Kasihan Fang
Kehidupan Kaizo di bumi bukanlah perkara asing lagi kepada dia, dengan bantuan daripada adik dia juga rakan-rakan dia, dia sudah sesuaikan dirinya di bumi. Kaizo selalunya akan berada di kapal angkasanya semasa adiknya berada di sekolah. Setiap hari, itu sahajalah kerja dia, latihan tempur. Sampai Lynna pernah bertanya dengan dia sendiri, tidak bosan ke setiap hari asyik dengan latihan tempur seperti Kaizo tiada kehidupan selain daripada latihan tempur, misi dan buli adik dia. Kaizo hanya menjawab "Aku tidak pernah rasa bosan"
Hari ini lain pula ceritanya, dia cuba menahan dirinya daripada pergi berlatih latihan tempur. Dia terfikir, mungkin Lynna katakan pada hari itu, mungkin ada kebenarannya juga. Dia fikir, hari ini untuk hari berehat dia, jadi dia hanya duduk diam di atas sofa sambil bermain mata dengan kucing kesayangan adiknya, Shadow
"Aku akan kalahkan kau, Pang" Dia masih lagi memanggil Shadow, Pang. Pertandingan dia dan Shadow agak sengit, dua-dua tidak mahu berkelip mata. Mata Kaizo sudah berair tetapi dia menahan sahaja, dia ingin buktikan bahawa dirinya kuat bukan lemah. Dia tidak akan kalah dengan seekor kucing. Lynna yang baru sahaja muncul di situ, melihat sahaja Kaizo dan Shadow sedang beraksi dalam pertandingan lawan mata. Lynna hanya mengelengkan kepalanya sahaja
"Kau takde kerja ke Kaizo?" terus mata Kaizo berkelip-kelip kerana dia telah di ganggu oleh Lynna. Kaizo bangun dari sofanya dengan muka masam dia "Errr.. aku ganggu kau ke?" Lynna tersengih kepada Kaizo
"Kenapa kau ganggu aku! Aku baru sahaja nak kalahkan kucing ini"
"Sah si Kaizo nie takde kerja" bisik Lynna "Kenapa kau panggil aku hari ini?"
"Hari ini aku nak kau mengajar aku bagaimana hidup di bumi ini sebagai manusia biasa" Lynna nak sahaja ketawa di situ tetapi disebabkan kawan baik dia itu adalah Kapten Kaizo, alien paling digeruni di galaxy, jadi dia menahan sahaja. Dia hanya tersenyum kepada Kaizo
"Bukan kau sudah duduk dekat bumi lama ke? apasal kau nak tahu bagaimana kita hidup di sini"
"Jangan banyak soal boleh tak!" kata Kaizo dengan nada garang dia tetapi Lynna hiraukan sahaja suara garang Kaizo "Apa kau selalu buat waktu begini?"
"Hmmm.. aku biasanya hari biasa macam ini, aku ada kelas"
"Kelas? kau sekolah lagi ke?" Kaizo melihat Lynna dengan penuh curiga
"Umur kita sekarang ini, selalunya akan pergi mencari kerja tak pun, akan masuk ke kolej atau maksud lain university. Aku hari ini tiada kelas, jadi bolehlah aku bantu kau. Kau nak suruh aku bantu kau buat apa?"
"Bukan aku sudah cakap ke tadi, bantu aku bagaimana hendak menjadi manusia yang sempurna duduk di bumi! kau sendiri cakap kehidupan aku sungguh membosankan, asyik dengan latihan tempur aku sahaja" Lynna melihat sahaja kawan dia yang entah betul ke tak betul sekarang ini. Ada orang sumbat dia makan durian lagi ke? fikir Lynna. Tapi akhirnya dia sedar juga dengan kehidupan dia dengan latihan tempur dia, fikir Lynna lagi
"Baiklah, tapi kau kena ikut semua cakap aku! kau tidak boleh marah aku atau menghukum aku"
"Hmm.. yelah" Lynna dengan senyuman sinis dia, dia membawa Kaizo berjalan-jalan di bandar dan kedai pertama mereka masuk adalah kedai pakaian. Mengikut kata Lynna, Kaizo tiada pakaian lain ke selain daripada baju kelabu dia yang tiada lengan dia. Lynna telah mememilihkan beberapa baju dan seluar jeans untuk Kaizo dan paksa dia cuba baju dan seluar yang telah dipilih oleh Lynna
"Cuba sahajalah!" Lynna menolak Kaizo masuk ke dalam bilik salinan pakaian dan terus dia menutup pintu tersebut. Dia duduk di kerusi khas yang ada di depan tempat bilik persalinan, sambil menunggu, sambil itu dia membaca majalah yang ada di situ. Dia membelek-belek sahaja majalah itu sehingga pintu bilik persalinan di buka, Kaizo keluar dengan baju t-shirt dan jaket denim dia dan berseluarkan seluar jeans "Wow" bisik Lynna
"Ok, aku pergi tukar baju balik"
"Eh! tunggu tunggu" Kaizo berhenti, Lynna bangun dari tempat duduk dia dan pusingkan Kaizo di depan cermin "Kau nampak tak perbezaan diri kau yang dulu dengan sekarang"
"Tak" Lynna buat muka, dia bersabar sahaja dengan Kaizo, rasa macam nak pijak-pijak kaki Kaizo "Aku nak cuba baju lain pula" Kaizo terus masuk ke dalam bilik persalinan balik. Lynna pula tidak percaya Kaizo nampak begitu tampan dengan berpakaian tadi, dia betulkan balik pemikiran dia. Lynna tenangkan diri dia semula dan kembali ke tempat duduk dia
Kaizo keluar balik dari bilik persalinan dia tetapi kali ini dia sudah memakai baju asal dia balik "Jom kita pergi ke tempat lain"
"Eh, baju dan seluar tadi kau tak nak?"
