Firasat

"KAKAK LYNNA! ABANG KAIZO!"

Lynna dan Kaizo menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang berlari-lari ke arah mereka dengan sehelai kertas di tangannya. Rizu baru sahaja habis sekolah. Fang tiada bersama dengan dia kerana Fang terpaksa menghadiri mesyuarat sukan sekolah

"Rizu!" Lynna lambai-lambai ke arah Rizu

"Kakak Lynna! Kakak Lynna ada dekat sini!" Rizu peluk Lynna kerana dia terlalu rindu sangat dengan Lynna "Kakak Lynna nak tahu tak, Pizu rindu sangat dengan kakak Lynna" kata Rizu di dalam pelukan Lynna

"Kenapa Rizu rindukan akak pula? Bukan ke kita baru berjumpa hari itu?"

"Tahu tapi Pizu tetap rindukan kakak Lynna" Lalu dia lepaskan pelukan dia. Rizu berikan kertas tadi itu kepada Lynna dan Kaizo "Tengoklah apa yang Pizu lukiskan" Mereka melihat lukisan Rizu "Pizu lukis masa kelas seni tadi" Lukisan tersebut terdapat gambar beberapa orang yang Rizu sayang, Fang, Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Tok Aba, Faye, Lily, ibu Rizu dan juga Lynna

"Cantik lukisan Rizu"

"Terima kasih kakak Lynna!" Rizu duduk disebelah Lynna sambil memesan Ice Blended Chocolate Special "Kakak Lynna buat apa dekat sini?"

"Abang Kaizo suruh akak datang ke sini"

"Sebab abang perlukan pertolongan dari dia" tiba-tiba sahaja Kaizo bersuara "Mana si Pang?"

"Abang Pang kena lempang dengan cikgu dia" terkejut Lynna dan Kaizo "Hehehehe.. Pizu gurau sahaja" terus lega Kaizo. Dia ingatkan betul-betullah tadi "Abang Fang ada mesyuarat dengan cikgu sukan dia, jadi dia lambat sikit. Kejap lagi abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying akan sampai. Dia orang lambat sebab kena tunggu abang Gopal siapkan latihan matematik dia. Abang Boboiboy suruh Pizu datang ke sini dulu. Pizu tak sabar nak tunjuk lukisan Pizu dekat dia orang. Mesti dia orang suka dengan lukisan Pizu. Cikgu seni Pizu suka dengan lukisan Pizu, dia cakap Pizu ada bakat. Pizu besar nanti nak buat komik tersendiri-" Kaizo rasa bosan pula dengar Rizu cerita begitu panjang sekali. Dia hanya buat-buat dengar sahaja sambil makan cekodok chocolate dia. Lynna pula tekun setia mendengar celoteh Rizu "Lepas tu Pizu kalau boleh nak buat animasi yang terhebat! Pizu takde idea lagi cerita apa untuk animasi tu tapi Pizu berharap sangat animasi Pizu akan menjadi popular. Pizu macam nak masuk kan abang Fang yang suka sangat mengamuk tak tentu pasal. Mesti watak dia jadi popular, betul tak kakak Lynna?"

"Betul betul! tapi Rizu kena belajar pandai-pandai ok! Akak pula nak jadi seorang novelist yang terkenal. Jadi kena berdua kena berusaha untuk mencapai impian kita" Rizu terus peluk tepi badan Lynna

"Terima kash kakak Lynna" Lynna mengusap-usap kepala Rizu "Kakak Lynna baik! Pizu suka kakak Lynna! sebab itu Pizu sayangkan kakak Lynna"

"Abang tak sayang ke?" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Mestilah sayang! Abang Kaizo dan kakak Lynna selalu jaga Pizu masa Pizu sakit. Terima kasih kakak Lynna, terim kasih abang Kaizo!" Lynna dan Kaizo tersenyum melihat Rizu "Kakak Lynna ada dekat sini, bolehlah tolong Pizu siapkan kerja sekolah. Abang Kaizo pun boleh tolong Pizu"

"Hah, sambil buat kerja tu.. atuk bagi chocolate milkshake untuk Rizu. Nanti sudah siap, atuk buatkan waffle special khas untuk Rizu" kata Tok Aba. Muka Rizu bertambah ceria, lalu dia keluarkan buku-buku latihannya "Buat kerja sekolah elok-elok"

"Hehehe.. comel aje tengok budak ni" muncul Ochobot dengan Hot Chocolate Special untuk Kaizo "Oh yea, Lynna datang ke sini untuk apa?" tanya Ochobot sambil berikan itu kepada Kaizo

"Lynna datang ke sini sebab Kaizo minta tolong. Entah siapa pergi letak itik banyak-banyak dekat halaman rumah dia. Kaizo masih lagi kerja adik dia sebab adik dia nakal tapi bagi Lynna bukan Fang yang buat"

"Patutlah ada bulu itik dekat rambut Kaizo" kata Ochobot. Kaizo terus meraba-raba rambut dia untuk mencari bulu itik tersebut. Lynna dan Rizu tergelak sahaja melihat aksi comel Kaizo

"Itik-itik tu semua, kakak Lynna letak dekat mana?" tanya Rizu

"Akak pergi hantar dekat zoo"

"Ala, Pizu baru nak bela seekor itik" Lynna hanya mengusap sahaja kepala Rizu yang sedih sedih itu

"Dapat pun!" Kaizo melihat bulu itik itu "Aku masih tidak puas hati, siapa yang pergi letak itik-itik dekat rumah aku! Kalau aku tahu siapa yang buat, aku akan berikan hukuman yang setimpal kepada orang itu"

"Kaizo, Kaizo.. tak habis habis nak bagi hukuman" tangan Lynnz mencapai cekodok chocolate, sama juga seperti Kaizo. Jari dia tersentuh sedikit tangan Kaizo dan terus dia mendapat satu imej tentang Kaizo

