Alam Mistik Part II
"RATU LILY!"
"BOBOIBOYYY!" Ratu Lily sangat teruja melihat Boboiboy ada di situ, terus dia mengejar Boboiboy kerana ingin memeluk dia tetapi Boboiboy sudah larikan diri daripada terkena pelukan dari Ratu Lily. Fang duduk bersila dengan rasa bosannya, dia melihat sahaja Ratu Lily mengejar Boboiboy
"Boboiboy! sinilah!" Ratu Lily memanggil dia dengan nada ceria tetapi Boboiboy hanya mengelengkan kepala dan sorok dibelakang Fang "Kenapa tak nak pulak?"
"Hehehehe... saya.. saya..saya.."
"Dia sebenarnya terkena penyakit kulit, jadi dia tidak boleh sentuh sesiapa pun" terus Fang menyampuk untuk selamatkan kawan baik dia "Itu sebab dia lari daripada Ratu Lily"
"Tapi... aku kan roh, kau pun roh juga.. macam mana nak berjangkit.. KAU TIPU AKU YEA!" Boboiboy dan Fang terus takut dengan suara garang Ratu Lily "Selama ini aku duduk di sini sorang sahaja, tiada siapa yang sudi datang untuk melawat aku di sini. Aku berhenti ganggu kamu semua, lebih-lebih lagi si Kapten Kaizo tue. Hari ini aku sangat bahagian kerana cinta hati ku datang ke sini tapi dia tidak sudi untuk menerima aku"
"Aduh, emo lah pula si ratu gila nie" Boboiboy menepuk dahinya
"Aku rasa, aku lebih suka dia jadi jahat daripada baik" bisik Fang kepada Boboiboy
"Kau nak dia pergi rasuk diri kau lagi ke, lepas tue pergi cuba bunuh abang kau lagi"
"Dah tue, kau nak dia ber feeling feeling dengan kau. Mesti kau rasa geli kan kan kan"
"Hmm.. betul juga kata kau" kata Boboiboy sambil melihat Ratu Lily yang masih beremosi di situ "Tapi lebih elok dia jadi baik, aku pun terpaksalah relakan hati ini menjadi mangsa cinta hati dia tue daripada dia mengamuk nak pergi bunuh orang"
"Yelah, kalau dia asyik nak bermanja dengan kau, jangan cari aku" Fang tinggalkan Boboiboy situ. Dia terpaksa mencari jalan untuk keluar dari sini dan kembalikan rohnya ke dalam badannya
"Fang! tunggu!" Boboiboy mengejar Fang, dia pun tidak mahu tinggal di situ bersama dengan Ratu Lily. Dia sendiri takut kalau Ratu Lily itu tiba-tiba nak mengedik dengan diri dia. Fang berjalan begitu cepat sekali, Boboiboy terpaksa mengejar dia supaya Fang tidak hilang dari pandangannya
"Boboiboy! tunggu saya!" Boboiboy menoleh kebelakang, dan nampak Ratu Lily sedang mengikut dia "Janganlah tinggalkan saya keseorangan di sini, bawalah saya sekali" Ratu Lily menangis di situ kerana di tinggalkan oleh kekasih hatinya
Fang berhenti berjalan dan pusing kebelakang "Wei Boboiboy, kau pergi pujuk dia balik"
"Apasal aku pula" Fang tiada masa untuk terangkan kepada kawan baik dia, dia pegang tangan Boboiboy dan lalu mengheret dia ke Ratu Lily "wei wei! janganlah heret aku" Fang pedulik apa, janji Ratu Lily berhenti menangis sebab tangisan dia bunyi macam hantu. Seram sejuk rasanya
"Ratu Lily, Boboiboy nak cakap sesuatu" Boboiboy merenung tajam dekat Fang tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja "Dia cakap dia sudi menjadi kekasih hati Ratu Lily"
"APA KAU CAKAP!" Terus Fang kena kejar dengan Boboiboy "BILA MASA AKU NAK JADI KEKASIH HATI DIA PULA! KAU NIE MEMANG SAJA NAK KENAKAN AKU" Ratu Lily tergelak kuat di situ kerana dia tidak tahan melihat gelagat mereka berdua "Eh? dia ketawa pula" Boboiboy terus berhenti kejar Fang dan Fang pula, dia terjatuh kerana kakinya terlanggar dengan batu yang tidak begitu besar, sederhana sahaja. Hidung dia terkena lantai dan lalu menjadi merah hidungnya
"Terima kasih kerana kamu berdua berjaya membuat saya ketawa begini untuk pertama kali" Ratu Lily mengelap air matanya "Saya sendiri tidak tahu saya boleh gelak begitu, selama ini saya cuma ketawa kejahatan saya sahaja"
"Bagus lah tue Ratu Lily, saya tumpang gembira sekali dengan awak" Boboiboy tersenyum sedikit
"Panggil saya Lily sahaja" Ratu Lily membalas balik senyuman Boboiboy tadi. Senyuman Ratu Lily begitu manis sekali "Saya semenjak kecil lagi tidak mempunyai kawan, semua dunia saya sungguh gelap. Bila pertama kali saya nampak semangat perjuangan kamu untuk menyelamatkan kawan baik awak, saya rasa sedikit cemburu"
"Tapi sekarang? Ra- maksud saya, Lily. Sekarang tak lagi rasa cemburu seperti sebelum ini?" tanya Boboiboy. Fang yang terjatuh tadi, sudah pun bangun dan berdiri di sebelah Boboiboy dengan hidung merah dia
"Sekarang adalah juga tapi saya terpaksa faham kenapa kamu lari tadi. Saya adalah Ratu kejam, ratu kejahatan, itu sebabnya kamu tidak sudi untuk memerima kebaikan saya"
"Err.. saya terima persahabatan awak tapi janganlah buat saya terkejut sampai nak peluk saya"
"Ha ah, kita orang terima persahabatan Ratu Lily" kata Fang "jadi awak boleh bantu kami kan?"
