Culik

Pembunuhan pertama berlaku di Pulau Rintis. Kaizo berdiri di depan seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang telah dibunuh kejam, Kaizo melihat sahaja mayat perempuan itu, sungguh menyayatkan hati. Mata dia semenjak tadi lagi tidak mengalih pandangan ke tempat lain. Dia tidak tahu macam mana dia boleh mengambil jalan di taman permainan pada waktu malam dan bertembung dengan mayat itu

Kaizo dengan muka serius dia, dia tidak langsung kelihatan begitu takut atau cemas. Dia hanya berdiri di situ seperti sepohon kayu yang tidak bergerak-gerak. Dia terdengar bunyi siren kereta polis sedang menuju ke arah Kaizo tetapi dia masih lagi tidak lari dari tempat kejadian. Dia hanya berdiri di situ dengan perasaan simpati terhadap pelajar perempuan itu. Kaizo telah menjadi saksi pertama yang menemui mayat pelajar perempuan itu

Kaizo telah dibawa ke balai polis untuk memberikan keterangan lanjut. Fang yang berada di rumah, dia berasa sungguh risau sekali dengan abang dia. Dia mundar mandir di ruang tamu sambil menunggu kepulangan abang dia dari balai polis. Pintu rumah dia terbuka dan dapati abang dia sudah balik. Fang berlari ke arah abang dia dengan penuh kerisauan dia

"Abang!" Fang peluk abang dia yang masih lagi di muka pintu. Kaizo membalas pelukan adiknya. Fang menangis di situ kerana dia takut abang dia dituduh sebagai pembunuh

"Adik jangan risau, abang ok sahaja" kata Kaizo yang cuba tenangkan adiknya

"Lain kali jangan buat adik risau sangat. Kalau abang yang kena bunuh tadi, macam mana. Nanti adik sorang-sorang dekat bumi nie" Kaizo membelai rambut adiknya dan lalu dia menutup pintu rumah. Fang lepaskan pelukan abang dia dan terus membawa abang dia duduk di sofa "Apa polis kata tadi?"

"Polis tidak berkata apa pun, abang beritahu sahaja yang abang jumpa mayat tue" kata Kaizo "Hari sudah lewat, adik pergi masuk tidur"

"Adik nak tidur dengan abang malam nie boleh?" tanya Fang yang masih lagi dalam keadaan risau. Kaizo hanya tersenyum sahaja melihat adiknya, dia peluk adiknya agar dia tidak perlu bimbang dengan diri dia

"Boleh adik"

Malam itu Fang tidur di dalam bilik abangnya tetapi dia tidak boleh tidur dengan begitu tenang kerana dia mengalami mimpi buruk. Kaizo terjaga dari tidurnya dan nampaknya adiknya bergerak-gerak seperti dia dikejar oleh sesuatu atau seperti ada sesuatu sedang ingin membunuh dia

"Pang! bangun!" Kaizo cuba bangunkan adiknya "Pang! kenapa nie?" Kaizo nampak pernafasan adiknya tidak begitu sempurna sekali, pernafasan dia turun naik turun naik. Kaizo cemas melihat adiknya "PANG! BANGUN!"

"Ja-jangan... ja-jangan..." Fang bercakap dengan di dalam tidurnya

"Pang! PANGGGG!" Kaizo cuba kejutkan adiknya bangun tetapi gagal "PANGGG!" Terus Fang terbangun dengan pernafasan dia yang laju "Pang? kenapa? apa yang adik mimpi kan?"

"Adik.. adik mimpi buruk"

"mimpi buruk?" Selalunya kalau Fang mimpi buruk, mesti ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku "cerita dekat abang, apa yang kau mimpi tadi"

"Masalahnya, kali ini adik tak ingat apa yang adik mimpi" kata Fang

"Hmm... mungkin mainan mimpi sahaja"

"Entahlah abang"

"Adik pergi tidur balik" lalu Fang menutup mata dia balik tetapi kali ini dia dapat tidur dengan lena. Tiada mimpi buruk yang melanda lagi. Kaizo tidak tahu samada dia perlu risau atau tidak, dia tidak perlu risaukan sekarang. Dia ingin tidur balik dan risaukan tentang mimpi buruk adiknya pagi nanti sahaja

----------------------------------------

"Fang, abang kau ok tak semalam?"

"Fang, abang kau tahu tak siapa yang bunuh budak perempuan tue?"

"Semalam abang kau pergi mana sampai balik lewat malam?"