"Aku tak selesa" Lynna rasa kecewa dengan sikap Kaizo tetapi dia biarkan sahaja. Secara senyap-senyap, Lynna membayar pakaian tadi, khas untuk Kaizo. Dia akan suruh Fang paksa abang dia pakai. Kaizo nampak perbuatan Lynna tadi, dia hanya senyap sahaja. Mereka berdua keluar dari kedai pakaian tersebut dan terus ke kedai kasut pula. Dalam perjalanan ke kedai kasut, Lynna bertanyakan dia satu soalan
"Kau tak nak cuba ke berkawan dengan orang-orang lelaki dekat bumi nie?" tanya Lynna "Aku selalu nampak kau tiada kawan lain selain daripada aku dan kawan-kawan adik kau"
"Aku sebenarnya susah sikit untuk mencari kawan. Kau tengok sahajalah kawan baik aku menjadi musuh ketat aku" kata Kaizo dan lalu dia berkata lagi "Aku susah untuk percayakan orang lain, dengan misi aku, dengan musuh aku yang begitu ramai. Jadi kepercayaan aku kepada orang lain, terus hilang"
"Sebab itu kau tak bagi adik kau berkawan dengan umur sebaya dia?"
Kaizo pandang ke langit biru dan teringat lagi tentang kehidupan dia dan adik dia pada suatu ketika dahulu "Yea, itu adalah salah satu sebabnya, aku juga tak naklah benda yang sama terjadi dekat diri aku. Aku tak nak adik aku ada musuh sendiri, biarkan aku sahaja yang ada musuh daripada dia"
"Kau terlalu sayangkan dia sangat, Kaizo. Tapi bila dia sudah dewasa nanti, kau terpaksa lepaskan dia nanti dan kau tidak lagi boleh melindungi dia selalu seperti sekarang. Biarkanlah dia hidup dengan kehidupan dia sendiri, tapi aku yakin dia akan datang kepada kau kerana kau adalah abang kesayangan dia"
"Aku tahu Lynna, sebab itu akan berusaha untuk melindungi dia dan melihat dia membesar dengan sempurna"
"Kau seorang abang yang baik" Lynna senyum sahaja sambil melihat orang lalu lalang di situ, pagi-pagi begini tidaklah terlalu sibuk sangat di bandar. Kebanyakkannya, ada yang sudah masuk ke pejabat masing-masing, budak-budak masih lagi berada di sekolah dan yang ada di bandar pun, hanya segelintar orang sahaja "Aku ada rasa sedikit cemburu melihat kemesraan korang berdua. Aku dengan adik beradik aku, tidaklah rapat sangat seperti dulu. Aku banyak habiskan masa dengan berlawan musuh-musuh aku, sampai kehidupan aku pun selalu diganggu oleh musuh-musuh aku sendiri"
"Setiap manusia di bumi ini mempunyai kehidupan yang berbeza-beza. Mungkin ada yang sama, mungkin ada yang tidak, mungkin nasib mereka juga tidak sama dengan kita. Tapi apa yang aku tahu, kita semua berusaha untuk terus hidup dengan dunia yang semakin mewah ini"
"Hmmm.. semenjak bila kau pandai berkata-kata nie"
"Semenjak aku berkawan dengan kau" Kaizo tergelak dengan begitu ceria. Lynna tidak pernah nampak Kaizo gelak begitu, selalunya muka dia macam muka tiada perasaan "Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku" Lynna rasa malu pula apabila Kaizo mengucapkan terima kasih kepada dia
"Sama-sama" kata Lynna dengan senyuman manis dia. Mereka berhenti di hadapan kedai kasut, Lynna yang memilih kasut-kasut yang sesuai untuk Kaizo. Dia berikan kepada Kaizo untuk mencuba kasut tersebut tetapi Kaizo membuat muka, samada kasut itu terlalu buruk untuk dia atau kasut itu bukan yang dia minat. Kaizo hanya membelek-belek sahaja kasut yang ada di situ. Lama kelamaa, Lynna mengalah dan bawa dia keluar dari kedai kasut tersebut tanpa membeli sebarang kasut
"Maaflah kalau aku bawa kau pergi shopping pula sebab aku nie perempuan. Kau tue sepatutnya keluar dengan orang lelaki"
"Tapi mana aku nak cari kawan lelaki yang sebaya dengan aku, yang kuat macam aku dan kau, yang ada kuasa, yang faham dengan misi aku dan kehidupan aku" Lynna melihat Kaizo dengan muka masam dia
