Ibu dan Ayah

Kaizo rasa hairan dengan adiknya yang baru sahaja pulang dari sekolah. Muka adiknya sedih seperti kehilangan sesuatu. Fang tidak berkata apa, dia terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Kaizo meletakkan buku novel cerita hantunya untuk pergi melihat keadaan adiknya. Dia naik ke atas dan terus ke bilik adiknya, lalu dia membuka pintu bilik adiknya yang tidak berkunci. Beg sekolah adiknya berada di tengah-tengah bilik, sementara adiknya pula berada di atas katil sambil memeluk bantal dan anak patung landak. Tiada titisan air mata yang keluar dari mata Fang

"Pang? kau kenapa? ada masalah ke?" Kaizo duduk di atas katil adiknya

"Adik ok sahaja abang" kata Fang dengan suara sedihnya

"Betul ke? kau jangan nak cuba sembunyi sesuatu dari abang"

Lalu Fang bangun dan duduk disebelah abangnya sambil memeluk bantal "Adik sebenarnya sedih. Tadi masa adik balik sekolah, adik nampak ibubapa pelajar lain datang mengambil dia orang. Ibubapa Yaya, Ying dan Gopal pun ada juga tadi. Tok Aba pun ada tadi bersama dengan Boboiboy. Adik balik sorang-sorang tanpa menunggu dia orang" Kaizo peluk adiknya yang tidak menangis itu

"Adik rindukan mereka?" Fang hanya mengangguk sahaja

"Tapi abang jangan risau sebab adik masih lagi ada abang" Fang tersenyum sedikit

"Betul tu Pang tapi bukan abang sahaja yang kau ada. Atuk, nenek, Faye, mak cik dan pak cik kau dan jangan lupa juga, kawan-kawan kau sendiri. Abang tak kan biarkan kau bersendirian dan abang tidak mahu kau kesunyian lagi seperti mana abang tinggalkan kau tahun lepas"

"Terima kasih abang" Kaizo cium kepala adiknya "Kadang-kadang adik termimpi ibu dan ayah. Mereka bawa adik jalan-jalan, tak pun adik berborak biasa dengan mereka tapi itu semuanya hanyalah mimpi. Kadang-kadang adik berharap sangat mimpi itu menjadi kenyataan"

"Mimpi yang indah, Pang tapi abang nak beritahu kau sesuatu. Kau jangan nak berdendam lagi dengan Ratu Lily sebab abang tak nak kau terlalu pendamkan sangat dengan kemarahan kau. Tiada gunanya lagi kalau kau berdendam sahaja"

"Jangan risau abang, adik sebenarnya sudah maafkan dia" kata Fang

"Bagus" Kaizo lalu bangun dari katil adiknya "Hari ini adik berehat sahaja. Abang akan masakan untuk adik. Adik mahu makan apa nanti?"

"Adik nak mushroom soup boleh?" Kaizo hanya berikan senyuman sedikit dan terus keluar dari bilik adiknya. Fang sambung balik baring di atas katil. Shadow naik ke atas katil Fang dan temankan dia yang masih lagi dalam kesedihan

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Pang, bangun" Fang membuka matanya dan nampak abangnya sedang pegang mangkuk besar dan sebuah pinggan yang berisikan roti "Abang sudah sediakan makanan yang kau minta tadi"

"Ermm..." Fang bangun dan mengosok matanya "Terima kasih abang tapi abang tak buat sup masin kan?" Kaizo rasa macam nak ketuk kepala adiknya tetapi tangan tengah pegang mangkuk dan pinggan. Kaizo berikannya kepada adiknya "Abang tak nak makan sekali dengan adik?"

"Kau makanlah dulu" Kaizo mengambil meja kecil dan letak di tepi katil adiknya "Abang buatkan khas untuk kau. Abang tak letak terlampau banyak sangat garam"

"Betul ke ni?" Fang meletakkan mangkuk dan pinggan itu ke atas meja kecil dan terus dia merasa mushroom soup itu "Boleh tahan abang buat. Betul ke abang yang buat ni atau abang pergi beli dekat kedai?" Kaizo ketuk kepala adiknya "Yelah, abang yang buat tapi mesti ada yang ajarkan buat soup ni"

"Hmmm... abang minta Lynna tolong ajarkan" Fang tersenyum lebar "Dia sudah balik pun" terus Fang buat muka masam "Yang kau suka sangat dia datang ke sini kenapa? Entah-entah kau yang sudah jatuh cinta dekat dia" Kaizo pandang adiknya lama-lama

"Mana ada! Kan abang ada cakap dekat adik sendiri, jangan nak bercinta pula!"