"Bantu kamu berdua keluar dari sini? Boleh!" terus Ratu Lily kembali menjadi ceria balik. Dia sudi menolong mereka berdua, dia mahu memperbetulkan balik kehidupan dia walaupun diri dia sudah lama mati tapi apa salahnya menolong mereka daripada simpan dendam terhadap musuh utama dia iaitu Kaizo. Tapi sekarang dia tidak menganggap Kaizo sebagai musuh dia sendiri kerana dia juga percaya yang diri dia boleh berubah. Jadi dia akan percaya dengan diri dia, tiada lagi kejahatan dari Ratu Lily
"Bagaimana caranya untuk keluar dari sini?" tanya Boboiboy. Terus satu cahaya kecil terbang di hadapan Boboiboy dan muncul lah lelaki tua sambil memegang tongkat "KAU! kau yang bawa aku ke sini" Boboiboy dan Fang terus bersiap sedia untuk berlawan walaupun mereka sendiri tiada kuasa pada masa ini
"Jangan risau, saya datang ke sini bukan untuk berlawan tetapi saya perlukan bantuan daripada kamu dan rakan-rakan kamu. Mereka kini dalam perjalanan ke sini" kata pak cik tua itu
"Bantuan? bantuan apa?"
"Ada orang jahat sedang menyerang keindahan alam ini, dia ingin mengambil roh-roh yang ada di sini untuk menjadikan askar kekejaman dia" kata lelaki tua itu. Dia membawa mereka bertiga ke sebuah taman yang penuh dengan bola-bola bercahaya. Setiap cahaya mempunyai sinaran yang berbeza, ada yang sudah pudar, ada yang masih lagi menyinari yang begitu terang, dan ada yang sudah malap. Dia pergi ke naik ke atas jambatan dan di bawah dia ada sungai yang sungguh jernih. Dia menggunakan tongkat itu dan air tersebut seperti sebuah television. Dia tunjuk kehidupan-kehidupan di bumi "Ini adalah air yang dapat tunjuk kehidupan kamu semua di bumi, ia juga dapat mengesan mana-mana roh yang berkeliaran di bumi"
"dan bola-bola ini semua pula?" tanya Fang
"Bola-bola ini semua adalah roh-roh yang saya sudah tangkap dan simpan mereka di dalam bola itu. Kalau cahayanya tidak begitu kuat, ia mempunyai hati yang gelap tapi rakan kamu" dia tunjuk ke arah Ratu Lily "saya berikan dia satu peluang untuk bersihkan hati dia yang terlampau gelap itu. Saya yang menyuruh dia menjaga semua roh-roh ini semua dengan baik" Ratu Lily senyum kepada mereka dan siap bagi peace lagi. Boboiboy dan Fang rasa agak janggal melihat dia berkelakuan begitu, sebelum ini dia selalu bertindak seperti orang gila, ketawa macam orang gila dan percakapan dia pun macam orang gila juga
"Rasa macam comel pula Ratu Lily nie" Fang terus menepuk kepala kawan dia
"Jangan cakap kau pun dah jatuh hati dengan dia juga. Aku tak kan maafkan kau kalau ada hati dekat ratu gila tue, disebabkan dia lah aku kehilangan ibubapa aku" Fang masih lagi rasa marah dengan Ratu Lily
"Maafkan saya Fang, saya tahu saya kejam tapi saya sudah sedar dengan kesilapan saya" Ratu Lily pergi ke Fang dan pegang tangan dia "Minta maaf Fang, saya yang buat diri kamu dan abang kamu merana" Fang melihat mata Ratu Lily, dia memang betul-betul menyesal dengan perbuatan dia tapi Fang sendiri tidak boleh maafkan dia. Lelaki tua itu tadi datang dekat kepada Fang
"Fang, perbuatan dia memang tidak dapat maafkan tapi apa yang sudah terjadi, kita tidak dapat nak memperbetulkan balik kisah zaman silam kita. Apa yang kamu buat, terima sahaja kemaafan dia dan simpan rasa dendam di hati, saya takut kamu sendiri akan berubah menjadi orang lain. Dendam bukanlah jalan penyelasaian yang terbaik" Dia pegang bahu Fang "Saya rasa, saya patut hadiahkan kamu dengan sesuatu" Lelaki tua itu ke tepi sedikit dan lalu dia mengetuk tongkatnya di atas rumput dan lalu keluar lagi satu cahaya kecil dan cahaya itu terapung di hadapan Fang
Fang tidak percaya apa yang dia lihat, ibu dia ada di depan matanya. Fang berlari ke arah ibunya dan terus memeluk ibunya "Ibu!" Keiko memeluk anak lelakinya
