Atuk dan Nenek
"Kau lambat sampai rumah"
"Adik lambat 30 saat sahajalah"
"SUDAH! pergi tukar baju kamu dengan segera, kejap lagi mereka akan sampai" Fang terus sahaja ke bilik dia untuk menukar pakaian sekolahnya. Hari ini adalah hari penuh debaran buat Kaizo dan Fang kerana atuk dan nenek mereka akan datang ke bumi untuk melawat mereka. Kaizo dari pagi tadi lagi bertumus lumus kemaskan rumah dengan bantuan dari Lahap. Walalupun tidaklah sebersih mana tetapi masih lagi nampak bersih. Kaizo siap pergi mandikan Shadow kerana dia sudah kelihatan comot dan Lahap siap ikat dengan ribbon ungu di leher Shadow
Fang rasa sangat gembira dengan kedatangan atuk dan neneknya, mereka akan duduk di sini selama sehari sahaja, esok mereka akan pulang balik ke planet mereka. Dia tidak sabar untuk membawa mereka bersiar-siar di sekitar Pulau Rintis dan memperkenalkan kawan-kawan kepada mereka. Tentu seronok sekali. Fang menyarungkan jaket ungunya supaya dia nampak kemas dan segak. Dia melihat dirinya di cermin dan senyum kepada dirinya
"PANGGGG! KAU SUDAH SIAP ATAU BELUM?"
Fang membuka pintu bilik "Sudahlah! abang nie, tak reti sabar betul" kata Fang sambil menuju ke tangga rumah
"Bagus, siapkan air dan makanan sebelum mereka sampai" kata Kaizo yang sedang betul-betulkan cushion sofa. Dia mahu rumah kelihatan kemas dan tiada yang cacat celanya. Kaizo memeriksa sekeliling ruang tamu, dia periksa agar tiada satu habuk pun yang ada. Fang yang berada di dapur sedang fikirkan, makanan apa yang dia perlu sediakan untuk atuk dan nenek? Biskut? Roti? cake lebihan dia buat hari itu? Atau goreng sahaja frozen karipap dekat dalam peti sejuk. Fang melihat sahaja di dalam peti sejuknya
Tok tok tok
Atuk dan nenek mereka sudah sampai. Fang menutup pintu peti sejuk itu dan cepat-cepat berlari ke pintu rumah mereka "Lembab sangat kau nie" kata Kaizo kepada adiknya. Fang membuat muka masam kepada abangnya "Jangan kau nak buat muka seperti itu, cubalah senyum!" Fang berikan senyuman paksaan kepada abangnya walaupun dalam hatinya sebenarnya geram terhadap abang dia
Kaizo membuka pintu rumah mereka "KAIZOOOO! FANGGGGG!" Nenek mereka memeluk mereka berdua "Nah, nenek bawakan makanan" dia cium dahi Fang dan berikan sebuah beg kertas kepada Fang dan lalu masuk ke dalam rumah, dia melihat-lihat sekeliling ruang tamu
"Kaizo, Fang, apa khabar?" Atuk mereka pula masuk ke dalam rumah. Di belakang atuk mereka pula, terdapat seorang lagi yang sebaya dengan Fang. Dia adalah sepupu mereka iaitu Faye
"Kamu siapa?" tanya Fang
"Aku sepupu kaulah. Sudah lupalah tue, kan kita pernah jumpa masa kau datang ke rumah atuk dan nenek kau" kata Faye sambil masuk ke dalam rumah. Faye kelihatan begitu anggun dan cantik sekali, dengan ikatan rambutannya yang begitu panjang sehingga di paras pinggangnya "Inilah rumah kamu yea Fang" kata Faye yang sangat teruja melihat rumah tersebut. Ia bukanlah sebuah istana mewah atau rumah agam seperti rumah atuk dan nenek mereka
"Pandai betul kamu menjaga rumah ini" kata nenek mereka sambil melihat gambar-gambar yang ada di tepi television "Ini semua kawan kamu Fang?"
