Balas Dendam
"MUAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!"
"Wei Boboiboy, apa kes dengan kawan baik kau tu?" tanya Gopal kepada Boboiboy sambil melihat Fang ketawa besar diatas bangku sekolah. Dia ketawa disitu semenjak dia sampai di sekolah lagi
"Hmmm.. apa lagi, pasukan bola keranjang kita menang dalam peringkat negeri"
"Jadi dia tengah tunjuk lagaklah ni" Boboiboy angguk sahaja "Biarkan ajelah dia Boboiboy, kejap lagi nasib malang dia akan timbul" Mereka berdua melihat sahaja Fang yang tidak berhenti-henti ketawa. Pelajar-pelajar lain melihat dia, mereka hanya gelengkan sahaja kepala "Baik kau hentikan si Fang tu, sebelum cikgu nampak" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Ermm... yelah" Boboiboy pergi ke depan sedikit untuk hentikan gelakan Fang tetapi sebiji bola terkena muka Fang dan lalu dia terjatuh dari bangku itu. Boboiboy pandang ke tempat lain untuk melihat siapa yang baling bola tersebut. Dia hanya nampak muka bengang Bella sahaja sambil bersilang tangan "Wei! yang kau baling bola dekat dia apasal?"
"SUKA HATI AKU LAH! SUDAHLAH DIA MENCEMARKAN KEADAAN SEKOLAH DENGAN KETAWA DIA YANG TAK SENONOH TU!" Menjerit Bella. Fang bangun dengan muka dia yang merah akibat terkena bola tadi. Dia pandang Bella dengan muka kemarahan dia. Aura-aura kegelapan dia sudah keluar, mulut dia bergerak-gerak untuk keluarkan harimau bayang dia, tangan dia menggenggam begitu erat sekali dan mata dia tidak mengalih ke tempat lain. Dia hanya memandang tepat kepada Bella
"Alamak! Fang tengah marah tu Boboiboy. Aku takut dia pergi belasah budak perempuan pula. Kau buatlah sesuatu Boboiboy" kata Gopal yang sembunyi dibelakang kawan baik dia "Cepatlah Boboiboy!"
"Errrr... Fang! sabar Fang!" Boboiboy cuba tenangkan Fang
"Sabar apa kebendanya! Dia tu memang nak cari nahas dengan aku"
"Dey! yang kau pergi gelak macam orang gila apasal? Kan dah kena dengan bola tadi!" Fang terus pandang ke arah Gopal dengan mata kemarahan dia "Hehehehehe... kau pergi fokuskan dekat si Bella tu" Gopal sorokkan muka dia dekat belakang Boboiboy
"Cheh, kau ingat kau tak kan kena... nahaslah kau kejap lagi, Gopal" Tangan Fang mula keluarkan kuasa bayang-bayang dia. Bella tidak berganjat lagi dari situ, dia hanya berdiri sahaja dengan muka bengang dia dari tadi lagi. Mereka berdua bertentang mata, sampai membuatkan Gopal mengigit kuku jari. Boboiboy menjadi cemas, dia takut nanti Fang mengamuk tak tentu pasal dekat sekolah. Keadaan sekolah menjadi tegang sekejap, kerana semua pelajar melihat Fang dengan kuasa bayangnya dan Bella dengan muka serius dia. Pelajar-pelajar lain berhenti membuat kerja mereka kerana rasa takut dan ada juga yang rasa seronok kerana tidak sabar untuk melihat apa akan berlaku seterusnya. Boboiboy cuba untuk berkata sesuatu tetapi
"ADOI!" Bella menjerit kerana tapak tangannya kena gigit dengan Rizu
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! RASAKAN GIGITAN BERBISA RIZU!" Fang ketawa dengan gaya lagak dia. Rizu telah mencentuskan kemarahan Bella berganda-ganda. Mata dia, kepala dia, hati dia, sudah mula berapi-api dengan Fang dan Rizu
"Tak guna punya budak kecik!" Rizu terus berlari dan berdiri disebelah Fang kerana takut melihat wajah Bella yang begitu mengerikan "Oh takpe, kau ingat kau menang kali ini! tapi.. jangan harap kau akan dapat kalahkan aku selepas ini! JAGA KAU FANGG!"
