Cabaran
Fang begitu kagum sekali melihat abangnya berlawan dengan Lynna di kapal angkasa. Ini pertama kali Lynna menjalani latihan tempur bersama dengan Kaizo tetapi perbezaan latihan tempur kali ini, mereka tidak menggunakan kuasa mereka. Kaizo dan Lynna menggunakan kemahiran mereka dalam bidang lawan menggunakan skill ninja, taekwondo, karate, silat, judo dan segala tekniklah yang ada, gusti pun ada juga. Ada juga sampai tahap Lynna berlawan menggunakan satu tangan sahaja, tangan kirinya dia letak dibelakang badannya. Bukan itu sahaja, Kaizo dan Lynna juga berlatih di dalam kemahiran mereka dalam berlawan pedang. Fang tidak sangka Lynna begitu mahir sekali dalam lawan pedang. Perlawanan mereka berdua begitu pantas dan kemas, dua-dua sama kuat. Dia duduk bersila di tepi medan latihan tempur sambil melihat mereka berdua jalankan latihan tempur mereka dari pagi tadi lagi. Susah untuk dikatakan siapa yang akan menang di dalam latihan tempur ini, dua-dua tidak langsung nampak mahu mengalah dan akhirnya Lynna menang di dalam pertarungan ini
Fang tergelak sedikit kerana abang dia kalah dengan perempuan. Kaizo merenung tajam ke arah adiknya "Cubalah kau lawan dengan Lynna, mesti kau akan kalah teruk nanti. Aku cabar kau lawan tanpa menggunakan kuasa kau" kata Kaizo dengan nada sinis dia
"Errr.. kalau tak nak lawan boleh tak?" tersengih Fang di situ
"Tahu takut!"
"Fang tak baik ketawakan abang sendiri. Walaupun sekuat mana abang kamu, kita tidak boleh jangka jika abang kamu boleh menang atau tidak di dalam situasi yang berbahaya. Even sebutir peluru pun boleh kalahkan abang kamu tapi itu tidak bermaksud abang kamu lemah. Akak tahu abang kamu kuat, tapi kita kena berfikir, orang kuat pun boleh kecundang juga. Jadi, kita jangan terlalu yakin sangat dengan diri kita yang kuat dapat kalahkan orang yang lebih lemah daripada kita, mana tahu orang yang lemah dapat kalahkan orang yang lebih kuat" Fang hanya diam sahaja kerana dia sungguh tekun mendengar kata-kata Lynna tadi. Dia sebenarnya suka mendengar kata-kata nasihat dari Lynna
"Akak pernah kalah dengan musuh-musuh akak?"
"Pernah tapi akak akan bangkit juga untuk kalahkan musuh akak"
"Kita akan berehat sebentar" kata Kaizo kepada Lynna. Mereka kelihatan begitu penat kerana latihan tempur mereka dari pagi sehingga sekarang tidak berhenti, mereka teruskan sahaja sampai lupa sekarang sudah pukul 1 tengahari. Lynna duduk bersila di sebelah Fang sambil mengambil botol airnya di tangan Fang. Kaizo pula mengelap peluhnya di muka dia
"Wah! tak sangka kak Lynna nie mahir dalam bab-bab lawan" kata Fang "Fang nampak kak Lynna nie macam tiada kelemahan" Selama ini, Fang melihat Lynna adalah seorang yang sempurna, tiada cacat celanya. Dia tidak pernah terfikir Lynna mempunyai sebarang kelemahan yang tersendiri
"Mana adalah Fang, setiap manusia mesti ada kelemahan yang tersendiri. Tidak semua manusia adalah sempurna. Kita nampak sahaja dari luar, dia cukup sempurna tetapi sebenarnya dia ada kelemahannya" kata Lynna "Kelemahan akak adalah selalu korbankan diri akak sendiri demi keselamatan kawan-kawan akak walaupun nyawa akak sendiri yang terancam. Akak juga seperti Fang, suka sangat bersendirian, suka simpan masalah sendiri dan degil"
"Hehehe... tapi mana kak Lynna belajar berlawan?"
"Hmmm.. akak belajar berlawan semasa akak mempunyai kuasa satu sahaja iaitu kuasa premonition. Masa itu akak tidak mempunyai kuasa lain lagi, jadi akak terpaksa berlatih dan belajar pelbagai teknik dalam berlawan. Sampai sekarang akak masih lagi berlatih walaupun sudah mempunyai kuasa yang aktive. Kalau akak tak berlatih, nanti akak akan lupa" kata Lynna
"Jadi, kawan-kawan akak pun begitu juga ke?" Fang melihat Lynna seperti melihat idola dia tersendiri. Dia ingin sahaja belajar berlawan seperti Lynna. Berlawan tanpa menggunakan kuasa
"Tak, akak seorang sahaja" kata Lynna, lalu dia minum air dia "Kalau Fang nak tahu, akak pernah berlawan dengan musuh akak dekat atas bumbung sekolah tanpa menggunakan kuasa tapi itu cerita zaman akak sekolah dulu"
"Dasyat betul akak nie. Apa lagi yang Fang perlu tahu?"
