Kejahatan Part I
Pada suatu malam, Fang sedang tidur begitu nyenyak sekali kerana dia bermimpi indah tentang diri dia adalah putera paling kacak dan paling terhebat sekali di dunia. Dia siap tersenyum di dalam tidurnya tetapi mimpi indah dia hanya sekejap sahaja, mimpi buruk datang melanda mimpinya
"Pang! mana jaket abang? mana kasut abang? mana seluar abang?"
"Errr.. tak kan adik kena cari semuanya. Adik bukannya orang gaji abang"
"Habis tue, siapa yang tukang basuhkan baju dan seluar abang, kau juga kan. Kau yang semalam basuh pakaian abang. Mana kau letak semuanya?" Fang terpaksa pergi mencari baju dan seluar abangnya, berserta dengan kasut abangnya sekali. Tiap-tiap hari dia rasa diri dia adalah orang gaji di rumah. Dalam reality pun begitu juga, sampailah ke dalam mimpi ini
"Ini bukan mimpi aku ke? apasal abang aku boleh masuk dalam mimpi aku" Fang berasa pelik. Selalunya, tiap-tiap malam dia akan bermimpi dia adalah putera paling kacak sekali di dunia ini. Dia mencari pakaian abangnya di almari bilik abangnya sehinggalah dia terjumpa satu loket "Macam kenal aje loket nie" Fang tahu ini hanylah mimpi, dia mengambil loket itu dan simpan di dalam poket seluarnya. Setelah dia jumpa baju, seluar dan kasut abangnya, dia membawa kesemuanya ke abangnya tetapi abang dia tiada di ruang tamu
"Abang? ABANG!" Fang mencari-cari abangnya. Dia masuk periksa kesemua bilik yang ada di dalam rumah tersebut tetapi abang dia masih juga tiada "Abang?" Fang melihat sekeliling dia, keadaan menjadi gelap. Ruang tamu semuanya hilang, hanya tinggal dia seorang sahaja di dalam kegelapan tersebut. Fang menjadi cemas, dia bergerak secara pelahan-lahan dan tangan dia sedang bergerak-gerak seperti mencari sesuatu
"Kenapa nie?" Fang tidak tahu ke arah mana dia sedang menuju kerana semuanya gelap. Semuanya seperti dia di dalam dunia bayang-bayang dia tersendiri. Tiada bunyi yang kedengaran. Fang berjalan lagi ke depan, dia berjalan sehinggalah dia ternampak satu cahaya yang begitu terang di hadapannya. Cahaya itu berada jauh daripada dia, Fang berlari ke arah cahaya itu. Semakin dia cuba untuk mendekati cahaya itu, semakin jauh ia pergi. Fang tidak mahu mengalah, dia akan cuba untuk mendekati cahaya itu, dia tidak mahu berjalan di dalam kegelapan ini. Semakin lama semakin penat Fang berlari, dia tidak larat untuk mengejar cahaya itu tetapi dia bukanlah seseorang yang mudah mengalah. Dia teruskan lagi mengejar cahaya itu, pada suatu tahap, dia terjatuh ke dalam satu lubang. Dia tidak tahu berapa dalam lubang tersebut, dia jatuh dan termasuk ke dalam satu lubang yang bercahaya
Fang terjatuh di atas rumput yang sudah kering, dia bangun dan nampak dunia sudah berubah. Fang melihat di hadapannya, kedai Tok Aba sudah hancur dengan teruk sekali. Dia melihat sekelilingnya, pokok-pokok semua habis di tebang, taman di situ tidak seperti taman, langit bertukar gelap kerana penuh dengan asap-asap hitam. Cahaya matahari juga tidak begitu kelihatan. Banyak sampah sarap berteraburan di merata-rata tempat
"FANG! KAU SUDAH KEMBALI?" Fang terdengar suara yang dia sangat kenali, dia menoleh kebelakang dan nampak keempat kawan dia sedang berlari menuju dia "Kembali? woi! aku takde pergi mana pun tapi kenapa dengan Pulau Rintis? kenapa semuanya sudah tidak seperti dulu lagi?"
"Seperti dulu? kau tak ingat ke Fang, lepas sahaja kau ikut abang kau balik, bumi ini sudah di takhluk oleh alien-alien jahat. Kita orang pun tak boleh nak lawan dia orang sebab jam kuasa kita orang semuanya kau dah rampas" kata Boboiboy
"Eh, bukan aku dah pulangkan dekat korang ke? Lagipun aku mana ada ikut abang aku balik, aku tinggal di sini lagi lah" Fang menjadi keliru. Apa semua nie? fikir Fang
"Dey! kau jangan nak buat cerita! Sekarang, kau pulangkan balik jam kuasa kita orang!" kata Gopal
"Mana jam kuasa kita orang! Kenapa baru sekarang kau kembali ke sini?" kata Yaya dengan nada yang garang
"Entahnya! Kawan tak guna kau nie! alien jahat rupanya kau" kata Ying pula
"Aku baiklah! aku bukannya jahat! aku masa tue rampas jam kuasa korang sebab aku tak nak abang aku hapuskan korang semua. Aku kenalah lindungi kawan-kawan aku, korang sahajalah teman terbaik aku. Tak kan korang tak ingat, korang kejar kapal angkasa abang aku dengan meminta pertolongan dari Adudu"
"Kita memang ada minta pertolongan dari Adudu tetapi dia tak nak tolong kita orang. Lepas tue, dia panggil kawan-kawan alien yang lain, serang bumi nie. Kita semuanya sudah kehilangan orang yang tersayang termasuklah Ochobot. KAU MEMANG TAK GUNA PUNYA KAWAN!"
