Aku Kembali!
"Aduh, susahnya ujian tadi" Gopal mengeluh kerana ujian matematik yang telah disediakan oleh Cikgu Papa Zola amatlah susah sekali "Kenapalah cikgu Papa yang buat soalan, apasal bukan cikgu lain aje"
"Habis tue, tak kan kau nak soalan senang-senang sahaja. Macam mana nak pandai kalau asyik dapat soalan senang sahaja" kata Yaya yang berjalan bersama dengan Ying. Mereka kini dalam perjalanan pulang ke kedai Tok Aba
"Ala, bagi kau senanglah nak jawab soalan yang susah-susah" kata Gopal "Bagi aku, rasa macam nak meletup kepala nie"
"Tu lah kau, aku ajak ulangkaji sama-sama, kau cari alasan" muncul Fang disebelah Gopal
"Buat apa nak ulangkaji dengan kau. Tak pasal-pasal, kena latihan tempur macam hari itu. Abang kau tu, kejam sangat!"
"Yelah, abang aku memang kejam pun tapi kalau kau merungut lagi selepas ni. Nahas lah kau nanti" Gopal malas nak dengar cakap Fang, apa yang dia tahu sekarang, dia tengah mengidamkan Ice Blended Chocolate Special dekat kedai Tok Aba. Hari ini cuaca sungguh panas, sampai Gopal rasa nak pengsan. Gopal terus keluarkan sesuatu dari poket seluar sekolahnya. Dia mengambil sekotak chocolate kecil yang dia beli pagi tadi
"Korang nak tak?"
"Apa tu Gopal? Tak pernah pula aku nampak chocolate ni" Boboiboy berasa pelik melihat kotak chocolate yang dipegang oleh Gopal. Dia menadah tangannya dan Gopal tuangkan sedikit chocolate di atas tapak tangan Boboiboy "Chocolate apa kecik macam ni?" Boboiboy melihat chocolate berbentuk pula dan size dia seperti size pil vitamin
"Makanan ajelah, pagi tadi aku pergi beli" kata Gopal "Ada satu budak kecik nie, kasihan dia. Dia tolong mak dia jual chocolate sebab kehidupan dia begitu susah. Mak dia sakit, dia pula cacat" Gopal berdrama di situ "Ayah dia pula, sudah tiada. Jadi aku beli lah chocolate ni untuk membantu dia"
"Hmmm..." Fang yang terdengar perbualan mereka, dia menoleh kebelakang sedikit "Betul ke apa budak tu cerita? entah-entah budak tu tipu kau sahaja kot"
"Tak baik kau cakap macam tu Fang" kata Yaya "Kalau cerita dia betul, macam mana. Kita kenalah bantu orang yang susah"
"Orang susah ke, orang senang ke, kau cepat sangat percaya" Fang merampas kotak chocolate itu, dia juga seperti Boboiboy, rasa pelik melihat kotak itu "Baik kau buang sahaja, aku tak yakin sangat dengan chocolate ni" Semenjak mereka menerima surat dari seseorang yang misteri, Fang menjadi lebih berhati-hati. Dia langsung tidak mahu makan atau minum benda yang pelik-pelik. Dia takut diri dia akan diseksa lagi atau menjadi budak kecil atau hilang apa-apa deria, atau apa-apa sahajalah. Dia hanya makan dirumah atau di kedai Tok Aba sahaja sekarang ini
"Kau ni Fang, takut sangat lah" Gopal mengambil balik kotak itu "Biar aku tunjukkan keberanian aku" Dia membuka mulutnya seluas-luasnya, dia ingin menuangkan kesemua chocolate itu tetapi Fang menepuk tangan Gopal dan kotak chocolate itu terjatuh. Fang pijak kotak chocolate tersebut
"Wei Fang! apasal kau pijak chocolate aku!" marah Gopal
"Entahnya, kau ni kenapa Fang? tak baik tau pijak makanan!" marah Yaya pula