"Hmmm.. apa lagi yea.. Dulu akak seorang ahli pasukan baseball, tapi sebelum akak sertai pasukan baseball, akak sertai pasukan sorak atau dalam bahasa english, cheerleader. Itu sahajalah kot" Lynna tersenyum dekat Fang
"Ala, mesti ada lagi. Bagitahulah Fang" Lynna hanya selerakkan rambut Fang
"Kau nie Pang, nak tahu sangat buat apa!" kata Kaizo dengan nada garang dia "Sekarang giliran kau pula untuk jalani latihan tempur"
"erkk! adik?!" terkejut Fang di situ. Dia sebenarnya berada di situ kerana dia bosan dekat rumah, kerja rumah dia semua sudah siap. Kawan-kawan dia pula tiada rancangan menarik untuk hari ini, jadi dia ikut abang dan Lynna pergi ke kapal angkasa
"Habis tue! KAU INGAT KAU BOLEH DUDUK DEKAT SINI SENANG LENANG, LIHAT SAHAJA LATIHAN TEMPUR ABANG!" Fang takut dengan suara garang abang dia, lalu dia bangun dan bersiap sedia dengan latihan tempur dari abang dia. Lynna hanya duduk di tepi sambil melihat latihan tempur menggunakan kuasa pula di antara abang dan adik. Habis Fang kena belasah teruk oleh abangnya, sampai Fang tidak larat lagi dah untuk berlawan dengan abangnya yang terlampau kuat. Dia merangkak pergi ke sebelah Lynna sebab tidak larat nak bangun dan lalu baring kerana terlalu penat sangat
"Kasihan akak tengok kamu" Lynna tergelak melihat Fang terbaring sambil mengambil nafas
"Tak payah kasihan dengan Fang, akak. Abang tue! memang dari dulu lagi suka sangat buli Fang dengan latihan tempur dia tahap gila tue" kata Fang dengan nada marah dia. Lynna hanya tergelak sahaja melihat Fang marah-marah abang dia. Kaizo buat-buat tidak dengar kemarahan adiknya, dia hanya minum air dia dan lalu panggil Lynna untuk sambung latihan tempur mereka. Lalu Lynna bangun dan sambung balik latihan tempurnya dengan Kaizo. Fang pula meminta dirinya untuk pulang sahaja di bumi sebab dia tidak sanggup menghadapi latihan tempur abangnya yang semakin lama semakin mengganas. Setelah dia sampai di bumi, Fang terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi sekejap. Setelah selesai, dia keluar dari rumah dan terus berjalan ke kedai Tok Aba
-----------------------------------------
Suasana di kedai Tok Aba menjadi bising kerana pergaduhan di antara Boboiboy dan Gopal. Mereka berdua sedang berebut dengan makanan special terbaru dari Tok Aba iaitu chocolate cream puff. Dua-dua berebut untuk makan chocolate cream puff yang terakhir itu tetapi Fang yang sudah memakan chocolate cream puff itu. Gopal yang rasa sedih kerana pinggan tersebut sudah kosong, tiada lagi chocolate cream puff
"Dey! yang kau pergi makan buat apa?"
"Kau sibuk sangat berebut dengan Boboiboy, jadi aku makanlah. Selesai masalah korang jugakan" Fang duduk di tengah-tengah, di antara Boboiboy dan Gopal "Korang takde rancangan yang terbaik ke hari ini? Aku bosanlah hari ini"
"Samalah kita" kata Boboiboy dan Gopal serentak. Mereka bertiga duduk di situ termenung sahaja sambil melihat Tok Aba memotong sepotong chocolate untuk membuat lagi chocolate cream puff. Ochobot pula sedang basuh pinggan, mangkuk yang telah diguna tadi. Television di kedai Tok Aba sedang main cerita katun tetapi mereka bertiga tidak begitu tertarik dengan cerita katun tersebut. Ketiga-tiga mereka menghela nafas kerana terlampau bosan
"Ochobot! buatkan aku waffle 2 keping!" kata Gopal secara tiba-tiba
"Kau nie Gopal, asyik makan sahaja" kata Boboiboy
"Entahnya, kau tak pernah ke kalau satu hari tak makan banyak" kata Fang sambil melihat Gopal tersengih. Tangan kiri dia pula sedang mengambil satu choki-choki "Hah! tengok tue! makan lagi! Macam mana kau nak kurus"
"Dey! aku kurus apa! badan aku cergas ok! cuma kau nie aje keding! ringan macam kapas"
"Wei! kau cakap elok-elok ok!" kata Fang sambil tunjuk penumbuk kepada Gopal "Aku kurus macam mana pun, aku tetap cergas juga ok!"
"Yelah, kau tue cergas tapi kurang makan" kata Gopal dengan nada sindiran dia "Cubalah satu hari kau makan semua makanan kegemaran aku, aku nak tengok, kau naik ke tak, berat badan kau"
"Oh! kau cabar aku yea"
"Hah! eloklah tue. Aku cabar Gopal tak boleh makan semua makanan kegemaran dia dan dia kena kurangkan makan dan Fang pula kena makan semua makanan kegemaran Gopal dan dia tak boleh marah-marah orang" muncul Ochobot dengan waffle Gopal "Tapi waffle nie aku Fang ajelah makan sebab inikan makanan kegemaran kau"
"ALA! bagilah aku makan hari ini! mulakan aje cabaran tue esok"
"Macam mana Boboiboy? esok atau hari ini?" tanya Ochobot kepada Boboiboy. Mereka semua pandang ke arah Boboiboy sambil menunggu keputusan dari dia. Dia fikir dengan betul dan akhirnya keputusan dia adalah "Kita mulakan cabaran itu esok sahaja!"
