Buli II
"Satu, dua, tiga, empat..."
"Apa yang kau tengah kira tue Fang?"
Fang pandang ke arah kawan dia yang bertopikan oren itu. Dia tunjuk buku latihan matematik dia dan menyuruh kawan baik dia senyap kerana dia ingin fokuskan dirinya untuk selesaikan jalan kerja matematik tersebut. Boboiboy terpaksa duduk senyap di bangku sekolah sambil melihat kawan baiknya yang begitu rajin sekali mengulangkaji matematik. Semenjak Fang meletak jawatan sebagai ketua kelas, dia kelihatan lebih tenang dan relax sekali dan semenjak itu juga, makin lama makin rajin kawan baik dia. Waktu rehat, Fang tidak kelihatan di kantin sekolah lagi, dia akan duduk di perpuskataan sekolah atau di bawah pokok bersebelahan dengan gelanggang bola keranjang. Ada juga sesetengah pelajar perempuan duduk di sebelah dia dan menyuruh mengajar mereka matematik. Fang buat-buat tidak tahu sahaja, dia menghiraukan sahaja pelajar-pelajar perempuan tersebut tetapi kadang-kadang, kalau mood dia begitu baik, dia akan mengajar mereka. Kalau mood tidak baik, dia akan terus menghalau mereka
Fang menutup buku latihan matematik dia dan simpan di dalam beg sekolahnya "Rajin betul kau pagi-pagi nie"
"Mestilah, aku kenalah belajar daripada asyik bermain sahaja. Dahlah minggu lepas aku tak dapat nak belajar sangat sebab pertandingan tue, jadi aku kenalah kejar balik masa ulangkaji aku" kata Fang. Dia rasa sedikit menyesal kerana memasuki pertandingan tersebut tetapi pada yang sama, dia rasa gembira sangat kerana menang dalam pertandingan membuat pastri
"Baguslah kau jenis yang rajin belajar" Boboiboy rasa bangga kerana mempunyai tiga orang kawan yang pandai. Dia tidak begitu cemburu dengan mereka, dia tahu dengan kebolehan yang ada di dalam diri masing-masing "Fang, aku nak tanya boleh tak?"
"Tanya apa?"
"Kenapa kau semenjak akhir-akhir nie tak rehat dengan kita orang? Kau ada masalah ke?" tanya Boboiboy
"Takde, aku mana ada masalah pun. Aku cuma nak cari ketenangan untuk ulangkaji. Itu sahaja. Kau janganlah risau sangat" Fang senyum kepada Boboiboy "Kenapa? kau nampak aku ada masalah ke?"
"Takdelah Fang, kalau kau duduk bersendirian, kau mesti ada apa-apa masalah. Betul tak? Semenjak abang kau ada dekat bumi, banyak betul masalah kau timbul"
"Banyak ke? sedikit sahaja aku tengok. Ala, lagipun aku bukannya suka cari masalah tapi masalah yang suka cari aku" Bila Fang berfikir balik, memang banyak betul masalah dia hadapi. Sebelum abang dia duduk di bumi, tiada pula masalah yang dia hadapi. Mungkin duduk sorang dekat bumi, tiada masalah yang timbul kot, fikir Fang. Sementara mereka berdua menunggu kehadiran tiga kawan mereka yang lain, mereka berborak dan bergurau senda sesama sendiri. Robin, iaitu kawan baik kepada Zakwan, datang ke arah Fang
"Kau ikut aku" kata Robin
"Ikut kau? buat apa?"
"Baik kau berambus dari sini. Jangan kacau Fang lagi" Boboiboy berdiri di depan Robin dan menghalang dia dekati Fang
"Baik kau ketepi, ini adalah urusan aku dengan dia" Robin menolak bahu Boboiboy untuk menyuruh dia ketepi tetapi Boboiboy tidak berganjak dari situ "Aku cakap ketepi!"
