Keceriaan Kaizo
"Sedapnya!"
"Ambiklah lagi, banyak kak Lynna bawak tue"
"Hehehe... terima kasih kak Lynna!"
Boboiboy mengambil lagi seulas durian dan lalu memakannya dengan penuh nikmat, dia dengan kawan-kawan dia yang lain turut menikmati durian yang telah di bawa oleh Lynna. Cuma Fang sahaja yang tiada di kedai Kokotiam Tok Aba. Dia terlalu taksub sangat hendak siasat pelajar baru yang bernama Bella, adakah dia seorang alien atau tidak. Boboiboy sudah menghubungi dia untuk datang ke kedai Tok Aba tetapi sampai sekarang dia belum sampai lagi
"Jangan habiskan semua, tinggalkan sedikit untuk Fang" kata Tok Aba
"Alien makan durian juga ke?" tanya Gopal
"Hmm.. entahlah Gopal, mana tahu dia tiba-tiba suka ke" Boboiboy cuba bayangkan reaksi Fang dan Kaizo pertama kali makan durian, bagaimana reaksi mereka, adakah mereka suka atau tidak atau dia orang akan lari sebab tidak tahan dengan bau durian "Susah nak dibayangkan" bisik Boboiboy
"Kak Lynna beli durian ini semua dari mana?" tanya Yaya
"Akak dapat dari kebun ayah akak lah, dia suruh akak bagikan kepada kawan-kawan akak. Akak terfikirkan korang dekat sini, jadi akak bagilah kamu semua"
"Wah! akak selalu ingatkan kami dekat sini tapi kita orang selalu lupakan tentang kak Lynna.. hehehe.. maaf kak Lynna" kata Ying. Mereka semua tidak henti-henti makan, sampai Ochobot rasa dia telah disisihkan kerana dia hanyalah robot, jadi dia tengok sahajalah
"Eh, itu pun Fang" kata Ochobot "Lambat betul kau sampai"
"Maaf semua" kata Fang. Kaizo juga ada bersama dengan dia. Mereka baru sahaja pulang dari kapal angkasa "Aku sudah selesai siasat siapa Bella tue"
"Macam mana? dia bukan alien gila yang kau asyik katakan"
"Ha ah, dia bukan alien tapi manusia biasa sahaja, Boboiboy" kata Fang dengan nada kecewa dia. Entah kenapa dia berharap sangat pelajar baru itu adalah alien, mungkin dia terlalu sangat melindungi Rizu daripada Bella seperti abang dia melindungi dia dari musuh-musuh abang dia "Apa korang tengah makan nie?"
"Kak Lynna ada bawakan durian, nak rasa?"
"Durian?" kata Fang dan Kaizo serentak. Lynna mengambil durian itu dan lalu berikan kepada Fang tetapi Fang tidak mahu kerana dia tidak tahan dengan bau durian itu, lalu Lynna berikan kepada Kaizo
"Ini ke durian?" kata Kaizo sambil mengambil durian itu di tangan Lynna. Dia membelek-belek durian itu dengan muka serius dia dan lalu dia makan, terus dia pengsan dekat situ juga. Kaizo jatuh kebelakang seperti kayu papan jatuh
"ABANGGG!"
"KAPTEN KAIZOOO!"
"Abang! kenapa abang tiba-tiba pengsan?" Fang cuba untuk bangunkan abangnya. Lynna pula mengambil balik durian itu di tangan Kaizo, dia cuba bau durian itu. Tiada bau yang aneh terdapat di durian tersebut "Abang! bangunlah!" Fang peluk badan abangnya dan mendengar dengupan jantung abangnya "Hidup lagi abang aku"
"Wei! kau ingat abang kau sudah mati kaa" marah Ying
"Entah si Fang nie, dia pengsan sahaja tue..." kata Yaya "Mungkin durian nie terlalu kuat untuk dia, sebab itu dia pengsan kot"
"Agaknya tapi kita kena angkat dia, letak dia dekat gazebo tue buat sementara" tanya Lynna. Yaya menggunakan kuasa dia untuk mengangkat Kaizo yang berat tetapi kuat dan lalu dia letakkan Kaizo di atas bangku tempat duduk gazebo
"Terima kasih Yaya" kata Fang. Dia duduk di sebelah abangnya "Hanya sebiji durian, abang aku boleh pengsan. Agaknya, kalau aku makan boleh pengsan juga ke nanti?"
