Hari Kantin
"Apa yang kamu tengah buat nie Pang?" Kaizo melihat adiknya sedang membuat cupcake kecil yang begitu banyak di dapur mereka. Kaizo ingin mencuba salah satu cupcake yang baru sahaja siap tetapi tangan dia sudah di tepuk oleh adiknya
"Abang jangan nak rasa, ini semua untuk hari kantin sekolah esok"
"Hari kantin?" Kaizo tidak tahu apakah itu hari kantin "apa hari kantin itu adik?"
"Kalau abang nak tahu, hari kantin itu adalah dimana pelajar-pelajar dapat pengalaman kecil dalam membuat sesuatu bisnes atau maksud lain, hari untuk kita orang bersuka ria" kata Fang sambil meletak cream chocolate di atas cupcake tersebut "Setiap kelas darjah 5 dan 6 akan membuka satu booth atau gerai kecil tapi disebabkan cikgu Papa Zola kata kita orang ini superhero Pulau Rintis, jadi dia bukakan sebuah booth khas untuk kita orang"
"Jadi, kamu berlima nak jual cupcake lah nie?"
"Ini semua idea daripada Gopal" kata Fang. Dia pula cadangkan buka mini konsert supaya dia dapat menunjuk bakat dia dalam nyanyian tapi tidak adil lah pula kalau dia seorang sahaja yang nyanyi. Jadi mereka terpaksa menolak cadangan Fang. Mereka berbincang balik dan akhirnya, semua setuju sahaja dengan cadangan dari Gopal. Jual cupcake dan kek sedap Yaya dan juga sesi autograph dan tangkap gambar bersama dengan Superhero Pulau Rintis
"Oh begitu cerita kau. Kenapa tidak mengajak abang sekali?"
"Ajak abang? buat apa, nanti abang pergi belasah semua orang dekat sekolah" kata Fang sambil terbayangkan abang dia merosakan hari kantin mereka esok. Habis semua khemah dan gerai-gerai kecil menjadi mangsa abang dia nanti. Rasa takut pula aku, fikir Fang
"Jadi, kau tak nak abang datanglah nie"
"Datanglah abang, kalau abang nak. Adik tak kisah pun" kata Fang dengan nada bosan dia. Dia perlu siapkan semua cupcake ini dengan segera, selepas ini dia perlu packing kesemua cupcake tersebut supaya tidak masuk angin. Banyak betul kerja dia kena buat, fikir Fang. Tapi apasal aku sorang sahaja yang kena buat semua nie! Fang berapi-api pula kerana tiada kawan-kawan dia yang datang untuk menolong dia "Cheh, tak guna punya kawan"
"PANGGG!"
"APAAA DIA!"
"KAWAN KAU DATANG!" Fang melihat di luar dapur dan dapati Boboiboy dan Gopal datang untuk menolong dia. Mereka berdua jalan menuju ke arah dapur "Maaf Fang, aku lewat pula datang sebab aku tadi buatkan poster untuk booth kita orang esok" Boboiboy menunjuk cardboard besar dan menunjukkan hasil kerja dia kepada Fang "Ok tak?"
Fang melihat nama booth mereka iaitu Superhero dan ada juga lukisan gambar mereka berlima dalam bentuk chibi "Bolehlah" kata Fang '"Kau pula Gopal, apa alasan kau?"
"Aku, aku sebenarnya kena tolong Appa aku tadi. Tolong dia buatkan ice cream untuk dijual esok"
"Aik, ayah kau pun jual ice cream dekat sekolah kita orang esok?"
