Ingatan, Kenangan, Rindu
People like us, we've gotta stick together
Keep your head up, nothing lasts forever
Here's to the damned, to the lost and forgotten
It's hard to get high when you're living on the bottom
Oh whoa oh oh whoa oh
We are all misfits living in a world on fire
Oh whoa oh oh whoa oh
Sing it for the people like us, the people like us
"PANG! KENAPA KAU BUAT BISING AWAL-AWAL PAGI NIE! ABANG NAK TIDUR PUN TAK BOLEH!" Lalu Kaizo menghempas pintu bilik adiknya. Fang pula tergaman melihat kemarahan abang dia yang begitu garang sekali. Fang awal-awal lagi sudah bangun, dia kelihatan begitu gembira sekali dan siap bernyanyi-nyanyi di dalam bilik sampai dia sendiri tidak sedar bahawa nyanyian dia begitu kuat sampai boleh dengar di dalam bilik abangnya. Kaizo pantang kalau orang kacau dia sedang tidur walaupun hari sudah pagi. Fang senyap-senyap kemaskan bilik dia
Dia dari tadi lagi mengemas bilik dia walaupun bilik dia tidaklah bersepah sangat seperti bilik abang dia. Berbanding dengan bilik abang dia, jauh lebih teruk daripada bilik adiknya. Fang mengangkat bingkai gambar dan buku-buku yang tersusun di atas rak-rak buku. Dia berhenti sekejap untuk melihat sekeping gambar yang terdapat di dalam bingkai gambar tersebut, Fang tersenyum melihat gambar dia dan abang dia. "Abang memang bengong tahap 300" Fang tergelak sedikit dan letak di atas lantai. Dia lap kesemua habuk yang ada di rak-rak buku tersebut. Fang memang pentingkan kebersihan, dia suka apabila rumah begitu bersih dan kemas sekali. Dia tidak suka apabila rumah begitu bersepah, tapi yang suka buat sepah adalah abang dia. Reti buat sepah tapi tak reti nak kemaskan balik
Fang mengambil sebuah kerusi yang ada di meja belajarnya dan lalu meletakkan kerusi itu di hapadan rak buku. Dia tidak sampai untuk lap di bahagian atas sekali. Fang panjat kerusi tersebut dan lalu dia lap habuk-habuk yang ada di bahagian atas rak buku
"PANG!" abang dia sudah panggil
"KEJAPPP!"
"PANGGGGGGG!" Abang dia menjerit lagi sekali dengan begitu kuat sampai bergema satu rumah "SEKEJAP LAHHH!" Fang teruskan mengelap rak buku itu, dia berhati-hati berdiri di atas kerusi itu. Dia angkat sedikit sebuah kotak besar untuk lap di bawahnya
"PANGGGGG! TURUN CEPATT!" Fang sabar sahaja dengan abang dia. Kalau satu hari tak menjerit di dalam rumah, memang tak sah
"SEKEJAP LAHHH!" Fang menjerit sehingga membuat dia hilang imbangan dia di atas kerusi. Kerusi tersebut bergoyang dan lalu Fang terjatuh, tangan dia mencapai sebuah kotak yang ada di atas rak tersebut itu, kotak tersebut terjatuh sekali berserta dengan barang-barang yang lain ada di sebelah kotak tersebut. Fang terjatuh kebelakang dan sebuah kotak berisi dengan barang-barang lama dia jatuh ke atas dia, sedikit lagi sebuah trofi hendak terkena kepala dia. Ada beberapa buah buku teks lama dia terkena di kepala Fang, dia pula terkena hentakan begitu kuat sekali di lantai biliknya. Akibatnya, Fang tidak sedar diri, dia terbaring di sebalik sepahan yang berlaku tadi
Kaizo yang berada di dapur, dia terdengar bunyi sesuatu benda yang terjatuh di atas lantai. Orang pertama yang dia fikirkan adalah adiknya sendiri "Pang!" Kaizo letakkan kuali di atas meja dan terus berlari ke bilik adiknya. Kaizo membuka pintu tersebut dan nampak adiknya terbaring di atas lantai. Kaizo cepat-cepat pergi ke adiknya dan mengangkat kepalanya.