"NOOOOOO! KAIZO!" Lynna nampak Kaizo terkena tembakan laser di badannya kerana dia sedang melindungi adiknya Fang, daripada terkena tembakan itu. Laser itu terkena tepat di bahagian jantung Kaizo. Dia merebah di atas rumput hijau, Lynna melihat Fang menjerit-jerit nama abangnya tetapi Kaizo tidak bangun. Nyawanya sudah lagi tiada, Adudu ketawa besar kerana dia berjaya kalahkan Kaizo

"ABANGGGG! ABANGGGGG! JANGAN TINGGALKAN ADIK!" Fang peluk badan abangnya yang sudah tidak bernyawa "Abang, jangan tinggalkan adik. Adik sayangkan abang" Fang menangis di badan abangnya. Tangisan dia membuatkan Lynna mengalir air mata

Lynna terus tersedar, air matanya mengalir keluar dan lalu dia sesak nafas

"Kakak Lynna?" Rizu sedar dengan pernafasan Lynna yang sudah tidak betul "ABANG KAIZO! KAKAK LYNNA SESAK NAFAS!"

"Lynna?! Kenapa ni?" Kaizo menjadi cemas. Lynna tidak berkata apa. Tok aba dan Ochobot juga cemas melihat keadaan Lynna. Apa yang berlaku seterusnya, Lynna pengsan di kedai Tok Aba

"Abang Kaizo, bawa kakak Lynna pergi ke hospital!" Kaizo mengangkat Lynna dan terus ke hospital Pulau Rintis. Rizu ingin ikut tetapi Tok Aba tidak benarkan dia pergi

------------------------------

"Bagaimana keadaan dia doktor?" tanya Kaizo sambil melihat Lynna yang sudah sedar

"Hmmm.. tiada benda serius yang berlaku, semuanya dalam keadaan normal. Betul ke cik Lynna sebelum ini tidak pernah terkena penyakit apa-apa?" tanya doktor itu sambil menulis sesuatu di atas bukunya

"Tiada" kata Lynna dengan nada lemah. Dia bangunkan dirinya sedikit "Saya sudah boleh balik ke doktor?"

"Kalau tiada apa yang serius, saya rasa awak boleh balik tapi apa-apa pun, awak perlukan berehat" Doktor itu keluar dari bilik pemeriksaan. Lynna terus keluar dari katil itu dan memakai kasutnya

"Kau perlukan apa-apa pertolongan tak?" kata Kaizo yang masih bersandar di dinding hospital. Muka risau nyata boleh dilihat oleh Lynna

"Tak perlu, aku boleh berjalan dengan sendiri tapi terima kasih kerana bawa aku ke hospital" kata Lynna. Suara dia masih lagi lemah dan imej tadi masih lagi bermain-main di pemikirannya. Dia tidak boleh padamkan imej tersebut dan dia takut untuk melihat Kaizo. Dia senyap sahaja semasa dia dan Kaizo keluar dari hospital tersebut. Kaizo dapat mengesan sesuatu yang tidak kena kepada Lynna

"Kenapa kau senyap sahaja?" tanya Kaizo

"Aku ok aje, kau janganlah risau" Lynna berikan senyuman lemah kepada Kaizo. Mereka terus berjalan untuk pulang ke rumah. Kaizo cadangkan Lynna berehat sahaja di rumah dia. Sepanjang perjalanan mereka, Lynna tidak mahu langsung melihat Kaizo dan dia tidak berkata apa. Kaizo tidak mahu memaksa Lynna untuk ceritakan apa yang berlaku di kedai Tok Aba. Dia hanya menunggu sahaja Lynna untuk buka cerita dia

"Kak Lynnaa!" suara itu datang dari arah belakang mereka. Lynna dan Kaizo pusing kebelakang dan nampak Fang berlari menuju mereka. Dia berhenti dan menarik nafas "Kak.. Lynna.. ok... tak..." tanya Fang yang tercungap-cungap itu

"Akak ok sahaja. Janganlah risau"

"Betul ke akak? Fang dengar dari Rizu tadi. Akak ada penyakit ke?" Lynna hanya berikan senyuman lemah sambil gelengkan kepala dia "Kalau macam tu, akak berehat lah dulu dekat rumah kita orang" Fang secara automatik, terus pegang tangan Lynna "Kak Lynna kalau ada apa-apa, beritahulah kita orang ok"

"Ok Fang tapi akak ok. Tiada benda buruk pun terjadi dekat akak" Kecuali imej yang aku lihat tadi, kata Lynna dihatinya. Kaizo nampak muka Lynna kelihatan risau. Dia tidak tahu apa yang Lynna risaukan. Kesihatan dia ke? atau dia ada rahsia lain, fikir Kaizo

"Lynna, kalau kau ada rahsia nak sembunyikan daripada kita orang. Baik kau beritahu sahaja" kata Kaizo tetapi Lynna hanya senyap sahaja

"Akak?" Fang juga nampak wajah Lynna yang penuh kerisauaan. Dia pula rasa risau "Akak, janganlah buat kami risau"

"Maaf.. akak cuma terfikirkan sesuatu sahaja"

"Akak fikirkan tentang apa?" tanya Fang

"Hmmm.. akak cuma fikirkan malam ni makan apa" terus Lynna ketawa sedikit supaya mereka berdua tidak begitu risau dengan dia. Sebenarnya Lynna hanya berbohong sahaja tetapi dia kena beritahu mereka juga supaya mereka dapat mengubah masa depan Kaizo dan Fang. Kalau benda itu berlaku juga, dia tidak akan maafkan diri dia kerana biarkan perkara itu menjadi kenyataan dan dia akan hidup dalam keadaan serba salah. Tapi, perlu ke aku beritahu sekarang? Aku tidak mahu Fang risaukan tentang abang dia pula, fikir Lynna

Mereka bertiga sudah sampai di hadapan pintu pagar rumah. Kaizo membuka pagar tersebut dan menyuruh mereka masuk ke halaman rumah. Mereka terus ke pintu rumah dan Kaizo membuka pintu rumah itu

"Kak Lynna pergi duduk, biar Fang buatkan air untuk kak Lynna" Fang terus ke dapur. Manakala Lynna dan Kaizo duduk di sofa

"Lynna, aku tidak mahu memaksa kau tapi kau perlu ceritakan kepada aku, apa yang berlaku sebenarnya? Mungkin aku dapat membantu kau" Lynna tidak dapat menahan air matanya. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan dan lalu dia menangis. Tangisan Lynna membuatkan Kaizo menjadi semakin risau "Lynna?"