"Ha ah, cikgu Papa yang suruh"
"Oh, tapi kau nanti tolong kita orang jual cupcake ini semuakan?" tanya Fang
"Jangan risau Fang, kita orang akan tolong kau. Apa kita orang kena buat?" Fang memberikan beberapa kotak kepada Gopal dan menyuruh dia masukan cupcake di dalam setiap kotak dan Boboiboy pula kena ikat kotak-kotak tersebut dengan ribbon "Jangan bagi koyak kotak tue, aku beli mahal tue"
"Kau pula kena buat apa Fang?" tanya Boboiboy sambil mengisi sebiji cupcake di dalam kotak ungu yang comel itu
"Aku kena habiskan buat semua cupcake ini lah, ada lagi dalam oven tue" kata Fang sambil menunjuk oven dia. Fang yang terlampau rajin sangat, dia telah membuat cupcake hampir 50 biji cupcake, semuanya dia buat seorang diri "Dasyat betul kau"
"Mestilah, aku kan handal dalam bab-bab buat pastri" kata Fang dengan lagaknya "Sudah! buat kerja korang, nanti tak siap pula" Mereka bertiga bekerjasama untuk menyiapkan cupcake-cupcake tersebut. Manakala Yaya pula, dia meminta pertolongan dari Ying. Mereka berdua membuat pelbagai perisa kek, semuanya kecil dan comel untuk senang di makan dan juga untuk di bawa
"Wah Yaya! aku pasti cake kau akan habis dijual nanti esok"
"Aku harap begitulah Ying" kata Yaya sambil tersenyum melihat kek-kek yang dibuat olehnya
----------------------------------------
Pagi-pagi lagi mereka berlima sudah sampai di sekolah, booth mereka terletak di tepi padang sekolah. Mereka menghiasi booth mereka supaya nampak cantik dan juga dapat menarik perhatian pelajar-pelajar lain untuk datang ke booth mereka. Bukan sahaja pelajar-pelajar yang hadir di hari kantin mereka, ibubapa, sanak-saudara, orang luar, kawan-kawan dari sekolah lain dan guru-guru juga boleh datang untuk menikmati hari kantin mereka. Ada yang buat rumah hantu, rumah sesat di dalam kelas, ada yang membuat gerai makanan, gerai menjual barang-barang terpakai, menjual hasil buatan sendiri seperti penanda buku, keychain dan macam-macam lagilah. Di dalam dewan sekolah ada pertandingan menyanyi, anjuran sekolah rendah Pulau Rintis. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memaksa Fang masuk ke dalam pertandingan tersebut tetapi dia menolak sebab dia takut orang lain cemburu kalau dia menang tapi sebenarnya ada sebab lain. Dalam senyap-senyap, rupanya Gopal sudah pun mendaftar nama Fang untuk masukan dia di dalam pertandingan itu. Gopal tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang itu. Di gelanggang bola keranjang pula, ada persembahan dari klub muzik, jadi Fang sebagai ketua klub muzik, dia akan mengadakan persembahan di situ sebentar lagi
Tepat pukul 8, booth mereka sudah siap dipasang dengan hiasan mereka. Banner besar mereka juga sudah diletakkan di tiang booth mereka. Kek dan cupcake sudah tersusun dengan begitu kemas di atas meja, di sebelah meja makanan ada meja dan kerusi kosong. Di situ mereka juga akan mengadakan sesi autograph dan juga sesi menangkap gambar bersama Superhero Pulau Rintis. Mereka akan bergilir-gilir untuk menjual kek dan cupcake tersebut
"Wah! dah siap pun booth kita" kata Yaya
"Kejap lagi ramailah akan datang ke sini" Boboiboy sudah tidak sabar lagi untuk jalankan tugas dia pada hari ini "Kau rasa, kita semua nie ada peminat ke? tanya Boboiboy
"Mestilah! kitakan Superhero yang terkenal! Kalau tak terkenal tue, tak mungkin cikgu Papa suruh kita buka booth kita tersendiri"
"Ha ah, betul kata Gopal tapi paling popular nanti, mestilah Boboiboy sendiri kan" Boboiboy rasa malu pula dengan kata-kata Ying tadi
"Ala, korang pun popular juga" Boboiboy tersengih di situ sambil melihat orang ramai sudah datang ke sekolah mereka "Eh, mana Fang?"
"Ha ah lah, hilang pula si rambut cacak nie" Mereka berempat melihat sekeliling sekolah dan tidak juga menjumpai Fang. Ke mana dia pergi, entahlah. Mereka tiada masa untuk pergi mencari Fang kerana ramai yang datang ke booth mereka. Boboiboy dan Gopal duduk di tempat sesi autograph atau menangkap gambar bersama mereka, manakala Yaya dan Ying pula menjual cupcake dan kek di sebelah. Ramai yang datang untuk tangkap gambar bersama dengan Boboiboy. Gopal pula, sedikit sahaja. Dia pula yang rasa cemburu melihat Boboiboy mempunyai ramai peminat, dari budak kecil sehinggalah remaja. Gopal hanya ada peminat kanak-kanak sahaja, semuanya mempunyai minat yang sama, iaitu makan. Ada setengah daripada mereka meminta Gopal menukarkan object-object yang mereka bawa menjadi makanan.