"Aiyaaa... macam mana abang kau boleh jalan-jalan dekat taman permainan pada waktu malam"

Fang rasa rimas dengan pertanyaan kawan-kawan dia, dia malas hendak menjawab soalan mereka semua. Makin lama makin kusut kepala dia "Korang nie, janganlah tanya aku macam-macam, sakit kepala aku"

"Maaf Fang" kata Boboiboy "kita orang cuma ingin tahu abang kau macam mana sahaja" dia duduk di sebelah Fang di bangku sekolah. Mereka berbincang tentang kejadian semalam

"Dia ok, pagi-pagi lagi dia sudah menjerit dekat aku" kata Fang dengan nada yang bosan "Lagipun dia sudah naik ke kapal angkasa dia. Dia dengan latihan tempur dia. Itu ajelah hobi abang aku tiap-tiap hari"

"Jangan cakap pasal latihan tempur, nak pengsan aku masa dia jalankan latihan tempur dekat aku dengan Boboiboy" kata Gopal. Dia masih lagi tidak boleh lupakan latihan tempur tahap gila dan ganas, sampai dia dan Boboiboy tak datang ke sekolah sebab demam teruk sangat. Selamat sehari sahaja dia demam "Tapi kan, pelik betul. Selama ini Pulau Rintis tidak pernah ada pembunuhan, ini kes pertama yang pernah ada dekat sini"

"Ha ah, tak pernah pula aku dengar kes pembunuhan berlaku dekat Pulau Rintis" kata Yaya "Seram aku dengar tapi kita perlu berhati-hati sekarang, jangan jadikan diri kita menjadi mangsa yang seterusnya" dia melihat-lihat pelajar lain yang ada di kawan sekolah, dia berharap mereka semua selamat, tiada yang akan menjadi mangsa seterusnya

"Kau rasa, apasal dia bunuh budak perempuan tue yea" tanya Fang

"Entahlah Fang, aku tak mahu fikirkan sangat tentang tue" kata Yaya "aku berharap sangat polis dapat tangkap pembunuh tue"

"Yolah, aku takut nanti akan berlaku lagi" kata Ying "risau pulak aku. Aku ingat tiada kes macam ini akan berlaku dekat sini tetapi rupanya ada. Takut aku"

"Kalau macam tue, kita semua tak boleh jalan bersendirian sehingga polis dapat tangkap penjenayah tue. Yaya dan Ying perlu lebih berhati-hati sebab korang berdua perempuan" Boboiboy mulai rasa risau, terutama sekali dengan dua kawan perempuan dia tapi dia percaya mereka dapat selamatkan diri mereka dengan kekuatan kuasa mereka "Kalau ada apa-apa yang berlaku, kita hubungi dengan segera"

"Baik!" kata mereka semua

"Kalau boleh, gunakan kuasa kita untuk lari daripada penjenayah tue" kata Boboiboy lagi

"Ala, tak payah lari, kita gunakan ajelah kuasa kita nie untuk tangkap penjenayah tue" kata Gopal dengan penuh keyakinan. Dia terlampau yakin yang mereka semua akan dapat tangkap penjenayah itu kerana mereka semua adalah superhero Pulau Rintis

"Wei Gopal, kau jangan terlalu yakin sangat. Kita tak tahu kalau kita sendiri boleh kalah dengan penjenayah tue"

"Ha ah, betul kata Boboiboy. Macam-macam dia orang boleh buat dekat kita, kita sendiri yang ada kuasa pun, entah-entah boleh kena tangkap juga" kata Fang yang setuju dengan kata-kata Boboiboy tadi. Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka terpaksa masuk ke dalam kelas mereka. Fang dari pagi tadi sehingga sekarang, dia rasa tidak begitu sedap hati. Dia melihat kawan-kawan dia semua, adakah mereka semua akan selamat? atau ini hanyalah perasaan dia sahaja

"Fang? kenapa?" tanya Boboiboy yang sedang berjalan bersama dengan kawan baik dia

"Hmm.. entahlah, aku macam rasa tak sedap hati" kata Fang. Dia pandang ke kiri dan ke kanan, agar kawan dia yang lain tiada di situ "Aku sebenarny aku ada mimpi buruk malam tadi tapi aku tak ingat aku mimpi apa?"

"Mimpi buruk? baik kau hati-hati Fang, aku takut mimpi buruk kau jadi kenyataan sahaja" kata Boboiboy. Mereka berdua berhenti di depan kelas Fang "tapi apa-apa pun, kau perlu berhati-hati Fang. Nantilah kita berbincang lagi, jumpa lagi" Boboiboy terpaksa berlari ke arah kelas dan meninggalkan Fang yang masih lagi berdiri di pintu kelas dia. Fang menghela nafas dan lalu masuk ke dalam kelas dia

---------------------------------------------

Tiga hari kemudian, ibu Rizu datang ke rumah Fang dan Kaizo pada waktu malam. Dia mengetuk pintu rumah mereka begitu kuat sekali "Aunty? kenapa aunty?" tanya Fang yang baru sahaja membuka pintu rumah dia. Fang nampak ibu Rizu begitu cemas dan kerisauan. Dia nampak mata dia merah kerana dari tadi dia tidak berhenti-henti menangis

"Rizu hilang. Aunty sudah mencari dia merata tempat, tapi tak jumpa" Ibu Rizu menangis di depan Fang. Dia terkejut mendengar berita kehilangan Rizu. Kaizo muncul di belakang Fang untuk melihat apa yang berlaku "Tolong aunty, Rizu satu-satunya anak aunty" Dia merayu-rayu kepada Fang dan Kaizo untuk pergi mencari Rizu. Kaizo menyuruh Fang membawa masuk ibu Rizu.

