Ibu
"Abang! adik tengah potong kentang nie, janganlah kacau adik!"
"Kau tue patut ketepi, abang nak basuh daging-daging nie"
"Sibuk ajelah abang nie, suka kacau adik"
"Habis tue, kau juga nak abang tolong kau kan. Selama nie kau merungut sahaja kena buat kerja seorang, bila abang tolong kau, nak merungut lagi"
Fang mengambil tempat memotongnya dan letak di atas meja makan, dia bawa bekas yang berisikan kentang tadi dan letak di atas meja makan juga "Pergilah basuh, jangan kacau adik!" Fang memotong kentang-kentang itu dengan begitu geram sekali. Habis kesemua kentang itu menjadi tidak sekata. Selalunya dia akan memotong dengan baik dan sekata, tiada yang berlainan saiz. Kaizo perhatikan adiknya yang sedang geram itu, ada setengah kentang dia pergi tonyoh-tonyohkan dengan pisau yang tajam itu "Yang kau hancurkan kentang tue kenapa? Geram sangat dengan abang ke?"
"Mestilah geram, adik tak panggil pun abang suruh tolong adik. Abang sendiri yang nak tolong adik kan. Yang daging-daging tue semua kenapa abang pergi basuh dengan sabun pula. Macam mana nak masak kari ayam. Abang nie, suka sangat hancurkan masakan adik" kata Fang yang begitu geram sekali. Dia tikam kentang itu dengan begitu dasyat sekali. Kaizo menepuk kepala adiknya
"Kau nie kenapa, marah sangat dengan abang sampai kentang pun nak jadi mangsa kau"
"Abang sendiri lah buat semuanya, adik nak pergi ulangkaji" Fang bangun dan meninggalkan kesemua bahan-bahan untuk memasak kari ayam dekat abangnya. Kaizo pegang tangan adiknya
"Yelah, abang tak kan ganggu adik lagi, pergi siapkan masakan kau"
"Abang sendiri lah yang pergi buat, adik nak pergi belajar"
"kenapa abang pula yang kena buat, kalau abang buat tak sedap, nanti kau juga yang akan marah abang, merungutlah, salahkan abang lah, merajuklah, lari dari rumahlah, apa lagi kau akan buat selepas ini"
"Yelah yelah, adik buatkan lah. Tak guna punya abang" Fang sambung balik memotong kentang tersebut dan Kaizo meninggalkan adik dia bersendirian di dapur "Bila dah buat, lepas tue bising, tak sedaplah, rasa sabunlah, kata adik tak pandai masaklah" Fang membebel di dapur sorang-sorang. Kaizo hanya mahu menolong adiknya tetapi mesti ada sahaja pergaduhan dari mereka berdua. Semuanya menjadi tidak betul. Jadi, dia malas nak menolong adiknya buat kerja selepas ini. Kaizo terus keluar dari rumah tanpa memberitahu kemana dia pergi. Dia membawa dirinya ke bandar untuk melihat ada apa-apa benda yang menarik yang ada di bandar. Dia tidak perasan Ying dan Yaya sedang berjalan di sebelah dia
"Kapten Kaizo kenapa? kenapa muka Kapten Kaizo serius sangat?" tanya Yaya. Kaizo melihat kiri dan kanan, baru dia perasan kawan adiknya sedang berjalan bersama dengan dia
"Serius? aku nampak serius sangat ke?"
"Ha ah, Kapten Kaizo serius macam ini sebab Fang buat hal lagi ke?" tanya Ying. Kaizo hanya senyap sahaja, mereka berdua menunggu jawapan dari Kaizo
"Aku bergaduh dengan adik aku tadi" Kaizo menghela nafas "Aku cuma mahu menolong dia sahaja, terus kami berdua bergaduh"
"Bergaduh lagi" Yaya hanya gelengkan kepala dia sahaja. Sampai bila mereka berdua nak berhenti bergaduh tetapi dia tahu, beginilah kehidupan adik beradik yang suka sangat bergaduh tetapi dalam hati tetap sayang satu sama lain. Ying berbisik sesuatu kepada Yaya "Yaya, apa kata kita ajak Kapten Kaizo pergi berkaraoke dengan kita orang"
"Eh, boleh juga Ying" Yaya dengan gembiranya, dia pegang tangan kanan Kaizo, manakala Ying pula pegang tangan kiri Kaizo
"Apa kamu berdua sedang lakukan?"
