tak sedap hati pula"

"Jomlah Boboiboy" kata Yaya

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pergi ke kelas 6 Jaya untuk mencari Fang, tetapi dia tiada di situ. Mereka mencari dia di kelas lain juga tetapi dia tiada di kelas lain. Mereka turun ke bawah dan pergi ke gelanggang bola keranjang, dia tiada di situ juga. Mereka fikir, tak mungkin Fang akan pergi ke perpuskataan. Mereka menuju ke padang sekolah dan nampak seorang budak sedang duduk di atas rumput menangis

"Eh, itu Rizu" Yaya pergi ke arah Rizu yang sedang menangis itu. Boboiboy, Gopal dan Ying ikut Yaya dari belakang "Kenapa Rizu? kenapa kau menangis?" Yaya pandang di depan Rizu, terdapat cermin mata yang sudah patah dan cerminnya pula retak "Rizu terjatuh ke?" Rizu gelengkan kepala "Habis tue? siapa yang buat?"

"Abang Fang. Dia yang pijak cermin mata Pizu" kata Rizu dengan nada yang sedih "Lepas tue dia cakap benda yang buat Pizu sedih, dia cakap orang yang lemah macam Pizu tak layak panggil dia sebagai idola dan tak layak Pizu jadi peminat setia dia" Rizu mengelap air mata dia. Hati Yaya tersentuh dengan kata-kata sedih Rizu tadi tetapi dia sakit hati dengan kelakuan Fang "Pizu sedih, kenapa abang Fang buat macam nie dekat Pizu. Tadi abang Fang dan Zakwan ketawakan Pizu"

"Ini sudah melampau, sampai Rizu pun jadi mangsa dia" kata Boboiboy

"Apa rancangan kita sekarang, Boboiboy?"

"Kita beritahu sahaja abang Kaizo dan lepas tue, aku yakin, mesti abang Kaizo akan paksa Adudu berikan formula untuk pulihkan si Fang" kata Boboiboy kepada Gopal. Mereka semua setuju, sebelum itu, mereka perlu pujuk Rizu supaya berhenti menangis. Boboiboy duduk di depan Rizu dan mengambil cermin mata yang telah dipatahkan oleh Fang "Rizu jangan risau, kami akan dapatkan Fang semula"

"Maksud abang?"

"Maksud abang, abang Fang sebenarnya terkena perbuatan dari Adudu semalam. Sekarang kami berusa- ARGHHHHHH!" Boboiboy terkena air lumpur yang di jirus dari atas. Boboiboy pandang ke kanan, ke kiri, dia juga nampak Rizu, Yaya, Ying dan Gopal juga terkena dengan air lumpur. Dia terdengar gelakan suara Fang yang berada di atas, dia pandang ke atas dan nampak Fang sedang menunggang helang bayangnya

"HAHAHAHAHAA! ITU BARU SEDIKIT, BELUM LAGI YANG LAIN!" kata Fang

"WEI FANG! KAU JANGAN NAK MELAMPAU SANGAT BOLEH TAK!"

"Melampau? bila masa aku melampau, Boboiboy. Aku cuma ingin berseronok dengan korang sahaja, tak boleh ke? Sekarang aku ada kawan baru"

"Betul kata Fang tadi tue, sekarang dia adalah kawan baru aku. Jangan risau, aku akan jaga kawan kau dengan begitu baik sekali" muncul Zakwan dengan rakan-rakannya. Fang turun ke bawah dan mendarat di sebelah Zakwan "Sekarang dia kawan baik aku, betul tak Fang"

"Betul.. JARI JEMARI BAYANG!" Fang merampas jam-jam kuasa mereka semua. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak sempat untuk menyelamatkan jam kuasa mereka daripada Fang. Mereka cukup tergaman dengan perbuatan Fang tadi. Tanpa jam kuasa, bagaimana mereka hendak mempertahankan diri daripada Fang "Terima kasih dengan jam-jam kuasa nie" kata Fang dengan nada sinis dia

"BAIK KAU PULANGKAN JAM-JAM KUASA KITA ORANG!"