"Sebenarnya.. sebenarnya aku telah mendapat firasat. Kuasa premonition aku tadi memberikan aku amaran apa yang akan terjadi dekat kau" kata Lynna. Dia mengelap air matanya "Aku tidak mahu perkara itu berlaku. Aku tidak mahu kau mati di tangan Adudu" Kaizo terkejut. Mereka terdengar cawan pecah dan terus mereka menoleh ketepi. Tangan Fang mengeletar apabila dia mendengar berita tersebut

"Pang?" Fang tidak berkata apa. Dia terus lari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik dia. Fang mengunci pintu biliknya. Kaizo terus naik ke atas juga untuk tenangkan adiknya. Lynna menangis teresak-esak

"Ini semua salah aku" bisik Lynna. Dia bangun untuk keluar dari rumah ini

"KAU JANGAN NAK TINGGALKAN RUMAH INI!" Lynna terkejut dengan jeritan garang Kaizo. Dia terus berhenti di situ "Lynna, tolong aku" Kaizo merayu kepada Lynna. Dia tidak kisah apa yang akan terjadi dekat dia. Dia tahu yang dia dapat menghalang perkara itu menjadi kenyataan tapi apa yang dia perlu buat sekarang, pujuk adik dia. Tenangkan adik dia

"Aku.. aku akan bantu kau tapi aku takut, nanti dia akan bencikan aku"

"Jangan risau, aku pasti dia tidak akan bencikan kau" kata Kaizo dengan nada lembut dia. Lynna terus pergi ke tangga rumah untuk naik ke atas. Dia naik tangga tersebut dan terus sahaja ke depan pintu bilik Fang. Kaizo mengetuk pintu biliknya "PANG! BUKA PINTU NI!" tapi tiada jawapan dari adiknya

"Fang, bukalah" Lynna pula mengetuk pintu tersebut "Fang, Fang bencikan akak ke?" Fang tidak menjawab "Kaizo, bolehlah tak tinggalkan aku bersendirian di sini. Aku nak bercakap dengan dia sekejap" Lalu Kaizo tinggalkan Lynna. Dia terus turun ke bawah, dia tahu Lynna tidak mahu dia mendengar percakapan dia tetapi Lynna tidak kisah. Lynna bersandar di tepi pintu dan lalu dia menghela nafas

"Fang, akak nak minta maaf sebab Fang terdengar tentang perkara tadi. Akak sebenarnya memang tak nak beritahu tetapi akak terpaksa. Ia mungkin dapat mengubah masa depan Fang dan abang Fang. Apa yang akak nampak tadi, hanyalah datang secara tiba-tiba, tak kiralah akak berada di mana pun. Akak memang tidak boleh mengawal kuasa premonition akak. Dia akan datang dengan sendiri. Sebelum ini, macam-macam akak sudah lihat tapi dengan kekuatan yang akak ada, akak cuba sedaya upaya untuk menghalangnya. Ada yang menjadi kenyataan dan ada yang akak terpaksa lepaskan. Bukan sahaja tentang kematian tetapi banyak perkara lagi tapi akak yakin, kita dapat menggelakkannya berlaku" Lynna diam sebentar, dia menunggu Fang berkata sesuatu kepada dia "Fang marahkan akak ke?"

Pintu bilik Fang terbuka. Lalu Lynna masuk ke dalam bilik tersebut. Dia nampak wajah kesedihan Fang "Maafkan akak, Fang"

"Akak tak perlu minta maaf. Fang cuma terkejut tadi" Mereka berdua duduk di atas katil "Betul ke abang akan mati nanti?" tanya Fang dengan suara sedih dia

"Tak, kita ada masa untuk selamatkan dia. Fang jangan fikirkan sangat, semua itu terjadi di kedai Tok Aba. Akak akan guna tenaga akak untuk selamatkan abang, kamu tapi akak sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku" Fang melentokkan kepalanya di bahu Lynna "Fang jangan sedih, akak akan duduk di sini untuk beberapa hari. Akak akan pastikan abang kamu selamat dan akak akan halang ia menjadi kenyataan. Akak janji"

"Terima kasih kak Lynna" kata Fang "Akak jangan biarkan abang tinggalkan Fang"

"Jangan risau, akak takkan benarkan sesuatu yang buruk terjadi dekat Fang dan juga abang Fang. Dua-duanya akak sayang" Lynna cuit sedikit hidung Fang. Mereka ketawa sedikit tetapi dalam gelak ketawa mereka, Lynna rasa tidak begitu sedap hati. Mungkin perasaan dia sahaja

"Kak Lynna, malam ni akak makan dekat sini boleh? Fang buatkan makanan kegemaran akak"

"Boleh" kata Lynna sambil peluk sayang kepada Fang "Jom kita turun bawah, abang kamu risau sangat tentang Fang"

"JOM!"

