Gila
"ABANGGG! KENAPA MAKAN SANDWICH ADIKK!"
Pagi-pagi lagi Fang sudah menjerit dekat abang dia. Sandwich yang dibuat oleh dia tadi, sudah di habis makan oleh Kaizo. Fang yang bersungguh-sungguh untuk membawa bekalan makanan ke sekolah hari ini, semuanya sudah habis di makan, yang tinggal hanyalah piring kosong sahaja. Kaizo masuk ke dalam dapur dengan tuala mandinya di lehernya dan lalu berkata "Yang kau pergi tinggalkan dekat atas meja buat apa, jadi abang makanlah"
"Dah tue, kenapa tak tanya adik dulu. Adik baru sahaja nak bawa pergi sekolah"
"LAIN KALI LETAKLAH NOTA DEKAT SITU, SUPAYA ABANG TAK MAKAN MAKANAN KAU!" Kaizo menjentik hidung adiknya "Sudah! abang mahu pergi mandi!" lalu Kaizo keluar dari dapur, tinggalkan adiknya yang sedang berapi-api di situ. Fang tiada masa untuk membuat sandwich lobak merah yang baru, dia terpaksa beli sahaja makanan pada waktu rehat nanti. Dia baru hendak berjimat cermat kerana dia ingin mengumpul wang untuk membeli buku latihan baru. Kalau dia minta wang dekat abang dia, mesti abang dia kedekut tak bagi
"Abang aku nie, memang sahaja nak bagi aku marah" Fang dengan mood tidak baik, terus keluar dari dapur dan terus sahaja ke sekolah. Sepanjang perjalanan dia ke sekolah, hati Fang asyik berapi api. Dia berjalan begitu pantas sekali, dia langsung tidak hiraukan tentang persekitarannya. Sampai sahaja di sekolah, dia terus sahaja ke kelas dan lemparkan beg sekolahnya di atas meja. Seperti biasa, dia akan kemaskan bilik darjahnya sebelum pelajar-pelajar lain sampai. Dia akan tenangkan dirinya dengan mengemas kelas. Mengemas adalah salah satu kegemaran dia, dia sudah terbiasa dari dulu lagi. Dia memang seorang yang pentingkan kebersihan, tak suka bila tengok bilik atau rumah atau mana-mana tempat bersepah.
Sedang dia asyik menyapu sampah, Fang terjumpa sehelai kertas di bawah meja. Dia mengangkat kertas itu dan membaca isi kandungannya. Fang berasa geram membaca kertas itu, dia telah di panggil budak alien gila kerana kelakuan dia pelik-pelik dari awal persekolahan sehingga sekarang. Fang meremuk kertas tersebut dan buang di dalam bakul sampah
"Fang! SELAMAT PAGI!" Dia menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang berdiri di pintu kelasnya. Dia kelihatan begitu ceria sekali, lalu Fang berikan senyuman kepada kawan baik dia
"Selamat pagi Boboiboy" kata Fang sambil menyambung menyapu sampah
"Kenapa kau takde dekat bawah tadi? kita orang cari kau" tanya Boboiboy. Dia masuk ke dalam kelas, dan duduk di atas salah satu meja yang berdekatan
"Maaf, aku bad mood tadi. Terus aku naik ke kelas" kata Fang
"Kenapa dengan kau? macam ada sesuatu tak kena aje"
"Isk kau nie! banyak sangat tanya!"