"Pulangkan? buat apa, baik aku berikan jam-jam kuasa ini dekat kawan baru aku"

Rizu yang nampak apa yang terjadi tadi, dia ingin menolong Boboiboy dan kawan-kawannya juga. Dia tidak mahu melihat idola kesayangan dia bertindak begitu, dia perlu merampas balik jam-jam kuasa kawan Fang dengan kekuatan dia sendiri. Rizu bangun dan lalu dia menolak Fang, kedua-dua mereka jatuh di atas rumput. Jam-jam kuasa itu terlepas dari tangan Fang. Rizu cuba untuk mengambil balik jam-jam kuasa tersebut tetapi dia hanya dapat mencapai satu jam kuasa sahaja, iaitu jam kuasa Ying. Fang menolak Rizu ke tepi dengan begitu kuat sekali. Fang bangun dan marah kerana Rizu telah menolak dia. Dia kutip balik jam-jam kuasa kawan dia. Dia tahu jam kuasa Ying ada di tangan Rizu sekarang ini. Fang melihat Rizu yang dalam ketakutan

"Baik kau bagi balik jam kuasa itu sebelum aku hapuskan kau" Rizu hanya gelengkan kepala dia sahaja. Boboiboy nampak Fang sedang mengangkat kaki dia, dia tahu Fang ingin cuba untuk menendang Rizu. Dia berlari ke arah Rizu untuk melindungi Rizu, tendangan tadi itu terkena di perut Boboiboy. Zakwan dan rakan-rakannya tergelak melihat Boboiboy yang dalam kesakitan

"BOBOIBOY!" Gopal, Yaya dan Ying pergi ke arah Boboiboy yang sedang menahan kesakitan itu

"FANG! HENTIKAN SEMUA NIE!" Yaya menjerit kepada Fang "Ini bukan diri kau Fang, kau bukan jahat, aku tahu dalam hati kau masih lagi ada kebaikan"

"Kebaikan?"

"Ha ah, ingatkan balik kebaikan kau sebelum ini. Kau selalu mempertahankan kawan-kawan kau daripada dia orang" Yaya tunjuk ke arah Zakwan "Masa kita orang kena buli juga, kau yang tak nak kita orang dibuli oleh mereka, jadi kau ikut sahaja apa yang dia orang suruh, supaya mereka tidak ganggu kita orang" Fang mula keliru, pemikiran dia sedang kembalikan balik perkara yang baik yang dia pernah buat sebelum ini

"Fang, kau jangan dengar cakap dia orang. Dia orang sahaja nak panggil kau balik supaya mereka dapat jam-jam kuasa mereka semula" kata Zakwan "Jam-jam kuasa ini tak layak untuk mereka semua"

"Fang, jangan mengalah!" kata Ying pula

"Fang, kita orang tak kisah tentang jam kuasa tue tapi asalkan kita orang Fang yang baik dulu. Lawan kejahatan kau di dalam diri kau, aku percaya, kau pasti boleh" Boboiboy bangun dan pelahan-lahan pergi ke kawan baik dia "Ingat tak Fang, tahun lepas. Kita orang pergi selamatkan kau, dapatkan kau balik. Ingat tak? kita orang percaya yang kau sebenarnya baik bukan jahat. Ingat tak, masa kau tolong Gopal bayarkan semua hutang dia dekat Tok Aba. Ingat tak lagi, masa Mikey lukakan hati kau tapi kau tetap maafkan dia. Fang, ingatkan lah balik, ingat balik kebaikan kau sebelum ini" Boboiboy cuba untuk ingatkan Fang balik tetapi kepala Fang tiba-tiba rasa sakit. Pemikiran dia bercelaru, hati dia mula bercampur aduk dengan kebaikan dan kejahatan dia