"Tapi.. bukan Rizu ke yang gigit tangan Bella, apasal Fang pula yang kena?" tanya Gopal sambil garu-garu kepala dia
"Isk kau ni.. Bella tu kan sentiasa tak puas hati dengan Fang. Dia sepanjang masa akan cari alasan untuk cari pasal dengan Fang" kata Boboiboy sambil melihat Bella sedang mengamuk ketika dia naik ke kelas dia. Habis pelajar lain yang mendekati Bella, semuanya kena marah dengan suara garang dia
"Abang Fang! kita menang! Pizu berjaya kalahkan raksasa tu!" Fang dan Rizu melompat-lompat kegembiraan di situ. Yaya dan Ying baru sahaja muncul, rasa pelik melihat mereka berdua melompat-lompat, menari berpusing-pusing seperti orang gila dan siap nyanyi lagu 'We're the champion' lagi
"Haiyaaa... apasal dengan mereka berdua tu? Ada benda yang berlaku ka tadi?" tanya Ying
"Ada" kata Boboiboy dengan nada bosan dia "Rizu gigit tangan Bella sebab balik bola dekat Fang sebab Fang ketawa macam orang gila sambil berdiri dekat atas bangku tadi"
"Oh begitu. Tapi... tak kan sampai gigit tangan orang si Rizu tu. Siapa ajar dia buat macam tu. Tak elok gigit orang" kata Yaya sambil gelengkan kepala
"Siapa lagi kalau bukan abang kesayangan dia" Boboiboy tunjuk ke arah Fang
"Hmm.. patutlah" kata Yaya "Bukan ke sepatutnya seorang abang seharusnya mengajar perkara yang elok-elok, bukan mengajar perkara yang nakal-nakal. Rizu, Rizu.. ikut sangat dengan perangai nakal si Fang tu"
"Yolah, tapi apa kita boleh buat.. Fang tu dia memang sudah sayang sangat"
"Kita buat-buat tengok ajelah" kata Gopal. Mereka terima sahajalah sedikit kenakalan dari Rizu. Dia sebelum ini mana pernah buat perkara nakal, selalunya dia yang suka menasihati Fang. Itu pun kalau Fang tengah belasah orang atau tengah mengamuk tak tentu pasal. Loceng sekolah sudah pun berbunyi, Fang pergi menghantar Rizu dulu ke kelas sebelum dia masuk ke kelas 6 Jaya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terus ke kelas mereka masing-masing
-------------------------------------
Waktu rehat sudah bermula, Bella awal lagi sudah keluar dari kelas. Fang pula, dia orang terakhir yang keluar dari kelas kerana cikgu matematik panggil dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tunggu Fang di luar kelas 6 Jaya. Mereka ingin turun ke kantin bersama. Setelah selesai cikgu matematik bercakap dengan Fang, dia boleh keluar dan pergi berehat
"Apasal cikgu matematik panggil kau tadi?" tanya Boboiboy
"Dia suruh aku join club matematik, lepas tu boleh join pertandingan matematik tapi dia suruh aku fikirkan dulu"
"Hah! apa kata kau join. Kau kan pandai matematik" kata Yaya. Dia adalah ketua club matematik dan Ying pula ialah penolong ketua club matematik
"Malas aku" kata Fang sambil turun ke bawah untuk pergi ke kantin "Banyak sangat club aku kena sertai. Club bola keranjang, club drama, club music.."