"Fang, anak ibu" kata Keiko dengan suara lembut dia. Keiko membelai rambut Fang yang sedang menangis itu
"Saya rasa, kita patut bagi mereka ruang untuk bersendirian" kata lelaki tua itu. Boboiboy dan Ratu Lily setuju dengan kata-kata dia, lalu mereka beredar dari situ tetapi mereka tidak pergi begitu jauh. Ratu Lily membawa Boboiboy bersiar-siar di taman itu, Boboiboy pula rasa geli dengan sikap Ratu Lily yang dari tadi nak pegang tangan dia tapi dia tak nak bersikap kasar dengan Ratu Lily. Takut nanti dia jadi jahat balik. Boboiboy menoleh kebelakang sedikit dan tersenyum melihat Fang memeluk ibunya. Fang kelihatan sungguh bahagian bersama dengan ibunya
Fang lepaskan pelukan dia dan terus dia tersenyum melihat ibunya. Ini kali kedua dia dapat melihat ibunya "Fang janganlah menangis lagi, ibu ada dekat sini" Keiko mengelap air mata Fang
"Tak, Fang tak menangis. Fang cuma gembira sahaja dapat melihat ibu"
"Ibu pun gembira dapat jumpa Fang" kata Keiko dengan senyuman manis dia. Suara lembut Keiko membuatkan Fang tersenyum lebar "Mari kita jalan-jalan sebentar" Fang terus pegang tangan ibunya, walaupun diri dia dalam keadaan roh, dia masih lagi dapat merasa tapak tangan ibunya. Begitu lembut sekali tangan ibu, fikir Fang "Fang apa khabar?"
"Fang baik sahaja ibu" jawab Fang dengan nada yang lembut. Dia asyik melihat sahaja wajah ibunya, hati dia rasa sungguh tenang dan bahagia
"Abang kamu bagaimana? dia selalu menjaga kamu tak?"
"Abang sihat sahaja ibu, dia selalu menjaga adik dengan baik tapi abang selalu buli adik" mereka berdua duduk di dalam sebuah gazebo putih "Abang suka marah adik walaupun kadang-kadang adik tidak buat hal pun tapi ada masa, adik tidak dengar cakap abang"
"Fang dari kecil sampai besar selalu tidak mendengar cakap abang" Keiko tergelak sedikit. Fang pula rasa malu sebab perangai dia tidak berubah seperti dulu, cuma sekarang ini dia suka marah-marah orang dan mengikut kata orang lain, sombong dan belagak. Dia mula melentokkan kepalanya di atas bahu ibunya dan Keiko pegang tangan dia
"Ibu, kalau adik nak duduk di sini dengan ibu buat selama-lamanya boleh?"
"Kenapa? adik tidak suka dengan kehidupan adik sekarang?" Fang melihat ibunya
"Suka tapi dekat sini, adik dapat jumpa dengan ibu setiap hari, mungkin juga ayah sekali. Adik kadang-kadang mencari tempat untuk mengadu masalah-masalah adik. Abang bukannya selalu nak dengar, kalau adik cerita pun, dia mesti guna suara garang dia tue" kata Fang
"Tapi kalau Fang duduk di sini, nanti abang kamu pula yang merindui kamu" dia membelai-belai lagi rambut Fang "Fang, kalau Fang ada masalah apa-apa, cerita sahajalah dekat abang tak pun dekat kawan baik dia tue, Lynna"
"Eh, macam mana ibu tahu tentang Lynna?" Fang mengangkat kepala dia dan pandang ke arah ibunya
"Sebab ibu kadang-kadang datang ke sini untuk melihat Fang dekat air sungai tue. Ibu nak lihat kehidupan Fang dan Kaizo macam mana sekarang, adakah kamu berdua bahagia atau tidak" kata Keiko "Lynna itu sendiri boleh di anggap sebagai ibu kamu, dia sentiasa memberi nasihat kepada Fang. Ibu pasti, suatu hari nanti dia dapat menjadi seorang ibu yang baik"
"Jadi ibu nak dia kahwin dengan abanglah"
"Err.. bukan itu maksud ibu" Keiko tergelak sedikit "Kamu nie Fang, fikirkan tentang kahwin pula. Biarkan abang kamu pilih siapa di hatinya tapi ibu tak rasa dia nak kahwin tue. Ibu tahu abang kamu sentiasa dengan misi dia, jaga adik dia, melindungi adik dia dan buli adik dia"
"Ibu nie, buat lawak pula" Fang terus bermasam muka dengan ibunya. Keiko tergelak sedikit melihat kecomelan anaknya, gelakan Keiko tadi membuat Fang sendiri rasa untuk gelak. Mereka ketawa di situ sampai lah Kaizo muncul dengan Lynna dan rakan-rakan adiknya
"Ibu?" Kaizo tidak percaya apa yang dia nampak "Betul ke ini ibu?"