"Buat apa kau nak dengar kata-kata kawan kau tue. Bukan ke dulu-dulu kau suka kenakan Boboiboy dan juga Gopal. Dia orang juga yang panggil kau jahat sebelum ini, kau yang cerita dekat aku tadi kan. Baik kau kawan sahaja dengan aku. Aku boleh buat kau lagi popular dari si Boboiboy, aku boleh buat kau lagi hebat daripada si Boboiboy tue. Mereka tue semua hanya kawan dengan kau, sebab mereka rasa kasihan sahaja, kau dulu sunyikan, dia orang menolak keikhlasan kau untuk berkawan dengan dia orang kan. Lepas dia orang tahu kau juga mempunyai kuasa, baru dia orang terima kau kan. Dia orang kawan dengan kau sebab kuasa atau gunakan kau sebagai peralatan dia orang sahaja"

"Fang, persahabatan kau dengan kita orang, semuanya ikhlas. Jangan dengar cakap dia, dia hanya menghasutkan kau sahaja. Aku ikhlas menjadi sahabat baik kau Fang, sebelum ini, aku juga bermati-matian untuk selamatkan kau daripada abang kau yang ganas tue"

Fang bernafas begitu kuat sekali, hati dia bercelaru, pemikiran dia sudah serabut. Dia pandang ke arah Zakwan, selepas itu dia pandang ke arah kawan-kawan dia. Zakwan hanya menghulurkan tangan dia supaya menerima persahabatan dia, manakala kawan-kawan dia sedang dalam kerisauan, Fang ternampak kesedihan di wajah mereka "ARGHHHHHHHH!" Fang menjerit sehingga kuasa bayang-bayang dia keluar dan membentuk linkaran yang begitu besar sekali. Bayang-bayang itu menolak Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Zakwan dan pelajar-pelajar yang lain. Mereka semua tercampak, terpelanting dan lalu terjatuh. Boboiboy orang pertama yang bangun dan sedar bahawa Fang sudah hilang. Hanya jam-jam kuasa mereka sahaja yang tertinggal di atas rumput padang

"Fang, mana kau pergi"

--------------------------------------------------

Selepas sahaja habis sesi persekolahan, Kaizo sudah menunggu mereka di pintu pagar sekolah. Dia sebelah tangan kanannya, terdapat botol kecil formula untuk pulihkan adiknya. Pagi tadi Boboiboy telah menghubungi dia dan ceritakan apa yang telah terjadi pada adiknya, Fang. Kaizo begitu geram sekali, dia telah ceroboh masuk ke dalam markas kotak Adudu dan memaksa Adudu buatkan formula untuk pulihkan adiknya. Adudu begitu takut sekali dengan muka Kaizo yang begitu sadis sekali, dia terus buatkan formula itu. Mengikut kata Adudu, formula itu perlu di minum oleh Fang dengan segera, kalau di biarkan Fang begitu lama, mereka mungkin tidak dapat kembali Fang yang yang dulu dan Fang akan kekal dengan kejahatannya.

"Kapten Kaizo dah lama tunggu kita orang" muncul Yaya dengan baju sukan dia. Baju sekolah dia sudah kotor akibat kena simbah dengan air lumpur pada waktu rehat tadi

"Yea, mana adik aku?"

"Maaf abang Kaizo. Fang tak balik ke kelas dia selepas sahaja dia hilang tapi beg sekolah dia masih ada lagi di dalam kelas tadi" Boboiboy serahkan beg sekolah Fang kepada Kaizo dan lalu dia mengambil beg sekolah itu "Kami sudah beberapa kali cuba menghubungi dia tetapi dia tidak menjawab panggilan kami"

"Takpe, sekarang nie, kita perlu mencari dia. Aku sudah ke pantai tadi tapi dia tiada di situ. Semua berpecah tapi hati-hati dengan dia, kalau dia melawan, gunakan kuasa kau" kata Kaizo "kalau kamu semua ternampak dia, hubungi aku dengan segera"

"Baik Kapten Kaizo!" kata mereka berempat. Yaya dan Ying terus mengambil jalan kiri, itu adalah jalan ke bandar. Manakala Boboiboy dan Gopal mengambil jalan kanan, ke kawasan perumahan dan juga ke kedai Tok Aba. Kaizo pula ikut Yaya dan Ying tetapi selepas itu dia mengambil jalan yang lain. Dia pergi ke pantai lagi sekali untuk melihat samada adik dia muncul di situ atau tidak. Kaizo cuba menghubungi Lahap

"Kenapa Kapten?"