"SAYA LAH PIZU! MASKOT SUPERHERO PULAU RINTIS" Rizu muncul dengan pakaian dia ala-superman. Di tengah-tengah baju dia terdapat nama Pizu dan di belakang pula tertulis huruf P. Rambut dia pula tidak ikut style rambut Fang tetapi dia membuat style rambut ala-superman juga
"Wah! comelnya Rizu. Siapa yang buat pakaian Rizu?" tanya Yaya
"Ibu yang buat! comelkan" Rizu membuat gaya superman kepada Yaya dan Ying "Pizu datang ke sini untuk menjadi maskot korang. Jadi, Pizu nak tolong korang boleh? tapi mana abang Fang?" Rizu mencari-cari Fang di dalam booth tersebut
"Entahlah Rizu, akak pun tak tahu mana dia pergi" kata Yaya "Tapi kalau Rizu nak tolong, boleh sahaja. Rizu pergi tarik pelanggan untuk datang ke sini"
"Baik kakak Yaya!" Rizu dengan begitu semangat, dia berlari gaya terbang ke halaman sekolah untuk mempromosikan booth mereka. Sedang mereka sibuk menjalankan tugas, mereka terdengar muzik sedang dimainkan di tengah-tengah gelanggang bola keranjang. Baru mereka tahu, kemana Fang pergi tadi. Dia sedang menolong cikgu dia mengangkat drum dan guitar ke gelanggang bola keranjang. Cikgu dia tidak membawa keluar piano besar sebab piano itu terlalu mahal dan juga berat
Fang dengan rasa seronoknya, dia bermain sebuah muzik di situ. Ramai yang terpegun dengan bakat Fang, ramai yang tangkap gambar Fang sedang bermain guitar. Ada juga sekumpulan remaja perempuan menjerit kerana terlalu gembira melihat Fang bermain guitar penuh bergaya. Dia bermain hanya sekejap sahaja kerana dia terpaksa pergi menolong kawan-kawan dia. Ada juga yang ikut dia ke booth mereka
"Hah! apa kata kau ambil alih tempat aku. Kau kan ramai peminat" kata Gopal
"Apa-apa jelah" kata Fang dengan nada bosan dia. Lalu Gopal bangun dari tempat duduk dia dan Fang pula duduk di situ, ramai perempuan yang datang ke arah dia pula. Boboiboy dan Fang bersaing di situ, siapakah di antara mereka berdua, yang paling popular sekali. Yaya dan Ying hiraukan sahaja dengan saingan mereka berdua. Gopal pula, pergi berjalan-jalan untuk melihat apa yang ada di booth lain. Dia sangat teruja melihat pelbagai jenis makanan yang ada di booth lain, dia mahu sahaja beli kesemuanya tetapi dia menahan dirinya dan akhirnya dia pergi masuk ke dalam rumah hantu yang dibuat oleh kelas 6 Harmony
"ABANG FANGGG! abang Kaizo datang" muncul Rizu dengan Kaizo
"Eh, abang pun datang juga" Fang terkejut melihat kedatangan abangnya ke hari kantin mereka, dia rasa sangat gembira melihat abang dia ada di sini
"Abang nak tengok apa seronok sangat tentang hari kantin ini" kata Kaizo yang rasa sangat curiga dengan hari kantin tersebut. Jadi dia datang ke sini untuk melihat apa yang menarik tentang hari kantin. Fang melihat ada sekumpulan perempuan meminta Kaizo menangkap gambar bersama dengan mereka. Dia telah mendapat satu idea
"Hah! apa kata abang duduk dekat tempat adik. Abang tangkap gambar dengan peminat-peminat abang, bagi dia orang autograph. Adik nak pergi tolong Yaya dan Ying" Fang bangun dan menyuruh abang dia duduk di tempat dia. Fang pula dengan senang hati, pergi menolong Yaya dan Ying "Cheh, tak guna punya adik" Kaizo terpaksa menangkap gambar dengan peminat-peminat perempuan dia. Dia langsung tidak senyum atau buat muka comel, dia hanya membuat muka serius sahaja, seperti orang tiada perasaan