"Ha ah nenek. Itu semua kawan Fang" nenek Fang yang bernama Kirana, mengangkat bingkai gambar tersebut dan tersenyum melihat gambar Fang yang begitu ceria dengan kawan-kawannya "Berapa lama kamu sudah duduk dekat rumah ini?" tanya atuk mereka yang bernama Kenji, yang sedang duduk di sofa. Dia melihat sekeliling rumah dan agak kagum dengan mereka kerana dapat menjaga rumah tersebut dengan baik
"Baru tahun lepas atuk" kata Fang "kalau atuk nak tahu, rumah ini sebenarnya rumah terbiar. Jadi Fang tinggal di sini untuk jalankan misi saya"
"Jadi, abang kamu tinggalkan kamu dekat rumah kosong yang tiada penghuni" suara atuk Kenji agak garang, dia pandang ke arah Kaizo yang sedang bersandar di tiang dinding rumah. Muka Kaizo agak marah dengan adiknya kerana memberitahu atuk mereka tentang kisah sebenar rumah ini "Kamu Kaizo, langsung tidak bagi adik kamu hidup dengan selesa masa kamu suruh dia jalankan misi" Kaizo agak takut dengan suara marah atuknya
"Errr... maaf atuk"
"Berani betul Fang duduk sorang-sorang dekat rumah terbiar. Mesti ada hantukan" kata Faye. Dia ternampak sebuah album gambar yang terdapat di bawah meja ruang tamu dan lalu dia mengambilnya. Dia duduk di sebelah atuk mereka, nenek mereka juga duduk di sofa untuk melihat album gambar tersebut
"Mana ada hantu dekat rumah nie, lagipun Fang tak takut duduk sorang-sorang" kata Fang. Dia ingin sahaja nak tergelak kerana teringatkan tentang Gopal yang minat dengan hantu tetapi sebenarnya takut
"Makan minum macam mana?" tanya nenek mereka
"Abang bagi duit sedikit, jadi Fang jimat cermatlah. Kadang-kadang tue Fang masak sendiri"
"Bagus cucu nenek, pandai berdikari" nenek Kirana rasa bangga dengan Fang yang pandai membawa diri di planet asing atau lebih dikenali planet bumi
"Pandai apa kebendanya, dia nie degil, nakal, suka sangat cari masalah" Fang merenung tajam ke arah abangnya "Apa pandang-pandang, betul lah apa abang cakap"
"Ala, abang tue, suka sangat kacau adik, buli adik, cari pasal dengan adik, tinggalkan adik dekat sini sorang-sorang, pentingkan misi" mereka berdua mula untuk bergaduh di depan atuk, nenek dan sepupu mereka. Faye biarkan sahaja mereka bergaduh, atuk mereka pula tidak tahu cucu mereka suka sangat bergaduh dan nenek mereka hanya gelengkan sahaja kepala melihat dua beradik bergaduh
"Sudah sudah! jangan nak bergaduh" kata atuk mereka "Macam ini ke korang berdua setiap hari?"
"Yea atuk, kami memang suka sangat bergaduh" Fang rasa malu dengan atuk mereka, malu sebab bergaduh di depan atuk dan nenek mereka. Faye masih lagi melihat-lihat gambar kawan-kawan Fang. Ada gambar mereka di tepi pantai, berkelah di halaman rumah Fang dan Kaizo, ada juga gambar mereka sedang menikmati makanan di sebuah kedai yang ada di taman, macam-macam gambarlah ada. Faye terasa ingin pergi dan jumpa mereka semua, dia ingin kenal setiap seorang kawan Fang
"Siapa perempuan ini, Kaizo?" Nenek Kirana ternampak satu gambar Kaizo dengan seorang perempuan. Perempuan itu adalah kawan mereka berdua iaitu Lynna "Bertuah kamu dapat teman istimewa dekat bumi nie"
"Teman istimewa? mana?" Atuk kenji mengambil gambar album tersebut di tangan Faye dan melihat secara dekat gambar tersebut "Kamu baru umur 20 tahun, sudah pandai nak bercinta pula"
"Mana ada atuk, itu kawan sahaja. Saya tiada masa untuk bercinta" Fang berpura-pura batuk di situ kerana dia teringat lagi abang dia nyanyi lagu cinta pada tahun lepas. Abang dia ada berikan sejambak bunga untuk Lynna. Fang menahan ketawa dia sehingga dia kena ketuk di kepala "Kau jangan nak gelak, pergi siapkan hidangan untuk mereka"
"Yelah abang" Fang masuk ke dapur dan sediakan teh hijau untuk mereka semua. Dia keluarkan bekas makanan yang di bawa oleh nenek dia tadi. Fang membuka bekas itu dan dapati ada sejenis makanan yang Fang tidak kenali. Mungkin makanan dari planet lain, fikir Fang. Dia mengambil pinggan dan lalu masukkan makanan tersebut di dalam pinggan itu. Fang meletak kesemua cawan-cawan, teko berisikan teh hijau, pinggan yang ada makanan dan juga piring kecil di atas dulang dan lalu membawa dulang itu keluar dari dapur
"Fang, apa nama kawan kamu semua?" tanya Faye secara tiba-tiba. Fang meletak dulang tersebut di atas meja ruang tamu dan terus kebelakang sofa untuk melihat gambar tersebut
"Yang pakai topi oren itu, Boboiboy. Yang badan besar itu Gopal, yang pakai tudung pink, Yaya dan akhir sekali, yang pakai cermin mata bulat itu ialah Ying" kata Fang sambil menunjuk gambar kawan-kawan dia
"Faye nak kenal dengan dia orang boleh?"
"Errr.. boleh kot. Petang nanti aku bawa kau berjumpa dengan kawan-kawan aku. Nanti aku akan hubungi dia orang"
"Hah! baguslah tue, boleh esok kamu jemput kawan kamu datang ke rumah esok. Nenek ajak mereka semua untuk sarapan bersama kita. Boleh nenek berkenalan dengan mereka semua" kata nenek Kirana yang tidak sabar untuk kenal dengan kawan-kawan Fang "Kamu Kaizo, siapa kawan kamu di sini?"
"Abang mana ada kawan dekat bumi, kalau ada pun, Lynna aje tuelah kawan dia" Fang yang menjawab soalan neneknya "Lynna? oh, itu nama kawan perempuan kamu tue yea tapi tak kan kawan kamu seorang sahaja"
"Nenek kalau nak tahu, abang mana suka nak berkawan sangat"
"APA KAU KATA PANG! kau nak kena dengan abang ke?"