"YEAHHH!" Gopal ambil waffle itu ditangan Ochobot "Jadi, hari ini, aku makan sepuas-puasnya!"
"Tapi, sampai bila cabaran ini akan berlangsung?" tanya Fang
"Hmmm... 2 hari macam mana? ok tak?" Mereka setuju sahaja dengan kata Ochobot tadi. Jadi, mulai esok, Fang dan Gopal akan mulakan cabaran mereka di sekolah
----------------------------------------
Keesokannya, Fang telah membawa beberapa makanan kegemaran Gopal, dia sahaja untuk cari pasal dengan kawan baik dia itu. Kaizo perasan dengan adiknya membawa semua makanan yang tidak berkhasiat ke sekolah "Pang! kenapa kau bawa chocolate chocolate ini semua ke sekolah?"
"Errr.. sebab adik nak makanlah" Fang tidak memberitahu perkara yang sebenarnya kepada abang dia
"Kau nak jadi gemuk ke? makan chocolate berlebihan, boleh buat diri kau lemah!" kata Kaizo "Sudahlah semalam stamina kau sudah tidak begitu kuat seperti dulu, apa nak jadi dengan kau Pang? Lynna juga bagus dengan latihan tempur dia"
"Asyik-asyik puji kak Lynna, asyik-asyik puji kak Lynna" kata Fang dengan nada sindiran dia "Kalau dengan adik, tak pernah nak puji pun kalau adik berjaya kalahkan abang masa latihan tempur" Fang memasukan beberapa jenis chocolate di dalam beg sekolahnya. Dia juga ada membuat burger yang besar, khas untuk dia makan semasa rehat nanti. Dia tahu Gopal suka makan burger
"Itu nasib kamu sahaja! Kalau nak dibilangkan, abang sudah banyak kali menang. Kau tue baru sedikit sahaja, macam mana nak jadi kuat macam abang atau macam Lynna. APA NAK JADI DENGAN KAU NIE! macam mana abang nak puji kau kalau asyik merungut sahaja setiap kali ada latihan tempur, lepas tue cari alasan nak lari dari latihan tempur abang" kata Kaizo dengan nada garang dia
"Yelah abang" kata Fang sambil memakai beg sekolahnya. Fang mengawal kemarahan dia "Adik pergi sekolah dulu" Fang melambai-lambai abangnya dengan senyuman ceria dia. Kaizo rasa pelik pula dengan adiknya hari ini, selalunya adik dia akan memarahi dia pagi-pagi ini tetapi tiada pula. Adakah adik dia sudah dapat mengawal kemarahan dia atau ada orang lain yang menyamar menjadi adiknya. Kaizo melihat adiknya yang sudah keluar dari dapur
"Pang? kau sihat ke?"
"Adik sihat sahaja abang" kata Fang sambil memakai kasut sekolahnya "Jumpa lagi abang" Fang membuka pintu rumahnya dan lalu keluar dari rumah tersebut. Dia menutup pintu itu dan terus sahaja mengenggam tangannya "Isk abang nie, kalau pagi-pagi tak buat aku marah, tak boleh ke" bisik Fang sambil berjalan ke pintu pagar rumahnya. Dia kata kepada dirinya, yang dia tidak akan memarahi sesiapa pada hari ini kalau tidak, dia akan dikenakan denda. Boboiboy baru sahaja hantar mesej semalam, kalau dia marah seseorang dekat sekolah atau luar sekolah, dia akan menjalani latihan tempur dengan abangnya selama seminggu. Kalau dua orang dia marah, dua minggu. Terus Fang mengigil, dua minggu latihan tempur, boleh pengsan aku, fikir Fang
Setelah sampai di sekolah, dia terus ke bangku sekolah, tempat biasa dia dan kawan-kawan dia selalu berkumpul. Dia tunggu sahaja kedatangan kawan-kawan dia, sambil tunggu, sambil itu dia makan chocolate kegemaran dia. Dari satu chocolate ke satu chocolate dia makan, habis tangan dia penuh dengan chocolate
"Selamat pagi Fang!" muncul Boboiboy bersama dengan Gopal "Pagi-pagi lagi kau dah makan chocolate"
"Yelah, kau cabar aku semalam kan. Jadi aku kenalah jadi macam si Gopal, makan pada setiap waktu. Tak kiralah pagi ke petang ke malam ke, asalkan makan" Dia gigit chocolate tersebut di depan Gopal. Dia mahu menguji kesabaran Gopal, adakah dia akan menjadi gila kerana tidak dapat makan chocolate atau dia dapat mengawal dirinya. Gopal menelan ludah kerana chocolate tersebut nampak begitu sedap sekali. Dia asyik pandang sahaja chocolate itu, dia tidak tahan melihat kesedapan chocolate itu, lalu dia lari dari situ
"Hehehehe... lari pun Gopal" kata Fang dengan belagaknya
"Isk kau nie, sahaja nak kenakan Gopal"
"Ala, aku nak menguji ketabahan dia sahaja. Tak boleh ke?"