"Cubalah kau makan, tengok pengsan ke tak" kata Gopal sambil memberikan seulas durian kepada Fang tetapi Fang menolak "Ala, makanlah, aku nak uji kau. Kau akan pengsan juga atau tidak"
"Kau nie Gopal, Fang kata dia tak nak, janganlah paksa dia" kata Yaya
"Yelah Yaya, aku tak kan paksa sangat si dia nie" kata Gopal dengan nada sindiran dia "Aku nak pergi sambung balik makan" Gopal terus beredar dari situ dan tinggalkan kawan-kawan dia yang lain. Dia akan habiskan kesemua durian yang ada
"Fang, kenapa kau perlu risau sangat. Abang kau cuma pengsan sahaja"
"Aku tahu Boboiboy tapi abang aku jarang pengsan. Memang susah nak pengsan kan abang aku nie" Fang melihat sahaja wajah abang dia yang begitu tenang. Berapa lama abang dia akan pengsan? fikir Fang "Korang pergilah sambung makan durian korang, biar aku temankan abang aku dekat sini"
"Takpe ke Fang?" tanya Boboiboy
"Takpe, korang tak perlu risau, biar aku sahaja yang risaukan" Fang berikan senyuman yang lemah kepada kawan-kawan dia
"Kalau kau perlukan apa-apa, panggil sahaja kita orang" kata Boboiboy. Dia, Yaya, Ying dan Lynna beredar dari gazebo. Fang duduk di situ sahaja tanpa membuat apa, kenapa dia perlu risau sangat? abang aku hanya pengsan sahaja, fikir Fang. Mungkin ini cuma perasaan seorang adik terhadap abang dia, selama ini abang dia yang selalu melindungi dia, selalu risaukan tentang diri dia, mungkin ini perasaan yang selama ini abang dia selalu risaukan, entahlah, fikir Fang
"Durian pun boleh buat abang pengsan" bisik Fang
"Abang Fang, kenapa dengan abang Kaizo?" muncul Rizu dengan beg penguin dia "Dia tengah tidur ke?" Fang hanya gelengkan kepalanya "Abang Fang nampak risau"
"Takdelah, abang mana ada risau pun" dia berbohong "Abang Kaizo cuma pengsan sahaja sebab dia makan durian tadi"
"Oh, Rizu sebenarnya tak suka sangat makan durian tapi kalau orang dah bagi, Rizu makanlah juga. Rezeki jangan ditolak" Rizu duduk disebelah Fang
"Rizu datang ke sini ada apa?"
Air muka Rizu berubah, dia rasa sedih "Sebenarnya, kakak Bella yang ajak Pizu keluar jalan-jalan tapi Pizu menolak tapi dia paksa juga. Tadi dia bawa Pizu naik keretapi pergi Kuala Lumpur, Pizu sebenarnya takut nak jalan-jalan dengan kakak Bella. Pizu tak selesa dengan kakak Bella, dia bukan macam abang Fang" Rizu keluarkan seekor anak patung beruang dari beg penguin dia dan lalu dia mencampak teddy bear itu di luar gazebo
"Kenapa Rizu buang teddy bear tue?"
"Sebab itu kakak Bella yang bagi, Pizu tak suka"
"Tapi Rizu.. kalau orang bagi pun, tak baik buang macam itu sahaja, Rizu bagilah dekat orang yang memerlukannya, seperti sedekah kepada orang lain" Rizu bangun dan ambil balik teddy bear yang dia lemparkan tadi itu
"Pizu suruh ibu sedekahkan dekat hospital teddy bear ini" Fang tersenyum sedikit. Dia melihat teddy bear yang memakai riben putih di lehernya "Bila kita nak jalan-jalan lagi abang Fang?"
"Errmm... kalau abang ada masa lapang, kita pergi jalan-jalan lagi" Mereka berdua tersenyum sesama sendiri. Fang ternampak abang dia sudah mula bergerak-gerak "Eh! abang dah sedar"
Kaizo bangun dan nampak Fang dan Rizu duduk di hadapannya. Muka dia begitu ceria dan senyuman dia belum pernah Fang nampak sebelum ini, rasa takut pula Fang melihat abangnya "PANG! RIZU! ADIK KESAYANGAN KU!" Dia terus memeluk Fang dan Rizu sekali gus "Korang mesti risaukan tentang abang kan kan kan kan" Kaizo cium kepala Fang dan Rizu berkali-kali
"Abang nie kenapa?! sudah buang tabiat ke apa?" Fang cuba untuk lepaskan pelukan dari abangnya tetapi pelukan itu terlampau kuat "Abang! lepaskan lah adik!"
"Tak nak! abang sudah lama tidak bermanja-manja dengan adik"
"Pizu perlukan udara!" menjerit Rizu yang lemas di dalam pelukan Kaizo "Abang Kaizo! lepaskanlah kita orang"
"Yelah, yelah" Kaizo lepaskan mereka berdua "Tak kan nak bermanja dengan korang pun tak boleh, merajuklah macam nie" Kaizo terus pandang tempat lain dan silang tangannya
"Errr... abang nie demam ke?" tanya Fang. Tak kan lepas abang makan durian, terus jadi perangai macam nie, fikir Fang. Ada apa dekat dalam durian itu! Fang mula cemas. Dia nak abang dia yang asal, tak naklah abang yang ceria semacam, takut dia melihatnya "Rizu, jom kita pergi sana" Fang membawa Rizu di kedai Tok Aba dan tinggalkan abang dia sorang-sorang di gazebo itu
"Kenapa dengan abang Kaizo tue?" tanya Rizu
"Tak tahulah, abang pun pelik" selepas sahaja sampai di kedai Tok Aba, Fang bertanya kepada Lynna "Kak Lynna, dekat durian abang makan tadi tue ada apa-apa kesan formula atau cecair dari Adudu ke?"