Semuanya pasti selamat, kata dihati Lynna

------------------------------

Keesokannya, Lynna menghalang Kaizo pergi ke kedai Tok Aba. Dia mengajak Kaizo menjalani latihan tempur bersama dia di kapal angkasa. Kaizo setuju sahaja tetapi dia berasa pelik dengan sikap Lynna pada hari ini. Dia melihat Lynna berlatih bersungguh-sungguh dan tidak kisah pun apabila tangan dia terkena sedikit pedang tenaga Kaizo. Dia abaikan sahaja luka di tangannya dan dia tetap teruskan lagi dengan latihan tempur tersebut, walaupun dia sudah kelihatan penat. Kaizo ikut sahaja kehendak Lynna, mereka teruskan dengan latihan tempur sehinggalah kaki Lynna terseliuh tetapi Lynna tetapi dia paksa diri dia untuk meneruskan lagi latihan tempur tersebut kerana dia ingin menjauhi Kaizo dari kedai Tok Aba

"Lynna! hentikan kegilaan kau ni, kaki kau sudah sakit. Kau masih mahu teruskan lagi, kenapa dengan kau hari ini?" tanya Kaizo sambil menyimpan pedang tenaga dia. Lynna terduduk di tengah-tengah medan latihan tempur. Kaki dia sudah menjadi biru sedikit, akibat dia memaksa diri dia tadi. Dia usik sedikit dan dapat rasa kesakitannnya "Lynna, kenapa kau terlalu memaksa diri kau hari ini?"

"Sebab aku kena berlatih" Lynna berbohong

"Kau jangan nak tipu. Ini mesti sebab tentang semalam" Lynna terdiam seketika. Mata dia tidak mahu memandang Kaizo "Lynna" Dia lalu duduk disebelah Lynna "Aku tidak tahu apa yang kau bercakap dengan Pang semalam kerana dia kelihatan begitu ceria pagi tadi. Aku tidak tahu samada itu lakonan sahaja dari dia atau dia memang betul-betul ceria sebab abang dia nak kena bunuh dengan alien kepala kotak tu"

"Kaizo! Janganlah buat lawak! Ini benda serius" marah Lynna

"Maaf, itu sahaja cara untuk bagi kau tenang. Aku tahu aku tidak tahu untuk membuat lawak tapi aku akan tetap cuba" Mereka berdua melihat permandangan planet bumi hijau biru yang berada di hadapan mereka. Planet itu kelihatan indah sekali

"Kaizo, kenapa kau tidak risau apa yang akan terjadi dengan diri kau nanti?" tanya Lynna secara tiba-tiba

"Sebab aku tahu kau dapat mengubah nasib masa depan aku. Aku percayakan kau, Lynna tapi aku tidak suka melihat kau memaksa diri kau. Sekarang kaki kau sudah sakit, bagaimana kau nak melindungi diri aku dan juga diri kau nanti"

"Hmm.. bukan kau tahu melindungi diri kau sendiri ke" Lynna ketawa sedikit. Kaizo berasa lega dapat mendengar gelakan dari Lynna balik. Dia tersenyum melihat Lynna "Kenapa?"

"Takde apa-apa" Kaizo bangun dari situ "Aku akan pergi dapatkan Lahap untuk merawat kaki kau yang sakit tu" Lynna menoleh sedikit dan melihat Kaizo pergi ke tangga kapal angkasa untuk memanggil Lahp

Lynna menghela nafas "Maafkan aku, Kaizo" bisik Lynna yang sedang menangis keseorangan. Dia memeluk lututnya sambil menangis "Aku buat semua ini kerana aku telah berjanji dengan Fang untuk jaga kau dan pastikan kau selamat"

"Lynna?" Lynna mendongak sedikit. Lahap berdiri didepannya dengan sebuat kotak rawatan "Mari aku balutkan kaki kau yang sakit" Lynna pelahan-lahan berikan kakinya kepada Lahap

"Mana Kaizo?"

"Kapten ada dekat dalam bilik dia. Kau tak perlu risau, dia tengah rehatkan diri tu. Kau boleh rehat dekat bilik Pang" kata Lahap sambil balutkan kaki Lynna yang terseliuh tadi "Lynna.. boleh aku cakap sesuatu"

"Boleh"

"Mungkin apa yang kau nampak semalam adalah untuk kau selamatkan kapten aku dan juga Pang" Lahap masih lagi balut kaki Lynna. Dia balut sekuat-kuatnya. Lynna menahan kesakitannya "Aku percayakan kau, kau boleh selamatkan kapten. Kau lah orang pertama yang aku kenal, sama kuat dengan kapten. Kau memang seseorang yang handal"

"Terima kasih Lahap tapi apa yang kau katakan tadi, mungkin ada benarnya. Aku akan selamatkan kapten kau" kata Lynna yang serba lemah itu. Dia rasa seperti ia adalah tanggungan besar terhadap diri dia. Fang dan Lahap memberikan kepercayaan kepada diri dia dan dia tidak mahu rasakan tekanan tersebut. Lynna hanya tersenyum lemah sebaik sahaja kaki dia sudah habist dibalut "Terima kasih Lahap"

"Sama-sama" kata Lahap "Mari aku tolong kau" Lahap memimpin tangan Lynna dan dia menolong Lynna berjalan ke bilik Fang untuk berehat sebentar sebelum dia pulang ke bumi bersama Kaizo. Lynna berjalan terhincut-hincut, setelah dia sampai ke bilik Fang. Lahap berikan dia berehat atau tidur sebentar. Lahap menutup pintu bilik itu untuk memberikan Lynna bersendirian di dalam bilik

"Kaizo.. Kaizo... please.. please wake up!" Lynna menangis sambil goyangkan badan Kaizo supaya dia bangun "Kaizo! bangun!" Lynna masih lagi goyangkan badan Kaizo sedikit. Tiba-tiba sahaja tangan Lynna dipegang oleh Fang. Muka dia marah dan sedih pada masa yang sama

"INI SEMUA SALAH KAK LYNNAA! KAK LYNNA JANJI UNTUK LINDUNGI ABANG TAPI KAK LYNNA PENIPU!" Dia lepaskan tangan Lynna "PERGI DARI SINI! JANGAN NAK DEKATI FANG LAGI! PERGIIIIII!"