"Pang ada di situ tak?"

"Takde Kapten. Kenapa kapten? ada sesuatu terjadi dekat dia ke?" Skrin besar di bilik kawalan itu tertutup secara tiba-tiba dan perbualan Lahap dan Kaizo tamat begitu sahaja. Lahap memusingkan kerusinya dan melihat Fang sedang duduk di atas kerusi abangnya. Fang telah menekan satu butang untuk memutuskan panggilan abangnya

"Pang, kenapa kau tidak benarkan aku bagitahu kapten yang kau ada di sini"

"Buat apa nak bagitahu abang aku. Biarkan ajelah abang aku tue, dia tidak perlu tahu apa yang adik dia buat sekarang. Aku tahu kau terlalu setia sangat dengan abang aku. PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat Lahap dengan kuasa bayangnya. Fang memberikan senyuman sinis kepada Lahap. Mata merah memang begitu merah sekali, warna mata asalnya sudah tidak kelihatan sekali. Hati Fang sudah menjadi hitam, penuh dengan kejahatan, kebaikannya dihatinya sudah hilang. Hanya formula Adudu sahaja dapat pulihkan hati Fang yang sedang hitam itu

"Apa kau buat nie Pang?"

"Kau hanya menganggu aku untuk menakluk galaxy ini. Aku patut campak kau di dalam penjara sahaja" Fang mengheret Lahap ke bilik penjara

"Pang, kenapa dengan kau? Kau sudah hilang akal ke? Ini bukan Pang yang aku kenal"

"Yea, ini bukan Pang yang kau kenal dulu. Aku sudah bosan menjadi budak baik, aku sudah bosan menjadi hamba kuli dekat kelas, aku sudah bosan dengan arahan dari abang aku, aku sudah bosan menjadi superhero di bumi, aku sudah bosan duduk di bumi. Baik aku pergi dari sini dan mencari kesemua sphera kuasa, kuasa-kuasa itu semua, aku pastikan di dalam genggaman aku" Fang membuka pintu penjara dan mencampak Lahap ke dalam penjara itu. Dia menggunakan tangan bayangnya untuk mengambil alat tembakan plasma Lahap supaya dia tidak dapat keluar dari penjara tersebut. Dia menutup pintu penjara tersebut. Tanpa berkata apa, Fang hanya memberikan senyuman sinis sahaja kepada Lahap dan terus dia keluar dari bilik penjara itu

"Aku perlu beritahu kapten sebelum Pang bawa lari jauh kapal angkasa dia" Lahap mencari sesuatu di dalam poketnya dan tangan dia terpegang sesuatu. Lalu dia keluarkan benda itu "Selamat aku masih ada kau lagi" Lahap melihat sebuah bungkusan biskut Yaya tersebut. Dia tahu biskut itu dapat keluarkan kuasa plasma, jadi dia akan menggunakan biskut Yaya tersebut untuk keluar dari penjara ini. Lahap makan biskut tersebut dan dia sendawa begitu kuat sekali, sendawa dia telah mengeluarkan plasma hijau dan terus musnahkan pintu penjara tersebut. Lahap mengambil alat tembakan plasma dia, dan terus dia membuka pintu bilik penjara. Dia pandang ke arah kanan dan kiri, dia ingin pastikan Fang tiada di situ. Lahap keluar secara pelahan-lahan, dia pergi ke bilik Kaizo. Di bilik Kaizo juga ada alat untuk menghubungi orang atau alien lain. Lahap perlu menghubungi Kaizo secepat mungkin, dia tidak tahu berapa lama dia dapat keluar sebelum Fang jumpa dia