"Takde pula, akak makan elok sahaja" kata Lynna "Kenapa? ada-"
"LYNNA! KAWAN BAIK KU!" Kaizo terus peluk Lynna dari belakang
"KAIZOOOOO! LEPASKAN AKU!" Menjerit Lynna kerana terkejut dengan pelukan tadi
"Ala, aku kan kawan baik kau" terus dia lepaskan pelukan itu. Lynna rasa lega seketika "HAH! apa kata aku belanja korang semua makan ice cream, nak tak?" kata Kaizo
"Err.. wei Fang, abang kau betul ke tak betul nie" bisik Boboiboy
"Abang aku tengah tak betul, aku kena betulkan dia balik. Takut aku tengok abang aku ceria semacam, macam bukan abang aku dah"
"Habis tue, kau nak bagi dia durian lagi, bagi dia ok balik" Fang terus tersenyum lebar. Bagi dia makan durian lagi, fikir Fang. Boboiboy tidak suka melihat Fang tersenyum lebar begitu, mesti ada idea tak betul dia "Jangan cakap kau ada idea nakal kau lagi"
"Mana ada, ini idea dari kau sendiri kan kan kan kan" Fang menolak-nolak Boboiboy dengan siku dia. Dia melihat balik abang dia sedang buat apa, abang dia tengah berborak mesra dengan Lynna "Kalau kau nak tahu Lynna, aku pernah nampak kau sebelum kita bertemu di sini.. masa itu aku tengah bergaduh dengan kawan baik aku, aku terdengar satu jeritan. Aku pandang kebelakang dan nampak kau tengah lari daripada aku dan Lahap. Aku gembira dapat berjumpa dengan kau balik tahun lepas, Sebab itu aku terus berborak dengan kau masa pertama kali kita kenal dekat kedai Tok Aba..."
"Abang aku nie banyak bercerita pula" kata Fang dengan nada bosan dia. Rizu tekun sahaja mendengar cerita dari Kaizo, mata dia langsung tidak berkelip. Lynna rasa macam nak lari sebab takut tengok Kaizo dengan perangai dia yang sudah berubah. Yaya dan Ying seperti Rizu juga, mereka hanya mendengar sahaja. Gopal makan sambil mendengar cerita-cerita menarik dari Kaizo, sampai makanan tidak sempat masuk ke dalam mulut dia, ternganga besar di situ sebab seronok sangat mendengar cerita dari Kaizo
"Kak Lynna" panggil Fang
"Kenapa Fang?"
"Kak Lynna ada lagi tak durian sebab Fang nak bagi dekat abang, suruh dia makan" kata Fang "Fang tak suka tengok abang perangai macam ini, Fang lebih selesa dengan perangai abang yang garang"
"Hmm... maaf Fang, durian semua sudah habis. Kawan Fang yang makan banyak tadi" Lynna tunjuk ke arah Gopal yang dari tadi asyik makan sahaja. Perut dia tidak pernah rasa penuh ke? pelik aku, fikir Fang
"Sudah habis? sekarang macam mana nak pulihkan abang balik" Fang ketuk kepala dia dekat tiang kedai Tok Aba "AKU-SEPAK-JUGA-SI-GOPAL-NIE-" Hati dia cukup marah dengan Gopal sebab habiskan semua durian, dia tahan sahaja tangan dia daripada keluar naga-eh silap, harimau bayang dia.
"Ala, Fang ketuk ajelah Kapten Kaizo dengan periuk. Bagi dia pengsan balik, tunggu dia bangun, pas tue tengoklah dia dah ok ke belum" kata Ochobot secara tiba-tiba
"WOI! itu abang aku! kau nak aku bagi kepala abang aku jadi tak betul ke" Ochobot tergelak sedikit apabila kena marah dengan Fang
"Tapi Fang, kadang-kadang abang kau ketuk kepala kau dengan periuk boleh aje" kata Boboiboy
"ERKKK!" Patutlah aku rasa diri aku tak betul sangat, fikir Fang. Rupanya abang aku yang suka ketuk aku dengan periuk! kata Fang dihatinya "Tak guna punya abang" Fang secara senyap-senyap, dia mengambil sebuah periuk besi yang ada di dalam kedai Tok Aba itu. Dia berjalan pelahan-lahan di belakang abang dia, dia berdiri tepat di belakang abang dia dengan periuk besi dekat tangannya. Boboiboy dan Ochobot nampak apa yang Fang ingin lakukan
"Wei Ochobot, patut ke aku halang si Fang tue?" bisik Boboiboy
"Ermm.. entahlah" mereka pandang sahaja Fang yang sudah tersenyum lebar, dia mengangkat periuk besi itu dengan kedua belah tangannya, lalu dia lompat dan terus dia ketuk kepala abangnya dengan periuk besi tetapi tidak menjadi apa, cuba ada kesan benjol sahaja di kepala. Kaizo pula, masih lagi bercerita tentang misi-misi dia
"EH! TAK JADI APA-APA PUN?!" menjerit Fang dekat situ
"Apa yang kau cuba buat tue Fang" tanya Tok Aba "Bagi balik periuk atuk tue" Fang tersengih dan berikan balik periuk besi itu kepada Tok Aba
"PANG!" Fang tersenyum kerana abang dia sudah pulih
"Yea abang" Fang menoleh ke arah abang dia "Abang marah adik ke?" dia tidak sabar untuk mendengar abang dia marah
"Jom kita balik, Pang! hari ini abang masak!" kata Kaizo dengan suara ceria dia "Abang ajak Rizu tidur rumah kita sekali, bolehlah kamu berdua pergi ke sekolah bersama esok" Fang kecewa kerana rancangan Ochobot tadi tidak berjaya
"Kak Lynnaa! tolong saya betulkan abang saya balik!" Menangis Fang di depan Lynna "tolonglah saya kak Lynna" merayu-rayu Fang
"Hmm.. baiklah, esok kak Lynna bawa durian lagi dan bagi dia makan, ok?"