"Ochobot dah takde? betul ke nie Boboiboy" Fang terkejut menerima berita tentang Ochobot yang sudah lagi tiada. Dia tenangkan diri dia, ini semuanya hanyalah mimpi sahaja, mimpi buruk sahaja
"Disebabkan kau lah kita orang semua sudah kehilangan orang-orang yang tersayang! SANGGUP KAU DATANG KE SINI LAGI! APA LAGI YANG KAU NAK!" Boboiboy begitu marah sekali dengan Fang "Kenapa kau rampas jam kuasa kita orang pada masa itu, kenapa kau tak halang abang kau, kenapa kau tidak berlawan bersama sekali dengan kita orang, kenapa kau kembali ke sini lagi" Boboiboy terduduk di atas rumput kering itu. Air mata dia menitis dan jatuh ke bumi "Aku ingat selama ini kau kawan kita orang, rupanya bukan, kau hanya berpura-pura sahaja. Kau tipu kita orang Fang, persahabatan kita selama ini hanyalah khayalan sahaja" Suara Boboiboy begitu sedih sekali
"Boboiboy, kau tetap kawan aku" Fang cuba untuk mendekai Boboiboy tetapi dia di halang oleh Gopal, Yaya dan Ying. Mereka juga turut marah kepada Fang
"Kau jangan harap nak menghampiri Boboiboy lagi, kau bukan kawan kita orang, kau pun pernah cakap dekat Boboiboy, yang dia bukan kawan kau" kata Gopal
"Tapi aku cuma nak melindungi korang daripada abang aku dan Lahap. Aku kata begitu sebab aku takut dengan abang aku, korang tahu kan sikap abang macam mana. Aku sendiri takut dengan dia"
"Banyak alasan sahaja kau nie. Baik kau beredar dari sini Fang, aku tak mahu kau melukai hati kita orang lagi dan hati Boboiboy juga. Jangan cari kita orang lagi" kata Yaya. Fang cuba untuk berkata sesuatu tetapi dia satu patah pun yang keluar dari mulut dia. Dia nampak Boboiboy sedang kesedihan lagi. Dia ingin bangun dari mimpi ini, dia tidak sanggup melihat kawan-kawan dia terluka kerana dia
"Ini semua mimpi buruk" Fang melihat Gopal, Yaya dan Ying cuba untuk tenangkan Boboiboy. Mereka tidak hiraukan tentang Fang lagi, jadi dia perlu beredar dari situ "Maaf kawan-kawan, aku tiada niat untuk sakitkan hati korang semua. Selamat tinggal semua" Fang berjalan secara pelahan-lahan, ke mana dia ingin pergi, dia tidak tahu tetapi dia perlu bangun dari mimpi buruk ini
"Kau sudah kembali ke bumi?" Itu suara Adudu, fikir Fang. Dia pandang ke depan dan nampak Adudu dan Probe. Probe sudah berlainan, dia kini memilik senjata yang dapat musnahkan semua benda dalam sekelip mata sahaja "Apa yang kau nak hah!"
"Aku cuma nak ucapkan terima kasih sahaja. Selepas sahaja kau rampas jam-jam kuasa kawan kau. Aku dengan senang hati, aku menyerang Pulau Rintis ini! Aku dapat kesemua koko di bumi ini! HAHAHAHAHA" kata Adudu "Kau lihatlah kekejam aku terhadap bumi ini, lihatlah aku musnahkan kesemua yang ada di bumi ini. Probe, apa kata kau musnahkan kawan-kawan si Fang nie"
"Baik encik bos!" Probe mengeluarkan laser pemusnah dia yang lebih bahaya daripada sebelum ini. Sekali terkena, semua benda yang ada sekeliling dia akan musnah dia dan semuanya akan terkecai
"JANGAN!"
"Dia kata jangan lah encik bos"
"Hehehe.. takpe Probe, dia bukannya ada kuasa pun. Lagipun, kau tak perlu musnahkan kawan-kawan si Fang nie, abang dia sendiri akan musnahkan mereka! Mari Probe, kita saksikan keseksaan Boboiboy dan rakan-rakan seperjuangan dia" Adudu tergelak besar di situ "Jangan risau Fang, abang kau dalam genggaman aku, aku telah berjaya mengawal abang kau yang terkuat tue. Kapten Kaizo kini hanya mendengar arahan aku sahaja!"
"Apa? BAIK KAU LEPASKAN ABANG AKU! SEBELUM.."
"Sebelum apa? kau sendiri pun tiada kuasa. Baik kau pergi selamatkan kawan-kawan kau, sebelum abang kau sendiri musnahkan dia orang" Fang begitu geram sekali, dia tiada masa untuk bertengkar dengan Adudu. Dia pusing balik dan berlari ke arah kawan-kawan dia. Dia dapati Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tiada di situ lagi, dia mencari mereka d sekeliling tetapi tiada juga mereka
"Dia orang mesti sudah pergi jauh" Fang berlari dan mencari mereka di sekeliling taman itu, tetapi mereka tidak dikesani oleh Fang. Dia berlari ke arah bandar pula, mungkin mereka ada di sana. Fang ternampak topi oren sedang melayang-layang ke arah dia, Fang menangkap topi tersebut "Ini topi Boboiboy" Dia dapat merasakan mereka dalam bahaya, dia berlari sekuat hati dan akhirnya nampak abang dia sedang menyerang mereka. Boboiboy tidak dapat bangun kerana kaki dia terkena kaca cermin, Gopal pula terbaring jauh dari Boboiboy, dia tidak sedarkan diri. Yaya menghalang Kaizo daripada menyerang Boboiboy dan Ying walaupun badan dia penuh dengan luka. Ying cuba untuk membantu Boboiboy tetapi bahu dia ada kecederaan yang amat teruk
"ABANG!" Fang berlari ke abang dia
"abang? aku kapten kau!" Fang berhenti di sebelah Yaya dan melihat wajah abang dia yang begitu garang sekali "Fang, apa kau buat dekat sini?" tanya Yaya kepada Fang tetapi Fang tidak dengar persoalan dari Yaya kerana dia terlalu fokuskan kepada abang dia
"Abang, jangan apa-apakan kawan adik"
"Kawan?" Kaizo mengacukan pedang tenaga dia kearah adik dia "Itu bukan kawan kau, mereka adalah musuh kau. KENAPA KAU MELINDUNGI MEREKA!"
"Sebab dia orang kawan adik! disebabkan abanglah, adik terpisah dengan mereka" Kaizo begitu marah sekali dengan adiknya, dia mengangkat pedang tenaganya dan lalu dia melibas ke arah adiknya dan Yaya tetapi pedang tenaga itu sempat di pegang oleh Fang
"Fang!" Boboiboy nampak apa yang telah berlaku
"Mereka kawan aku, selagi aku masih lagi bernyawa, aku akan tetap melindungi mereka semua" Air mata Fang mengalir keluar, begitu juga darah dia yang sedang mengalir keluar di tapak tangannya. Fang pegang pedang tenaga itu sekuat mungkin supaya abang dia tidak dapat menyerang kawan-kawan dia lagi "Yaya, lari dari sini, bawa mereka pergi jauh dari sini" kata Fang yang sedang menahan kesakitan tangnnya
"Tapi.."