"Yelah Fang tapi kalau dia cari pasal dengan kau. Kau tak boleh mengamuk atau marah dia balik" kata Boboiboy dan lalu dia berikan senyuman sinis dia "Tapi kau juga tak boleh marah aku nanti.. hehehe" Fang buat muka masam, terpaksalah dia menahan kemarahan dia dalam dua hari ini. Agaknya, boleh jadi gunung berapi kalau aku tahan kemarahan aku, fikir Fang. Dia sambung balik makan chocolate dia, Gopal pula tidak muncul balik. Dia sudah berada di dalam kelasnya sambil makan buah tomato, mak dia yang sediakan. Dia kena makan makanan yang berkhasiat
Sedang Fang asyik makan chocolate dia, Yaya dan Ying muncul pula "Wei, kau nie apasal makan chocolate pagi-pagi" marah Ying kepada Fang. Mulut Fang sudah comot kerana terlampau banyak sangat makan chocolate
"Entah si Fang nie. Kau nak jadi macam Gopal ke, asyik makan chocolate sahaja" kata Yaya "Bukan ke kau nie jenis tak kuat makan sangat, apasal tiba-tiba hari ini kau makan chocolate banyak sangat" Fang tersengih sahaja, dia tidak boleh memarahi mereka berdua
"Sebab aku sudah lama tak makan chocolate" kata Fang dengan senyuman paksaan dia "Korang nak juga ke?" Dia bagi dua kotak chocolate kepada Yaya dan Ying. Mereka berdua melihat Fang dengan penuh kecurigaan. Boboiboy tergelak sahaja melihat Fang yang sedang berlawan dengan emosi marah dia. Hati Fang memang tengah berapi-api, dia rasa macam hendak menjerit sahaja di situ tetapi dia tabahkan hati, tahan kemarahan dia dan cuba bercakap baik dengan dua kawan perempuan dia
"Ambik lah chocolate nie" kata Fang sambil berikan dua kotak chocolate itu
"Kamu nie demam ka?" tanya Ying
"Hmm... pelik betul aku tengok kau nie Fang" kata Yaya "Selalunya kau mesti marah kita orang sebab sibuk dalam urusan kau, tapi hari ini tiada pula" Fang tersengih sahaja, dia nampak Boboiboy sedang ketawa kecil disebelah dia. Disebabkan dia tidak boleh marah orang tapi dia boleh sahaja kenakan kawan baik dia yang sedang ketawakan diri dia. Fang pijak kaki Boboiboy sekuat hati
"ADOI!"
"Macam mana? sedap kena pijak" kata Fang dengan nada sindiran dia
"Oh, kau main kasar yea. Takpe, takpe.. jaga kau lah nanti Fang" Yaya dan Ying masih lagi tidak faham dengan perangai mereka. Apakah jenis permainan yang mereka sedang bermain hari ini? Yaya dan Ying malas hendak bertanya lagi, jadi mereka biarkan sahaja mereka berdua. Mereka sudah terbiasa dengan pergaduhan kecil dari Boboiboy dan Fang. Kadang-kadang perkara remeh temeh pun mereka hendak juga bergaduh
"Bergaduhlah korang berdua, aku dan Ying masuk ke kelas dulu" kata Yaya sambil menarik tangan Ying dan lalu mereka berdua terus naik ke kelas 6 Harmoni
"Pandai juga kau kawal kemarahan kau. Aku nampak muka kau sudah merah kemerahan sebab rasa nak marah dia orang" kata Boboiboy
"Dah tue, tak kan kau nak aku jalani latihan tempur selama seminggu, baik aku kawal kemarahan aku"
"Baguslah tue Fang tapi latihan tempur abang kau bagus apa"
"BAGUS KAU-" terus Fang senyap. Boboiboy tersenyum sinis dekat Fang "Errr.. maksud aku, memang bagus latihan tempur abang aku tue, bagus untuk kesihatan" Nasib Fang begitu selamat, kalau tidak, habis satu minggu dia kena latihan tempur. Mesti seminggu itu dia tidak mendapat berehat secukupnya "Aku masuk kelas dulu" Fang bangun dari bangku sekolah, dia fikir, kalau dia duduk disitu lama-lama, boleh meletup dia nanti. Jadi dia buat keputusan untuk duduk diam sahaja di dalam kelas dia tetapi dia silap. Pelajar-pelajar 6 Jaya mengarah dia membuat kerja macam-macam. Semenjak dia bukan lagi ketua kelas, dia tidak lagi mengarah atau memarahi mana-mana pelajar 6 Jaya tetapi dia juga yang kena buat kerja kemaskan kelas. Hari ini dia kena begitu teruk sekali kerana dia tidak boleh memarahi sesiapa pun. Jadi dia terpaksa membuat kesemua kerja yang disuruh. Fang mengeluh kerana tiada siapa yang sudi membantu dia
--------------------------------------
Waktu rehat sudah tiba, Gopal duduk diam di kantin sekolah sambil melihat bekalan makanan dia pada hari ini. Dia membuka bekas makanan itu dan nampak ibu dia telah sediakan salad buah-buahan untuk dia. Dia terpaksa terima sahaja, dan lalu dia makan salad itu secara pelahan-lahan kerana hati dia begitu sedih. Mata dia asyik pandang ke tempat lain, dia pandang pelajar-pelajar lain sedang membeli makanan kegemaran dia, nasi lemak, mee goreng, bihun sup, nasi goreng, donut lobak merah, keropok ikan dan paling istimewaa hari ini adalah ayam goreng yang baru sahaja masak. Dia boleh bau haruman ayam goreng tersebut. Terasa hendak menangis Gopal di situ. Fang tiba dengan bekalan makanan dia, dia duduk di depan Gopal kerana dia ingin menunjuk bekalan yang dia bawa hari ini
