Kasih Sayang
"Sayalah BATMAN!" Rizu muncul dengan costume Batman dia "Saya akan menentang segala kejahatan di Pulau Rintis ini!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying teruja melihat kecomelan Rizu yang berpakaian seperti Batman
"Wah! kita ada batman dekat sini" kata Gopal "Kalau macam tu, abang akan menjadi Robin!'
"Salah!" Rizu tendang kaki Gopal "Robin adalah abang Boboiboy. Abang Gopal jadi penguin jahat tu" Yaya dan Ying tergelak sahaja. Boboiboy pula rasa kasihan dengan Gopal sebab asyik kena buli dengan Rizu
"Ala, apasal abang kena jadi orang jahat pula" Gopal buat muka sedih dekat Rizu "Abang kesayangan kau jadi apa pula?"
"Dia jadi joker" Rizu tersenyum lebar. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjadi cemas. Baru hari itu Fang jadi tak betul macam joker, tiba-tiba pula dia nak jadi joker. Mereka berharap sangat Fang tidak menjadi joker dan putar belitkan cerita untuk kenakan mereka "Kejap lagi abang Fang sampai" kata Rizu sambil betulkan topeng batman dia
"Boboiboy, kau rasa si Fang tu jadi tak betul balik ke?" bisik Gopal
"Mana aku tahu.. entah-entah, dia main-main saja tu" bisik Boboiboy balik "Tapi risau pula aku" Boboiboy ternampak Fang sedang berjalan menuju ke kedai Tok Aba tetapi muka dia muram sahaja "Eh, apasal pula tu?"
"ABANG FANG!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang tetapi Fang tidak nampak "Abang Fang kenapa?" Rizu terus berlari kearah Fang
"Rizu, maafkan abang sebab tak pakai macam Joker" kata Fang dengan hati dia yang sedih
"Fang? kau ok ke? kenapa muka kau muram sahaja?" tanya Boboiboy. Mereka semua berdiri di sekeliling Fang "Ada sesuatu yang terjadi ke?"
"Hmmm.. abang aku tu, entah kenapa dia pergi halau aku dari rumah. Aku baru nak kemaskan rumah, dia halau aku. Dia pergi tendang aku" Mereka semua ajak Fang duduk di kedai Tok Aba untuk ceriakan hati dia
"Kasihan kau, nanti atuk buatkan air special untuk kau. Lobak Merah Milk Shake Special!" terus Fang tersenyum lebar "Hah! pandai tak atuk buat kau senyum"
"Hehehehe.. terbaik!" kata Boboiboy. Dia duduk disebelah Fang "Kau jangan sedih lah, mesti abang kau nak buat sesuatu tu. Sebab itu dia halau kau dari rumah"
"Halau apa sampai dia kejar aku dengan pedang tenaga dia tu, lepas tu dia pergi tendang aku. Terus aku tergolek-golek dekat halaman rumah. Dia langsung tak kisah pun kalau aku terluka ke apa, macam tak sayang aku langsung" Fang tidak boleh lupakan peristimewa tadi. Dia tergolek-golek seperti bola. Gopal pun terbayangkan bagaimana kawan dia golek-golek macam bola dekat halaman rumah, lalu dia ketawa sedikit. Nasib dia begitu baik kerana Fang tidak dengar gelakan dia
"Abang Fang jangan sedih ok, Pizu kan ada. Pizu sayangkan abang Fang! tapi abang Kaizo pun mesti sayangkan abang Fang juga! Abang Fang senyumlah, nanti Pizu belanja abang Fang donut lobak merah, nak tak?" terus Fang peluk Rizu kerana terharu
"Terima kasih adik ku yang comel" dia cium-cium kepala Rizu "Maaf sebab abang tak dapat nak jadi joker pada hari ini" dia buat-buat suara sedih, selepas itu terus suara ceria "tapi Rizu jangan risau. Abang akan menjadi joker bila abang ada masa nanti"
"Cheh, emosi pula si Fang ni" kata Gopal "Eh, itu bukan Lily ke? Apasal muka dia nampak marah-marah?" Semua menoleh kebelakang dan melihat Lily sedang berjalan ke arah mereka. Muka dia kelihatan agak bengang dan marah
"Apasal dengan dia? kes tak dapat cubit pipi kau ke, Boboiboy?" kata Fang
"Entahlah" Boboiboy garu-garu kepala dia sebab pelik sangat dengan Lily hari ini. Dia perhatikan sahaja Lily berjalan terus ke Fang dan lalu, dia goncang-goncangkan badan Fang
"APA KAU SUDAH BUAT DEKAT BBB AKU! APASAL DIA KENA GANTUNG SEKOLAH!" marah Lily sambil goyang-goyang kepala Fang "Jawab cepat si landak rambut cacak mambang! sebelum aku bagi kau pelempang seribu satu malam! karang aku lempang kau siap ada bunyi PANG PANG PANG PANG!"