"Kau ni suka hilang akal ke hah!" Ying pula marah Fang
"Hmm.. Fang, kau ok? janganlah kau lepaskan kemarahan kau dekat chocolate Gopal. Chocolate tu tak bersalah pun" Boboiboy pula berkata tetapi dia tidak marah, dia cuma kecewa sedikit dengan sikap Fang
"Dey! kau ganti balik chocolate aku!" marah Gopal
"Malas aku nak gantikan dan ikut suka hati korang lah! Aku cuma nak korang selamat sahaja" terus Fang beredar meninggalkan mereka "Aku nak korang berhati-hati pun, kena marah juga. Korang tu kawan baik aku, kalau terjadi apa-apa nanti, salah aku tidak menasihati korang" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pandang satu sama lain. Mereka tidak tahu samada rasa bersalah atau Fang yang bersalah dengan mereka
"Korang memang patut dengar cakap kawan baik korang tu" Mereka berempat pusing kebelakang dan terkejut dengan kemunculan Robin di depan mata mereka "Aku lah budak kecik pagi tadi yang menjual chocolate itu kepada kau Gopal"
"Kau! kau yang jual chocolate itu pada aku!" Robin ketawa sinis kepada Gopal
"Macam mana kau boleh terlepas keluar?"
"Macam mana aku keluar?" Robin ketawa lagi "Kau tak perlu tahu, Boboiboy. Apa yang kau perlu tahu, bahawa ubat yang korang minum tempoh hari itu, masih lagi berkesan walaupun Adudu telah bagi ubat pemulih kepada kamu semua. Aku tahu, saat ini ubat itu akan berkesan lagi tapi bila? korang tunggu sahaja, aku tak sabar nak melihatnya"
"Jadi... maknanya.." Boboiboy terkejut "APA! MAKNANYA MINUMAN HARI ITU MASIH LAGI ADA DI DALAM BADAN KITA ORANG!"
"Yea Boboiboy" Robin datang dekat kepada mereka "Kau akan kehilangan suara. Kau tidak akan dapat menggunakan kuasa terkuat kau.. HAHAHAHAAHAHAAA!"
"Berani kau! BOBOIBO-" suara Boboiboy hilang, bukan dia sahaja. Suara Ying juga turut hilang. Gopal sudah kehilangan penglihatan dan suara dia. Yaya sama juga tetapi cuma penglihatan dia hilang. Boboiboy menyuruh mereka lari. Tangan Gopal di pegang oleh Boboiboy, manakala tangan Yaya pula dipegang oleh Ying. Mereka menjadi mata mereka
"Apa kita perlu lakukan sekarang?" kata Yaya tetapi mereka bertiga tidak dapat menjawab. Mereka di kejar oleh Robin dengan pistol pemunsnahnya. Yaya dan Gopal hanya dapat mendengar beberapa tembakan dari Robin terkena object-object di tepi mereka. Sasaran tembakan Robin tidak terkena kepada mereka berempat. Boboiboy ternampak Fang sedang berjalan di depan, dia ingin menjerit nama Fang tetapi suara dia. Bagaimana dia ingin memanggil nama Fang, fikir Boboiboy
"MANA KORANG NAK LARI!" Robin masih lari mengejar mereka "KORANG TAK KAN SELAMAT KALI INI!" Boboiboy berlari begitu laju sekali, sampai buatkan Gopal penat. Dia sendiri pun sudah tidak lari dan akhirnya Boboiboy hampir dekat dengan Fang. Dia lepaskan tangan Gopal dan melompat untuk mengusik sedikit bahu Fang
"APA!" Fang pusing kebelakang dan nampak Robin sedang mengejar kawan-kawan dia. Dia ternampak Boboiboy terjatuh di hadapan dia. Robin ketawa seperti orang gila dan menembak ke arah mereka "PELINDUNG BAYANG!" Dia menahan pelindung bayangnya untuk melindungi rakan-rakan dia "PATUTLAH AKU TAK DENGAR TADI, AKU PEKAK SEMULA, RUPANYA!"
