Adik ku Sayang
"Hai! Saya Rizu!"
"Dan saya Pang.. abang! apasal abang tulis nama adik jadi Pang. Nama adik Fang lah! FANG FANG FANG FANG..." Rizu sumbat donut lobak merah dekat mulut Fang
"Ikut sahajalah skript yang abang buat tu!" kata Kaizo dengan nada garang dia "Baiklah, kita mula lagi sekali" Kaizo dengan kamera video Rizu, dia merakam mereka berdua untuk pertandingan bernyanyi. Semalam Kaizo ternampak satu pertandingan bernyanyi di iklan television, pertandingan ini dibuka untuk seluruh Malaysia dan sesiapa yang berminat, boleh menghantar video nyanyian mereka. Jadi dia membuli adiknya suruh masuk dalam pertandingan tersebut
"Hai! Saya Rizu!"
"Dan saya Pang" Fang berpura-pura gembira, dalam hati dia berapi-api dengan abang dia
"Pang adalah abang sewel saya!" kata Rizu dengan nada ceria dia
"sewel? SEWEL?! KENAPA ABANG TULIS ADIK NI SEWEL PULAK!" Fang remukkan kertas skript yang abang dia tuliskan untuk dia dan Rizu "Cubalah abang tulis yang baik-baik untuk adik. Adik malaslah nak masuk pertandingan merapu ni, abang sendirilah yang masuk dengan Rizu" Fang terus bangun dan beredar dari ruang tamu. Rizu melihat sahaja Fang dengan wajah kasihan dia
"Abang Fang" bisik Rizu
"Rizu jangan risau, biarkan dia dengan panas baran dia. Dia hanya tahu nak marah sahaja. Orang nak bergurau pun tak boleh. Cubalah satu hari kalau dia tidak marah-marah orang, aman sedikit kehidupan abang. Sebab itulah abang selalu sangat bergaduh dengan budak panas baran tu" Fang yang ada di dapur, sabar sahaja dengan abang dia. Dia sedang mencari-cari makanan yang ada di dalam peti sejuk dia tapi semuanya sudah habis
"Abang ni, apasal lah dia tak pergi beli makanan. Asyik-asyik aku sahaja, aku bukannya orang gaji pun. Macam mana aku tak marah kalau setiap hari abang dengan sikap macam tu, sikap tiada belas kasihan dekat aku" Dia menghempas pintu peti sejuk itu dan terus keluar dari dapur "ABANG! ADIK PERGI PASARAYA SEKEJAP!" kata Fang dengan nada marah dia "RIZU JANGAN IKUT ABANG! RIZU DUDUK SAHAJA DEKAT SINI DENGAN ABANG KAIZO TU. BIAR BUDAK SEWEL NI PERGI KEDAI SORANG-SORANG" Fang melepaskan kemarahan dia kepada adik kesayangan dia
Muka Rizu sedih sebab ini pertama kali Fang menjerit dekat dia. Hati dia terguris dengan kemarahan Fang tadi. Air mata Rizu mengalir keluar dan Fang tidak sedar dengan tangisan Rizu. Fang terus keluar daripada rumah tanpa berkata apa lagi. Kaizo peluk Rizu agar dia berhenti menangis "Kenapa abang Fang menjerit dekat Pizu, dia marah dengan Pizu ke?"
"Dia tengah marah tu, dia tidak sedar dengan siapa dia marah tadi. Rizu jangan menangis ok, nanti Pang baiklah lepas dia balik dari kedai nanti" Kaizo mengusap-usap belakang Rizu. Apalah nak jadi dengan adik aku, asyik nak marah orang sahaja, fikir dihati Kaizo
----------------------------------------------
Fang duduk sana di kerusi berhadapan sebuah kedai roti. Dia termenung jauh sambil fikirkan tentang abang dia "Why such a long face?" Fang terus sedar dengan kehadiran seorang lelaki remaja yang sebaya umur dengan abang dia "Don't be afraid, you can tell me"
"I'm sorry, but who are you?" Fang mula bercakap bahasa english dengan lelaki itu
"Allow me to introduce myself. My name is Iskandar, I'm here for holiday. I heard there's a lot of great things about Pulau Rintis" Iskandar tersenyum melihat Fang yang tercengang dengan kata-kata bahasa english dia tadi. Fang bukanlah hebat mana pun dalam bahasa english tetapi cikgu dekat sekolah dia selalu puji dia apabila dia bercakap di dalam bahasa english
"Oh, thank you. Pulau Rintis is a great get away from all the craziest in our daily life. My name is Fang and nice to met you, Iskandar"
"So, do you want to tell me why such a long face? thinking about someone? did something happened to you?"