"Kau nie Kaizo, macam mana nak cari ciri-ciri kawan lelaki yang kau nak tue" Apa yang dia dapat dari Kaizo, dia hanya menjeling lidah kepada Lynna "Isk! bila masa kau jadi perangai budak-budak nie. JAGA KAU KAIZO!" Kaizo terus berlari ke kedai ice cream, Lynna mengejar dia dengan perasaan geram dia
"Aik, pelik aku melihat Kapten Kaizo macam itu" Probe yang ada di situ, dia telah disuruh oleh bosnya, Adudu, untuk mencuba ciptaan dia yang terbaru. Dia menyuruh gunakan tembakan pistol terbaru darinya dan gunakan pistol itu terhadap Kaizo. Dia ingin menguji, apakah pistol terbaru dia boleh buat. Probe terbang dekat tetapi jauh sedikit dari Kaizo dan Lynna supaya mereka tidak perasan dengan kehadiran dia. Mereka sedang sibuk melihat dalam kedai ice cream di tingkap kedai tersebut. Probe secara senyap-senyap, terbang di belakang mereka dan lalu menembak ke arah mereka berdua. Selepas sahaja Probe menembak mereka, dia terus terbang ke tempat lain supaya mereka berdua tidak nampak dia
Kaizo dan Lynna terkejut dan mereka melihat diri mereka di tingkap kedai, tiada perubahan yang berlaku terhadap diri mereka cuma pemikiran dia orang sahaja menjadi budak-budak "Akulah Kapten Kaizo! Penjaga galaxy dan juga ICE CREAM!" Kaizo terus masuk ke dalam kedai tersebut dan dia terliur melihat semua ice cream yang ada di situ
"Kaizo, tunggulah aku. Aku pun nak ice cream juga" kata Lynna yang sedang melompat-lompat di tepi Kaizo "Bestnya! Lynna nak yang tue, nak tue, nak nie, nak yang tue juga, nak semualah sekali!" Pekerja kedai ice cream itu pening dengan permintaan dari Lynna. Kaizo pula tidak sabar menunggu untuk giliran dia seterusnya, lidah dia hampir nak jilat tingkap peti sejuk ice cream itu
"Cepatlah Lynna. Aku pun nak ice cream juga" Mata dia asyik pandang dengan satu ice cream yang dia nak sangat dari tadi, iaitu ice cream cookies n cream "Sedapnya" air liur dia meleleh keluar
"Sabarlah, dia tengah ambik kan ice cream aku tue" Lynna siap bertepuk tangan melihat ice creamnya begitu besar, mata Lynna bersinar-sinar dan dia tidak sabar untuk makan ice cream itu sorang-sorang. Dia mengambil ice cream itu dan terus duduk "HAHAHA! AKU AKAN HAPUSKAN KAU WAHAI ICE CREAM" Lynna memakan ice cream itu begitu laju dan tanpa berhenti. Kaizo pula, dia sudah dapat ice cream yang dia nak, dia duduk di hadapan Lynna sambil menikmati ice cream kesukaan dia
"Wahai ice cream ku, kau akan selamat berada di dalam perut ku nanti" kata Kaizo dengan suara seperti kanak-kanak dia. Suara garang dia terus hilang. Pekerja ice cream tersebut pelik melihat kelakuan mereka, dia kenal dengan perangai Kaizo macam mana tetapi ini pertama kali dia melihat Kaizo seperti kanak-kanak. Mana muka serius dia? mana suara garang yang kadang-kadang dia dengar di dalam kedai dia? apa yang sudah terjadi dengan mereka berdua, sudah gila ke mereka ini?
"Jangan dia orang bertindak liar atau ganas sudah"
----------------------------------------
"Fang, hari ini kau nak balik awal atau nak pergi lepak dengan kita orang?" tanya Boboiboy. Sesi persekolahan mereka sudah pun tamat, Boboiboy dan Fang berjalan bersama menuju ke pintu pagar sekolah. Gopal kena denda dengan cikgu bahasa english dia kerana tidak siapkan kerja sekolah dia semalam, jadi dia terpaksa duduk di bilik guru untuk siapkan kerja sekolahnya hari ini dan juga semalam. Yaya dan Ying berada di belakang mereka berdua, berjalan bersama juga
"Hari ini.. ermm.. lepak dengan korang kot. Lagipun aku takde kerja sekolah hari ini" kata Fang
"Hah! kalau macam itu, bolehlah ajar kita orang bahasa english" muncul Yaya di sebelah Fang "Aku perlukan pertolongan kau dengan kerja sekolah bahasa english, bolehlah kau ajar aku dan Ying. Boleh kan?"
"Hmm.. yelah" kata Fang "Kau pula Boboiboy? nak aku ajar kau matematik?"