"Pang! Pang!" Kaizo cuba untuk mengejut adiknya tetapi gagal "PANGG!" Kaizo periksa kepala adiknya jikalau ada kecederaan, tapi nasib adiknya begitu selamat. Tiada luka atau kesan darah yang ada di kepala Fang. Dia periksa jantung adiknya, masih lagi berdegup, cuma Fang tidak sedarkan diri sahaja. Kaizo mengangkat adiknya dan letak di atas katil "Pang, Pang dengar tak suara abang?" Kaizo pegang tangan adiknya yang kecil itu. Dia berdoa agar adiknya bangun
"Adik, jangan tinggalkan abang" Kaizo cium tangan adiknya "Abang pasti, adik selamat. Adik bangun tau, abang akan tunggu sampai adik bangun" Kaizo meletak tangan adiknya di atas dada dia dan lalu dia mengusap-usap rambut adiknya. Kaizo melepaskan tangan adiknya dan lalu dia menyelimutkan adiknya "Abang akan kembali" Kaizo tinggalkan adiknya sebentar untuk turun ke bawah. Dia pergi ke dapur untuk mengambil segelas air untuk tenangkan dirinya
"Ibu! IBUUU!" Kaizo terdengar jeritan adiknya. Dia meletakkan gelas tersebut di atas meja dan lalu berlari ke dalam bilik adiknya. Fang sudah sedarkan diri "Adik? Adik ok ke?" Kaizo melihat wajah adiknya yang sedang ketakutan
"Abang ke tue? kenapa abang nampak lain? Pang dekat mana? mana ibu?"
Kaizo terkejut, kenapa adik dia bahasakan diri dia Pang? kenapa tiba-tiba adik dia mencari ibu mereka? fikir Kaizo
"Pang, kenapa dengan Pang? Ibu kan sudah lama tiada"
"Ibu sudah lama tiada? Ibu pergi mana?" Fang masih tidak mengerti lagi. Dia keluar dari katil dia, dia mahu pergi mencari ibu dia "Ibu! Ibu!" Fang melihat di luar bilik dia, semuanya nampak lain. Dia berada di mana? ini rumah siapa? fikir Fang
"Pang! kenapa dengan kau? Kan abang dah kata tadi, ibu sudah lama meninggal dunia" Fang berhenti di muka pintu, muka dia begitu terkejut sekali "Ibu dah takde.. ibu sudah tinggalkan Pang"
"Yea adik, kenapa adik tiba-tiba fikirkan tentang ibu?" Kaizo mengambil tangan adiknya. Air mata Fang menitis di atas lantai, dia menangis kerana dia sudah kehilangan ibu dia. Bila ibu dia sudah tiada? bagaimana dengan ayah? fikir Fang lagi
"Abang, adik dekat mana sekarang? kenapa abang nampak begitu lain sekali? Abang nampak begitu dewasa sekali. Kenapa ibu tinggalkan kita orang, adik nak ibu" Kaizo pusingkan adiknya dan peluk adik dia "Ibu sudah tiada lagi Pang. Pang jangan risau, abang sentiasa ada dengan adik. Adik sekarang berada di rumah kita, kenapa? apa yang kali terakhir adik ingat?"
"Pang ingat, Pang panjat atas kerusi sebab adik lapar. Abang masa tue sibuk, ibu pun sibuk, sama juga dengan ayah. Pang tak nak kacau sesiapa, jadi Pang pergi ambik tin biskut yang ada dekat dalam kabinet dapur, lepas tue adik jatuh. Itu sahaja adik ingat buat kali terakhir" Kaizo teringat tentang itu. Pada masa itu, Fang terjatuh dan lalu dia lupa ingatan selama satu hari tapi kenapa sekarang ini dia ingat itu kali terakhir yang dia ingat. Kaizo terdengar tangisan adiknya, dia masih lagi tidak dapat menerima yang dia sudah kehilangan ibu dia. Kaizo mengusap-gusap belakang kepala Fang supaya jangan menangis lagi
"Adik, itu perkara lama, sekarang adik sudah darjah 6, tahun nie adik akan 12 tahun"
"12 tahun?" Fang melepaskan pelukan abang dia "Adik dah besar?" Fang melihat tangannya dan selepas itu dia pandang ke arah sebuah cermin besar dan nampak dirinya sudah besar, bukan lagi kanak-kanak kecil berumur 4 tahun "Kenapa adik?"