"Kaizo" Keiko bangun dan melihat anak sulungnya yang sudah membesar dengan begitu tampan sekali "Kaizo anak ibu" Lelaki tua tadi muncul balik dengan Boboiboy dan Ratu Lily. Dia tersenyum kerana seorang ibu dapat melihat dua anaknya yang masih lagi hidup. Cakap pasal hidup, lelaki tua itu mengetuk tongkat dia dan serta merta roh Boboiboy dan Fang terus masuk balik ke dalam badan mereka. Fang ada di dalam dukungan abangnya, dia terjaga. Yaya turunkan badan Boboiboy yang sudah terjaga juga. Kaizo turunkan adiknya dan Fang terus memeluk ibunya lagi
"Adik dapat bau wangi ibu" kata Fang. Kaizo juga turut memeluk ibunya. Mereka semua tersenyum kegembiraan seperti mereka dapat disatukan semula. Gopal mengelap air matanya, Yaya dan Ying rasa terharu tak terhingga dan Boboiboy pula tersenyum sahaja. Ratu Lily rasa serba salah, dia yang membuatkan mereka berdua kehilangan ibu dan ayah mereka
"Ibu, macam mana ibu boleh ada dekat sini?" tanya Kaizo
"dengan pertolongan lelaki tua itu" kata ibunya. Keiko melihat kawan-kawan Fang dan Kaizo "Jadi kamu semua adalah kawan Fang?"
"Ha ah, ini semua kawan adik dan itulah kak Lynna" Fang tunjuk ke arah Lynna yang berdiri di belakang Gopal. Lynna tunduk sedikit kepada Keiko "dia lah yang selalu bantu kami apabila kami semua ada masalah"
"Kau yang selalu ada masalah bukannya mereka" Kaizo ketuk kepala adiknya
"Kaizo, tak baik kamu ketuk kepala adik kamu" Mereka boleh terdengar suara marah Keiko sedikit
"Maaf ibu" Fang menjeling lidahnya kepada abang dia "Jaga kau nanti" bisik Kaizo kepada Fang. Keiko gelengkan kepalanya, dia sabar sahaja dengan perangai anak-anaknya yang suka sangat bergaduh. Bukannya dia tidak tahu, dia tahu tapi apa yang dia boleh buat, dia sudah lama mati tapi gaduh macam mana pun, mereka tetap akrab seperti mereka kecil-kecil lagi "Kaizo, Fang" dia memanggil nama-nama anaknya "Ibu tidak boleh berada di sini lama, ibu terpaksa beredar"
"Tapi.. adik nak berborak dengan ibu lagi" Fang peluk ibunya. Dia tidak mahu melepaskan ibunya. Keiko lepaskan pelukan itu dan lalu dia melutut di depan Fang, dia membelai rambut Fang sedikit dan nampak wajah sedih Fang
"Fang jangan sedih, ibu pernah berkata kepada kamu dulu. Ibu sentiasa ada dihati Fang" Keiko letakkan tangannya di dada Fang "Fang jaga diri kamu baik-baik, dengar cakap abang dan jangan nakal" Keiko berdiri dan cium dahi Fang. Dia pergi ke arah Kaizo pula
"Kaizo, janganlah terlalu garang sangat dengan adik kamu"
"Tapi ibu, dia selalu tak dengar cakap Kaizo"
"Itu sebab dia masih kecil lagi tapi kamu pun jagalah terlalu tegas dengan dia" Fang yang ada disebelah ibunya, dia menjeling lidah kepada abangnya. Tangan dia asyik pegang sahaja gaun labuh putih ibunya. Dia betul-betul tak nak ibunya pergi "Kaizo jaga diri kamu dan adik kamu juga dan jaga Lynna sekali, ibu suka dia" terus muka Lynna menjadi merah kerana malu
"Tapi dia tue hanya sekadar kawan sahaja" Kaizo masih tidak puas hati apabila orang lain suka sangat kaitkan dia dengan Lynna. Keiko hanya tersenyum sahaja "Ibu tahu, ibu kata begitu sebab ibu ingin juga bergurau dengan anak-anak ibu" Kaizo sabar sahaja dengan ibunya "Ibu sentiasa sayangkan kamu berdua" terus Keiko hilang dari situ
"Ibu" bisik Fang. Walaupun hati dia sedih, tetapi dia rasa sangat gembira, kerana ini sudah kali kedua dia dapat berjumpa dengan ibunya. Dia tidak menangis kerana dia tahu, mungkin satu hari nanti, dia mungkin dapat berjumpa balik dengan ibunya. Kaizo meletak tangannya di bahu adiknya dan Fang melihat abangnya
"Adik ok?"