Fang bangun dari situ "Kau nak apa hah! kau nak cari gaduh dengan aku ke?" kata Fang dengan kemarahan dia. Dia menolak Boboiboy ketepi supaya dia dapat bersemuka dengan Robin "Takpe Boboiboy, biar aku uruskan dia sendiri"
"Fang, tak kan kau nak ikut dia pula. Aku tak nak kau kena buli lagi"
"Jangan risau, aku tidak akan benarkan dia buli aku lagi"
"Betul cakap kawan kau, aku tak kan buli dia. Jangan risau, aku akan jaga kawan baik kau elok-elok" kata Robin dengan nada sinis. Boboiboy tidak percaya dengan kata-kata dia tetapi dia percaya Fang dapat jaga diri dia dengan baik. Jadi dia benarkan Fang ikut Robin ke belakang sekolah tetapi Boboiboy tidak boleh ikut mereka, jika tidak. Fang akan menjadi mangsa buli lagi. Boboiboy terpaksa duduk di bangku sekolah sambil risaukan tentang Fang
"Kau bawa aku ke sini kenapa?" tanya Fang sambil melihat ke kiri dan ke kanan kalau tiba-tiba sahaja kawan Robin yang lain keluar, tak pun Zakwan
"Aku bawa kau ke sini sebab aku nak bagi kau amaran"
"Amaran?"
"Aku tahu kau tahu tentang cerita sebenar Zakwan" Robin datang dekat kepada Fang tetapi Fang berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Dia tidak mahu Robin apa-apakan dia, dan dia juga tidak mahu bergaduh di sekolah "Kau ingat aku tak tahu, yang kawan baik aku tue hidup macama. Dia tidak beritahu aku pun tetapi aku dapat tahu sendiri. Jadi aku bagi amaran dekat kau, kau jangan bocorkan rahsia sebenarnya. Kalau tidak, nahas kau nanti" Robin makin lama makin dekat dengan Fang
Fang pula sudah tidak dapat kebelakang lagi kerana dia sudah berada di tepi dinding, dia boleh sahaja lari ke tepi tetapi Robin begitu pantas sekali, dia menumbuk perut Fang sampai membuatkan dia terjatuh. Bukan sekali, tetapi dua kali. Tumbukan itu terlalu kuat, Fang pegang perut dia yang begitu sakit sekali
"Itu amaran aku kepada kau!" Robin tinggalkan Fang keseorangan di situ. Fang cuba untuk berdiri secara pelahan-lahan "FANGGG!" Dia terdengar jeritan dari kawan-kawan dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah dia
"Fang, kau ok tak?" tanya Boboiboy
"Aku ok, jangan risau tentang aku. Kan aku dah cakap tadi, masalah suka cari aku" kata Fang sambil tersenyum lemah
"Boleh lagi kau buat lawak, jomlah hantar kau ke bilik rehat" kata Yaya. Boboiboy dan Gopal tolong mengangkat Fang yang sudah tidak larat untuk berjalan. Mereka berjalan secara pelahan-lahan "Aku rasa, baik aku masuk ke kelas"
"Eh, takpe ke? kau sakit nie" Boboiboy rasa risau melihat kawan dia yang masih lagi tersenyum lemah walaupun dalam kesakitan
"Takpe Boboiboy. Lagipun aku tak nak tunjukkan diri aku nie lemah, jadi aku tunjukkan kepada dia orang, yang aku tidak takut. Bukan lari dan terus sorok" kata Fang
"Kalau macam tue, biar kita orang temankan kau ke kelas"
"Tapi... kau dalam kesakitan, kau nak juga ke masuk kelas?" tanya Boboiboy