"Wei, yang kau pergi suruh abang kau apasal?" kata Ying dengan nada marah dia
"Abang aku pun ramai juga peminat kan"
"Tapi abang kau bukannya Superhero bumi" kata Yaya pula "Dia hanya pahlawan terkuat di galaxy sahaja"
"Habis tue, Rizu pun bukan Superhero bumi tapi ada juga yang nak tangkap gambar dengan dia" Fang tunjuk ke arah Rizu yang sedang sibuk bergambar dengan peminat kecilnya. Dia terlalu gembira kerana ada juga sudi menangkap gambar bersama dia
"Yelah yelah, aku mengalah sahajalah Fang. Aku malas nak bergaduh dengan kau lagi" Yaya dengan hati panas dia, dia biarkan sahaja si Fang. Dia terus dengan kerja menjual dia walaupun hati dia tengah marah. Fang hiraukan sahaja Yaya, dia pergi menolong Ying menjual cupcake dia. Boboiboy sudah penat melayan peminat-peminat dia yang terlampau ramai, dia meminta salah seorang daripada mereka mengambil alih tempat dia. Yaya menjadi pengganti tempat Boboiboy. Ada juga yang meminta resepi biskut tak sedap dia, Yaya dengan senang hati dia, lalu memberikan resepi tersebut
"Makin laku aku nampak booth kita" kata Boboiboy
"Aku rasa macam tak cukup sahaja cupcake dan kek kita nie" Fang pergi periksa dan melihat ada beberapa lagi yang tinggal. Cupcake dia tinggal sedikit, seperti juga kek Yaya. Mereka tiada makanan lain untuk dijual. Mereka semua terpaksa mencari jalan seterusnya, jikalau cupcake dan kek mereka sudah habis dijual
"PANGGGG! KAU AMBIK ALIH TEMPAT ABANG!" Kaizo yang sudah rimas melayan peminat perempuan dia yang terlampau gedik, dia menyuruh adiknya duduk di situ. Ramai peminat perempuan Kaizo rasa sedikit kecewa kerana Kaizo hendak beredar dari situ. Mereka juga terpaksa beredar dengan perasaan kecewa. Peminat Fang pula mengambil alih, mereka semua beratur untuk mendapat autograph Fang atau untuk menangkap gambar bersama dengan Fang
Lama kelamaa, jualan mereka habis. Jadi mereka gantikan cupcake dan kek mereka dengan persembahan dari pecahan Boboiboy. Boboiboy Blaze siap dengan pertunjukkan bebola api dia, Taufan pula dengan memberikan mereka naik ke atas hoverboard dia. Ramai yang rasa nak muntah atau pening kerana Taufan membawa hoverboard itu terlampau laju sangat. Gempa pula, ramai yang lari dari golem tanah dia, ada juga budak kecil menangis sebab takut melihat golem tanah tersebut. Halilintar terpaksa duduk tepi kerana takut ada yang nak pegang dengan pedang halilintar dia, tak pasal-pasal nanti ada juga kena sambar dengan petir. Ice sudah pergi ke cafe yang dibuat oleh kelas 6 Jaya, dia duduk relax di situ sambil bertangkap gambar dengan peminat dia yang ada di cafe tersebut
Makin lama makin riuh rendah booth mereka kerana terlampau ramai sangat. Fang terpaksa lari keluar dari booth mereka sebab terlampau sesak sangat dengan kehadiran peminat-peminat Boboiboy yang lain. Yaya dan Ying juga terpaksa beredar dari booth mereka, Rizu juga ada dengan mereka. Jadi yang tinggal, hanya pecahan Boboiboy sahaja. Kaizo masih lagi ada di sekitar sekolah mereka, dia sedang berjalan-jalan untuk melihat apa menarik lagi yang ada. Tapi mana Gopal?