"Dasyatnya Lily ni, takut aku" Gopal tiba-tiba pula rasa takut dengan keganasan Lily. Selalunya Lily ni cuma jadi gila sedikit sahaja apabila dia nampak Boboiboy. Hari ini nampak marah pula
"Wei, janganlah goyang-goyangkan kepala aku" Fang sudah mulai pening "Sakit otak aku, tahu tak!" Lily lepaskan Fang "Aduh, pening kepala aku"
"Kakak Lily, janganlah buat abang Fang macam tu. Bukan salah dia, tapi salah Pizu" terus Rizu rasa bersalah "Pizu yang bagi abang Fang minum air formal Adudu tu, Pizu ingat dapat pulihkan abang Fang" Tiba-tiba sahaja Lily menangis sambil peluk Rizu
"Jangan sedih Rizu! bukan salah Rizu. Rizu cuma tak tahu sahaja" Fang rasa cemburu pula melihat Rizu kena peluk dengan Lily "Rizu jangan risau, kakak Lily akan jaga kamu dan akan jauhkan diri Rizu daripada abang kamu yang suka sangat cari pasal dengan orang lain. Sudahlah dia buat kekasih hati aku gantung sekolah, selamat dua hari sahaja bukan seminggu atau setahun" Fang mula berapi-api dengan Lily, aura bayang-bayang dia mula keluar
"Baik kita larikan diri sebelum Fang mengamuk tak tentu pasal" bisik Gopal kepada kawan-kawan dia
"Nah, bagi air ni dekat Fang" Tok Aba muncul dengan Lobak Merah Milk Shake. Boboiboy ambil air itu daripada atuknya "Nanti dia tak mengamuklah bila dia dah dapat air special atuk buatkan tu"
"Terima kasih Tok Aba" Boboiboy usik-usik bahu Fang
"Kau nak apa?" tanya Fang
"Nah! Tok Aba bagi!" Mata Fang terus bertukar menjadi bersinar-sinar. Terus dia ambil air itu dari tangan Boboiboy
"TERIMA KASIH ATUK!" Fang minum air itu dengan penuh nikmat, terus hilang aura bayang-bayang dia. Gopal, Yaya dan Ying gelak sahaja melihat gelagat Fang "Wei Lily, macam mana kau tahu Boboiboy kena gantung sekolah?" tanya Fang
"Hehehe.. senang sahaja" Lily keluarkan sebungkus kerepek pisang dia "Aku bagi Rizu kerepek pisang dan dia beritahu aku informasi terkini tentang Boboiboy! Macam itulah aku dapat tahu" dia usap-usap kepala Rizu
"Hmmm.. patutlah" kata Fang dengan nada bosan dia. Mereka semua duduk di bangku kedai Tok Aba sambil gelak ketawa. Rizu duduk di pangkuan Fang sebab tak cukup tempat duduk. Yaya menoleh sedikit kebelakang dan nampak Lynna sedang berjalan dengan seorang gadis yang dia tidak pernah nampak sebelum ini. Rambut gadis itu panjang dan warna rambut dia seperti warna rambut Fang. Mata dia merah, pakaian dia ada sedikit macam Fang juga tapi warna biru dan dia memakai skirt labuh. Tangan sebelah dia ada sebuah bakul penuh dengan bunga
"Eh, kak Lynna dengan siapa tu?" tanya Yaya. Mereka semua pandang kebelakang kecuali Lily sebab dia sibuk sangat tengah kunyah kerepek pisang
"Hmm.. entahlah, kawan dia ka?" kata Ying
"Tapi.. apasal muka dia macam aku pernah nampak" kata Gopal. Fang perhatikan betul-betul gadis itu dan dia pandang ke arah Lynna pula. Muka Lynna macam agak cemas dan dia tersengih melihat mereka semua
"Kak Lynna, siapa tu?" tanya Fang
"Ini.. hehehee..." Lynna tersengih lagi "Ini sebenarnya..." Lynna tak henti-henti ketawa "Ini.. hehehe... ini sebenarnya abang awak" Mereka semua terkejut dan Lily tercekik kerepek pisang, sampai dia terbatuk-batuk
"Air.. air..." Ochobot cepat-cepat berikan air kepada Lily
"ABANG AKU?! Ke-kenapa dia jadi perempuan?" Mata Fang terkebil-kebil melihat abang dia yang sudah berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan dia asyik tersenyum sahaja. Biasanya abang dia akan muka serius sahaja tetapi kali ini lain pula. Asyik tersenyum sahaja seperti ada sesuatu yang mengembirakan terjadi terhadap diri dia "Abang ke ni? macam mana abang aku boleh jadi macam ni?"