"Takpe, aku tak kisah" Boboiboy dan Gopal menolong Fang menaiki tangga. Sedikit demi sedikit Fang menaiki tangga dengan pertolongan dari kawan-kawan dia, akhirnya, dia sampai juga di tingkat atas sekali. Dia melepaskan tangan Boboiboy dan Gopal, dia mahu berjalan dengan sendiri "Kita jumpa lagi masa rehat" kata Fang
"Fang, kau betul ke ok nie?" kata Boboiboy yang begitu risau dengan kawan baik dia. Fang masih lagi dengan senyuman lemah dia, dia tidak mahu mereka semua risau
"Aku ok, kalau ada apa-apa berlaku dekat aku, aku akan menghubungi korang semua dengan segera" Fang masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang lemah, dia tetap berdiri tegak dan jalan seperti biasa. Dia hiraukan sahaja kesakitan dia, dia tidak akan mengalah. Robin berikan senyuman sinis dia sambil melihat Fang berjalan pelahan-lahan ke tempat duduk dia
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tidak bergerak lagi, mereka perhatikan sahaja kawan mereka yang dalam kesakitan "Risau pula aku"
"Fang tue kan kuat, kita jangan risaukan dia sangat maaaa" kata Ying
"Aku harap apa yang kau katakan betul tue Ying" Boboiboy melihat kawan dia kali terakhir sebelum dia bergerak ke kelas dia. Fang melihat kawan-kawan dia sudah beredar dari situ, dia secara senyap-senyap, mengangkat sedikit baju sekolah dia. Dia tidak begitu terkejut apabila melihat ada kesan lebam biru di bahagian kiri abdomen dia. Kalau kawan dia tahu, mesti dia orang suruh aku beritahu abang aku, fikir Fang. Tapi tidaklah begitu teruk sangatkan, fikir Fang lagi
Dia hanya senyap sahaja tanpa memberitahu kawan-kawan dia sepanjang hari persekolahan hari ini
----------------------------------------------------
Keesokannya, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis menerima berita tergempar. Mereka semua dapat tahu bahawa Zakwan bukanlah orang yang mereka sangkakan, dia hanyalah pelajar susah. Ramai yang berbisik-bisik tentang dia. Dia juga tidak terlepas daripada pandangan mata-mata pelajar sekolah itu. Zakwan rasa cukup bengang, orang pertama yang dia cari adalah Fang kerana cuma dia sahaja yang tahu rahsia sebenar dia. Padahal ada seorang lagi yang tahu rahsia dia iaitu kawan baik dia sendiri. Zakwan pergi mencari Fang di waktu rehat. Kelihatan Fang sedang makan nasi lemak dengan rakan-rakan dia. Dia mengenggam tangannya dan dia terus menuju ke meja Fang
"Wei wei, dia datang ke sinilah" kata Gopal sambil mengusik-usik bahu Fang
"Biarkan lah dia datang, aku bukannya buat apa pun dekat dia" kata Fang sambil menjamu nasi lemak dia. Dia ketawa seperti biasa dan hiraukan sahaja Zakwan. Boboiboy dan Gopal rasa risau, mereka risau kalau Fang kena buli lagi
Zakwan berhenti di depan meja Fang dan menghempas tangannya ke atas meja. Fang pandang ke arah Zakwan dengan muka yang serius "Kau nak apa?" tanya Fang
"Kau! ini mesti kerja kau!" Fang malas nak melayan sangat, dia sambung balik makan nasi lemak dia "Woi! kau dengar tak apa aku cakap?"