"Gopal pergi mana? Dia langsung tak tolong kita semua" tanya Yaya
"Dia mesti tengah makan nie" kata Ying "Mari kita cari dia" Mereka bertiga, termasuklah Rizu, pergi mencari Gopal di sekitar sekolah. Sambil itu, mereka berhenti dan melihat apa yang ada di booth lain. Rizu siap membeli bingkai gambar, kata dia, dia ingin meletakkan gambar dia dengan Fang
"Hehe.. baguslah tue" gelak Yaya
"Nanti kita tangkap gambar sama-sama, nak tak abang Fang?" tanya Rizu. Mereka belum lagi pernah menangkap gambar bersama. Fang senyum sahaja kepada Rizu yang tersangatlah comel itu
"Boleh, nanti kita tangkap gambar sama-sama" Rizu dengan gembiranya, dia pegang tangan Fang. Orang lain melihat Fang dan Rizu macam adik beradik, padahal mereka bukan adik beradik. Ying secara senyap-senyap, menangkap gambar mereka berdua yang sedang berjalan sambil memegang tangan masing-masing. Ying melihat di kamera digitalnya, untuk melihat gambar tadi dan dia terasa sangat comel melihat mereka berdua. Ying tersenyum melihat kecomelan mereka berdua
Mereka berjalan lagi dan terserempak dengan Kaizo yang sedang beratur untuk masuk ke dalam rumah hantu. Dia, peminat hantu, ingin melihat keadaan rumah hantu tersebut, adakah menakutkan atau tidak. Fang juga ingin masuk ke dalam rumah hantu tersebut dengan abang dia. Rizu tidak mahu kerana takut dengan hantu, jadi dia duduk diluar bersama dengan Yaya dan Ying. Mereka nampak ada seorang lelaki sedang membuat face-painting, jadi mereka ke sana sekejap sementara menunggu Fang dan Kaizo habis dengan rumah hantu mereka
Sudah tiba giliran mereka berdua, Kaizo masuk ke dalam sebuah kelas yang gelap, belakang dia diikuti oleh Fang. Ada juga pelajar-pelajar menyamar menjadi hantu tetapi mereka tidak berjaya menakutkan Kaizo, muka dia sentiasa serius "Ini kamu katakan rumah hantu?" kata Kaizo "INI BUKAN HANTU! INI LAWAK NAMANYA!" Kaizo menjerit sekuat hati di dalam rumah hantu tersebut sampai boleh dengar orang dekat luar. Suara garang Kaizo menyebabkan setengah pelajar menjadi ketakutan "Kalau korang nak tengok hantu yang sebenarnya, aku akan tunjukkan hantu yang sebenar" kata Kaizo yang masih lagi berada di dalam rumah hantu tersebut
"Aduh, apa abang aku nak buat" Fang melihat abang dia keluarkan hologram dia dan keluarkan gambar hantu yang menakutkan. Orang yang baru masuk rumah hantu, terkejut besar melihat hantu hologram tersebut dan menjerit sekuat hati "Abang aku dah gila rupanya" bisik Fang
"HAHAHAHAA! INILAH DIA HANTU YANG SEBENAR!"
"Aduh, rosak rumah hantu nie" Fang menepuk dahinya. Dia melihat sahaja abang dia menakutkan beberapa orang lagi yang masuk ke dalam rumah hantu, ramai yang lari keluar kerana terlampau takut sangat. Pelajar-pelajar yang menyamar menjadi hantu terpaksa sorokkan diri kerana takut sangat dengan Kaizo. Ada yang sudah lari keluar sebab Kaizo sudah mengganas di dalam rumah hantu tersebut. Fang terpaksa keluar dari situ kerana malu dengan tindakan abang dia. Dia dari luar sudah mendengar beberapa jeritan ketakutan dan jeritan dari abang dia untuk menakutkan orang. Dia terus pergi ke tempat face-painting dan melihat seorang lelaki sedang melukis gambar superhero kegemaran Rizu di pipi kanan dia. Yaya dan Ying ketawa kecil kerana superhero kegemaran Rizu adalah Fang
"Aik, sekejapnya kau masuk rumah hantu" tanya Ying yang terkejut melihat Fang sudah keluar dari rumah hantu tersebut
"Abang aku pergi rosakan rumah hantu, dia buat rumah hantu macam dia punya" kata Fang sambil melihat pipi kanan Rizu dilukis. Dia rasa sedikit terharu apabila melihat gambar kecil dia sedang dilukis di pipi kanan Rizu
"Tapi ada kebaikannya juga sebab makin panjang pula yang nak masuk dalam rumah hantu abang kau" Yaya menunjuk barisan panjang di luar pintu rumah hantu. Pelajar-pelajar kelas 6 Harmony rasa teruja melihat ramai yang nak datang ke rumah hantu mereka kerana ingin melihat Kaizo menakutkan mereka semua.