"Abang? AKU KAKAK KAU LAH!" Terkejut Fang dengan suara abang atau kakak dia yang garang itu. Abang ke kakak, garang dia tu, mesti ada, fikir Fang. Suara Kaizo yang garang tadi, terus berubah menjadi suara ceria "Hai semua, hari ini akak ada bawakan bunga dan juga muffin untuk kawan-kawan adik aku" Lily menahan gelakan dia, dia tidak sangka dia datang pada tepat masanya. Bolehlah dia ambik gambar dengan Kaizo versi perempuan ni, fikir Lily dengan muka nakal dia
"Nak kena panggil kakak Kaizo ke ni?" tanya Yaya
"Agaknya..." kata Ying "Kak Lynna, macam mana Kapten Kaizo boleh jadi perempuan?"
"Sebenarnya hari ini akak ada latihan tempur dengan abang kamu tapi jadi begini pula... akak sepatutnya bawa air juice lobak merah untuk dia tapi akak terambik formula untuk menukarkan jantina pula. Warna air tu sama pula" Lynna melihat sahaja Kaizo berikan sekuntum bunga dan sebiji chocolate muffin kepada Rizu "Tapi jangan risau, formula itu hanya berkesan untuk 4 jam sahaja.. tak lama pun kan"
"4 jam sahaja? bolehlah tu.. selamat bukan selama-lamanya tapi mesti seronok ada seorang kakak" Fang tiba-tiba sahaja peluk Kaizo dengan muka tenang dia "Oh kakak ku, buatkanlah adik donut lobak merah"
"BUAT SENDIRI! kau ingat aku ni orang gaji kau ke! Kau kan reti buat, reti masak sendiri. Kalau nak sangat, buat sendiri!" Fang terus lepaskan pelukan dia. Muka dia masam sahaja. Kaizo terus berubah menjadi lembut balik "Rizu malam ni nak tidur rumah akak tak?" tanya Kaizo kepada Rizu yang sedang makan chocolate muffin "Sedap tak akak buat muffin tu?" Rizu angguk sambil tersenyum. Mulut dia comot sedikit
"Cheh, abang ke kakak ke.. sama sahaja" bisik Fang sambil bersilang tangan
"Kesian kau, Fang. Perangai abang kau memang kekal kot kalau dia jadi perempuan ke, haiwan ke, itik ke.. memang tidak boleh dipisahkan" kata Lily
"Hehehehe... sabar ajelah Fang" kata Boboiboy "Bolehlah kau merasa ada seorang kakak" Fang tak dengar kata-kata kawan baik dia tadi sebab dia sedang asyik menikmati air yang dibuat khas oleh Tok Aba untuk tenangkan diri dia daripada marah-marah "Dia dengar ke tak ni?"
"Dia tak dengar lah tu" kata Gopal
"Nah! kamu suka chocolate kan... kakak buatkan chocolate muffin untuk Gopal, oren muffin untuk Boboiboy, vanilla muffin untuk Ying dan strawberry muffin untuk Yaya" kata Kaizo sambil berikan mereka muffin yang pelbagai perisa "Maaf Lily, muffin perisa kerepek pisang tiada"
"Untuk adik?"
"Untuk kau? buat sendiri. Oh yeah, jangan lupa belikan lobak merah sebab dekat rumah sudah habis. Asyik aku sahaja yang kena belikan, nak harapkan kau. Sampai besok kau tak belikan" Kaizo hanya melayan sahaja kawan-kawan adiknya dengan begitu baik sekali. Fang melihat sahaja abang dia yang telah menjadi perempuan, dia perhatikan sahaja dengan tahap kesabaran dia yang tidak begitu tinggi. Hati dia berapi-api "Adik balik dulu"
"Ok, akak nak bawa dia orang pergi berjalan-jalan. Adik tak nak ikut pun takpe"
"Abang ke, kakak ke... sama sahaja. Layan adik macam adik ni tiang elektrik!" Fang terus beredar dari situ dengan bad mood dia. Dia minum sahaja air special dia itu dengan kemarahan dia. Mereka semua boleh nampak aura-aura bayang Fang sudah keluar. Rizu takut Fang berubah menjadi hantu bayang. Lily tidak kisah, janji hidup dia tidak diganggu oleh hantu bayang
"Fang" panggil Boboiboy
"Biarkan dia" kata Kaizo dengan senyuman ceria dia "Dia tu kan memang macam tu, asyik nak bad mood aje. Jom kita pergi makan dekat bandar! Akak belanja" Mereka semua ikut Kaizo ke bandar Pulau Rintis. Lily pun ikut sekali dengan kerepek pisang dia. Fang sebenarnya ekori mereka secara senyap, dia jalan sembunyi-sembunyi supaya tidak perasan oleh mereka semua. Dia cemburu pula melihat abang atau kakak dia berjalan-jalan bersama dengan Rizu sambil bernyanyi-nyanyi gembira
"Kita nak makan dekat mana kakak Kaizo?" tanya Rizu "Pizu nak cuba satu cafe ni. Dia jual pizza sahaja, desserts dia pun pizza juga.. chocolate pizza!"