"BAWA MEREKA JAUH DARI SINI!" Fang menjerit kepada Yaya. Yaya pusingkan badan dan pergi menolong Boboiboy dan Ying. Dia terpaksa meninggalkan Gopal di situ, dia tidak mempunyai tenaga untuk mengangkat Gopal "Maafkan aku Gopal"
"Berani kau! TOLAKAN TENAGA!"
"FANGGGGG!" kawan-kawan Fang menjerit melihat dirinya tercampak begitu jauh sekali, dia terjatuh di jalan raya. Kaizo lompat dan mendapat di depan dia "Aku akan hapuskan kau juga, Prebet Pang!" Kaizo mengacukan pedang tenaganya itu ke arah badan Fang dan tikam di dada Fang
"ABANGGGGGG!"
"ABANGGGG!" Fang terjaga dari tidurnya. Nafas dia begitu kuat sekali, jantung dia berdebar-debar begitu kuat "Mimpi, semuanya hanyalah mimpi buruk" Fang menghela nafas dan lalu dia keluar dari katilnya. Dia pergi ke meja dia dan membuka sebuah laci. Di dalam laci tersebut terdapat sebuah kotak kecil, dia membawa keluar kotak kecil itu dari laci dan membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat sebuah loket emas, dia membuka loket itu dan terdapat sebuah gambar "Ibu" dia melihat gambar ibu dia. Loket itu adalah hadiah dari neneknya. Dia berikan kepada Fang supaya simpan loket kepunyaan ibunya. Fang menjaga loket itu dengan baik. Dia menyimpan balik loket itu ke dalam kotak tersebut dan dia menutup kotak itu. Dia letakkan balik kotak itu di tempat asalnya
Fang melihat jam kuasanya, sudah pukul 6 pagi, dia perlu pergi bersiap-siap untuk pergi ke sekolah
--------------------------------------------
Fang menguap besar di dalam dapur, mata dia hanya separuh buka. Dia menunggu abangnya siapkan sarapan pagi untuk dia. Fang sebenarnya mahu ke sekolah sekarang tetapi abangnya memaksa dia makan sarapan terlebih dahulu
"Makan bubur nie" Kaizo meletakkan semangkuk besar di depan adiknya
"Bubur lagi" kata Fang yang sedang mengantuk
"Makan sahajalah, abang dah buat untuk kau, kau tak nak makan pula" Fang malas untuk bergaduh dengan abangnya di awal pagi, lalu dia mengambil sudu dan makan bubur yang begitu banyak sekali. Hati Fang rasa tidak tenteram kerana masih teringat lagi tentang mimpi dia. Dia pernah mimpi buruk sebelum ini, mimpi tentang Adudu menyerang abangnya dan juga kawan baik dia, Boboiboy dan selepas itu Borara kembali ke bumi untuk membalas dendam. Mimpi itu menjadi kenyataan tetapi Borara tidak sempat memasuki bumi kerana dia telah dihalang oleh abangnya
Kaizo melihat adiknya makan dengan begitu senyap sekali, selalunya mesti ada sahaja yang tak kena kalau dia buat sesuatu dekat adiknya. Dia ternampak adiknya sedang risaukan sesuatu
"Pang, kenapa muka kau seperti risaukan tentang sesuatu?"
"Risau? mana ada. Adik tak risaukan apa-apalah" Fang sambung balik makan bubur itu. Kaizo melihat wajahnya adiknya lagi sekali, Fang pula buat-buat tidak nampak yang abang dia sedang melihat dia dengan muka yang penuh serius sekali. Hati dia mengatakan jangan beritahu abang dia tentang mimpi itu tetapi sebahagian diri dia, beritahu sahaja abang dia, jikalau tidak, abang dia akan memaksa dia sehinggalah dia bercerita apa yang berlaku sebenarnya. Tapi, mimpi semalam hanya mimpi mainan sahaja, bukan betul pun, fikir Fang. Tak kan secara tiba-tiba abang dia bertukar menjadi jahat, fikir Fang lagi. Makin lama, makin pelahan Fang makan, sehingga dia tiada selera untuk makan bubur itu lagi
"Pang?"
"Maaf abang, adik tiada selera pula. Adik pergi ke sekolah dahulu" Fang bangun dan terus keluar dari dapur rumahnya. Dia tidak melihat langsung wajah abangnya. Kaizo berasa pelik, keceriaan selalu melanda di wajah muka adiknya tetapi hari ini, kerisauan dia tersangat jelas sekali di wajah adiknya "Pang!" Fang berhenti dan tidak menoleh kebelakang "Pang, jangan nakal-nakal di sekolah"
"Baik abang" Fang teruskan berjalan dan mengambil beg sekolahnya yang berada di atas sofa "Jangan risau Fang, abang kau tak kan berubah menjadi jahat" bisik Fang kepada dirinya. Fang memakai kasut sekolahnya dan membuka pintu rumah, dia menoleh sedikit kebelakang dan nampak abangnya sedang berdiri di depan dapur sambil memerhatikan diam
"Adik pergi dulu" Dia terpaksa memberikan senyuman yang agak lemah kepada abangnya. Fang keluar dan menutup pintu rumahnya, dia pandang ke pintu pagar dan nampak Boboiboy sedang menunggu dia
"Eh, apasal kau ada dekat sini?" tanya Fang sambil berjalan menuju ke arah kawan baiknya
"Saja nak pergi ke sekolah bersama dengan kau hari ini, tak salah kan?"
"Tak" kata Fang dengan nada yang lemah. Boboiboy tahu dengan nada suara Fang. Kalau lemah sebegini mesti ada sesuatu yang tidak kena. Mereka berdua berjalan dengan begitu senyap sekali, Fang berjalan sambil berfikirkan tentang mimpi tadi. Boboiboy hanya memerhatikan kawan dia "Fang?"
"Kau nak apa Boboiboy?"
"Kau kenapa pagi-pagi nie? kau tak sihat ke?"