"Bagus, ingat pun kata-kata abang" Kaizo duduk di sebelah Fang yang sedang cicah roti dengan sup "Abang nak katakan sesuatu ni"

"Katakan apa?" makanan yang ada di dalam mulut Fang, tersembur dekat muka Kaizo "Hehehehe.. maaf abang" Kaizo lap muka dia sendiri

"Abang ada cerita dekat Lynna tadi tentang kau rindukan dengan ibubapa kita. Jadi Lynna nak buatkan sesuatu yang istimewa untuk kita berdua"

"Dia nak buat apa abang?" Kaizo pegang tangan adiknya "Abang?"

"Lynna beritahu abang, ini hanya untuk satu hari sahaja dan dia berharap sangat hadiah dia untuk kita akan dapat mengubati rindu kita kepada ibubapa kita. Dia betul-betul sayangkan kau, jadi dia buat begini sebab dia nak tengok adik ceria selalu. Dia tak nak adik selalu bersedihan"

"Terima kasih kak Lynna" kata Fang "Tapi dia nak buat apa?"

"Mana abang tahu.. dia cakap kita kena tunggu esok" Kaizo melihat adiknya koyakkan sedikit roti itu dan lalu suap di dalam mulut dia. Kaizo makan roti itu sambil tersenyum sedikit. Fang kelihatan ceria apabila dapat tahu Lynna akan membuat sesuatu yang istimewa untuk mereka berdua. Dia tidak habis-habis lagi suap abang dia dengan roti

"Abang buat ke roti ni?"

"Tak, abang beli dekat kedai. Kalau abang buat, nanti kau banyak bunyi pulak"

"Ala, abang suruh lah kak Lynna ajarkan tapi adik selalu makan masakan abang walaupun masin sebab adik tak nak lukakan hati abang. Adik tahu abang buat dengan ikhlas. Terima kasih abang kerana selalu menjaga adik dari dulu sampai sekarang" Fang peluk abangnya begitu lama. Dia tidak sabar untuk melihat hadiah dari Lynna esok. Mungkin sesuatu yang membuat dia rasa terharu atau mungkin sesuatu yang buat dia terkejut dan boleh pengsan selama sebulan

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi yang ceria, burung bernyanyi-nyanyi di atas pokok, langit yang biru dan Fang bangun awal pada keesokannya. Awal-awal pagi lagi dia sudah mandi kerana tidak sabar untuk melihat hadiah istimewa dari Lynna. Fang masuk ke dalam dapur sambil bernyanyi-nyanyi lagu kegemaran dia. Dia telah siapkan sarapan pagi untuk diri dia dan juga abang dia. Fang telah sediakan beberapa keping waffle dan pancake. Kaizo dari bilik dia lagi boleh bau kelazatan makanan yang dibuat oleh Fang. Dia terus turun ke bawah tetapi pintu rumah mereka telah di ketuk oleh seseorang. Kaizo membuka pintu rumah tersebut dan nampak Rizu dengan beg penguin sambil bernyanyi-nyanyi

"Anak itik Kaizo! mandi dalam kolam!" Rizu terus sedar setelah Kaizo sudah bukakan pintu untuk dia "ABANG PAIZO!" Rizu peluk Kaizo seerat-eratnya

"Siapa ajar Rizu lagu tadi tu?" tanya Kaizo

"Oh! Lagu tu kakak Lily yang ajar" Kaizo menggenggam tangannya "Abang Paizo nak Pizu ajarkan ke? ANAK ITIK KAIZO MANDI DALAM KOLAM..." Kaizo sabar sahaja dengan lagu itu. Dia lalu fikirkan untuk hukum Lily dengan latihan tempur 48 jam "Oh yea, Pizu ada sesuatu untuk abang Paizo dan abang Fang" Rizu masuk ke dalam rumah dan terus duduk di atas sofa. Lalu dia membuka beg penguin dia dan keluarkan sebuah bingkai gambar. Rizu berikan bingkai gambar itu kepada Kaizo