"Jangan dia pergi belasah dia orang semua dengan pedang tenaga dia" kata Fang dengan nada bosan dia. Dalam hati dia agak risau dengan abang dia, takut dia menjadi terlampau kejam sangat. Abang dia mana tahu erti belas kasihan kalau dia terlampau ganas sangat, habis semua dia pergi belasah. Selepas sahaja siap lukisan di pipi Rizu, mereka pergi berjalan lagi. Mereka melihat ada booth-booth bermain game. Rizu paksa Fang main satu game untuk menang sebuah hadiah istimewa. Game tersebut adalah baling bola untuk jatuhkan kelima-lima botol yang ada di atas rak tersebut. Fang dengan keyakinan yang tinggi, dia baling bola itu dan terkena kelima-lima botol itu
"YEAHHH! ABANG FANG MENANG!" Fang mendapat hadiah sebuah teddy bear yang besar, sama besar dengan Rizu. Dia memberikan teddy bear itu kepada Rizu tetapi kasihan Rizu kerana tidak dapat jalan dengan begitu sempurna kerana teddy bear menghalang penglihatan dia untuk berjalan. Jadi Fang terpaksa pegang teddy bear tersebut. Mereka naik ke atas untuk melihat cafe kelas 6 Jaya, dan nampak Gopal sedang duduk berehat bersama dengan Boboiboy Ice. Mereka berdua sedang menikmati kek chocolate yang sangat sedap
"Sini rupanya kau!" Fang masuk ke dalam kelas 6 Jaya dan berjalan menuju ke Gopal dan Boboiboy Ice "Bukan nak tolong kita orang tadi"
"Maaf maaf! aku seronok sangat sampai lupa nak tolong korang" kata Gopal yang tersengih-tersengih melihat kawan-kawan dia yang sedang marah "Korang nak rasa tak kek chocolate nie?"
"RASA KEK CHOCOLATE TUE?! HARIMAU BAYANG!" Fang mengeluarkan harimau bayang dia "SERANG DIA!" Dia menyuruh harimau bayang itu mengejar Gopal, habis cafe kelas 6 Jaya menjadi kucar kacir akibat Gopal berlari sekeliling cafe itu kerana kena kejar dengan harimau bayang. Boboiboy Ice pula, masih lagi duduk diam sambil minum chocolate milk shake dia
"Fang, hentikan harimau bayang kau" kata Yaya
"Buat apa aku nak hentikan, biar aku ajar si Gopal nie. Bukan nak tolong kita orang tadi" kata Fang yang masih lagi tidak puas hati dengan Gopal
"Hentikan ajelah!" merayu Yaya lagi
"Dengar ajelah cakap Yaya tue" kata Ying "Cuba kau tengok cafe nie, sudah menjadi kelam kabut, habis semua pelanggan lari keluar"
"Yelah, yelah" Fang hilangkan harimau bayang dia "Puas hati?" kata Fang kepada Yaya dan Ying dan terus dia keluar dari cafe 6 Jaya tersebut. Rizu mengikut Fang dari belakang
"Abang Fang" panggil Rizu. Fang hanya senyap sahaja, entah kenapa mood tiba-tiba sahaja menjadi mood tidak baik "Abang Fang jangan lah marah abang Gopal macam tue, Pizu takut bila abang Fang mengamuk"
"Maafkan abang, Rizu" kata Fang
"Abang Fang tak perlu maafkan Pizu, abang Fang perlu minta maaf dekat kakak Yaya dan kakak Ying" Fang tersenyum sedikit dekat Rizu
"Nanti abang minta maaf dekat dia orang" Lalu Rizu pegang tangan Fang dan mengheret dia balik ke kelas 6 Jaya yang sudah berterabur akibat harimau bayang Fang tadi "Kenapa Rizu bawa Fang ke sini?"