"Maafkan akak Fang, maafkan akak" Lynna cuba untuk pegang Fang tetapi Fang menyerang Lynna

"TOLAKAN BAYANG!" Lynna tercampak dan terjatuh di tengah-tengah taman "PERGII! FANG TAK NAK TENGOK KAK LYNNA LAGI!" Lynna bangunkan diri dia tetapi Fang menyerang dia lagi kerana terlalu marah "TUSUKAN JARI BAYANG!" Lynna tidak berganjat dari situ, dia terima sahaja serangan dari Fang

"This is all my fault" bisik Lynna. Serangan bayang Fang menusuk badan Lynna

Terus Lynna terjaga dari mimpi dia. Pernafasan dia agak laju "Mimpi buruk" kata Lynna yang tidak mahu ingatkan balik tentang mimpi tadi

"Mimpi buruk?" Lynna menoleh ketepi dan nampak Kaizo sedang berdiri di sebelah katil "Kau ok ke?"

"Aku ok" kata Lynna. Kaizo tahu itu bukan yang sebenarnya kerana dia nampak Lynna cuba sembunyikan cerita tentang mimpi buruk itu tetapi dia tidak mahu memaksa. Lynna turun dari katil tersebut "Kau ke sini kenapa?" Kaki dia masih lagi rasa sakit

"Aku nak hantar kau pulanglah. Sudah, mari kita pulang ke bumi" Kaizo pusingkan badan dia untuk keluar dari bilik tersebut "Kau boleh berjalankan?"

"Mestilah boleh" kata Lynna "Cheh, bukannya nak tolong aku" Lynna terpaksa berjalan dengan pelahan

-----------------------------------

Setelah sampai di bumi, Kaizo mendapat panggilan dari adiknya "Abang! Adudu serang kita orang!" kata Fang dengan muka cemas dia "Abang! datang ke sin- arghhhhh!"

"PANG?! PANGGGG!" Panggilan tersebut terputus "Lynna, kita kena pergi selamatkan mereka" Lynna berdiri di hadapan Kaizo untuk menghalang dia pergi "Lynna! kenapa kau halang aku?"

"Kau duduk sahaja di rumah, biar aku selamatkan mereka"

"Tapi kaki kau sakit. Macam mana kau nak berlawan" marah Kaizo dengan muka serius dia

"Sakit ke tak, aku masih lagi boleh berlawan dan kau sudah lupa ke, aku boleh terbang" Lynna terapungkan diri dia sedikit "Kau tunggu sahaja disini, aku akan pergi selamatkan mereka semua"

"Tapi.." Lynna sudah terbang pergi meninggalkan Kaizo di halaman rumahnya. Hati dia tidak senang duduk di situ sahaja, dia perlu pergi "Aku tidak kisah kalau diri aku terkorban, aku perlu selamatkan adik aku dan juga yang lain" Tapi, dekat mana Adudu menyerang mereka? Mungkin di kedai Tok Aba kerana waktu persekolahan adiknya sudah tamat, fikir Kaizo "Dia mesti dekat kedai Tok Aba" Tanpa membuang masa lagi, Kaizo terus berlari ke Kedai Tok Aba. Dia tidak mahu Adudu menang dalam pertarungan dia dengan Boboiboy dan lain-lain. Kaizo berlari begitu pantas sekali, sedikit lagi dia akan sampai di kedai Tok Aba

Setelah dia sampai di sana, Kaizo terkejut melihat kawan-kawan adiknya terbaring di atas padang yang lapang berdekatan dengan kedai Tok Aba. Fang sahaja yang masih lagi berhadapan dengan Adudu tapi mana Lynna?

"PANG!" Fang menoleh ketepi "PANG! APA SUDAH JADI DENGAN MEREKA?"

"HAHAHAHAHAAA! Kau ingat lagi dengan penembak pistol tidur aku! AKU TELAH BERJAYA MENIDURKAN MEREKA SEMUA, KECUALI SI LANDAK NI! Aku mahu seksakan dia dihadapan mata kau!" Adudu ketawa besar di situ. Mega Probe berada tidak jauh di situ. Dia ada dibelakang Fang, sedang menghalakan tembakan pemusnah dia ke arah Fang. Kaizo melihat Adudu dengan pistol lasernya dan lalu mata dia memandang ke arah Mega-Probe dengan laser pemusnahnya. Mereka tembak pada masa yang sama, Kaizo berlari untuk selamatkan adiknya

"DINDING TENAGA!" Sebuah kubah besar telah dihasilkan untuk melindungi mereka berdua. Kedua-dua laser tersebut terkena dinding tenaga Kaizo tetapi Adudu dan Mega-Probe tidak akan mengalah. Mereka tembak lagi supaya dinding tenaga itu hancur

"TEMBAK LAGI PROBE!" kata Adudu. Dia ketawa besar sambil menembak laser pemusnah dia. Kaizo memeluk adiknya untuk melindungi dia

"Kak Lynna mana?" tanya Kaizo

"Dia tadi bantu kita orang tapi..." Fang menunjuk Lynna sedang terbaring di tepi pokok. Ada sedikit kecederaan di bahagian kepala Lynna dan juga tangannya "Kak Lynna cuba selamatkan kita orang tetapi dia terkena tembakan Adudu tadi. Lepas tu Adudu serang yang lain dengan pistol tidur dia"

"Takpe, abang akan hapuskan dia" Kaizo mencari jalan untuk selamatkan mereka semua. Nampaknya Adudu dan Mega-Probe sedang berusaha untuk pecahkan dinding itu. Kaizo ternampak kesan retakan sedikit. Dia tidak boleh duduk di situ sahaja. Dia perlu buat sesuatu "Kaiau dinding tenaga abang pecah, adik lindungi kita orang dengan kuasa adik"

