Aku Adik, Kau Abang

Kaizo baru sahaja pulang dari kapal angkasa dia. Hari ini dia membawa pulang sebuah batu kecil yang dia jumpa di kapal angkasa, dia ingin memberikan batu misteri itu kepada adiknya, Fang. Dia tahu setiap pemberian olehnya, Fang akan menjaga dengan baik. Dia tahu adiknya akan menghargai apa sahaja yang diberi olehnya. Kaizo membuka pintu biliknya dan dapati Fang sedang tekun membuat kerja sekolah.

"Abang baru pulang?"

"Yea Pang. Banyak lagi kerja sekolah kamu?" tanya Kaizo. "Tinggal sedikit lagi abang. Abang kalau nak tidur, tidurlah dulu. Nanti adik dah habis buat kerja sekolah, adik masuklah tidur" Kaizo masuk sebentar ke dalam bilik adiknya dan letakan batu misteri di atas meja Fang. "Batu apa nie abang?" Fang meletak pensilnya dan lalu mengangkat batu tersebut. Dia membelek-belek batu itu. Batu misteri itu seperti sebuah crystal yang berwarna warni. "Abang jumpa dekat dalam kapal angkasa tadi, abang nak bagi kamu. Jaga batu tue elok-elok"

"Terima kasih abang" Fang tersenyum melihat batu itu. Warna dan bentuk dia begitu unik sekali. Dia meletakkan batu itu di sebelah sebuah bingkai gambar. Di dalam bingkai gambar itu terdapat gambar dia dan abangnya sedang gelak ketawa di depan menara KLCC. Kaizo tinggalkan adiknya yang sedang sambung membuat kerja sekolahnya. Sebelum dia keluar, dia mengucapkan selamat malam kepada adiknya dan cium kepala adiknya

Sewaktu mereka sedang nyenyak tidur, batu misteri itu tiba-tiba sahaja bersinar. Sinaran cahaya itu menyebabkan Fang dan Kaizo tertukar badan. Fang masuk ke dalam badan abangnya, manakala Kaizo masuk ke dalam badan adiknya. Mereka tidak sedar bahawa badan mereka sudah tertukar sampailah Kaizo mengejut adiknya.

"PANGGG! BANGUNNN!" Fang membuka matanya dan nampak dirinya di depan dia. Fang terkejut. "ARGHHHH! siapa kau?! Kenapa kau seperti aku?" Menjerit Fang di dalam bilik abangnya. Jangan-jangan ini cuma mimpi sahaja, mimpi Rizu seperti dia lagi, fikir Fang

"Ini abanglah! Badan kita sudah bertukar" Fang merasa-rasa badan dia sendiri. Mata dia bulat besar, dia berada di dalam badan abang dia. "Ta-tapi.. macam mana boleh terjadi?" Fang melihat diri dia sedang berfikir dengan begitu serius. "Abang tak pasti tapi aku kena pergi ke kapal angkasa untuk siasat tentang ini"

"Tapi adik kena pergi sekolah. Biarkan adik sahaja yang pergi siasat, abang pergi ke sekolah" Kaizo fikirkan dia pergi ke sekolah. Fang juga fikirkan benda yang sama tetapi dia bayangkan abang dia berada di sekolah, mesti abang dia buat sesuatu yang dia tak dapat nak dibayangkan. Fang tergelak kecil, lalu dia kena jentik di hidung. "Abang tak rasa ke Adudu punya kerja?" tiba-tiba sahaja Fang terfikirkan tentang Adudu. Sebelum ini Adudu pernah buat macam-macam dekat dia dan abang dia untuk menghapuskan mereka berdua tapi semuanya gagal, tiada satu pun yang berjaya.

"Tak, abang tak rasa ini kerja dia"

"Habis tue, ini kerja siapa?"

"Kan abang dah cakap tadi, abang kena siasat dekat kapal angkasa!"

"Abang kena pergi ke sekolah! biar adik sahaja yang pergi siasat!"

"Nanti kau jahanamkan kapal angkasa abang!"

"Mana ada adik jahanamkan kapal angkasa abang, Lahap boleh sahaja bantu adik. Entah-entah, abang takut nak pergi sekolah kot" Kaizo memberikan jelingan tajam ke arah adik dia.