"Aunty bertenang aunty" Fang membawa masuk ibu Rizu ke dalam. Dia menyuruh ibu Rizu duduk di atas sofa, sementara abang dia pergi ambilkan air di dapur "Macam mana Rizu boleh hilang? tanya Fang

"Dia pagi tadi keluar, dia tidak beritahu aunty ke mana dia pergi. Dia cakap dia akan balik petang nanti tetapi sampai sekarang dia tidak balik-balik lagi" kata ibu Rizu sambil mengambil segelas air dari Kaizo "Aunty pergi tanya kawan-kawan dia, semuanya tidak nampak dia hari ini. Aunty cari dia merata tempat, tapi masih lagi tidak jumpa"

"Aunty sudah pergi buat laporan polis?" tanya Fang lagi

"Belum, aunty datang ke sini untuk meminta pertolongan kamu berdua. Aunty tahu kamu berdua memang rapat dengan Rizu dan lagipun, kamu berdua adalah superhero Pulau Rintis, mungkin dapat mencari dia dengan segera" Fang melihat abang dia, abang superhero? fikir Fang. Dia nak tergelak di situ tetapi ini bukan masanya untuk berlawak

"Hmmm... kami boleh membantu aunty. Aunty jangan risau, kami akan cari anak aunty sampai jumpa" kata Kaizo. Dia juga perlu pertolongan dari Lahap untuk mengesan di mana Rizu berada, mungkin Lahap dapat membantu tetapi dia perlu masa yang panjang kerana Rizu tidak mempunyai jam kuasa atau dia bukanlah seorang alien yang boleh mengesan dengan secara mudah "Aunty baliklah rumah dulu, biar kami yang uruskan"

"Terima kasih Fang, terima kasih Kaizo. Aunty sangat-sangat hargai bantuan daripada kamu berdua"

"Aunty jangan risau, saya yakin Rizu dalam keadaan selamat" kata Fang tetapi hati dia sungguh risau. Dia tidak boleh menunjukkan dirinya turut risau juga, dia tidak mahu ibu Rizu menjadi susah hati. Tapi dalam hal ini, dia perlu yakin yang Rizu selamat. Ibu Rizu pulang ke rumah, manakala Fang terus menghubungi kawan-kawan dia dan berkumpul di rumah dia

10 minit kemudian,

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah berkumpul di rumah Fang "Tak sangka dekat Pulau Rintis ada kes penculikan kanak-kanak, hari itu kes pembunuhan. Takut pula aku tapi apa-apa pun, kita perlu mencari Rizu" kata Yaya. Dia dan Ying rasa sedih apabila mendapat berita tentang kehilangan Rizu, mereka tidak mahu terjadi apa-apa dekat Rizu kerana mereka juga sayangkan Rizu. Fang dari tadi lagi duduk diam, dia tidak mahu kehilangan Rizu. Dia baru sahaja menyaksikan ibu dia mati di depan mata dia, dan baru sahaja tahun lepas dia kehilangan kawan lama dia. Kali ini, dia betul-betul tidak mahu kehilangan seorang lagi yang dia sayang

"Fang? kau ok ke? dari tadi lagi kau senyap sahaja" tanya Boboiboy. Dia risau melihat keadaan sahabat baiknya. Dia tahu Fang dan Rizu amat rapat sekali, mereka sudah menjadi seperti adik beradik

"Aku ok Boboiboy" kata Fang dengan nada lemah dia. Boboiboy tahu kawan dia hanya berbohong sahaja

"Tapi macam mana kita nak cari Rizu?" tanya Gopal

"Kita semua perlu berpecah tetapi jangan sesiapa yang pergi mencari Rizu keseorangan. Semua perlu ada pasangan masing-masing. Aku perlu ke kapal angkasa untuk meminta bantuan daripada Lahap" kata Kaizo "Boboiboy dengan Gopal dan Fang, Yaya dengan Ying. Ingat! jangan terpisah dengan pasangan kamu semua! jangan cuba untuk bermain-main dengan operasi ini, inilah adalah perkara yang serius"

"Baik Kapten Kaizo" kata mereka semua

"Jikalau kamu jumpa di mana Rizu disembunyikan, jangan bertindak bersendirian, hubungi kawan-kawan kamu yang lain dan aku juga"

"Abang nanti bantu kami juga kan?" tanya Fang

"Yea, nanti abang akan turut membantu kamu semua. Abang cuma ingin Lahap mengesan dimanakah Rizu di sembunyikan" kata Kaizo "Sudah! kita jangan membuang masa!" Mereka semua keluar dari rumah, manakala Kaizo pula, terus sahaja ke kapal angkasa tanpa membuang masa. Boboiboy, Gopal dan Fang mengambil keputusan untuk memeriksa di sekitar kawasan perumahan. Manakala Yaya dan Ying pula akan periksa di taman berdekatan dengan kedai Tok Aba, Yaya akan terbangkan dirinya untuk periksa kesemua jalan-jalan, lorong-lorong, rumah-rumah dengan cara yang pantas. Ying pula akan berlari laju tetapi mereka berdua pesan kepada diri masing-masing, jangan terpisah begitu jauh sangat

