Gadis Misteri

"Probe, tengok air yang aku cipta ini"

"Air apa yang encik bos buat nie?" tanya Probe sambil melihat air berwarna merah jambu itu

"Ini adalah air untuk mudahkan kita jatuh cinta! MUAHAHAHAHAHAAA!" Adudu ketawa besar di markas kotaknya "Air ini adalah khas untuk Kapten Kaizo! Bila dia minum air ini, dia akan jatuh cinta dan dia akan lupakan tentang misi dia, tentang belasah orang, tentang melindungi Boboiboy dan rakan-rakan dia! MUAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Dasyat betul air ini encik bos, tapi encik bos pasti ke rancangan kita akan berjaya?"

Adudu mengambil tin cawannya dan lalu balik ke arah Probe, dan terkena kepala besi dia "Aduhh!"

"MESTILAH RANCANGAN KITA AKAN BERJAYA! kita hanya perlu bagi Kapten Kaizo minum air cinta ini!" Adudu tersenyum lebar melihat air berwarna merah jambu yang dia telah ciptakan tadi. Dia terbayangkan bagaimana Kapten Kaizo jatuh cinta. Mesti kelakar, tergelak Adudu

"Tapi encik bos, mesti adik dia belasah kita orang nanti" kata Probe "encik bos tak takut ke nanti?"

"Nak takut buat apa, kita senyap-senyap ajelah letak air ini dekat Kapten Kaizo. Lepas dia minum, terus dia akan jatuh cinta... adik dia tue tidak akan dapat tahu kita yang buat, dia cuma ingat abang dia telah jatuh cinta sahaja" Adudu ketawa besar lagi "Kita akan dapat tahu siapakah dihati Kapten Kaizo sebenarnya, aku pasti ramai pembaca mahu tahu kan kan kan"

"Errr.. encik bos cakap dengan siapa?" tanya Probe melihat Adudu dengan penuh kepelikannya

"Aku cakap dengan orang yang tukang baca episode hari inilah! AMBIK NIE AMBIK NIE!" Adudu mengetuk kepala besi Probe dengan tin cawannya "Aduh! jangan ketuk saya encik bos" merayu Probe, dan Adudu berhenti mengetuk Probe

"Idea aku pasti akan berjaya! MUAHAHAHAHAAA!"

"Bagus encik bos! bagus! idea yang baik! Saya pasti idea encik bos akan berjaya!"

"Mestilah! aku kan alien paling genius!" kata Adudu dengan belagaknya "Mari Probe, kita mulakan operasi cinta untuk Kapten Kaizo"

"MARIII!" Probe dengan gembiranya, dia ikut Adudu untuk jalankan operasi mereka

------------------------------------------------------------

"Huarghhhh!" Fang menguap seluas-luasnya, Fang berjalan pun sudah tidak betul, terhuyung hayang dia berjalan kerana terlalu mengantuk sangat

"Aik, kau dan mengantuk dah?" kata Boboiboy melihat kawannya yang sudah mengantuk, mata dia pula sudah lebam macam panda "Kau buat apa semalam sampai tak cukup tidur?"

"Aku kena latihan tempur dari abang aku malam semalam, lepas tue dia paksa aku kemaskan rumah, buatkan sarapan pagi untuk dia, aku cuma dapat tidur pukul 5 pagi" Fang langsung tidak larat untuk merungut tentang abang dia. Mereka berdua dalam perjalanan menuju ke kedai Tok Aba selepas sahaja habis sesi persekolahan. Fang berasa lega kerana tiada mesyuarat club muzik, tiada aktiviti untuk penolong ketua kebersihan sekolah dan juga tiada latihan bola keranjang pada hari ini. Fang cuma mahu berehat di kedai Tok Aba sebelum pulang ke rumah. Dia mahu ketenangan untuk tidur sebentar sebelum abang dia menjerit dia paksa buat kerja

"Kasihan aku tengok kau"

"Tak payah kasihan dekat aku pun, ini sudah takdir aku tiap-tiap hari" Fang hanya menghela nafas "Mana yang lain?" tanya Fang

"Gopal kena balik rumah, Appa dia suruh. Yaya dan Ying pula, ada kerja dekat sekolah, itu pun tak tahulah kalau dia orang sempat ke tak singgah kedai Tok Aba nanti"

"Aku rasa, aku patut balik rumah juga. Tak larat pula aku nak jalan sampai ke kedai Tok Aba" Fang menguap lagi

"Ok, kau hati-hati yea. Jangan sampai tertidur atas jalan pula"

"Hmm.. yelah Boboiboy. Jumpa lagi" Fang berjalan secara pelahan-lahan dengan mata dia yang separuh terbuka itu. Dia tengah bayangkan diri dia sedang tidur nyenyak di atas katil yang selesa, bantal yang empuk, tiada abang dia yang suka sangat buat kacau, mesti rasa bahagia. Fang tidak sabar untuk sampai ke rumah, lalu dia berjalan laju sedikit. Katil di rumahnya sudah memanggil namanya, Fang hanya tersenyum sahaja