"Mana ada, nenek yang tanya, adik jawab sahajalah" kata Fang dengan nada sindir dia. Dia memberikan senyuman sinis dia kepada abangnya, dia memang sahaja untuk kenakan abang dia. Kaizo pula, tidak sabar untuk menghukum adiknya selepas sahaja atuk, nenek dan sepupu mereka pulang. Dia dalam hati dia memang tengah berapi-api dengan adiknya
"Macam-macamlah korang berdua nie" kata nenek mereka "Dulu-dulu masa kamu berdua masih kecil lagi, kamu berdua memang rapat, tak pernah nak bergaduh tapi nenek rasa gembira yang kamu berdua masih lagi rapat sekarang. Apa yang nenek lihat, perbezaannya cuma, Kaizo yang dulu, lain daripada yang sekarang"
"Lain macam mana tue nenek?" tanya Faye
"Kaizo dulu mana pernah marah adik dia, sekarang sudah menjadi abang yang garang"
"Dia memang garang pun, suka sangat bagi adik hukuman. Kalau adik buat silap sedikit sahaja, mesti kena hukuman" Hati Kaizo bertambah-tambah berapi lagi. Fang memang sengaja buat begitu sebab dia hendak melihat abangnya kena marah lagi dengan atuk mereka. Ini sahajalah peluang dia untuk kenakan abangnya "Kaizo, Kaizo. Jangan buat adik kamu begitu. Jangan terlalu garang sangat dengan adik kamu" marah atuk mereka "Nanti dia tak sayang kamu macam mana"
"Sayang? dia nie, tiap-tiap hari nak manja dengan saya. Mengalahkan seekor kucing"
"Abang sebenarnya sukakan kalau adik manja dengan abang. Betul tak?"
"Tak" itu sahaja jawapan dari Kaizo
"Abang tipu" Kaizo senyap sahaja. Fang pula menjeling lidah kepada abangnya, selamat atuk dan nenek dia tidak nampak perbuatan Fang terhadap abangnya. Faye tergelak sahaja melihat mereka berdua. Gaduh, gaduh juga tapi keakraban mereka memang ternyata di situ
-----------------------------------------------
Petang itu, Fang membawa Faye pergi ke kedai Tok Aba. Manakala Kaizo pula, membawa atuk dan nenek mereka pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Faye cukup teruja melihat apa yang ada di Pulau Rintis, kehidupan di sini amat berbeza sekali dengan kehidupan di planet asal dia. Di sini tiada kereta yang boleh terbang seperti mana yang ada di planet dia. Ada juga taman permainan yang dia ingin cuba bermain tetapi Fang menarik tangan dia terus ke kedai Tok Aba. Dia tiada masa untuk berhenti di mana-mana tempat. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sedang menunggu kedatangan mereka berdua di kedai Tok Aba. Mereka tidak sabar untuk berjumpa dengan sepupu Fang
"Tak sangka pula aku, keluarga Fang datang ke sini untuk melawat dia" kata Boboiboy sambil melihat Ochobot sediakan hot chocolate khas untuk dia "Mesti sepupu dia tue lelaki kan"
"Mana kau tahu sepupu dia lelaki, entah-entah budak perempuan" kata Ying
"Aku main teka sahaja.. hehehe"
"Kalau perempuan, kau nak pikat sepupu dia ke?" tanya Ochobot yang hanya ingin bergurau sahaja
"Mana adalah Ochobot. Aku baru darjah 6, mana reti tentang pikat perempuan nie"
"Hehe.. aku bergurau sahaja" Ochobot berikan hot chocolate kepada Boboiboy "Bila dia orang akan sampai?" tanya Ochobot
"Ala, tepat pukul 5 nanti, sampai lah si Fang tue" kata Gopal sambil melihat jam di tepi kedai Tok Aba, lagi 2 minit hendak pukul 5. Mereka duduk di situ sambil berborak sementara menunggu kehadiran Fang dan sepupunya. Tok Aba siapkan cekodok chocolate untuk makanan petang mereka semua "Hah, itu pun Fang dengan sepupu dia" kata Tok Aba sambil tersenyum melihat kehadiran Fang dan sepupu perempuannya
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menoleh kebelakang dan mereka terkejut sedikit melihat sepupu Fang yang begitu cantik sekali. Gopal tersembur air di dalam mulutnya kerana tidak sangka sepupu Fang cantik seperti bidadari "Wei Gopal, kau apahal?" tanya Boboiboy. Air sembur tadi terkena muka Boboiboy. Dia mengambil sehelai tisu dan lalu lap muka dia
"Sepupu dia cantik" jawab Gopal. Boboiboy menepuk dahinya
"Hai semua, saya sepupu Fang. Panggil saya Faye" kata Faye sambil memperkenalkan dirinya "Salam kenal semua"
"Cantik nama kamu. Nama saya Yaya" kata Yaya sambil melambai ke arah Faye
"Saya pula Ying" Ying nampak begitu ceria sekali melihat sepupu Fang
"Saya Boboiboy" Boboiboy pula rasa malu dengan Faye
"Nama saya Gopal, awak begitu cantik sekali" Fang menepuk dahinya "Kamu sebaya Fang ke?"