Kaizo yang berada di bumi, masih lagi mencari adiknya. Dia sekarang berada di taman permainan bersama dengan Boboiboy dan Gopal "Macam mana nie abang Kaizo, kita orang dah cari dia merata tempat tapi masih tak jumpa juga" kata Boboiboy

"Bagaimana dengan dua kawan kamu yang lain, Yaya dan Ying?"

"Maaf abang Kaizo, dia orang juga tidak jumpa dia" Boboiboy duduk di bangku taman permainan, dia cuba untuk menghubungi Fang tetapi tidak berjaya. Fang mengendahkan sahaja panggilan dari kawan-kawannya. Dia sedang memandu kapal angkasa untuk pergi ke planet lain, untuk memburu sphera kuasa yang lain. Fang masih tidak tahu bahawa Lahap sudah keluar dari penjaranya dan dia kini sedang menghubungi kaptennya

"Kapten! Kapten!" Kaizo terkejut melihat Lahap menghubungi dia. Suara Lahap begitu cemas sekali

"Kenapa Lahap?"

"Pang ada dekat kapal angkasa"

"Jadi, tadi kau menipu aku" Lahap takut dengan suara kaptennya yang begitu garang itu

"Bukan kapten, aku memang tiada niat untuk menipu kapten tapi Pang, dia yang paksa aku. Ada sesuatu tak kena dengan Pang, tadi dia berkata dia ingin menguasai seluruh galaxy ini" Kaizo terkejut. Dia tidak sangka kejahatan sudah mengawal diri adiknya "Kapten, apa yang aku perlu lakukan? Dia sudah terbang jauh kapal angkasa kapten"

"Hmmm... kau kena lawan dia balik, ikat dia jika perlu dan rampas jam kuasa dia supaya dia tidak dapat menggunakan kuasa dia. Gunakan kekerasan kau terhadap adik aku dan pandu balik kapal angkasa ke bumi. Aku akan tunggu kau di rumah aku. Semoga berjaya Lahap"

"Baik kapten!" Lahap menutup skrin itu dan dia perlu mencari jalan untuk melawan Fang. Dia mengambil sebuah cawan kaca untuk memukul kepala Fang nanti, dia tahu dia pasti akan kena marah nanti tapi ini sahaja yang dia mampu buat. Kalau dia gunakan kuasa plasma dia, dia takut kuasa itu termusnahkan Fang sekali. Lahap keluar dari bilik Kaizo, dia berjalan secara pelahan-lahan ke arah bilik kawalan. Pintu bilik kawalan terbuka, dan Fang memusing kerusinya "Kau terlepas juga. PENG-" Lahap baling cawan kaca itu tepat ke arah kepala Fang tetapi Fang sempat menyambut cawan itu

"KAU TAK KAN DAPAT KALAHKAN AKU!" Mata Fang sudah bertukar warna, dari merah terus ke warna hitam. Seluruh mata dia menjadi hitam seperti hantu "hahahaha! TUSUKAN JARI BAYANG!"

"MAAFKAN AKU KAPTEN! TEMBAKAN PLASMA!" Lahap makan biskut Yaya dan lalu menembak plasmanya dan musnahkan kuasa bayang Fang. Dia menyerang Fang lagi dengan kuasa plasmanya "PELINDUNG BAYANG!"