"Sekarang macam mana?" tanya Yaya. Boboiboy cepat-cepat keluarkan sebuah buku latihan dan pensilnya. Dia menulis sesuatu dan tunjukkan kepada Fang yang sedang menahan pelindung bayangnya
"CARI ABANG AKU?" mereka semua mengangguk sahaja "KORANG HUBUNGILAH ABANG AKU, BAGI YAYA CAKAP DENGAN ABANG AKU. AKU AKAN HALANG DIA SELAMA MANA YANG AKU MAMPU"
"Tapi Fang, tak kan kau nak kita orang biarkan kau berlawan dengan dia seorang" Fang tidak dengar percakapan Yaya tadi, Boboiboy terpaksa menulis balik kata-kata Yaya dan tunjuk kepada Fang
"TAKPE! ASALKAN KORANG DAPAT PANGGIL ABANG AKU! CEPAT PERGI!" Mereka semua tidak sanggup meninggalkan Fang dengan tiada pendengarannya "PERGILAH CEPAT! SEBELUM PELINDUNG BAYANG AKU HILANG!"
Mereka terpaksa, Ying pegang balik tangan Yaya dan Boboiboy pegang balik Gopal. Mereka keluar dari pelindung bayang Fang dan terus berlari. Fang menahan lagi tetapi Robin tidak berhenti-henti menembak pelindung bayang itu
"Kau ingat kau akan selamat di dalam itu" Tetapi malangnya, Fang tidak dengar kata-kata Robin dan dia tidak tahu kawan-kawan Fang yang lain sudah melarikan diri "Baiklah, aku akan gunakan bom ciptaan abang aku sendiri" Robin keluarkan sebuah bom kecil di dalam sebuah beg yang dia bawa bersama dengan dia. Bom itu dapat meletupkan pelindung bayang itu tetapi nyawa Fang juga yang terancam sekarang ini
"RASAKAN BOM INI!" Robin melempar bom itu ke arah pelindung bayang Fang
"TOLAKAN TENAGA!" Bom tersebut melantun balik ke arah Robin dan jatuh di depan kaki dia
KABOOOOOOOMMMMMMMM!
Bom itu meletup begitu kuat sekali, menyebabkan Robin terpelanting dan jatuh di atas bumbung rumah orang. Fang pula sempat di lindungi oleh abangnya. Kaizo sempat keluarkan dinding tenaga untuk melindungi mereka semua. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ada di situ juga
"ABANG?" Fang melihat muka abangnya yang serius itu
"Kamu semua duduk di sini, biar aku uruskan budak gila itu" kata Kaizo
"APA ABANG CAKAP?" Kaizo ketuk kepala adiknya dan terus dia lompat untuk belasah Robin. Fang mengosok-gosok kepalanya yang terkena ketukan tadi. Mereka berlima melihat Kaizo mendarat di atas bumbung rumah orang. Dia mengeluarkan pedang tenaganya dan mengacu ke arah Robin
"Hehehehe... kau ingat kau boleh bunuh seperti mana kau membunuh abang aku sendiri!" dia ketawa besar di situ "Kau tak rasa menyesal ke bunuh kawan baik kau sendiri? Kawan baik kau semenjak zaman kecil lagi. Aku selalu nampak abang aku bermain bersama dengan kau. Dia selalu kagum dengan kau, dengan sifat keberanian kau"
"Dia memang kawan baik aku tapi abang kau yang memutuskan persahabatan kita"
"Itu sebab dia ingin memiliki kuasa terhebat seperti kau. Selama ini, aku hanya melihat abang aku mencipta pelbagai alat dan mesin kerana dia ingin buktikan bahawa dia juga hebat seperti kau tapi semuanya tidaklah sehebat kuasa kau. Dia rasa kecewa dan marah apabila kau tidak memberikan dia sphera kuasa sebab itu abang aku memutuskan persahabatan dia dengan kau" Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya melihat sahaja Robin tersenyum sinis kepada dirinya "Aku datang ke sini untuk membalas dendam demi abang aku dan bom tadi bukanlah hanya sekadar bom. Ia adalah bom ciptaan abang aku sendiri"