"Adik ok sahaja" Kaizo tersenyum sedikit, selepas itu, dia kembali serius "Sekarang, kita perlu keluar dari tempat ini"
"Abang nanti! lelaki tua ini perlukan pertolongan kami" kata Fang "Dia kata ada orang menyerang taman ini untuk mendapat roh-roh yang ada dekat sini"
"Tapi kenapa dia ambil roh kamu pula?" tanya Ying
"Sebab semasa orang itu menyerang pantai di tempat kamu, saya cuba untuk melindungi orang-orang yang ada di pantai tetapi kuasa saya tidak begitu kuat" kata lelaki tua itu "Walaupun tiada sebarang kematian yang berlaku tetapi saya perlukan pertolongan dari kamu semua sebelum dia dapat mengumpul kesemua roh yang ada di bumi dan di sini untuk menjadi askar kekejaman dia. Semasa saya di pantai, saya ternampak Fang. Saya fikir mungkin dia boleh bantu saya, jadi saya mengambil roh dia dan kawan dia, Boboiboy. Saya tahu kamu berdua kenal rapat dengan Lynna"
"Kenapa perlu ambil roh kami pula?" tanya Boboiboy
"Kerana diri saya tidak nampak apabila saya berada di dunia kamu, untuk kamu semua dapat melihat saya. Saya terpaksa mengambil roh kamu dan bawa ke sini kerana jasad badan kamu saya memang tidak boleh ambil. Saya tiada kuasa itu kecuali kalau kamu datang ke sini dengan bantuan Lynna" dia melihat Lynna dan lalu berkata lagi " dan pada masa itu, saya yakin Lynna dapat mengetahui tentang hal itu"
"Sekarang ini, macam mana kita nak musnahkan orang jahat yang menyerang taman indah ini?" tanya Yaya pula "Kami sendiri pun tidak tahu siapa musuh itu"
"Hmmm.." dia pergi air sungai itu dan mencari ke mana musuh dia pergi. Gambar-gambar di air sungai itu bergerak begitu cepat, pening dia orang melihatnya tetapi lelaki tua itu sudah terbiasa. Dia berhenti dan nampak musuh dia sedang menyerang bandar Pulau Rintis
"Itu.. aku kenal dia"
"Siapa kak Lynna? siapa dia?" Boboiboy nampak wajah terkejut Lynna "Kak Lynna?" Lynna tidak bercakap apa, dia hanya senyap sahaja
"Kenapa dengan kak Lynna?" tanya Yaya
"Mana aku tahu maa.. tapi dia macam sudah lama kenal musuh kita tue" kata Ying
"Lynna! Lynna!" Kaizo pusingkan badan Lynna dan pegang bahy dia "LYNNA! BANGUN! KITA KENA PERGI KE SANA DENGAN SEGERA!" Lynna terus sedarkan diri
"Maaf Kaizo, aku cuma terkejut sahaja tadi"
"Takpe, kita jangan buang masa sekarang" Kaizo rasa risau dengan Lynna, kenapa dia terkejut melihat musuh baru mereka? apa hubungan dia dengan Lynna? Kaizo pegang tangan Lynna untuk pastikan semuanya akan ok. Mereka semua berdiri di dalam sebuah bulatan sambil berpegang tangan. Ratu Lily pun ada dengan mereka sekali, dia berdiri di sebelah Boboiboy dan pegang tangan dia
"EH! apasal kau ikut sekali?" tanya Boboiboy dengan muka terkejut dia
"Ala, aku pun nak tolong korang juga" kata Ratu Lily dengan suara ceria dia lagi. Mata dia berkelip-kelip dengan harapan dia dapat ikut mereka. Fang, Gopal, Yaya dan Ying pandang ke arah Boboiboy dengan senyuman mereka kecuali Kaizo, muka dia serius sahaja. Lynna pula, dia sedang dalam kerisauan
"Yelah, yelah" Boboiboy terpaksa mengalah. Ratu Lily hampir sedikit lagi nak cium pipi Boboiboy tetapi kepala dia diketuk oleh lelaki tua itu
"Lily, kamu jangan nakal-nakal. Jangan nak buat perkara jahat" kata lelaki tua itu "Dan terima lah hadiah sementara untuk kamu" Ratu Lily terkejut, dia mempunyai badan tersendiri semula "Ingat! kalau kamu jahat lagi, badan dan roh kamu itu, saya boleh ambil balik"
"Baik!"