"Club panas baran, club marah orang" sambung si Gopal. Terus dia kena kejar dengan harimau bayang Fang. Gopal berlari sekeliling padang sekolah dan Fang biarkan sahaja Gopal kena kejar sampailah dia kena marah dengan Yaya dan Ying
"Selamatlah kau, Gopal" kata Fang yang telah menghilangkan harimau bayangnya. Fang dengan muka masam, lalu masuk ke dalam kantin sekolah dan dia ternampak Bella sedang memberikan dia senyuman sinis. Dia hiraukan sahaja dengan senyuman itu dan terus ke meja kantin sekolah. Dia tidak terasa untuk makan pula pada hari ini tetapi mata dia terpandang satu pinggan berisikan sebiji donut lobak merah. Di situ juga ada sebuah kertas menulis 'Khas untuk Fang'
"DO-DO-DONUT LOBAK MERAHHHHH!" Mata Fang bersinar-sinar melihat donut khas untuk dia. Donut kegilaan Fang, donut yang dapat membuatkan Fang lupakan tentang kemarahan dia tentang sesuatu atau seseorang tetapi jangan sesekali merampas donut kegemaran dia. Jika tidak, harimau bayang juga akan Fang pergi keluarkan
"Err... kau tak rasa ragu-ragu ke siapa yang baik hati sangat letak donut ni dekat sini untuk kau" kata Boboiboy
"Apa aku kisah! Sudah dia tulis untuk aku. Aku makan ajelah" Fang mengambil donut tersebut
"Hmmm... takut pula aku terjadi apa-apa dekat kau" kata Boboiboy yang sangat risau dengan donut tersebut. Bukan Boboiboy sahaja, Gopal, Yaya dan Ying juga turut merasai apa yang Boboiboy rasa. Mereka takut Fang kena culik pula tapi mereka dekat sekolah. Tak kan ada orang nak kenakan Fang dekat sekolah pula. Mereka melihat Fang mengigit donut itu dengan penuh nikmati tetapi ia berhenti di situ sahaja
"PEDASNYAAAAAA!" Fang berlari ke kaunter kantin sekolah untuk membeli air. Muka dia merah kemerahan akibat terlampau pedas sangat. Dia menolak seorang pelajar yang hendak membayar makanannya "Mak cik! air cepat! saya nak air!" kata Fang sambil memberikan duitnya kepada mak cik kantin
Boboiboy melihat donut tersebut yang jatuh di atas lantai kantin. Dia mengangkat dan nampak ada beberapa cili hijau di dalam donut tersebut. Bukan cili sahaja, ada wasabi, cili merah, lada hitam, sambal hitam, sambal merah dan macam-macam lagi yang rasa pedas. Mereka terdengar gelakan dari beberapa pelajar kerana melihat gelagat Fang kepedasan. Dia masih lagi berada di kaunter kantin sekolah membeli beberapa cawan air. Semuanya dia minum di situ sehinggalah hilang rasa kepedasan tersebut
"Aduh, lega aku" kata Fang sambil berjalan ke tempat duduk dia "Siapa yang bagi aku makan donut pedas ni?" tanya Fang dengan nada marah dia. Orang pertama dia syak adalah Bella kerana dari tadi lagi Bella asyik tergelak melihat dia "WEI BELLA! KAU KE BAGI AKU DONUT PEDAS TADI TU?"
"Entah.. mana aku tahu" kata Bella yang saja pura-pura tidak tahu. Memang dia yang letak donut itu tadi, dia yang suruh mak cik kantin buatkan khas untuk Fang. Dia nak balas dendam dekat Fang kerana kejadian pagi tadi "Sedap tak donut tadi?" tanya Bella dengan nada sindiran dia. Dia dan kawan-kawan dia, ketawa besar di situ. Fang mula berapi-api dengan Bella tapi dia ada rancangan lain untuk membalas dendam balik
"Nahas lah dia nanti" kata Fang dengan senyuman sinis dia. Dia tergelak sedikit. Takut pula Boboiboy dan Gopal melihat kawan baik dia tergelak seperti orang gila
"Cili tadi buat dia tak betul ke?" menggigil Gopal sambil berbisik kepada Boboiboy