"Ha ah, saya sebaya dia. Wah, ada apa jual dekat kedai nie!" Faye melihat menu-menu yang terdapat di kedai Tok Aba "Banyaknya chocolate dalam menu ini"
"Hah, kamu nak apa? Biar atuk buatkan khas untuk kamu" kata Tok Aba
"Bagi saya dua keping waffle chocolate dengan 3 scoop ice cream dekat atasnya, lepas tue letak chocolate syrup sekali" Mereka terkejut dengan permintaan Faye tadi. Fang tidak sangka sepupu dia begitu kuat makan sekali, macam Gopal "Air pula, saya nak chocolate milk shake" Tok Aba tidak berkata apa, dia hanya tersenyum sahaja, dan terus membuat permintaan Faye tadi
"Dasyat betul sepupu kau, Fang" Gopal tidak pernah melihat seorang gadis pesan makanan begitu banyak sekali
"Banyak betul kau makan" kata Fang
"Makan adalah kegemaran Faye! Chocolate pula adalah makanan kegemaran aku juga" Gopal bertambah jatuh hati kepada Faye kerana chocolate dan makan adalah juga kegemaran dia. Dia menolak Fang ketepi dan lalu duduk di sebelah Faye. Fang terjatuh di atas rumput
"Woi! kau apasal tolak aku" Gopal menghiraukan sahaja Fang yang sedang marah itu
"Fang, dia suka dekat sepupu kau tue" bisik Boboiboy
"Suka? DEKAT SEPUPU AKU?!" Fang berapi-api melihat Gopal sedang berborak mesra dengan sepupu dia
"Ermm.. kau tak suka ke Gopal berborak dengan sepupu kau?" Boboiboy berasa pelik melihat Fang yang sedang marah-marah kepada Gopal "Janganlah marah Gopal, Fang. Dia orang bukannya nak pergi berdating pun, lagipun ini pertama kali aku tengok Gopal suka dengan seseorang"
"Ha ah, tak pernah aku nampak dia berborak dengan sesiapa begitu mesra macam ini" kata Ying pula
"HAH! KORANG MENGUMPAT PASAL AKU LAH TUE"
"erkk! mana ada!" kata Boboiboy dan Ying. Faye tergelak melihat muka cuak Boboiboy dan Ying "Salah ke kalau aku berborak dengan sepupu kau, Fang?" tanya Gopal. Fang yang sedang makan cekodok chocolate dengan muka marah dia, lalu dia menjawab "Tak salah pun, elok lah kau berkawan dengan sepupu aku"
"Hehe.. comel pula aku lihat sepupu aku tengah marah nie, rasa macam nak aje cubit-cubit pipi dia" Fang memandang tajam ke arah Faye. Dia memang tidak suka apabila orang panggil dia comel, apatah lagi apabila orang lain yang cuba hendak cubit pipi dia
"Kalau Faye nak tahu, Fang nie suka sangat belasah saya dengan harimau bayang dia" Fang senyap sahaja, dia menahan kesabaran dia dengan Gopal. Tangan kiri dia sedang mengenggam dengan begitu kuat sekali, seperti dia mahu sahaja menumbuk sesuatu "Dia tue suka sangat marah orang, pas tue tak reti nak sabar. Entah-entah sekarang nie dalam hati dia, tengah marah saya"
"Wei Gopal, kau nak buat Fang marah ke?"
"Mana adalah Boboiboy, aku cerita sahaja perangai si Fang tue. Otak pandai tapi suka marah orang"
"APA KAU CAKAP!"
"Eh, eh.. sabar Fang" Boboiboy tenangkan Fang sebelum dia keluarkan harimau bayang dia. Fang tenangkan diri dengan cara menarik nafas dan lepaskan "Fang, kau jangan terasa sangat dengan Gopal tue, dia hanya bergurau sahaja"
"Betul kata Boboiboy, aku gurau sahaja. Nah, aku bagi kau ice blended chocolate special aku. Aku belanja kau"
"Tak pernah pula aku tengok kau nak belanja orang, tapi.. terima kasih" Fang mengambil air itu di tangan Gopal dan dia pula rasa lega kerana dia berjaya tenangkan Fang "Nah Faye, dah siap pun makanan kau"
"WAH! terima kasih atuk" Gopal yang berada di sebelah Faye, mata dia bersinar-sinar melihat waffle Faye. Air liur dia meleleh keluar apabila dia terhidu bau kesedapan waffle tersebut. Faye makan waffle itu dengan penut nikmat sehingga membuatkan Gopal mahu rasa juga waffle itu "Atuk, buatkan untuk saya satu macam Faye punya"
"Kau nie, asyik makan sahaja" kata Tok Aba "Yelah, atuk buatkan untuk kau"
"Terima kasih atuk!" Gopal tersenyum melihat Tok Aba buatkan satu lagi waffle untuk dia
"Korang semua nie memang kawan baik ke?" tanya Faye
"Ha ah, kita orang semua memang kawan baik tapi kita orang lebih kenal awal sebelum Fang datang ke sini" kata Boboiboy "Faye duduk sini berapa lama?"