"Kami nak ajak Kapten Kaizo pergi berkaraoke dengan kita orang" Mereka mengheret Kaizo ke pusat karaoke yang ada di bandar Pulau Rintis. Kaizo relakan sahaja mengikut kawan-kawan adiknya. Kaizo tahu mereka ingin cuba untuk ceriakan hati dia daripada fikirkan tentang pergaduhan dia dengan adik dia
"Kapten Kaizo tidak akan menyesal nanti" kata Yaya. Kaizo cuba untuk memberikan senyuman kepada mereka berdua tetapi muka dia tetap begitu serius sekali. Dia memang susah untuk memberikan senyuman kepada orang lain. Kadang-kadang sahaja dia akan senyum, gelakan dari dia juga agak jarang di dengari. Mereka bertiga berjalan ke arah bandar, Yaya dan Ying sibuk bercerita tentang apa yang Kaizo tidak faham, dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka berdua
Fang pula, yang masih lagi sibuk memasak kari ayam di dapur rumahnya, tidak sedar dengan ketiadaan abangnya di rumah. Dia begitu tekun dan fokus sekali dengan masakan dia. Dia ingin mendapatkan kesedapan pada kari ayam tersebut, dia ingin abang dia bangga dengan masakan dia tetapi abang dia selalu cakap tidak sedap, padahal masakan dia sentiasa sedap. Dia kenal sangat dengan perangai abangnya, suka kacau dia sampai naik tension dibuatnya. Rumah ini memang tidak akan tenteram kalau tiada pergaduhan dari mereka, tapi apa-apa pun, mereka tetap akan mencari satu sama lain. Fang tidak mahu abang dia tinggalkan dia lagi dan Kaizo pula berjanji tidak akan meninggalkan dia dan akan sentiasa melindungi adiknya dari musuh-musuhnya.
Fang merasa kari ayam tersebut, rasanya begitu sedap sekali. Dia tidak sabar untuk abangnya merasa kari ayam yang dia buat. Dia periksa nasi di dalam periuk nasi dan nampaknya nasi sudah siap dimasak. Dia keluarkan dua pinggan dan letakkan di atas meja. Juice lobak merah yang ada didalam peti sejuk semenjak pagi tadi lagi, sudah tersedia, hanya tunggu untuk dikeluarkan sahaja. Fang keluarkan juice lobak merah tersebut dan letakkan di atas meja makan. Semuanya sudah siap, Fang gembira melihat hasil masakan dia
"Abang! MAKAN!" Fang memanggil abangnya, tapi tiada panggilan dari abangnya. Fang rasa hairan, dia terus ke bilik abangnya. Dia mengetuk pintu bilik abangnya tetapi tiada panggilan dari abangnya. Dia membuka pintu bilik abangnya dan dapati, abangnya tiada di dalam bilik "Mana pula abang aku pergi" Fang turun ke bawah dan masuk balik ke dalam dapur
"Mungkin abang pergi ke kapal angkasa" Fang duduk di kerusi sambil menunggu abangnya pulang dari kapal angkasa. Dia tidak tahu abangnya sedang berseronok nyanyi di dalam bilik karaoke bersama dengan empat rakannya iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Boboiboy dan Gopal juga ada dengan mereka. Fang tunggu dan tunggu abang dia pulang sampai dia tertidur di meja makan. Kari ayam dia sudah menjadi sejuk, juice lobak merah dia sudah tidak sejuk lagi. Fang termimpi tetapi bukan mimpi, ia adalah memori dia ketika dia kecil lagi
Fang berlari-lari di sekeliling halaman rumah. Dia seperti mengejar sesuatu tetapi sebenarnya dia telah dihukum oleh abangnya kerana pecahkan pasu bunga ibu mereka. Fang tidak kisah dengan hukuman abangnya, kerana dia suka berlari ke sana ke sini tanpa hiraukan orang lain. Dia rasa dia seperti sedang terbang di langit. Kaizo hanya gelak sahaja melihat adiknya berlari-lari tanpa rasa penat
"Pang, cukuplah berlari tue, nanti penat pula" kata Kaizo
"Tak nak! Adik nak lari lagi! Adik suka lari!" Fang berlari lagi. Abang dia sudah berkali-kali memanggil dia supaya berhenti berlari. Kaizo berasa menyesal pula menghukum adiknya, tidak sangka pula adik dia akan menjadi hyper berlari ke sana ke sini. Jadi, biarkan sahaja adiknya berlari sehinggalah adiknya berasa sungguh pening dan penat sekali. Kaki dia sudah terhuyung hayang, dan lalu dia terlanggar bangku taman yang terdapat di halaman rumah mereka
"ADIKKK!" Kaizo berlari untuk dapatkan adiknya yang terjatuh di atas bangku taman tersebut dan lalu dia tergolek jatuh dari bangku tersebut. Fang menangis kerana kesakitan di kakinya "Adik, kenapa?"