"Hmmm.. tak mungkin lah. Ini mesti dia ada idea tak betul dia ni" Boboiboy pandang Fang dengan penuh kecurigaan. Yaya dan Ying geleng sahaja kepala. Mereka tidak mahu masuk campur dengan hal Fang, kalau tidak, mesti Fang akan cakap mereka menyibuk dalam urusan dia. Jadi mereka biarkan sahaja Fang nak buat apa, asalkan jangan melibatkan mereka sekali. Fang dari tadi asyik memerhatikan Bella dengan senyuman nakal dia
Bella bangun dari tempat duduk dia dan terus keluar dari kantin sekolah bersama dengan rakan-rakan dia. Fang juga turut bangun dari situ, dia mengekori Bella dari belakang. Boboiboy rasa tidak sedap hati pula, dia juga pergi turut mengikuti Fang. Gopal sudah beratur untuk membeli makanan bersama dengan Yaya dan Ying. Mereka tidak sedar dengan dua rakan mereka sudah keluar dari kantin sekolah
Fang ikut sahaja kemana Bella pergi, dia terus berjalan disebelah Bella dengan senyuman sinis dia. Boboiboy ikut sahaja mereka secara pelahan-lahan. Rakan-rakan Bella tinggalkan dia bersama dengan Fang sambil ketawa sedikit "Yang kau ikut aku apasal? aku ada hutang dengan kau ke?" tanya Bella dengan suara marah dia
"Hmmm... hutang? biar aku fikir" Fang buat-buat fikirkan sesuatu "Ada kot" kata Fang. Bella melihat dia dengan penuh kepelikan
"Hutang apa aku ada dengan kau?" Fang hanya senyap sahaja sehingga mereka lalu dengan seorang pelajar lelaki yang sedang makan kerepek pisang. Fang terus berhenti dan berkata sesuatu dengan pelajar tersebut. Bella juga turut berhenti, dia ingin mendengar apa Fang akan katakan kepada pelajar itu
"Hah! Ini lah pelajar yang Bella sukakan!" terkejut Bella dan pelajar lelaki itu "Kalau kau nak tahu, dia setiap hari akan kumpul barang-barang yang kau buang dalam tong sampah dan dia akan membuat sebuah tempat khas untuk kau. Hari itu dia ada tunjuk gambar bilik khas yang penuh dengan gambar-gambar kau" Muka Bella menjadi kemerah-merahan kerana marah. Boboiboy yang tidak jauh daripada situ, dia terkejut dengan apa yang Fang katakan "Jadi, kau kena lah berhati-hati bila kau buang barang kau" Pelajar itu melihat Bella dan terus lari dari tempat itu
"WEI! Bila masa aku buat macam tu?"
"Habis tu, kenapa muka kau merah? Kau malu yea sebab aku beritahu" terus Fang beredar dari situ. Bella rasa sedikit malu kerana ada setengah pelajar di situ ketawakan dia. Dia mula berapi-api dengan Fang dan dia akan membalas dendam balik
"Jaga dia nanti" bisik Bella. Dia ternampak Boboiboy sedang berdiri di belakang tiang sekolah "Kau ikut kita orang yea tadi"
"Hehehehe..." Boboiboy tersengih. Bella fikirkan sesuatu dan terus dia tersenyum kepada Boboiboy "Kenapa kau senyum dekat aku macam tu?" tanya Boboiboy
Bella tidak menjawab pertanyaan Boboiboy tadi tetapi "WAH! BOBOIBOY! KAU PUN NAK BERDATING DENGAN AKU! TAK SANGKA AKU, DUA SAHABAT BAIK BEREBUTKAN AKU! MESTI FANG CEMBURU NANTI"
"APA!" terkejut Boboiboy "Wei! bila masa-" Bella letak jarinya di mulut Boboiboy
"Syhhh.. aku tak kan putuskan hubungan persahabatan kau dengan Fang. Jangan risau, korang akan menjadi sahabat baik selama-lamanya. Cuma bagi aku sahaja untuk berfikir, mana satu akan menjadi pilihan aku" Bella memberikan senyuman manis kepada Boboiboy. Dia tinggalkan Boboiboy tercengang di situ dan Bella terus beredar dengan senyuman godaan dia. Sebelum dia beredar, dia bisik sesuatu kepada Boboiboy "Don't worry Boboiboy, I will choose you" bisikan Bella agak kuat, dia memang nak pelajar lain dengar. Boboiboy pula rasa berapi-api dengan Bella. Dia pandang sahaja Bella berjalan dengan senang hati