Boboiboy cadangkan untuk menggunakan kuasa terkuat dia tetapi dia takut salah satu pecahan dia nanti akan membuat masalah dan akan gagalkan operasi mereka. Jadi dia terpaksa mencari Rizu tanpa mengguankan kuasa terkuat dia. Dia dan dua sahabat dia, Fang dan Gopal terus mencari di setiap sudut yang ada di kawansan perumahan sehinggalah ke bandar. Fang pergi ke lorong-lorong gelap yang ada dibelakang kedai-kedai. Tiada apa yang kelihatan aneh pada malam itu, semuanya nampak normal tetapi mereka tidak mahu putus harapan

Boboiboy dan Gopal pergi ke taman rekreasi untuk mencari Rizu dan tinggalkan Fang yang masih lagi periksa di belakang kedai-kedai Pulau Rintis. Dia ingin sahaja serbu masuk ke dalam semua kedai tetapi Boboiboy dan Gopal melarang dia buat begitu

Sudah 2 jam mereka mencari Rizu tetapi tidak berjaya. Fang terduduk di bangku taman rekreaksi, muka dia sedih, hati dia mula gelisah. Dia ingin sahaja menangis di situ kerana gagal mencari Rizu tetapi dia menahan air matanya

"Fang, janganlah sedih" kata Boboiboy yang cuba tenangkan kawan baik dia "Aku yakin, kita akan dapat jumpa Rizu nanti"

"Tapi bila tue Boboiboy? esok? minggu depan? tahun depan?" kata Fang dengan nada geram dia

"Aku tahu kau tengah marah sekarang ini, tapi kau jangan terlalu emosi sangat Fang nanti kau terikut dengan perasaan marah kau. Aku tak mahu kau mengamuk nanti"

"Aku tahu Boboiboy" kata Fang "Aku kena kawal kemarahan aku, tapi aku tak kan putus asa"

"WEI WEI!" mereka pandang ke tepi dan nampak Gopal sedang berlari ke arah mereka berdua "Tadi aku tanya seorang pak cik nie, dia cakap dia ada nampak Rizu dekat kedai roti lepas tue muncul sebuah van hitam"

"Lepas tue?" tanya Fang

"Lepas tue, pak cik tue tak nampak apa-apa. Dia tak nampak Rizu kena heret masuk, dia tahu van tue terus beredar dari situ. Dia cakap, masa tue, kawasan tue sunyi, tak ramai lagi orang. Aku pergi tanya orang kedai roti, dia tak nampak kejadian itu"

"Jadi, Rizu dibawa lari oleh van hitamlah" kata Boboiboy "Kalau macam tue, kita kena beritahu Yaya dan Ying tentang informasi terbaru. Kita cari van hitam tue, aku rasa van tue tak pergi jauh dari Pulau Rintis"

"Kau yakin Boboiboy?"

"Aku sebenarnya, tidak begitu yakin Fang tapi kita perlu memcuba. Percayalah cakap aku Fang, kita pasti akan dapat selamatkan Rizu" Fang tersenyum sedikit. Tiba-tiba sahaja jam kuasa mereka berbunyi. Boboiboy menjawab panggilan tersebut dan terpapar wajah Yaya yang sedang menangis

"kenapa Yaya?" tanya Boboiboy

"Ying, Ying hilang! Aku sudah mencari dia, tapi tak jumpa" kata Yaya dengan nada cemas dia "Aku.. aku tak.. tak tahu dia pergi.. mana tadi" Yaya menangis teresak-esak. Mereka terkejut dengan kehilangan Ying

"Kau dekat mana sekarang Yaya?" tanya Boboiboy lagi

"Aku ada dekat kawasan perumahan. Masa aku terbang ke bawah, aku cuba mencari dia, lepas tue aku cuba menghubungi dia, dia tidak jawab panggilan aku"

"Kalau macam tue, kau tidak boleh duduk dekat situ sorang-sorang. Kita semua berkumpul di rumah Fang balik" kata Boboiboy. Mereka terus ke rumah Fang untuk berkumpul semula

-----------------------------------------------

"Macam mana kamu berdua boleh terpisah! AKU SUDAH BERITAHU TADI, JANGAN SESEKALI TERPISAH DARI KAWAN KAU!" Ini pertama kali Yaya dimarahi oleh Kaizo. Dia menangis di situ kerana dia dimarahi begitu teruk sekali. Yaya duduk di sofa tanpa berkata apa, dia tahu ini salah dia

"Abang! janganlah marah dia lagi. Benda sudah terjadi" kata Fang yang cuba mempertahankan Yaya

"APA KAU KATA PANG! BENDA SUDAH TERJADI?! Kalau kawan kau tidak begitu cuai, BENDA INI TIDAK AKAN BERLAKU!" bergema satu rumah dengan suara garang Kaizo yang begitu kuat sekali. Kaizo ingin sahaja menghukum Yaya di situ tetapi dia tiada masa untuk membuat begitu "Kamu ingat perkara ini main-main sahaja, ini perkara serius! Sekarang seorang daripada kawan kamu sudah hilang, aku berharap kamu semua berdoa agar tiada perkara buruk terjadi dekat dia ataupun Rizu. Selepas ini, jikalau kamu semua terpisah lagi dan salah satu daripada kamu, hilang juga, aku sendiri akan pergi mencari mereka dan kamu jangan cuba untuk masuk campur"

"Tapi abang"

"TAPI APA! AKU HARAPKAN DARI KAMU SEMUA SUDAH MENJUMPAI RIZU, TAPI TENGOK! APA SUDAH TERJADI!" Kaizo pandang ke arah wajah mereka. Semuanya tidak berkata apa, hanya terduduk diam sahaja "Kau Boboiboy, kau dengan Gopal dan kau Fang, kau dengan Yaya"

"Abang pula?" tanya Fang

"Aku akan ikut kau Pang. Ingat! jangan terpisah lagi!"