"Pang dah besar? ini bukan mimpi ke abang?"
"Bukan adik. Adik terjatuh tadi" Fang nampak di atas lantai, penuh dengan barang-barang berselerak "Jangan risau adik, abang pasti, ingatan adik akan pulih" Kaizo peluk adiknya. Dia perlu menjaga adik dia pada hari ini, dia juga perlu fikirkan bagaimana untuk pulihkan ingatan adik dia balik. Jatuhkan dia di tempat yang tinggi? ketuk kepala dia dengan kuali besar? Kaizo tidak akan begitu, dia tidak mahu adik dia tercedera
"Pang nak makan?"
"NAK! Pang lapar" Kaizo tersenyum dan lepaskan pelukan itu. Dia pegang tangan adiknya dan mereka berdua turun ke bawah bersama dan masuk ke dalam dapur. Fang duduk di kerusi meja makan sambil melihat abang dia sedang keluarkan sesuatu di dalam peti sejuk "Adik nak makan sandwich telur ke?" Kaizo mengeluarkan dua biji telur dari peti sejuk
"Tak nak, adik nak makan waffle. Ibu selalu buat waktu pagi, lepas tue ibu selalu letak chocolate syrup. Kalau adik tak nakal, ibu letak ice cream sekali" kata Fang yang masih lagi teringatkan tentang ibu dia tetapi wajah dia berubah kepada sedih. Dia tidak dapat menerima bahawa ibu dia sudah tiada "Abang, ayah pun sudah tiada sekali ke?" Kaizo menghela nafas
"Yea Pang, ayah pun sudah tiada" Kaizo senyap sahaja selepas itu, dia tidak mahu melihat adik dia sedih. Dia terus keluarkan tepung pancake yang berada di dalam kabinet dapur dan keluarkan susu di dalam peti sejuk "Abang buatkan waffle khas untuk adik ok"
Fang tersenyum sedikit walaupun hati dia rasa sedih. Kaizo keluarkan waffle maker yang berada di dalam kabinet bawah. Fang terdengar ada orang sedang mengetuk pintu rumah dia "Pang pergi buka pintu" Kaizo baru teringat, hari ini sepatutnya kawan-kawan adik dia datang ke rumah untuk membuat kerja sekolah sama-sama dan juga ulangkaji bersama. Dia perlu beritahu mereka apa yang terjadi tadi atau suruh mereka pulang sahaja di rumah? fikir Kaizo
"ABANGG! SIAPA DIA ORANG NIE?" Fang menjerit di pintu rumahnya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berasa sungguh hairan, tak kan Fang tak kenal dia orang semua?
"Wei Fang, ini kita oranglah. Kawan baik kau" kata Boboiboy
"Kawan baik Pang? Kawan baik Pang adalah abang Pang seorang sahaja. Pang tak kenal korang semua"
"Dey! kau terkena tembakan emosi Adudu ke?"
"Siapa Adudu?" Gopal rasa di dahi Fang, mana tahu dia demam ke sampai dia lupa ingatan dia "Kau tak demam pula, macam mana boleh lupa nie"
"Fang, kau ok ke?" tanya Yaya. Tiba-tiba Kaizo muncul di belakang adiknya "Adik masuk dulu, biar abang cakap dengan dia orang sebentar" Kaizo keluar sekejap untuk bercakap dengan mereka
"Kenapa abang Kaizo? Adudu serang Fang ke?"
"Bukan, Pang terjatuh tadi. Memori dia hanya tertumpu masa dia umur 4 tahun lagi. Jadi korang terpaksa balik dulu, tunggu sampai ingatan adik aku pulih" kata Kaizo kepada rakan-rakan adiknya. Kaizo pusing dan nampak adiknya berdiri di muka pintu rumah "Kenapa Pang?"
"Abang, dia orang kata, dia orang kawan baik adik. Boleh tak adik nak pergi bermain dengan dia orang?" Kaizo berfikir sebentar "Boleh tak abang?"