"Abang Fang suruh ambik dekat kedai semalam. Pizu cari abang Fang tapi abang sudah balik ke rumah pula. Pizu nak datang ke sini semalam tapi ibu suruh Pizu balik ke rumah" Kaizo melihat gambar yang ada di dalam bingkai gambar itu. Hati dia tersentuh sedikit kerana itu adalah gambar yang Lynna tangkap semasa mereka berdua pergi ke masa silam Kaizo

"Terima kasih Rizu" kata Kaizo. Dia letakkan gambar itu di tepi television. Dia rasa dia patut gantungkan gambar-gambar dia dan adik dia di dinding sebab meja television sudah penuh dengan gambar-gambar mereka berdua "Mari Rizu, si Pang sudah buatkan sarapan pagi" Rizu turun dari sofa itu dengan wajah ceria dia. Mereka berdua masuk ke dalam dapur dan nampak waffle dan pancake bertingkat-tingkat yang sudah tersedia di atas meja. Bukan itu sahaja, terdapat chocolate syrup, maple syrup, strawberry jam, blueberry jam dan ada beberapa buah segar yang sudah dibasuh oleh Fang

"EH! Rizu ada dekat sini" kata Fang "Rizu makan sekali dengan kami. Abang Fang buat banyak sangat!" Fang letakkan pancake yang terakhir di dalam pinggan Rizu "Rizu pilihlah nak letak apa dekat pancake tu" Tanpa rasa segan silu, Rizu terus letak chocolate syrup di atas pancake itu, dia letak beberapa buah strawberry di atasnya dan juga pisang yang sudah siap di potong. Kaizo hanya makan waffle kosong sahaja. Fang terdengar pintu rumah mereka diketuk lagi, lalu dia keluar dari dapur itu untuk membuka pintu tersebut

Kaizo terdengar jeritan adiknya tetapi bukan jeritan dari serangan musuh "IBUUU? AYAHHHH?!" Kaizo dan Rizu cepat-cepat keluar dari dapur. Kaizo terkejut melihat ibubapanya berdiri di depan pintu sambil berpeluk Fang

"Betul ke adik tak mimpi ni?" tanya Fang di dalam pelukan ibubapanya. Dia rasa sangat bahagia dengan pelukan kasih sayang daripada ibubapa dia

"Tak, Fang tak mimpi... tapi ayah dan ibu cuma ada hari ini sahaja" kata ibunya

"Kenapa? kenapa satu hari sahaja.. kenapa bukan selama-lamanya" Fang lepaskan pelukan mereka. Dia menangis melihat mereka berdua ada di situ

"Sebab kami berdua sudah lama tiada. Kawan abang kamu yang bawa kami ke sini untuk satu hari sahaja menjadi manusia tapi Fang jangan lah sedih. Ibu dan ayah sentiasa bersama dengan Fang" Keiko lap air mata anaknya "Hari ini Fang bolehlah luangkan masa bersama kami. Bawa kami berjalan-jalan ke atau Fang nak duduk sahaja di rumah dan ceritakan macam-macam dekat ibu dan ayah" Fang tarik tangan ibu dan ayahnya masuk ke dalam rumah

"Mestilah adik nak bawa ibu dan ayah jalan-jalan dekat sini. Boleh adik tunjukkan ibubapa adik dekat kawan-kawan adik" Fang pusing kebelakang sambil memegang tangan kedua ibubapanya. Dia nampak muka abangnya yang masih lagi terkejut

"Kaizo, kau apa khabar?" tanya ayah dia "Ini pula siapa?" Kai melihat anak kecil comel yang bernama Rizu "Anak kamu ke Kaizo? Kamu sudah kahwin? Tahniah Kaizo!" Terus Kaizo sedarkan diri. Keiko ketawa sedikit melihat Kaizo yang sudah kelihatan cemas

"Errrr... ini bukan anak saya. Ini kawan Pang, nama dia Rizu" kata Kaizo

"Nama saya Rizu! Tapi saya bahasakan diri saya sebagai Pizu! Abang Fang dan abang Paizo selalu menjaga saya! Kadang-kadang saya pun ikut mereka pergi mengembara! Aunty dan uncle sangat cantik dan kacaklah! Patutlah abang Paizo dan abang Fang handsome! Aunty dan uncle nak makan tak? Sebab abang Fang ada buat banyak makanan, jomlah kita makan sama-sama"