"Kaki adik sakit" Kaizo melihat kaki adiknya, bukan kaki dia sahaja yang sakit tetapi di bawah dagu adiknya juga ada sedikit luka
"KAIZO!" Kaizo pusing kebelakang dan nampak muka ibunya begitu marah sekali "Kenapa Kaizo suruh adik berlari tadi?" Keiko pergi ke arah Fang dan melihat luka di dagu Fang dan dia periksa kaki Fang yang dalam kesakitan itu. Fang memeluk ibunya "Fang jangan menangis lagi" Fang menangis tersedu-sedu
"Maafkan Kaizo, ibu. Kaizo sudah suruh adik berhenti berlari tadi tapi dia degil, dia tak nak berhenti" Kaizo rasa bersalah, dia menundukkan kepalanya, dia tidak mahu melihat muka ibunya yang sedang marah itu "Kaizo pergi masuk ke dalam bilik, biar ibu jaga adik" Kaizo dengan hati yang sedih, masuk ke dalam biliknya. Keiko memdukung Fang masuk ke dalam rumah, dia letakkan Fang di atas sofa dan pergi mengambil kotak rawatan untuk merawat luka dagu Fang. Keiko meletakkan sedikit ubat di dagu Fang
"Ibu, ibu marah dengan abang ke?"
"Tak, ibu tak marah abang kamu tapi kenapa abang menyuruh Fang berlari tadi?"
"Sebab adik pecahkan pasu bunga kesayangan ibu. Abang nampak, lepas itu, abang menghukum adik. Maafkan adik ibu, adik tak sengaja pecahkan pasu bunga ibu" Keiko hanya tersenyum sahaja melihat anaknya meminta maaf kepada dia "Fang jangan risau, ibu maafkan Fang. Ibu hanya nak anak ibu yang comel nie selamat" Fang tergelak sedikit "Kan comel bila anak ibu ketawa" Keiko mengambil plaster dan lalu dia meletakkan di dagu Fang. Dia periksa kaki Fang pula, dia picit di tempat yang sakit itu
"Ibu, sakit" Fang hampir menangis kerana kesakitan yang teramat itu
"Hmm..."
"Kenapa ibu? kaki Pang patah ke?" Keiko hanya tergelak sahaja
"Bukanlah, esok kaki kamu akan menjadi lebam. Fang jangan risau sangat" Keiko cium dahi Fang "Pergi minta maaf dekat abang. Lepas ini, Fang jangan nakal-nakal lagi" Keiko bangun dan pergi menyimpan balik kotak rawatan tersebut. Fang pula bangun dan berjalan pelahan-lahan ke bilik abangnya. Dia membuka pintu dan dapati abang dia sedang tidur. Fang ternampak air mata abangnya mengalir keluar. Dia pergi ke katil abangnya dan panjat naik ke atas
"Maafkan Pang. Pang degil, tak dengar cakap abang"
"Abang maafkan adik" Kaizo membuka matanya "Tapi abang sedih kerana ibu marahkan abang"
"Tak, ibu tak marahkan abang" Fang pegang tangan abangnya "Abang jangan risau"
"Dagu adik ok?" Kaizo bangun dan melihat dagu adiknya. Ibu mereka sudah pun meletakkan plaster di dagu adiknya
"Adik ok sahaja abang, abang tak perlu risau. Abang nak keluar bermain dengan adik?"