"Boleh juga! Jom kita semua makan dekat sana!" Kaizo dengan senang hati, bawa mereka semua ke sana. Dia langsung tidak fikirkan tentang adiknya. Fang rasa sedikit kecewa dan hati dia terguris. Asyik dia sahaja dapat layanan buruk, fikir Fang. Dia biarkan mereka pergi, Fang hanya pergi ke laluan lain dan pergi melihat sebuah mini konsert yang ada di bandar Pulau Rintis. Dia melihat beberapa penduduk nyanyi di atas pentas. Fang terasa ingin menyanyi pula. Tiba-tiba sahaja ada orang letak tangan di atas bahunya. Fang menoleh sedikit dan nampak Lynna tersenyum kepada dia
"Kenapa kak Lynna ada dekat sini?"
"Akak sebenarnya kasihan melihat kamu. Akak perasan yang Fang mengekori kami tadi, jadi akak buat alasan sekejap untuk melihat Fang" kata Lynna. Mereka pergi duduk di sebuah bangku dan menyaksikan konsert itu bersama "Fang ok ke?"
"Entahlah kak Lynna... abang tu.. jadi perempuan ke, lelaki ke.. macam tak kisah sahaja tentang Fang. Suka sangat buli Fang, lepas tu tiada pula layanan baik dia. Semuanya asyik nak marah Fang sahaja. Silap sikit, kena marah. Takde buat silap pun, kena marah juga. Apa yang saya buat, semuanya salah! semuanya tak betul.. entah apa yang dia nak dari Fang"
"Hmmm... agaknya dia nak Fang jadi seperti dia kot? tapi Fang janganlah susah hati. Abang ke kakak ke, dia tetap sayangkan Fang. Mungkin dia cuma tak nak Fang berharap sangat dengan dia sebab dia nak Fang berdikari sendiri atau mungkin dia tidak mahulah Fang cemburu sangat. Fang jangan risau sangatlah, Fang pun sudah biasa dengan perangai dia kan" Lynna melihat Fang yang sedang asyik melihat seorang budak perempuan nyanyikan sebuah lagu untuk ibu dan ayahnya
"Fang tahu semua tu kak Lynna.. tapi perlu ke dia layan Fang macam tu di depan kawan-kawan Fang. Kalau dekat rumah takpelah, ini depan dia orang, depan Rizu. Dia layan Fang macam Fang ni anak patung pulak" Lynna nampak Fang ingin nyanyikan sesuatu dekat atas pentas itu kerana dia nampak Fang asyik perhatikan sahaja orang lain nyanyikan sesuatu kepada orang yang mereka sayang. Lynna mengambil tangan Fang dan ajak dia pergi ke tepi pentas "Kak Lynna nak saya buat apa?"
"Akak nak suruh Fang nyanyilah" terkejut Fang "Kalau Fang susah sangat nak luahkan kata-kata Fang kepada abang, baik Fang nyanyi sahaja. Cepat, pilih lagu mana yang sesuai sangat Fang nak luahkan" Fang terus mencari lagu yang sesuai apa yang dia rasa sekarang ini. Lynna pula pergi menghubungi Kaizo dan yang lain untuk datang ke sini kerana ada kejutan dari Fang
"Fang sudah pilih! Tapi selepas budak-budak ni nyanyi" mereka berdua melihat dua orang budak sedang nyanyi lagu kegemaran mereka "Rosak lagu tu" bisik Fang. Nyanyian mereka memang membuat orang lain tergelak tetapi kecomelan dua beradik itu membuat semua orang gembira keseronokan. Fang dan Lynna rasa seronok pula. Mereka menari sehingga tidak perasan Kaizo sudah berada di situ bersama dengan kawan-kawan adiknya, termasuklah Lily sekali. Kaizo pula rasa cemburu melihat adiknya menari bersama dengan Lynna
"Kakak Kaizo cemburu ke?" tanya Rizu
"Eh.. mana ada, mana ada rasa cemburu.. akak cuma.. cuma terkejut sahaja.. hehehehehe" kata Kaizo yang tidak mahu mengaku "Biarkanlah dia nak menari dengan siapa pun, asalkan dia rasa bahagia"
"Hehehehehe.. kakak Kaizo sebenarnya cemburu kan! takpe, batman Pizu akan tolong kakak Kaizo!" Rizu menyuruh Kaizo menari-nari bersama dengan dia dan menari berdekatan dengan Lynna dan Fang
"Hmmm... ini macam kes nak tengok siapa yang kuat cemburu?" kata Gopal
"Ha ah.. aku boleh nampak muka Fang berubah" kata Boboiboy sambil melihat Fang yang sudah naik cemburu melihat Rizu menari keseronokan dengan Kaizo. Lynna tergelak sahaja melihat Fang. Lily berdiri disebelah Boboiboy dan lalu dia berkelip-kelip mata dekat Boboiboy "Errr.. kenapa Lily? mata masuk habuk ke?" Boboiboy tersengih. Dia rasa macam nak larikan diri tapi rasa tak elok pula buat begitu dengan peminat dia