"Kapten Kaizo jangan risau.. kita orang akan jaga dia dengan baik" kata Ying. Kaizo tidak boleh nak halang adik dia pergi bermain, lagipun ingatan adik dia, ingatan semasa dia 4 tahun. Dia takut kalau apa-apa terjadi dekat adiknya. Bagaimana kalau ada orang buli adik dia lagi? Tak, dia tak bagi adik dia pergi bermain. Fang menarik tangan abangnya "Abang kalau risaukan adik, abang ikutlah adik sekali" kata Fang
"Ha ah, betul kata Fang. Abang Kaizo ikut kami sekali" kata Boboiboy
"Kalau macam tue, Pang perlu bersarapan terlebih dahulu. Baru boleh keluar bermain. Masuk semua, aku akan buatkan sarapan untuk kamu semua" Gopal rasa sangat gembira kerana dia dapat rasa masakan Kaizo hari ini. Mesti sedap, fikir Gopal
Semasa Kaizo siapkan waffle untuk mereka berlima, Boboiboy dan Gopal tak habis-habis bertanya kepada Fang "Fang, Fang memang tiada kawan selain daripada abang Kaizo ke?"
"Ha ah, abang seorang sahaja kawan Pang. Pang selalu jadi Prebet Pang, abang pula selalu jadi kapten. Bilik ibu dan ayah selalu jadi tempat kapal angkasa kita orang" Boboiboy dan Gopal tergelak sedikit "Kenapa korang gelak? Pang buat lawak ke?" Kaizo yang berdiri di belakang adiknya, dia memberikan renunangan tajam ke arah mereka berdua
"Takde apa-apalah Fang" Boboiboy berhenti gelak
"Jadi Fang memang rapatlah dengan Kapten Kaizo dari kecik lagi?" tanya Yaya
"Ha ah, abang selalu bawa Pang pergi bermain, abang tidak pernah marah Pang kalau Pang buat nakal" Mereka semua tidak dapat bayangkan bagaimana Kaizo masa kecil dulu, masa dia bukan seorang yang garang, ganas dan tegas "Baguslah tue, Kapten Kaizo sentiasa sayangkan adik dia" kata Yaya sambil tersenyum
"Pang pun sayangkan abang! Pang setiap hari lukis gambar abang dengan Pang. Abang selalu simpan lukisan Pang" Kaizo ingat lagi, adik dia selalu lukiskan gambar mereka berdua dan dia selalu berikan kepada dia. Dia akan simpan lukisan-lukisan tersebut di dalam sebuah kotak, malangnya kotak itu dia tidak sempat di selamatkan
"Pang pagi tadi sedih, sebab abang bagitahu ibu dan ayah sudah tiada" wajah Fang mulai berubah "Fang janganlah sedih, Fang kan masih lagi ada abang" kata Boboiboy
"Yolah, kalau Fang nak tahu. Kapten Kaizo selalu jaga Fang, dia selalu melindungi Fang"
"Abang memang selalu jaga Pang tapi Pang kadang-kadang degil, tak dengar cakap abang" Kaizo meletakkan sebuah pinggan besar di depan adiknya. Selepas itu dia letak sekeping waffle yang baru sahaja masak, dia juga letakkan syrup honey di atasnya "Maaf adik, chocolate syrup sudah habis" Kaizo lalu potongkan waffle itu kepada kecil-kecilan supaya senang adik dia makan. "Terima kasih abang"
---------------------------------------------------
Kaizo membawa mereka berlima ke taman permainan. Fang begitu teruja sekali melihat buaian di situ. "Abang! Pang nak main buai!" Fang menarik tangan abang dia dan terus ke buai
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat sahaja gelagat Fang seperti umur 4 tahun "Bagaimana kalau Fang selama-lamanya jadi macam tue" kata Gopal
"Kau nie Gopal, kita kena bantu abang Kaizo macam mana nak pulihkan ingatan Fang. Kalau berterusan, aku takut Fang kena buli lagi. Kau tahu sahajakan, budak-budak pelajar 6 Jaya dah tak kacau Fang atau kita pun. Kalau dia orang tahu, habis Fang nanti" kata Boboiboy
"BOBOIBOY! JOMLAH MAIN BUAI SEKALI!" Jerit Fang kepada Boboiboy. Fang kini sedang duduk di atas buai sambil di tolak oleh abangnya. Kaizo rasa bahagia sekali dapat melihat adiknya ketika dia berumur 4 tahun. Dia rindu kenangan mereka ketika dahulu, kita mereka masih kecil lagi. Di mata Kaizo, dia hanya nampak adik dia berumur 4 tahun, dia tidak nampak adik dia yang berumur 11 nak masuk 12 tahun dan dia rasa diri dia kembali kepada masa umur dia 12 tahun ketika itu. Kenangan dia bersama adik dia semasa mereka kecil lagi, kembali di pemikiran Kaizo. Dia ingin merasai kenangan itu semula
"Abang buai adik laju-laju yea!" Fang mengangguk sahaja, sambil itu, dia panggil lagi Boboiboy untuk bermain bersama "cepatlah Boboiboy!" Boboiboy bangun dari bangku taman permainan dan terus pergi duduk di sebelah buai yang kosong itu
"Hmm..."