"Takdelah, aku sihat sahaja tapi kalau aku cerita dekat kau. Kau janji jangan bagitahu dekat sesiapa, dengan abang aku pun kau jangan bagitahu"
"Aku janji! ceritalah, kenapa dengan diri kau?" Fang menghela nafas dan lalu bercerita "Semalam aku mimpi buruk"
"Mimpi buruk? kau mimpi apa? kau mimpi borara datang ke sini lagi ke?"
"Bukanlah!" kata Fang dengan nada marah dia
"Habis tue?"
"Kau ingat tak lagi aku kena paksa balik oleh abang aku masa aku rampas jam kuasa korang semua"
"Ingat, tapi apa kena mengena dengan sekarang? Itu semuanya kan sudah lepas"
"Aku tahu tapi dalam mimpi tue, korang cuba dapatkan aku balik dan jam kuasa korang tapi Adudu tak nak tolong korang. Lepas tue, Adudu serang planet nie" Mereka menjadi senyap seketika. Mereka sekarang lalu di tepi taman permainan, Boboiboy menarik tangan Fang dan duduk di bangku taman permainan "Kenapa kau bawa aku ke sini?"
"Sebab kita sudah hampir dengan sekolah kita. Kau pun tak nak orang lain dengar tentang mimpi kau kan" Fang tersenyum sedikit, dia sangat hargai persahabatan antara dia dan Boboiboy kerana antara kawan-kawan dia yang lain, Boboiboy sorang sahaja yang faham hati dan perasaan dia. Dia seorang sahaja tempat dia ingin berkongsi rahsia atau tempat untuk bercerita tentang masalah dia "Terima kasih Boboiboy" Fang duduk di sebelah Boboiboy
"Sambunglah balik cerita mimpi kau tadi"
"Adudu serang planet nie, aku pula keliru dalam mimpi tue. Aku nampak korang begitu marah sekali dengan aku terutama sekali kau. Kau kata aku bukan kawan kau lagi"
"Janganlah risau sangat Fang, itukan hanya mainan mimpi sahaja Fang. Kau tetap kawan baik kita orang"
"Tapi, bukan itu yang aku risaukan. Dalam mimpi aku, Adudu telah berjaya buat abang aku bertukar menjadi jahat" Fang bangun dari bangku taman permainan secara tiba-tiba, dia tidak mahu bercerita lagi "Jomlah, nanti kita lewat pula"
"Fang" Boboiboy memanggil dia tetapi Fang hiraukan sahaja panggilan dari kawan baiknya
--------------------------------------------
Fang seperti biasa, dia akan mengemas kelas dia terlebih dahulu. Walaupun dia telah menjadi ketua kelas 6 Jaya, tetapi pelajar-pelajar yang lain tidak ikut jadual waktu kebersihan yang telah di sediakan oleh dia. Mereka biarkan sahaja Fang kemaskan kesemuanya. Fang pun tidak kisah tapi kadang-kadang dia naik menyampah dengan perangai kelas dia. Sambil dia mengemas, sambil itu dia melihat pelajar lain yang sedang gelak ketawa tanpa membantu dia. Fang begitu geram sangat, dia mengambil penyapu dan berikan kepada Fina yang sepatutnya bertugas menyapu sampah pada hari ini
"Sepatutnya ini tugas kau hari ini, kau yang patutnya kena buat bukan aku. Cepat sampuh kelas ini" Tetapi Fina buat tidak tahu sahaja, hati Fang berapi-api dengan sikap Fina yang begitu malas sekali. Dia tendang meja itu sekuat hati sampai terbalik meja itu. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas tersebut terkejut dengan tindakan Fang tadi "Baik kau buat apa yang aku suruh buat, aku bukannya kuli di kelas ini!"
"Wei Fina, baik kau buat sebelum dia mengamuk lagi" bisik kawannya yang berada di sebelah dia
"KAU! KAU SUSUN BALIK MEJA-MEJA INI SEMUA!" Fang meninggikan suaranya, mood Fang tidak kelihatan begitu baik hari ini "KAU PULA! JANGAN NAK JADI MALAS! PERGI BUANG SAMPAH!" Mereka takut dengan suara Fang yang begitu garang, tapi suara itu bukanlah suara seperti Kaizo yang berada di dalam badan adiknya. Ini suara Fang semasa dia sedang mood tidak begitu baik. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berada di luar kelas Fang, mengintai-gintai kawan baik mereka yang sedang mengamuk itu
"Mood Fang tak baik hari nie" kata Gopal
"Yolah, tapi apasal dia bad mood? kau dengan dia tadi kan Boboiboy? apa yang buat dia sampai dia bad mood macam tue sekali?"
"Err.. entahlah Ying" Boboiboy tidak mahu memberitahu perkara yang sebenarnya kerana dia telah berjanji dengan Fang dia tidak akan cerita kepada sesiapa pun "Entah-entah dia bad mood sebab dia orang malas nak kemaskan kelas kot"
"Hmm.. betul juga, masa kita orang dulu.. ada juga yang tolong dia tapi sekarang sorang pun tak nak tolong dia" kata Yaya "Dasyat juga Fang mengamuk hari ini, selamat meja tadi tue tak rosak"
"Apa korang buat dekat sini?" Muncul Fang di depan dia orang. Pelajar-pelajar di kelas 6 Jaya, berasa hairan, dengan mereka, dia mengamuk sampai nak karate meja tersebut tetapi dia dengan kawan-kawan dia, terus menjadi baik
"Errr.. kau ok ke Fang?" tanya Boboiboy
"Aku ok aje. Korang balik lah ke kelas dulu, aku ada banyak kerja nak kena buat nie, jumpa waktu rehat nanti" Fang pusing kebelakang, pelajar-pelajar lain terus sambung buat kerja. Mereka takut Fang akan mengamuk lagi. Fang perhatikan semua pelajar di dalam kelasnya, hati dia rasa senang apabila mereka semua membuat kerja tapi kenapa dia mengamuk tadi, mungkin terlalu fikirkan sangat tentang mimpi pagi tadi, sehingga membuat dia rasa tertekan. Mungkin juga, fikir Fang
Gopal, Yaya dan Ying sudah kembali ke kelas mereka, Boboiboy masih berdiri di situ lagi melihat kawannya yang sedang bersilang tangan sambil melihat pelajar-pelajar 6 Jaya mengemas kelas. Boboiboy beredar dari situ dan Fang pula pandang ke arah Boboiboy yang sedang berjalan menuju ke arah kelasnya
--------------------------------------------
Waktu rehat sudah tiba, Fang tidak rasa ingin pergi berehat bersama-sama dengan kawan-kawan dia. Dia hanya duduk di bawah pokok yang dekat dengan gelanggang bola keranjang. Hanya donut lobak merah sahaja menjadi peneman dia hari ini
"Pang" Fang berhenti makan dan menoleh ke kiri, dia nampak abang dia sedang membawa bekalan makanan untuk dia "Kenapa kau tidak berehat dengan kawan-kawan kau hari ini?"