"Comelnya anak ni" kata Keiko "Rizu ni mengingatkan anak ibu Kaizo masa dia kecil-kecil dulu. Kaizo masa kecil dulu banyak sangat cakap, hyper active, semangat dan nakal tapi semenjak Fang ada, terus dia tak nakal. Dia selalu cakap dekat ibu, yang dia nak melindungi adik dan sayang adik sampai bila-bila"

"Betul ke ibu?" tanya Fang. Mereka semua masuk ke dalam dapur

"Betul, ibu bangga dengan abang kamu. Dari kecik sehingga sekarang, dia tidak henti-henti melindungi adi" Tapi Fang rasa nak beritahu ibubapa dia tentang dia kena tinggal di bumi sorang-sorang tahun lepas dan abang dia pula pergi mengembara dengan misi dia. Keiko dan Kai rasa teruja melihat makanan yang begitu banyak "Ini semua adik dan abang yang buat ke?" tanya Keiko

"Bukan, ini Pang yang buat semua ini" kata Kaizo. Mereka duduk di kerusi, sementara Fang mengambil pinggan, cawan, garpu dan pisau untuk ibubapanya "Dia pandai masak daripada saya" Kaizo menuang air juice lobak merah untuk ibubapanya

"Bagusnya anak ayah ni. Kecik-kecik lagi sudah pandai masak"

"Tapi... hantu pun boleh makan ke?" tanya Rizu. Mereka semua tergelak sedikit dan Rizu rasa hairan kenapa mereka gelakan dia "kenapa? Pizu ada buat salah ke?"

"Takdelah Rizu" Keiko usap kepala Rizu "Aunty boleh makan tapi untuk hari ini sahajalah sebab Lynna yang bawa kami ke sini sebagai manusia untuk satu hari sahaja. Dia yang hadiahkan kami kepada anak-anak aunty sebab dia nak tengok anak-anak aunty ceria"

"Oh! begitu! Kalau macam tu.. aunty kena makan banyak-banyak! Sebab abang Fang selalu masak sedap-sedap! Tak pernah tak sedap tapi kalau abang Paizo masak, mesti sentiasa masin! kecuali bubur lobak merah dia" Kaizo rasa nak ketuk kepala Rizu tetapi dia tenangkan diri dia. Rizu senyum kepada Keiko

Kaizo rasa terharu dengan pemberian hadiah yang begitu bermakna bagi dia dan adik dia juga. Dia rasa dia kena buat sesuatu untuk Lynna sebagai tanda terima kasih tapi sebelum itu, dia ingin menikmati hari bahagia dia bersama ibubapa dia pada hari ini. Kaizo berikan beberapa pancake dan waffle kepada ibubapanya. Fang pula duduk disebelah ibu dia dan letakkan segala jenis buah di dalam pinggan ibunya dan ayahnya. Rizu terasa dia menyibuk sahaja di situ tapi dia tidak rasa Fang ataupun Kaizo akan menghalau dia dari situ. Jadi dia senyum sahaja sambil mendengar cerita-cerita dari Fang

--------------------------------------------

Selepas sahaja sarapan pagi, Fang dan Kaizo membawa ibubapanya pergi keluar berjalan-jalan di Pulau Rintis. Tempat pertama mereka pergi ialah kedai Tok Aba. Boboiboy dan Ochobot ada di situ. Mereka sedang menolong Tok Aba buat kerja. Lily pun ada di situ juga, sebagai penyibuk no.1

Dia melihat sahaja Boboiboy buat kerja sambil makan kerepek pisang. Ochobot rasa Lily ni sudah jatuh hati dekat Boboiboy sebab 2 3 hari ini asyik perhatikan Boboiboy buat kerja sahaja sampai tak sedar orang dekat sebelah dia tengah buat apa. Semalam Ochobot letak kucing dekat atas kepala Lily pun, dia boleh tidak sedar

"Abang Boboiboy! Kakak Lily!" Rizu panjat kerusi kedai Tok Aba sambil hentak-hentak meja kedai itu seperti budak kecil tapi dia memang budak kecil pun "Kakak Lily ni kenapa?" tanya Rizu. Fang tolak kepala Lily tapi Lily langsung tak bergerak

"Kenapa dengan kawan kamu tu, Fang?" tanya ibu Fang

"Mengelamun sebab tengok Boboiboy tapi dia ni ibu, suka sangat cari pasal dengan abang! Setiap hari ada aje benda dia nak huru-harakan keadaan, sampai abang bagi dia latihan tempur" Keiko gelengkan kepalanya kepada anaknya "Tapi dia sebenarnya baik dan pelik. Dia juga kawan baik kepada Faye. Dua-dua tu pakar huru-harakan keadaan dekat sini"

"Eh Fang, tak tahu pula kau ada dekat ini. Ini siapa?" tanya Boboiboy sambil melihat ibubapa Fang

"Ini ibu aku, itu pula ayah aku" kata Fang dengan bangganya "Boboiboy, buatkan dua ice blended chocolate special dua!"