"Eeee.. geram betul aku" kata Boboiboy. Pelajar-pelajar lain memerhatikan sahaja Boboiboy yang sedang berapi-api itu. Dia ada terdengar bisikan mereka. Bisikan menyatakan perebutan diantara Fang dan Boboiboy. Patutlah hari itu Boboiboy rasa marah apabila dikatakan Bella dan Boboiboy berdua-duaan di tempat yang sunyi, bisik mereka. Mereka sudah termakan dengan kata-kata Bella tadi
Boboiboy terus menghantuk-hantuk kepala dia dekat tiang sekolah "Apa kes dengan kawan aku tu?" Muncul Gopal bersama dengan Yaya dan Ying "Sudah kena rasuk dengan Fang ke atau Fang buat sesuatu dekat dia sampai nak hantuk kepala tu"
"Hmmm.. entahlah. Tak boleh nak dikata apa" Mereka terus pergi selamatkan Boboiboy sebelum dia lukakan sendiri kepala itu. Mereka mengheret Boboiboy sampai ke kelas 6 Jujur dan dia terus sambung hantuk-hantuk kepala dekat meja
Fang sudah berada di dalam kelas 6 Jaya, dia sedang buatkan sesuatu dekat kerusi Bella. Dia cat seluruh kerusi Bella dengan cat berwarna perang. Setelah selesai, dia sorokkan cat itu di tempat lain dan tepat pada masanya, loceng sekolah sudah berbunyi. Bella dan rakan-rakannya masuk ke dalam kelas sambil sibuk berborak. Fang sudah berada di tempat duduk dia, dia buat kelihatan normal supaya Bella tidak syak apa-apa. Bella hiraukan sahaja Fang, dia terus duduk di kerusi dia dan dia rasa semacam. Bella bangun dan pelajar lain terkejut melihat cat perang sudah melekat di baju sekolahnya yang putih itu
"WHO DID THISS?! AAAAAAAAAAAAA!" Menjerit Bella sekuat hati. Fang ketawa sedikit melihat Bella begitu bengang sekali. Bella memberikan renungan tajam kepada Fang "KAU LAH YANG BUAT NI!"
"Tak, aku tak buat pun. Kau yang duduk, jadi kaulah yang buat dekat baju sekolah kau sendiri"
"Isk! Dia ni memang nak kena.. takpe.. takpe.. jaga kau nanti" Bella terus keluar dari kelas untuk menukar baju sekolahnya. Fang hanya duduk diam dan terus keluarkan buku latihan matematik dia. Akhirnya, dia dapat juga membalas dendam tetapi dia rasa pelik, apasal dia ada dengar bisikan tentang dia dan Boboiboy? fikir Fang. Mungkin ada sesuatu terjadi tadi tapi apa? Dia abaikan sahaja bisikan itu dan terus menjawab soalan matematik tersebut
-----------------------------------------
"Kau tak dengar ke tadi?"
"Dengar tentang apa?"
"Tentang Fang dan Boboiboy berebutkan Bella" kata seorang pelajar perempuan yang tidak jauh daripada Fang dan Boboiboy. Fang rasa curiga pula dengan gossip itu. Dia terus datang ke arah dua budak perempuan itu
"Wei! bila masa aku dan Boboiboy nak merebut si perempuan tak sedar diri tu" kata Fang dengan nada marah dia
"Tadi Bella cakap sendiri dekat Boboiboy, masa rehat" kata pelajar perempuan itu "Betul ke korang berebutkan dia?"
"MANA ADA! JANGAN DENGAR CAKAP BELLA TU! DIA HANYA BUAT CERITA SAHAJA UNTUK SAKITKAN HATI AKU!" Terus Fang beredar dari situ sambil mengheret baju sekolah Boboiboy. Dia mengheret Boboiboy keluar dari kawasan sekolah dengan hati dia yang sedang berapi-api "Dia ingat, dia sudah menang, aku akan kenakan dia balik" kata Fang
"Wei Fang, sudah-sudah lah tu. Kau buat ajelah tak tahu dengan si Bella tu"
"Tapi kau juga yang terkenakan" kata Fang. Dia lepaskan baju sekolah Boboiboy "Jadi, kau nak tak ikut dengan rancangan aku yang seterusnya?"