"Baik Kapten Kaizo" kata mereka dengan nada lemah. Jadi mereka keluar balik untuk sambung mencari Rizu dan Yaya. Semua berdoa tiada siapa yang akan hilang lagi selepas ini

--------------------------------------------

"Kakak Ying! Kakak Ying!"

Ying membuka matanya dan nampak Rizu ada disebelah dia "RIZU!" Ying cepat-cepat memeluk Rizu "Rizu ok ke? ada luka tak?" Ying melepaskan pelukan dia dan periksa sekitar Rizu

"Kakak Ying jangan risau, Pizu ok. Dia tak apa-apakan Rizu" kata Rizu

"Dia? siapa dia?" tanya Ying. Dia melihat persekitarannya dan dapati mereka berdua di dalam sebuah penjara kecil "Kita dekat mana nie?"

"Pizu pun tak tahu kakak Ying"

"Jangan risau, akak akan cuba keluarkan kita berdua dari sini" kata Ying dengan penuh keyakinan

"Tapi kakak Ying tiada jam kuasa. Dia sudah ambil jam kuasa kakak" Ying melihat tangannya, jam kuasa dia sudah tiada. Dia mencari-cari di luar penjara tetapi dia tidak nampak dimana jam kuasa dia. Mereka berdua terperangkap di dalam penjara itu "Kakak Ying jangan risau, Pizu pasti abang Fang mesti dapat cari kita berdua" Rizu kelihatan tidak begitu takut sekali kerana dia tahu Fang dan kawan-kawan dia pasti akan dapat mencari mereka. Dia dari pagi tadi tidak berhenti-henti berdoa agar mereka dapat jumpa dia dengan segera. Sekarang Ying ada dengan dia, dia berasa lega kerana dia tidak lagi keseorangan

"Tapi Rizu, bagaimana dia orang tidak dapat jumpa kita orang nanti"

"Kakak Ying jangan berputus asa, Pizu tidak akan berhenti berharap"

"Kakak nampak Rizu seorang yang tabah dan tidak berputus asa. Kakak bangga dengan kamu Rizu"

"Mestilah! dengan kekuatan dari abang Fang, Pizu tidak akan mengalah!" Ying dan Rizu tergelak di situ dan terus terdiam kerana mereka terdengar satu bunyi yang amat kuat. Bunyi itu seperti bunyi pintu dihempas tutup begitu kuat sekali. Mereka terdengar suara tapak kaki berjalan ke arah mereka berdua. Ying peluk Rizu untuk melindungi dia dari apa-apa sahaja ancaman

"Kamu sudah bangun" Ying dan Rizu pandang ke atas dan nampak seorang lelaki dengan wajah yang ada parut di pipi kanannya. Kepala dia botak dan ada tatu berbentuk ular di tangan kirinya

"Kamu siapa hah!" kata Ying dengan nada garang dia

"Aku? Tak perlulah kau perlu tahu siapa aku" lelaki itu ketawa sinis kepada Ying "Mesti kamu tertanya-tanya, kenapa aku culik kamu berdua?" dia ketawa lagi. Lelaki itu mencangkung di depan penjara, Ying memeluk Rizu semakin erat "Aku culik kamu kerana jam kuasa kamu dan jam-jam kuasa kawan kamu juga dan" dia pandang ke arah Rizu "dan dia pula, sebagai umpan sahaja" lalu dia keluarkan jam kuasa Ying di dalam poket bajunya. Dia tunjuk kepada Ying "Kalau aku dapat gunakan jam kuasa ini, tentu tiada siapa dapat menghalang aku"

"WEI! KAU JANGAN CAKAP BESAR! NANTI ADA JUGA YANG AKAN DAPAT MENGHALANG KAU!" Lelaki itu geram dengan kata-kata Ying, dia bangun dan menendang pagar penjara itu begitu kuat sekali. Rizu tidak takut, dia begitu tabah dengan situasi tersebut "APA! INGAT AKU TAKUT DENGAN KAU!" kata Ying lagi dengan nada marah dia. Dia perlu kuatkan diri demi Rizu, dia tidak akan gentar dengan lelaki botak itu

"Oh, kau tak takut yea" lelaki itu tergelak lagi "Takpe, aku akan jual kamu berdua. Baru kamu tahu!" Dia beredar dari situ dan tinggalkan Ying dengan Rizu di situ. Ying lepaskan pelukan dia dan nampak Rizu hendak menangis tetapi dia tahan air matanya