Setelah dia tiba di rumah, Fang terus masuk ke dalam rumah dan dapati abang dia tiada di rumah. Dia begitu gembira sekali, terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia melempar beg sekolahnya dan lalu tidur di atas katil kesayangan dia. Fang dengan serta merta, dia sudah nyenyak tidur dengan tenangnya. Dia tidak sedar bahawa Adudu dan Probe telah mencerobohi masuk ke dalam rumah dia dan mereka telah meletakkan air berwarna merah jambu itu di atas meja makan dapur. Adudu tersenyum di situ dan hanya menunggu sahaja Kapten Kaizo minum air tersebut

10 minit kemudian, Kaizo sudah pulang dari kapal angkasanya. Dia kelihatan begitu penat tetapi masih lagi bertenaga. Dia masuk ke dalam dapur dan nampak air berwarna merah jatuh berada di atas meja makan, dia hiraukan sahaja air tersebut "Mesti adik aku punya air" kata Kaizo. Dia biarkan sahaja air tersebut dan lalu mengambil air kosong, lebih bagus untuk kesihatan daripada air manis dan juga bagus selepas sahaja latihan tempur dia tadi

Selepas itu, dia naik ke biliknya untuk mandi. Fang masih lagi tertidur di atas katilnya, Shadow juga ada di atas katilnya, dia pun tidur juga di sebelah Fang. Mereka sungguh nyenyak tidur sampailah ke petang. Seminit lagi untuk pukul 6, tetapi Fang masih lagi tidur. Kaizo yang berada di dapur, melihat adiknya tiada. Selalunya adik dia akan mulakan kerja memasak pukul 6, tetapi hari ini dapur begitu sunyi pula

"PANGGGGGG! APA KAU TENGAH BUAT TUE!" Jeritan Kaizo yang sungguh dasyat dan sungguh kuat sekali membuatkan Fang terjaga dari tidurnya. Shadow juga terkejut dengan jeritan tersebut, dia hampir hendak mencakar tangan Fang tetapi Fang sempat mengangkat tangannya

"Alamak, sekarang sudah pukul berapa?" Fang melihat jam di jam kuasanya dan terkejut, ia sudah pukul 6 petang. Fang keluar dari biliknya dan turun ke bawah tanpa menukar pakaian sekolahnya "Baru sekarang kau nak turun? apa kau buat dekat dalam bilik tue?"

"Maaf abang, adik tidur tadi. Mengantuk sangat" kata Fang sambil mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak nanti

"Mengantuk? apa kau buat sampai mengantuk?"

"Abanglah yang buat adik sampai mengantuk. Abang paksa adik buat itu, buat ini sampai adik sendiri kena tidur pukul 5 pagi" Fang merungut sambil memotong lobak merah, hari ini dia akan masak makanan yang ringkas sahaja iaitu bubur lobak merah. Ringkas dan cepat sebab dia tahu abang dia tengah kelaparan. Fang masih lagi tidak sedar dengan botol kecil yang berada di atas meja makan kerana dia terlalu sibuk sangat memotong lobak merah dan merungut tentang abang dia

Kaizo yang malas hendak mendengar adiknya merungut tentang diri dia, lalu dia keluar dari dapur dan terus baring di atas sofa untuk sambung membaca buku novel hantu misteri dia. Makin lama makin banyak novel hantu dia, dia semakin minat pula dengan cerita hantu. Sedang dia asyik membaca novel hantu dia, dia terdengar adiknya memanggil dia. Fang keluar dari dapur dengan sebuah botol di tangannya

"Abang punya air ke nie?" tanya Fang

"Bukan abang punya" Kaizo langsung tidak mengalih pandangan dia kerana dia terlalu fokuskan novel dia

"Habis tue, siapa punya?" Fang membelek-belek botol tersebut. Dia mahu sahaja buka penutup botol itu untuk merasa air tersebut. Mesti air strawberry sebab warna dia warna merah jambu, fikir Fang

"MANA ABANG TAHU! SUDAH! JANGAN MENGADA NAK KACAU ABANG!" Fang yang malas untuk bertengkar dengan abangnya, lalu dia masuk ke dalam dapur dan simpan botol air itu di dalam peti sejuk. Fang pula naik ke atas untuk membawa turun buku-buku kerja sekolah dia. Sementara dia menunggu bubur siap, sementara itulah dia siapkan kerja sekolah dia. Hari ini cikgu-cikgu di sekolahnya, memberikan terlampau banyak kerja sekolah, jadi Fang ingin siapkan dengan cepat supaya dia boleh tidur awal, itu pun kalau abang dia tidak kacau dia lagi

"Aduh, Kapten Kaizo tak minum pula air tue" Probe yang berada di luar tingkap dapur, dia telah dihantar oleh Adudu untuk melihat apakah perkembangan air cinta tersebut. Ternyata, ia akan mengecewakan kerana tiada siapa di dalam rumah tersebut yang minum air merah jambu itu "Macam mana nie, mesti encik bos kecewa nanti" Probe fikir samada dia mahu duduk di situ lagi untuk memerhatikan mereka atau pulang sahaja di markas kotak untuk laporkan kepada encik bos dia. Probe mundar mandir di tepi rumah Fang dan Kaizo, dia asyik terfikir sampailah bubur yang Fang buat tadi sudah siap dimasak