"Kenapa Yaya?" tanya Ying
"Entahlah, kenapa aku nampak Fang dan abang dia seperti mereka ketika dia orang kecik-kecik dulu" Yaya perhatikan mereka lagi. Kaizo memberikan senyuman lebar dan gelak ketawa bersama dengan adiknya
"Yolah, Kapten Kaizo nampak lain, tak nampak macam Kapten Kaizo yang garang tue" kata Ying. Kaizo yang mereka kenal bukan lagi Kaizo yang mereka kenal, dia seperti Kaizo dulu-dulu sebelum dia berubah menjadi Kaizo yang tegas. Kaizo nampak begitu tenang sekali, mata dia nampak begitu lembut, tiada lagi muka sadis dia atau senyuman sinis dari dia, dia tidak lagi nampak garang, tegas atau ganas. Kaizo kembali kepada Kaizo ketika dia berumur 12 tahun lagi. Dia begitu seronok sekali bermain dengan adiknya "Laju lagi abang! Pang nak terbang tinggi!"
"Nanti adik jatuh macam mana?"
"Abang sambutlah adik kalau adik jatuh. Pang nak terbang macam burung"
"Pang pegang kuat-kuat ok!"
"ADIK TERBANG! ADIK TERBANGG!" Kaizo melihat keceriaan di mata adiknya "Adik nak terbang ke angkasa lepas dengan abang!" Fang tergelak sambil terbayangkan diri dia berada di angkasa lepas
"Prebet Pang akan teman Kapten untuk pengembaraan kita!" kata Fang lagi
"Kapten akan sentiasa melindungi Prebet Pang" Mereka berdua tergelak bersama
Selepas sahaja mereka habis bermain di buai, Fang berlari ke arah gelongsor. Kaizo menunggu Fang di bawah dan lalu Fang turun dari gelongsor tersebut "WEEEEEE!" Fang begitu seronok sekali. Fang sempat mengajak kawan-kawan dia bermain kejar-kejar di sekeliling taman permainan. Kaizo mengejar adiknya, dia tidak kisah kalau orang lain melihat mereka berdua seperti kanak-kanak ribena. Lama-kelamaan, mereka sudah penat. Fang terbaring di atas rumput sambil melihat gumpalan awan yang terbentuk di langit. Kaizo juga terbaring di sebelah adik dia. Mereka seperti berada di dalam dunia mereka tersendiri. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying duduk di bawah sepohon pokok sambil melihat dua beradik sedang terbaring di atas rumput. Mereka juga sudah penat dengan kejar mengejar tadi tetapi mereka rasa seronok sekali. Bukan selalu mereka dapat berkelakuan seperti kanak-kanak riang
"Apa adik nampak"
"Adik nampak bentuk gajah" Kaizo memcubit hidung adik dia. Fang hanya tergelak sahaja "Itu bentuk hati!" Dia menunjuk sebuah awam yang memang berbentuk hati
"Tak nampak pun bentuk hati, adik tipu abang yea" Kaizo hanya ingin bergurau senda dengan adiknya
"Pang tak tipu lah. Merajuklah dengan abang" Fang terbaring sambil silang tangannya. Kaizo mengambil sehelai daun dan geletek di hidung adiknya. Fang tergelak sedikit
"Janganlah merajuk dengan abang, abang bergurau sahaja. Abang sayangkan Pang, abang nak tengok adik senyum" Kaizo geletek adiknya dan Fang tergelak kuat di situ. Fang ambik tangan abang dia dan dia letak di pipi dia sendiri dan lalu pejamkan mata dia "Kenapa Pang?"