"Hehehehe..." Boboiboy tersengih "Mestilah, kau kan pandai matematik, kenalah ajar aku nie yang sentiasa lemah dalam matematik"
"Berapa kali aku sudah ajar kau, masih lemah lagi" kata Fang dengan nada marah dia. Mereka sudah sampai di luar pintu pagar sekolah, tanpa disedari oleh mereka. Kaizo dan Lynna berdiri di tepi tiang lampu elektrik sambil memegang pistol air. Mereka tergelak nakal sambil melihat sasaran mereka iaitu Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying
"Ok, aku kira sampai tiga.. lepas-"
"SERANGGG!" Kaizo pergi menyerang adiknya dengan pistol air
"Aku belum kira sampai tiga lagi" Lynna merajuk dengan Kaizo. Dia bersilang tangan sambil melihat Kaizo menyerang adiknya, habis basah baju sekolah adiknya. Boboiboy, Yaya dan Ying terkena air sedikit sahaja, mereka sempat berundur kebelakang. Fang sudah mula berapi-api dengan abangnya, muka dia tidak habis-habis lagi ditembak dengan air. Mulut dia bergerak-gerak, dia sudah bersedia untuk menjerit dekat abang dia. Pelajar-pelajar lain sudah cabut lari dari situ kerana takut hendak melihat Fang mengamuk
"ABANGGGGGGGGGGG!" burung-burung yang ada dekat atas pokok pun terbang lari kerana terkejut dengan jeritan Fang. Kaizo terus tutup mulut adiknya dengan menggunakan tangan
"Syhhh! ada raksasa tengah merajuk dengan abang" Kaizo mengheret adiknya ke tepi dan tunjuk ke arah Lynna yang masih lagi merajuk dengan Kaizo "Nampak raksasa tue, muka comel tapi kuat merajuk.. hehehehe" Fang rasa pelik dengan abang dia. Dia melepaskan tangan abangnya
"Abang nie kena sumbat dengan durian lagi ke apa?" tanya Fang
"Durian? mana ada. Yang abang ingat tadi, abang makan ice cream, makan roti, makan gula-gula kapas, makan burger, makan nugget, makan french fries.. oh yeah, abang ada belikan lolipop untuk adik" Dia keluarkan lolipop besar yang berwarna warni dari poket seluarnya dan berikan kepada Fang "Heehehehe.. comel adik abang" Dia mengambil cermin mata Fang dan lalu memakainya. Pelajar-pelajar perempuan yang ada dekat situ, teruja melihat Kaizo memakai cermin mata dengan sifat nakalnya tadi dengan wajah yang sungguh kacak itu dan dengan senyuman nakal dia. Ramai yang jatuh hati dengan Kaizo. Mereka berpusu-pusu untuk menangkap gambar bersama Kaizo. Lynna datang ke arah mereka dan lalu menghalang mereka semua "Tak boleh, ini kawan Lynna. Berambus dari sini sebelum aku tembak korang" Dia mengacu pistol air kepada pelajar-pelajar perempuan. Mereka semua lari dari situ, Lynna menjeling lidah kepada mereka dan lalu tergelak. Fang yang ada di situ, dia menepuk dahninya
"Aduh! apa nak jadi dengan dia orang berdua nie"
"Kenapa kau halau dia orang! dia orangkan peminat aku" kata Kaizo yang sudah mula merajuk dengan Lynna. Dia pusing kebelakang dan tak nak tengok mula Lynna, tetapi Lynna serang dia pistol air sampai dia orang berperang dengan pistol air dekat situ. Pelajar-pelajar yang lalu lalang dekat situ, tergaman dengan kepelikan mereka berdua
"Fang, apasal dengan dia orang berdua tue?" Boboiboy berbisik kepada Fang "Tak pernah pula aku nampak kak Lynna dan abang Kaizo perangai macam budak-budak"
"Entahlah Boboiboy, kalau dia orang sudah perangai macam ini"
"Mesti kerja Adudu" kata Fang dan Boboiboy secara serentak
"Baik kau pergi ke markas kotak dan paksa dia pulihkan abang kau dan kak Lynna" muncul Yaya "Tahap kenakalan dia orang lagi dasyat daripada kau"
"Siaplah kau Adudu! tak habis-habis lagi dengan kejahatan dia itu" Baru dia nak berjalan, dia sudah diheret oleh abangnya "Abang nak bawa adik pergi ke mana!"
"Kita pergi ke taman permainan lah, abang dengan Lynna ada misi penting" Kaizo mengheret adiknya pergi bersama dengan Lynna. Mereka berdua sudah berbincang dengan misi kenakalan mereka. Boboiboy, Yaya dan Ying terpaksa pergi menolong Fang kerana takut Fang seorang diri tidak boleh mengawal Kaizo dan Lynna
---------------------------------------
"Ok Lynna, kau tunggu dekat sini. Aku tunggu dekat situ" kata Kaizo sambil tunjukkan peta yang dia telah buat tadi "Nanti orang-orang yang lalu dekat sini, kita serang dan takutkan mereka dengan hantu. Adik abang jadi hantu bayang ok"
"Apasal adik kena masuk sekali dalam misi abang nie?" Fang duduk bersila bersama dengan Lynna dan Kaizo. Dia dari tadi dengar sahaja perbincangan dia orang. Rancangan nakal dia orang
"Sebab adik abang pun nakal macam abang kan kan kan kan" Kaizo cubit kedua belah pipi Fang "Senyumlah sikit, ini muka masam sahaja dari tadi lagi" Fang masih lagi dengan muka masam dia "Tak bestlah adik nie, dah lah pipi tak tembam, tak comel, keding, lembik.." berapi-api Fang mendengar abang dia sendiri kutuk tentang diri dia. Lalu dia bangun dari situ dan terus pergi ke arah kawan-kawan yang sedang duduk di atas bangku taman permainan
"Hehehe.. GARI TENAGA!" Kaizo telah mengari adiknya. Dia dan Lynna berdiri di hadapan Fang dengan senyuman nakal dia orang "Lynna, bagi pen" Lynna keluarkan pen dakwat hitam yang mereka beli tadi dari beg plastik, dan lalu berikan kepada Kaizo
"Abang? apa abang nak buat dengan pen tue" Fang takut melihat pen itu datang dekat dengan muka dia. Kaizo pegang muka adiknya dan lalu conteng. Dia tambahkan misai kucing, tuliskan nama Fang di dahinya, buat putaran dekat kedua belah pipi Fang dan juga beberapa bintik dekat muka adiknya. Lynna hanya tergelak sahaja, dia keluarkan phone nya dan lalu tangkap gambar wajah Fang
"HEHEHEHEHE! senyumlah Pang" Fang terkejut Lynna memanggil dia Pang "Pang nie asyik muka serius sahaja" Kaizo dan Lynna tergelak dan lalu berikan high-five dekat masing-masing
Boboiboy, Yaya dan Ying rasa kasihan dengan nasib malang Fang kerana dia telah menjadi mangsa kenakalan Kaizo dan Lynna "Apa kita perlu buat?" tanya Boboiboy
"Kita pergi sahajalah dekat markas kotak, paksa Adudu pulihkan mereka berdua" kata Yaya
"Yolah, makin bertambah kasihan aku tengok si Fang tue"
"Jomlah Yaya, Ying" Boboiboy mengajak mereka berdua ke markas kotak dengan segera. Mereka terpaksa meninggal Fang yang telah pun menjadi mangsa Kaizo dan Lynna
"Pang, kenapa tak senyum dengan kak Lynna?" tanya Lynna "Pang tak suka yea kita orang buli Pang"
"Kenapa Fang jadi mangsa korang berdua!" Fang masih lagi digari oleh abangnya "Bila masa kak Lynna panggil Pang nie? ini mesti abang yang ajarkan"
"Ha ah, Kaizo kata Lynna kena panggil Pang juga sebab nama Pang tue sesuai dengan Pang, betul tak Pang?" Fang bermasam muka lagi, dia melihat abangnya ketawa bersendirian di situ "Pang nie tak seronoklah kalau asyik masam muka aje. HAH! kita pergi makan nak tak?"