"Aku dengarlah, aku bukannya pekak pun" kata Fang dengan nada yang bosan
"Fang, jangan cari gaduh dekat sini" bisik Boboiboy kepada Fang
"Jangan risau, aku memang tak cari gaduh pun"
"Sempat pula korang berbisik" Zakwan mengarah kawan-kawan dia pegang tangan Fang untuk mengheret dia kebelakang sekolah tetapi Fang lepaskan tangan dia dari pegangan mereka "Kuat juga kau nie"
"Kau ingat aku nie lemah ke"
"Lemah sebab abang kau juga yang kena selamatkan kau" Zakwan ketawa sedikit "Oh abangku, selamatkan adik ku yang lemah ini" Zakwan menyindir Fang dengan membuat suara manja. Fang sudah mula berapi-api di situ, hati dia sudah panas, dia ingin melepaskan kemarahan dia tetapi Boboiboy tenangkan dia "Sabar Fang, sabar. Jangan dengar cakap dia"
"Baik korang berambus dari sini sebelum aku tukar korang jadi makanan" kata Gopal dengan keberanian dia, padahal dalam diri dia, dia takut sedikit dengan Zakwan
"Tukarlah! kalau berani!" Gopal terus duduk diam kerana takut "Tahu pun takut"
"Cepat heret mereka semua!" Robin pula mengarah rakan-rakan dia mengheret Boboiboy, Fang dan Gopal. Pelajar-pelajar lain yang ada di situ tidak pergi menolong mereka bertiga kerana takut nanti diri mereka juga akan menjadi mangsa buli. Mereka hanya duduk diam sahaja, ada yang buat-buat tidak nampak dan teruskan sahaja menjamu selera. Yaya dan Ying yang baru sahaja sampai ke kantin sekolah, mereka terkejut melihat rakan-rakan mereka diheret keluar dari tempat duduk mereka. Yaya mengeluarkan buku denda dia dan terus ke arah mereka
"APA KORANG BUAT NIE?!" Yaya dengan nada tegasnya, terus rakan-rakan Robin melepaskan tangan Boboiboy, Fang dan Gopal. Mereka sebenarnya agak takut dengan suara tegas Yaya "Buli lagi? Korang takde kerja lain ke!"
"Entahnya! Kau Zakwan, memang tak padan langsung dengan kehidupan kau. Kau tahu kau hidup macam mana, masih lagi nak buli orang!" Mereka agak terkejut dengan nada garang Ying. Muka Zakwan naik merah kerana rasa marah dan malu pada masa yang sama. Dia terdengar lagi bisikan dari pelajar-pelajar lain "Baik korang pergi dari sini!" kata Ying lagi
"Oh takpe, jaga korang berdua. Jom kita beredar" Zakwan mengajak kawan-kawan dia beredar dari kantin sekolah "Nahaslah kau selepas sekolah nanti" bisik Zakwan yang begitu dendam sekali dengan mereka berlima
Keadaan kembali seperti biasa selepas sahaja Zakwan dan rakan-rakannya beredar dari situ. Mereka semua menjamu selera dengan aman sekali tanpa gangguan daripada Zakwan lagi "Korang ok tak?" tanya Yaya sambil melihat kawan-kawan lelakinya
"Kita orang ok, terima kasih kerana selamatkan kita orang tadi" kata Boboiboy
"Kalau korang takde tadi, habis kita orang kena belasah"
"Ha ah, betul kata Gopal" Boboiboy melihat kawan sebelah dia yang hanya sambung makan nasi lemak tanpa berkata apa "Fang? kau ok tak?" Fang hanya berikan senyuman kepada Boboiboy. Sebenarnya, lebam semalam menyebabkan dia rasa sakit lagi, dia menahan kesakitan itu tanpa memberitahu sesiapa pun
"Aku ok, jangan risaulah. Dia orang tak kan ganggu kita lagi nanti"
"Yelah tue Fang, dia orang tak kan berhenti. Kita kena hati-hati selepas ini, aku tak tahu apa nak jadi dengan Zakwan tue. Ingatkan nak insaf dah, rupanya bukan" kata Yaya "Apa nak jadi dengan dia orang nie" Yaya gelengkan kepala sahaja