"Terima kasih kak Lynna! SAYANG KAK LYNNAA!" Fang mahu peluk Lynna tetapi abang dia pula muncul di hadapan Lynna. Fang terpeluk abang dia
"ERKK! abang?"
"Sampai hati adik sayangkan Lynna seorang sahaja, abang nie adik tak sayang ke? Abang tahu, abang selalu buli adik, selalu bagi adik latihan tempur, abang risau jika adik bencikan abang yang selalu garang dengan adik" Tiba-tiba sahaja Kaizo beremosi di situ "Abang ingin menjadi abang yang terbaik untuk adik ku Pang, kau lah satu-satunya adik ku"
"Ah sudah, abang Kaizo sudah tak betul" Boboiboy menepuk dahinya
"Makin teruk Kapten Kaizo nie, kalau musuh datang, mungkin Kapten Kaizo tak dapat belasah musuh itu secukup-cukupnya" kata Ying
"Ha ah, mana kita nak cari durian dekat Pulau Rintis nie"
"Jangan risau Yaya, kak Lynna kata dia akan bawa lagi. Nanti bolehlah kita pulihkan abang aku yang sudah tidak betul nie" kata Fang. Bila di fikirkan balik, kali ini abang dia pula yang jadi tak betul, bukan diri dia. Selalunya diri dia yang akan terkena macam-macam "Hehehehe..."
"Apasal kau gelak Fang?" tanya Yaya
"Takde apa" Fang tidak beritahu apa-apa kepada kawan dia "Jomlah abang, kita balik" Kaizo terus pegang tangan adiknya
"Hari ini adik ku nak makan apa?" tanya Kaizo. Fang rasa janggal pula melihat abang dia begitu baik sekali, selalunya abang dia akan paksa dia masak "Eh kejap" dia berhenti dan mengambil tangan Rizu. Sebelah kanan, Fang dan sebelah kiri pula Rizu, di tengah-tengah mereka pula ialah Kaizo
Tanpa disedari oleh Kaizo, Ochobot scan seluruh badan belakang Kaizo "Hmm.. nampaknya Kapten Kaizo ini adalah Kapten Kaizo yang bertentangan dengan Kaizo yang garang"
"Maksud kau Ochobot?" tanya Boboiboy
"Maksud aku, Kaizo yang kita lihat tadi ialah Kapten Kaizo versi tidak ganas, tak garang cuma kemungkinan Kapten Kaizo yang ini agak lemah daripada Kapten Kaizo yang kita kenal"
"Kamu semua jangan risau, akak akan pergi beli durian dengan segera. Takut juga kalau tiba-tiba ada musuh menyerang korang"
"Tapi boleh tak bagi Fang manja dengan abang dia versi tak garang tue dulu" tersengih Boboiboy
"DEY! kau apasal? tiba-tiba sahaja fikir macam tue, kan kita kena pulihkan Kapten Kaizo"
"Ala, kita penuhikanlah impian Fang untuk mempunyai seorang - ADOI!" Boboiboy pusing kebelakang dan nampak Ochobot sedang bersiul sambil pegang periuk besi "Apasal kau ketuk kepala aku!"
"Sebab kau pun dah tak betul, jadi aku ketuklah kepala kau untul betulkan kau"
"BILA MASA DIRI AKU TAK BETUL! MARI SINI KAU OCHOBOT!" Boboiboy menyerang Ochobot dan lalu mereka berdua bergusti di situ. Gopal, Yaya, Ying, Lynna dan juga Tok Aba tergelak melihat mereka berdua
---------------------------------------
"Abang sudah hubungi ibu kamu, Rizu. Dia bagi Rizu tidur dekat sini" kata Kaizo dengan nada ceria dia. Mereka kini sudah sampai di rumah, Fang masih lagi rasa janggal melihat abangnya yang begitu rajin sekali. Dia yang menyuruh Fang dan Rizu duduk di ruang tamu dan pergi menonton tv, tak kisahlah nak tengok cerita apa, asalkan jangan tengok cerita yang bukan-bukan sudah. Kaizo pula pergi sediakan makan malam, sebelum itu, dia siap berikan makanan ringan untuk Fang dan Rizu. Fang rasa bahagian pula, tiada jeritan dari abang dia, tiada kena paksa bersihkan rumah atau pergi memasak. Dia hanya duduk relax sahaja di kerusi sofa bersama dengan Rizu
"Abang Fang suka ke ada abang macam tue?" tanya Rizu secara tiba-tiba
"Suka tapi pada mulanya, rasa agak pelik tapi lama-lama rasa suka pula sebab abang Kaizo selalunya garang"
"Jadi abang nak abang Kaizo kekal macam itu?"