"Mana ada, Lily cuma nak menari dengan Boboiboy aje.. boleh kan kan kan kan"
"Errrr..." terus Boboiboy lari ke tempat lain
"ALA! JANGAN LAH LARI! MARI LAH MENARI DENGAN LILY!" Boboiboy sorok di belakang pentas buat sementara. Gopal, Yaya dan Ying hanya tergelak sahaja
"Baiklah, kita ada penyanyi dari penduduk Pulau Rintis. Dia adalah pelajar sekolah rendah dan dia ingin menyanyikan sebuah lagu untuk abang dia. Dipersilakan Fang" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Kaizo dan Rizu terkejut. Mereka semua melihat Fang naik ke atas pentas
"Itu ke kejutan yang kau katakan tadi, Lynna?" tanya Kaizo
"Ha ah, dengarlah nyanyian dia" Lynna hanya senyum sahaja. Mereka pandang ke arah Fang yang agak gelisah sedikit. Dia sedang mencari-cari mereka dan akhirnya nampak abang atau kakak dia yang sedang memerhatikan dia. Bilalah abang aku nak bertukar menjadi lelaki balik, sakit kepala aku, fikir Fang
Fang menghela nafas dan sebuah melody lagu dia dimainkan. Fang pejamkan mata dia dan terus dia nyanyi dengan penuh emosi
I'm tired of being what you want me to be
Feeling so faithless, lost under the surface
Don't know what you're expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
[Chorus:]
I've become so numb, I can't feel you there
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you
Can't you see that you're smothering me,
Holding too tightly, afraid to lose control?
'Cause everything that you thought I would be
Has fallen apart right in front of you.
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you.
(Caught in the undertow, just caught in the undertow)
And every second I waste is more than I can take.
[Chorus:]
I've become so numb, I can't feel you there,
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you.
And I know
I may end up failing too.
But I know
You were just like me with someone disappointed in you.
[Chorus:]
I've become so numb, I can't feel you there,
Become so tired, so much more aware.
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you.
[Chorus:]
I've become so numb, I can't feel you there.
(I'm tired of being what you want me to be)
I've become so numb, I can't feel you there.
(I'm tired of being what you want me to be)
Boboiboy yang ada ditepi pentas, dia menepuk tangannya dan terus orang disekeliling dia menepuk tangan juga. Fang rasa sangat terharu melihat semua orang memberikan dia tepukan gemuruh. Dia pandang ke arah abang dia dan dia rasa lega kerana abang dia sudah kembali normal, bukan lagi seorang perempuan. Kaizo juga turut menepuk tangannya dan ada sedikit senyuman di mulutnya. Fang membalas balik senyuman itu. Dia terus turun dari pentas dan pergi mencari abang dia
"FANG!" Boboiboy pegang tangan dia
"Kau nak apa? aku nak pergi dekat abang aku" kata Fang dengan nada marah dia
"Aku nak cakap nyanyi kau hebat sangat tadi. Macam kau nak luahkan kata-kata kau dekat abang kau"
"Terima kasih, Boboiboy" Fang tersenyum sedikit "Aku berharap abang aku suka dan faham apa yang aku cuba sampaikan. Kalau aku cakap dengan dia, aku takut nanti jadi pergaduhan pula. Kau tahu ajelah abang aku tu, asyik nak marah sahaja tapi ada masanya dia akan cuba buat aku gembira juga"
"Baguslah tu, itu tandanya dia sayang kau tapi aku tak payah sebut pun kau tahu jugakan" Tiba-tiba sahaja mata Boboiboy ternampak Lily sedang datang ke arah dia dengan muka ceria dia "Aku.. aku... aku lari dulu!" Fang melihat kawan baik dia lari dari situ dan baru dia faham kenapa dia lari, sebab Lily ada dekat situ dengan matanya yang bersinar-sinar
"BOBOIBOYYY! JANGANLAH LARI!" Lily kejar Boboiboy. Fang hiraukan sahaja, dia biarkan kawan baik dia kena kejar. Dia terus mencari abang dia di dalam lautan manusia ini. Ramai yang sedang berdiri begitu rapat sambil melihat persembahan di atas pentas. Dia terpaksa berhempit-hempit jalan di celah-celah orang ramai