"Rizu ok ke?" tanya Ying

"Pizu ok, kakak Ying jangan risau" Rizu tabahkan dirinya walaupun dia sendiri tahu, dia sebenarnya takut. Dia takut lelaki tadi akan buat apa sahaja dekat diri mereka berdua

"Rizu jangan risau, akak akan melindungi kamu" Ying memeluk Rizu lagi, dia tidak akan biarkan Rizu ketakutan. Mereka hanya duduk diam sahaja di dalam penjara itu. Kalaulah dia ada jam kuasa dia sekarang, mungkin dia dan Rizu dapat lari dari sini, fikir Ying. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, abang Kaizo, cepat cari kami berdua, kata Ying dihati

---------------------------------------------

Kaizo baru sahaja dapat tahu tentang van hitam itu, mereka tidak beritahu dia di rumah kerana dia terlampau sibuk sangat memarahi mereka semua. Kaizo terpaksa bersabar agar dia tidak lagi memarahi Fang dan kawan-kawannya. Kaizo melihat jam kuasanya, sudah pukul 12:30 malam, mereka masih lagi mencari Rizu dan Ying. Dia terpaksa menghubungi Boboiboy dan Gopal setiap 1 jam supaya dia dapat tahu situasi mereka bagaimana

Kaizo berjalan di belakang, Fang dan Yaya berjalan di depan sambil mencari-cari sesuatu yang ada di situ. Mereka melalui kawasan perumahan yang sudah diperiksa oleh Yaya dan Ying tadi. Mungkin mereka dapat petunjuk baru dimana Ying dibawa lari

"Kau memang tak perasan ke tadi?" tanya Fang

"Sejujurnya, aku memang tak perasan. Aku cuma terbang dan perisa di bahagian atas. Aku ingatkan aku nampaklah dia masa aku terbang, tapi aku silap" kata Yaya dengan penuh penyesalan dia "Aku tak tahu macam mana aku dan Ying boleh terpisah, atau mungkin aku terlepas pandang" Yaya ingin sahaja menangis lagi di situ tetapi dia tabahkan diri dia

"Jangan menangis lagi Yaya. Aku pasti Ying selamat bersama dengan Rizu" kata Fang. Mereka berdua terdengar jam kuasa Kaizo berbunyi dan mereka menoleh kebelakang

"Apa yang kamu jumpa Lahap?"

"Kapten! saya rasa saya dapat mengesan dimana Rizu dan Ying berada di sekarang"

"Bagus, dimanakah lokasi mereka disembunyikan?" Lahap memberikan lokasi Rizu dan Ying di jam kuasa Kaizo "Itu lokasi mereka, kapten"

"Terima kasih Lahap" Kaizo menutup skrin kecilnya itu dan periksa lokasi yang telah diberikan oleh Lahap tadi

"Abang, macam mana? kita sudah dapat lokasi mereka?" tanya Fang

"Sudah! mari kita pergi tapi dalam operasi selamatkan mereka, kita perlu berhati-hati. Hubungi kawan kamu dengan segera, dan kita akan berjumpa di lokasi tersebut" Fang terus menghubungi Boboiboy, manakala Kaizo pula, dia terus menghantar lokasi tersebut kepada semua kawan-kawan adiknya kecuali Ying. Dia tidak mahu penjenayah itu dapat tahu yang mereka dalam perjalanan menyelamatkan Ying dan Rizu

--------------------------------------

Kaizo, Yaya dan Fang sorok disebalik batu yang besar. Mereka kini berada di tepi pantai yang jauh dari kawasan bandar Pulau Rintis. Kawasan itu agak tersorok dan tidak ramai yang lalu di situ kerana suasana di situ agak gelap, sunyi dan menakutkan. Mereka melihat seorang lelaki botak sedang berborak di dalam telephone nya dan di depan rumah usang tersebut, terdapat sebuah van hitam

"Itulah van hitam yang dikatakan oleh Gopal tadi" bisik Fang

"Hmmm... kamu berdua tunggu di sini, biar abang yang pergi selamatkan mereka berdua" kata Kaizo

"Tapi abang, kalau dia dapat tangkap abang macam mana?"

"Kamu ingat abang nie apa, abang tahu setiap gerak geri musuh! tapi... kalau terjadi apa-apa dekat abang, lari dari sini, jangan pergi selamatkan abang"

"Tak! adik tak nak tinggalkan abang!" Fang tinggikan suara dia. Kaizo menutup mulut adiknya kerana lelaki tadi sedar dengan kehadiran mereka. Dia meletakkan telephone nya dan keluarkan pistolnya yang ada di dalam jaket hitam dia. Dia melihat sekeliling pantai itu dan dia bergerak secara pelahan-lahan ke arah batu yang mereka sedang sorok. Kaizo menyuruh Yaya diamkan diri. Yaya menutup mulutnya supaya pernafasan dia yang begitu kuat itu, tidak didengar oleh lelaki botak itu. Hati dia berdebar-debar kerana makin lama makin dekat lelaki botak itu datang. Fang menjadi takut, dia pegang tangan abang dia sambil pejam matanya. Dia takut jikalau lelaki itu tiba-tiba sahaja menembak ke arah mereka. Kaizo cuba mengintai lelaki botak itu dan dapati dia sedang berdiri tidak jauh daripada mereka. Dia nampak lelaki itu simpan pistol tersebut dan lalu beredar dari situ. Dia masuk ke dalam rumah usang itu