"APA MAKSUD KAU?!" Kaizo mengacu pedang tenaganya di depan mata Robin
"Apa kata kau lihat sendiri" Kaizo pandang ke arah adiknya. Fang dan rakan-rakan dia yang lain terbatuk-batuk, bom itu telah mengeluarkan gas beracun
"PANG!" Kaizo ingin berlari tetapi Robin tunjukkan satu alat kawalan jauh yang kecil di tangannya
"Jika kau pergi selamatkan mereka, aku akan tekan butang ini dan bom itu akan menyebabkan kematian mereka" Robin ketawa lagi "Tapi, jikalau kau ingin melihat kematian mereka, kau ikut sahaja aku dan menjadi orang tahanan aku. Jangan risau, gas beracun itu akan membunuh mereka secara pelahan-lahan"
"KAU SUDAH GILA! BAIK KAU HENTIKAN KERJA GILA KAU!" Kaizo tidak akan menjadi menyerahkan dirinya kepada Robin. Dia perlu buat sesuatu "Aku tiada pilihan lain, aku kena selamatkan mereka"
"Kau nak pergi selamatkan mereka? silakan tapi kau juga akan menyesal nanti" Kaizo begitu marah
"GARI TENAGA!" Robin telah digarikan oleh Kaizo "Kau tak kan dapat membunuh mereka atau diri aku" Jari Robin sudah hampir untuk menekan butang itu tetapi Kaizo sempat mengambil alat kawalan jauh itu "Begitu senang sekali aku kalahkan kau"
"Mungkin, tapi bagaimana dengan adik kau" Kaizo melihat ke bawah dan gas-gas beracun itu sudah hilang tetapi adiknya dan rakan-rakannya sudah pengsan "Mereka hanya mempunyai beberapa minit sahaja lagi untuk hidup.. HAHAHAHAHAHAAAAAA!" Kemarahan Kaizo meningkat, hati dia mula berapi-api "Kenapa? marah dengan aku? bunuhlah aku seperti mana kau bunuh abang aku.. HAHAHAHA!"
"KAU! aku tidak akan bunuh kau"
"Yea ke, tapi kau juga telah membunuh abang aku sendiri, kawan baik kau sendiri.. kau adalah pembunuh! HAHAHAHAHA! BAGAIMANA KAU BOLEH HIDUP DENGAN SENANG DI SINI! KAU MEMANG TIADA PERASAAN LANGSUNG! KAU BUNUH KAWAN BAIK KAU SENDIRI! KAU BUNUH KAWAN LAMA ADIK KAU! APA KATA KAU BUNUH AKU PULA! MARILAH! MARILAH BUNUH AKU!" Kaizo memang geram, tangan dia betul-betul mahu bunuh Robin tetapi menahan dirinya daripada buat begitu. Dia bukan pembunuh, dia terpaksa membunuh mereka kerana mereka terlalu memaksa dirinya "Kau juga yang bunuh Ratu Lily, kau ingin menjadi seperti dia. Membunuh sesiapa sahaja tanpa rasa belas kasihan. Itulah sifat sebenar kau, tiada perasaan langsung. Kau sendiri juga yang selalu seksa adik kau, bagi dia latihan tempur, selalu memaksa dia tanpa rasa kasihan. Kau memang begitu sadis sekali, Kapten Kaizo. Apa kata kau tunjukkan diri kau yang sebenarnya, diri kau yang tiada belas kasihan, diri kau yang penuh dengan kesadisan" Robin ketawa macam orang gila. Kaizo cuba ingatkan dirinya, dia bukan orang jahat, dia bukan kapten jahat dan dia bukan abang yang jahat. Dia lihat adiknya yang sudah terbaring di atas jalan, dia perlu selamatkan adiknya
"Aku bukan pembunuh. Itu bukan diri aku yang sebenar" kata Kaizo lagi sekali dengan nada serius dia "Aku adalah penjaga galaxy dan juga penjaga sphera kuasa" Kaizo menghubungi Lahap untuk mengambil Robin dan penjara ke tempat yang jauh, jauh dari bumi dan jauh dari diri dia
"Kau boleh penjarakan aku balik tapi aku akan pasti kembali! dan lagi satu, aku cuma ada satu sahaja ubat untuk pulihkan adik kau atau salah seorang daripada rakan-rakan dia. Mana satu pilihan kau? HAHAHAHAHAHAHA!"