"FANG!" dia terdengar jeritan dari Yaya dan Ying "SINI SINI!" Fang menoleh ke kiri dan nampak mereka berdua sedang melambai-lambai ke arah dia. Fang terus pergi ke arah mereka berdua. Akhirnya dia dapat juga keluar dari tempat yang penuh dengan orang
"Mana abang aku?" tanya Fang
"Abang kau pergi beli makanan sekejap. Aku lupa pula hari ini ada mini konsert dekat bandar kita" kata Yaya sambil pelawakan Fang buah tembikai yang sudah dipotong menjadi kecil tetapi Fang menolak "Hebat betul kau nyanyi tadi"
"Mestilah, aku kan pandai nyanyi" kata Fang dengan belagaknya "Tapi korang tahu kan lagu itu untuk abang aku, jadi aku kenalah nyanyi hebat-hebat supaya dia suka"
"Jangan risau maa.. abang kau mesti suka punya" kata Ying
"Harap-harap begitulah" Mereka bertiga berjalan sedikit di tempat penjualan makanan yang ada di situ. Banyak gerai-gerai makanan dan minuman kecil yang dibuka untuk pengunjung yang datang. Fang tidak rasa teliur melihat makanan tersebut, pemikiran dia hanya ingin mencari abang dia sahaja. Mereka berhenti disebuah gerai kuih kerana Ying mahu membeli untuk ibubapanya. Mata Fang mencari-cari abang dia sehinggalah dia nampak seorang budak kecil berpakaian batman sedang memegang tangan seorang lelaki
"Rizu!" panggil Fang. Rizu menoleh belakang dan nampak Fang. Muka dia terus berubah menjadi ceria. Dia menarik-narik baju Kaizo dan tunjuk ke arah Fang "ABANG!" Fang berlari ke arah abang dia
"Hmmm.. kau jerit nama abang kenapa?" tanya Kaizo
"Ala, abang ni. Adik cari abang dari tadi lagi"
"Hmm.. yelah" Kaizo berikan belon landak kepada adiknya. Fang buat muka masam dan terima sahaja belon itu "Oh yea, nyanyi kau tadi.. abang suka.. tapi abang tak paksa pun kau jadi macam abang. Kau nak jadi itik juga ke?"
"Itik? BILA MASA ADIK NAK JADI ITIK! adik kan landak!"
"Rizu jangan jadi itik dan landak, ok. Biarkan dia orang tu.. akak pun tak pasti apasal dia orang nak jadi haiwan pula" kata Lynna kepada Rizu yang berdekatan dengan Fang dan Kaizo. Rizu juga dapat sebiji belon dari Lynna, belon bentuk penguin. Lynna bawa Rizu jauh daripada adik beradik yang sedang bergaduh itu. Dia bawa ke tempat Gopal sedang membeli gula-gula kapas. Rizu pun turut beli gula-gula kapas tersebut, sambil itu, dia perhatikan sahaja Fang dan Kaizo bergaduh
"Habis tu, yang tadi kau nyanyi lagu tu apasal? kau nak sangat jadi macam abang ke?" Kaizo keluarkan gel rambut dia dan terus dia buat rambut adik dia menjadi style rambut dia sendiri "Kau nak jadi itik sangat, biar abang jadikan kau itik macam abang"
"ABANGGGGGG! JANGAN LAHHHH!" menjerit Fang di situ. Pengunjung-pengunjung yang ada di situ, terkejut dengan jeritan Fang. Mereka tergamam melihat Kaizo meletak gel rambut begitu banyak di rambut Fang
"Janganlah bergerak!" marah Kaizo. Tangan mereka bertepuk di sana sini seperti mahu bergaduh tetapi akhirnya Fang kalah juga dengan abangnya. Terus rambut dia menjadi seperti rambut abangnya, Kaizo. Fang cubit belon landak itu dan terus meletup. Dia terlampau geram sangat dengan abang dia
"Sudahlah abang! buang masa adik sahaja nyanyi lagu tu tadi! ADIK BALIK DULU!" Fang berjalan sambil menghentak-hentak kakinya. Dia selerakkan rambut style itik itu. Kaizo hanya melihat sahaja adiknya yang sedang marah itu. Dia terus pergi mencari Lynna dan yang lain-lain juga. Dia ternampak Boboiboy berada di atas pentas bersama Lily. Boboiboy hanya memberikan senyuman paksa, manakala Lily pula terasa suka. Lily telah memaksa Boboiboy untuk bernyanyi duet di situ. Tanpa membuang masa, terus lagu mereka dimainkan
Don't go breaking my heart
I couldn't if I tried
Honey if I get restless
Baby you're not that kind
Don't go breaking my heart
You take the weight off me
Honey when you knock on my door
I gave you my key
Nobody knows it
When I was down
I was your clown
Nobody knows it
Right from the start
I gave you my heart
I gave you my heart
So don't go breaking my heart
I won't go breaking your heart
Don't go breaking my heart