"Janganlah makan depan aku Fang, aku tak nak kena denda latihan tempur abang kau" merayu Gopal kepada Fang tapi apa dia pedulik. Dia buka bekas makanan dia dan lalu mengeluarkan sebiji burger yang besar di depan mata Gopal. Air liur Gopal meleleh keluar melihat burger tersebut. Fang membuka mulut dia untuk memberikan gigitan pertama dia. Dia mengigit burger tersebut, dia boleh rasa keenakan burger itu, keju-keju yang ada di dalam burger itu meleleh keluar, dagingnya yang begitu lembut dan sos cili di campurkan dengan sos BBQ. Gopal menjilat bibirnya kerana tidak tahan melihat Fang makan burger itu penuh nikmat. Dia mahu sahaja terkam burger itu tetapi dia mengawal nafsu dia. Gopal menghantuk-hantuk kepalanya di meja kantin sekolah
Boboiboy, Yaya dan Ying muncul dengan makanan mereka, Gopal sudah tidak larat melihat makanan-makanan yang begitu sedap. Dia berdiri dan lalu beredar dari situ dengan hati yang sedih
"Aik, kenapa dengan Gopal" tanya Ying "Kita baru sahaja duduk, dia nak pergi pula"
"Sebenarnya Gopal dan Fang telah dicabar oleh Ochobot semalam" Boboiboy meletakkan nasi lemaknya di atas meja dan lalu duduk disebelah Fang
"Haih, kena cabaran lagi sekali. Apa pula cabaran yang telah dikena oleh Ochobot? tanya Yaya
"Hehehehe.. Gopal tidak boleh makan makanan kegemaran dia selama dua hari dan dia juga kena kurangkan makan. Fang pula kena makan kesemua makanan kegemaran Gopal tapi dia tidak boleh marah sesiapa pun"
"Oh begitu, patutlah aku nampak pelik si Fang nie pagi tadi" Yaya pandang ke arah Fang yang sudah habis makan burger dia tadi. Sekarang Fang keluarkan sebungkus donut lobak merah pula. Makanan kegemaran dia dan Gopal
"Kau tak takut nanti jadi gemuk ka?" tanya Ying
"Err.. tak kot, tapi untuk dua hari sahaja kan bukan sampai hujung tahun" Fang membuka bungkusan itu dan dia terasa sungguh bahagia melihat donut lobak merah "Korang pergi makan, aku mahu menikmati donut kegemaran aku" Dia mengambil bau dulu dan terus dia makan donut tersebut
Gopal yang tidak berada jauh dari situ, dia mengintai kawan-kawan baik yang sedang menikmati makanan-makanan kegemaran dia. Dia menyorok disebalik tiang kantin sekolah "Appa, Amma. Tengoklah anak ku ini sedang tabah menghadapi dugaan" kata Gopal dengan nada sedih dia
"Kenapa aku harus terima cabaran itu semalam, sekarang perut ku sudah meragam kerana aku sudah mula mengidam" dia mula nyanyi lagu beriramakan hindustan. Ramai pelajar lain berhenti dan melihat Gopal menari-nari sambil bernyanyi di tepi kantin sekolah. Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying perasan dengan nyanyian Gopal tersebut, mereka tergelak melihat kawan baik mereka, pada yang sama, mereka rasa kasihan dengan dia kecuali Fang. Dia apa kisah, asalkan dia bahagian dengan donut lobak merah yang begitu gebu dan lembut sekali. Dia menjilat-jilat jarinya sehingga tiada lagi rasa donut lobak merah, selapas itu dia keluarkan sebungkus chocolate berperisa strawberry pula. Yaya dan Ying gelengkan kepala
"Sudah sudahlah tue, takut pula aku tengok kau makan banyak sangat" kata Ying
"Aku takut kau muntah pula nanti, Fang" kata Yaya pula
"SUKA-" terus dia berhenti, dia tarik nafas dan lepaskan "Errr... aku nak kongsi dengan korang chocolate nie, nak tak?" tanya Fang sambil memberikan chocolate strawberry itu kepada Yaya dan Ying. Ini sudah kali kedua dia hampir melepaskan kemarahan dia tetapi nasib dia begitu selamat sekali, Boboiboy pula rasa geram kerana tidak dapat memberikan Fang denda latihan tempur. Takpe, nanti kau akan terlepas juga, fikir Boboiboy sambil tersenyum sinis melihat Fang
"Boboiboy nak ke?" tanya Fang sambil hulurkan chocolate strawberry kepada Boboiboy
"Err.. takpelah Fang. Kau habiskan semuanya" kata Boboiboy. Dia boleh lihat dari riak wajah Fang yang sebenarnya dia sudah rasa muak makan chocolate banyak-banyak. Dia menahan gelakan dia dan terus habiskan nasi lemak dia. Gopal masih lagi gelek-gelek di luar kantin sekolah, ada juga setengah pelajar ikut dia gelek bersama. Terasa seperti menonton movie hindustan pula
-----------------------------------
Sekolah sudah pun tamat, Fang tidak larat lagi makan chocolate. Jadi dia pergi beli sotong goreng tepung di kantin sekolah sebelum dia pulang ke rumah. Rizu pun turut ikut beli sotong goreng tepung. Kedua-dua mereka makan bersama sambil berjalan. Gopal yang ada di sebelah Fang melihat sahaja keranggupan sotong goreng tepung itu. Dia tidak tahan bau sedap itu dan bunyi-bunyi ranggup semasa Fang dan Rizu gigit sotong goreng tepung itu. Gopal gigit kuku jari dia kerana dia teringin nak sangat makan makanan kegemaran dia tetapi dia tahan dirinya. Dia tidak mahu latihan tempur tahap gila dari Kapten Kaizo
"Abang Gopal nak?" Rizu dengan baik hatinya, dia memperlawa kepada Gopal. Tangan Gopal hendak sahaja mencapai sotong goreng tepung yang ada di dalam plastik tersebut tetapi dia menahan seberapa lama yang dia mampu. Akhirnya dia lari kerana tidak tahan dengan dugaan yang begitu kuat sekali. Rizu rasa pelik melihat Gopal lari begitu laju
"Kenapa dengan abang Gopal?"