"MANA UBAT ITU!"
"Ubat itu? ada di dalam beg aku tapi kau sanggup ke melihat kawan-kawan adik kau mati? Kau sanggup hancurkan hati adik kau apabila dia dapat tahu yang kau tidak dapat menyelamatkan mereka" Kaizo sudah tidak tahan lagi dengan kata-kata Robin, dia berharap Lahap datang ke sini secepat mungkin "Kenapa? kau nak aku pergi dari sini secepat mungkin? hehehee..." Kapal angkasa Kaizo sudah pun tiba, dia cepat-cepat keluarkan ubat penawar itu dari beg Robin "KAU TAK KAN MENANG, KAPTEN KAIZO! LIHAT SAHAJALAH KESEDIHAN DI MATA ADIK KAU SENDIRI!"
"TAK, aku tak kan biarkan mereka mati!" Kaizo melihat sendiri Robin di bawah naik ke kapal angkasanya. Dia menghubungi Lahap sekali lagi
"Kenapa Kapten?"
"Pastikan dia jangan terlepas. Aku kena pergi selamatkan adik aku dan kawan-kawan dia juga"
"Baik Kapten" Kaizo menutup skrin kecil itu. Robin sudah pun di bawa masuk dan kapal angkasa itu bergerak ke atas untuk kembali ke angkasa lepas. Kazio melompat dan mendarat di atas jalan raya. Dia berlari dengan ubat penawar yang ada di dalam genggamannya. Dia melutut di tepi adiknya, dia merasa badan adiknya, sedikit sejuk. Dia tidak mempunyai masa yang banyak tetapi bagaimana yang lain? Adakah ubat ini dapat dibuat semula oleh seseorang? Mungkin Adudu? Tak, dia tidak mahu pergi markas kotak untuk meminta bantuan daripada alien kepala kotak itu. Mungkin Professor Falcon dapat membantu dia. Kaizo melihat botol kecil itu, ia memang hanya cukup untuk seorang sahaja
"Maafkan aku, adik" kata Kaizo "Aku terpaksa selamatkan adik" Kaizo peluk adiknya dan mata dia melihat kawan-kawan adiknya yang tidak sedarkan diri. Dia menahan dirinya daripada menangis. Dia lepaskan pelukan itu dan terus membelai muka adiknya "Maafkan abang" Kaizo membuka botol kecil itu dan membuka mulut adiknya. Lalu dia tuang kesemuanya ke dalam mulut adiknya. Fang terus sedarkan diri, dia terbatuk-batuk dan mata dia terbuka. Pendengaran dia juga turut pulih
"Abang? apa yang terjadi tadi?" Kaizo tidak berkata apa. Fang melihat abangnya dan dia melihat ketepi. Dia terkejut melihat kawan-kawan dia terbaring di atas jalan "BOBOIBOY! GOPAL! YAYA! YING!"
"Kenapa? apa yang terjadi, mana Robin? abang sudah kalahkan dia?" Kaizo hanya mengangguk sahaja "Abang bunuh dia ke?" Kaizo mengelengkan kepala "Jadi? apa letak dia dekat mana?"