"Makan?"
"Ha ah, adik masak.. tak pun kita orang masak" Kedua-dua mata Kaizo dan Lynna terus membesar bulat. Mereka telah mendapat idea nakal lagi, Fang takut pula melihat mereka berdua. Kaizo lepaskan adiknya dan pulangkan balik cermin mata adiknya "Sebelum itu, Pang kena pergi beli ice cream untuk kita orang" Kaizo tergelak lagi
"Abang nak adik pergi beli ice cream dengan muka adik yang kena conteng nie" Kaizo dan Lynna mengangguk dengan senyuman nakal dia orang. Dia terpaksa layan karenah mereka mereka berdua "Yelah" Fang beranikan diri dan jalan ke tempat pak cik jual ice cream. Ada sekumpulan remaja sedang membeli ice cream, mereka nampak muka Fang yang kena conteng itu, lalu mereka ketawa kecil. Fang hiraukan sahaja gelakan mereka
"Pak cik, ice cream vanilla bagi dua" Pak cik jual ice cream itu melihat Fang dan dia juga ketawa kecil
"Kasihan kamu, siapa buli kamu sampai muka kena conteng tue?"
"Abang saya yang tak betul tue buli saya" Fang menghela nafas. Sekumpulan remaja tadi rasa kasihan dengan Fang, jadi mereka belanja Fang ice cream "Eh, takpe ke?"
"Takpe, akak rasa kasihan tengok adik kena buli dengan abang" kata seorang kakak yang ada di situ "Kakak pun kadang-kadang kena buli juga tapi takdelah seteruk kamu"
"Terima kasih kakak" Fang dengan senang hati, terus dia beredar dari situ dengan dua ice cream di tangannya. Fang mencari abangnya dan Lynna, mereka tiada di tempat tadi. Dia melihat sekeliling taman permainan, mereka tiada di situ "Aduh, dia orang nie memang saja nak kenakan aku" Dia terpaksa habiskan kedua-dua ice cream itu sambil mencari abangnya dan Lynna
"Mana pula dia orang pergi nie" Fang berjalan di sekitar taman perumahan Pulau Rintis, dari satu jalan ke jalan yang lain dia mencari mereka. Ice cream yang dia makan olehnya sudah habis di makan "entah-entah dia orang DEKAT RUMAH!" Fang berlari laju ke rumah dia. Dia takut abang dia dan juga Lynna musnahkan rumah dia nanti. Sampai sahaja di rumah dia, Fang terus masuk ke dalam rumah dan dapati ruang tamu sudah bersepah, asap-asap hitam keluar dari dapur. Fang menjadi cemas, dia cepat-cepat masuk ke dalam dapur dan nampak ikan goreng di dalam kuali sudah hangus terbakar. Dia selamatlan dapur dia sebelum api membara dengan lebih tinggi
"Aduh, tak larat aku dah" kata Fang. Dia duduk di kerusi meja makan dapur untuk berehat sebentar, tidak kurang dari 2 minit, jam kuasa dia berbunyi. Dia mengangkat panggilan tersebut dan terpapar wajah Lahap. Muka dia pun kena conteng juga
"PANG! SELAMATKAN ABANG KAU!"
"ERKK! dia orang ada dekat kapal angkasa sekarang ini?"
"Kapten dengan Lynna tengah musnahkan kapal angkasa nie, aku akan ambil kau sekarang dan kau pergi ambik abang kau dengan Lynna" Lahap terus matikan panggilan mereka. Kaizo mengetuk-getuk kepala dia di meja makan
"Apalah nasib aku, apalah si Adudu buat sampai abang aku dan kak Lynna jadi nakal begini" Fang bangun dan terus keluar dari rumah, dia tunggu sahaja Lahap datang untuk mengambil dia di kawasan halaman rumah
"Fang!" Fang terdengar panggilan dari Boboiboy. Dia pusing kebelakang dan nampak Boboiboy bersama dengan Yaya dan Ying "Aku sudah belasah Adudu tadi. Dia cakap pistol yang Probe guna tadi tue adalah ciptaan terbaru dia tapi ianya hanya berkesan selama 24 jam sahaja bukan selama-lamanya"
"Boleh percaya ke si Adudu tue?" tanya Fang
"Aiyaa.. kalau dia tipu kita orang, kami boleh aje belasah dia lagi"
"Ha ah, betul kata Ying. Jadi kau tunggu sahajalah kesan itu hilang esok" kata Yaya "Kau duduk dekat luar rumah nie kenapa? mana abang kau dan kak Lynna?"