"ABANG! BUBUR SUDAH SIAP!" panggil Fang. Dia menutup buku-buku latihan dia dan kemaskan meja untuk meletakkan mangkuk dan cawan di atas meja "Bubur sahaja?" tanya Kaizo

"Adik terbangun lewat tadi, jadi adik sempat masak yang ringkas sahaja" Fang tersengih kepada abangya supaya abangnya tidak memarahi dia. Kaizo tidak berkata apa, dia duduk dan lalu makan sahaja bubur lobak merah itu

"Esok adik buat yang sedap-sedap untuk abang"

"Yelah... kau jangan nak bangun lewat lagi" Fang tersenyum sahaja kerana abang dia tidak memarahi dia. Mereka makan bersama dan air cinta berwarna merah jambu di dalam peti sejuk tersebut, di biarkan sahaja. Mereka terlupa tentang air itu buat seketika sehinggalah Fang membuka air tersebut pada malam itu. Sebelum Fang masuk tidur, dia berasa sangat dahaga, dia turun ke bawah dan masuk ke dapur. Dia tidak terasa untuk minum air kosong, dia membuka peti sejuk dan melihat air apa yang sedap di minum. Kesemua juice di dalam peti sejuk sudah habis, hanya tinggal air merah jambu itu. Fang mengambil air itu tanpa rasa ragu-ragu, dia membuka botol tersebut dan lalu minum sampai habis. Probe yang masih lagi berada di luar tingkap dapur, dia terkejut melihat Fang meminum air tersebut

"ALAMAK!" Fang di dapur terdengar jeritan Probe itu, dia melihat sekitar dapur dan lalu dia buang botol tersebut di dalam tong sampah khas untuk kitar semula. Probe begitu nasib baik kerana Fang tidak melihat di luar tingkap dapur "Macam mana aku nak beritahu encik bos nie, bukan Kapten Kaizo yang minum air tue tapi adik dia pula" Probe terpaksa pulang ke markas kotak untuk memberitahu berita buruk kepada Adudu

Fang sudah naik ke bilik dia, dia dengan hati gembiranya, lalu dia tidur bersama Shadow di atas katil. Dia tidak sedar, bahawa ada satu perasaan sudah timbul dihatinya, perasaan cinta yang memang belum wujud lagi dihati dia

--------------------------------------------------

"Selamat pagi Boboiboy!"

"Selamat pagi Gopal!" Awal pagi lagi, Boboiboy sudah sampai ke sekolah bersama dengan Gopal. Kedua mereka kelihatan begitu ceria di pagi hari, mereka terus sahaja ke bangku sekolah yang sudah menjadi tempat kebiasaan mereka semua berkumpul. Boboiboy nampak Fang sudah berada di situ dengan sebuah bakul besar. Dia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Boboiboy dan Gopal berjalan menuju ke Fang

"Selamat pagi Fang" kata Boboiboy. Fang melihat Boboiboy dengan warna mata dia berubah, dari warna merah ke warna merah jambu "Eh, apasal warna mata kau lain?"

"Ha ahlah, kau pakai contact lens ke Fang?" tanya Gopal

"Mana ada, aku mana ada pakai contact lens" kata Fang sambil melihat-lihat di pintu pagar sekolah. Dia tersenyum dan menunggu sahaja kehadiran seseorang itu. Boboiboy dan Gopal pandang sesama sendiri kerana mereka rasa pelik melihat Fang berkelakuan begitu

"Kau ok ke Fang?"

"Aku ok" kata Fang sambil terbayangkan diri dia memberikan kejutan khas untuk orang itu "Aku tidak sabar untuk dia rasakan masakan aku hari ini. Mesti dia suka" kata Fang dengan nada yang ceria

"Errr.. kau nie demam ke apa?"

Gopal menarik Boboiboy jauh daripada Fang dan berbisik kepada dia "Wei Boboiboy, aku rasa Fang nie bukan terkena demam biasa tapi demam cinta" Mata Boboiboy terbulat besar dan dia terkejut dengan kata-kata dari Gopal tadi

"CI-CINTA?!" Aduh, Fang nie jatuh cinta dengan siapa pula, fikir Boboiboy sambil menepuk dahi dia "Bukan kita baru darjah 6 ke, yang dia fikir pasal cinta apasal?"

"Mana aku tahu Boboiboy, cubalah kau tanya dia" Boboiboy ikut sahaja kata Gopal. Dia pergi balik kepada Fang yang masih lagi menunggu seseorang sambil melihat-lihat makanan yang ada di dalam bakul tersebut

"Ermm.. Fang, aku nak tanya boleh?"