"Saja" kata Fang dan lalu dia sambung balik makan donut lobak merah dia. Kaizo mengambil tempat duduk di sebelah adiknya dan buka penutup bekas makanan tersebut. Fang nampak abang dia telah buatkan sandwich lobak merah khas untuk dia. Kaizo memberi bekas makanan itu kepada adiknya dan Fang mengambik bekas makanan tersebut
"Tadi abang berborak sekejap dengan kawan baik kau"
"Boboiboy?" Fang berharap sangat Boboiboy tidak memberitahu apa-apa kepada abangnya, kalau tidak, memang cari nahas kawan baik dia "Abang berborak apa dengan dia?"
"Dia beritahu abang yang adik risaukan tentang sesuatu. Apa yang adik risaukan sangat sampai mengamuk dalam kelas, tak nak berehat dengan kawan-kawan"
"Macam mana abang tahu adik mengamuk dalam kelas tadi?"
"Itu kau tak perlu tahu, sekarang abang nak tahu apa yang adik risaukan sangat"
"Adik risau sebab adik takut kalau mimpi adik jadi kenyataan. Adik mimpi abang jadi jahat"
"Jahat? abang jadi jahat?" Fang mengangguk sahaja kepala "Kenapa kau fikirkan abang akan bertukar menjadi jahat?"
"Yelah, abangkan garang, tegas, ganas, gi-" terus Fang berhenti
"Gila? abang tahu, kawan kau yang badan besar tue panggil abang nie kapten gila tapi adik tidak perlu risau, itu hanyalah mainan mimpi, jangan fikirkan sangat. Habiskan makanan kau" Setelah habis donut lobak merahnya, Fang mengambil satu sandwich dan berikan kepada abangnya, dan dia mengambil satu lagi untuk dirinya. Kaizo mengambil sandwich tersebut dan lalu dia memakan sandwich itu bersama dengan adiknya
"Ceritalah dekat abang, macam mana kau boleh mengamuk dalam kelas tadi" Fang dengan senang hati, dia bercerita dengan abangnya
----------------------------------------------------------
Waktu sesi persekolah sudah tamat, Fang sedang berjalan ke pintu pagar sekolah berseorangan
"Fanggg!" muncul kawan-kawan dia di sebelah dia "Kau nak ke kedai Tok Aba tak lepas nie?" tanya Boboiboy. Fang melihat wajah kawan-kawannya yang berharap sangat dia akan pergi ke kedai Tok Aba bersama dengan mereka
"Yelah, aku pergilah kedai Tok Aba, lepak sekejap dengan korang"
"Hah! baguslah tue, boleh lah kau belanja aku hot chocolate special" kata Gopal
"Buat apa aku nak belanja kau, hutang aku dari tahun lepas, kau belum bayar lagi" terus Gopal tersengih dekat Fang "Ala, nanti aku bayar lah balik. Belanja lah aku kali ini aje, duit aku dah habis sebab semalam aku beli banyak sangat makanan dekat bandar"
"Jangan harap! selagi kau tak bayar hutang aku, selagi tue aku tak kan belanja kau"
"Cheh, kedekut rupanya kau nie"
"APA KAU CAKAP!" Terus Gopal sorok belakang Boboiboy. Yaya dan Ying tergelak sahaja melihat gelagat kawan mereka yang suka sangat cari pasal sesama sendiri "Sudahlah Fang, janganlah marah si Gopal tue, kau tahu sahaja kan perangai dia"
"Yelah, yelah. Selamat lah kau kawan aku Gopal. Kalau tak, dah lama aku mengamuk dekat sini" Mereka berempat keluar dari kawasan sekolah dan terus sahaja ke kedai Tok Aba. Semasa dalam perjalanan ke kedai Tok Aba, hati Fang rasa tidak sedap hati. Dia berhenti seketika dan pandang sekelilingnya. Dia rasa ada seseorang sedang memerhatikan dia dan kawan-kawan dia
"Kenapa Fang?" tanya Yaya
"Entahlah, aku macam rasa ada orang tengah perhatikan kita semua"
"EH?" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying perhatikan persekitaran mereka jikalau ada orang sedang mengintip mereka berlima. Yaya terbang ke atas untuk melihat dari atas dan dia ternampak Adudu dan Probe yang tidak berada jauh daripada mereka "HATI-HATI! ADUDU NAK SERANG KITA!"
"TEMBAK DIA PROBE!" Adudu mengarah Probe menembak Yaya yang sedang berterbangan di langit
"YAYA!" Yaya sedar dengan jeritan mereka, dia mengelakkan diri dari tembakan Probe "BERANI KAU! TUMBUKAN PADU!" Yaya terbang begitu cepat sekali ke arah Probe untuk menumbuk dia. Tumbukan Yaya begitu kuat sekali dan menyebabkan Probe terjatuh tergolek-golek "aduh, sakitnya" kata Probe yang sedang terbalik itu
"Kenapa korang ikut kita orang hah?!" tanya Yaya dengan nada yang tegas. Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying sudah berlari ke tempat Adudu dan Probe "Oh, aku ikut korang sebab aku nak tembak salah satu daripada korang semua. INILAH DIA TEMBAKAN SUPER JAHAT!" Adudu keluarkan pistol kecilnya dan menembak ke arah mereka semua. Fang terkaku sahaja di situ setelah dia mendengar nama pistol Adudu "Jahat?" Adakah mimpi dia menjadi kenyataan, fikir Fang
"FANG!" tembakan itu hampir terkena Fang tetapi Boboiboy sempat melindungi kawan dia "TANAH PELINDUNG!"