"Ok tapi bukan ibubapa kau sudah lama mati ke?" tanya Boboiboy yang rasa hairan dengan kehadiran ibubapa Fang

"Mereka berdua memang sudah lama tiada tapi ini semua Lynna yang buatkan untuk ceriakan hati si Pang" kata Kaizo secara tiba-tiba. Lily terdengar pula perbualan mereka, terus dia sedarkan diri dan pusing kebelakang. Mata dia terus bersinar-sinar melihat ibubapa Kaizo dan Fang "Budak ni sudah kenapa?" bisik Kaizo sambil melihat Lily yang sedang buat muka comel

"Patutlah itik dan landak hot semacam sebab ibubapa dia orang cantik dan handsome!" kata Lily. Keiko dan Kai rasa pelik, siapa itik dan landak? "Nama saya Lily! Saya kawan in progress kepada landak.. maksud saya Fang! Wah! Tak sangka pula aunty dan uncle ini cantik dan handsome! tapi per-" mulut Lily kena tutup dengan Fang

"Dia ni pelik sedikit ibu. Banyak sangat cakap, suka membebel seorang diri" tersengih Fang. Keiko dan Kai tergelak melihat gelagat Lily yang hendak cuba lepaskan tangan Fang dari mulut dia

"Kakak Lily ni suka sangat bagi Pizu kerepek pisang. Aunty dan uncle nak rasa?" Rizu berikan sebotol kerepek pisang kepada Keiko dan Kai untuk merasa kerepek pisang tersebut "Kakak Lily ni pun selalu datang ke sini tapi Pizu tak tahulah dia tinggal dekat mana. Dia sendiri tak pernah nak beritahu kami semua" Keiko dan Kai merasa kerepek pisang tersebut "Sedap tak?"

"Sedap!" kata Keiko "Hehehe... seronoknya lihat kawan-kawan Fang. Semuanya comel-comel. Ibu gembira melihat Fang dapat kawan yang baik-baik"

"Tapi Kaizo tiada kawan lelaki ke?" tanya Kai kepada Kaizo "Tak kan Lynna seorang sahaja kawan kamu?"

"Abang mana reti nak berkawan. Dia kawan dengan kawan-kawan adik sahaja, dengan kak Lynna dan Lahap. Itu sahaja kawan abang. Abang tak rasa ke kehidupan abang amat membosankan sebab tiada kawan selain daripada kawan-kawan adik. Lepas tu asyik nak hukum adik dengan kawan-kawan adik sahaja. Ibu nak tahu tak, abang suka sangat bagi adik latihan tempur. Hampir tiap-tiap hari dia bagi, langsung tak rasa kasihan dekat adik" Kaizo mula rasa geram dengan adiknya

"PEDANG TENAGA!" Fang terus larikan diri daripada abangnya. Kaizo tetap mengejar adiknya sebab tidak puas hati

"Aunty dan uncle jangan risau. Itu memang perangai mereka berdua. Suka bergaduh sahaja setiap hari" kata Lily sambil kunyah kerepek pisang "Kalau aunty dan uncle nak tahu, dia orang bergaduh macam mana pun, dia orang tetap akan berbaik semula"

"Ha ah, betul kata Lily tu. Sampai saya sendiri boleh cemburu melihat keakraban mereka berdua tapi kalau sesuatu yang buruk terjadi dekat Fang, abang Kaizo selalu pergi selamatkan adik dia dalam apa jua bahaya. Walaupun abang Kaizo tu nampak garang, tegas dan sadis.." kata Boboiboy tetapi Keiko memotong pula kata-kata Boboiboy secara tidak sengaja

"Sadis? Tak tahu pula anak lelaki sulung aunty ni sadis" Keiko ketawa sedikit

"Dia memang sadis pun aunty. Saya sendiri pernah kena dengan latihan tempur dia tahap ganas tu" Lily pula menyibuk