"Adik cuma rindukan abang sahaja" Di dalam hati Kaizo pula berkata, dia rindukan adik dia yang berumur 4 tahun. Dia rindu mereka yang dulu. Semuanya sudah berbeza tetapi mereka tetap sayang menyayangi satu sama lain
"Jom pergi makan ice cream" Fang tersenyum lebar di mukanya. Fang mengajak kawan-kawan dia sekali untuk pergi makan ice cream bersama. Mereka semua terus ke bandar untuk membeli ice cream di sebuah kedai ice cream yang agak terkenal di situ. Gopal merajuk sebab mereka tidak pergi beli ice cream di gerai Appa dia. Sampai sahaja di kedai tersebut, Kaizo belanja semua makan ice cream, terus hilang merajuk Gopal. Masing-masing mengambil perisa yang mereka suka. Boboiboy perisa Peanut Butter Chocolate, Fang perisa Cookies & Cream, Gopal pula perisa Chocolate, Yaya perisa Strawberry Cheesecake dan akhir sekali, Ying perisa Mango. Kaizo pula mengambil perisa Pistachio Almond.
"Terima kasih abang"
"Baiknya abang kau Fang, siap belanja kita orang" Gopal berasa sungguh bahagia kerana dapat makan ice cream mahal. Dia akan menikmati ice cream tersebut dengan pelahan sekali. Dia tidak mahu habiskan ice cream tersebut dengan begitu cepat
"Abang Pang memang baik" kata Fang sambil menjilat ice cream dia. Fang siap bagi abang dia rasa ice cream dia. Kaizo mencuit hidungnya yang begitu comel itu dan Fang tersenyum sahaja. Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying nampak kasih sayang dan kemesraan di antara mereka berdua, mereka hanya tersenyum dengan keakraban adik dan abang. Mereka keluar dari kedai tersebut dan bersiar-siar di bandar. Mereka nampak gerai-gerai kecil sedang bersiap sedia untuk pasar malam pada malam nanti. Mereka sempat melihat mak cik dan pak cik bertumus lumus untuk siapkan makanan mereka untuk malam nanti, ada juga yang jual sayur, buah-buahan, daging dan macam-macam lagi. Fang ternampak ada seorang pak cik menjual belon, lalu dia mengheret tangan abang dia ke pak cik tersebut
"Pang nak belon!"
"Pang nak belon warna apa?" Fang tunjuk ke arah belon warna ungu, warna kegemaran Fang. Pak cik itu memberikan belon ungu kepada Fang dan abang dia pula bayar belon itu
"Terima kasih abang" Fang begitu gembira sekali kerana dia dapat makan waffle, ice cream dan dia juga dapat sebuah belon warna ungu. Kaizo melihat adiknya yang begitu ceria sekali. Fang tidak habis-habis bercerita dengan kawan-kawan dia, mereka hanya tersenyum dan mendengar sahaja. Fang terlihat sebuah taman rekreasi yang berada di seberang jalan, Fang berlari ke jalan raya. Kaizo terkejut
"PANGGG!" Kaizo mencampak ice cream untuk pergi selamatkan adiknya
Fang menoleh kebelakang untuk memanggil abang dia "Cepatlah abang!" kata Fang sambil menjilat ice cream dia. Fang tidak sedar bahawa sebuah kereta sedang menuju ke arah dia. Kereta itu dipandu begitu laju sekali. "FANGGGG!" Mereka semua berlari untuk selamatkan Fang. Kaizo juga turut berlari dan melompat ke arah adiknya. Fang sedikit lagi hendak di langgar oleh sebuah kereta berwarna biru. Kaizo melompat dan tolak adik dia ke tepi dan dia pula terjatuh di atas jalan raya, kereta biru tadi sempat menekan brek dan berhenti di depan Kaizo. Kaki Kaizo ada sedikit cedera tapi dia risaukan tentang adik dia kerana adik dia tidak bergerak. Dia berlari ke arah adiknya, dan dapati ada kesan darah di bahagian kiri kepala adiknya. Kepala Fang terkena bahu longkang dan dia sudah tidak sedarkan diri. Ice Cream Fang terjatuh di dalam longkang tersebut dan belon ungunya terlepas dari tangan Fang dan sudah jauh terbang pergi ke langit