"KORANG INGAT KORANG BOLEH MENANG! AMBIK NIE LAGI! HAHAHA" Adudu menembak dia orang lagi
"Pelahankan masa!" Ying memperlahankan serangan Adudu "Cepat, kita kena lari dari sini" kata Ying
"Fang, cepat lari!" Boboiboy cuba sedarkan Fang dari berdiri terkaku di situ lagi "FANGGG!" Boboiboy menjerit supaya Fang cepat sedarkan diri dia tetapi dia kelihatan seperti nampak hantu. Muka dia begitu pucat sekali "Korang lari dulu! biar aku selamatkan Fang"
"Hati-hati Boboiboy, jangan terkena tembakan dia tue" kata Gopal
"lari cepat!" kata Boboiboy. Kuasa Ying tidak dapat tahan lama, tembakan Adudu bila-bila masa sahaja akan kembali kepada yang normal. Gopal, Yaya dan Ying sudah berlari jauh dari mereka. Tembakan Adudu sudah kembali menjadi normal, tembakan itu sedang menuju ke arah mereka, Fang tiba-tiba sahaja sedar apa yang berlaku, dia menunduk diri dia dan Boboiboy supaya tidak terkena tembakan itu. Tembakan itu terkena tiang elektrik di belakang mereka
"Fang? kau ok tak?" tanya Boboiboy
"Aku ok. Maafkan aku tadi"
"Cis! tak kena lagi dengan tembakan aku. AMBIK NIE LAGI!"
"TOLAKAN TENAGA!" Adudu tercampak dan Probe bertukar menjadi mega Probe untuk selamatkan Adudu daripada jatuh ke atas jalan "Terima kasih Probe" Mega Probe telah kembali kepada yang asal
"Oh, berani korang serang mereka" Kaizo datang dekat kepada Adudu dan Probe, tangan kanannya sedang bersiap sedia untuk keluarkan pedang tenaga dia "Baik korang berambus dari sini sebelum aku hapuskan korang"
"Jomlah encik bos, sebelum kita korang kena belasah dengan Kapten Kaizo" kata Probe
"Tak kan kita nak mengalah Probe, kita kan ada tembakan super jahat nie. Kita boleh sahaja tukar Kapten Kaizo tue jadi jahat" Adudu tanpa berfikir panjang menembak pistol itu ke arah Kaizo
"ABANGGG!" Fang berlari ke arah abangnya. Kaizo tidak sempat untuk mengunakkan kuasanya untuk melindungi diri dia kerana Fang sudah menolak Kaizo dan tembakan itu terkena Fang. Dia terjatuh dan tidak sedarkan diri
"FANGGGGG!" Boboiboy berlari ke arah Fang yang terbaring di atas jalan "BERANI KAU BUAT ADIK AKU MACAM TUE!" Kaizo begitu marah sekali, dia bangun dan keluarkan pedang tenaganya. Dia melibas pistol Adudu dan pistol itu musnah
"Walaupun pistol aku sudah di musnahkan tapi SAKSIKANLAH CIPTAAN AKU!" terus Adudu kena belasah dengan Kaizo. Adudu cepat-cepat lari dari situ dengan Probe, dia rasa sungguh puas hati kerana adik kepada Kaizo sudah bertukar menjadi jahat.
"Pang?" Kaizo sentuh tangan adiknya "Pang?" panggil Kaizo lagi
"Abang Kaizo, kita kena hati-hati sebab pistol yang Adudu cakapkan tadi adalah pistol super jahat. Saya takut Fang akan bertukar menja-" Tiba-tiba Boboiboy teringat tentang mimpi Fang. Mimpi buruk dia, mimpi abang dia menjadi jahat. Tangan Fang bergerak-gerak sedikit, badan dia mulai keluar bayang-bayang hitam "Fang?"
"Boboiboy, baik kau beredar dari sini. Biar aku uruskan adik aku. Aku tak nak dia berlawan dengan kau atau kawan-kawan kau yang lain. Nampaknya mimpi buruk dia adalah mimpi amaran kepada diri dia" kata Kaizo sambil melihat adiknya sudah mula pelahan-lahan bangunkan diri dia
"Tapi.. "
"Jangan tapi-tapi, pergi dari sini cepat. Jangan sampai aku terpaksa gunakan kuasa aku dekat kau!" Boboiboy terpaksa meninggalkan Kaizo dan Fang di situ. Fang sudah bangun, mata dia bukan mata merah warna asal matanya, tetapi merah menyala seperti mata terkena rasukan hantu
"Pang, abang tak nak berlawan dengan kau Pang"
"Baguslah tue, biar adik sahaja belasah abang. PENGIKAT BAYANG!" Kaizo tidak lari dari situ, dia relakan diri dia diikat. Dia tahu dia dapat kembalikan adiknya kepada yang asal tetapi kalau hanya bercakap sahaja, mungkin tidak cukup. Dia perlukan lebih daripada itu, kawan-kawan adik dia? fikir Kaizo. Tak, dia tak nak kawan-kawan adik dia terlibat sekali. Apa yang dia perlu buat sekarang? fikir Kaizo
"Apa yang abang sedang fikirkan? bagaimana untuk selamatkan adik? Abang tak perlu risaukan adik, adik memang tak perlu diselamatkan. Abang lihat sahaja bagaimana adik hapuskan semua ini. Adik akan mula dengan abang dulu" Fang tersenyum sinis kepada abangnya. Tangan dia mula keluar lingkaran bayang-bayang "HARIMAU BAYANG!"
"Pang! kau sanggup nak cederakan abang?"
"Oh.. habis tue abang dulu, abang sanggup hukum adik, abang sanggup cederakan adik sendiri, abang sanggup tengok adik terseksa tapi sekarang biar aku seksa kan kau. SERANG DIA HARIMAU BAYANG! CAKARAN HARIMAU BAYANG!" Kaizo tidak guna bergerak dia sanggup di terima cakaran harimau itu, Kaizo menutup mata dia, dia relakan diri dia, dia tidak mahu berlawan dengan adiknya dan cederakan adiknya
"TETAKAN HALILINTAR!" Boboiboy Halilintar datang dan hapuskan harimau bayang itu "FANG! BERANI KAU SERANG ABANG KAU SENDIRI!"