"Tak nak aku. Tak pasal-pasal kena kejar dengan abang kau"
"Suka hati kaulah tapi aku akan pastikan Bella tak kan dapat membalas dendam terhadap aku lagi! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!" Fang ketawa besar di luar sekolah sehingga membuat pelajar lain takut untuk mendekati dia. Rizu yang ada di situ, Yaya dan Ying tarik Rizu pergi ke tempat lain supaya Rizu tidak terjebak dengan kenakalan Fang
"Hai Fang!" muncul Bella dengan suara goda dia "Hari ini kita pergi jalan-jalan nak tak? Kita ajak Boboiboy sekali, boleh lah aku dating dengan korang berdua atau korang nak berdating berdua sahaja. Aku tak kan ganggu korang berdating nanti" Bella terus kenyitkan mata dekat mereka
"APA?!" Terkejut Boboiboy dan Fang. Bella hanya berikan flying kiss kepada mereka berdua dan terus tinggalkan mereka berdua
"JANGAN RISAU! AKU TAK KAN BOCORKAN RAHSIA KORANG! Opss.. nampaknya rahsia korang aku sudah bocorkan" Bella berjalan dengan bersuka ria kerana dapat membalas dendam balik
"Fang, aku akan ikut rancangan balas dendam kau" kata Boboiboy dengan hati dia yang berapi-api
"Operasi untuk jatuhkan Bella" Fang tadah tangan dia dan terus Boboiboy menepuk tapak tangan Fang tanda setuju. Dia melihat pelajar-pelajar sedang memerhatikan mereka berdua "APA PANDANG-PANDANG! KORANG PERCAYA SANGATLAH CAKAP BELLA TU! KORANG NAK KENA BELASAH DENGAN AKU KE?" Terus mereka lari daripada situ "Jom kita mulakan rancangan kita"
"Rizu, dengar nasihat dari akak. Jangan sesekali ikut perangai abang kau yang tak senonoh tu" kata Yaya yang menyaksikan kejadian tadi "Dia tu nakal, bila sudah kena kejar dengan abang dia, memang tak serik-serik lagi"
"Baik kakak Yaya! Pizu tak kan ikut perangai abang Fang"
"Banyak bagus ini punya budak. Mari ikut kami, biar akak belanja Rizu makan ice cream!" kata Ying. Muncul Gopal apabila terdengar perkataan ice cream. Dia sekali mahu ikut mereka ke bandar Pulau Rintis
Manakala Boboiboy dan Fang pula, pulang ke rumah untuk berbincang dengan rancangan mereka
-----------------------------------------
"Apa rancangan kau?" tanya Boboiboy. Mereka berdua duduk di ruang tamu rumah Fang sambil makan kerepek pisang yang dihantar oleh Lily semalam. Fang dapat 10 kotak yang penuh dengan bungkusan kerepek pisang.
"Heheheh.. apa kata, kita berdua pura-pura rebutkan dia. Kita berdua tergila-gilakan dia sampai dia sendiri nak jauhkan diri dia daripada kita dan lepas tu kita beritahu yang aku dan kau hanya mempermainkan dia sahaja, siapa nak dekat dia. Geli aku" kata Fang sambil kunyah kerepek pisang
"Isk, macam kejam sangat aje"
"Dah tu, dia kejam dengan kita tadi boleh. Kita bagi dia lagi kejam sekejam kejam nya!" dia ketawa besar di situ macam orang gila. Boboiboy sudah rasa bosan pula dengan gelakan Fang
"Rasa macam tak sedap hati pula dengan rancangan Fang ni" bisik Boboiboy. Pertama takut hati Bella hancur kerana dia dipermainkan, kedua takut Kaizo kejar mereka berdua dan akan dikenakan hukuman latihan tempur dan ketiga, takut ada juga yang hati terpaut nanti. Dia rasa seperti mahu keluar daripada rancangan Fang
"Kau kenapa? tiba-tiba senyap sahaja?"