"Maaf Fang, aku banyak sangat tanya pula"
"Takpe" kata Fang "Aku sebenarnya sakit hati dengan kelas nie. Tadi aku baru sahaja terjumpa satu kertas nie, nak tahu apa dia orang panggil aku. BUDAK ALIEN GILA! dia orang panggil aku nie gila. Itu baru sahaja dari kelas ini, belum lagi dari kelas-kelas lain"
"Biarkan ajelah dia orang tue Fang. Dia orang bukannya tahu pun apa yang kau lalui sebelum ini, lagipun, kau masih ada lagi kawan macam aku, Gopal, Yaya dan Ying. Jangan lupa juga, adik kesayangan kau tue si Rizu" Fang tersenyum sedikit
"Hah! betul cakap Boboiboy! kau tak payah fikirkan sangat orang nak panggil kau gila pun" muncul pula Gopal dengan bungkusan nasi lemak dia "Aku makan dalam kelas nie boleh tak? aku sudah lapar nie"
"Makanlah tapi jangan kau buat sepah sudah" Gopal mengambil tempat duduk di salah satu kerusi dan terus sahaja membuka bungkusan nasi lemak dia, sebelum dia menjamu selera, dia pandang ke arah dua kawan dia yang sedang melihat dia "Err.. korang pun nak juga ke?" tanya Gopal sambil tersengih
"Kau makan ajelah Gopal" kata Fang dan terus Gopal makan nasi lemak dia dengan menggunakan sudu "Hmm.. hari macam nak hujan aje" Fang melihat di luar tingkap, langit menjadi gelap. Awan-awan mendung sudah datang
"Ala, tak seronoklah kalau hari ini tiada kelas Pendidikan Jasmani" kata Gopal dengan mulut penuh dia. Habis tersembur nasi dekat muka Fang, dia terpaksa lap muka dia
"Bukan kelas PJ kau paling akhir ke? Kan kita sama kelas PJ nanti" kata Fang
"Ha ah, tak kan hujan sampai tengahari"
"Manalah tahu kalau hujan tue nak lama turunnya, Boboiboy"
Pelajar-pelajar kelas 6 Jaya mula masuk ke kelas, mereka terus pandang ke arah Boboiboy dan Gopal dengan muka bengang mereka. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri, Boboiboy tidak dengar apakah bisikan mereka tetapi Fang tahu, mesti mereka sedang mengata tentang mereka bertiga. Fang hiraukan sahaja bisikan mereka, dia terus berborak sahaja dengan sahabat baik dia
"Balik nanti kita singgah kedai Tok Aba nak tak? aku sudah lama tak pergi sana"
"Boleh juga! bolehlah kau ajar kita orang nanti" kata Boboiboy "Lagipun Tok Aba dan Ochobot rindu sangat dengan kau"
"Lepas tue kau bolehlah belanja aku air special Tok Aba" kata Gopal sambil berkelip-kelip mata dia dekat Fang
"Buat apa aku belanja kau, bukan kau ke sepatutnya belanja aku"
"Dey! hari itu aku sudah belanja kau, giliran kau pula belanja aku"
"Aku baru sahaja sembuh, kau lah yang kena belanja aku!"
"wei wei, janganlah bergaduh" Boboiboy cuba tenangkan dua kawan baik dia "Nanti dia orang ingat kita nie gila pula" Terus Gopal dan Fang berhenti bergaduh
"Tapikan.. sebut pasal gila nie" Dia pergi dekat kepada kawan-kawan dia supaya pelajar lain tidak dengar "Abang aku, kalau kau bagi dia minum air kopi atau mana-mana makanan berperisa kopi, dia akan jadi gila serta merta" kata Fang secara pelahan-lahan "Kalau aku pula, kalau korang nyanyikan aku lagu cina yang ibu aku selalu nyanyikan, aku mesti tertidur terus"
"Pelik betul dengan korang berdua nie. Agaknya DNA alien macam nie kot" kata Gopal
"Pelik ke tak pelik, jangan cuba nyanyi lagu tue masa aku tengah belajar!" marah Fang kepada Gopal. Dia tahu Gopal ingin memcuba nyanyikan lagu itu dekat diri dia
"Tapi, masa kau nyanyi, kau tak tidur pulak" kata Boboiboy
"Entahlah, dia nak kena orang lain nyanyi kot tapi... korang nak tak cuba bagi abang aku minum air kopi" Fang sudah mula dengan idea tak betul dia
"Isk kau nie Fang, baru sahaja sembuh, nak kenakan abang kau pula. Memang patutlah orang panggil kau gila" Fang terus pijak kaki Boboiboy "ADOIII!" menjerit dia di dalam kelas tersebut "sakitlah gila!"
"Wei! aku tak gila lah!"