"Dia kena diet, sebab itu dia tidak boleh makan makanan kegemaran dia selama dua hari" kata Fang
"Abang Fang tak ikut diet ke? Pizu nampak abang Fang asyik makan sahaja hari ini"
"Abang keding sangat, kena makan banyak sikit" itu jawapan dia
"Yelah tue Fang, mengaku ajelah yang sebenarnya kau kena cabaran yang Ochobot" muncul pula Boboiboy "Aku lupa nak beritahu, aku bagitahu abang kau tentang cabaran kau dan Gopal. Jadi, kau tak boleh nak main tipu dekat rumah"
"WOI! KAU-" terus Fang diam
"Hah! nak marah lah tue" Boboiboy sahaja nak bagi Fang sakit hati supaya dia kena denda dengan abang dia nanti "Keluarkan ajelah kemarahan kau Fang, keluarkan segalanya. Aku tahu banyak sangat terpendam dalam hati kau tue"
Hati Fang berapi-api tetapi dia senyap sahaja. Dia mengenggam tangan kirinya dan tidak berkata apa "Abang Fang ok ke?" tanya Rizu yang sangat risau melihat keadaan Fang yang ingin sahaja hendak meletup
"Jangan risau Rizu, abang kau nie tengah tahan kemarahan dia"
"Oh! jadi kalau Pizu usik abang Fang, mesti abang tak marah Pizu kan" kata Rizu dengan suara comel dia
"Rizu tak kan kena marah punya sebab abang kau tue sayang sangat dekat Rizu"
"Abang Fang memang sayang Pizu pun.. kan kan kan abang Fang" Fang mengangguk sahaja kepala dia. Dia pegang tangan Rizu dan jauhkan diri dia daripada Boboiboy. Dia takut kawan baik dia cuba untuk menyakat dia lagi, dia tidak akan kalah dengan dugaan-dugaan dari Boboiboy atau orang lain. Dia akan tetap teruskan dengan cabaran ini walaupun hati dia tengah berapi-api sekarang ini "Kita nak pergi mana nie abang Fang?" tanya Rizu
"Hantar Rizu balik rumahlah. Abang tak pergi kedai Tok Aba, terus balik rumah nanti"
"Ok!" kata Rizu dengan hati yang begitu gembira sekali. Mereka sambung balik makan sotong goreng tepung. Tanpa di sedari mereka, Boboiboy ada di belakang mereka berdua. Dia kutip satu batuk kecil dan lalu baling di belakang kepala Fang
"SIAPA BALING BATU DEKAT AKU!"
"Yeahhhhh! 1 minggu latihan tempur untuk Fang!" Akhirnya dia berjaya buat Fang marah. Fang menepuk dahinya tetapi hati dia bertambah berapi-api lagi. Dia ingin sahaja mengamuk di situ tetapi Rizu tenangkan dia "Abang Fang jangan mengamuk! Pizu tak suka tengok abang mengamuk"
"Tak, abang tak kan mengamuk" kata Fang dengan nada bosan dia. Dia terus pandang ke arah Boboiboy dan rasa nak sahaja ketuk-ketuk kepala kawan dia tetapi dia sabar sahaja "Jom Rizu, abang hantar Rizu pulang"
1 minggu latihan tempur, 1 minggu latihan tempur, 1 minggu latihan tempur, itu yang asyik difikirkan oleh Fang semasa dia dalam perjalanan pulang. Selepas sahaja dia menghantar Rizu, dia terus pulang ke rumah. Dia sudah tidak larat lagi untuk berjalan jauh ke kedai Tok Aba, jadi dia pulang sahaja. Pertama kali dia rasa diri dia sangat penat, mungkin banyak sangat makan, fikir Fang
Sampai sahaja di rumah, Fang terus baring di atas sofa untuk berehat. Dia pejam mata dia selama 5 minit kerana abang dia sudah menjerit memanggil dia "PANG! MASUK KE DAPUR CEPAT!" Fang bangun dan mengheret kakinya ke dapur. Masuk sahaja, dia terkejut besar melihat begitu banyak makanan di atas meja dapur. Dia pandang ke arah abang dia dan nampak wajah menakutkan. Kaizo memberikan senyuman sadis dia kepada adiknya
"Kenapa abang senyum macam tue dekat adik"
"Kenapa abang senyum macam nie? abang senyum sebab abang gembira dengan cabaran yang kau terima semalam. Jadi abang nak kau habiskan kesemua makanan di atas meja nie" kata Kaizo "Oh yea, abang dengar kau kena denda 1 minggu latihan tempur. Bagus Pang, bagus! semoga kau dapat lagi denda-denda yang seterusnya" Terus Fang buat muka masam dekat abangnya. Abang dia saja hendak sakitkan hati dia tapi dia akan buktikan kepada abang dia dan juga Boboiboy, dia akan dapat mengawal kemarahan dia. Dia akan menjadi budak baik selepas ini "APA YANG KAU TUNGGU LAGI! HABISKAN SEMUANYA!"