"Entahlah Rizu, abang pun tak pasti" Sebenarnya dia nak tetapi dia mula rindu dengan suara garang dari abangnya. Dia menoleh kebelakang dan nampak lukisan-lukisan di dinding rumah dia, dia masih teringat lagi ketika dia sudah kembali kepada yang asal
"PANG! AKU NAK KAU PERGI BERSIHKAN DINDING YANG KAU PERGI CONTENG SEMALAM!"
"tapi abang.. itukan sebab adik jadi kanak-kanak kan, janganlah marah adik" kata Fang kepada abang dia
"Habis tue, kau nak suruh abang marah siapa? marah kawan baik kau?" Fang terus tersenyum lebar
"Ha ah! marah dia sebab dia pun conteng sekali" Fang berharap sangat abang dia akan marah Boboiboy sekali tetapi tidak, dia hanya marah Fang sahaja "SUDAH! PERGI BERSIHKAN DINDING ITU!"
"Baiklah abang" Fang mengalah kepada abangnya. Dia pergi mengambil cat putih di dalam basement rumah, dan juga berus. Dia mengangkat cat putih itu naik ke atas. Fang berdiri di hadapan dinding rumah yang penuh dengan kesan conteng dari dia dan Boboiboy. Fang sentuh lukisan yang dia buat, gambar abang dia dengan pedang tenaganya. Dia rasa sedih hendak padam lukisan-lukisan tersebut. Dia terpaksa padam lukisan itu sebelum abang dia marah lagi. Fang cat balik yang ada kesan conteng dari Boboiboy, lukisan-lukisan dari dia pula, dia rasa berat hati
"Pang, kenapa kau tak cat balik lukisan itu?"
"Sebab adik rasa sedih nak padam balik lukisan adik" kata Fang dengan nada sedih dia. Dia tidak sanggup untuk lakukannya kerana bukan senang untuk melihat lukisan dia balik semasa dia masih kecil lagi. Kaizo pergi ke arah adiknya, lalu dia duduk bersila. Dia menyuruh adiknya duduk di sebelah dia
"Kalau adik tak nak padam lukisan adik, kita kekalkan sahaja sebab dulu-dulu abang suka melihat lukisan adik" Kaizo mengambil berus di tangan adiknya, dan dia letak di tepi dinding. Dia tidak kisah kalau cat berus itu terkena sedikit dekat lantai rumahnya "Lukisan abang paling suka sekali ialah ini" Kaizo tunjukkan sebuah lukisan dari adiknya, lukisan itu terdapat diri dia, Fang dan juga Lahap. Mereka bertiga berdiri di sebelah kapal angkasa Kaizo
"Dulu-dulu, ini sahaja keluarga kita yang ada, sekarang semakin lama semakin berkembang keluarga kita" Kaizo tunjuk lukisan seterusnya, dia tunjuk lukisan adiknya bersama dengan kawan-kawan dia, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot "Sekarang kita mempunyai atuk dan nenek"
"dan juga saudara-mara kita yang lain seperti Faye" kata Fang. Kaizo tersenyum sedikit
"Yea Pang, dan mereka juga" kata Kaizo "Maafkan abang kerana abang paksa kamu padam lukisan ini semua" Dia peluk adiknya seketika dan lalu mereka bercerita tentang lukisan-lukisan Fang
"Abang Kaizo memang seorang yang garang tapi garang macam mana pun dia, hati dia tetap ada kelembutan juga"
"Jadi kita kenalah pulihkan abang Kaizo kepada yang asal, betul tak abang Fang?" Fang hanya mengangguk sahaja kepala dia "Pizu selama ini tidak pernah kena marah dengan abang Kaizo"
"Itu sebab Rizu bukan adik dia yang sebenar, kalau macam abang, tiap-tiap hari kena marah, sampai sakit telinga abang. Salah sedikit sahaja, kena marah, takde buat salah pun kena marah juga. Orang tengah lena tidur pun, kena marah juga" Fang sandar di kerusi sofa itu sambil menonton cerita di television "Kalau lah Rizu berada di tempat abang, mesti tiap-tiap hari Rizu kena marah juga"
"Tapi Pizu tengok abang Fang tak kisah pun kena marah"
"Sebab dia abang kesayangan abang Fang, macam Rizu juga, adik kesayangan abang walapun Rizu bukan adik kandung abang. Abang Fang mana pernah Rizu sebab abang sayangkan Rizu juga" Fang lalu geletek Rizu dan mereka tergelak di ruang tamu sekuat-kuatnya. Kaizo yang berada di dapur rasa ceria mendengar gelak ketawa dari mereka berdua. Hati dia rasa tenang, tiada perasaan serius dia atau rasa macam nak marah adik dia. Kesemua tentang diri dia yang sebenarnya, semuanya tersimpan di dalam sebuah kotak yang berada di hatinya. Dia sudah mulai lupa siapa diri Kapten Kaizo yang sebenar. Agak kuat juga durian itu sampai Kaizo boleh lupa personality dia yang sebenar
Fang dan Rizu mengintai-intai apa yang abang mereka sedang lakukan. Mereka boleh bau masakan dari abang mereka, ada bau kari ayam lobak merah "Sedapnya bau" bisik Rizu. Kaizo terdengar suara Rizu dan lalu dia pusing kebelakang dengan pisau dekat tangan dia "Mestilah sedap! abang yang masak, kenalah sedap" senyuman dari Kaizo tidak berubah dari tadi lagi. Rizu takut pula melihat pisau yang berada di tangan Kaizo, terus dia lari ke ruang tamu dan sambung menonton television
"Abang" panggil Fang
"Adik nak apa?"