"Aku nyanyi karang lagu tue, baru kau tahu" Boboiboy dan Fang merenung ke arah mata masing-masing, Gopal berdiri di tengah-tengah, lalu dia menghentakkan kepala mereka berdua. "ADOIII! SIAP KAU GOPALLLL!" Terus Gopal lari dari kelas 6 Jaya. Boboiboy dan Fang terus mengejar Gopal dan belasah dia sampai dia lebam satu kepala
Yaya dan Ying gelengkan sahaja kepala mereka "Budak lelaki, perangai pelik-pelik sahaja" kata Yaya sambil melihat Gopal kena marah dengan Boboiboy dan Fang dekat tepi kelas 6 Jujur
"Biarkan ajelah dia orang tue Yaya. Jom kita masuk kelas" mereka berdua terus masuk ke kelas dan hiraukan sahaja mereka bertiga
---------------------------------------------
Selepas sahaja habis sesi persekolahan, Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus ke kedai Tok Aba. Hujan pagi tadi tidaklah sampai ke tengahari, jadi mereka dapat pergi ke kedai Tok Aba. Mereka hari ini ingin menyiapkan kerja sekolah mereka sambil berlepak di kedai Tok Aba. Fang pula asyik fikirkan cara untuk kenakan abang dia dengan memberi dia minum air kopi. Dia tidak lupakan kejadian pagi tadi, abang dia telah makan sandwich lobak merah dia
"Atuk ada jual tak minuman kopi dekat kedai atuk?" tanya Fang. Boboiboy dan Gopal pandang ke arah Fang
"Dey! abang kau kan dah gila, apasal kau nak bagi dia tambah gila lagi"
"WEI! KAU CAKAP ELOK-ELOK SIKIT!" terus Gopal mengigil
"Isk! apa korang nie. Tak baik cakap orang gila" marah Tok Aba kepada Fang dan Gopal "Minuman kopi, atuk memang ada jual tapi orang jarang beli, kau nak ke Fang?"
"Sa-" terus Gopal tutup mulut Fang "Dia tak nak beli Tok Aba. Dia sahaja aje tanya" Fang menolak Gopal dengan menggunakan siku dia dan lalu Gopal jatuh ke atas rumput "Dey! kau tolak aku apasal"
Yaya dan Ying yang sedang belajar, tidak rasa aman kerana Fang dan Gopal buat bising di kedai Tok Aba "Korang berdua nie, boleh tak jangan buat bising!" kata Yaya dengan nada tegas dia "Kan kita datang ke sini untuk belajar, bukan untuk buat bising"
"Maaf Yaya" kata mereka berdua. Fang dan Gopal terus duduk diam, Boboiboy ketawa kecil melihat mereka takut dengan suara tegas Yaya. Suasana kembali aman, semuanya rajin memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah masing-masing kecuali Gopal. Dia asyik tergaru-garu kepala dia kerana dia tidak faham dengan soalan matematik tersebut, lalu dia baringkan kepala dia kerana dia sudah putus asa
"Aku tak faham dengan soalan nie" kata Gopal "Fang, tolonglah aku"
"Malas" kata Fang sambil menjawab soalan matematik dia. Gopal rasa geram dengan Fang, lalu dia membuka mulut dia untuk nyanyikan lagu tidur Fang tetapi Boboiboy cepat-cepat sumbat mulut Gopal dengan pancake yang sudah separuh makan
"Kau nak bagi Fang mengamuk ke" bisik Boboiboy kepada Gopal
Gopal makan pancake tersebut dan terus telan "Dey! macam mana dia nak mengamuk kalau dia dah tertidur"
"Yelah tue Gopal, esok-esok dia cari kau, baru kau tahu" kata Boboiboy "Sudahlah, aku nak sambung buat kerja sekolah aku nie" Boboiboy malas nak layan karenah Gopal. Keadaan kembali menjadi sunyi balik. Tok Aba dan Ochobot melihat sahaja mereka semua duduk senyap sambil membuat kerja sekolah masing-masing. Fang adalah orang paling awal sekali siapkan kerja sekolahnya dan orang kedua adalah Yaya dan Ying. Boboiboy sedikit lagi hendak habiskan kerja sekolah dia. Manakala Gopal pula, dia sudah tertidur di atas buku latihan kerja sekolah matematik. Air liur Gopal siap mengalir keluar dan habis basah buku sekolah dia
"Isk isk isk, apa nak jadi dengan Gopal nie" kata Ochobot sambil sediakan ice cream chocolate untuk Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying
"Biarkan ajelah dia tidur, takde aku nak bergaduh dengan dia lagi" kata Fang sambil mengusik-usik pipi Gopal dengan ranting kayu. Gopal garu-garu pipi dia sebab gatal "Hah! baru teringat. Atuk, saya nak beli air kopi satu boleh?"