"Ermm.. entahlah"
"Kalau kau tak nak takpe, aku tak paksa pun. Kau boleh undurkan diri kau" kata Fang dengan nada bosan dia. Dia tahu Boboiboy bukanlah seseorang yang suka kenakan orang tahap kejam atau tahap normal sebab dia lebih matang daripada Fang "Tapi kau jangan nak rosakkan rancangan aku"
"Hmm.. itu aku tak pasti tapi kau nak ke teruskan dengan rancangan kau? Aku cuma takut abang kau tahu nanti, kau juga yang kena kejar dengan abang kau. Kau tahulah abang kau tu garang macam nak makan orang"
"Entahlah Boboiboy. Aku tahu aku mesti kena akibatnya nanti tapi aku geram sangat dengan Bella. Berapi-api hati aku" Fang menghela nafas sambil termenung ke arah television "Mungkin salah aku juga sebab terlalu berlagak sangat pagi tadi sampai dia sendiri baling bola dekat muka aku"
"Tapi lepas tu, korang nak bergaduh kan"
"Hmm.. lepas tu, Rizu yang hentikan pergaduhan kita yang tak kan berlaku sebab dia gigit tangan Bella" kata Fang "Bila di fikirkan semula, ini semua salah Bella! Dia yang mulakan dulu, dia memang patut kena ajar!"
"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "Ingatkan dia nak mengaku diri dia yang mulakan dulu, rupanya bukan"
"Kenapa?"
"Takdelah, kau tu.. janganlah nak balas dendam sangat. Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu, nanti dua-dua kena akibatnya nanti. Baik kau biarkan sahaja si Bella tu, lama-lama nanti dia bosanlah" Boboiboy cuba nasihatkan kawan baik dia. Dia berharap Fang akan dengar nasihat dia sebab dia sendiri tidak mahu melihat Fang kena seksa dengan abang dia nanti
"Yelah, aku dengar ajelah cakap kau" Fang terus bersandar dekat sofa sambil makan kerepek pisang "Kau nak lepak dekat sini lagi ke atau nak balik rumah?" tanya Fang
"Hah! Kau tolong aku dengan kerja sekolah matematik aku!" tersengih Boboiboy sambil keluarkan buku latihan matematik dia "Mana abang kau? Aku tak nampak pun dia dari tadi"
"Entahlah, semalam dia dengan kak Lynna berjalan-jalan dekat bandar sebelum kak Lynna pulang ke KL. Lepas tu dia hantar kak Lynna dekat station keretapi. Hari ni tak tahulah dia pergi mana, cari Lily kot? Kau tahu sahajalah Lily suka cari pasal dengan abang aku"
"Hehehehe... ada-ada aje si Lily tu"
Sebenarnya Kaizo berada di kapal angkasa sedang seksakan Faye dan Lily kerana mereka berdua membuat bising di rumah sampai Kaizo sendiri tidak boleh tidur dengan tenang. Lynna tiada di situ, bolehlah dia buat sesuka hati dia sahaja untuk kenakan hukuman kepada mereka berdua. Jika Lynna ada, mesti dia kena halang dengan Lynna
----------------------------------
Keesokannya, Kaizo temankan adiknya ke sekolah. Faye dan Lily dikenakan lagi hukuman hari ini. Mereka dipaksa bersihkan satu rumah, kalau tidak bersih. Dua-dua akan dikenakan hukuman lebih teruk daripada semalam. Lily menyuruh Faye menghubungi Lynna dan beritahu dia, apa yang sudah Kaizo lakukan terhadap mereka berdua tetapi malangnya, Lynna sedang sibuk sekarang ini sehingga tidak sempat untuk menjawab panggilan Faye
"Rajin pula abang temankan adik hari ini" kata Fang
"Kenapa? tak boleh ke?"