"Nantilah kita sambung main, abang nak tidur. Abang sebenarnya penat. Maafkan abang, adik" Kaizo kembali balik baring di atas katilnya. Fang juga turut baring disebelah abangnya "Adik? adik pergi lah bermain dekat luar"
"Tapi tak seronok kalau tiada abang. Jadi adik temankan abang tidur" Kaizo memberikan senyuman manis kepada adiknya, dia tidak kisah kalau adiknya ingin temankan dia tidur tetapi ibu mereka sudah memanggil adiknya "Maaf abang, ibu panggil adik" Fang turun dari katilnya dan terus pergi ke ibunya. Fang mencari ibunya "Ibu?"
"Ibu ada dekat sini Fang" Fang masuk ke dalam dapur "Ibu sudah sediakan bubur untuk Fang. Fang makan elok-elok" Fang panjat kerusi tersebut dan duduk di situ. Ibunya meletakkan sebuah mangkuk kecil di depan Fang
"Ibu nak adik panggil abang?"
"Panggil lah dia" kata ibunya
"Tapi abang kata, abang nak tidur"
"Kalau macam itu, Fang makan dulu. Biar abang tidur, tentu abang nak berehat" Jadi Fang makan bubur itu sorang-sorang. Dia selalunya makan bersama dengan abangnya, hari ini dia makan seorang sahaja di dapur, dia berasa agak janggal tanpa abangnya berada di sisi dia. Ibunya nampak kesedihan di muka adiknya "Fang jangan sedih, nanti bila abang dah bangun, Fang makanlah bersama dengan abang lagi sekali"
"Baik ibu!"
"Bagus anak ibu. Ibu nak Fang jadi anak yang baik, rajin dan juga pandai"
"Tapi ibu, Fang memang anak yang baik, rajin dan pandai. Cuma abang yang suka buli adik, kacau adik, buat adik marah, suka cari gaduh dengan adik" kata Fang di dalam tidurnya
"Tapi dia tetap abang kamu, dia tetap sayangkan kamu, Fang"
"Yea ibu, adik tahu abang sayangkan adik. Adik pun sayangkan abang" Fang tidak sedar yang dia bercakap dengan ibunya di dalam mimpi memori dia. Fang masih lagi tidur dengan nyenyak sekali, Kaizo pula masih belum lagi pulang
--------------------------------------------------------
It's a little bit funny this feeling inside
I'm not one of those who can easily hide
I don't have much money but boy if I did
I'd buy a big house where we both could live
If I was a sculptor, but then again, no
Or a man who makes potions in a travelling show
I know it's not much but it's the best I can do
My gift is my song and this one's for you
And you can tell everybody this is your song
It may be quite simple but now that it's done
I hope you don't mind
I hope you don't mind that I put down in words
How wonderful life is while you're in the world
"Wei Yaya, ini sudah 5 lagu si Kapten Kaizo nyanyi, bila giliran kita pula?" bisik Ying kepada Yaya. Boboiboy dan Gopal juga ada di situ kerana mereka terserempak dengan mereka tadi di bandar. Mereka juga ingin menyertai karaoke mereka bertiga. Kaizo tidak kisah, asalkan dia dapat ceriakan hati dia yang sedang geram dengan adiknya. Mereka rasa nak tergelak melihat Kaizo sedang nyanyi dengan penuh perasaan tetapi mereka menahan gelakan mereka.