"Nak suruh abang Fang minta maaf dekat dia orang semualah" Rizu menunjuk pelajar-pelajar 6 Jaya yang begitu sedih sekali melihat cafe mereka sudah musnah, mereka terpaksa tutup cafe itu. Rizu menolak Fang masuk ke dalam kelas, pelajar-pelajar yang ada di situ pandang ke arah Fang dengan perasaan begitu marah sekali
"Maaf semua, aku tak sengaja" kata Fang. Dia tahu mereka tidak akan menerima kemaafan dia kerana pelajar-pelajar kelas 6 Jaya tidak berapa suka sangat dengan Fang. Dia terpaksa keluar dari kelas tersebut sebelum dia kena halau daripada mereka
"Abang Fang ok ke?"
"Abang ok" kata Fang "Jom kita cari Yaya dan Ying, abang pergi minta maaf dekat dia orang juga"
"Dengan abang Gopal sekali" Fang mengangguk sahaja. Fang melihat jam kuasanya, sudah pukul 11 pagi dan dia terdengar pengumuman dari pengetua sekolah. Dia memanggil kesemua peserta pertandingan bernyanyi untuk masuk ke dewan kerana sebentar lagi, pertandingan tersebut akan bermula. Pengetua sekolah juga menyebut nama-nama yang akan bertanding, Fang terkejut kerana nama dia juga tersenarai. Hati dia berapi-api, dia marah dan juga curiga, siapa yang pergi daftarkan nama dia?
"Jom abang Fang, kita ke dewan" Jadi mereka berdua terus sahaja ke dewan. Boboiboy yang sudah kembali normal, kelihatan sungguh penat, sedang duduk di bahagian hadapan bersama dengan Gopal, Yaya dan Ying. Dia berjalan menuju ke arah mereka. Yaya dan Ying masih lagi marah dengan dia
"Yaya, Ying. Aku nak minta maaf tentang tadi" kata Fang dengan nada yang agak pelahan
"Kita orang maafkan kau tapi kenapa kau tipu kita orang yang kau masuk pertandingan ini sebenarnya? bukan kau menolak ke tadi" kata Yaya yang rasa kecewa sedikit dengan kawan dia
"Mana ada aku tipu, aku sendiri pun terkejut nama aku ada" kata Fang
"Habis tue siapa yang masukkan kau?" tanya Boboiboy. Fang melihat kawan-kawan dia dan kelihatan Gopal seperti ingin ketawa dan dia telah syak siapa yang telah mendaftar nama dia, hati dia panas dengan Gopal. Baru sahaja tadi dia mengamuk sebab Gopal, kali ini dia mahu mengamuk lagi sekali tetapi Rizu telah memegang tangan Fang "Abang Fang jangan mengamuk lagi" kata Rizu yang tahu Fang akan mengamuk. Terus Fang tenangkan diri dan mengambil tempat duduknya disebelah Ying "Kau nak nyanyi apa nanti sebab orang lain sudah bersedia dengan lagu masing-masing"
"Entahlah Ying, aku pun tak pasti" Fang berfikir di situ sambil melihat pertandingan tersebut telah bermula. Fang adalah peserta yang ke 4 untuk mulakan nyanyian dia. Cikgu Papa Zola telah memanggil nama dia untuk bersiap sedia di tepi dewan. Fang bangun dan melihat muka Gopal dengan muka yang tidak puas hati "Jaga kau nanti Gopal" bisik Fang. Dia berjalan ke tepi dan fikirkan, lagu apa dia nak nyanyi. Dia mula panik dan akhirnya dia mendapat idea apabila dia ternampak sebuah piano yang ada di atas pentas. Sudah tiba giliran dia. Fang naik ke atas pentas dan memberitahu cikgu Papa Zola yang dia akan bermain piano sambil nyanyi. Fang duduk di atas bangku piano dan melihat di keadaan di bawah pentas. Ramai yang tidak sabar untuk mendengar dia nyanyi, lebih-lebih lagi peminat perempuan dia. Dia ternampak abang dia sedang duduk disebelah Rizu. Fang tersenyum sedikit apabila melihat abangnya ada di situ. Fang menarik nafas dan lalu menekan piano itu
I sit and wait
Does an angel contemplate my fate
And do they know
The places where we go
When we're grey and old
'cos I have been told
That salvation lets their wings unfold
So when I'm lying in my bed