"Boleh, tanyalah apa sahaja Boboiboy" kata Fang yang tengah fikirkan tentang seseorang. Gopal rasa nak sahaja ketuk kepala Fang sebab dia meluat melihat muka seseorang sedang jatuh cinta "Errr.. kau sebenarnya jatuh cinta dekat siapa?"

"Aku?" Fang berikan senyuman manis kepada kawan baik dan lalu berkata "Aku sebenarnya jatuh cinta dengan-"

"ABANG FANGG!" Rizu muncul di depan Fang "Abang Fang kena tolong Pizu" Rizu menarik-narik tangan Fang untuk menolong dia sesuatu

"Tolong? tolong apa? tanya Fang

"Tolong Pizu lekatkan perhiasan dekat kelas Pizu" Rizu menarik tangan Fang lagi "Cepatlah abang Fang! abang Fang kena tolong Pizu sebelum loceng sekolah berbunyi" Fang terpaksa bangun dari bangku sekolah

"Tapi.. tapi.."

"Cepatlah abang Fang!" Fang terpaksa mengalah, dia menoleh kebelakang tetapi dia bukan pandang ke arah kawan dia, dia pandang ke arah pintu pagar sekolah. Dia nampak budak perempuan itu sudah sampai di sekolah. Tangan Fang seperti ingin mencapai budak perempuan yang dia sudah jatuh cinta itu tetapi Rizu sudah mengheret Fang ke tangga sekolah untuk naik ke kelas Rizu

"Aduh, tak sempat si Fang nak beritahu siapa yang dia cintakan tue" kata Boboiboy yang rasa kecewa sedikit

"SELAMAT PAGI BOBOIBOY! SELAMAT PAGI GOPAL!" muncul pula Yaya dan Ying. Gopal terkejut dengan jeritan mereka berdua, dia hampir sahaja hendak jatuh

"DEY! janganlah jerit dekat aku!" marah Gopal

"Maaf Gopal" kata Yaya "Tadi aku nampak si Fang, mana dia?"

"Rizu heret Fang pergi ke kelas dia. Dia cakap Fang kena tolong dia lekatkan sesuatu" kata Boboiboy. Yaya dan Ying duduk di bangku sekolah

"Oh begitu, tapi kenapa aku nampak dia bawa bakul besar tadi?" tanya Yaya lagi

"Yolah, abang dia buatkan dia bekalan untuk rehat nanti ke?"

"Errr..." sebelum Boboiboy sempat berkata, loceng sekolah sudah berbunyi. Apasal hari ini semuanya cerita tidak habis, fikir Boboiboy. Mereka semua terpaksa masuk ke kelas tanpa berkata apa lagi. Boboiboy lalu di depan kelas Fang dan nampak dia sedang menunggu seseorang di depan pintu kelas dia tetapi cikgu kelas Fang sudah sampai lebih awal, dia terpaksa masuk ke dalam dengan muka yang sedih

"Kasihan pula aku tengok kawan aku nie" kata Boboiboy

"Kasihan? apasal dengan dia?" tanya Ying yang sedang berjalan disebelah Boboiboy

"Takde apalah Ying"

"Hmmm... kau jangan nak cuba rahsiakan"

"Eh, mana ada! aku mana ada nak rahsiakan apa-apa. Aku cuma rasa kasihan dekat si Fang tue, entah kenapa.. wei wei Gopal, apasal kau heret aku nie" Gopal sudah mengheret tangan Boboiboy. Ying berasa pelik dengan Gopal

"Cikgu kelas kita dah ada dekat dalam kelas, aku tak nak kita lewat masuk kelas!" Boboiboy menoleh sedikit kebelakang dan membuat muka minta maaf dekat Ying. Ying angguk sahaja tanda dia faham. Yaya tiada di situ kerana dia terpaksa menjaga pintu pagar sekolah, dia menunggu sahaja sesiapa yang datang lewat

Kelas sudah bermula, Fang tidak dapat tumpukan perhatian dengan betul kerana tidak dapat jumpa cinta hati dia. Takpelah, waktu rehat nanti, kita akan berjumpa, fikir Fang

--------------------------------------------------------

"Wei Probe! mana kau pergi semalam? aku tunggu kau balik, baru sekarang kau nak balik!"

"Maaf encik bos, saya sebenarnya sudah lama ada dekat sini tapi saya duduk dekat pintu hadapan markas kotak sahaja"

"APA PASAL KAU DUDUK DEKAT SITU! NAK KENA KETUK KEPALA KAU BARU KAU NAK MASUK KE HAH!" Adudu baling cawan tin dia kearah Probe dan lalu Probe jatuh terbalik "Aduh" kata Probe. Dia terpaksa pusingkan balik badan besi dia "Hah! cepat cerita, apa perkembangan air cinta tue?"

"Sebenarnya begini encik bos. Air cinta itu telah di minum oleh Fang bukan Kapten Kaizo. Sebab tue saya takut nak masuk ke sini, takut encik bos marah saya nanti"

"APA!" Adudu hantuk kepala dia di dinding markas kotak "Apa pasal si Fang pula yang minum air tue. Kenapa bukan Kapten Kaizo. Aduh! habis jahanam rancangan kita nie!"