"Bersedia semua?" tanya Lynna dengan suara pelahan dia. Lynna kelihatan tidak begitu ceria, Kaizo pegang tangan dia begitu kuat supaya Lynna tidak perlu risau sangat
"sedia!" kata mereka kecuali Kaizo
"1, 2, 3" mereka terus hilang
----------------------------
Dengan sekelip mata, mereka sudah sampai di tengah-tengah bandar Pulau Rintis. Bandar itu sudah hampir kosong, ramai yang sudah lari untuk menyelamatkan diri masing-masing. Ada yang masih terperangkap di dalam kedai dan ada setengah kedai habis musnah dijilat api. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Ratu Lily pergi selamatkan orang-orang yang menjerit meminta pertolongan di dalam beberapa buah kedai
Ratu Lily ikut sahaja kemana Boboiboy pergi, dia juga ingin membantu. Fang pula terpaksa merempuh ke dalam sebuah kedai yang sudah terbakar, dia terdengar jeritan seorang budak perempuan meminta tolong. Fang terbatuk-batuk kerana asap hitam yang begitu tebal, sedikit lagi Fang nak terkena dengan konkrit siling kedai itu. Di luar pula, Yaya dan Ying mencari mangsa yang terperangkap di dalam kedai, Gopal juga ikut mereka
Lynna tidak pergi menolong tetapi dia sedang mencari seseorang. Seseorang yang dia pernah kehilangan dahulu "Lynna! siapa yang kau cari?" Lynna hiraukan sahaja pertanyaan Kaizo "LYNNA! KAU DENGAR TAK APA AKU CAKAP TADI?"
Lynna hiraukan lagi, dia teruskan mencari. Kaizo hanya ikut sahaja dia pergi ke mana sahaja "ABANGG! TOLONG ADIK!" Kaizo terdengar jeritan adiknya. Dia terpaksa pergi mencari adiknya yang ada di dalam kedai
"PANG!" Kaizo menjerit nama adiknya
"SINI!" Kaizo ternampak sebuah kedai yang sudah lama terbakar, dia masuk ke dalam kedai itu dan nampak adiknya sedang melindungi seorang budak perempuan. Mereka terbatuk-batuk di situ sehingga Fang tidak dapat menggunakan kuasanya
"Pang tunggu dekat situ!" Kaizo mencari Boboiboy untuk meminta pertolongan dari dia
"Cepat abang!" jerit Fang lagi. Dia tidak dapat bertahan begitu lama di dalam kedai itu "Adik jangan risau, nanti abang aku akan kembali" kata Fang kepada budak perempuan itu. Kaizo muncul balik dengan Boboiboy Ice dan Ratu Lily
"Cepat Boboiboy!" jerit Fang. Boboiboy Ice memadamkan kesemua api di situ. Dia gunakan kuasa icenya dan carikan untuk menjadi air. Sedikit demi sedikit, api-api tersebut terpadam. Fang dan budak perempuan itu berlari keluar. Gopal, Yaya dan Ying berjaya menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam kedai tetapi musuh mereka masih belum muncul
"Mana musuh kita abang? mana kak Lynna?" tanya Fang yang masih lagi terbatuk-batuk
"Dia sorokkan diri ke?" tanya Boboiboy yang sudah kembali normal
"Aku tidak pasti tapi kamu semua perlu berhati-hati" kata Kaizo. Bandar itu sudah menjadi sunyi, tiada lagi manusia yang berada di situ. Semuanya sudah lari jauh daripada bandar tersebut. Sekarang hanya tinggal mereka sahaja
"Mana kak Lynna?" tanya Fang lagi. Dia risau dengan keselamatan Lynna
"Bukan ke dia tadi ada dengan Kapten Kaizo ke?" tanya Gopal pula. Mereka semua berjalan ke arah Lynna berlari tadi. Mata masing-masing pandang ke arah sana sini supaya mereka tidak terlepas pandang dengan musuh mereka
"KAK LYNNA!" Fang menjerit
"LYNNAA!" Kaizo pula menjerit. Tak kan dia kena tangkap pula, fikir Kaizo
"KAK LYNNA!" jerit Ying
"EH! itu kak Lynna" Yaya tunjuk ke arah Lynna sedang berdiri dengan seorang lelaki dewasa yang sebaya dengan Lynna. Muka Lynna seperti terkejut melihat dia, pada masa yang sama, ada sedikit kesedihan
"LYNNA!" Kaizo berlari ke arah Lynna tetapi Lynna menggunakan kuasa phoenix dia supaya Kaizo jangan datang dekat kepada dia. Lynna telah mencipta satu penghalang dinding yang besar dengan kuasa phoenix dia
"Jangan Kaizo, biar aku sahaja yang uruskan"
"Hah?" Kaizo pegang dinding yang berwarna ungu itu "Kenapa pula?" tanya Kaizo. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke arah Kaizo
"Sebab aku kenal dia, dia adalah orang yang aku sayangi dulu" kata Lynna. Mereka semua nampak air mata Lynna mengalir keluar tetapi kenapa Lynna tersenyum? Lelaki itu tidak serang Lynna tetapi dia seperti ingat-ingat lupa tentang Lynna. Memori dia sedang bermain-main dengan pemikiran dia "Lynna?" bisik lelaki itu
"Ingat tak aku lagi? Aku yang mengubah kau menjadi baik" kata Lynna kepada lelaki itu "Ingat tak aku lagi, Nazir?" Lelaki itu bernama Nazir. Dia adalah teman istimewa kepada Lynna pada suatu ketika dahulu tetapi disebabkan sesuatu yang tidak terduga terjadi kepada diri Nazir. Ingatan dia terus hilang, dia lupa segala-galanya, termasuklah Lynna. Keluarga dia terpaksa berpindah dan membawa Nazir ke tempat yang jauh. Hati Lynna remuk dan hancur melihat Nazir sudah tidak mengingati dia lagi, sekarang, dia sudah kembali tetapi kali ini, dia seperti sudah ingat balik tentang diri dia yang sebenar. Dirinya jahat sebelum menjadi baik
"Nazir" Lynna cuba datang dekat kepada Nazir "Ini Lynna, gadis yang kau cintai dulu. Kau ingat tak lagi saat kita menjadi musuh dulu sebelum aku mengubah diri kau menjadi baik. kau ingat tak lagi?"