"Hmm.. kata atuk, esok kita orang nak kena balik dah. Jadi aku ada dekat sini tak lama pun"
"Ala, tak bestlah kau ada dekat sini sekejap sahaja" Gopal buat muka sedih "Tak pernah aku dapat kawan yang suka makan macam aku"
"Habis tue, kita orang nie bukan kawan kau ke?" kata Boboiboy
"Korang lain, korang bukannya kaki makan macam aku. Aku kan suka makan" kata Gopal dengan nada yang sedih "Faye tinggal sahajalah dekat sini"
"Isk kau nie Gopal, suka hati kau sahaja nak suruh Faye duduk dekat sini. Nanti-nanti dia datanglah ke sini balik"
"Yolah, betul cakap Yaya. Kau boleh sahaja hubungi si Faye tue, itu pun kalau Fang bagi"
"Macamlah si Fang tue bagi, Ying" Gopal pandang ke arah Fang yang sedang minum Ice chocolate blended special dengan begitu senyap sekali. Dia hanya duduk diam tanpa berborak dengan sesiapa pun "Yang kau senyap dari tadi apasal?"
"Suka hati akulah kalau nak duduk senyap pun" Dia minum balik air dia. Faye tergelak sedikit melihat gelagat kawan-kawan sepupu dia, mereka semuanya peramah "Patutlah Fang tak nak tinggalkan korang semua. Kamu semunya begitu akrab sekali"
"Hehehe.. terima kasih!" Boboiboy tersengih kepada Faye "Esok sebelum Faye pulang, nak tak kita orang bawa Faye pergi jalan-jalan dekat bandar?"
"NAK! bolehlah Faye shopping dekat sini, mesti kawan-kawan Faye teruja melihat barang-barang yang Faye bawa balik nanti" Dia terbayangkan diri dia pergi shopping pakaian dekat bandar Pulau Rintis, selepas itu duduk berehat di sebuah cafe sambil bergurau senda dengan kawan-kawan sepupu dia
"Tapi.. ini bukan Kuala Lumpur. Tiada kedai mewah-mewah" Lalu, bayangan Faye tadi musnah kerana kata-kata Boboiboy tadi tetapi dia tidak terlalu kisah sangat kalau tiada kedai mewah-mewah
"Takpe, asalkan Faye dapat melihat kehidupan sebenar sepupu Faye nie" Lalu dia makan potongan terakhir waffle dia. Waffle Gopal baru sahaja siap, Gopal dengan gembiranya, lalu dia makan tanpa berhenti kerana begitu sedap sangat "Gelojoh betul" Faye ketawa kecil
"Lupa pula, esok korang semua kena datang rumah aku waktu pagi, nenek aku ajak korang semua sarapan bersama-sama"
"Wah! baiknya nenek kau Fang tapi.. pukul berapa kita orang kena datang" tanya Yaya
"Pukul 8 tepat!" kata Fang "JANGAN LEWAT!"
"Jangan risaulah Fang, kita orang tak kan lewat punya" kata Yaya "Nanti aku sediakan nasi lemak, ok tak?"
"OK!" kata Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying
"Aku nak ikut boleh?" tanya Ochobot yang dari tadi asyik perhatikan mereka berborak "Boleh aje Ochobot" kata Fang sambil berikan senyuman kepada Ochobot
"Inilah sphera kuasa yea, comelnya robot kuning nie" Faye mengambil Ochobot dan lalu peluk dia seperti sedang memeluk anak patung teddy bear "Geram betul aku tengok kau" kata Faye. Ochobot rasa malu pula apabila dipeluk oleh perempuan cantik
---------------------------------------------------
Pada malam itu, sedang semua orang asyik tidur, Faye datang ke dalam bilik Fang dan kejutkan dia bangun "Fang, bangun!" Fang terjaga dari bangunnya dan mengosok matanya "Kau nak apa Faye?"
"Jom kita berborak"
"Berborak?" Fang melihat jamnya dan sekarang adalah pukul 2 pagi "Kau nak berborak apa pagi-pagi macam nie"
"Ikut sahajalah" Jadi Fang ikut sahaja sepupu dia, mereka berdua duduk di atas bumbung rumah sambil melihat keindahan bintang-bintang yang sedang berkelip itu "Kenapa kau ajak aku berborak pagi-pagi macam ini? kata Fang yang masih lagi mengantuk
"Saja" Faye tersenyum melihat sebuah bintang yang bersinar dengan indahnya "Lagipun aku nak kenal dengan kau secara dekat. Kawan-kawan kau semuanya baik-baik, layan aku seperti kawan mereka juga"
"Dia orang memang macam tue, peramah, tak pernah sombong. Aku aje yang suka sombong dengan orang lain" kata Fang. Dia mengalih pandang dia ke arah bandar Pulau Rintis yang berada tidak jauh dari rumah dia "Tapi dia orang sahajalah kawan sejati aku"
"Hmm.. kawan sejati kau yea.. mesti kau ada suka salah seorang daripada kawan perempuan kau kan" Faye sahaja mengusik Fang
"Woi! mana ada, dia orang kawan sahajalah. KAWAN SAHAJA!" menjerit Fang di atas bumbung rumah "Bukannya ada apa-apa pun"
"Yelah, janganlah menjerit pagi-pagi nie, orang lain tengah tidur. Tapi takpe.. bila kau dah besar nanti, adalah yang akan timbul dekat hati kau tue"
"Erkk! sudahlah, aku tak mahu fikir benda-benda itu semua, buang masa sahaja" kata Fang yang begitu marah dengan sepupu dia. Dia mana ada hati dekat sesiapa, kalau ada pun, mungkin dekat donut lobak merah, tak pun dekat kucing kesayangan dia tue, Shadow. Dia baru sahaja darjah 6, buat apa dia fikir benda-benda itu pula, naik geli badan dia, fikir Fang
"Ala, aku bergurau sahaja. Jangan marah Fang, maaf yea"
"Yelah, aku maafkan kau" kata Fang dengan nada yang tidak puas hati "Yang kau tiba-tiba sahaja ikut atuk dan nenek datang ke sini kenapa? ibubapa kau tahu ke?"