"Baik abang" Fang memegang erat abangnya. Dia melihat retakan itu semakin banyak. Kawan-kawan dia semua masih lagi dalam keadaan tidur. Formula untuk bangunkan mereka, hanya Adudu dan Lynna sahaja yang tahu untuk bangunkan mereka "Kak Lynna..." bisik Fang sambil melihat Lynna. Dia terkejut melihat gerakan jari-jemari Lynna. Tangan dia mula bergerak. Lynna bangun sedikit demi sedikit, dia mengusik kepalanya yang tercedera itu. Ada sedikit darah

"KAK LYNNAA!" Lynna pandang jeritan Fang sebentar tadi. Fang dan Kaizo terperangkap

"Fang... Kaizo... aku.. kena.. tolong.. mereka.." Badan Lynna lemah tetapi dia cuba untuk bangkitkan diri "Kena.. selamatkan.. dia orang.." Tangan dia terasa sakit, Lynna bangun dan terus terjatuh balik kerana kesakitan kakinya menjadi perit. Dia merangkak sedikit demi sedikit

"Kak Lynna!" Fang menjerit dengan nada lemah dia. Lynna boleh mendengar tangisan Fang. Kaizo menahan dinding tenaga dia supaya ianya tidak pecah tetapi retakan itu semakin besar dan terus pecah. Kaizo lepaskan pelukan adiknya, dia bersedia untuk menghalang laser itu terkena adiknya. Mata Lynna terbulat besar, kerana apa yang dia nampak hari itu, menjadi kenyataan

"NOOOO! KAIZOOOOOO!" Lynna bangkit dan terus terbang begitu pantas. Dia berjaya menolak Kaizo dan Fang "SHIELD!" Lynna keluarkan kuasanya untuk melindung diri dia tetapi laser pemusnah Adudu dan Mega Probe berjaya terkena Lynna sedikit sebelum kuasa pelindung dia keluar "ARGHHHHHHH!" Adudu dan Mega-Probe tidak berhenti menembak Lynna

Kaizo dan Fang tergaman melihat Lynna korban diri dia sendiri untuk selamatkan mereka berdua. Fang terduduk kaku, dia tidak bercakap apa, hanya air matanya sahaja yang mengalir. Kaizo terus sedarkan diri

"TOLAKAN TENAGA!" Kaizo menggunakan kuasanya untuk menolak Adudu sejauh mungkin. Dia melompat untuk musnahkan pistol laser itu "PEDANG TENAGA!" Kaizo mencantas pistol itu. Mega-Probe terus berhenti menembak Lynna kerana terkejut

"ALAMAK! ENCIK BOSS!" Mega Probe menjadi cemas apabila melihat encik bosnya ditolak oleh Kaizo. Mega-Probe terus bertukar menjadi Probe biasa, dia terus larikan diri sebelum Kaizo belasah dia dengan pedang tenaga. Fang berlari ke arah Lynna yang sedang terapung di dalam sebuah sphera lutsinar

"KAK LYNNAAAAA!" Lynna tidak sedarkan diri. Fang mengusik sphera itu dan lalu ia turun dari situ dan terus Lynna terbaring di atas rumput. Ochobot yang sembunyikan diri di sebalik meja kaunter, lalu dia terbang untuk melihat keadaan mereka semua. Tok Aba juga keluar dari kedainya "Kak Lynna! bangun!" Fang menangis melihat Lynna. Tiba-tiba sahaja imej kematian ibunya terlintas di pemikiran Fang "Ibu?" bisik Fang

"Pang?" Kaizo terdengar bisikan adiknya. Dia nampak adiknya berundur kebelakang "Pang! kenapa?"

Pemikiran Fang bercelaru "Jangan... jangan tinggalkan Fang.. JANGAN TINGGALKAN FANGGGGG!" Fang pusingkan diri dan terus larikan diri dari situ

"PANG!" Kaizo memanggil nama adiknya tetapi Fang sudah berlari jauh. Kaizo duduk disebelah Lynna dan melihat keadaan dia. Ochobot mula scan badan Lynna "Apa yang kau dapat?" tanya Kaizo

"Lynna masih lagi hidup, cuma dia dalam keadaan lemah sekarang ini" kata Ochobot "Dia telah banyak gunakan kuasa dan tenaganya untuk melindungi diri dia tapi jangan risau, dia selamat cuma ada sedikit kecederaan sahaja. Apa yang aku risaukan, adalah Fang. Mungkin trauma dia kembali lagi"

"Hmm... mungkin juga tetapi Lynna perlu bangun dengan segara kerana.." Dia melihat Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masih lagi dalam keadaan tidur "kita perlukan bangunkan mereka. Hanya Lynna sahaja yang tahu formula untuk bangunkan mereka. Jaga mereka, aku perlu mencari adik aku" Kaizo tinggalkan Ochobot untuk uruskan mereka semua. Tok Aba segera menolong Ochobot. Satu per satu mereka angkat dan letakkan mereka di gazebo

-----------------------------------

"Pang?" Kaizo sudah agak adiknya berada di pantai. Fang memeluk kakinya sambil menangis "Pang?" Fang tidak menjawab panggilan abangnya. Dia terus duduk di sebelah adiknya "Pang, kenapa Pang ingatkan tentang ibu tadi?"

"Sebab tadi tiba-tiba sahaja adik ternampak wajah ibu semasa adik melihat kak Lynna"

"Pang jangan risau, kak Lynna tidak pergi meninggalkan kita" Fang terus pandang ke arah abangnya "Dia masih hidup lagi, Pang"

"Jadi kak Lynna masih hidup lagi!" Fang terus mengelap air matanya "Kak Lynna selamat" Fang tersenyum

"Pang, abang nak tanya boleh?"

"Tanya apa abang?"

"Adik anggap kak Lynna macam ibu sendiri ke?" Fang ketawa sedikit "Apasal kau ketawa?"