"Kalau adik nak ponteng sekolah esok boleh?" Fang sengaja menguji tahap kemarahan abang dia, adakah dia kena marah atau sebaliknya? Fang berkelip-kelip matanya dekat abangnya
"Ponteng sekolah?" Fang terdengar suara serius abang dia, adakah dia berjaya kembalikan abang dia yang sebenar, jantung dia berdegup-degup begitu kuat, dia akan terima apa sahaja lontaran kemarahan dari abang dia. Fang rasa nak senyum tapi dia menahan bibir dia daripada senyum
"PONTENG SEKOLAH?!" Kaizo mencampak pisaunya ke tepi dan lalu peluk adiknya "Kenapa adik nak ponteng sekolah? adik tidak suka dengan sekolah ke? adik selalunya rajin pergi ke sekolah, walaupun adik sakit macam mana pun, adik tetap nak pergi juga. Jangan buat abang sedih"
Abang aku beremosi pula, kata dihati Fang. Ingatkan dia nak marah aku tadi, fikir Fang "Jangan risaulah abang, adik tak ponteng sekolah pun. Adik tak nak buat abang sedih lagi, ok?" Kaizo melepaskan pelukan itu dan lalu pandang wajah adik dia. Dia selak rambut Fang sedikit
"Pang belajar pandai-pandai ok, jadilah pelajar contoh semula di sekolah adik. Abang tahu adik sudah melalui pelbagai dugaan sekarang ini tapi adik tabah dan tidak pernah nak mengalah. Abang bangga mempunyai adik yang kuat, tabah, pandai dan ada sedikit nakal" Fang kenal dengan nada suara abang dia. Itu nada abang dia yang sebenar, nampaknya ada harapan untuk pulihkan abang dia tanpa paksa abang dia makan durian. Mungkin, tapi dia kena yakin. Aku akan kembalikan abang aku yang sebenar, kata dihati Fang
"Baik abang! Fang tak kan kecewakan hati abang" Fang berikan senyuman manis kepada abang dia "Abang nak adik tolong abang ke?"
"Tak perlu, biar abang buatkan semuanya" kata Kaizo. Dia mengangkat balik pisau yang dia campak tadi dan terus sambung memotong kentang "Pang pergi main dengan Rizu, nanti sudah siap, abang panggil" Fang tinggalkan abangnya di dapur. Dia terus kembali ke sofa dan lalu duduk di sebelah Rizu yang sudah tertidur
"Abang Fang baik, kakak Bella jahat" Fang terdengar Rizu berkata-kata di dalam tidurnya "Kakak Bella cuba nak menangkan hati Pizu, dia suka sangat buruk-burukkan tentang abang Fang"
Perlu ke bangunkan Rizu? fikir Fang. Dia ingin tahu apa lagi Bella katakan diri dia dekat Rizu. Dia kena siasat tentang perkara ini tetapi dia tidak mahu kejutkan Rizu, jadi dia biarkan sahaja Rizu tidur dan dia pula, sambung menonton television. Dia menukar satu channel ke satu channel yang lain dan akhirnya dia menonton sebuah movie tentang robot gergasi iaitu movie Transformers
30 minit kemudian
"PANG! RIZU! JOM MAKAN!" Kaizo memanggil mereka dari dapur
"Rizu, bangun.. bangun... masa untuk makan malam" Fang kejutkan Rizu yang sedang lena tidur. Rizu membuka matanya secara pelahan-lahan "Jom Rizu, kita pergi makan"
"Ok" kata Rizu sambil mengosok matanya. Dia menguap sebentar dan terus ikut Fang masuk ke dapur. Fang dan Rizu melihat di atas meja makan, terdapat dua lauk sahaja iaitu kari ayam lobak merah dan kentang goreng "Abang tak reti masak sangat macam adik, tapi abang buat apa yang abang tahu sahaja" Kaizo tergelak sedikit kerana dia malu sebab tak reti masak sangat seperti adiknya "Makanlah, abang tuangkan air untuk korang"
Pertama kali Fang melihat wajah abangnya yang ceria sahaja, tiada muka serius, tiada muka masam dan tiada juga suara garang dari dia. Begini agaknya kalau abang dia tidak tegas, garang atau ganas seperti sebelum ini, rasa pelik tetapi dia juga rasa bahagia sedikit. Walaupun dia sudah rasa selesa dengan abang dia tiba-tiba sahaja berubah, dia tetap mahu abang dia yang garang kembali
"Kenapa adik tak ambil nasi lagi?" tanya Kaizo. Fang terus sedar, dia mengambil senduk nasi dan letak di atas pinggannya. Rizu melihat sahaja kelakuan Fang tadi, dia sendiri tidak tahu apa yang Fang sedang fikirkan sekarang ini
-------------------------------------
Malam itu, Rizu tidur di bilik Fang. Dia masih lagi belum tidur, dia asyik perhatikan Fang mengulangkaji mata pelajaran. Rizu duduk di atas katil Fang sambil memeluk anak patung landak, dia teringat lagi anak patung landak kepunyaan Fang masih kecil lagi. Dia sebenarnya ada membawa balik lukisan dia dan Fang dari masa silam, dia agak takut juga kalau dia ada ubahkan apa-apa sejarah tentang mereka tetapi rupanya tidak. Lukisan itu dia simpan di dalam sebuah kotak kecil dan di dalam kotak itu ada banyak kenangan dia dengan orang yang dia sangat sayang, termasuklah Fang
"Abang Fang bila nak tidur?"