"Ibubapa aku sibuk sangat dengan kerja dia orang, jadi aku ikut ajelah atuk dan nenek aku datang ke sini. Ibubapa aku tak kisah kalau aku ke sini, asalkan aku berkelakuan baik. Jangan risaulah, aku bukannya jahat pun. Aku cuma suka pergi mengembara di planet-planet lain, dan belajar tentang kehidupan mereka" Faye keluarkan purse dia yang dia selalu bawa, dia keluarkan semua gambar-gambar dia pergi mengembara di planet-planet lain bersama dengan atuk dan nenek mereka "Itu semua tempat yang aku pernah pergi" dia tunjukkan gambar-gambar itu kepada Fang
"Kau memang suka mengembara?"
"Ha ah, sambil mengembara, sambil itu aku dapat merasa makanan dari planet lain"
"Memang sesuai sangat kau dan Gopal jadi kawan baik" bisik Fang
"Berapa lama lagi kau akan duduk dekat bumi?"
"Hmm.. entahlah, aku pun tak pasti tapi aku sudah selesa duduk dekat sini. Kalau aku pergi pun, mesti terpisah dengan kawan-kawan aku"
"Kau memang seorang sangat menghargai kawan-kawan kau" Fang tersenyum malu
"Memanglah, dia oranglah kawan pertama aku. Aku pun tak sanggup kehilangan dia orang semua, setiap seorang kawan aku, ada keistimewaannya yang tersendiri" Faye tersenyum melihat sepupunya bercerita tentang kawan-kawannya. Dia nampak keikhlasan Fang di matanya, dia juga nampak betapa sayangnya dia kepada kawan-kawan dia
"Antara kawan-kawan kau semua, mana satu kau paling rapat sekali?"
"Boboiboy" kata Fang "Dialah kawan baik aku dan juga persaingan terhebat aku. Aku dan dia, dulu memang musuh tapi lama-lama jadi kawan" Fang tergelak sedikit apabila teringat balik tentang pergaduhan dia dan Boboiboy tapi sekarang pun, mereka masih lagi bergaduh. Bila di fikirkan balik, dia suka sangat bergaduh dengan kawan-kawan baik dia. Kalau pergaduhan besar pun, itu pun sekali sahaja, tahun lepas. Abang dia yang terpaksa leraikan mereka semua
"Kenapa kau gelak sorang-sorang?"
"Takde apa-apalah" Fang melihat balik bintang dan dia ternampak lima bintang yang tersusun baris di langit tapi apa dia nampak di matanya, kelima-lima wajah, iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga dia. Dia tersenyum sendiri "Faye, aku masuk tidur dulu. Mengantuk pula aku, nanti aku takut aku bangun lambat pula"
"Ok, nanti aku masuk ke dalam. Selamat malam Fang" Fang turun ke bawah dan masuk balik ke dalam bilik dia. Faye baringkan dirinya dan melihat lima bintang yang sedang bersinar itu
"PANGG! KENAPA KAU BANGUN LAMBAT! KEJAP LAGI KAWAN KAU NAK SAMPAI DAH!"
"SENYAPLAH ABANG! sibuk aje abang nie" Kaizo mengambil bantal adiknya dan lalu lempar ke arah muka Fang "BANGUN AKU KATA!"
"Yelah yelah, adik bangunlah nie" Fang membuka matanya dan nampak muka abangnya yang sedang marah itu "Isk, sibuk aje abang aku nie"
"APA KAU KATA!"
"Takde apa" Fang bangun dan keluar dari katilnya "Abang keluarlah dari bilik adik, adik nak mandi" Lalu Kaizo keluar dari bilik adiknya. Dia terkejut melihat atuknya sedang berdiri di hadapan pintu Fang "Apa yang korang menjerit-jerit tue"
"Maaf atuk, saya pergi kejutkan si Pang tue. Tak reti nak bangun awal" Fang yang terdengar percakapan abang dia dari dalam dalam bilik, dia terus menjerit sekuat hati "ADIK SELALU BANGUN AWAL PAGILAH, ABANG SAHAJA YANG SUKA BANGUN LAMBAT!"
Atuk dia hanya mengelengkan sahaja kepala "Apa nak jadi dengan korang berdua nie, asyik bergaduh aje. Pergi tolong nenek kamu dekat dapur"
"Baik atuk" Kaizo turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur untuk menolong nenek dia. Kaizo ternampak ada pelbagai jenis buah-buahan yang sudah siap dipotong, ada juga beberapa french toast yang dibuat oleh neneknya dan ada donut lobak merah, donut yang dicintai oleh adiknya, Fang
"Donut lobak merah pun ada?"