"Wei Fang, kau nak kena belasah dengan abang kau lagi ke" bisik Boboiboy kepada Fang
"Suka hati akulah, kau sibuk apasal"
"Kau nie Fang, tak serik-serik lagi. Nanti kalau kena belasah dengan abang kau, jangan minta tolong dari aku" Fang buat-buat tidak dengar dan lalu dia mengambil air kopi di dalam cawan kertas yang diberikan oleh Tok Aba. Yaya dan Ying perasan dengan pergaduhan bisik dia orang, mereka nampak macam serius sebab muka Boboiboy kelihatan begitu serius sekali. Manakala Fang pula, muka marah dia seperti biasa
"Korang berbisik nie kenapa? ada rahsia yang korang cuba nak sembunyikan ke?" tanya Yaya
"Tak pun dia orang nie mesti ada idea-idea yang tak betul" kata Ying pula
"Si Fang nie, degil nak mampus" kata Boboiboy "Dia na-" Fang letak air kopi itu dan dia cepat-cepat tutup mulut Boboiboy
"Mana ada, aku mana ada nak buat apa-apa. Boboiboy nie saja nak cari pasal dengan aku. Betul tak Boboiboy" Fang sahaja anggukkan kepala Boboiboy tanda setuju "Hah! kan betul"
"Hmm.. mencurigakan" Yaya melihat muka Fang yang tersengih-sengih cemas itu "Ok takpe, kalau kau nak kenakan orang lagi, jaga kau Fang"
"Jangan risaulah Yaya. Aku kan budak baik, mana ada nakal lagi"
"Yelah tue! budak baik konon. Nanti esok-esok kena kejar dengan abang kau sendiri, baru kau tahu" kata Ying
Boboiboy lepaskan tangan Fang yang masih lagi ada di mulut dia "Baik kau mengaku Fang, kalau tidak, aku beritahu abang kau, apa yang kau nak buat"
"Yelah yelah! aku mengaku ajelah! Aku memang nak kenakan abang aku pun dengan air kopi nie. PUAS HATI!" Fang tunjuk air kopi tersebut kepada mereka. Yaya dan Ying pandang sesama sendiri dan lalu tergelak "apasal korang gelak?"
"hehehe... itu aje, kau nak kenakan abang kau dengan air kopi?" kata Yaya yang masih lagi gelak "Pandai pula kau buat lawak, Fang"
"Tau takpa Yaya" kata Ying "Jomlah Yaya, mari kita balik. Hari pun sudah petang, nanti mak aku marah pula kalau balik lewat" Ying mengambil beg sekolahnya dan terus ketawa kecil bersama dengan Yaya, lalu mereka beredar. Fang berasa sangat lega kerana mereka tidak syak apa-apa. Lagipun Yaya dan Ying tak tahu tentang apa air kopi ini boleh buat dekat abang dia. Dia pandang ke arah Boboiboy dan berikan senyuman sinis dia
"HAH! aku dah mengaku tapi kau juga yang kalah.. HAHAHAHAHAHAA!"