"Mana saya tahu, janganlah tanya saya encik bos. Saya tukang sampaikan berita saya"

Adudu pandang ke arah Probe "Senyaplah kau" kata Adudu "asyik-asyik si Fang yang kena, asyik-asyik dia yang terkena.. asal aku nak kenakan si Kapten Kaizo tue, mesti adik dia yang terkena" Adudu cuba cari idea baru untuk kalahkan Kapten Kaizo

"Tapi nanti mesti Kapten Kaizo cari kita nanti"

"Cari kita buat apa? Dia tak kan rasa pelik punya, biarkan ajelah si Fang tue bercinta"

"Tapi Fang kan baru budak kecik. Tak kan nak suruh dia bercinta pula"

"SUKA HATI AKULAH!" menjerit Adudu "Sudahlah! malas aku nak melayan kau" Adudu pergi ke bilik yang tidak serupa bilik, dia baring di atas katil untuk fikirkan cara lain untuk kalahkan Kapten Kaizo. Probe pula rasa risau pula dengan Fang, tapi, buat apa dia risau pula? Bukan ke diri dia musuh dia orang ke? fikir Probe. Tapi dia kena betulkan keadaan, tak baik biarkan Fang macam tue lama-lama, dia kan baru umur 12 tahun lagi. Orang suruh belajar, dia pergi bercinta pula. Jadi Probe membuat keputusan untuk memberitahu Kapten Kaizo tentang cerita yang sebenarnya "Kena belasah pun, kena belasahlah. Janji aku sudah menunaikan kewajiban aku!"

------------------------------------------------

Loceng waktu rehat berbunyi, Fang orang pertama sudah keluar dari kelas beliau. Dia cepat-cepat pergi ke kantin sekolah untuk bersiap sedia keluarkan makanan yang dibuat olehnya pagi tadi. Dia siap letak alas meja berwarna ungu di atas meja kantin sekolah. Dia menyusun pinggan, cawan dan makanan-makanan di atas meja dengan begitu kemas. Pelajar-pelajar perempuan yang masuk ke dalam kantin, sungguh teruja melihat Fang sediakan tempat makan yang penuh romantik itu. Mereka semua tertanya-tanya, siapakah gadis bertuah itu? Siapakah yang berjaya mencuri hati Fang? Mereka semua berharapkan diri mereka yang terpilih

"Aduh, dah gila rupanya si Fang nie" kata Boboiboy yang baru sahaja sampai di kantin. Dia pergi ke arah Fang dan melihat makanan di atas meja. Terdapat pelbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh Fang, donut lobak merah pun ada juga

"Fang, kau buat semua nie untuk siapa sebenarnya?"

"Jangan cakap kau buat untuk kita orang pula? Kalau betul, terharu aku!" Gopal asyik melihat makanan-makanan di atas meja, tangan dia hampir mencapai donut lobak merah tetapi Fang menepuk tangan Gopal

"Jangan usik! Ini hanya untuk aku dan dia sahaja!" kata Fang dengan nada yang marah "Korang jangan ganggu kita orang" Fang duduk di bangku kantin sekolah sambil menunggu dia datang ke kantin. Boboiboy dan Gopal pula, tertanya-tanya, siapa pelajar perempuan itu? Tidak pernah pula Fang cerita dekat mereka tentang pelajar perempuan yang dia suka selama ini, fikir Boboiboy

"Tapi setahu aku, Fang mana minat sesiapa dekat sekolah nie"

"Yelah tue Boboiboy, mana tahu selama ini dia simpan dalam hati dia. Baru sekarang dia nak luahkan perasaan cinta dia tue" Gopal rasa nak muntah pula apabila sebut perkataan cinta. Mereka berdua terpaksa pergi beli makanan dahulu sebelum makanan di kantin habis. Sambil mereka beratur, sambil itulah mereka asyik memerhatikan Fang yang sedang menunggu kehadiran pelajar perempuan misteri itu

"Hah! ini pun dia, pelajar contoh" muncul Cikgu Papa Zola di sebelah Fang "Cikgu muzik kamu sedang mencari kamu, dia cakap dia ada hal penting nak berbincang dengan kamu" Cikgu Papa Zola melihat di atas meja kantin "Eh! ini semua untuk siapa? hmmmm..."

"Ini semua khas untuk saya dan dia cikgu" kata Fang

"Oh begitu" Cikgu Papa Zola pegang tangan Fang dan heret dia keluar dari bangku kantin "Sudah! Kecik-kecik sudah pandai nak bercinta pula. Kamu nie baru darjah 6, nak bercinta pula. Cepat! cikgu muzik kamu sedang menunggu kamu tue"

"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "Lagi sekali. Baru sahaja nak tahu siapa gadis misteri dia tue, dah kena panggil dengan cikgu muzik dia pula" Boboiboy menghela nafas dan melihat kawan baik dia kena heret pergi oleh Cikgu Papa Zola. Bukan dia sahaja yang kecewa, pelajar-pelajar perempuan lain juga turut kecewa kerana tidak dapat melihat gadis misteri yang telah mencuri hati Fang

"Eh, apasal meja nie romantik sangat?" muncul Yaya dan Ying yang sedang beratur di belakang Boboiboy

"Itu Fang punya kerja" kata Boboiboy dengan nada bosan

"Aik, apasal dengan dia? sudah gila ka?"