"Kejap lagi" Fang terlalu tumpukan perhatian terhadap soalan latihan matematik tetapi itu bukan soalan darjah 6, itu soalan matematik tingkatan 5. Dia ingin mencabar minda dia dengan soalan matematik yang lebih susah dan lebih rumit. Rizu turun dari katil itu dan terus berdiri di sebelah Fang, dia perhatikan sahaja Fang menjawab soalan matematik. Dia sendiri tidak faham dengan jalan kerja matematik itu
"Dasyatnya abang Fang"
"Hmmm.. abang memang suka soalan-soalan yang agak rumit sebab seronok!"
"Nanti abang Fang bolehlah ajar Pizu soalan matematik yang susah juga" Fang menoleh ketepi dan dia hanya memberikan senyuman sahaja
"Rizu pergilah tidur dulu, nanti abang sudah habis jawab soalan ini, abang masuk tidur sekali" Rizu ikut sahaja arahan dari Fang. Dia naik balik ke atas katil Fang dan terus baring sambil peluk anak patung landak. Tidak sampai 5 minit, Rizu sudah tidur. Fang menguap besar tetapi dia perlu selesaikan soalan terakhir sebelum dia masuk tidur
"Kakak Bella jahat" Fang pusing kebelakang, dia terdengar lagi Rizu bercakap di dalam tidurnya "Kakak Bella suka paksa Rizu"
"Hmmm..." Fang menutup buku latihannya dan tutup lampu meja dia. Dia bangun dari kerusi dan terus ke katil dia "Rizu, kenapa Rizu kata kakak Bella jahat?" tanya Fang kepada Rizu yang sedang tidur
"Sebab Kakak Bella cuba nak rampas Pizu dari abang Fang. Dia cakap dia akan menjadi kakak yang terbaik daripada abang Fang" Fang mengenggam tangannya. Berapi-api dia apabila dia terdengar kata-kata Rizu tadi
"Tak guna punya budak baru. Takde orang lain ke nak pergi rampas" kata Fang dengan nada marah dia "Selamat kau tue perempuan, kalau tidak, sudah lama aku belasah kau" Fang tenangkan diri dia seketika itu, selepas itu dia pergi menyelimutkan Rizu dan dia juga terus masuk tidur "Selamat malam Rizu"
"Selamat malam abang Fang"
------------------------------------------
Pagi itu, Kaizo menghantar Fang dan Rizu pergi ke sekolah. Dia telah menyediakan bekalan untuk mereka berdua iaitu sandwich tuna dan keju "Abang tak pergi senaman pagi ke tadi?" tanya Fang
"Tak, abang sibuk sangat sediakan makanan untuk korang sampai lupa nak pergi senaman" kata Kaizo yang masih lagi dengan wajah ceria dia "Lepas habis sekolah nanti, kita pergi berkelah nak tak?"