"Abang suruh Lahap hantar dia ke tempat yang jauh dari sini tapi..." Kaizo berhenti sekejap "Abang dapat selamatkan adik seorang sahaja,"Maafkan, abang" Fang terus pandang abangnya "Maafkan abang! kerana abang hanya dapat selamatkan adik seorang sahaja" Fang pegang tangan abangnya
"Abang, adik yakin yang kita dapat selamatkan mereka" kata Fang kepada abangnya "Mungkin air yang lebihan hari itu dapat selamatkan mereka"
"Air Adudu bagi hari itu.. abang tidak yakin" Fang nampak kesedihan di mata abangnya
"Abang, kita perlu cuba" Fang bangun "Adik pergi ambik air itu. Abang jaga mereka.. nanti adik akan kembali" Fang berlari dari situ dan meninggalkan abangnya untuk menjaga kawan-kawan dia. Fang yakin, air itu dapat membantu, mungkin untuk seketika? tapi dia perlu cuba. Pasti ada jalan lain untuk selamatkan kawan-kawan dia. Kaizo bangun dan dia perlu alihkan mereka. Kaizo mengangkat sorang-sorang dan meletak mereka di tepi bahu jalan. Selepas itu menghubungi Professor Falcon untuk membantu dia
"Kaizo, kenapa menghubungi saya?"
"Saya perlukan bantuan" Lalu Kaizo ceritakan segala yang berlaku tadi. Professor Falcon mendengar begitu tekun sekali "Sekarang nyawa mereka semua di dalam bahaya, mereka perlu diselamatkan. Saya tidak benarkan mereka mati, mereka adalah kawan adik saya sendiri"
"Hmmm.. jangan risau, Kaizo. Saya pasti dapat membantu awak. Kamu tunggu, saya akan datang ke sana dengan segera" Kaizo menutup skrin itu. 2 minit kemudian, adiknya datang dengan air lebihan Adudu hari itu. Fang kelihatan begitu penat
"Abang, ini airnya" Kaizo mengambil air itu "Harap-harap, ia dapat membantu" kata Kaizo
"Jangan risau abang" kata Fang. Dia berikan sedikit senyuman kepada abangnya. Dia pergi menolong abangnya untuk menuangkan air itu di dalam mulut kawan-kawan dia tetapi tiada perubahan. Fang cuba kejutkan mereka semua tetapi tidak juga berjaya. Dia pegang tangan Boboiboy, tangan dia sudah menjadi sejuk. Racun itu sedikit lagi akan masuk ke dalam jantung Boboiboy. Fang dapat merasa jantung kawan dia semakin lemah, muka kawan-kawan dia semua sudah pucat
"Boboiboy, jangan tinggalkan aku" kata Fang secara pelahan "Kawan-kawan, jangan tinggalkan aku. Koranglah satu-satunya kawan aku" Kaizo nampak air mata adiknya mengalir. Dia peluk adiknya supaya dia tenang dan reda apabila tibanya nanti. Didalam hatinya, dia berharap sangat Professor Falcon akan muncul sekarang juga. Dia tidak mahu melihat adiknya sedih
"Abang"
"Kenapa Pang?"