Lahap berundur dulu, dia pergi menyorokkan diri di tempat lain. Dia tidak mahu berlawan di dalam bilik kawalan, kalau tidak, habis kapal angkasa nanti. Pelindung bayang Fang hilang, dia keluar dari bilik kawalan dan mencari Lahap "Mana kau nak lari, Lahap. Aku akan jumpa kau juga nanti"

Lahap keluar dari tempat persembunyian dia dan dia ikut Fang dari belakang. Fang menoleh kebelakang tetapi Lahap sempat menyorokkan diri di dalam lorong laluan yang lain. Lahap mengintai-intai Fang, apa yang dia sedang lakukan "Lahap, apa kata kau ikut sahaja aku. Kita sama-sama menakluk seluruh galaxy ini"

Lahap keluar dari tempat lorong itu dan lalu berkata "Buat apa aku perlu ikut cakap kau! Aku hanya setia pada kapten aku sahaja! Baik kau serahkan sahaja diri kau Pang, sebelum aku tembak kau dengan plasma aku"

"Tembaklah kalau kau berani. Tapi tak mungkin kau akan menembak aku. Kau tue sebenarnya takut dengan abang aku juga. Dia ingat dia tue hebat sangat, dia ingat aku nie lemah, dia tue belagak dengan kuasa dia. DIA TUE MEMANG PATUT DIHAPUSKAN"

"Pang! itu abang kau! tak kan kau nak buat begitu dekat abang kau sendiri. Kau nie memang nak kena!" Lahap menembak lagi plasma dia

"PELINDUNG BAYANG!" Lahap tidak akan mengalah, dia menembak lagi sehingga hancur pelindung bayang itu. Fang berada di dalam pelindung bayangnya, dia tidak dapat bertahan lama dan akhirnya plasma yang terakhir dapat menghancurkan pelindung bayang Fang. Pelindung bayang itu hancur dan meletup, Fang tercampak kebelakang dan terkena di dinding kapal angkasa. Dia bangun untuk menyerang balas tetapi Lahap lebih pantas daripada dia, Lahap menyerang Fang dengan tembakan plasmanya

"ARGHHHHH!" Fang terus terjatuh dan tidak sedarkan diri. Lahap cepat-cepat pergi ke arah Fang dan mengangkat dia. Dia membawa Fang ke dalam bilik tidurnya, dia baringkan Fang di atas katil. Lahap mengambil jam kuasa Fang supaya dia tidak dapat menggunakan kuasa itu untuk menyerang dia lagi. Lahap mengikat Fang, dia tidak mahu Fang melakukan apa-apa sementara dia memandu balik kapal angkasa ke bumi

Lahap kembali ke bilik kawalan dan terus menghubungi kaptennya "Kapten, Pang tidak sedarkan diri. Saya akan terus kembali ke bumi"

"Terima kasih Lahap!" Kaizo berasa lega kerana Lahap berjaya mengalahkan adiknya. Dia sekarang berada di dalam rumahnya bersama dengan kawan-kawan adiknya "Kamu semua jangan risau, Lahap kini membawa balik adik aku"

"Selamat Lahap dapat menghalang dia, kalau tidak, habis satu galaxy dia nak pergi tawan" kata Gopal

"Tak kan lah Fang nak buat sampai begitu sekali" kata Boboiboy "Tapi kalaulah benar itu kejahatan Fang yang sebenarnya, memang menakutkan betul"

"Isk, kau nie Boboiboy, itu semuanya hanya tembakan dari Adudu sahaja"

"Maaf Yaya, tapi aku yakin, Fang tak kan berubah menjadi jahat. Selagi dia ada kita orang, tak mungkin dia akan berubah menjadi jahat"

Kaizo hanya melihat kawan-kawan adiknya berborak dan dia pula risau kalau itu benar-benar kejahatan sebenar Fang yang terkubur di dalam hati adiknya. Walaupun apa-apa yang terjadi pun, dia tidak akan membenarkan sesiapa menghasut adiknya menjadi jahat

1 jam kemudian, kapal angkasa Kaizo sudah berada di bumi. Kaizo pergi ke kapal angkasa dia untuk mengambil adiknya yang masih tidak sedarkan diri lagi. Dia kembali ke bumi dengan mengangkat Fang di tangannya. Lahap juga turut mengikut kaptennya turun ke bumi. Mereka masuk ke dalam rumah dan letakkan Fang di atas sofa. Kaizo keluarkan sebotol kecil