"Belagak betul" Boboiboy dengan muka geram dia, lalu dia baling cawan plastik yang kosong dekat Fang dan terkena kepala Fang "Oh! kau nak main yea" Dia mengambil ice cream yang ada di dalam mangkuk dan baling ke arah muka Boboiboy
"FANGGGGGGGGG!" Fang sudah lari dulu sebelum Boboiboy sempat membalas dendam dekat dia
"Apa nak jadi dengan korang berdua nie, dah darjah 6 pun, masih nak bergaduh lagi" kata Tok Aba sambil berikan tuala kecil dekat Boboiboy
"Mana ada gaduh, dia tue sahaja nak cari pasal dengan Boboiboy" Dia mengelap muka dia yang terkena ice cream chocolate tadi. Dia kena kejutkan Gopal, untuk pergi halang Fang daripada buat abang dia menjadi tambah gila. Eh, abang Kaizo tak gila, fikir Boboiboy. Yang gilanya si Fang tue. Aduh, aku pula yang panggil dia gila. Dahlah kelas dia sudah panggil dia gila, kata Boboiboy dihatinya "Gopal! bangun! kita kena pergi halang si Fang tue"
"Kau ajelah sendiri yang pergi, aku nak tidur lagi" kata Gopal yang matanya masih tutup lagi
"Yelah" kata Boboiboy "Atuk, jumpa nanti dekat rumah" Boboiboy mengambil beg sekolahnya dan terus pergi mencari Fang. Boboiboy terus bertukar menjadi Boboiboy Taufan, dia menggunakan hoverboard nya untuk terbang lagi tinggi. Dia pandang ke arah jalan raya dan perhatikan, di manakah Fang berada. Dia nampak Fang sudah dekat dengan rumahnya, lalu dia memandu Hoverboard nya begitu laju sekali. Fang yang berada di bawah, dia terdengar sesuatu dari langit. Dia pandang ke atas dan nampak Boboiboy Taufan sedang menuju ke arahnya dengan begitu laju sekali
"ALAMAK!" Fang berlari sambil memegang air kopi
"MANA KAU NAK LARI FANG!" kata Boboiboy Taufan "PUSARAN TAUFAN!" Puting beliung datang ke arah Fang dan dia menyedut Fang masuk ke dalam puting beliung tersebut. Habis air kopi itu tumpah dan terjatuh di atas jalan raya. Fang juga jatuh apabila puting beliung itu hilang. Boboiboy Taufan mendarat di sebelah Fang dan kembali kepada Boboiboy yang normal
"Padan muka kau, Fang"
"Apasal kau halang aku!"
"Aku halang kau sebab aku tak nak kau nakal lagi. Kan sebelum nie kau dah terkena dengan Yaya sebab dia nak ajar kau jangan kenakan orang lagi dengan gurauan nakal kau tue. Cubalah insaf sedikit Fang, kau tue baru sahaja sembuh dari episode drama kau" Boboiboy menghulur tangannya kepada Fang yang masih lagi terbaring di atas jalan. Fang pegang tangan Boboiboy dan lalu dia mengangkat dirinya
"Yelah, aku insaflah. Terima kasih sahabat sejati ku kerana telah menginsafkan diri ku ini" kata Fang dengan nada sindiran dia
"Janganlah marah aku Fang, aku cuma nak kau kurangkan kenakalan kau tue aje. Kita kan kawan baik, aku kenalah menasihati kau. Betul tak, betul tak, betul tak" Boboiboy mengusik-usik lengan Fang dan lalu Fang tersenyum sedikit dari muka masam dia
"Betul lah tue" kata Fang dengan nada bosan dia "Aku janji aku tak kan kenakan abang aku dengan air kopi tapi kau pun kena janji dengan aku, jangan nyanyi lagu tidur aku. Kalau boleh, rahsiakan perkara itu"
"Aku janji!"
---------------------------------------
Dua hari selepas itu, mereka berkumpul lagi di kedai Tok Aba untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Seperti biasa, Gopal terburu-buru mencari jawapan soalan matematik nya. Dia menghantuk-hantuk kepalanya di atas meja kaunter kedai Tok Aba, yang lain hiraukan sahaja dia "Tolong aku dengan soalan nie, Boboiboy"
"Hmm.. kau suruhlah Fang yang ajarkan"
"Fang, tolong aku"
"Malas" itu sahaja jawapan dari mulut Fang
"DEY! yang kau malas nak ajar aku apasal!"