"Lahap hubungi aku tadi, dia cakap dia orang ada dekat kapal angkasa" Fang tunjuk jarinya ke langit sambil mengeluh "Aku tak mahu bayangkan apa dia orang buat dekat kapal angkasa tue"
"Kau nak kita orang ikut kau sekali?" tanya Boboiboy
"Terima kasih sahabat ku, aku sendiri tidak boleh mengawal dia orang berdua" Fang terus peluk Boboiboy dengan penuh emosi "Kau lah sahabat ku paling terbaik sekali"
"Ehem, kita orang nie bukan sahabat terbaik kau juga ke?" Yaya dengan bersilang tangan, kaki kanannya mengetuk-getuk tanah
"Hehehe.. korang pun kawan terbaik aku juga" tersengih Fang kepada Yaya dan Ying "Sampai pun Lahap, jom kita mulakan operasi kita"
-------------------------------------------
Setelah mereka berempat sampai di kapal angkasa, Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying tergelak melihat Lahap kerana satu badan dia telah dicat penuh dengan warna hitam dan bibir dia telah dicat kaler merah. Bukan Lahap sahaja yang kena cat, habis satu kapal angkasa penuh dengan cat. Habislah aku nanti jadi mangsa bersihkan kapal angkasa, fikir Fang
"Apa gelak-gelak! Ini semua kapten punya pasal! dia dengan kawan perempuan dia tue" marah Lahap
Fang berhenti ketawa tetapi sebenarnya dia nak ketawa besar dekat situ, disebabkan muka Lahap tengah marah, dia kembali serius "Lahap, mana abang aku?"
"Dia orang ada dekat tempat latihan tempur" Fang dan rakan-rakan dia yang terus turun ke bawah ke tempat latihan tempur. Mereka terkejut melihat lantai latihan tempur, penuh dengan cat pelbagai warna. Siap ada lukisan gambar Kaizo sekali, gambar dia sedang kenyitkan mata. Fang rasa nak muntah pula melihat gambar abang dia yang terlampau gedik itu
"HAH! itu pun dia orang!" Fang pandang ke atas dan nampak Lynna sedang terbang menuju ke arah mereka. Di tangannya terdapat sebuah pistol air dan lalu dia menembak ke arah mereka berempat. Fang ingatkan air yang keluar tetapi rupanya cat putih yang keluar. Habis muka dia menjadi putih. Boboiboy, Yaya dan Ying sempat mengelak, mereka menyorok di belakang Fang
"Apasal korang sorok belakang aku!"
"Hehehe.. maaf Fang" kata Boboiboy. Lynna datang lagi untuk menyerang mereka dengan cat pistol dia "ELAK SEMUA!" Boboiboy menjerit dan berlari ke tengah-tengah latihan tempur. Yaya terbang ke atas, Ying berlari ke tepi Boboiboy dan Fang pula berlari ke arah tepi dinding kapal angkasa. Dia mencari-cari abang dia
"Mana abang aku? tak kan kak Lynna seorang sahaja" Akhir soalan Fang terjawab juga. Kaizo muncul dengan pistol air dia, dia menembak ke arah adiknya, kali ini cat warna hitam pula yang kena badan Fang "ABANGGGGG!"
"Fang! kita kena berhentikan dia orang!" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Taufan. Dia terbang ke atas untuk berlawan dengan Lynna dengan cat pistolnya. Yaya juga ada di situ untuk menolong Boboiboy Taufan. Di bawah pula, Fang yang penuh dengan cat, dari atas sehinggalah ke hujung kaki, dia akan berlawan dengan abangnya untuk hentikan kenakalan abangnya. Ying juga turut membantu Fang
"Serang mereka!" kata Fang. Dia berlari menuju ke arah abangnya "PENGIKAT BAYANG!" tetapi Kaizo melompat dan menembat cat pistolnya lagi ke arah adiknya
"PELAHANKAN MASA!" Ying pelahankan cat itu supaya Fang dapat elakkan dirinya. Fang tunduk dan berguling dan lalu menyerang abangnya lagi "TOLAKAN BAYANG!"
"DINDING TENAGA!" Dia mengelakkan dirinya daripada kena tolakan bayang itu "GARI TENAGA!" Dia mengari adiknya lagi. Kaizo datang dekat kepada adiknya dengan cat pistol itu. Fang takut melihat senyuman abang dia, ada sedikit sadis dan ada juga sedikit nakal
"Apa abang nak buat" kata Fang yang sedang takut itu
"SERIBU TENDANGAN LAJU!" Ying serang dari belakang Kaizo
"TOLAKAN TENAGA!" Kaizo dengan pantas sekali dia menyerang Ying sebelum dia menyerang Kaizo. Ying terkena dinding kapal angkasa dan terus tidak sedarkan diri. Dia sambung balik datang dekat dengan adiknya "Ala adik, abang nak bersuka ria sahaja" Terus Kaizo menembak adiknya
"TIDAKKKKKKKKK!"