"Buka ikatan dia dan buka mulut adik aku" Kaizo mengarah Boboiboy dan Gopal untuk membuka ikatan Lahap tadi. Mereka membuka ikatan tersebut, dan Boboiboy membuka mulut Fang. Kaizo tuang formula itu ke dalam mulut adiknya dan lalu Boboiboy menutup mulut Fang

2 minit kemudian, Fang terbatuk-batuk kerana formula tadi yang tidak begitu sedap "Aduh, sakitnya kepala" Fang pegang kepalanya yang terkena dinding kapal angkasa tadi

"Fang? kau ok tak?"

Fang membuka matanya dan lalu marah Boboiboy "OK APANYA! kepala aku sakit tahu tak!"

"wei, aku tanya elok-elok, kau pergi marah aku pula"

"suka hati aku lah nak marah ke tak" Boboiboy tersenyum melihat kawannya sudah kembali pulih "Apasal kau tersenyum-senyum? aku ada hutang dengan kau ke?"

"Sudah! jangan nak bergaduh pula"

"Eh abang ada dekat sini" Dia melihat sekelilingnya, dia baru sedar dia kini berada di dalam rumanhnya. Gopal, Yaya, Ying dan juga Lahap ada di situ juga "Apa yang terjadi tadi?"

"Kau tak ingat ke apa yang terjadi dekat sekolah tadi?" tanya Boboiboy. Fang mengelengkan kepalanya sahaja "hmm.. apa yang kau ingat sebenarnya?"

"Aku ingat aku mengamuk dalam kelas pagi tadi, tapi sebenarnya sebelum waktu rehat bermula. Aku rasa kepala aku berat pula, lalu aku pengsan. Itu aje yang aku ingat"

"Jadi, kau memang tak ingatlah kau berkawan dengan Zakwan dan rakan-rakannya" tanya Yaya pula. Fang hanya mengelengkan sahaja kepalanya. Dia memang betul-betul tidak ingat tetapi pagi tadi semasa dia di dalam kelas, dia terasa ada sesuatu yang ingin keluar, sesuatu yang bisik kepada telinganya dan juga di hatinya. Bisikan itu menyebabkan Fang bertindak begitu ganas sekali

"Maaf kawan-kawan, jika aku buat sesuatu yang buruk terhadap korang. Aku sendiri pun tidak tahu apa yang terjadi dekat diri aku, aku ingatkan kesan tembakan Adudu semalam sudah hilang, rupanya bukan"

"Jangan risau Fang, kami tahu itu bukan kau yang sebenarnya kan" kata Boboiboy

"Betul kata kawan kau, Pang. Tapi, kalau kau berubah menjadi jahat, abang terpaksa bertindak ganas dengan kau, FAHAM!"

"Faham abang"

"Kalau kamu semua nak makan malam di sini, kau suruh sahaja si Pang buatkan makanan" Kaizo terus pintu rumah "Lahap, kembali ke kapal angkasa. Aku ada hal penting dengan kau" Kaizo dan Lahap keluar dan kembali ke kapal angkasa. Di rumah pula, tinggal Fang, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Fang bangunkan diri dan duduk di sofa, sementara disebelah kanannya, Boboiboy dan sebelah kiri dia pula ialah Gopal. Fang mula bertanya apa yang dia buat lagi selain daripada berkawan dengan Zakwan

"Kau pijak cermin mata Rizu" kata Boboiboy

"Aku? aku yang buat begitu" Fang terkejut dengan perbuatan dia "Nampaknya esok aku kena minta maaf dekat dia"

Boboiboy pegang bahu Fang untuk memberitahu yang mereka semua ada di situ untuk menolong dia esok "Kau jangan salahkan diri kau Fang, itu semuanya hanyalah kesan tembakan dari Adudu sahaja. Bukan ikut kehendak kau kan"

"Tapi.. aku rosakkan cermin mata dia"

"Jangan risaulah, aku pasti dia akan faham" kata Boboiboy lagi "Lagipun masa kita orang cuba ingatkan kau, aku nampak muka kau sangat keliru. Aku rasa, diri kau yang sebenar masih lagi ada di dalam diri kau tetapi dihalang dengan kejahatan kau"

"Terima kasih semua kerana cuba ingatkan aku tadi walaupun aku sendiri tidak ingat apa yang berlaku. Korang semua nak makan malam dekat sini tak?"