"Tak, aku tidak ingat semua itu. Kau jangan datang dekat!" Nazir keluarkan kuasa api dia tetapi Lynna tidak berundur, dia maju ke depan untuk mendekati Nazir
"KAK LYNNA! HATI-HATI!" Fang mengetuk-getuk dinding itu "Boboiboy! cuba kau musnahkan dinding tenaga ini" Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Gempa
"Jangan!" dia menghalang Boboiboy Gempa mengeluarkan golumn tanah "Aku yakin Lynna dapat mengatasi dia"
"Abang yakin ke?" Kaizo tidak berkata apa kepada adiknya. Dia percaya kepada diri Lynna, dia percaya Lynna dapat musnah atau selamatkan orang yang dia sayang tetapi Fang tidak begitu yakin. Dia melihat kawan-kawan dia, mereka juga seperti Fang. Mereka takut apa-apa terjadi dengan Lynna. Ratu Lily datang dekat kepada Fang
"Aku tahu kau masih tidak puas hati dengan aku, tapi kau kena percaya kepada dia" kata Ratu Lily "Sebab sepanjang aku berada di taman roh, aku kadang-kadang mengintai kehidupan kamu semua, aku juga dapat melihat dunia sebenar Lynna. Dia sebenarnya mempunyai semangat yang tinggi sama seperti Boboiboy, dia tidak akan mengalah. Dia tahu apa yang dia buat, jadi kau kena percaya kepada dia" Ratu Lily memberikan sedikit senyuman kepada Fang
"Tapi.."
"Jangan tapi-tapi.. percayalah cakap aku" Fang melihat Lynna sudah semakin hampir dengan lelaki itu. Dia masih lagi dengan kuasa apinya di tangan, dia balik ke arah Lynna tetapi Lynna menghalang kuasa api itu dengan kuasa api phoenix. Dua-dua menyerang dengan kuasa api, aliran api yang keluar dari tangan Lynna dan lelaki itu membuatkan sebuah api yang besar di tengah-tengah antara mereka berdua. Lynna menolak kuasa apinya ke depan untuk memberikan dia sedikit kelebihan tetapi lelaki itu juga menolak kuasa api dia begitu kuat
"Dasyatnya, kalau meletup macam mana?" kata Gopal
"Takpe, biar aku tolong kak Lynna. BOBOIBOY BLAZE!" Boboiboy Blaze musnahkan dinding tenaga Lynna dengan cakera api dia. Dia terus berlari dan berhenti disebelah Lynna. Dia juga mengeluarkan kuasa apinya
"APA KAU BUAT DEKAT SINI? PERGI DARI SINI!" menjerit Lynna
"Tak, saya datang untuk membantu kak Lynna" kata Boboiboy Blaze. Dia yakin, dengan kuasa dia dan kuasa api Lynna, dia pasti dapat musnahkan lelaki itu "TUMBUKAN TINJU BERAPI!" Kuasa api kombo mereka dapat musnahkan kuasa api lelaki itu. Sebuah api yang besar bergerak laju menuju ke arah lelaki itu
"NAZIR!" Lynna hilangkan diri dan munculkan dirinya di sebelah Nazir. Dia menolak Nazir supaya dia tidak terkena dengan bola api itu. Dia cuba letupkan bola api itu berkali-kali tetapi tidak berjaya, makin lama makin dekat bola api itu. Lynna hanya berdiri di situ, dia rela dirinya menjadi mangsa bola api itu demi untuk menyelamatkan insan-insan yang dia sayang "Selamat tinggal semua" Lynna mengalirkan air matanya dan menutup matanya. Nazir yang tergaman dengan apa yang berlaku, mata dia melihat air mata Lynna yang jatuh ke atas jalan raya. Secara pelahan-pelahan ingatan Nazir terus kembali, dia terus sedar apa yang sedang berlaku "LYNNAAAAAA!"