"Entahlah Ying, kawan kita sorang lagi tue sudah tak betul hari ini. Aku dari pagi tadi lagi nak tahu siapa gadis misteri tue tapi sampai sekarang tak tahu jawapannya"

"Wei wei, Fang tengah takde tue. Apa kata kita makan sahaja makanan dia" kata Gopal kepada Boboiboy sambil tersenyum lebar melihat makanan-makanan yang tidak terusik di atas meja kantin sekolah

"Kau nak kena marah dengan Fang ke?"

"Marah ke tak kena marah ke, janji aku dapat makan daripada membazir dekat atas meja tue, Boboiboy" Gopal terus keluar dari barisan tersebut dan lalu pergi makan makanan Fang. Yaya dan Ying gelengkan sahaja kepala "Aiyaa.. dia nie memang betul-betul nak kena dengan harimau bayang Fang"

"Biarkan ajelah Ying, asalkan dia bahagia" kata Yaya "Mana Fang? Dari pagi tadi aku tak nampak dia"

"Ha ahlah, aku pun tak nampak dia dari pagi tadi lagi"

Boboiboy mengambil nasi lemak dan lalu bayar kepada mak cik kantin, dia berdiri di tepi kaunter untuk menunggu Yaya dan Ying membeli makanan mereka "Fang kena panggil dengan cikgu muzik dia. Kejap lagi balik lah dia tue"

Fang yang berada di dalam kelas muzik, dia tidak dapat tumpukan perhatian kepada apa yang cikgu muzik dia katakan, dia asyik fikirkan tentang gadis itu. Ini sudah dua kali dia gagal untuk bertemu dengan gadis yang dia cintai. Hati dia tidak tenteram, dia rasa sungguh gelisah sekali. Bagaiman kalau ada orang lain yang sudah meluahkan perasaan dia kepada cinta hati dia, fikir Fang

"TIDAKKKKK!" Fang menjerit secara tiba-tiba

"Kamu kenapa Fang?" Cikgu muzik dia terkejut dengan jerita Fang tadi "Maaf, saya cuma... cuma gembira sahaja dengan keputusan cikgu, jadi saya menjeritlah" Fang tersengih melihat cikgunya "Teruskan cikgu" Fang terpaksa berada di situ sehinggalah selesai waktu rehat. Dia tidak sempat untuk ke kantin sekolah balik, dia terpaksa naik pergi ke kelas dia. Fang menghela nafas dan berjalan secara pelahan. Dia masuk ke dalam kelas dan pergi ke tempat duduk dia. Dia dapati bakul dia sudah berada di atas meja, dia fikirkan mesti kawan-kawan dia yang tolong kemaskan untuk dia tetapi sebenarnya orang yang Fang suka tolong kemaskan dan bawa bakul itu ke kelas dia

-----------------------------------------------

"APA KAU SUDAH BUAT DEKAT ADIK AKU!" Kaizo mengacu pedang tenaga dia dekat Probe yang sedang mengigil ketakutan "Baik kau pulihkan adik aku dengan segera sebelum aku hancurkan kau"

"Tapi bukan saya yang buat, encik bos yang buat. Kapten Kaizo kena paksa encik bos saya buatkan satu lagi air untuk pulihkan adik Kapten Kaizo" Probe melihat sahaja Kaizo yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah dia. Dia sudah memberitahu perkara yang sebenar kepada Kapten Kaizo, dia berharap sangat pedang tenaga itu Kapten Kaizo akan simpan. Dia takut Kapten Kaizo akan belasah dia nanti

"Hmm... baiklah, bawa aku pergi ke markas kotak. Aku akan paksa encik bos kau untuk buatkan air yang boleh pulihkan adik aku" kata Kaizo

"Baik Kapten Kaizo!" Lalu Probe membawa Kaizo ke markas kotak. Setelah sampai di markas kotak, Kaizo dengan tidak sabarnya, dia membelasah Adudu secukup-cukupnya kerana tidak mahu membuat air penawar untuk adiknya. Akhirnya Adudu terpaksa mengalah. Mengikut kata Adudu, proses untuk membuat air penawar itu tidak makan masa yang lama, hanya sekejap sahaja

"Bagus! baik kau mulakan dengan segera sebelum aku belasah kau lagi sekali" kata Kaizo dengan nada yang sinis

"Ba-baik Kapten Kaizo" Di dalam hati Adudu, dia rasa sungguh marah dengan Probe kerana memberitahu Kapten Kaizo perkara yang sebenar "Siap kau kejap lagi Probe" bisik Adudu sambil membuat air untuk memulihkan Fang