"SUDAHHH! PERGI MANDI CEPAT!" Dalam hati Fang, dia tergelak kecil kerana abang dia kalah dalam pergaduhan kali ini

------------------------------------------------------

Kaizo berdiri di hadapan pintu dengan beg sekolah adiknya. Dia terpaksa pergi ke sekolah juga, dia tidak mahu adiknya tidak hadir ke sekolah semata-mata ingin siasat kenapa badan mereka bertukar. Kaizo menghela nafas. "Nah abang! adik sediakan bekalan makanan untuk abang" muncul Fang dengan sebuah termos makanan, di dalam termos itu terdapat sup lobak merah, makanan kegemaran abangnya.

Fang rasa agak janggal berada di dalam badan abang dia tapi dia suka kerana dia tidak perlu ke sekolah. Fang tersenyum sorang-sorang di situ sampailah kaki dia terkena tendangan dari abangnya. "ABANGGGGG!"

"Yang kau senyum sorang-sorang buat apa. Ingat abang tak tahu apa adik sedang fikirkan" Fang tersengih kepada abang dia

"Sudah! jangan nak tersengih dekat muka abang tue. Memalukan sungguh!" kata Kaizo. Fang buat muka masam. Cis, tak guna punya abang, fikir Fang. Dia baru sahaja perasan bahawa diri dia tidak memakai cermin mata. "Abang, mana cermin mata adik?"

"Abang tak pakai sebab abang rasa tak selesa, jadi abang guna contact lens sahaja. Mata kau memang rabun sangat! badan pun lemah! kau nie betul-betul lembik" Kaizo memakai kasut sekolah adiknya dan ambik termos dari tangan adiknya "Kau jangan nak main-main, siasat dekat kapal angkasa! selagi tak dapat jawapan, selagi tue kau jangan kembali ke bumi!" kata Kaizo "sebelum tue, berikan jam kuasa abang dan pedang abang"

"Tapi... "

"TAPI APA! BAGI CEPAT! nanti kau salah guna jam kuasa abang" Fang menghela nafas dan lalu membuka jam kuasa abangnya dan juga pedangnya. Dia berikan jam kuasa dan pedang itu kepada abangnya. "Jam kuasa adik?" Kaizo membuka jam kuasa adiknya dan berikan kepada dia "Abang pergi dulu"

Di dalam hati Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia tidak sangka dia di dalam badan abang dia, dia seperti sudah dewasa tetapi dia tak dapat menggunakan kuasa abang dia. Dia ingin merasa bagaimana guna pedang tenaga abang dia. Tentu hebat kalau dia dapat gunakan, fikir Fang. Sebelum dia berangkat ke kapal angkasa, dia perlu kemaskan dapur terlebih dahulu. Utamakan kebersihan terlebih dahulu

Kaizo rasa agak gementar untuk jejak kaki ke sekolah. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Apa adik aku selalu buat bila dah sampai sekolah nanti, fikir Kaizo. Dia selalu dengar adik dia akan kemaskan kelas pada awal-awal pagi. Dia asyik berfikir sampai tidak sedar dua rakan adiknya berada di sebelah dia. "Selamat pagi Fang!" kata Boboiboy

Kaizo tidak mendengar panggilan itu "Fang?" Boboiboy rasa hairan dengan Fang hari ini, kenapa Fang tidak memakai cermin mata? dan selalunya dia akan sahut panggilan dia

"Biar aku cuba. SELAMAT PAGI FANG!" menjerit Gopal di telinga Kaizo. Dia terkejut dan lalu dia menggunakan kuasa dia "TOLAKAN TENAGA!" Gopal terpelanting teramat jauh sekali.

"Fa-Fang?" Boboiboy rasa takut pula dengan Fang. Tapi kenapa dia guna jam kuasa abang dia? fikir Boboiboy "Fang? kenapa dengan kau hari ini? mana cermin mata kau? mana jam kuasa kau?" Boboiboy melihat muka kawan dia yang begitu serius sekali

"Kau nie banyak sangat soal! Ini bukan Pang" jawab Kaizo

"Eh, kalau kau bukan Fang... INI KAPTEN KAIZO KE?!" Boboiboy terkejut. Macam mana abang Kaizo boleh jadi Fang pula nie? fikir Boboiboy. Pening kepala Boboiboy, hari itu dah si Rizu tiru gaya Fang, kali ini abang Kaizo pula yang jadi Fang "Aduh, pening kepala aku"