"Mestilah nak!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjawab secara serentak. Fang tergelak melihat kawan-kawan dia. Malam itu Fang masak begitu banyak sekali sebagai tanda terima kasih kerana menyelamatkan diri dia daripada pergi menakluk seluruh galaxy. Malam itu juga Lahap pulangkan jam kuasa Fang. Kaizo pula sudah mendengar cerita dari Lahap, apa yang berlaku tadi sewaktu dia berada di kapal angkasa dengan Fang. Lahap mengulang balik kesemua kata-kata Fang, Kaizo menjadi risau. Jika betul semua kata-kata adiknya yang terkubur di dalam hatinya, dia akan menjadi risau. Sekarang dia hanya perlu membimbing Fang dan menjaga dia dengan baik, supaya dia tidak kembali ke arah kejahatan dia. Dia yakin, pistol yang Adudu cipta semalam adalah untuk mengeluarkan kejahatan yang ada dalam badan semua manusia, mahupun alien. Kalau tembakan itu terkena pada diri dia, dia sendiri tidak dapat bayangkan apa yang dia akan lakukan. Dia tahu diri dia yang tegas, ganas, garang dan gi- eh, diri dia bukan gila, fikir Kaizo

Buat masa ini, Kaizo yakin, dengan adanya kawan-kawan adiknya, dia pasti Fang tidak akan kembali ke arah kejahatan

-------------------------------------------------

Keesokannya, awal-awal pagi lagi Fang sudah pergi mencari Rizu. Dia perlu betulkan keadaan dan minta maaf kepada Rizu. Fang ternampak Rizu tidak memakai cermin matanya, sedang duduk di bangku sekolah, tempat biasa dia dan kawan-kawan dia berborak sebelum loceng sekolah berbunyi. Fang pergi ke arah Rizu dan keluarkan sesuatu dari beg sekolahnya

"Rizu ambik nie. Abang nak minta maaf tentang semalam" Fang memberikan cermin mata lama dia kepada Rizu "Cermin tue, Rizu boleh gantikan dengan cermin Rizu. Abang tak tahu berapa power cermin mata Rizu"

Rizu tersenyum melihat Fang, lalu dia memeluk Fang begitu kuat sekali "Abang Fang sudah kembali" kata Rizu

"Rizu tak marah dengan abang?"

"Tak, Pizu cuma nak abang Fang kembali sahaja. Pizu yakin yang sebenarnya abang Fang baik bukan jahat, Pizu juga yakin kata-kata abang Fang semalam tidak benar. Pizu kuat macam abang Fang juga" kata Rizu yang masih lagi memeluk Fang. Fang tersenyum melihat Rizu tidak mahu melepaskan pelukan dia. Dia melihat Rizu seperti dia mempunyai adik sendiri. Agaknya, beginilah menjadi seorang abang, fikir Fang. Rizu lepaskan pelukan dia, Fang melutut di depan Rizu dan pakaikan cermin mata lamanya di mata Rizu "Comel" kata Fang

"Ada nampak macam abang Fang tak?" Rizu tersenyum besar dengan style rambutnya seperti Fang

"Ada kot" Fang tergelak di situ dan lalu dia duduk di sebelah Rizu. Mereka berdua berborak di situ sambil menunggu kedatangan Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Disebalik tiang kantin sekolah, Zakwan mengenggam tangannya

"Nahaslah kau lepas nie"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top