"Kau tak rasa salah ke sebab kita tak ajak Fang sekali?" tanya Boboiboy kepada Yaya dan Ying
"Wei, kalau kita ajak si rambut cacak tue, mesti dia orang akan bergaduh nanti. Berebut nak nyanyi"
"Betul juga kata kau Ying" kata Boboiboy sambil melihat Kaizo bernyanyi "Aku keluar kejap" Boboiboy bangun dan lalu keluar dari bilik karaoke sekejap. Dia tidak memberitahu mereka bahawa dia ingin menghubungi Fang. Bukan untuk mengajak dia datang ke sini tetapi untuk melihat keadaan Fang sekarang. Boboiboy cuba menghubungi Fang
Fang yang berada di rumah, masih lagi tertidur di meja makan, dia tidak sedar bahawa jari dia tertekan panggilan Boboiboy "Fang, kau ok tak?" Fang masih lagi tidur, dia tidak dengar kawannya sedang memanggil dia
"Fang?" Boboiboy berasa hairan "Fang, kau tidur ke?"
Lalu Fang bercakap di dalam tidurnya "Tak ibu, Pang tak boleh nak tidur"
"Wei Fang, aku bukan ibu kau lah! Kau mengigau ke nie?"
Fang bermimpi lagi tentang memori dia dengan ibu dia
"Kenapa anak ibu tidak boleh tidur?" Keiko duduk di atas katil anaknya sambil melihat Fang sedang terbaring di atas katil. Fang sedang memeluk anak patung landak yang begitu comel sekali "Adik tak boleh tidur sebab adik selalu dapat mimpi buruk"
"Mimpi buruk? Fang mimpi apa?" Fang bangun dan melihat wajah ibunya yang begitu ayu sekali
"Pang mimpi Pang jadi budak jahat. Pang selalu buli budak-budak kecil, buat mereka menangis, hancurkan mainan dia orang. Lepas tue, Pang kecewakan ibu, ayah dan juga abang" Fang menangis sedikit, dia mengelap air matanya
"Fang tahukan, Fang anak yang baik" Keiko mencium dahi Fang "Itu semua hanya mimpi sahaja Fang"
"Tapi ibu, bagaimana kalau mimpi itu benar" Keiko mendekatkan diri dia dengan anaknya. Keiko peluk anaknya supaya Fang jangan risau sangat tentang mimpi buruk itu
"Ibu akan pastikan anak ibu tidak akan menjadi jahat. Ibu kenal anak-anak ibu semua. Fang dan Kaizo anak ibu yang baik, ibu tak nak melihat kamu berdua membesar dengan kejahatan yang ada dihati kamu" Keiko melepaskan pelukan dia, dia baringkan Fang dan cium dahi Fang lagi sekali "Fang, bila kamu sudah besar nanti. Kalau orang buat jahat dengan Fang, jangan sesekali simpan dendam dihati Fang" Keiko menyelimutkan Fang
"Baik ibu" Keiko memberikan senyuman manis kepada anaknya "Ibu temankan Pang tidur malam ini boleh?"
"Boleh" Lalu Keiko baring disebelah Fang
"Ibu nyanyikanlah lagu yang ibu selalu buat adik tertidur" kata Fang lagi di dalam tidurnya. Skrin kecil di jam kuasanya masih lagi terpapar muka Boboiboy. Dia rasa bersalah pula mendengar Fang berkata di dalam tidurnya. Dia tamatkan panggilan mereka "Maaf Fang, aku telah mencerobohi privasi kau"
Boboiboy kembali masuk ke dalam bilik karaoke, kali ini Gopal pula sedang nyanyi lagu hindustan. Dia siap bergelek-gelek di depan skrin television "Mana abang Kaizo?"
"Dia sudah pulang maaa.. kau tak nampak ke keluar tadi?"
"Aku tak perasan pula Ying. Dia mesti pulang ke rumah"
"Kau pergi mana tadi, Boboiboy?" tanay Yaya
"Aku.. aku sebenarnya menghubungi Fang tapi..." Tak kan dia menipu kawan dia sendiri, fikir Boboiboy "Tapi.. dia tidur pula"
"Aik, macam mana kau tahu dia tengah tidur?" Ying berasa hairan melihat Boboiboy sedang tersengih kepada dia dan Yaya
"Hehehe... agaknya jari dia tertekan kot" Boboiboy duduk di kerusi sambil melihat Gopal bernyanyi dengan begitu semangat "Lepas nie aku nak nyanyi boleh tak?" tanya Boboiboy
"TAK BOLEH!" Kata Yaya dan Ying
------------------------------------------------------
"Ibu, abang pergi mana?"