"Adik tak nak kehilangan mereka" Kaizo boleh mendengar kesedihan di nada adiknya "Adik sayangkan mereka semua" Fang menangis idalam pelukan abangnya
"Maafkan abang" kata Kaizo "Abang juga tidak mahu mereka mati tetapi abang tiada pilihan. Abang hanya dapat selamatkan satu sahaja, abang selamatkan adik" Fang melepaskan pelukan dia
"Bukan salah abang, salah si Robin tu" kata Fang "Abang jangan salahkan diri sendiri, ini semuanya hanyalah permainan kotor dia sahaja"
"Tak, salah abang juga" Kaizo tunduk dan air matanya menitis "Salah abang kerana tidak selamatkan kawan baik abang sendiri, salah abang kerana tidak fikirkan tentang dia. Abang mengaku, abang selalu fikirkan tentang misi sampai terlupa tentang kawan baik abang sendiri, sampai abang terlupa yang kau adalah adik aku. Kalaulah masa boleh diputarkan balik, abang pasti dapat selamatkan dia dan semua ini tidak akan terjadi" Fang lap air mata abangnya
"Abang, semuanya sudah di takdirkan untuk berlaku. Apa yang sudah terjadi, janganlah dikenangkan balik abang" Fang peluk abangnya. Dia pejamkan matanya dan mengusap-usap belakang badan abangnya "Semuanya akan ok, abang" Fang membuka balik matanya, dia nampak seseorang sedang berjalan ke arah mereka. Orang tua itu tersenyum melihat Fang
"Abang, siapa orang itu?" Fang lepaskan pelukan dia dan Kaizo pusing kebelakang. Professor Falcon sudah datang untuk menyelamatkan kawan-kawan Fang
"Professor!"
"Kaizo! ini ke mereka?" kata Professor Falcon yang sedang berdiri di hadapan Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying
"Yea Professor" kata Kaizo "Kita kena pulihkan mereka semua" Professor Falcon hanya tersenyum sahaja. Dia membuka beg yang dia selalu bawa, dan keluarkan botol besar "Ini ke yang dapat hilangkan kesan racun itu?"
"Yea Kaizo, kita sudah tiada masa lagi. Mari tolong aku" Fang dan Kaizo menolong dia untuk menuangkan air tersebut di dalam mulut kawan-kawan Fang. Muka mereka sedikit demi sedikit kembali normal. Kesan racun di dalam badan mereka sudah mulai hilang "Jangan risau, kawan kamu semuanya sudah pulih" kata Professor Falcon
Boboiboy orang pertama untuk membuka matanya "Apa yang terjadi? eh, suara aku sudah kembali" Boboiboy bangun dan nampak Fang sedang menangis tersenyum melihat dia "Kenapa kau menangis?"
"Aku menangis sebab kau selamatlah! Kenapa? tak boleh ke aku menangis" Tiba-tiba sahaja Fang kembali kepada diri dia "Sudahlah, malas aku nak menangis lagi tengok korang hampir mati" terus dia kena ketuk dengan abang dia
"KAU NI! TAK BERSYUKUR LANGSUNG! aku sudah selamatkan kawan-kawan kau, tiada pula kau nak menangis-nangis depan dia orang"
"Buat apa, buat malu adik sahaja nanti" terus Fang silang tangannya
"Kalau macam itu, lepas ni abang selamatkan kawan kau sahaja" kata Kaizo dengan nada garang dia "Kau pula, abang biarkan mati sahaja. Duduklah kau dalam kotak peti sejuk, abang jadikan pameran dekat rumah nanti"
"Boleh pula macam itu" kata Boboiboy sambil menepuk dahinya
"Ala, oklah tu si Fang duduk diam dalam peti sejuk. Takdelah orang yang nak mengamuk tak tentu pasal"
"Kau nie Gopal, suka pula kau tengok Fang duduk dalam peti sejuk" marah Yaya
"Yolah, apa punya kawan.." Ying pula marah
"Dey! janganlah marah aku, marah si rambut landak ni! dia yang mulakan dulu" kata Gopal. Fang hanya diam sahaja, dia malas nak melayan karenah kawan-kawan dia dan abang dia "Kita yang sudah terselamat ni, dia bukannya nak beremosi ke, nak peluk kita orang ke, nak menangis ke..." Fang tutup telinga dia, terus dia beredar dari situ