"Hehehehe.. mana ada, adik anggap kak Lynna macam kakak sendiri. Dia lebih memahami adik daripada abang. Mungkin tadi adik tak nak benda yang sama terjadi dekat orang yang adik sayang. Kalau adik kehilangan kak Lynna, siapa lagi adik nak pergi mencari mengadu tempat atau mencari nasihat, kalau bukan dari kak Lynna sendiri. Kalau minta nasihat dekat abang, abang pergi seksakan adik, marah adik, buli adik, suruh adik selesaikan sendiri, bukannya nak bagi nasihat" Kaizo terus kepala adiknya

"Buat lawak pula kau ni!" marah Kaizo "Tapi abang sebenarnya risau jika kau trauma balik. Abang tidak mahu kau menjadi trauma seperti sebelum ini"

"Taklah abang, adik tidak akan trauma balik. Terima kasih abang kerana melindungi adik tadi tapi.. bagaimana nak bangunkan kawan-kawan adik? Kak Lynna belum tentu akan sedar dalam masa terdekat ni"

"Abang tidak tahu"

"Mungkin Faye boleh tolong!" tiba-tiba sahaja Faye muncul di sebelah Kaizo "Ochobot cerita dekat Faye tadi. Lepas tu Faye balik rumah dan ambikkan ubat ini" Dia keluar sebotol kecil dari beg kecilnya "Air ini ibu selalu bagi Faye minum sebab Faye ni kuat tidur. Orang kejutkan pun, Faye takkan bangun, sampailah ibu tuangkan air ini dalam mulut Faye. Baru Faye bangun!"

"Hmmm.. betul ke ubat ni boleh bangunkan kawan-kawan aku?"

"Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu!" kata Faye dengan suara ceria dia "Jom kita cuba!" Faye tarik tangan Fang supaya dia bangun. Lalu Fang bangun dan Kaizo pun turut bangun sekali. Mereka bertiga kembali ke kedai Tok Aba

"OCHOBOT!" Faye melambai-lambai ke arah Ochobot yang sedang menjaga Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Lynna di gazebo "Faye ada bawakkan air untuk dia orang!" Faye berlari ke arah gazebo. Fang turut berlari juga, Kaizo hanya berjalan seperti biasa. Tangan dia di dalam poket seluarnya dan muka dia sentiasa serius

"Fang buka mulut Boboiboy. Biar Faye berikan setitik air ni" Fang dengan hati-hatinya, dia membuka mulut Boboiboy sedikit dan lalu Faye masukkan setitik air tersebut. Air itu berkesan, mata Boboiboy terus terbuka luas. Mata dia melihat Fang, Faye dan Ochobot

"Apa yang terjadi?" tanya Boboiboy. Dia terus bangun dan nampak tiga kawan dia masih lagi dalam keadaan tidur "Dia orang ok ke?" Mata dia terpandang Lynna yang terbaring juga "Kak Lynna?"

"Dia ok, cuma dia masih belum sedar lagi. Yang lain masih tidur lagi tapi takpe, Faye akan bangunkan dia orang!" kata Ochobot. Lalu Faye memberikan setitik air kepada Gopal, Yaya dan Ying. Mereka semua terjaga dari tidur. Gopal siap menguap besar di situ

"Bestnya tidur!" kata Gopal

"Cheh, suka pula kau yea. Aku bersusah payah melindungi korang semua. Kau pula yang senang lenang tidur!" aura-aura bayang Fang keluar dengan penumbuk dia disebelah tangan kanan Fang

"Hehehee.. janganlah marah Fang. Aku bergurau aje" Gopal tersengih

"Tapi.. kak Lynna macam mana?" tanya Yaya. Mereka semua mengelilingi Lynna, Yaya mengusik sedikit dahi Lynna "Hmm.. nampaknya kak Lynna demam sedikit"

"DEMAM?!" menjerit mereka

"Mungkin sebab dia terlampau banyak sangat gunakan tenaga dia, sebab itu dia demam dan terus tak sedarkan diri" kata Ochobot

"Lama lagi ke dia nak sedar?" tanya Boboiboy

"Hmm.. entahlah, aku pun tidak pasti tapi kita kena bawa dia pulang dan berikan dia rawatan" kata Ochobot lagi. Mereka semua nampak luka di kepala dan kaki Lynna

"Yang kamu semua berkerumun dia kenapa? BAGILAH UDARA DEKAT LYNNA UNTUK BERNAFAS! DIA PERLUKAN UNTUK BEREHAT!" Semua lari dari gazebo dan terus ke kedai Tok Aba, yang tinggal hanya Fang dan Kaizo sahaja. Fang ketawakan mereka sehingga dia berhenti kerana abang dia berikan renungan tajam kepada dia "Sudah! aku kena bawa dia pulang. KAU PANG! IKUT AKU PULANG!" Fang melihat abangnya mengangkat Lynna

Faye pun turut ikut juga, bukan dia sahaja. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga ikut pulang ke rumah Kaizo dan Fang. Mereka semua risaukan tentang Lynna. Sampai sahaja di rumah, Kaizo meletakkan Lynna di atas katil Faye dan halau mereka semua keluar dari bilik tersebut. Faye sempat lagi menyelimutkan Lynna sebelum dia dihalau. Kaizo memberikan amaran kepada mereka jangan masuk ke dalam bilik tanpa kebenaran dia. Dia hanya mahu Lynna berehat sahaja sehingga dia sedar dan tiada gangguan daripada sesiapa pun tetapi Fang dengan kedegilannya, dia tetap masuk ke bilik. Itu pun abang dia tidak tahu kerana dia berada di dalam bilik untuk mandi

"Wei Fang, bukan abang kau tak bagi masuk ke?" kata Boboiboy yang berada di luar pintu. Dia nampak Fang sedang menggenggam tangan Lynna "Fang?" Boboiboy terpaksa masuk ke dalam bilik tersebut "Kau kenapa?"