"Sebab, bila aku ajar kau.. kau tak suka aku marah kau kan" kata Fang "Nanti bila aku marah kau, ada sahaja alasan dari kau sebab itu aku malas nak mengajar kau. Sudah berapa kali aku ajar kau, tetap tak faham juga. Baik aku suruh abang aku ajar kau matematik"
"Janganlah suruh abang kau ajar aku, Fang. Abang kau garang sangat" mengigil kaki Gopal apabila dia teringat lagi Kaizo mengajar dia. Dia rasa macam nak pengsan sahaja "Takut aku"
"APA NAK DI TAKUTNYA! AKU AJAR KAU KENA LAH GARANG! BUKANNYA LEMBUT MACAM ADIK AKU NIE!" muncul Kaizo di belakang Gopal "Bagi aku buku latihan matematik kau, biar aku ajar kau" Tangan Gopal mengigil sambil berikan buku latihan matematik dia kepada Kaizo. Fang dan Boboiboy menahan gelakan mereka. Yaya dan Ying pula, mereka juga ingin merasa macam mana Kaizo mengajar. Mesti hebat, fikir mereka berdua
"Padan muka kau Gopal" bisik Fang. Mereka semua terus sambung menyiapkan kerja sekolah mereka. Boboiboy sempat juga bertanya kepada Kaizo tentang soalan-soalan matematik yang dia tidak faham. Yaya dan Ying pula meminta Kaizo mengajar mereka bahasa english, mereka tahu Kaizo pandai dalam bahasa english. Hanya Fang seorang sahaja duduk senyap dan tumpukan perhatian dia kepada kerja sekolah dia. Dia tidak perlukan pertolongan sebab dia dah terlalu pandai sangat. Mengikut kata Gopal, Fang tue pandai tapi nakal dan degil
"WAH! terima kasih Kapten Kaizo!" kata Yaya dan Ying selepas sahaja Kaizo habis mengajar mereka berdua
"Siapa lagi perlukan pertolongan dari aku?" tanya Kaizo. Dia pandang ke arah adik dia yang sedang tekun menjawab soalan sains "Pang?"
"Bukan abang pernah kata ke, adik nie pandai sangat dan tak perlukan orang lain mengajar" Fang menjawab dengan selambernya tapi nasib dia begitu baik kerana Kaizo tidak memarahi dia. Fang pernah cemburu apabila abang dia berikan layanan yang baik kepada kawan baik dia, Boboiboy tapi dia sudah lupakan sifat cemburu kecuali apabila orang lain bermanja dengan abang dia
"Bagus! kau jangan nak main-main sangat tahun nie" kata Kaizo kepada adiknya "Kalau kau dapat keputusan teruk, aku akan hantar kau ke rumah atuk dan nenek kau. Duduklah kau dekat sana" Fang tidak gentar dengan amaran dari abangnya sebab dia tahu, dia boleh dapat keputusan yang baik
"Baiklah abang ku sayang" Fang seperti malas nak layan sangat abang dia kerana dia perlu fokuskan dirinya dengan soalan sains yang susah. Dia tidak mahu sesiapa pun ganggu dia, kalau tidak, dia akan mengamuk dekat situ juga. Kaizo biarkan sahaja adiknya siapkan kerja sekolah, manakala dia pula duduk di sebelah adiknya sambil berborak dengan kawan-kawan adiknya. Tepat pukul 4 petang, Kaizo sudah mengheret adiknya pulang ke rumah
-------------------------------------------
Boboiboy dan Gopal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas sahaja mereka habis lepak di kedai Tok Aba, mereka terserempak dengan Yaya dan Ying
"Korang tak balik lagi?" tanya Boboiboy
"Kita orang pergi ke rumah Fang tadi. Nak hantar air dekat Kapten Kaizo sebagai tanda terima kasih kerana mengajar kita orang" kata Yaya
"Air apa korang hantar?" tanya Boboiboy lagi
"Air kopi maaa... mesti Kapten Kaizo suka" terkejut Boboiboy dan Gopal
"Betul ke Ying, korang bagi Kapten Kaizo air kopi?"