Fang pula risau dengan kesakitan dia. Nanti lepas habis sekolah, dia suruh Lahap tolong tengok kan, fikir Fang. Kalau boleh, dia tidak mahu Lahap beritahu abang dia tentang lebam di badan dia. Dia berharap begitu
----------------------------------------------
Selepas sahaja habis sekolah, Fang terpaksa pergi ke bandar kerana abang dia menghubungi dia tadi. Kaizo menyuruh adik dia belikan beberapa barang dapur di pasaraya Pulau Rintis
"Kau nak kita orang ikut tak?" tanya Boboiboy
"Tak perlulah, korang pergilah dulu ke kedai Tok Aba. Kalau aku sempat, aku singgahlah nanti"
"Ok, hati-hati Fang!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus menuju ke kedai Tok Aba. Fang berjalan seorang diri ke bandar, mata dia asyik pandang ke arah kiri dan kanan, takut dia tiba-tiba sahaja di serang oleh Zakwan dan rakan-rakan dia. Dia tidak takut kepada mereka cuma dia agak geram, kenapa dia harus jadi mangsa buli. Bukan yang dia nak diri dia kena buli tetapi benda sudah terjadi. Kalau lah dia boleh putarkan masa balik, mungkin dia menolak Cikgu Papa Zola masukkan dia ke dalam kelas 6 Jaya. Fang menghela nafas sambil berjalan ke bandar
"Mungkin ada hikmahnya semua ini" kata Fang. Mungkin ia ingin mengajar aku tentang erti sebenar tentang kehidupan manusia, mungkin juga, fikir Fang. Tahun lepas dia belajar tentang erti sebenar persaahabatan dari kawan-kawan dia. Fang tersenyum sendiri. Banyak betul aku belajar semenjak duduk di bumi ini, kata Fang di hati. Sebelum ini, dia tidak mengerti apa-apa, kecuali ikut misi abang dia dari satu planet ke satu planet
"Terima kasih kawan-kawan kerana mengajar aku tentang persahabatan" bisik Fang. Dia belok ke kiri dan akhirnya dia sudah sampai di bandar Pulau Rintis. Dia terus sahaja ke pasaraya tanpa berhenti di mana-mana kedai. "Abang aku suruh beli apa yea tadi" Fang cuba ingatkan balik apa yang abang dia suruh belikan. Fang masuk ke dalam pasaraya tanpa mengetahui bahawa Zakwan dan rakan-rakannya sedang mengekori dia dari sekolah tadi. Mereka sorok di tepi sebuah kedai yang ada lorong sempit, mereka tahu jalan mana yang Fang akan ikuti. Jadi mereka tunggu sahaja di situ sehingga Fang lalu jalan tersebut
Fang yang masih lagi di dalam pasaraya, mengambil barang-barang yang hendak dibeli. Barang-barang yang abang dia suruh beli, tidaklah begitu banyak, cuma 5 barang sahaja. Setelah selesai dia membayar barang-barang tersebut, dia ikuti jalan yang dia selalu lalu. Tanpa disedari olehnya, dua rakan Zakwan menarik lengan dia dan mengheret dia ke sebuah lorong sempit. Plastik yang dibawa oleh Fang tadi terlepas dari tangannya kerana dia terkejut dengan kehadiran mereka. Habis barang-barangnya terkeluar dari plastik tersebut. Mereka membawa dia kebelakang sebuah kedai kek. Fang di lemparkan di tengan-tengah. Dia di sekeliling oleh Zakwan dan rakan-rakannya
"Woi! apa korang nak hah?"
"Aku cuma nak tahu, kenapa kau bocorkan rahsia aku"
"Rahsia kau? bila masa aku bocor rahsia kau. Bukan aku yang buat"
Zakwan tidak puas hati dengan jawapan Fang, dia mengambil sebatang kayu baseball dari tepi dinding "Baik kau mengaku sebelum aku belasah aku" Fang tidak takut dengan amaran dari dia
"Kan aku dah kata tadi, bukan aku lah!"