"Abang Kaizo, kita perlu bawa Fang ke klinik dengan segera"
------------------------------------------------------
Fang telah dikena 6 jahitan di kepalanya. Tiada kecederaan yang serius berlaku ke atas diri Fang, jadi dia boleh di bawa pulang. Doktor kata, kalau Fang masih belum terjaga lagi, bawa dia pergi ke hospital untuk di periksa lagi. Kaizo menyuruh kawan-kawan adiknya balik ke rumah, kalau ada apa-apa yang berlaku, dia akan menghubungi mereka semua
Kaizo meletakkan adiknya di atas katil dan melihat wajah adiknya yang sungguh tenang "Pang kena bangun, ini kali ke dua Pang tak sedarkan diri" Kaizo tidak mahu meninggalkan adik dia bersendirian di dalam bilik. Dia melihat sekitar bilik adiknya dan dapati ia masih lagi bersepah, jadi dia tolong kemaskan balik. Selama 1 jam Kaizo susun balik buku-buku adik dia gambar-gambar yang adik dia letak di rak buku. Dia juga turut membelek-belek buku teks lama adiknya sehinggalah dia terjumpa sebuah lukisan disebalik selitan buku teks lama adiknya. Kaizo melihat lukisan itu. Ternyata, adik dia masih lagi melukis seperti dulu, lukisan itu cukup indah sehingga buatkan hati Kaizo tersentuh sedikit. Dia baca tulisan adiknya
"Abang dan adik, selama-lamanya" Kaizo melihat adiknya berada di atas katil. Dia masih belum lagi terjaga, Kaizo semakin risau "Pang, abang ada dekat sini" Kaizo duduk bersila di atas lantai, dia teruskan lagi membelek-belek buku teks lama adiknya. Ada lagi satu lukisan, lukisan dia sedang memarahi adiknya. Dalam dialog lukisan tersebut bertulis 'Pang!' Kaizo tergelak melihat lukisan tersebut. Dia mengambil lukisan itu, lalu dia melipat lukisan itu dan simpan di dalam poket seluarnya. Kaizo terfikir, mesti ada lukisan yang lain juga. Dia mencari lagi lukisan adiknya
"Abang?" Kaizo terdengar suara adiknya. Dia bangun dan pergi ke katil adiknya "Abang" mata Fang masih tutup tetapi mulut dia memanggil nama abangnya "Abang, kepala adik sakit" tangan Fang pegang dikesan jahitannya. Kaizo menurunkan tangan adiknya
"Pang jangan usik, Pang terjatuh tadi"
Mata Fang buka secara pelahan-lahan "Abang, apa yang terjadi tadi?"
"Pang tak ingat apa-apa?" Fang mengelengkan sahaja kepala dia, lalu dia duduk di atas katil dia dan lihat buku-buku dia telah disusun begitu kemas sekali di rak-rak bukunya. Kotak yang terjatuh tadi, masih lagi berada di atas lantai "Adik cuma ingat, adik terjatuh tadi semasa adik telah lap rak buku" Kaizo tersenyum kerana ingatan adiknya sudah pulih. Fang berkata lagi "Adik jatuh sampai luka kepala adik ke?"
"Tak Pang, ingatan adik tadi bawa adik masa adik umur 4 tahun. Adik tadi hampir terlanggar dengan kereta, abang sempat selamatkan adik, cuma kepala adik terkena tepi longkang" Fang cuba lagi pegang luka jahitannya tetapi Kaizo menghalang dia
"Pang pergi berehat, abang akan buatkan bubur untuk Pang" Kaizo simpan kesemua buku teks lama Fang di dalam kotak tersebut dan letak balik di tempat asalnya. Lalu dia keluar dari bilik. Fang baring balik di atas katilnya dan terus dia tidur. Dia tidak tahu apa yang terjadi tapi hati dia rasa bahagia sekali. Esok dia akan bertanya kepada kawan-kawan dia, sekarang dia perlukan berehat
"PANGGGGGGG! KENAPA KAU TAK BELI BERAS SEMALAM!" Fang baru sahaja nak lelapkan mata, abang dia sudah menjerit
"cis, baru nak berehat, dia dah menjerit. Tak guna punya abang"
Semuanya kembali seperti biasa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top