"Dey! yang kau pergi serang aku apasal!" muncul Gopal di depan Kaizo

"Wei, wei, itu bukan Fang. Itu Kapten Kaizo" bisik Boboiboy kepada Gopal "Ka-ka-kapten KAIZO!" terkejut Gopal "Tapi.. kenapa muka dia macam Fang?" Gopal mengusik-usik muka Kaizo. Kaizo bertahan sahaja, dia tahan kesabaran dia, lama kelamaan dia hilang sabar "SUDAH! aku tak mahu lewat ke sekolah!" Gopal rasa takut sangat dengan suara Fang yang begitu garang sekali, dia sorok di belakang Boboiboy dan lalu mengigil kerana ketakutan. Sepanjang perjalanan mereka ke sekolah, Boboiboy dan Gopal hanya senyap sahaja. Gopal pula jalan jarak jauh daripada Kaizo, dia takut kena marah lagi. Kaizo berjalan sambil genggamkan tangan kanannya, muka dia begitu serius, orang lain tengok dia pun rasa takut, seperti ketua geng budak-budak samseng

Sampai sahaja di sekolah, Kaizo sudah tidak tahu ke mana dia harus pergi. "Mana kelas adik aku?" tanya Kaizo kepada 2 orang kawan adiknya. "Kelas dia dekat 6 Jaya, tingkat atas sekali, bersebelahan dengan tangga sekolah. Abang Kaizo ambik tangga sebelah kiri" kata Boboiboy sambil menunjuk tangga yang berada di sebelah kiri, berdekatan dengan kantin sekolah

"Terima kasih" kata Kaizo "Satu lagi.. jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Kalau nak bagitahu pun, bagitahu 2 orang kawan perempuan kamu tue"

"Ba-baik abang Kaizo... lupa pula.. Fang sebenarnya ketua kelas" kata Boboiboy

"Ketua kelas yea" Kaizo mulai fikirkan sesuatu. Sebagai ketua kelas, bolehlah dia mengarahkan pelajar-pelajar kelas 6 Jaya buat semua kerja dia. Kalau mereka mengingkari kata dia, pedang tenaga akan menjadi makanan mereka semua. Kaizo tersenyum sinis sambil melihat sekolah adiknya. Boboiboy dan Gopal nampak senyuman itu, mereka berdua menelan ludah. "Apa Kapten Kaizo nak buat nanti. Habislah kelas 6 Jahanam nanti" bisik Gopal

"Jangan fikir yang bukan-bukanlah Gopal"

"Dey! Kapten Kaizo tue kan kapten. Kau tak ingat ke, dia tue kan kapten gila"

"APA YANG KAU MEREPEK NIE! KAU CAKAP AKU KAPTEN GILA!" Kaizo muncul di depan Gopal, tangan dia sudah siap bersedia untuk keluarkan pedang tenaga dia. Pelajar-pelajar yang lain ada di situ, terkejut melihat Fang menjerit. "kapten gila?" mereka semua bisik sesama sendiri. Ada yang jatuh hati dekat Fang kerana dia tidak memakai cermin mata pada hari ini. Mereka cukup teruja sekali tetapi tidak berani dekati dia kerana muka Fang nampak begitu garang dan serius sekali.

"Ta-tak.. saya bergurau sahaja. Kami masuk ke kelas dulu" kata Gopal sambil menarik tangan Boboiboy. Gopal pegang tangan Boboiboy sambil berlari ke kelas mereka. Kaizo pula, masih lagi di halaman kawasan sekolah. Dia ikut sahaja arahan dari Boboiboy tadi. Dia naik tangga dan pergi ke tingkat atas sekali, setelah sampai, dia belok ke kanan dan jumpa kelas 6 Jaya. "Ini ke kelas adik aku" kata Kaizo sambil melihat kelas adiknya. Kelas itu tidaklah sebising mana seperti kelas yang lain. Dia nampak beberapa pelajar sedang mengulangkaji, ada juga yang berborak secara senyap.

"Selamat pagi Fang!" muncul Yaya dan Ying

"Selamat pagi" dia tidak memandang kawan perempuan adiknya. Dia cuma memerhatikan kelas adiknya sahaja "Kenapa Fang tak masuk ke kelas?" tanya Yaya. Tanpa menjawab soalan Yaya, lalu dia masuk dan mencari tempat duduk adiknya. "Kenapa dengan si Fang tue, langsung tak pandang kita orang" Ying berasa hairan dengan sikap Fang, mereka nampak Fang sedang mencari-cari tempat duduk dia. Kaizo pandang ke arah Yaya dan Ying untuk meminta bantuan mereka, lalu mereka berdua tunjuk kan meja di belakang sekali, bersebelahan dengan tingkap. Kaizo mengambil tempat duduk biasanya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.