"Err.. abang sudah lupa ke, adik ada latihan bola keranjang lepas habis sekolah nanti"
"Oh yea ke, abang datang tengok sahajalah nanti. Abang bawakan bekalan makanan untuk adik nanti, ok!" Selepas itu, Kaizo dan Rizu terus bernyanyi-nyanyi sepanjang perjalanan mereka ke sekolah. Nyanyian dia orang membuat Fang rasa sungguh menjengkelkan. Dia tahan sahaja kemarahan dia
"LALALALALA! KAMI SUKA MAKAN ICE CREAM!" Kaizo dan Rizu teruskan sahaja bernyanyi dengan riang ria. Fang hanya berjalan dari belakang sambil silangkan tangannya dengan muka dia yang serius. Sampai sahaja di sekolah mereka, Kaizo mula beremosi dengan adik dia
"Pang, jangan buat hal lagi dekat sekolah. Jangan sampai diri kamu kena buang sekolah pula, abang sudah merayu dekat pengetua sekolah supaya jangan buang adik ku ini yang bijak ini" Kaizo sudah mula dengan nada sedih dia "Ingat pesan abang, jangan nakal-nakal dekat sekolah. I LOVE YOU ADIK KU SAYANG!" Dia melutut di depan Fang dan terus dia peluk adiknya dan menangis di bahu adiknya. Ramai pelajar yang lalu di situ tergelak melihat Kaizo beremosi di pagi hari, ada yang gelengkan kepala mereka. Kaizo lepaskan pelukan dia dan lalu dia mengelap air matanya. Seterusnya Rizu pula menjadi mangsa Kaizo
"RIZU! jaga diri Rizu elok-elok. Kalau ada orang buli Rizu, panggil sahaja abang Fang kamu tue, tak pun panggil abang Kaizo sahaja. Biar abang yang uruskan mereka. Belajar elok-elok Rizu" Kaizo terus peluk Rizu "Jangan nakal-nakal" dia lepaskan pelukan itu dan terus beredar dengan air matanya yang tidak berhenti-henti mengalir
"TIDAKKKKKKKK!" Tiba-tiba sahaja Fang menjerit di luar pintu pagar sekolah
"Kenapa abang Fang?" tanya Rizu sambil melihat Fang menepuk-nepuk kepalanya dengan tangan "Sabar abang Fang, sabar!" Pelajar yang lalu lalang dekat situ mula rasa risau dengan sikap Fang. Adakah Fang akan menjadi gila balik? fikir mereka semua
"Maaf Rizu, abang Fang kena hubungi kak Lynna juga sebab abang Kaizo sudah kronik sangat nie"
"Tapi.. tapi.." Fang sudah berlari jauh dari Rizu "Tapi abang Fang nak temankan Pizu masuk ke kelas" kata Rizu secara pelahan-lahan
"Kakak Bella temankan Rizu masuk ke kelas nak tak?" muncul Bella dengan senyuman dia, dia mengambil tangan Rizu tetapi Rizu melepaskan tangannya dari Bella "Kenapa Rizu? akak ada buat salah dekat Rizu ke?"
"Tak nak! Pizu tak nak kawan dengan kakak Bella. Kakak Bella suka sangat buruk-buruk kan tentang abang Fang! KAKAK BELLA MEMANG SENGAJA NAK SAKITKAN HATI ABANG FANG" Rizu terus beredar dari situ dan masuk ke dalam kawasan sekolah
"Tapi Rizu.."
"ABANG BOBOIBOY! ABANG GOPAL! KAKAK YAYA! KAKAK YING!" Rizu panggil nama-nama kawan Fang. Dia hiraukan sahaja Bella yang masih lagi berdiri di luar kawasan sekolah
Fang pula sedang berlari dan menuju ke rumah dia. Jam kuasa dia memang tidak dapat menghubungi Lynna kerana dia tidak mempunyai jam kuasa seperti Fang dan Kaizo. Fang hanya perlu menelefon Lynna untuk datang ke sini dengan segera dan bawa durian sekali. Fang berhenti sekejap, kerana dia terlalu penat sangat berlari. Dia tidak sangka dia berlari begitu laju hari ini. Fang sambung balik berlari dan dia nampak abang dia berdiri di depan rumah. Dia cuma nampak belakang badan abang dia
"ABANG!" tetapi abang dia tidak menyahut panggilan dari dia. Fang datang dekat dan terkejut melihat Lynna sedang sumbat seulas durian ke dalam mulut Kaizo tetapi yang peliknya abang dia tidak pengsan pula kali ini. Mata dia terkebil-kebil melihat Lynna yang berada di hadapan dia "Abang?" panggil Fang lagi. Kaizo mengambil durian yang telah disumbat oleh Lynna tadi dan terus pandang ke arah Fang dengan muka marah dia
"Errr.. abang?"
"APA ABANG-ABANG! KENAPA KAU TIDAK PERGI KE SEKOLAH! KAU NAK KENA HUKUM DENGAN ABANG KE!" Fang secara automatik terus peluk abang dia "Apasal dengan kau nie, peluk abang pula. Kau suka yea abang marah kau" kata Kaizo dengan nada garang dia. Fang hanya peluk sahaja abang dia, dengan mata pejam dia sambil mendengar suara garang abang dia. Sungguh indahnya hidup ini, kata dihati Fang "Kau dengar ke tak apa abang cakap nie?"
Lynna hanya ketawa kecil sangat. Dia melihat gelagat comel mereka "Kaizo, dia tengah gembira tue sebab Kaizo sudah kembali pulih"
"Oh, begitu rupanya" Kaizo melepaskan dirinya dari pelukan adiknya "Kau gembira yea. MARI SINI KAU PANG! AKU SURUH KAU PERGI SEKOLAH BUKAN PERGI PELUK ABANG!" terus Fang lari untuk kembali ke sekolah
"Abang janganlah marah adik! ADIK NAK PELUK ABANG PUN TAK BOLEH KE?!" Fang berlari sambil menjerit dekat abang dia yang sedang mengejar dia
"KAU NIE MEMANG NAK KENA! KAU TUE TAK PAYAH NAK RISAUKAN TENTANG ABANG!" Kaizo mengejar adiknya dengan pedang tenaga dia. Sambil itu, mereka sempat lagi bergaduh sehinggalah Fang sampai ke sekolah. Lynna di tinggalkan sahaja di hadapan rumah mereka, dia terus pusing dan berjalan ke kedai Tok Aba untuk menikmati Hot Chocolate Special Tok Aba
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top