"KAU JANGAN MASUK CAMPUR DALAM URUSAN AKU!"
"BUKAN URUSAN AKU! INI URUSAN AKU JUGA! INI BUKAN FANG YANG AKU KENAL, KAU TERKENA TEMBAKAN ADUDU!"
"kau nie memang nak kena! SEPA-"
"GRAVITY PEMBERAT!" Yaya datang untuk membantu Boboiboy "Berani kau!" kata Fang dengan begitu marah sekali, dia cuba untuk bergerak tetapi gagal. Dia tidak akan mengalah, dia akan cuba untuk menyerang mereka, secara pelahan-lahan dia mengangkat tangannya
"Macam mana Kapten Kaizo? macam mana kita nak pulihkan Fang?" tanya Ying yang muncul di sebelah Kaizo. Gopal juga turut muncul di sebelah Kaizo "Kenapa korang semua ada dekat sini? biar aku sahaja uruskan adik aku"
"Maafkan kami abang Kaizo, Fang kawan kita orang. Walaupun apa-apa terjadi dekat dia, kita orang akan selamatkan dia" kata Boboiboy
"TOLAKAN BAYANG!" Fang menolak Yaya dengan kuasa bayangnya. Yaya tercampak dan terjatuh, siku dia terseret sedikit dan menyebabkan sedikit luka di siku dia. Fang dapat bergerak semula
"Yaya? kau ok tak?" tanya Boboiboy
"Aku ok, tapi Fang.." Yaya menunjuk ke arah Fang, seluruh tubuh dia sudah ditutupi oleh kuasa bayang-bayang dia. Nampaknya kejahatan di hati Fang sudah merebak di seluruh badan dia dan juga otak dia "HAHAHAHAAHAHAHAA!" Fang tergelak besar di situ sambil perhatikan kawan-kawan dia dan juga abang dia "SEPARA NAGA BAYANG!" Fang bergabung dengan naga bayangnya. Dia dapat terbang dan terus menyerang mereka semua dengan kuku naga bayang yang begitu tajam
"PELA-" Fang mencakar tangan Ying dan menyebabkan tangan Ying berdarah. Fang langsung tidak kisah, dia sudah tidak kisah tentang mereka semua "PANG! BAIK KAU BERHENTI SEMUA INI!" Kaizo terpaksa menggunakan kuasa dia, dia sudah tiada pilihan lain
"Berhenti? buat apa aku nak berhenti, aku baru sahaja nak berseronok dengan korang semua. TUMBUKAN BAYANG!"
"TUMBUKAN TENAGA!" Kaizo menumbuk balik tumbukan bayang itu dan tumbukan kedua-dua itu sangat kuat. Kaizo tercampak kebelakang, Fang juga tercampak tapi dia tidak menyerah kalah "TUMBUKAN PADU MAKSIMA BAYANG!" dia langsung tidak kisah tentang abangnya "TANAH PELINDUNG!" Boboiboy datang dan melindungi Kaizo dari serangan Fang
"TUMBUKAN SEPARUH TANGAN BATU!" Gopal menyerang Fang dari belakang dan menumbuk kepala Fang. Tumbukan dari Gopal itu tadi sangat kuat, Fang jatuh dan terus tidak sedarkan diri. Mereka semua berlari ke arah Fang yang sedang terbaring itu. Bayang-bayang Fang mulai hilang sedikit demi sedikit "Maaf Kapten Kaizo, saya tak sengaja" kata Gopal, dia takut kalau dia dimarahi oleh Kaizo
"Takpe, biarkan dia tidak sedarkan diri. Biar aku angkat dia" Kaizo mengangkat adiknya, dan mereka semua ikut Kaizo pulang ke rumah dia. Sampai sahaja di rumah, Kaizo meletak adiknya di atas sofa "Macam mana sekarang Kapten Kaizo? tak kan nak biarkan dia macam tue sahaja" tanya Ying
"Kita perlu panggil Adudu balik, paksa dia pulihkan Fang" kata Boboiboy
"Tak, aku tak nak si kepala kotak tue menghampiri adik aku lagi. Aku yakin, ada cara lain untuk pulihkan adik aku" Kaizo nampak mata adiknya sedang bergerak-gerak, dia pelahan-lahan membuka matanya. Fang mengangkat kepalanya yang masih lagi sakit kerana terkena tumbukan Gopal tadi "Aduh, sakitnya kepala" kata Fang
"Pang?"
"Pang? siapa Pang?" Kaizo terkejut. Akibat tumbukan tadi, Fang sudah hilang ingatan. Boboiboy, Yaya dan Ying terkejut melihat keadaan Fang yang sudah lupa ingatan. Gopal pula rasa bersalah tetapi dia terpaksa buat begitu tadi, supaya Fang berhenti menyerang mereka semua
"Alamak! Maaf Kapten Kaizo. Saya tak tahu pula tumbukan saya begitu kuat tadi" Gopal melihat kawan dia yang sedang melihat-lihat sekeliling rumah. Dia seperti kelihatan seperti kanak-kanak sesat di taman permainan. Fang membelek-belek buku-buku yang ada di atas meja "Pang, kau ingat tak apa-apa?" tanya Kaizo yang begitu risau sekali
"Siapa Pang? Nama saya Pang ke? kenapa nama tue macam nak kena lempang sahaja?" Gopal menahan gelakan dia, dia menutup mulut dia
"Wei, kau jangan gelak boleh tak. Ini benda serius" marah Ying kepada Gopal
"Habis tue, kau nak suruh aku buat apa? ketuk kepala dia lagi sampai dia ingat?"
"Janganlah bergaduh, kita kena pulihkan ingatan dia balik" kata Boboiboy yang sedang melihat kawan dia dalam keadaan keliru. Fang mengambil album gambar dan melihat-lihat gambar di dalam album tersebut "Siapa mereka ini semua?" kata Fang secara pelahan-lahan
"Tapi Boboiboy, kalau ingatan dia sudah pulih kembali.. macam mana kalau dia kembali kepada jahat balik" tanya Yaya "Aku tak pasti Yaya" Boboiboy duduk di sebelah Fang dan cuba untuk membantu Fang ingatkan balik "Fang, aku kawan baik kau"
"Fang? tapi dia panggil aku Pang, kau panggil Fang. Aku ada dua nama ke?" Fang bertambah keliru "Kau kawan baik aku?"