Boboiboy Taufan dan Yaya terdengar jeritan dari Fang, mereka nampak Fang telah dipenuhi dengan cat hitam. Sudah nampak seperti hantu bayang pula "Apa korang sedang tengok tue" Lynnna terbang begitu laju dan menembak mereka berdua. Cat putih tersebut terkena Boboiboy Taufan
"Alamak! habis baju aku kena cat. CAKERA UDARA!" Lynna dengan gelak ketawa, dia letupan satu per satu cakera udara tersebut. Kaizo datang menolong Lynna, mereka berdua menembak cat pistol itu ke arah Boboiboy Taufan dan Yaya. Kaizo menyerang hoverboard Boboiboy Taufan, cat itu terkena bahagian bawah hoverboard itu dan menyebabkan hoverboard tidak dapat berfungsi dengan betul. Boboiboy Taufan jatuh di atas lantai kapal angkasa. Dia sudah kembali kepada Boboiboy yang asal. Sekarang tinggal Yaya pula
"Errmm... jangan serang saya, saya sendiri tidak mahu-" Yaya terus kena tembakan cat bertubi-tubi. Badan dia penuh dengan cat hitam dan putih
"YEAHHH! KITA BERJAYA!" menjerit Kaizo dan Lynna "Kita serang mereka lagi!"
"JANGANNNN!"
-----------------------------------------
Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying sudah dihantar ke bumi semula. Masing-masing penuh dengan cat, habis baju sekolah mereka, muka, badan, kaki, tangan, semuanya penuh dengan cat. Ini gara-gara latihan tempur versi cat dari Kaizo dan Lynna dan yang paling teruk sekali ialah Fang. Dia seorang sahaja yang kena cat hitam, kawan-kawan dia semua pelbagai warna cat dia orang kena
"Aduh, macam mana kita boleh kalah dengan cat" mengeluh Boboiboy. Dia melihat dirinya yang sudah penuh dengan cat "Habislah aku kena marah dengan Tok Aba lepas nie"
"Manalah aku tahu Boboiboy" kata Fang dengan muka tidak puas hati "Aku sudah nampak macam orang minyak, TAHU TAK! geram betul aku"
"Haih, macamlah kita boleh terkena dengan latihan tempur versi cat" Yaya pula yang mengeluh "Dia orang bukannya guna kuasa sangat, kita yang lebih banyak gunakan kuasa daripada dia orang tapi boleh kalah juga"
"Aiyaa Yaya, dia orang berdua tue kan kuat. Macam mana kita mau kalahkan dia orang"
Mereka berempat duduk di tangga hadapan pintu rumah Fang sebab masing-masing tidak dapat menerima kekalahan latihan tempur tadi. Kaizo dan Lynna pula sudah turun ke bumi dan nampak mereka dengan muka sedih
"Kaizo, dia orang tengah sedihlah" bisik Lynna dengan gelakan kecil dia
"Hah! esok nak lagi latihan tempur versi cat?" kata Kaizo dengan nada ceria dia. Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying pandang satu sama lain, terus mereka semua lari kecuali Fang "KAMI TAK NAK LATIHAN TEMPUR LAGIIII!" menjerit Boboiboy, Yaya dan Ying
"Kamu pula, Pang? seronok kena cat?" tanya Kaizo. Fang hanya mengelengkan kepala
"Adik pergi mandi dulu" terus dia berlari ke dalam bilik dia "Aduh, macam mana aku nak bersihkan semua cat nie"
2 jam kemudian, Fang sudah keluar dari bilik airnya. Selepas sahaja dia jejak kaki diluar bilik airnya, terus Fang kena baling dengan telur pula "ABANGGGGGGGGGG!"
"hehehe.. alahai, kasihan adik aku" Kaizo peluk adiknya kuat-kuat "Pergi mandi balik, nanti abang buatkan makanan malam" Fang terfikir balik tentang kejadian petang tadi, dapur terbakar
"Eh, takpe takpe.. biar adik yang buatkan. Abang pergi tengok TV ke, tidur ke, tak pun pergi mandi lagi sekali ke"
"Hmm.. yelah" lalu Kaizo keluar dari bilik adiknya. Fang terpaksa pergi mandi balik
30 minit kemudian, Fang mengintai-intai di bilik tidurnya. Pastikan abangnya tiada di dalam bilik dia "Ok, abang takde" dia terus keluar dari bilik air dengan badan yang sudah bersih. Dia terus membuka almari pakaian untuk mengambil baju tidurnya, abang dia keluar dari almari tersebut dan menembak cat pistol dekat adiknya. Habis badannya terkena cat putih. Muka Fang merah, kepala dia sudah berapi-api, hati dia panas kerana dia baru sahaja selesai bersihkan dirinya
"PENGIKAT BAYANG!" dia mengikat abangnya "Abang duduk dekat situ diam-diam"
"Ala, abang baru nak main dengan adik"
Fang masuk ke dalam bilik air semula dan menghempas pintu bilik airnya dengan begitu kuat sekali. Kaizo terpaksalah duduk diam, dia tidak boleh buat apa pun kerana sudah diikat oleh adiknya
1 jam kemudian, Fang keluar dari bilik air. Badan dia sudah kembali bersih dan wangi. Dia nampak abang dia sudah tertidur dengan lena. Dia memakai baju tidurnya sebelum mengangkat abang dia menggunakan kuasa bayang dia. Dia hantar abangnya ke bilik dia dan letakkan di atas katilnya "Selamat malam abang" dia cium dahi abangnya "Fang tetap sayangkan abang walaupun hari ini banyak kali abang kenakan adik" Ketika dia turun ke bawah dan dia dapati ruang tamu sudah menjadi kelam kabut seperti ada puting beliung yang lalu di situ, habis semua barang berselerak, gambar-gambar yang ada di dalam bingkai gambar, habis dikeluarkannya dan muka-muka yang ada di dalam gambar itu, habis di conteng. Dia melihat dapur pula, habis makanan semua kena makan. Telur pun habis pecah, lantai penuh dengan sisa-sisa makanan
"Aduh" Fang menepuk dahinya "Cepatlah esok, aku sudah tidak larat lagi" dia periksa bilik lain pula, mana tahu bilik lain pun bersepah juga. Dia masuk ke dalam bilik tetamu dan nampak Lynna sedang tidur nyenyak "Aik, kak Lynna ada lagi dekat sini?" Fang masuk ke dalam bilik tersebut dan lalu menyelimutkan Lynna
"Selamat malam kak Lynna"
Selepas sahaja dia menutup pintu bilik tetamu, sudah tiba giliran dia untuk bersihkan satu rumah "Tidur lambatlah aku malam nie"
----------------------------------
"PANG! BANGUNNNNN!"