"Itu sebab kakak Lily suka cari pasal dengan abang Paizo"

"Syhhhh! jangan beritahu depan dia orang" Lily berbisik kepada Rizu "Nanti akak kena marah pulak nanti" Lily tersengih kepada ibubapa Kaizo dan Fang. Boboiboy sudah pun siap sediakan Ice Blended Chocolate Special untuk ibubapa Kaizo dan Fang, lalu mereka berdua mengambil air itu tersebut

"Dulu-dulu Kaizo tidak begitu dengan adik dia" kata Keiko "Dia tidak pernah marah atau cubit adik dia"

"Betul tu, mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Agaknya Kaizo berubah semenjak kami berdua sudah tiada lagi tapi yang tidak berubahnya, adalah kasih sayang terhadap adiknya" Kai melihat sahaja Kaizo yang masih lagi mengejar adiknya di sekeliling taman itu. Selepas sahaja habis Kaizo mengejar adiknya, mereka berdua membawa ibubapa mereka ke bandar Pulau Rintis. Kali ini Rizu tidak ikut kerana dia ingin memberi ruang kepada mereka berdua keluar berjalan-jalan bersama dengan ibubapa mereka. Jadi Lily dan Rizu nyanyi lagu yang mereka belajar iaitu Anak Itik Kaizo

"Lily ni memang sah nak cari pasal dengan abang Kaizo lagi" bisik Boboiboy sambil mengelap meja

-------------------------------------

Fang membawa ibubapanya ke sebuah kedai kegemaran dia iaitu kedai buku. Dia ceritakan yang dia minat dengan belajar, lebih-lebih lagi mata pelajaran matematik. Dia tidak henti-henti bercerita sampai Kaizo sudah naik bosan dengan cerita adiknya. Kaizo hanya diam sahaja tapi dia diam kerana dia rasa sangat senang hati melihat keceriaan adiknya

"Pandai betul anak ibu" kata Keiko sambil membelek-belek buku latihan matematik "Tak sangka anak ibu ni pandai, rajin masak, rajin mengemas rumah, jaga kebersihan. Apa lagi yang kamu pandai?" Mereka berempat terus keluar dari kedai buku itu. Fang menarik kedua tangan ibubapanya ke kedai ice cream pula

"Dia ni pandai marah orang sahaja. Panas baran aje yang lebih" kata Kaizo

"Ala! abang tu! Sadis, ganas, garang, tegas, tiada belas kasihan.. apa lagi yea. HAH! Suka sangat buli adik"

"Kamu berdua ni, tadi dah bergaduh. Tak kan nak bergaduh lagi" Kai gelengkan kepalanya melihat anak-anak dia suka sangat nak bergaduh "Dulu kamu berdua mana pernah bergaduh seperti sekarang tapi agaknya kamu sudah besar, macam-macam berlaku semasa kami berdua sudah tiada tapi ayah tetap bangga dengan anak-anak ayah. Gaduh macam mana pun, kamu tetap menyayangi satu sama lain"

"Terima kasih ayah" kata Fang dengan gembiranya "Jom ayah! Adik nak ibu dan ayah rasa ice cream ni. Sedap sangat! Adik selalu datang dengan kawan-kawan adik" Mereka masuk ke dalam sebuah kedai ice cream. Mereka berempat memilih satu ice cream yang besar dan berkongsi bersama. Fang melihat ibubapanya dan juga abang dia. Dia rasa sangat bahagia apabila melihat mereka ada bersama dengan dia. Dia tidak mahu hari itu berakhir dengan cepat, dia mahu masa berlalu dengan pelahan kerana dia tidak mahu melihat ibubapanya pergi tetapi dia terpaksa menerima kenyataan. Ini semuanya adalah hadiah dari Lynna sahaja, dia akan gunakan masa yang ada untuk bermesra dan bermanja dengan ibubapanya

"Terima kasih kak Lynna" Fang menangis sedikit dan lalu dia terus makan ice cream itu dan suap ibunya. Mereka bergelak ketawa di kedai ice cream itu. Selepas itu mereka berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengambil angin. Fang bermain di tepi laut dengan ibu dan ayahnya. Kaizo hanya duduk di atas tembok sambil memerhatikan mereka bertiga. Dia biarkan adiknya bersuka ria bersama mereka