"Ha ah, pelik aku tengok si Fang. Macam mana dia boleh lupa tempat duduk dia sendiri" kata Yaya

"Jomlah, nanti kita lambat pula" kata Ying. Mereka berdua terus ke kelas mereka. Sedang asyik dia memandang ke luar tingkap, datang seseorang di meja dia. "Wei Fang, bukan ke kau pagi-pagi rajin kemaskan kelas. Kenapa kau tak kemas hari nie?" Kaizo menoleh sedikit dan nampak seorang budak lelaki yang tidaklah tinggi mana tapi perasan dialah paling berkuasa di dalam kelas tersebut. Kaizo bangun dan merenung tajam ke arah mata pelajar itu. Lalu dia berikan senyuman sinis dia "Kau ingat kau dapat mengarah aku sesuka hati" kata Kaizo dengan nada sinis dia "Aku sebagai ketua kelas, aku nak kau dan rakan-rakan kau bersihkan kelas ini"

"Kalau aku tak nak, apa kau nak buat"

Kaizo tergelak sedikit "Kalau kau tak nak buat, aku akan berikan kau hukuman" tangan Kaizo sudah berada di pedang tenaga dia. Dia cuma tunggu masa sahaja untuk menggunakan kuasa dia. Renungan tajam Kaizo menjadi lebih menakutkan, akhirnya budak lelaki itu mengalah "Bagus, bagus" Kaizo tepuk tangan dan melihat pelajar-pelajar di dalam kelas 6 Jaya

"Kau! pergi sapu sampah. Kau pula, pergi susun meja. KAMU! JANGAN CUBA NAK LARI DARI KELAS! PERGI BERSIHKAN TINGKAP KELAS!" Suara garang Kaizo menyebabkan tiada siapa yang berani membantah arahan dia. Mereka semua membuat kerja dengan tekun sekali kerana Kaizo memeriksa setiap sudut kelas. Pelajar-pelajar kelas 6 Jaya berasa sungguh hairan dengan sikap Fang hari ini. Tidak pernah pula Fang menyuruh mereka bersihkan kelas, selalunya dia sorang sahaja yang akan buat dan Fang tidak segarang itu. Kalau pemarah adalah tetapi garang macam singa, tidak pula.

"Apa yang kau sedang tengok! PERGI BERSIHKAN PAPAN PUTIH!" cepat-cepat pelajar itu padam kesan conteng di papan putih. Setiap pelajar 6 Jaya pastikan semuanya bersih dan kemas, tiada satu habuk pun yang kelihatan. Mereka tidak mahu mendengar suara garang Fang lagi. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying mengintai kelas 6 Jaya, mereka tidak percaya bahawa Kaizo dapat mengarah kesemua pelajar 6 Jaya membuat kerja. Boboiboy dan Gopal baru sahaja memberitahu Yaya dan Ying bahawa itu bukan Fang yang sebenar tetapi itu adalah Kaizo yang terperangkap di dalam badan adiknya.

"Dasyat betul Kapten Kaizo. Kan aku dah cakap tadi, kapten Kaizo tue kan gila" kata Gopal

"Wei, dia bukan gila lah! tapi begitu mudah sekali dia boleh suruh dia orang buat kerja" kata Ying pula

"Kapten Kaizo kan garang, baguslah dia orang buat kerja daripada mengharapkan Fang sorang sahaja" kata Yaya

"Hehehehe... terbaik" kata Boboiboy

Loceng sekolah sudah berbunyi, mereka berempat cepat-cepat masuk ke kelas. Kaizo pula sudah berpuas hati dengan kelas yang begitu bersih sekali. "Hehehe... bagus bagus. Jikalau korang bersepahkan kelas lagi, aku akan menghukum kamu semua"

------------------------------------------------------------

Waktu rehat sudah bermula, Kaizo adalah pelajar terakhir yang keluar dari kelas. Dia ingin pastikan bahawa kelas dalam keadaan bersih, kalau tidak, dia akan heret kesemua pelajar-pelajar 6 Jaya untuk bersihkan kelas. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah menunggu Kaizo di hadapan pintu kelas 6 Jaya. "Kenapa kamu semua tidak pergi berehat?" tanya Kaizo