Fang duduk di kerusi makan dan melihat semua makanan di atas meja. Semuanya makanan kegemaran Gopal, ada pizza, kebab ayam, burger daging, roti canai, nasi lemak, donut lobak merah pun ada, ayam goreng spicy pun ada juga dan paling istimewa sekali ialah kek chocolate. Bukan satu keping tapi satu biji kek besar "Abang nak adik habiskan semua nie?" berpeluh Fang dibuatnya
"Yea! kau kena habiskan semua ini. Kata cabaran kau kena makan semua makanan kegemaran kawan kau" kata Kaizo "Habiskan semua ini! lepas itu jangan lupa kemaskan balik dapur. Abang nak pergi ke kapal angkasa, ada latihan tempur lagi dengan Lynna"
"Baiklah abang, adik akan habiskan semuanya"
"Bagus! semoga berjaya" Kaizo keluar dari dapur dan tinggalkan Fang keseorangan dengan makanan-makanan tersebut. Fang menelan ludah melihat makanan yang begitu banyak. Dia tidak tahu kalau dia mampu habiskan semuanya atau dia akan pengsan nanti. Jadi dia mulakan dengan makanan yang ringan dulu iaitu donut lobak merah tapi makanan lain, semuanya agak berat "Meletuplah perut aku lepas nie"
---------------------------------------
Keesokannya, Gopal dan Fang sudah mengigil dengan teruk sekali. Gopal rasa macam nak jadi gila dah sebab dia tidak dapat merasa makanan kegemaran dia. Fang pula pendamkan semua kemarahan dia, hati dia rasa macam hendak meletup-letup seperti gunung berapi. Sesiapa yang cuba cari pasal dengan dia, mungkin Fang akan mengamuk di situ juga. Pagi tadi abang dia suruh dia makan lagi, dia pula tidak boleh marah abang dia, kalau tidak, tambah lagi 1 minggu latihan tempur
Gopal baru sahaja dapat denda 1 minggu latihan tempur semalam, kerana dia termakan chocolate di dalam bilik dia. Appa dan Amma dia tahu tentang cabaran tersebut, Boboiboy yang beritahu mereka
"Wei Fang, bagi aku biskut chocolate satu" kata Gopal yang sudah tidak betul itu
"Boleh sahaja kalau kau nak tambah 1 minggu lagi" Terus Gopal menahan tangannya mengambil biskut chocolate yang ada di tangan Fang
"SELAMAT PAGI!" Boboiboy saja menjerit di telinga Fang tetapi Fang tahan dirinya memarahi Boboiboy dengan jeritan kuat dia tadi. Dia boleh nampak kedua kawan baik dia sedang mengigil-gigil duduk di bangku sekolah. Gopal seperti mahu pengsan sahaja, Fang pula makan dan makan dan makan untuk tenangkan diri dia daripada marah. Fang sudah naik muak asyik makan sahaja, dia rasa berat badan dia sudah naik, padahal baru sehari sahaja
"Korang berdua ok ke?" tanya Boboiboy
"Kita orang ok aje Boboiboy" kata Gopal yang dari tadi asyik pandang biskut chocolate. Dia pandang sahaja Fang makan biskut itu "FANG! SUAPKAN AKU BISKUT TUE! LATIHAN TEMPUR PUN LATIHAN TEMPUR LAH! AKU TAK TAHAN LAGI DAH!" Dia peluk Fang sekuat-kuatnya
"Janganlah peluk aku Gopal" kata Fang, dia masih lagi menahan kemarahan dia "Kalau kau nak, ambiklah. Perut aku sudah penuh dengan makanan" Gopal mengambil biskut itu dari tangan Fang
"Wei Gopal, tak kan kau nak mengaku kalah dah. Esok kau bolehlah makan sepuas-puasnya"
"Maaf Boboiboy, aku tak tahan dah" kata Gopal dengan muka sedih dia "Aku tak kira! janji aku dapat menikmati kesedapan makanan kegemaran aku" Dia buka mulut dia untuk makan biskut chocolate tersebut tetapi Boboiboy pegang tangan dia "Dey! kenapa kau pegang tangan aku"
"Sebab aku tak nak kau cepat mengalah" kata Boboiboy "Cuba kau tengok Fang, dia langsung tak nak mengalah" Gopal melihat Fang yang sudah hampir naik gila, dia senyum dengan senyuman semacam dia, begitu menakutkan. Pelajar lain tengok pun, terus lari
"Tapi... apasal Fang senyum macam orang jahat dalam movie batman. Apa nama orang jahat tue.. si Joker tue" kata Gopal. Dia dan Boboiboy duduk jauh daripada Fang sebab takut dengan senyuman menyeramkan "Jom kita masuk kelas dulu, Boboiboy. Kalau duduk lama-lama dekat sini, boleh pengsan aku tengok si Fang" Tanpa dia perasan, dia telah makan biskut chocolate tersebut. Dia kembali normal, terus hilang perasaan mengigil dia