-----------------------------------------------------------

Sesi persekolahan sudah habis, Fang sudah berada di pintu pagar sekolah untuk memunggu cinta hatinya. Dia dengan bakul besarnya berdiri dengan penuh harapan dia dan cinta hatinya akan bertemu di pintu pagar. Dia bayangkan diri dia meluahkan perasaan cintanya kepada si dia. Ada pelajar perempuan lain yang bertanya kepada dia, siapakah gadis yang dia sedang menunggu, dia hanya menjawab

"Tengok sahajalah siapa dia nanti" dia tidak mahu memberitahu nama gadis itu, dia mahu mereka melihat sahaja kehadiran pelajar perempuan itu

"Dia sama kelas dengan Fang ke?" tanya mereka lagi

"Bukan, dia tidak sama dengan aku"

"Dia salah seorang kawan baik Fang ke?"

"Korang semua tunggu dan lihat sahajalah nanti" kata Fang sambil menunggu gadis yang dia cintai itu muncul. Pelajar-pelajar yang bertanya kepada dia, berteriak kegembiraan di situ, mereka ingin melihat siapakah gadis misteri yang telah berjaya mencuri hati Fang "Wahhh! bertuah sungguh dia! cemburunya aku!" kata salah seorang pelajar perempuan

Mereka semua tidak sabar dengan kemunculan gadis misteri itu. Adakah gadis misteri itu salah seorang kawan baik Fang, atau pelajar perempuan lain atau orang yang mereka tidak di sangka-sangkakan. Fang tersenyum lebar kerana gadis misteri tersebut sudah muncul bersama dengan kawan-kawan dia yang lain

"Oh cinta hati ku - ADOIII!"

"FANGGGGGG!" Pelajar-pelajar perempuan di situ terkejut kerana melihat Fang sudah jatuh pengsan di depan mereka. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak kejadian itu dan mereka tahu siapa yang ketuk kepala Fang, Probe yang telah membuat Fang pengsan di situ. Dia telah mengetuk kepala Fang dengan sebuah periuk, dan ketukan dari Probe tadi, memang tersangatlah kuat. Dia buat begitu kerana arahan dari Kaizo. Abang Fang juga turut berada di situ, dia berdiri di sebelah Probe dengan muka serius dia sambil melihat adiknya terbaring di atas halaman sekolah. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah mereka

"Aik, kenapa Kapten Kaizo suruh si Probe ketuk kepala Fang?" tanya Ying

"Sebab adik aku terkena perbuatan dari Adudu" Kaizo mengangkat adiknya yang masih lagi pengsan

"Patutlah dia nampak pelik hari ini, dari pagi tadi lagi asyik cakap pasal cinta hati dia tue" kata Boboiboy sambil melihat kawan dia kena angkat oleh Kaizo. Dia berasa kasihan melihat Fang asyik pengsan sahaja tahun ini dan dia sedikit rasa kecewa kerana tidak mengetahui lagi siapa cinta hati Fang. Mereka semua Kaizo yang sedang membebel dekat adik dia yang sedang pengsan itu

"Kau masuk ke sekolah untuk belajar, bukan untuk bercinta!" kata Kaizo "Apa nak jadi dengan kau! kecik-kecik lagi sudah pandai nak bercinta pula, membuang masa sahaja. Esok juga aku akan menghukum kau!"

"Tapi abang Kaizo, dia bukan ke terkena dengan Adudu?"

"Tak kisahlah! asalkan aku dapat menghukum adik aku" Kaizo sebenarnya mencari alasan untuk hukum adik dia dengan latihan tempur

"Psstt.. Boboiboy" Probe memanggil Boboiboy "Kalau Boboiboy nak tahu, sebenarnya air cinta encik bos ciptakan itu adalah untuk mengetahui siapa cinta hati peminumnya, tapi kalau cinta itu belum timbul lagi, ia akan timbul secara tiba-tiba. Kalau si Fang dah pulih pun, cinta dia kepada orang itu akan hilang tapi masih wujud dalam hati dia cuma... belum timbul lagi perasaan suka dia dekat orang tue"

"Oh begitu. Jadi.. maksudnya.."

"APA KORANG TENGAH BERBORAK DEKAT BELAKANG TUE! CEPAT!" Kaizo sudah menjerit kepada Boboiboy dan Probe, mereka berdua terus senyap dan ikut sahaja Kaizo ke kedai Tok Aba. Dia meletakkan adiknya baring di atas kerus gazebo dan keluarkan sebotol air kecil untuk memulihkan adiknya. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Probe melihat Kaizo tuangkan air itu di dalam mulut Fang

"Berkesan ke air tue?" tanya Boboiboy

"Mestilah, encik bos saya yang buat. Kalau tak berkesan nanti Kapten Kaizo belasah kita orang lagi" Probe tidak mahu kena belasah lagi. Mereka ternampak tangan Fang sudah bergerak-gerak