Thoughts running through my head
And I feel that love is dead
I'm loving angels instead
And through it all she offers me protection
A lot of love and affection
Whether I'm right or wrong
And down the waterfall
Wherever it may take me
I know that life won't break me
When I come to call she won't forsake me
I'm loving angels instead
When I'm feeling weak
And my pain walks down a one way street
I look above
And I know I'll always be blessed with love
And as the feeling grows
She breathes flesh to my bones
And when love is dead
I'm loving angels instead
And through it all she offers me protection
A lot of love and affection
Whether I'm right or wrong
And down the waterfall
Wherever it may take me
I know that life won't break me
When I come to call she won't forsake me
I'm loving angels instead
Setelah selesai dia menyanyi, dia terdengar tepukan gemuruh dari orang ramai. Fang bangun dan lalu menunduk sedikit kepada mereka semua, dia tersenyum lebar apabila nampak abang dia juga berikan tepukan kepada dia. Dia juga nampak abang dia tersenyum sedikit walaupun muka abang dia masih lagi nampak serius. Rizu pula terloncat-loncat kegembiraan. Gopal tidak percaya dengan kehebatan Fang tadi, Boboiboy pula tersenyum sambil bertepuk tangan. Ying menangkap gambar dia dan Fang senyum di kamera Ying dan Yaya juga tersenyum lebar sambil berikan tepukan kepada dia. Fang tersenyum melihat kawan-kawan dia. Fang rasa malu pula, terus dia lari ke bawah dan kembali ke tempat duduk dia
"WAH! abang Fang hebatlah!" kata Rizu
"Dasyat kau Fang" kata Gopal "aku baru nak kenakan kau tapi kau memang hebat Fang"
"Oh! jadi betullah tekaan aku. Ini kau punya kerjalah" Fang rasa nak sahaja dia serang Gopal dekat situ juga
"Eh, bertenang Fang" kata Boboiboy "Kau janganlah mengamuk Fang, persembahan kau tadi memang hebat. Kau sudah tunjukkan kehebatan kau kepada Gopal"
"Ha ah, betul kata Boboiboy. Janganlah kau mengamuk. Aku kagum dengan bakat yang kau ada" kata Yaya yang masih lagi tersenyum melihat kawan dia
"Terima kasih semua" kata Fang yang masih lagi rasa malu "Sebenarnya aku memang malu kalau aku mengadakan persembahan nyanyian dekat atas pentas, sebab itu aku menolak bila korang suruh aku masuk pertandingan ini"
"Habis tue, tahun lepas elok sahaja kau nyanyi dekat atas pentas, masa kau tengah tolong kawan-kawan kau jual ice cream"
"Itu sebab adik kena paksa buat persembahan, macam sekarang ini juga, kena paksa. Yang masa tolong Gopal jual ice cream, itu sebab abang paksa adik nyanyi tapi lama-lama adik suka pula" kata Fang
"Patutlah kau bergaduh dengan abang kau pada masa tue" Boboiboy ketawa kecil apabila teringat tentang projet ice cream mereka. Masa itu, ice cream mereka tidak laku tapi mini konsert Fang dan Kaizo yang laku "Tapi elok sahaja kau main guitar tadi"
"Main guitar sahaja bukan suruh nyanyi pun" kata Fang
Setelah habis sahaja kesemua peserta nyanyi, juri-juri telah mengira markah dan pemenangnya ialah pelajar darjah 5 dari kelas 5 Jujur. Fang pula dapat no. 2 tapi dia tidak kisah sangat pun. Fang dan Rizu sempat mengambil gambar dengan bersama dengan trofi kecil Fang dan juga teddy bear besar Rizu. Selepas itu mereka menyuruh cikgu Papa Zola mengambil gambar mereka semua di depan booth mereka, Kaizo masih lagi dengan senyuman serius dia. Mereka semua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana masing-masing sudah kelihatan penat dengan aktivity hari ini
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top