"Aku pun nak ikut juga" kata Fang dengan senyuman seram dia dan suara ceria dia "Aku nak bersihkan kelas sebelum loceng kelas bermula. Bolehlah aku mop lantai sekali, bagi licin lantai kelas, biar pelajar-pelajar kelas 6 Jaya tergelincir jatuh! HAHAHAHAHAA"
"Aku rasa Fang dah betul-betul gila" Sedikit demi sedikit, Gopal dan Boboiboy berundur kebelakang dan terus lari ke tangga sekolah. Fang mengejar mereka berdua "Janganlah lari! aku nak korang tolong aku pakukan pintu kelas 6 Jaya"
"Apasal teruk sangat Fang nie" menangis Gopal yang berlari-lari naik di tangga sekolah "Bagi ajelah lepaskan kemarahan dia Boboiboy, sudah semakin kronik aku tengok si Fang tue"
"Tak kan kau nak suruh dia mengaku kalah pula"
"Habis tue, dia sudah mula rancang untuk balas dendam dekat pelajar-pelajar kelas 6 Jahanam"
"MARILAH SINI WAHAI SAHA- ADOIII!" Boboiboy dan Gopal terus berhenti di tengah-tengah tangga sekolah. Ada juga pelajar lain terkejut melihat Fang pengsan di situ. Mereka nampak Kaizo sedang pegang sebuah periuk besar. Semuanya berhenti di tenga-tengah tangga sekolah kerana ada orang pengsan dekat tangan. Tanpa membuang masa, Kaizo mengangkat adiknya
"Kenapa Kapten Kaizo buat begitu?" tanya Gopal
"Sebab pagi tadi aku nampak adik aku letak paku dekat kerusi meja makan, dekat dalam bekas makanan dia pun ada paku juga. Dia ada cakap tentang balas dendam dekat kelas 6 Jaya sebab selalu cari pasal dengan dia" Kaizo mendukung adiknya yang sudah berat, selalunya adiknya ringan sahaja "Berat betul budak nie. Sudah! aku bawa balik adik aku. Aku mahu korang berdua batalkan sahaja cabaran kamu berdua"
"Baik abang Kaizo" kata Boboiboy. Dia tidak sangka Fang akan bertindak begitu, sampai letak paku. Menakutkan "Jadi? macam mana dengan denda dia orang?"
"Dia orang akan tetap kena latihan tempur tapi disebabkan aku telah batalkan cabaran ini, mereka hanya kena 3 hari sahaja" Gopal berasa sungguh lega, 3 hari latihan tempur. Jadi tiada masalah untuk dia
-------------------------------------------
Pada waktu rehat, Gopal pergi mencari tempat yang sunyi dan tiada orang. Dia pastikan tiada siapa yang mengikuti dia, lebih-lebih lagi Boboiboy, Yaya atau Ying. Dia pergi kebelakang sekolah kerana tiada siapa yang rehat di situ. Dia terus menghubungi Fang
"Fang, rancangan kita berjaya!" bisik Gopal supaya orang lain tidak perasan yang dia ada situ
"Hah! kan aku dah cakap, rancangan kita pasti akan berjaya!"
"Tak sangka pula abang kau akan batalkan cabaran Ochobot.. hehehehe"
"Mestilah! dia tak nak tengok adik dia sendiri jadi gila. Aku kena pergi sebelum abang aku syak apa-apa lagi. Jumpa lagi" Gopal menutup panggilan tersebut. Mereka sebenarnya sudah tidak tahan dengan cabaran dari Ochobot. Malam semalam, tepat pukul 12 malam, mereka berdua keluar dari rumah dan berjumpa di taman permainan yang berdekatan untuk memikirkan bagaimana untuk lari dari cabaran tersebut sehinggalah Fang mendapat satu rancangan. Dia akan berpura-pura menjadi gila, tahap gila yang ingin membalas dendam dekat kelas 6 Jaya. Mereka tidak sangka Kaizo dan Boboiboy termakan dengan rancangan mereka berdua. Fang sudah kembali seperti biasa setelah abang dia bagi makanan yang berkhasiat dekat adiknya
Gopal dengan senang hati, terus pergi beli semua makanan kegemaran dia dan makan sepuas-puasnya. Manakala Fang pula, dia merayu-rayu kepada abang dia supaya dia dapat jalani latihan tempur selama sebulan kerana berat badan dia sudah naik dan dia berjanji dia tidak akan merungut atau mengeluh selama sebulan. Kaizo dengan gembiranya, terima sahaja rayuan daripada adiknya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top