"Cheh, masih lagi tak nak mengaku! Pegang dia! jangan bagi dia guna kuasa" Robin dan seorang lagi rakan Zakwan, pegang kedua belah tangan Fang "Untuk kali terakhir, baik kau mengaku" Zakwan datang dekat ke arah Fang dengan kayu baseball itu. Fang merenung tajam ke arah mata Zakwan sambil berkata "Bukan aku yang bocorkan rahsia kau" Zakwan masih lagi tidak puas hati, dia menghayun kayu baseball itu dan ketuk kepala Fang sekuat-kuatnya. Kepala Fang berdarah dan mengalir di sebelah kiri kepalanya. Fang sudah rasa pening kerana pukulan yang begitu kuat tadi
"Kau nak mengaku atau tak nak?" tanya Zakwan lagi. Fang dengan rasa pening dan sakit kepala, dia sudah tidak bermaya lagi "Tak, bukan aku yang buat" kata Fang dengan lemahnya. Robin menumbuk perut Fang.
Fang sudah tidak bertenaga lagi dan lalu dia pengsan di situ. Mereka lepaskan tangan Fang dan hendak belasah dia semasa dia sedang pengsan tetapi seseorang datang di belakang kedai cake
"FANGGG!" Mereka terkejut dan nampak Yaya sedang berdiri terkejut melihat rakannya terbaring di atas jalan "APA KORANG BUAT HAH! BERANI BETUL!" Yaya dengan begitu marah sekali, dia terbang ke arah mereka untuk belasah mereka semua dengan menggunakan kuasa dia tetapi mereka semua lari dari situ dan meninggalkan Fang yang sedang pengsan "Tahu takut" Yaya terbang dan mendarat di tepi Fang
"Fang" dia cuba kejutkan Fang tetapi gagal. Yaya tiada pilihan lain, dia terpaksa menghubungi Kaizo
--------------------------------------------------
Fang membuka matanya dan melihat persekitarannya, ternyata dia sekarang berada di dalam bilik kapal angkasa abang dia. Kepala dia masih lagi rasa sakit, dia pegang balutan di kepalanya "Aduh, sakitnya"
"Bangun pun kau" Fang melihat ketepi dan nampak abangnya sedang duduk di atas kerusi sambil duduk bersilang kaki. Kaizo bangun dan pergi ke katil adiknya, dia periksa kepala adiknya
"Macam mana adik boleh ada dekat sini?"
"Kawan kau Yaya yang hubungi abang semalam. Kenapa kau tidak beritahu abang tentang kesan lebam di perut kau" Fang tidak menjawab, dia hanya tundukkan kepalanya sahaja "Sudah beberapa kali abang beritahu! Jangan nak rahsiakan apa-apa dari abang, tapi kau nie degil! Macam mana abang tidak risau melihat adik kena belasah teruk dengan budak-budak kaki buli tue. Kenapa kau senyap? JAWAB PERTANYAAN ABANG!" Kaizo memang betul-betul marah kepada adiknya. Dia marah kerana rahsiakan tentang lebam teruk di bahagian perutnya
"Adik cuma tak nak menyusahkan abang" kata Fang dengan nada yang agak lemah. Dia tidak berani melihat abangnya yang sedang marah itu
"Menyusahkan abang? HABIS ITU, SEKARANG INI BUKAN MENYUSAHKAN ABANG! kau menyusahkan kawan-kawan kau, kau menyusahkan abang! kau buat kita orang semua risau!" Kaizo tenangkan diri dia sebentar dan lalu dia berkata lagi "Pang, lepas ini jikalau kau berahsia lagi, abang akan menghukum kau! dan jangan harap kau dapat berjumpa dengan kawan-kawan kau balik"
"Ya, adik tahu, salah adik tidak beritahu abang tapi adik tak abang terlalu risaukan adik. Adik tak nak terlibat dengan masalah adik. Adik nak selesaikan masalah adik tanpa bantuan daripada abang. Maafkan adik, abang" air mata Fang mengalir kerana dia tahu, semua ini adalah silap dia. Silap dia tidak beritahu awal-awal