"Betul lah aku cakap tadi, Boboiboy. AIR KOPI!" kata Ying dengan begitu jelas sekali supaya dia tidak perlu mengulang lagi perkataan air kopi lagi sekali. Boboiboy dan Gopal pandang sesama sendiri, mereka sudah menjadi panik
"ALAMAKKKKKK!" Mereka berdua berlari ke rumah Fang untuk selamatkan Kaizo daripada minum air kopi tersebut. Yaya dan Ying berasa pelik melihat mereka berdua "Apasal dengan dia orang tue?" tanya Ying
"Entahlah Ying, aku bukannya faham sangat dengan perangai budak-budak lelaki nie"
"Apa-apa jelah dia orang tue" mereka teruskan berjalan dan malas untuk mengambil tahu tentang mereka berdua
Boboiboy dan Gopal masih lagi berlari dan akhirnya mereka sampai di rumah Fang. Mereka cepat-cepat mengetuk pintu rumah Fang "FANGG! BUKA PINTU NIE CEPATT!" menjerit Boboiboy. Akhirnya pintu itu dibuka juga oleh Fang. Mereka nampak air kopi itu masih lagi di tangan Fang
"Korang apasal? macam kena kejar dengan hantu sahaja" kata Fang. Boboiboy dan Gopal tercugap-cugap di depan pintu rumah Fang
"Air tue... kita orang nak.." kata Boboiboy yang masih lagi dalam kepenatan
"Mana boleh! air ini untuk abang aku lah"
"Kau nie Fang, bagi ajelah" Gopal mencapai air kopi tersebut tetapi Fang cepat mengelak air itu daripada di ambil oleh Gopal. Dia berasa sangat geram dan lalu dia nyanyikan lagu tidur Fang
"GOPAL! JANGANNN!" Gopal tetap teruskan bernyanyi sampailah Fang jatuh tertidur. Air kopi itu sempat di selamatkan oleh Boboiboy "Yang kau pergi nyanyi lagu tue buat apa, kan dah tertidur si Fang nie" Fang terbaring di muka pintu rumahnya "Kau angkat dia masuk" Gopal terpaksa mengheret Fang masuk ke dalam rumah dan terus ke sofa ruang tamu
"Selamatlah kau nie ringan, Fang" kata Gopal sambil mengangkat badan Fang dan letakkan dia di atas sofa "Sekarang kita boleh balik dan bu-" Air kopi yang ada di tangan Boboiboy, telah dirampas oleh Kaizo. Boboiboy dan Gopal menelan ludah kerana Kaizo sudah minum air itu. Kaizo rasa pelik dengan air tersebut dan lalu dia bau air itu
"Kopi? AIR KOPIII!" Muka dia terus berubah, dari muka yang serius terus ke muka yang sadis "JADI KORANG YANG BAGI AKU MINUM AIR KOPI INI!" Kaizo keluarkan pedang tenaganya. Dia melibas pedang tenaganya penuh dengan kesadisannya
"Mana ada! bukan kita orang yang bagi" kata Boboiboy yang cuba mengelak daripada terkena pedang tenaga tersebut
"Hehehehe.. jangan nak tipu! MARI SINI, MARI AKU TUNJUKKAN KEHEBATAN AKU! HAHAHAHAHAA!" Terus Kaizo mengejar Boboiboy dan Gopal sampai ke taman permainan "MANA KORANG NAK LARII!"
"Wei, apasal kita pulak kita yang kena?" kata Gopal yang sedang berlari bersama dengan Boboiboy
"Habis tue, kau nak beritahu Yaya dan Ying yang bagi air kopi tue"
"Betul juga cakap kau" kata Gopal "Tak pasal-pasal, kita orang juga yang kena"
Kaizo melompat dan lalu muncul di depan Boboiboy dan Gopal. Dia mengangkat pedang tenaganya untuk belasah mereka "JANGAN KAPTEN KAIZO!" Lalu Kaizo berhenti
"Hehehe.. baru korang takut!" Kaizo mengheret mereka berdua sambil ketawa gila di situ. Dia mengheret mereka sampai ke kapal angkasa "Sekarang! mari aku tunjukkan latihan tempur tanpa belas kasihan! LAHAP! TUTUP LAMPU TUE!"
"Baik Kapten!" Lahap menutup lampu tapi kali ini, tiada hologram hantu. Tempat latihan tempur itu siap di tutup dengan bumbung dan dinding dengan sepenuhnya supaya cahaya matahari tidak dapat masuk ke dalam. Semua nya menjadi gelap gelita dan hanya kedengaran gelakan dari Kaizo. Boboiboy dan Gopal mengigil ketakutan kerana gelakan Kaizo amat menakutkan. Mereka menjerit dan berlari ke sana sini kerana Kaizo mengejar mereka dengan penuh kegilaan dia
"TIDAKKKKKKKK!" Habis jam kuasa mereka kena rampas, Boboiboy dan Gopal dipaksa jalani latihan tempur tanpa menggunakan jam kuasa tapi selamat tiada kecederaan teruk yang berlaku terhadap mereka berdua
Fang pula, masih lagi tidur di atas sofa sampai esok pagi. Boboiboy dan Gopal tidak datang ke sekolah keesokannya kerana demam teruk
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top