"Kami sedang menunggu Kapten Kaizo lah, nak pergi berehat sama-sama dengan Kapten Kaizo" kata Yaya. Kaizo tidak membantah dan ikut sahaja rakan-rakan adiknya ke kantin sekolah. Mereka mengambil tempat duduk biasa mereka. Kaizo membuka termos yang di berikan oleh adiknya pagi tadi. "Sup lobak merah" Kaizo tersenyum sambil mengambil bau sup itu

"Itu Fang yang sediakan ke?" tanya Boboiboy

"Yea, adik aku yang sediakan" Kaizo menghirup sup itu dan menikmati kelazatan sup tersebut. Kaizo rasa sungguh bahagia sekali dengan sup tersebut. Sedang dia menikmati sup lobak merah, dia ternampak diri dia memanggil dia di belakang sebuah pokok. Kaizo menutup termos itu dan pergi ke arah diri dia. "Kenapa kau ada dekat sini? Kenapa kau tak datang sahaja ke kantin sekolah"

"Maaf abang. Adik terlupa pula" Mereka berdua keluar dari belakang pokok dan terus ke kantin sekolah. Pelajar-pelajar perempuan menjerit kerana kehadiran Kaizo. Mereka terdengar perbualan pelajar-pelajar perempuan tersebut

"Kacaknya abang Kaizo" kata salah seorang pelajar perempuan

"Abang kacak, adik dia pula comel. Dahlah tak pakai cermin mata hari ini" kata seorang lagi pelajar perempuan

"Kalaulah aku dapat keluar dating dengan salah seorang daripada mereka, mesti aku akan rasa bangga"

"Kau jangan nak ambik abang Kaizo, dia aku yang punya" berebut-rebutlah pelajar perempuan di situ, masing-masing nak kan Kaizo tetapi Kaizo pedulikan mereka semua

Fang rasa ingin sahaja menyorok muka dia tetapi dia buat-buat cool sahaja. Dia tidak boleh tersengih, kalau tidak nanti dia kena marah dengan abang dia, jadi dia hanya bermasam muka tetapi masih lagi nampak bergaya. Setelah sampai di kantin sekolah, Fang berasa lega kerana dapat berjumpa kawan-kawan dia. Dia mengambil tempat di sebelah Boboiboy

"Fang?"

"Kau nak apa Boboiboy" kata Fang di dalam suara Kaizo. Boboiboy rasa lega dapat mendengar nada percakapan Fang. "Macam mana korang boleh tertukar?" tanya Boboiboy

"Tadi aku pergi ke kapal angkasa abang aku. Aku dengan Lahap siasat macam mana boleh tertukar, rupanya batu yang abang bagi semalam tue menyebabkan kita orang berdua tertukar badan" kata Fang

"Jadi, bila kita boleh bertukar balik?" kata Kaizo yang tidak sabar untuk kembali ke badan dia

"Mengikut data yang Lahap dapat, kita akan bertukar balik selepas sahaja tamat tempoh 24 jam, jadi esok kita dapat kembali balik ke badan masing-masing. Abang kena bawa batu tue jauh daripada kita orang, kalau tidak, ia akan menjadi seperti ini lagi" kata Fang sambil memberi sehelai kertas kepada abangnya. Dia takut abang dia tak percaya pula kalau tiada bahan bukti, jadi dia minta tolong dari Lahap buatkan salinan kertas untuk abang dia. "Bagus Pang. Abang bangga dengan kau, Pang" kata Kaizo sambil membaca data-data di kertas itu

"Apa abang buat dekat kelas tadi?" tanya Fang

"Apa abang buat? cikgu kau bagi soalan begitu senang, semuanya soalan yang senang-senang. Tak mencabar langsung! Macam mana kamu nak jadi pandai kalau soalan begitu senang sekali" kata Kaizo "Jadi aku suruh cikgu kau berikan soalan yang lebih mencabar. Kelas kau esok akan mengadakan sesi ujian matematik, bahasa english, sains dan juga bahasa melayu. Abang yang paksa cikgu kau adakan ujian esok"

Fang menelan ludah kerana abang dia buat begitu sekali, paksa cikgu-cikgu dia adakan ujian esok. "Aduh abang nie" Fang menghantuk-hantuk kepalanya di meja kantin sekolah "PANG! KENAPA KAU HANTUKKAN KEPALA ABANG DEKAT MEJA!" Pelajar-pelajar di kantin terkejut dengan suara garang Fang. Ada yang menjadi ketakutan, ada yang mengigil, dan ada juga jatuh hati dengan suara garang Fang tapi tiada siapa perasan panggilan Pang itu