"Pang, kalau ada masalah pun, jangan simpan di dalam hati kamu. Beritahu sahaja masalah kau, kenapa kau tetap degil lagi. Yea, abang faham, adik tak nak menyusahkan sesiapa tapi sekarang kau sudah menyusahkan abang. Kalau adik beritahu abang awal-awal, mungkin abang tidak marah adik macam nie" Kaizo mengangkat sedikit kepala adiknya "Adik jangan menangis, maafkan abang kerana memarahi kau" Kaizo peluk kepala adiknya "Abang marah kau sebab abang sayangkan kau, Pang" Kaizo lepaskan pelukan itu dan berikan senyuman kepada adiknya
"Kawan-kawan kau sedang menunggu di luar" Kaizo pergi membuka pintu dan kawan-kawan baiknya semua masuk ke dalam. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot datang ke kapal angkasa untuk melawat dia. Mereka masih lagi berpakaian sekolah, selepas sahaja habis sesi persekolahan, mereka terus ke kapal angkasa. Kaizo meninggalkan mereka semua untuk berborak. Mereka semua bawakan makanan kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Fang kelihatan begitu ceria apabila melihat donut kegemaran dia
"Fang, macam mana dengan kau hari ini?" tanya Boboiboy yang berdiri di sebelah katil Fang
"Aku ok, terima kasih kerana melawat aku" Mereka semua tersenyum melihat Fang yang sudah sedar tetapi muka dia ada sedikit pucat "Apa yang terjadi dengan aku semalam, selepas sahaja aku pengsan?"
"Aku yang selamatkan kau Fang. Aku semalam pergi ke bandar untuk membeli barang yang mak aku pesan, masa aku tengah berjalan ke pasaraya, aku ternampak barang-barang berselerak dekat satu lorong nie. Jadi aku pergilah siasat, aku ternampak kau pengsan. Kau hampir nak kena belasah dengan Zakwan" kata Yaya
"Aku dengar tadi dekat sekolah, Zakwan dengan rakan-rakan dia akan di buang sekolah" kata Boboiboy pula. Fang terkejut besar apabila mendengar bahawa Zakwan akan di buang sekolah
"Aik, macam mana sekolah boleh tahu?" tanya Fang
"Semalam, cikgu Papa yang nampak dia orang berlari keluar dari belakang kedai. Masa aku tengah tunggu abang kau datang, Cikgu Papa yang datang kebelakang dan nampak kau tengah pengsan"
"Jadi cikgu Papa lah yang report dekat pengetua sekolah"
"Yolah, aku dengar juga mungkin dalam minggu ini juga dia orang akan dikenakan buang sekolah" kata Ying. Fang tiba-tiba terfikirkan tentang ibu Zakwan, mesti ibu dia patah hati apabila mendengar anak dia dibuang sekolah. Dia perlu buat sesuatu, fikir Fang
"Fang? apa yang kau sedang fikirkan?" tanya Boboiboy
"Aku rasa, aku perlu berjumpa dengan pengetua sekolah"
"Aik, kenapa pula? Apa yang kau nak buat?" kata Ying dengan rasa pelik
"Maaf kawan-kawan, aku sebenarnya tak sanggup melihat ibu Zakwan sedih kerana melihat anak dia di buang sekolah. Aku rasa, dia patut di berikan peluang kedua untuk menembus balik kesalahan dia"
"Dey! Kau gila ke, dia kan dah belasah kau dengan teruk, yang kau nak bagi dia peluang kedua buat apa"
"Tapi, ada betul cakap Fang tue tadi, Gopal. Walaupun perangai dia teruk macam mana, mungkin peluang kedua ini dapat menginsafkan diri dia" kata Yaya "Aku tahu nanti dia akan dapat malu dekat sekolah, tapi sekurang-kurangnya dia dapat menembus balik kesalahan dia. Aku berharap dia tidak akan lari nanti"