Kaizo melepaskan mulut adiknya. Fang rasa hendak pitam kerana dia terlalu takut, muka Yaya menjadi pucat, dia juga takut jikalau terjadi apa-apa kepada mereka berdua. Kaizo melihat mereka berdua. Dia rasa dia patut menyuruh mereka dua pulang ke rumah sahaja

"Pang, abang rasa kau tak patut berada di sini. Biar abang yang urusankan"

"Tapi adik boleh bantu abang. Adik juga mempunyai kuasa, adik boleh lawan orang tadi tue"

"Tapi kenapa muka kamu macam nak pengsan" kata Kaizo dengan nada marah dia "Abang tidak akan benarkan kamu berdua berada di sini lagi. Operasi ini sangat berbahaya"

"Kapten Kaizo, kami sebelum ini pernah berlawan dengan musuh-musuh yang lagi bahaya daripada ini. Bagilah kami membantu Kapten Kaizo untuk selamatkan kawan-kawan kami" pujuk Yaya kepada Kaizo tetapi dia hanya menghiraukan sahaja pujukan dari Yaya. Mungkin musuh mereka sebelum ini sama bahayanya dengan orang jahat tersebut tetapi operasi ini sangat berbeza kerana nyawa Rizu dan Ying kini dalam bahaya

Tiba-tiba sahaja mereka terkejut dengan satu das tembakan. Fang terkejut kerana tembakan itu terkena di bahu abangnya. Kaizo menahan kesakitan itu, Fang pula nampak lelaki botak itu berada tidak jauh daripada mereka. Dia ingin menembak ke arah mereka lagi tetapi Fang sempat melindungi mereka semua

"PELINDUNG BAYANG!"

"Adik, lari cepat. Biar abang yang urusakan dia" kata Kaizo. Fang mengelengkan kepalanya "JANGAN DEGIL! SELAMATKAN DIRI KAU DAN KAWAN KAU!"

"Tak! adik tak kan lari!" Fang menahan pelindung bayangnya seberapa lama yang dia mampu "Yaya! kau pergi selamatkan Ying dan Rizu! biar aku urusan si botak tue"

"Tapi.. macam mana dengan kau. Tak kan kau nak lawan dia seorang sahaja"

"Jangan risau tentang aku, aku sendiri dapat lawan dengan si botak tue" kata Fang dengan nada lemah dia. Dia melihat abang dia sedang memegang bahunya, dia perlu selamatkan abangnya sebelum dia kelihatan banyak darah lagi. Mana Boboiboy dan Gopal, kenapa dia orang lambat datang, fikir Fang. Dia melihat Yaya tidak berganjat dari situ lagi "Kenapa kau tidak pergi dari situ lagi!"

"Tak, aku tak kan tinggalkan korang berdua" Yaya terbang ke atas dan nampak lelaki botak itu berkali-kali menembak pelindung bayang tersebut "KUASA GRAVITY!" Badan lelaki botak itu menjadi ringan dan Yaya mengangkat orang itu dengan menggunakan bebola kuasa dia. Pelindung bayang Fang hilang tepat pada masanya

"Kau ingat kau boleh menang!" Lelaki botak itu mengacu pistolnya ke arah Yaya

"JARI JEMARI BAYANG!" Fang merampas pistol itu dari tangan lelaki botak itu dan lalu mengambil pistol tersebut

"FANG HATI-HATI!" Fang menoleh kebelakang dan nampak beberapa lelaki sedang mengacu pistolnya kepada dia dan abang dia. Salah seorang daripada mereka sedang mengacu pistolnya ke arah Yaya

"Baik kau turun dari situ dan turunkan kawan aku juga" kata salah seorang daripada mereka "Buat apa yang aku suruh, sebelum kawan kau menjadi mangsa aku" kata lelaki itu kepada Yaya

"Jangan Yaya, baik kau selamatkan diri kau!" Fang menjerit kepada Yaya

"KAU BUAT SAHAJA APA YANG AKU SURUH!" Lelaki sedikit lagi hendak menembak Fang. Yaya terpaksa akur dengan kata-kata orang itu, dia menurunkan lelaki botak itu dan diri dia juga "Bagus"

"Pang, kenapa kau masih lagi ada di sini" kata Kaizo kepada adiknya dengan nada lemah. Kaizo makin lama makin lemah, dia menahan dirinya daripada pengsan "Pang, lari dari sini"

"Tak, adik tak kan tinggalkan abang di sini. Adik sayangkan abang" Kaizo tersenyum lemah. Adakah ini kali terakhir dia dapat melihat adiknya? fikir Kaizo. Tapi dia tak nak tinggalkan adiknya keseorangan di sini, Kaizo menangis melihat wajah adiknya "Abang jangan menangis" kedua mereka menangis kerana kedua-duanya tidak mahu kehilangan sesama sendiri. Yaya yang mendarat di sebelah Kaizo, dia juga tidak dapat menahan air matanya. Dia juga tidak mahu kehilangan salah satu daripada mereka atau dirinya sendiri

Mereka terdengar beberapa das tembak. Fang peluk abang dia untuk melindung abangnya tetapi Kaizo dengan sisa tenaga yang dia ada. Dia melindungi mereka semua "DINDING TENAGA!"