"Ma-maaf abang" kata Fang "Aku balik rumah dulu" Fang bangun dari bangku sekolah, tapi sebelum dia pergi, dia bisik kepada Boboiboy "Wei, tolong tengok-tengok kan abang aku, takut dia buat hal pula"

"Ok!" kata Boboiboy

"Apa yang kau sedang bisikan itu!" terus Fang lari setelah mendengar suara garang dia sendiri. Macam itu suara garang aku, fikir Fang

"Oh yea, Kapten Kaizo. Sebelum balik nanti, Kapten Kaizo kena tolong saya. Fang adalah penolong ketua kebersihan sekolah, jadi Kapten Kaizo dan saya kena periksa semua kelas bersih atau tidak" kata Yaya

"Oh begitu. Baiklah, nanti aku akan tolong kau" Kaizo tersenyum sahaja. Senyuman itu membuatkan Kaizo ada idea yang bagus untuk pastikan semua kelas nampak bersih dan kemas. Boboiboy dan Gopal tidak pasti apa yang Kapten Kaizo sedang fikirkan. Mereka berharap jangan dia hukum satu sekolah kalau kelas tak bersih.

---------------------------------------------------------------------

Sudah tibanya waktu terakhir kelas sebelum mereka pulang ke rumah. Kelas terakhir 6 Jaya adalah kelas sukan, kebetulan jadual waktu kelas Boboiboy dan Gopal juga adalah kelas sukan, sama seperti kelas 6 Jaya. Cikgu sukan mereka mengadakan pertandingan perlawanan di antara kelas 6 Jaya dan 6 Jujur. Pertandingan tersebut adalah, pertandingan bola keranjang. Kaizo tak sabar hendak berlawan dengan kelas 6 Jujur. Ramai pelajar berkumpul di gelanggang bola keranjang untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang tersebut.

"Ingat semua, ini hanyalah kelas sukan sahaja. Perlawanan persahabatan antara kelas sahaja dan jangan main kasar" kata cikgu sukan mereka. Kaizo pedulik apa main kasar atau tidak, janji dia akan menang. Dia akan tunjukkan kehebatan dia dalam bola keranjang. Sebagai Kapten, dia akan bekerjasama dengan ahli-ahli pasukannya untuk kalahkan pihak lawannya iaitu kelas 6 Jujur. Boboiboy dan Gopal nampak pandangan Kaizo begitu sadis sekali.

"Habislah kita, Boboiboy. Tentu kita kena belasah nanti"

"Jangan risaulah Gopal, aku yakin kita dapatkan kalahkan dia orang"

Perlawanan mereka begitu sengit sekali tetapi semua mata pandang ke arah Kaizo. Dia dengan kepantasannya, kecekapannya, dan kelajuaannya melantun-lantun bola tersebut. Dia dapat mengelakkan diri daripada pihak lawan mengambil bola dari tangan dia. Kaizo melantun-lantun bola itu dan berlari laju ke arah tiang gol bola keranjang dan lalu dia melompat dan baling bola itu masuk ke dalam jaringan gol tersebut. Dia tidak akan bagi peluang langsung kepada pihak lawannya. Tiada siapa dapat menghalang dia. Kaizo begitu laju sekali, dia baling bola itu kepada rakan sekelas adiknya. Mereka main begitu laju sampai kelas 6 Jujur tidak dapat mengejar mereka semua. Dari satu jaringan ke satu jaringan, menyebabkan markah kelas 6 Jujur ketinggalan jauh sekali.

Pelajar-pelajar perempuan menjerit keseronokan. "Adik dan abang, sama sahaja. Dua-dua pandai main bola keranjang" kata Gopal kepada Boboiboy. Tiba-tiba sahaja Kaizo terlanggar seorang pelajar 6 Jujur iaitu Ammar Deep. Boboiboy dan Gopal terdengar ketawa besar dari Kaizo "HAHAHAHAAAA! BANGUN DAN HADAPI AKU!" Ammar Deep berasa takut dengan suara garang Fang. Dia menjadi takut kepada Fang dan terus duduk di tepi gelanggang bola keranjang. Salah seorang pelajar dari kelas 6 Jujur terpaksa mengantikan tempat Ammar Deep. Perlawanan mereka di teruskan

"Aduh, abang Kaizo ingat nie latihan tempur ke" Boboiboy menepuk dahinya

Cikgu bola keranjang yang ada di situ, dia cukup kagum dengan teknik-teknik yang digunakan oleh Fang. Fang memang bagus dalam bola keranjang tetapi dia tidak pernah nampak dia bermain sebagus ini. Selepas sahaja tamat permainan bola keranjang (Kelas 6 Jaya yang menang) dia memanggil Fang. "Kapten Kaizo, ada cikgu panggil kapten" kata Boboiboy kepada Kaizo. Kaizo pada masa itu sedang minum air di botol airnya.