"Ha ah, nenek tahu itu makanan kegemaran Fang kan. Jangan risau Kaizo, sebelum nenek balik, nenek akan masakan sup lobak merah untuk kamu" Muka Kaizo bercerah-cerah setelah mendengar nenek dia akan membuat makanan kegemaran dia. Dia tersenyum sedikit "Terima kasih nenek"
"Sama-sama. Nenek buat itu semua sebab nenek sayangkan kamu berdua" Nenek Kirana cubit-cubit pipi Kaizo. Dalam hati Kaizo sabar sahaja dengan cubitan dari neneknya. Dia pergi keluarkan pinggan-pinggan dan juga cawan-cawan dan letak kesemuanya di atas meja makan. Faye dapat ke dapur untuk menolong mereka berdua. Fang pula masih lagi mandi di atas
Tepat pada pukul 8, kawan-kawan Fang sudah berada di depan pintu. Gopal mengetuk pintu rumah Fang dan lalu atuk mereka yang membuka pintu tersebut "Selama pagi!" kata mereka semua
"Oh, inilah kawan-kawan cucu atuk. Silakan masuk semua" Atuk Kenji memperlawa mereka semua masuk ke dalam. Yaya pula terus ke dapur untuk meletakkan bakul dia yang penuh dengan bungkusan nasi lemak
"Selamat pagi Yaya" kata Faye
"Selamat pagi"
"Nenek, inilah salah satu kawan Fang. Nama dia Yaya" kata Faye "dan yang baru masuk nie, Ying" Ying baru sahaja masuk ke dalam dapur untuk menolong mereka semua "Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" tanya Ying
"Hmm.. tolong nenek angkat semua makanan nie dan letak di atas meja makan dekat luar"
"Baik nenek!" kata mereka bertiga. Kaizo yang masih lagi di dalam dapur, dia mengintai-intai di ruang tamu, adiknya masih lagi belum muncul "Mana pula adik aku nie" Kaizo mengangkat sebuah teko besar dan keluar dari dapur tersebut. Dia letak teko tersebut di atas meja makan dan lalu ke tangga untuk pergi memanggil adiknya tetapi Fang sudah pun keluar dari biliknya bersama dengan kucing kesayangan dia, Shadow
"Selamat pagi Fang!" kata Boboiboy sambil melihat Fang sedang berjalan ke arah tangga rumah. Fang hanya tersenyum sahaja melihat kawan-kawan dia sudah ada di situ. Mereka semua duduk berkumpul di meja makan untuk sarapan pagi tetapi kasihan Ochobot, terpaksa melihat mereka menjamu selera sambil gelak ketawa. Ini pertama kalinya Faye merasa nasi lemak yang dibuat oleh Yaya. Sambal nasi lemak itu betul-betul pedas, sampai naik merah muka Faye tetapi dia suka rasa pedas itu. Dia siap menambah lagi nasi lemak tersebut. Mereka semua tergelak kecil melihat muka merah Faye. Kaizo dan Fang siap lagi bergaduh di meja makan kerana masing-masing mahu french toast yang terakhir, sampai atuk Kenji terpaksa memarahi mereka berdua. Kaizo dan Fang terpaksa memotong roti french toast itu dan bahagiakannya kepada dua, supaya masing-masing dapat menikmati french toast itu
Tepat pukul 11, Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot dan Faye, keluar dan pergi ke bandar untuk berjalan-jalan. Yaya dan Ying menunjukkan beberapa kedai butik yang ada di situ, Faye cukup teruja melihat fashion-fashion yang ada di dalam butik tersebut. Dia sempat membeli sehelai baju untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dia yang berada di planet lain. Selepas itu, Gopal membawa Faye ke tempat makanan yang sedap-sedap di situ. Faye dapat merasa pelbagai jenis makanan yang ada di situ, mereka semua duduk berehat di sebuah kedai ice cream yang cukup terkenal di Pulau Rintis. Faye ingin merasa kesemua ice cream di situ tetapi Fang menghalang dia, takut nanti sepupu dia sakit perut pula kalau makan banyak sangat ice cream
"Bestnya duduk dekat sini, nyaman, tenang, tidak terlalu sibuk" kata Faye sambil melihat luar tingkap kedai ice cream
"Mestilah best, itu salah satunya aku tak nak tinggalkan tempat ini. Ketenangan yang begitu bahagia sekali"
"Yelah Fang, tenang ke tak tenang ke, mesti ada sahaja alien datang serang kita orang" Gopal bermain-main dengan ice creamnya sehingga buatkan ice cream itu cair. Dia sebenarnya sedih kerana Faye akan berangkat pulang kejap lagi
"Ha ah, kalau tak tenang tue mesti si Adudu datang kacau kita orang" kata Yaya
"Seronoknya korang dapat jadi superhero bumi. Aku cuma orang biasa sahaja, tiada kuasa pun"
"Seronok apanya Faye, menjadi superhero adalah tanggungjawab yang besar! Kalau Adudu rampas kuasa kita orang, habis kita orang semua"
"Itu macam ayat kak Lynna aje" Fang tersengih kepada Boboiboy "Jadi, bila Faye akan ke sini lagi?"