"BOBOIBOY KUASA LIMA!" Mereka terdengar suara kawan mereka

"TUKARAN MAKANAN!" Peluru-peluru tersebut bertukar menjadi jelly. Kaizo, Fang dan Yaya nampak kelima-lima pecahan Boboiboy menyerang penjenayah-penjenayah tersebut

"GOLEM TANAH!" Sebuah golem tanah menjelma dan menyerang penjenayah-penjenayah tersebut. Dia mengangkat salah sorang penjenayah tersebut dan baling ke arah laut tetapi Boboiboy Taufan sempat pegang kaki penjenayah itu dan bawa ke tepi pantai tersebut

"TEMBAKAN ICE!" Boboiboy ice menembak beberapa ice dan terkena 2 3 penjenayah tersebut dan mereka menjadi beku. Dua lagi penjenayah telah berjaya di tangkap oleh Boboiboy Blaze dan Halilintar. Mereka kumpulkan penjenayah-penjenayah tersebut dibawah jagaan golem tanah dan lalu Fang mengikat mereka tersebut dengan pengikat bayang. Gopal pula pergi selamatkan Rizu dan Ying. Pada masa yang sama, dinding tenaga Kaizo hilang kerana tenaga dia semakin lemah. Pecahan Boboiboy menjaga penjenayah-penjenayah tersebut, termasuklah lelaki botak tadi

"ABANG FANGGG!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Rizu sedang menangis ketakutan, dia berlari ke arah Fang dan peluk Fang sekuat hati. Yaya pula berlari ke arah Ying dan mereka menangis bersama sambil berpelukan. Kaizo tersenyum lemah melihat Rizu dan Ying selamat, tiada kecederaan teruk yang ada pada diri mereka. Penglihatan dia makin lama makin kabur dan lalu dia pengsan di situ

"ABANG!"

"KAPTEN KAIZO!" Mereka semua berlari ke arah Kaizo yang sudah terbaring pengsan itu. Fang terpaksa menghubungi Lahap, abang dia perlukan rawatan dengan segera. Mereka terdengar siren dari kereta polis. Boboiboy dan Gopal lambat sampai tadi kerana mereka telah pergi ke balai polis terdahulu untuk memberitahu kawan mereka telah diculik dan mereka juga memberitahu lokasi kawan mereka berada

-----------------------------------

Dua hari selepas kejadian episode hari itu, Kaizo sudah kembali ke bumi. Bahunya masih lagi terbalut, Lahap memberitahu bahawa dia tidak kehilangan begitu banyak darah. Jadi dia berehat di kapal angkasa sehingga dia sembuh. Fang masa dalam dua hari itu, dia selalu menghantar sup lobak merah kepada abang dia di kapal angkasa. Rizu pula, diberikan rehat selama dua hari juga, begitu juga dengan Ying

Rizu dan Ying menjadi perbualan terhangat di sekolah, mereka menjadi begitu popular di sekolah. Ramai yang bertanya kepada mereka berdua, adakah mereka ok? bagaimana perasaan mereka semasa mereka diculik. Ada juga yang menanya Boboiboy, Fang, Gopal dan Yaya, bagaimana mereka selamatkan kawan mereka? Mereka sudi menjawab soalan mereka

Tiga hari selepas itu, semuanya kembali seperti biasa, cuma Fang sahaja yang asyik berkepit dengan abang dia. Sama juga dengan Rizu, asyik bermanja dengan Fang tiap-tiap hari di sekolah atau selepas sekolah

"Kenapa dengan kau nie? tiap-tiap hari asyik nak bermanja dengan abang sahaja" kata Kaizo yang melihat adiknya sedang duduk rapat dengan dia di sofa sambil menonton cerita hantu di television. Balutan dibahunya sudah dibuka, dia sudah kembali bertenaga tetapi masih belum lagi untuk menjalani latihan tempur dia. Mungkin minggu depan atau esok? Dia tidak mahu duduk diam dan berehat sahaja di rumah, dia perlukan latihan tempur dia, rasa tidak tenteram tanpa latihan tempur dia

"Adik nak manja dengan abang tak boleh ke?" Fang masih lagi takut kerana dia hampir kehilangan abang kesayangan dia

"Suka hati kau lah" sebenarnya dia takut dengan kejadian hari itu, dia takut jika dia tidak dapat melindungi adiknya lagi dan dia juga risau, kerana semua mimpi buruk adiknya, mesti ada sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku. Adakah adiknya mempunyai kuasa lain yang dia tidak tahu? atau semuanya hanyalah firasat mimpi adiknya sahaja. Mulai sekarang, dia perlu lebih berhati-hati jikalau adiknya mimpi buruk lagi. Kaizo memeluk adiknya dan cium kepala adiknya

Semoga tiada lagi mimpi buruk daripada kau, Pang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top