Kaizo pergi ke arah cikgu itu. "Saya kagum dengan permainan awak tadi. Awak cukup bagus memberi arahan kepada pasukan awak dan juga kerjasama awak dengan mereka memang terbaik. Jadi cikgu ingin mengambil kamu sebagai ketua pasukan bola keranjang" Kaizo begitu gembira sekali. Dia menjadi ketua pasukan bola keranjang. Hati dia melonjat-lonjat kerana terlampau gembira. Ketua kelas, ketua kebersihan sekolah (bila masa pula?) dan sekarang ketua bola keranjang. Kalau dia menjadi ketua di dalam semua klub-klub yang ada dekat sekolah ini, dia akan bermaharajalela di sekolah ini. "HAHAHAHAHAHA!" Kaizo tergelak besar di situ. Takut cikgu bola keranjang melihat anak muridnya, lalu dia tinggalkan anak murid dia yang sedang ketawa besar itu.

"Abang Kaizo ok ke?" tanya Boboiboy. Dia berasa risau pula melihat Kaizo begitu. "Aku ok sahaja. Aku ada satu lagi perkara untuk selesaikan" Kaizo tinggalkan Boboiboy dan mengambil beg sekolahnya dan terus ke bilik guru. Dia pergi ke microphone yang ada di bilik guru dan lalu membuat satu pengumuman "Aku sebagai ketua kebersihan sekolah kamu"

Pensil Yaya terpatah kerana mendengar pengumuman itu "Bila masa pula Kapten Kaizo ketua kebersihan sekolah" kata Yaya yang berada di dalam kelasnya

"Aku akan periksa kesemua kelas kamu, jikalau kelas kamu didapati tidak bersih, aku tidak akan benarkan kamu semua pulang dan aku akan menghukum kamu semua! Aku akan kunci pagar sekolah! FAHAM!"

Pelajar-pelajar di semua kelas terus bersihkan kelas masing-masing, mereka semua terburu-buru bersihkan kelas. Yaya pula menepuk dahinya "Habislah satu sekolah"

"Aduh, abang Kaizo dah jadi gila rupanya" kata Boboiboy yang berada di tepi gelanggang bola keranjang

"Kan aku dah cakap tadi, Kapten Kaizo tue gila" kata Gopal

"Gila kuasa"

Pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis membuat spekulasi bahawa Fang yang tidak memakai cermin mata, dia akan menjadi garang. Jikalau Fang memakai cermin mata dia, dia akan kembali normal, bukan Fang yang garang tetapi Fang yang suka marah orang. Mereka semua berharap Fang akan memakai cermin mata dia esok, mereka tidak rela dengan Fang yang garang macam nak makan orang

-----------------------------------------------------------

Semasa makan malam, Fang bertanya kepada abangnya tentang hari persekolahan dia.

"Macam mana dengan sekolah tadi abang? Seronok?"

"Seronok? HAHAHAHAHAHAAA! Abang suka dengan sekolah kau, Pang. Abang nak ucapkan syabas kerana kau telah menjadi ketua pasukan bola keranjang" terkejut besar Fang, sampai mulut dia ternganga besar

Betul ke apa yang dia dengar? Aku menjadi ketua pasukan bola keranjang? fikir Fang "Macam mana adik dapat jadi ketua pasukan pulak?" tanya Fang lagi

"Banyak sangat tanya kau nie! Kau sepatutnya bersyukur dengan abang sebab kau sudah menjadi ketua pasukan bola keranjang. Sudah! abang nak pergi rehatkan diri, kau pergi belajar dan siapkan kerja sekolah kau" Kaizo bangun dari meja makan dan keluar dari dapur. Dia masuk ke bilik dia untuk berehat kerana dia terlampau banyak sangat buat kerja dekat sekolah