And nobody told us
'Cause nobody showed us
And now it's up to us babe
I think we can make it
So don't misunderstand me
You put the light in my life
You put the sparks to the flame
I've got your heart in my sights
"YEAHH! TERIMA KASIH SEMUA!" Lily meloncat-loncat kegembiraan. Dia pandang ke tepi dan dapati Boboiboy sudah cabut lari "BOBOIBOY! MANA KAU NAK LARI!" Lily terus turun dari pentas untuk mencari Boboiboy
---------------------------------------
Kaizo baru sahaja sampai di rumah dengan beg plastik yang penuh dekat tangan dia. Dia rasa bersalah dengan adik dia, lalu dia belikan macam-macam untuk tenangkan adiknya. Dia melihat rumahnya begitu bersih, ternyata adiknya telah bersihkan rumah yang bersepah pagi tadi. Dapur juga turut dibersihkan oleh adiknya "PANGG!" Panggil Kaizo "PANGGGG!" Kaizo meletakkan beg-beg plastiknya di atas meja dapur. Dia terus naik ke atas untuk melihat adiknya
"Pangg!" dia masuk ke dalam bilik Fang. Kaizo melihat adiknya sedang membuat kerja sekolah sambil mendengar lagu dengan earphone nya. Fang terus tersedar dengan abangnya muncul di bilik dia
"Abang sudah balik" Fang mencabut earphone nya
"Sudah, abang ada belikan macam-macam untuk adik. Pergilah tengok dekat dapur" Kaizo pergi ke arah adiknya dan mengambil satu kerusi yang tidak jauh dari situ. Dia duduk disebelah adiknya "Adik, abang nak minta maaf sebab buat adik rasa tertekan atau bad mood. Mungkin adik ingat abang selalu harapkan adik akan menjadi seperti abang tetapi sebenarnya, abang nak adik jadi diri adik. Abang akan tetap sayangkan adik kalau adik tak nak jadi superhero atau seorang kapten seperti abang atau" Fang mendengar sahaja kata-kata abang dia sambil membuat kerja sekolahnya "Abang sebenarnya selalu bangga dengan kemampuan dan kebolehan adik, jadi adik tidak perlu buktikan yang adik dapat menjadi seperti abang sebab abang lebih kuat daripada kau..." terus Fang memberikan renungan maut dekat abangnya "Abang pun nak bergurau juga. Kau ingat muka abang sentiasa serius dan tak reti nak bergurau ke?"
"Yelah abang, guraulah abang" Fang terus membuat kerja sekolah matematiknya "Tapi adik selalu tersinggung bila abang layan baik aje dekat kawan-kawan adik, lebih-lebih lagi Rizu tapi bila adik aje, terus layan adik macam askar"
"Abang mana ada berikan layanan baik dekat kawan-kawan kau. Abang pernah belasah dia orang, kejar dia orang.. terutama sekali si budak badan besar tu"
"Yelah abang" kata Fang dengan nada bosan dia "Bila adik jadi budak kecik ke, abang layan adik dan kawan-kawan, baik aje... siap belanja makan lagi. Kalau adik normal, kena marah dengan adik, baru abang nak sedar" dia membebel sambil selesaikan soalan matematik. Entah macam mana dia boleh membebel sambil buat kerja kira-kira sekali tanpa membuat silap, memang Kaizo sangat kagum dengan kebolehan adiknya "Abang kalau rasa serba salah dengan adik, barulah abang nak belikan macam-macam untuk adik. Macam tadi kan. Kalau adik lari, barulah abang mula cari adik. Kalau adik kena culik, baru abang nak risau. Sekarang ni, abang buat sesuka abang aje dekat adik. Macam mana adik tak marah, lepas tu kena panggil panas baran sebab asyik nak marah orang lain. Ini semua abang punya pasal"
"Banyak bunyi pula kau ni" Kaizo pegang tangan adiknya dan heret dia turun ke bawah "Abang belikan ikhlas untuk kau"
"Tapi abang tak perlulah beli macam-macam untuk adik hanya kerana abang mahu melihat adik gembira dan tersenyum selalu. Barang itu semua bukannya akan kekal selama-lamanya tapi adik tetap akan menghargai apa yang abang berikan kepada adik. Adik akan simpan dengan baik tapi bagi adik, kasih sayang abang dekat adik adalah paling mahal dan paling bernilai sekali" Muka Kaizo yang serius itu terus dia tersenyum sedikit
"Abang tahu tapi abang saja nak belikan. Adik sendiri tahu abang sentiasa sayangkan adik walaupun abang ni selalu buli adik, seksa adik, belasah adik.."