"Aku... masa aku nampak kak Lynna tak sedarkan diri, aku nampak ibu aku" kata Fang "Aku tak berapa ingat sangat tentang ibu aku macam mana, tapi kadang-kadang aku rasa selesa dengan kak Lynna. Kadang-kadang aku nampak ibu aku dekat diri kak Lynna. Mungkin itu sebab imej ibu aku terlintas di pemikiran aku tapi aku tak anggap kak Lynna seperti ibu aku sendiri. Kau jangan salah faham pulak"

"Takdelah Fang, aku faham perasaan kau" Boboiboy pegang bahu Fang "Kau nak jaga kak Lynna sampai dia sembuh ke?"

"Mungkin... lagipun kak Lynna banyak tolong aku, lebih-lebih lagi dia suka sangat bagi aku nasihat"

"Kau sangat bertuah Fang" kata Boboiboy. Fang melihat Boboiboy "Sebab kau dapat mengenali seorang kakak yang sangat baik, dari awal korang berkenalan, dia nampak sangat ambik berat tentang kau. Mungkin sebab abang kau selalu cerita tentang diri kau dekat dia"

"Mungkin juga"

"Pang!" terkejut Fang dan Boboiboy. Kaizo berdiri di muka pintu dengan alat rawatannya untuk merawat luka Lynna "Bukan aku suruh kau duduk sahaja di luar, kenapa kau degil sangat? Kamu berdua nak kena hukuman dari aku ke?"

"Maaf abang.. adik ke sini sebab adik nak jaga kak Lynna"

Kaizo hanya menghela nafas "Kau nak jaga dia? tolong abang bersihkan luka di kepala dia" Kaizo berikan balutan kain kepada Fang. Kaizo meletakkan sejenis ubat di kepala Lynna dan lalu mereka balut kepalanya. Kaki dia, Kaizo suruh Faye buatkan. Setelah selesai, Kaizo halau semua keluar dari bilik itu termasuklah adiknya sekali tetapi Fang merayu-rayu kepada abangnya

"Bolehlah abang, adik nak jaga kak Lynna" Kaizo hanya senyap sahaja "Bolehlah" merayu Fang

"Sudahlah Fang, abang kau tak bagi" kata Boboiboy "Esok sahajalah kau melawat dia dekat bilik tu"

"Betul kata kawan kau, biarkan dia berehat. Nanti dia bangun, abang akan beritahu kamu" kata Kaizo. Fang dengan perasaan sedih, dia terus ke bilik dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terpaksa pulang ke rumah sebelum mereka dihalau oleh Kaizo. Faye pula, dia duduk sahaja di ruang tamu sambil bermesej dengan Lily. Dia yang tukang beritahu Lily apa yang berlaku di sini. Lily tidak dapat datang ke sini sebab dia ada ujian

Kaizo biarkan sahaja adiknya merajuk atau menangis di dalam bilik tersebut. Esok pagi dia akan benarkan adiknya pergi melihat Lynna balik tetapi Fang tetap dengan kedegilannya. Semasa Faye dan Kaizo sedang tidur, Fang senyap-senyap turun ke bawah dan masuk ke dalam bilik tetamu. Lynna masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Fang mengambil sebuah kerusi dan letak di tepi katil. Dia tidur diatas kerusi tersebut sambil pegang tangan Lynna

"Kak Lynna kena bangun tau esok" bisik Fang

-----------------------------------------

"Fang?" Lynna kejutkan Fang yang sedang dalam keadaan tidur. Lynna masih lagi dalam keadaan lemah. Dia baring sahaja di atas katil sambil kejutkan Fang "Fang, bangun" Fang membuka mata sedikit dan terus tersenyum melihat Lynna sudah pun bangun

"KAK LYNNA!" Fang peluk Lynna "Fang ingat Fang kehilangan kak Lynna"

"Mana ada, akak ok aje.. akak kan kuat macam abang kamu" Fang lepaskan pelukan dia "Fang jaga akak ke semalam?"

"Sebenarnya abang tak bagi tapi Fang tetap degil macam biasa" Fang tersengih "Tapi akak... akak jangan tinggalkan Fang lagi. Akak tahukan Fang sayangkan akak" Lynna tersenyum lemah. Dia mengusap-usap kepala Fang sambil tergelak melihat Fang buat-buat muka comel macam anak kucing

"Jangan risau, akak tak kan tinggalkan Fang tapi bila sudah tiba masanya nanti. Fang kenalah terima kenyataan tapi selagi akak masih hidup lagi, akak akan sentiasa berada di sisi Fang walaupun akak sibuk macam mana pun. Tapi.. maaf kalau akak jarang datang ke sini, akak pun ada hal sendiri juga. Fang pun faham kan"

"Faham akak" Fang baringkan kepala dia disebelah Lynna "Akak kena pulang hari ini ke?"

"Ha ah, akak tahu diri akak tengah demam sedikit tapi akak kena pulang. Akak akan berehat sahaja di rumah nanti" kata Lynna sambil membelai kepala Fang "Tapi Fang boleh hubungi akak kalau Fang ada masalah. Akak akan cuba untuk membantu Fang"

"Terima kasih akak" Fang tak nak berganjat dari situ. Dia nak baring di situ selama mana yang dia boleh. Lynna hanya biarkan sahaja, dia rasa serba salah buatkan Fang risau tentang diri dia. Jadi Lynna terus tidur balik, dia pulang ke rumah lewat sedikit pun takpe, fikir Lynna. Kaizo muncul di muka pintu dan melihat adiknya sudah tertidur balik dengan Lynna. Dia tersenyum sedikit. Nanti bila Lynna sudah balik, dia akan bagi hukuman dekat adik dia sebab degil sangat

"Selamat kembali, Lynna"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top