"Entahlah, mungkin musim cuti sekolah nanti" Faye tersenyum kepada Boboiboy dan lalu makan ice cream chocolate dia. Selepas itu, mereka semua berjalan-jalan di taman permainan sebelum pulang ke rumah. Faye sempat bermain dengan buaian sebelum Kaizo menghubungi adiknya, dan menjerit di jam kuasa kerana mereka masih belum pulang lagi
"Dia orang memang selalu bergaduh dekat mana-mana sahaja ke?" tanya Faye
"Boleh dikatakan begitu, tak kisahlah dekat mana dia orang berada, ada sahaja pergaduhan dia orang berdua tapi selepas itu berbaik semula. Lebih-lebih lagi si Fang tue, suka sangat bermanja dengan abang dia" kata Boboiboy sambil melihat kawan baik dia menjerit-jerit dekat jam kuasanya kerana terlalu geram sangat dengan abang dia. Orang-orang yang di sekitar taman permainan, melihat sahaja Fang, sudah macam orang gila sedang memarahi jam. Mereka terpaksa beredar dari situ kerana rasa malu, dan terus sahaja pulang ke rumah Fang
Barang-barang semua sudah siap dikemaskan, atuk, nenek dan juga Faye sudah berdiri di halaman rumah sementara menunggu Lahap mengambil mereka bertiga "Ingat pesan atuk, kamu berdua, kurang-kurangkan lah bergaduh"
"Macam mana nak kurangkan kalau setiap hari abang suka sangat cari pasal dengan adik" Kaizo menepuk kepala adiknya "Tengok atuk! dia tepuk kepala adik"
"Itu pun kau nak mengadu, kau nie suka sangat nak mengadu dekat atuk dan nenek kau. Karang abang hantar kau duduk dengan dia orang, baru kau tahu"
"Senyaplah abang"
"kau nak kena dengan abang!" Fang menjeling lidah kepada abangnya
"Aduh, pening kepala nenek tengok dia orang berdua nie" Mereka terpaksa menahan telinga masing-masing mendengar pergaduhan dia orang lagi, sampai bila nak bergaduh, entahlah
"Nampaknya Lahap sudah sampai" kata Faye sambil melihat di langit. Kapal angkasa Kaizo sudah sampai di bumi, mereka sudah bersiap sedia untuk pergi tetapi Kaizo dan Fang masih lagi bergaduh. Atuk mereka sudah hilang sabar dengan mereka berdua "SUDAHLAH TUE! ATUK DAN NENEK KAMU NAK BALIK DAH! cubalah duduk satu hari tanpa gaduh, pening kepala atuk asyik dengar korang bergaduh sahaja"
"Erkk! maaf atuk!" kata Kaizo dan Fang. Muka mereka merah kerana malu sebab dimarahi oleh atuk mereka. Boboiboy dan Gopal ketawa kecil, ini pertama kali mereka lihat Kaizo dan Fang kena marah
"hehehe.. oklah, Faye berangkat dulu"
"Nanti datang lagi tau Faye" kata Gopal yang sedang kesedihan "Mana aku nak cari kawan baik yang minat makan macam aku" Gopal menangis di situ
"Sudahlah tue Gopal, nanti dia datanglah balik ke sini" Yaya cuba memujuk Gopal supaya jangan menangis "Nanti datang lagi yea, bolehlah aku buat nasi lemak lagi untuk kau"
"Terima kasih Yaya" Faye keluar sesuatu dari beg sandang dia. Dia memberikan sebuah jam tangan khas untuk Yaya dan Ying "Jam tangan ini bukan jam kuasa, tapi kamu berdua boleh menghubungi aku dari jauh" Faye memberikan jam tangan itu kepada Yaya dan Ying
"Aku takde?" tanya Fang
"Kau buat apa, aku nak berborak dengan dia orang sahaja tapi kalau kau nak juga, boleh sahaja pinjam dari kawan kau kan" kata Faye. Nampaknya Lahap sudah pun sampai, mereka terpaksa berangkat pergi
"Atuk dan nenek pergi dulu yea. Kamu berdua jaga diri baik-baik" kata atuk mereka "Kaizo, jaga adik kamu baik-baik, jangan suka sangat marah dia selalu. Fang, jangan nakal-nakal, dengar cakap abang kamu"
"Baik atuk" Kaizo dan Fang pandang sesama sendiri sambil tunjuk muka geram mereka. Tak tahulah kalau dia orang dengar nasihat dari atuk mereka atau tidak
"Selamat tinggal semua. Nanti nenek datang lagi" Nenek Kirana cium dahi dan pipi Fang "Kamu kalau nak apa-apa, beritahu sahaja nenek" bisik dia kepada Fang. Fang hanya tersenyum sahaja
Mereka bertiga naik ke atas kapal angkasa Kaizo dan Lahap menghantar mereka pulang ke planet asal mereka. Kaizo dan Fang sangat gembira dengan lawatan dari mereka, dan berharap mereka akan datang lagi ke sini. Kehadiran mereka bertiga membuatkan suasana menjadi lebih ceria dan Fang berasa diri dia dekat dengan keluarga dia
"Jangan lupakan kami dekat sini" bisik Fang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top