"Aduh! sakitnya kepala aku" Fang membuka matanya dan nampak kawan-kawan dia sedang berikan senyuman kepada dia "Apasal korang senyum-senyum dekat aku?" Fang terbangun duduk di atas gazebo

"Apa yang kau ingat Fang?" tanya Boboiboy. Fang fikirkan balik apa yang ingat "ALAMAKKKK! Apa aku sudah buat dekat sekolah tadi" Dia baru teringat peristimewa dia dekat sekolah tadi "Habislah imej aku tahun nie" Fang rasa macam mahu hantuk-hantuk kepala dia dekat tiang gazebo tersebut

"Hah, kalau kau dah ingat. Siapa yang kau nak pergi luahkan sangat tue?" tanya Gopal pula

"Sebenarnya.." Fang berfikir sebentar "Hmm... aku sebenarnya lupa siapa yang aku nak luahkan tue"

"LUPA?!" terkejut mereka semua termasuklah Probe sekali. Kaizo pula sudah beredar jauh daripada mereka semua, dia malas nak dengar kisah cinta adik dia, jadi dia balik rumah sahaja "Macam mana kau boleh lupa" kata Boboiboy

"Mana aku tahu tapi nasib baik aku tak pergi luahkan dekat orang itu, kalau tidak, malu aku nanti"

"Malu sebab suka atau malu sebab ini semua kerja Adudu" kata Gopal dengan nada sindiran dia

"WOI! takde maknanya aku nak malu sebab suka, buang masa aku sahaja. Lagipun aku mana ada suka dekat sesiapa pun" Boboiboy tersenyum kerana kawan baik dia sudah kembali normal

"Isk kau nie Gopal, mestilah malu sebab Adudu punya pasal" kata Yaya "Sudahlah, jom kita pergi ke kedai Tok Aba"

"Yolah, Tok Aba pun sudah tunggu kita dekat situ" kata Ying. Mereka semua berjalan ke kedai Tok Aba, Probe pula pulang ke markas kotak dan terus kena belasah dengan Adudu. Mereka berlima duduk di situ sambil membuat kerja sekolah tapi salah seorang daripada mereka tidak dapat tumpukan perhatian dengan betul kerana asyik terfikirkan sesuatu. Boboiboy ingin bertanya kepada Fang tetapi dia perlukan Yaya dan Ying pulang ke rumah terlebih dahulu. Jadi dia menunggu sahaja Yaya dan Ying beredar dari situ. Tepat pukul 5, Yaya dan Ying sudah pulang ke rumah. Sekarang hanya tinggal mereka bertiga di kedai Tok Aba iaitu Boboiboy, Fang dan Gopal. Ochobot dan Tok Aba dengar sahaja perbualan mereka

"Sekarang tinggal kita sahaja" kata Boboiboy

"Hah! dia orang tengah takde, bolehlah kita orang tanya kau" kata Gopal. Mereka berdua tersenyum-senyum kepada Fang

"Korang nie apasal?" Fang melihat kedua kawan dia dengan senyuman pelik mereka "Woi, janganlah senyum dekat aku macam tue"

"Aku nak tanya nie"

"Tanya apa Boboiboy?" Fang rasa takut pula soalan Boboiboy akan bertanya nanti. Tidak tahu kenapa dia rasa takut, tapi jantung dia sedang berdebar-debar sekarang

"Kau sebenarnya suka dekat siapa?"

"BILA MASA AKU SUKA DEKAT SESIAPA! buang masa aku sahaja, baik aku balik daripada aku melayan korang berdua" Fang mengemas buku-buku sekolahnya dan masuk ke dalam beg sekolahnya

"Ala Fang relax lah" kata Boboiboy "Kita orang sebenarnya tahu ada seseorang suka dekat kau" Terus Fang berhenti dan pandang ke arah Boboiboy dan Gopal dengan muka yang serius

"Suka dekat aku? Siapa?"

"Hah, kalau kau nak tahu siapa orang itu. Orang yang suka dekat kau adalah-"

"PANGGGGGG!" muncul Kaizo di belakang Fang "Apasal kau belum balik lagi, abang sudah tunggu kau dari tengahari tadi. Tak reti nak balik rumah betul budak nie"

"Adik nak baliklah nie" kata Fang "Maaf semua, aku balik dulu" Fang turun dari bangku kedai Tok Aba dan ikut abang dia pulang ke rumah. Gopal terkejut melihat Boboiboy sedang menghantuk-hantuk kepala dia di meja kaunter "Kau apasal Boboiboy?"

"Apasal setiap kali nak tahu siapa budak perempuan tue, mesti ada sahaja gangguan"

"Hah, itulah, nak tahu sangat siapa gadis misteri itu, kan dah terkena" kata Tok Aba sambil ketawa kecil dekat cucu dia yang masih lagi hantuk kepala di kaunter meja

"Hehehe... terbaik" kata Ochobot. Nampaknya, tiada siapa yang tahu siapakah gadis yang suka dekat Fang dan siapakah gadis misteri yang telah menawan hati Fang, walaupun belum timbul lagi perasaan itu. Hehehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top