"Abang tak perlu nak ulangkan lagi" kata Fang sambil turun dari tangga bersama dengan Kaizo "Semua orang sudah cakap begitu dengan adik hari ini. Boboiboy, Lynna, Rizu, Author sendiri.. yang tukang baca ni pun.. semua orang tahu abang sayangkan adik" Mereka berdua masuk ke dalam dapur dan Fang terkejut. Begitu banyak sekali abang dia belikan, bukan sahaja makanan tapi pelbagai barang yang ada. Fang membuka satu beg plastik dan nampak sebuah t-shirt hitam dan di hadapan t-shirt itu terdapat gambar dia sendiri "Ini pun abang nak belikan untuk adik" Fang melihat abangnya yang tengah buat-buat tak dengar. Dia sedang keluarkan pau lobak merah dari satu beg plastik. Fang letak balik t-shirt itu di dalam beg plastik dia balik. Dia membuka beg plastik seterusnya dan nampak sebuah gambar lukisan. Gambar dia dengan kawan-kawan dia, berserta dengan abang dia
"Abang suruh orang tu lukiskan. Gambar tu Gopal tunjukkan dari camera dia" kata Kaizo sambil makan pau lobak merah dia
"Terima kasih abang" dia melihat beg plastik yang lain. Dia sabar sahaja apabila melihat anak patung landak abang dia belikan untuk dia. Kali ini ada dua anak patung landak dan tiba-tiba sahaja ada anak patung itik "Ini abang punya ke?" dia tunjuk anak patung itik itu
"Tak, itu adik punya" kata Kaizo sambil makan pau kacang merah pula "Abang ada belikan donut lobak merah untuk kau sekali. Habiskan semua! Ada 3 kotak donut lobak merah"
3 kotak? mampus aku kalau aku tak habiskan, fikir Fang tapi dia akan habiskan donut lobak merah tersebut "Aku akan berjuang untuk habiskan kesemua donut kegemaran aku!.. hehehehehhee" Fang terus membuka kotak putih tersebut, mata dia bersinar-sinar melihat donut lobak merah tersusun rapi di dalam kotak itu. Dia seperti tidak mahu sentuh kerana donut lobak merah itu kelihatan sungguh sempurna bagi dia. Dia hanya pandang sahaja dengan senyuman dia. Kaizo melihat adiknya yang sedang kelakuan pelik. Dia hiraukan sahaja dan terus keluar dari dapur dengan pau kacang merah dia
"Nak makan atau tak nak makan" kata Fang sambil perhatikan donut itu seperti kekasih dia "Makan ajelah, lagipun ada 3 kotak donut lobak merah" dia terus mengambil satu dan lalu makan. Nikmat dia memang tidak terhingga, Fang tersenyum sorang-sorang di dapur. Dia terasa dirinya sedang baring di awan sambil menikmati kesedapan donut lobak merah dia
"Oh donut lobak merah ku! kau lah kekasih ku yang terawal dan terakhir! tiada siapa dapat pisahkan kita"
Kaizo yang sedang menonton television di ruang tamu, dia fikir adiknya sudah gila "Bercinta dengan donut lobak merah? Apa nak jadi dengan adik aku ni, dengan makanan pun dia nak bercinta. Pikachu jangan jadi macam adik aku yang sudah tak betul tu" Kaizo membelai kepala anak kucing orennya sambil tersenyum "Walaupun adik aku memang tak betul bila jumpa donut lobak merah, dia tetap adik aku dan aku akan sayangkan dia. Betul tak Pikachu?"
meow meow meow meow
"Bagus! pandai kau jawab" Kaizo meletak anak kucing oren itu duduk di atas rambutnya, dan mereka berdua menonton television bersama. Beberapa minit kemudian, Fang menyertai mereka bersama dengan donut lobak merah dan juga kerepek pisang yang diberikan oleh Lily tadi. Shadow pun turut ada di situ juga. Fang pertama kali melihat abang dia ketawa terbahak-bahak menonton movie comedy di television. Dia rasa seronok pula melihat abang dia ketawa. Mungkin dia akan belikan dvd movie comedy dan menontonnya bersama kerana dia suka dengan gelakan abang dia
-----------------------------------
Pada malam itu, di rumah Tok Aba. Ochobot sedang membaca sebuah majalah tentang artis-artis tempatan. Tok Aba lalu dihadapan bilik cucunya "Mana Boboiboy? tak kan dia tak balik lagi" Ochobot menutup majalah tersebut "Mana dia pergi? hari sudah malam, tak reti nak balik ke budak tu"
"Hehehehe... sebenarnya, Boboiboy kena bawa lari oleh Lily. Saya sendiri pun tak tahu dia bawa Boboiboy lari ke mana"
"KENA BAWAK LARI?!" terkejut Tok Aba "Apasal kau tak pergi halang dia"
"Macam mana saya nak halang dia, atuk. Saya sendiri kena tolong atuk dekat kedai siang tadi tapi atuk jangan risau, saya sudah menghubungi Kapten Kaizo. Dia sekarang ini sedang memburu Lily untuk pergi dapatkan semula Boboiboy"
"Hmmm... nanti pesan dekat Kaizo, jangan nak belasah si Lily tu. Dia tu perempuan, kasihan pula dia nanti"
"Baik atuk!" lalu Tok Aba tinggalkan Ochobot sorang-sorang di dalam bilik Boboiboy. Dia terus sambung baca balik majalah dan tunggu sahaja Kaizo membawa pulang Boboiboy ke Pulau Rintis
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top