"LALALAALALAAA! AKU MALAS NAK DENGAR!" menjerit Fang
"Apalah si Fang ni, tak faham aku" kata Boboiboy. Mereka semua tergelak kecuali Kaizo. Dia rasa macam nak piat sahaja telinga adiknya. Balik nanti, aku akan hukum dia, kata dihati Kaizo. Semuanya sudah kembali normal, dia berharap tiada lagi musuh baru timbul
--------------------------------------
Kesokannya, Gopal mengeluh lagi tentang kertas terakhir ujian tadi. Fang rasa macam nak sahaja dia sepak kawan dia tetapi dia menahan dirinya kerana Rizu ada disebelah dia sambil makan kerepek pisang. Dia melihat sahaja Gopal dengan muka sedih
"Kau tak ulangkaji ke semalam?" tanya Fang
"Aku ulangkaji semalam tapi jiran sebelah bising pula. Dia orang berkaraoke sambil pukul 12 malam" kata Gopal dengan nada sedih dia
"Kasihan abang Gopal" Rizu berikan sedikit kerepek pisang kepada Gopal untuk ceriakan hatinya "Abang Gopal boleh ambil sedikit sahaja"
"Cheh, ingatkan boleh ambik banyak tadi" Gopal buat-buat senyum dekat Rizu. Kalau dia buat jahat dekat Rizu, mesti Fang akan belasah dia, jadi dia terpaksa senyum sahaja
"Cuti ni kita semua nak buat apa yea?" muncul pula Boboiboy dengan kerepek pisang. Gopal rasa hairan, dari mana kawan baik dia dapat kerepek pisang? fikir Gopal. Dia pusing kebelakang dan dapati Yaya dan Ying juga tengah makan kerepek pisang
"Cuti ni kita buat macam-macam lah" kata Fang "Aku nak rehat dekat rumah sebelum sekolah bermula balik tapi mesti abang aku buli aku. Dia tu mana pernah nak bagi aku berehat, asyik dengan latihan tempur dia sahaja" Fang pula keluar sebungku kerepek pisang dari beg sekolahnya. Gopal rasa nak menjerit kerana kerepek pisang itu adalah makanan kegemaran dia
"Kau tak boleh pujuk ke abang kau tue?" Boboiboy mengambil satu kerepek pisang dari bungkusannya dan dia terus gigit kerepek itu. Bunyi keranggupan kerepek itu membuat Gopal terliur
"Abang aku mana boleh dipujuk. Asal aku pujuk aje, mesti kena buli" kata Fang
"Mana korang dapat kerepek pisang ni?" tanya Gopal sambil melihat kerepek pisang di tangan Boboiboy
"Oh, Rizu yang bagi tadi" kata Boboiboy "Dia kata, dia ada lima bungkus sahaja"
"Untuk abang Gopal takde lah nie?" Rizu hanya gelengkan kepalanya "Sampai hati Rizu tak tinggalkan satu untuk abang Gopal" Gopal mengelap matanya yang tidak keluar air mata pun "Siapalah abang Gopal ni, selalu kena gigit dengan Rizu. Selalu di panggil abang jahat oleh Rizu" Rizu buat-buat tidak layan dengan drama Gopal, dia hanya berborak mesra dengan Fang
"Hehehe.. kasihan kau Gopal" tergelak Boboiboy "Aku kongsilah dengan kau. Kau jangan nak berdrama lagi lepas ni"
"Terima kasih Boboiboy! kau lah kawan terbaik aku!" Dia peluk Boboiboy sampai membuatkan kerepek pisang itu tercampak dari tangan Boboiboy dan terus masuk ke dalam longkang. Mata mereka terkebil-kebil menyaksikan kejadian tadi. Lalu Gopal lepaskan pelukan dia dan tersengih sahaja kepada Boboiboy "Heehehee.. aku balik dulu!" Gopal lari dari situ
"GOPALLL! GANTI BALIK KEREPEK PISANG AKU!" Boboiboy mengejar kawan baik dia. Fang dan Rizu tergelak melihat Gopal lari lintang pukang seperti dia kena kejar dengan hantu
"Kasihan abang Gopal, nasib malang betul"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top