"Hmm.. tapi kau tak boleh lagi pergi sekolah dengan keadaan kau begini" kata Ying. Fang bangunkan dirinya dan duduk di atas katil "Takpe, aku akan cuba pujuk abang aku. Lagipun aku bukan begini bukan untuk mencari popular tapi aku tahu diri aku bukan kejam macam dia, biarlah dia belajar dari kesilapan dia. Aku pun belajar dari kesilapan aku"
"Yelah tue Fang, kau tak serik-serik lagi, asyik simpan rahsia aje. Macam mana nak belajar dari kesilapan kau" Boboiboy menyindir Fang dan Fang pula, buat muka masam kepada Boboiboy
"Senyaplah kau, Boboiboy" Mereka tergelak melihat muka masam Fang
------------------------------------------------------
Beberapa hari selepas kejadian itu, Sekolah Rendah Pulau Rintis mendapat berita tergempar lagi, pelajar-pelajar semua terkejut apabila mendapat tahu bahawa Zakwan dan rakan-rakannya tidak dibuang sekolah. Ini semuanya adalah perbincangan di antara Fang dan pengetua sekolah. Zakwan berasa agak malu untuk menjejak kaki ke sekolah, dia malu untuk menghadapi dengan pelajar-pelajar lain. Dia juga malu untuk berhadapan dengan Fang kerana dia selama ini benci kepada musuh dia, dia yang selalu buli Fang dari awal persekolahan lagi. Dia tidak sangka bahawa Fang yang selamatkan diri dia daripada di buang sekolah. Ibu Zakwan pula, menghantar kuih di kedai Tok Aba kerana dia tidak tahu rumah Fang di mana. Dia menghantar kuih tersebut sebagai tanda terima kasih kerana selamatkan anak kesayangan dia. Ramai pelajar-pelajar kagum dengan tindakan Fang dan cikgu Papa Zola panggil dia pelajar contoh yang patut di contohi. Zakwan dengan sikap dia begitu dingin kepada Fang, dia pergi ke bangku sekolah yang Fang dan rakan-rakan dia selalu berada untuk berborak di waktu pagi
"Aku ingin katakan terima kasih" kata Zakwan dengan nada yang lemah dan malu "Tapi kau jangan fikirkan aku dengan kau dapat menjadi kawan. Kau tetap musuh aku" Lalu Zakwan beredar dari situ bersama dengan Robin. Mereka telah kehilangan rakan-rakan yang lain, tetapi mereka tidak akan kehilangan masing-masing. Mereka berdua tetap kawan baik
"Biarkanlah dia Fang. Janji dia orang tidak kacau kau lagi" kata Boboiboy sambil melihat Zakwan dan Robin berjalan menuju ke tangga sekolah
"Betul tue, lepas ini, dia orang tidak buli kau lagi dah" kata Ying sambil tersenyum melihat Fang
"Tapi aku rasa peliklah"
"Pelik? kenapa Fang?" tanya Boboiboy
"Aku pelik, siapa yang bocorkan rahsia Zakwan" Mereka semua tertanya-tanya, siapa yang bocorkan rahsia Zakwan yang sebenarnya. Fang pandang ke arah seseorang, dia sedang pandang kawan baik Zakwan, iaitu Robin. Dia terkejut sekejap kerana Robin menoleh kebelakang dan pandang ke arah dia. Dia berikan senyuman sinis kepada dia. Mungkin itu jawapan dia, mungkin Robin yang bocorkan rahsia kawan baik dia sendiri. Kenapa dia buat begitu, Fang tidak tahu apa jawapannya. Mungkin untuk kenakan dia balik, mungkin juga, fikir Fang. Tapi apa yang penting sekarang, keadaan sudah kembali normal cuma ada sedikit perubahan. Zakwan dan Robin tidak lagi buli sesiapa lagi selepas itu
Fang berasa lega kerana satu drama sudah selesai, dia tidak mahu lagi drama yang lain pula timbul selepas ini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top