Fang sudah hilang selera makan. Dia takut abang dia buat hal lagi dekat sekolah tadi. Jadi Fang menghubungi Boboiboy untuk mengetahui apa abang dia buat dekat sekolah

"Kalau kau nak tahu, abang kau tadi kejar satu kelas nie sebab kelas dia orang tidak begitu bersih. Habis dia pergi kenakan dia orang dengan pedang tenaga dia" Fang menepuk dahinya

"Aduh, aku kena minta maaf dekat dia orang nie" Fang meletak dahi kepala dia dekat meja makan

"Bukan dekat dia orang sahaja, dekat Yaya pun kau kena minta maaf sebab abang kau ambik jawatan ketua kebersihan sekolah dia. Cikgu kebersihan dah bagi jawatan tue dekat abang kau, jadi Yaya sebagai penolong ketua kebersihan" Fang menghantuk-hantuk dahi dia di meja makan "Ada apa-apa lagi tak Boboiboy?"

"Itu sahaja, kau ok tak Fang?"

"Aku? entahlah, aku rasa macam tak nak pergi sekolah sahaja esok"

"Jangan risaulah Fang, tentu dia orang ok dengan kau"

"Ok apa! Rosak imej aku Boboiboy! Aku yang pemarah nie terus bertukar menjadi singa garang, itu bukan aku. Sudahlah, aku nak pergi kemaskan meja, jumpa esok Boboiboy"

"Jumpa esok Fang" Fang menutup skrin kecilnya itu. Dia menghela nafas dan terus kemaskan dapur

Pada malam itu, sedang Fang dan Kaizo nyenyak tidur, batu misteri itu bersinar lagi sekali. Kali ini sinaran itu menukar balik Fang dan Kaizo, mereka berdua kembali ke badan masing-masing

------------------------------------------------------------------

Awal-awal pagi lagi Kaizo sudah membawa balik batu misteri itu ke kapal angkasa dia. Dia meletak batu misteri itu jauh dari dia, dari adik dia, dari planet bumi dan jauh dari bima sakti. Dia berharap batu itu tidak akan kembali ke bumi tetapi perasaan dia menjadi pelajar sekolah adalah sesuatu yang sangat menyeronokan. Dia akan kekalkan kenangan dia sebagai pelajar sekolah.

Fang pula rasa takut hendak masuk ke kawasan halaman sekolah. Hati dia berdebar-debar, kaki dia pula mengigil ketakutan. Boboiboy nampak Fang sedang mengintai-gintai di pintu pagar sekolah, lalu dia meletak tangannya di bahu Fang

"ARGGG!" menjerit Fang kerana terkejut

"Ini akulah. Kau kenapa Fang?"

"Aku rasa takut pula nak masuk. Kau temankan aku Boboiboy" Boboiboy tergelak sahaja melihat Fang yang rasa takut untuk menjejak kakinya ke kawasan halaman sekolah. "Masuk sahajalah Fang" Boboiboy pegang kedua belah bahu Fang dan lalu menolak dia masuk.

Fang nampak pelajar-pelajar lain berasa lega kerana dia memakai cermin mata hari tetapi mereka masih lagi takut dengan Fang. Tiada siapa pun yang berani melawan kata-kata dia pada hari itu, kelas 6 Jaya siap menolong dia bersihkan kelas. Dan pada hari itu juga, satu sekolah nampak bersih. Tiada satu sampah pun Fang nampak. Cikgu kebersihan siap memuji Fang kerana sikap garang dia pada hari semalam menyebabkan mereka semua tak nak kena hukuman dari dia. Yaya pula bermasam muka dengan Fang, sampailah Fang terpaksa merayu-rayu cikgu kebersihan dia untuk memberi balik jawatan ketua kebersihan sekolah dekat Yaya. Akhirnya Yaya dapat balik jawatan dia dan Fang kembali sebagai penolong ketua kebersihan sekolah.

Malam itu juga Fang kena marah dengan abang dia

"KENAPA KAU BAGI BALIK JAWATAN KAU!"

"itukan jawatan Yaya, tak kan adik nak ambik pulak"

"ABANG DAH PENAT-PENAT DAPATKAN JAWATAN ITU UNTUK KAU, KAU PERGI BAGI BALIK! MARI SINI KAU PANGGG!"

Habis satu rumah bersepah kerana Fang di kejar oleh abangnya dengan pedang tenaga dia "MAAFKAN ADIK!"

"APA MAAF-MAAF! ESOK JUGA KAU KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top