"Hehehe... boleh tapi kenapa abang tak duduk sahaja di rumah, perhatikan dia orang berdua dekat rumah tu"
"Abang biarkan sebab abang nak tengok, samada mereka buat kerja atau tidak semasa ketiadaan abang di rumah. Adik dekat sekolah nakal ke?" Fang rasa pelik pula, tiba-tiba sahaja tanya soalan itu. Mesti ada sesuatu tak kena ni atau Boboiboy beritahu tentang rancangan mereka yang tidak jadi semalam dekat abang dia, fikir Fang. Dia menggenggamkan tangan dia
"Mana ada nakal, adik tak nakal pun" Fang tersengih. Kaizo tidak percaya dengan kata-kata adik dia, kalau tidak nakal, memang bukan adik dia
"Betul ke?" Kaizo mengangkat kening sebelah dia "Kalau abang tahu kau buat nakal dekat sekolah, aku akan menghukum kau"
"Yelah abang, asyik kena hukuman sahaja" merungut Fang "Takde benda lain ke selain daripada menghukum adik"
"Habis tu? nak abang seksa kau ke?"
"HAH! Seksa dia sahaja abang Kaizo!" muncul Bella secara tiba-tiba. Mereka sudah sampai di luar kawasan sekolah "Seksa dia sampai si Fang ni tak boleh nak berjalan langsung!" kata Bella yang cuba untuk menghasut Kaizo
"YANG KAU SIBUK KENAPA?! INI URUSAN AKU DENGAN ADIK AKU SAHAJA!"
"Betul tu abang, apa kata abang bagi dia hukuman sekali. DIA KAN KAWAN BAIK DENGAN FAYE DAN LILY! MEREKA BERTIGALAH SUKA CARI PASAL DENGAN ABANG, LEBIH-LEBIH LAGI SI LILY TU!" Fang saja cakap kuat-kuat, supaya semua pelajar yang lalu lalang di situ, semuanya dengar kata-kata dia
"Hmm.." Kaizo pandang ke arah Bella yang sudah cuak itu
"Ma-mana ada.. saya bukan kawan baik mereka pun. Fang tu tipu sahaja"
"Tipu? Habis tu, kau main game dengan dia orang hari itu elok sahaja"
"Betul tu abang, dia semalam cari pasal dengan adik. Dia baling bola dekat muka adik, sampai merah muka adik" Fang cuba menghasut abang dia lagi. Dia tersenyum sinis kepada Bella yang masih lagi dalam keadaan cuak "Abang kenakan dia aje hukuman, berikan dia latihan tempur bersama dengan Lily dan Faye"
"Wei Fang! kau saja nak kenakan aku! KAU TU SEMALAM LETAK CAT DEKAT KERUSI AKU! LEPAS TU BUAT CERITA DEKAT PELAJAR LELAKI SEMALAM! Dia pun memang patut kena hukuman!"
"PEDANG TENAGA!" Fang melompat kerana terkejut, sama dengan Bella sekali "SUDAH! DUA-DUA AKU KENAKAN HUKUMAN!" Dia mengheret mereka berdua ke rumah "Kamu berdua akan menjalani latihan tempur bersama dengan Lily dan Faye. Jangan cuba nak larikan diri"
"TAK NAKKKK! ADIK TAK NAK KENA HUKUMAN LAGIIII!"
"NOOOOOOOO! INI SEMUA SALAH KAU!"
"SALAH KAU LAH!" Marah Fang. Pelajar lain rasa takut pula melihat Kaizo mengheret mereka berdua begitu ganas sekali. Mereka menjerit-jerit supaya Kaizo lepaskan mereka berdua tetapi Kaizo hiraukan sahaja
Rizu yang ada dekat situ, dia garu-garu kepalanya sambil melihat mereka bertiga "Tapi.. Pizu pun ada buat nakal semalam. Pizu gigit tangan kakak Bella semalam, jadi Pizu pun memang patut kena hukuman juga ke?" Rizu mula kejar Kaizo kerana diri dia patut kena hukuman juga "ABANG KAIZO! PIZU PUN NAK KENA HUKUMAN JUGA SEBAB PIZU BUAT NAKAL SEMALAM!"
"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya. Dia juga turut menyaksikan kejadian tadi "Rizu ni, apasal relakan diri kena hukuman.. terbalik"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top