"TAK NAK! ADIK TAK NAK LATIHAN TEMPUR VERSI CAT LAGI!"
"Mengigau ke apa budak nie" dia jentik hidung adiknya dan terus Fang bangun "Bangun pun budak busuk nie"
"ABANG SUDAH OK!" Fang peluk abangnya "Adik rindu dengan abang yang garang. Adik tak pernah cakap ini dekat abang tapi adik sangat bersyukur mempunyai abang yang garang, tegas dan juga ganas. Terima kasih kerana selalu marahkan adik kalau adik buat silap atau adik tidak dengar cakap abang, terima kasih abang"
"Kau nie mengigau ke! sampai nak berterima kasih pula!" dia melepaskan pelukan adiknya itu. Dihati dia sangat terharu dengan kata-kata adiknya tetapi "KAU TAK NAK PERGI SEKOLAH KE HARI INI! BANGUN LAMBAT! TIDUR LAMBAT! APA NAK JADI DENGAN KAU!" Fang melihat jam di dinding, nak dekat pukul 7:30 pagi
"ALAMAK!" Fang bergegas ke bilik airnya untuk bersiap-siap pergi ke sekolah. Kaizo keluarkan dari bilik tidurnya dan terus ke dapur. Sebelum Lynna balik ke rumahnya, dia telah sediakan sarapan pagi untuk Fang dan Kaizo. Ada juga bekalan makanan khas untuk Fang
"ABANG! ADIK PERGI KE SEKOLAH DULU!"
"AMBIK MAKANAN NIE SEKALI! LYNNA SUDAH BUAT UNTUK KAU!" bergema satu rumah. Fang berlari balik ke dalam dapur untuk mengambil bekalan makanan dia dan terus dia pergi ke sekolah. Kaizo rasa pelik, sekejap betul adik dia mandi "Adik aku nie mandi ke tak?" Dia malas nak fikirkan sangat, terus dia menjamu selera dengan senyuman yang orang lain tidak pernah nampak. Dia tersenyum kerana kata-kata adiknya di bilik tadi
"Terima kasih adik"
---------------------------------
Kaizo telah mengheret Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying ke kapal angkasa, mereka ditugaskan untuk membersihkan kapal angkasa yang penuh dengan cat "Aik, apasal kau kena bersihkan sekali? kau bukannya ada semalam" tanya Boboiboy kepada Gopal
"Mana aku tahu, aku baru nak lari tapi Kapten Kaizo sudah heret aku ke sini" menangis dia sambil mop lantai kapal angkasa "Apa yang terjadi sebenarnya semalam?"
"Kau nak tahu ke?" muncul Fang dengan nada sindiran dia
"Mestilah nak" kata Gopal. Dia tidak sabar untuk mengetahui cerita yang sebenarnya tentang kejadian semalam. Fang tersenyum lebar dan terus memanggil abang dia
"ABANGG! GOPAL NAK KENA LATIHAN TEMPUR VERSI CAT HARI INI!"
"DEY! apa kau buat nie"
"Oh, kau nak rasa yea" muncul Kapten Kaizo dengan cat pistolnya. Gopal menelan ludah dan terus lari dari situ "TIDAKKKKKKKKKK!" Kaizo mengejar Gopal sampai ke tempat latihan tempur
"Kau nie Fang, saja nak kenakan si Gopal tue"
"Ala, aku gurau aje" Boboiboy geram sangat, terus dia mop muka Fang
"WOI! KAU NIE MEMANG NAK KENA!" Dia angkat baldi yang penuh dengan buih dan lalu dia jirus di atas Boboiboy
"FANGGGGGG!"
"Eh kejap, apasal kita pula yang kena bersihkan kapal angkasa nie, bukan si Adudu ke yang buat abang aku semalam, apasal dia tak kena pula" kata Fang sambil berfikir
"Ha ahlah, betul juga kata kau" kata Boboiboy "Apa kata kita heret dia sekali ke sini untuk menolong kita orang bersihkan kapal angkasa ini!"
"APA KAU KATA! KAU NAK SI KEPALA KOTAK TUE MASUK KE DALAM KAPAL ANGKASA NIE!" Muncul Kaizo dengan pistol cat dia lagi "Kamu berdua akan dikenakan hukuman latihan tempur selama 5 bulan, setiap hari! FAHAM!"
"TIDAKKKKKKKKKKKK!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top