"Ha ah, dia kan kawan terbaik kau. Aku pun kawan baik kau juga" Gopal duduk di sebelah kanan Fang "Semua dalam album nie, semuanya kawan-kawan kau. Itu Yaya, itu Ying" kata Gopal sambil menunjukkan dua kawan perempuannya yang sedang berdiri "Yang itu pula, abang kau"
"Abang aku?"
"Yea Pang, kau adik abang. Nama kau sebenarnya Fang tapi disebabkan kau tak reti nak sebut nama sendiri, jadi abang panggil kau Pang" Fang terasa kepala dia sedikit sakit, dia pegang kepala dia yang sedang sakit itu "Kenapa Pang? apa yang kau ingat?" tanya Kaizo kepada adiknya. Fang mengendahkan sahaja dan melihat lagi gambar-gambar tersebut, kepala dia semakin sakit. Dia seperti nama gambaran yang sedang bermain-main di dalam pemikiran dia. Fang menutup album gambar tersebut kerana semakin dia melihat gambar-gambar itu, semakin sakit kepala dia "Fang? kau ok ke?"
"Aku.. aku.." dia tidak tahu apa yang dia ingin katakan
"Fang?"
"Fang"
"Fang? kau ok ke? kita orang boleh tolong kau"
"Pang?"
Mereka semua memanggil Fang, kepala dia seperti hendak meletup "Jangan, jangan ganggu aku lagi" Fang bangun dan berlari keluar dari rumah dia. Mereka semua tergaman melihat Fang lari keluar dari rumah. Boboiboy hendak mengejar dia tapi dia di halang oleh Kaizo "Kau tunggu sahaja di sini, biar aku sahaja yang mencari dia"
------------------------------------------------
Tekaan Kaizo memang tepat, Fang berada di tepi pantai. Dia duduk di sebelah Fang yang sedang menangis "Pang"
"Jangan ganggu aku" kata Fang "Aku tak tahu siapa diri aku"
Kaizo menghela nafas "Kau adik abang, seperti abang katakan tadi dekat rumah. Pang sebenarnya hilang ingatan kerana kawan baik kau tumbuk kepala kau tapi bukan salah dia atau salah kau. Cuma masa itu, kau terkena tembakan Adudu dan menyebabkan kau berubah menjadi jahat" Kaizo cuba menjelaskan segala-galanya kepada adiknya. Fang terasa sakit lagi di kepalanya
"Pang, kau tak ingat, takpe.. abang akan jaga adik dan akan menolong adik untuk pulihkan ingatan adik"
"Terima kasih"
"Adik nak duduk di sini lagi atau mahu pulang ke rumah" tanya Kaizo. Fang tersenyum sedikit "Nak duduk dekat sini, tak rasa nak balik ke rumah" Kaizo temankan adiknya duduk di situ sambil melihat permandangan laut. Fang melihat sekumpulan remaja sedang berenang-renang di lautan, dia juga nampak ada sebuah keluarga sedang duduk berkelah di tepi pantai. Dia melihat seorang ibu sedang memberikan suapan kepada anaknya. Tiba-tiba sahaja ingatan dia terfikirkan tentang ibu dia, Fang pegang kepala dia, kepala dia semakin sakit. Pemikiran dia sedang bermain-main dengannya
"Pang? kenapa?"
Fang tidak menjawap, dia hanya pegang kepala dia yang sedang sakit itu. "Ibu" bisik Fang, lalu dia pengsan di situ
-----------------------------------------------
"Eh, dia pengsan dekat tepi pantai tadi?"
Fang kini berada di dalam bilik dia, dia terbaring di atas katilnya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat Fang sedang baring dengan begitu tenang sekali. Ochobot juga berada di situ, Kaizo telah meminta Boboiboy untuk Ochobot dapat ke sini. Ochobot scan kepala Fang "Hmmm.. apa yang aku dapat, ingatan dia semakin pulih. Apa yang terjadi tadi Kapten Kaizo sebelum dia pengsan?"
"Dia hanya sebut nama ibu dia sahaja" Kaizo duduk di sebelah adiknya
"Rasanya, Fang teringatkan tentang ibu dia" kata Ochobot "Jangan risau Kapten Kaizo, ingatan dia akan pulih"
"Ibu?" Mereka terdengar suara Fang sedang memanggil nama ibunya "Ibu"
"Fang, kau dengar tak suara aku?" kata Boboiboy
"Pang, bangun Pang" Fang pelahan-lahan membuka matanya dan terus dia memeluk abangnya yang berada di sisi dia "Pang? kenapa?"
"Adik teringatkan ibu" Fang lepaskan pelukan abangnya. Ochobot scan kepala Fang lagi sekali "Ingatan dia sudah pulih" kata Ochobot
"Jadi, kau dah ingatlah kan"
"Ingat? mestilah aku ingat, kenapa? apa yang terjadi tadi, Boboiboy"
"Kawan kau tumbuk kepala kau sampai kau hilang ingatan" kata Kaizo sambil tunjukkan ke arah Gopal. Gopal tersengih di situ "Maaf Fang, jangan marah aku sebab lagipun masa tue kau tengah serang kita orang"
"Serang korang?" Fang cuba ingatkan balik "Oh, baru ingat, aku terkena tembakan Adudu tadi. Maaf kalau aku ada buat korang tercedera"
"Takpelah Fang, sedikit sahaja luka aku" kata Yaya. Luka di siku dia tidak begitu serius sekali "Yang penting sekarang ini, ingatan kau sudah pulih. Kau suka sangat buat kita orang risau"
"Ha ah, tangan aku luka sedikit sahaja" Sebenarnya Ying tak nak bagi Fang rasa bersalah, luka di tangan Ying begitu serius sekali tapi dia sempat balutkan kesan luka itu daripada Fang nampak
"Maaf semua, aku pula tak tahu akan jadi macam nie" Fang tersenyum sedikit, yang lain pula tergelak. Kaizo hanya berasa lega adiknya sudah pulih tetapi mereka semua silap. Tembakan super jahat Adudu tadi, kesan dia masih lagi ada di dalam hati Fang cuma ia belum tertidur di situ. Sedikit demi sedikit, kejahatan itu akan merebak di seluruh hati Fang
To be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top