"TEMBAKAN ICE!" Bola api itu bertukar menjadi sebuah bongkah ice yang besar, selepas itu muncul golumn tanah yang besar di belakang Lynna. Dia menumbuk bongkah ice untuk sehingga menjadi serpihan kecil seperti crystal yang kecil
"KAK LYNNA!" Mereka berlari ke arah Lynna yang hampir nak pengsan. Kaizo hanya berdiri jauh dan melihat adiknya dan rakan-rakan dia pergi ke arah Lynna
"Kak Lynna ok tak?" tanya Fang. Lynna jatuh terduduk, semuanya sudah berakhir. Dia tidak berkata apa dan pandang ke tepi, dia tersenyum melihat Nazir
"Kak Lynna ok" kata dia "Terima kasih Boboiboy kerana selamatkan kak Lynna"
"Nazir nie siapa?" tanya Ratu Lily
"Aku adalah kawan dia semasa zaman sekolah lagi" kata Nazir "Ingatan aku sudah kembali, maaf sebab aku menyerang Pulau Rintis. Masa ingatan aku kembali sedikit, aku tidak ingat tentang Lynna dan rakan-rakan aku yang lain, aku cuma ingat aku adalah musuh kepada Lynna. Aku yang selalu buat hal dekat sekolah dulu, aku yang musuh jahat di sekolah dulu sehinggalah Lynna menghalang dan mengubah aku. Tadi ingatan aku sudah kembali sepenuhnya, kalau tidak, aku hanya fikirkan diri aku adalah orang jahat yang ingin menakluki dunia ini dengan memiliki askar-askar kejahatan"
"Jadi sebenarnya Nazir nie baiklah?" tanya Yaya
"Dia dulu jahat tapi akak yang mengubah dirinya menjadi baik tapi tak sangka dia sudah kembali" Lynna tersenyum kepada kekasih lama dia
"Wei Fang, abang kau mana?" bisik Boboiboy kepada Fang
"Entah" Fang menoleh kebelakang dan nampak abangnya masih berdiri jauh daripada mereka "Dia cemburu kot" Sebenarnya Kaizo tidak cemburu pun, dia hanya bersuka ria di situ kerana selepas ini tiada siapa boleh kaitkan dia dengan Lynna lagi. Dia bebas daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dia seperti mahu menari di situ tetapi dia mengawal dirinya dengan hanya memberikan kepada mereka senyuman yang serius
--------------------------------------------
"Aik Boboiboy, siapa sebelah kamu tue?" tanya Tok Aba kepada cucunya. Mereka kini berada di kedai Tok Aba kecuali Lynna dan Nazir. Mereka berdua sudah balik ke KL. Bandar Pulau Rintis sudah kembali seperti biasa, dan kerja-kerja baik pulih kedai-kedai yang musnah telah dijalankan dengan secara. Mereka bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa
"Ini Ratu Lily.. hehehe" Boboiboy lepaskan tangannya daripada pegangan Ratu Lily "Dia sahaja nak datang ke sini, nak tengok atuk dan Ochobot"
"Ha ah, saya lah kekasih hati Boboiboy" Ratu Lily tersenyum lebar dekat Tok Aba. Mata dia bersinar-sinar, rambut dia yang panjang siap ikat dengan riben berwarna oren
"KE-KE-KEKASIH HATI CUCU AKU!" Tok Aba hampir nak pengsan "Aduh, apa nak jadi dengan cucu aku nie"
"Wei Lily, apasal kau cakap macam tue! aku bukan kekasih hati kau pun" marah Boboiboy kepada Ratu Lily tetapi dia buat-buat tidak tahu sahaja. Fang, Gopal, Yaya dan Ying ketawa sahaja, dan Kaizo pula, dengan muka serius dia
"Ala, sekali sekala.. bukannya selalu pun" Ratu Lily bermanja-manja dengan Boboiboy sampai dia naik rimas dengan Ratu Lily. Boboiboy melepaskan dirinya daripada Ratu Lily dan terus lari "Kemana kau nak lari!" suara Ratu Lily yang gila itu terkeluar dan terus dia mengejar Boboiboy. Kawan-kawan Boboiboy yang lain tergelak lagi
"Dasyat betul si Boboiboy tue, sampai hantu pun boleh minat dengan dia" kata Gopal
"Hantu? RATU LILY TUE HANTU KE?!" Pengsan Tok Aba tapi Ochobot sempat menyambut Tok Aba daripada terjatuh di atas lantai kedai
"Apa boleh buat, Boboiboy tue peminat ramai. Tak kira tua ke, muda ke, hantu ke, alien ke, semuanya minat dekat dia" kata Ochobot. Kaizo, Fang dan Gopal tolong angkat Tok Aba dan baringkan dia di gazebo. Ochobot duduk di situ untuk menjaga Tok Aba buat sementara
"Pang! kau jangan nak main-main cinta pula!" kata Kaizo dengan suara garang dia "Kalau abang tahu kau bercinta masa sekarang ini, abang akan menghukum kau! FAHAM!"
"Faham abang" kata Fang dengan nada bosan dia. Fang kembali ke kedai Tok Aba, dia ternampak Boboiboy terpaksa pergi berjalan-jalan dengan Ratu Lily sebelum dia kembali ke dunia roh dia atau erti kata Gopal, sebelum dia kembali menjadi hantu. Ratu Lily tersenyum lebar kerana impian dia menjadi kenyataan, manakala Boboiboy pula, muka dia masam, tangan dia di dalam poket jaket orennya untuk mengelak tangannya di pegang oleh Ratu Lily. Fang rasa kasihan dengan kawan baik dia tapi dia biarkan sahaja, dia malas nak pergi selamatkan Boboiboy daripada Ratu Lily
"Hehehehe.. semoga berjaya, Boboiboy"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top