Kaizo yang baru sahaja pulang dari karaoke tadi, dia terdengar suara adik dia sedang bercakap dengan ibunya. Kaizo rasa pelik, ibu mereka sudah lama tiada, dengan siapa adik dia sedang bercakap, fikir Kaizo. Jangan-jangan ada orang menyamar menjadi ibu mereka. Kaizo berlari ke dapur dan nampak adiknya sedang tidur di meja makan. Dia juga nampak lauk kari ayam sudah tersedia di atas meja. Juice lobak merah juga ada di atas meja. Dia rasa bersalah kerana tidak beritahu adiknya, ke mana dia pergi tadi
"Ibu, lama lagi ke abang keluar? Adik sudah lapar ibu"
"Adik?" Kaizo melihat adiknya sedang bercakap di dalam tidurnya "Adik? bangun adik" Fang membuka matanya secara pelahan-lahan, dia nampak abang dia sedang berdiri di depan dia
"Abang? abang baru balik ke?"
"Yea adik" kata Kaizo "Adik mimpi tentang ibu ke tadi?"
"Mimpi? adik tak ingat apa adik mimpi tadi. Kenapa abang?"
"Pang, Pang rindukan ibu ke?" Fang mengangguk kepala, dia sebenarnya memang rindukan ibunya. Setiap malam sebelum dia tidur, dia akan membuka loket milik ibunya untuk melihat wajah ibunya yang ada di dalam loket tersebut "Tadi abang terdengar adik sedang bercakap dengan ibu dalam tidur kau" Fang tergaman seketika. Dia berborak dengan ibu? tapi bagaimana dia boleh bercakap dengan ibu? bukan ibu sudah lama tiada ke? fikir Fang
"Kenapa Pang?"
"Tak, adik cuma terkejut sahaja" Fang cuba fikirkan balik apa yang dia mimpikan tadi. Dia tidak ingat langsung apa yang dia mimpi tadi, apa yang dia berborak dengan ibu di dalam mimpi dia. Muka Fang menjadi sedih, Kaizo nampak kesedihan di muka adiknya "Pang jangan sedih, nanti-nanti kau akan mimpi ibu lagi. Mungkin kau akan ingat mimpi itu bagaimana"
"Hmmm.. terima kasih abang" Hati Fang seperti mengatakan, dia perlu pertolongan seseorang untuk melihat balik mimpi dia atau memory dia. Mungkin dia akan menghubungi kak Lynna, fikir Fang. Yea, kak Lynna sahaja ada kuasa itu, kuasa untuk melihat masa lampau Fang, fikir Fang lagi. Fang tersenyum sedikit. Kaizo berasa pelik melihat adiknya senyum seorang diri, macam orang tak betul atau dia sedang fikirkan tentang sesuatu. Idea nakal atau idea yang konon-kononnya baik, fikir Kaizo
"Pang, cepat sediakan nasi. Abang sudah lapar" Kaizo merasa sedikit kuah kari ayam itu "Kenapa kuah sudah sejuk?"
"Abang lambat pulang, sejuklah kari tue. Jangan nak salahkan adik!" Fang bangun dan lalu keluarkan nasi di dalam periuk nasi dan masukan di dalam mangkuk besar "Adik dah penat-penat masakan untuk abang, abang pula yang balik lambat. Penat tau tak adik tunggu abang"
"Kenapa kau tidak hubungi abang sahaja! Jam kuasa ada, tapi tidak guna pula"
"Kalau adik hubungi abang, mesti abang marah adik sebab ganggu abang dengan hal penting abang tue" Fang meletak mangkuk besar itu di atas meja sambil membebel kepada abangnya "Abang pergi mana tadi?"
"Itu pun sibuk kau nak tahu!" Kaizo mengambil senduk nasi dan bubuh di dalam pinggan dia "Suka sangat sibuk dalam urusan abang"
"Yelah, berahsialah dengan adik. Ini mesti hal misi abang"
"Ini bukan tentang misi"
"Habis tue apa? beritahulah adik"
"RAHSIA!"
Sambil mereka menikmati makanan tengahari, sambil itulah mereka bergaduh sampailah masing-masing habis makan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top