"Kaizo! marilah kita bermain sekali!" panggil ibunya

"Jomlah abang! lepas ni kita bolehlah pergi ke pasar malam!" Kaizo terpaksa menurun dari tembok itu dan pergi sertai mereka. Dia tolak adiknya masuk ke dalam air laut dan lalu berikan percikkan air laut kepada Fang

"ABANGGGGGGG!" Fang menjerit sekuat hati dan dia pula percikkan air kepada abangnya. Lalu mereka berperang percik air di situ. Ibu dan ayah mereka tergelak sahaja melihat gelagat mereka berdua. Tiba-tiba sahaja menjadi Keiko dan Fang vs Kai dan Kaizo. Mereka berada di tepi pantai sehinggalah matahari terbenam. Selepas itu Kaizo membawa mereka ke pasar malam. Fang membeli pelbagai makanan untuk ibubapanya. Mereka akan membawa balik sahaja makanan tersebut dan berjamu selera di rumah

"Ibu, nanti ibu akan datang balik ke?" tanya Fang ketika mereka makan di ruang tamu sambil menonton movie bersama

"Itu ibu tidak tahu tapi kalau Fang rindukan ibu dan ayah. Fang lihat sahaja gambar kami berdua dan Fang kena sentiasa ingat, kami sentiasa ada dihati Fang selama-lamanya. Kami tidak akan hilang rasa kasihan sayang kepada anak-anak kami" Keiko mencuit hidung Fang dan lalu Fang tergelak sedikit. Fang memeluk ibunya dan dia dapat bau haruman ibunya. Ayah mereka pula melihat-lihat buku album gambar dan tersenyum melihat mereka berdua, lebih-lebih gambar Kaizo yang sentiasa dengan muka serius. Agak jarang juga nak lihat gambar dia tersenyum sedikit. Ada pun satu sahaja, semasa mereka berkelah di halaman rumah pada tahun lepas

Pukul 12 malam semakin hampir, Keiko terpaksa membawa Fang pergi masuk tidur tetapi sebelum itu dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya yang sulung iaitu Kaizo

"Kaizo, kamu jaga adik dengan baik yea" kata Keiko sambil memeluk anaknya. Kai hanya pegang bahu Kaizo sahaja "Jaga diri kamu baik-baik dan jangan nak asyik bergaduh sahaja dengan adik kamu"

"Itu pun kalau dia tidak cari pasal dengan saya" jawab Kaizo. Ibu dan ayah mereka sabar sahaja dengan jawapan Kaizo sebentar tadi "Ibu, ayah.. terima kasih kerana datang ke sini. Si Pang tu boleh dikatakan tiap-tiap hari rindukan ibu dan ayah. Bukan dia sahaja, tapi saya juga rindu dengan ibu dan ayah"

"Ibu dan ayah hanya datang sekejap sahaja tapi ibu harap dengan kedatangan kami dapat mengubati kerinduan kamu berdua" Keiko melihat jam di dinding "Ibu kena pergi tengok adik kamu pula. Berboraklah dengan ayah kamu sementara masa masih ada" Keiko naik ke atas dan masuk ke dalam bilik Fang

"Fang" panggil ibunya. Fang tersenyum melihat ibunya sudah datang "Fang buat apa tu?"

"Adik tengah lihat gambar ibu" dia berikan sebuah loket kepada ibunya "Ini ibu punya, nenek yang bagi dekat adik. Dia suruh adik simpan" Keiko tersenyum dan lalu peluk anaknya dan cium kepala anaknya

"Mari ibu tidurkan Fang" Fang dengan gembiranya, dia terus baring sambil memeluk anak patung landak. Keiko rasa geli hati melihat anak patung landak yang begitu banyak sekali. Dia tidak tahu siapa yang belikan banyak-banyak itu

"Ibu boleh tak nyanyikan sebuah lagu yang ibu selalu tidurkan adik"

"Boleh" kata Keiko sambil tersenyum. Dia terus nyanyi lagu itu dan serta merta Fang tertidur sambil memegang ibu jari ibunya "Fang tidur elok-elok yea. Ibu kena pergi dulu" Keiko cium dahi Fang dan terus dia hilang dari bilik itu. Jam sudah menunjukkan pukul 12. Kaizo muncul di pintu bilik adiknya dan lalu menutup lampu bilik itu

"Selamat malam, Pang"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top