Fang menghela nafas "Yeah, it just a sibling stuff. Me and my brother love to fight all the time and don't worry it's not physical fight"
"Oh, trouble with your sibling. That's why you're here and not at home, just want to take off your mind?"
"Yes" Fang menghayunkan kaki dia sambil tundukkan kepala dia sedikit "I just want a brother who is good to me and not torture me each and everyday. Not that I love him, I really do love him more than anything. He is the only brother that I have"
"Then why didn't you tell him that you love him?"
"I already did and he just the same old brother to me. Nothing ever gonna change"
"Hey, don't worry. Even you two always fight alot, it doesn't mean he hate you, he love you as much as you love him. So, don't think about it too much. It's not good for you" Iskandar bangun dari kerusi itu dan lalu mengusap-usap kepala Fang "Just go home, I bet he is waiting for you"
"I will, I just need to buy some stuff" Iskandar hanya berikan senyuman kepada Fang dan terus dia melambai-lambai. Dia beredar dari situ dengan muka ceria dia sambil melihat orang-orang di bandar Pulau Rintis. Fang turun dari kerusi itu dan masuk ke dalam pasaraya. Kemarahan dia terhadap abang dia, mula reda. Dia dengan senang hati, dia membeli kesemua bahan-bahan untuk membuat sup lobak merah. Dia ingin buatkan makanan kegemaran abang dia sebagai tanda terima kasih dan juga tanda minta maaf sebab marah-marah tadi dekat rumah
"Mesti abang akan suka!" Fang pergi ke kaunter untuk membayar kesemua barang yang dia ambil tadi. Dia melihat sahaja barang-barang dapur dimasukkan ke dalam plastik beg. Dia asyik tersenyum sahaja sampai orang dekat kaunter pembayaran itu rasa pelik dengan Fang. Setelah dia habis sahaja bayar, Fang mengangkat kesemua plastik beg yang berat itu. Dia tidak perlukan pertolongan dari sesiapa, dia tahu dia dapat membawanya dengan selamat
Fang mengikut jalan pintas untuk pulang ke rumah dia. Dia menikmati angin yang bertiupan begitu tenang hari itu, hati dia mulai rasa tenang. Dia tidak lagi rasa marah kepada abang dia. Dia berjalan dengan hati yang gembira dan tiada siapa yang boleh membuat dia rasa marah lagi. Dia lalu sebuah taman permainan dan nampak seorang abang sedang memukul adiknya sendiri. Lepas itu dia tendang adiknya sehingga membuat adiknya menangis begitu kuat. Fang berlari ke arah taman permainan itu
"Kenapa kamu buat begitu terhadap adik kamu sendiri?" tanya Fang sambil meletakkan beg plastik dia yang begitu banyak itu. Dia memeriksa luka di lutut budak kecil itu
"Sebab dia buat salah dekat aku. Dia yang mulakan dulu, dia yang pergi jatuhkan ice cream aku" kata abang kepada budak lelaki kecil itu. Dia tunjuk ice creamnya yang sudah kotor penuh dengan pasir "Dia memang patut kena hukuman dari aku"
"Maafkan adik, adik tak sengaja"
"Hmm.. janganlah salahkan adik kamu. Dia cakap dia tidak sengaja" Pergaduhan mereka teringatkan dia tentang pergaduhan antara dia dan abang dia "Dia sudah meminta maaf, maafkan lah adik kamu"
"Yelah, aku akan maafkan adik aku" Lalu mereka berpelukan. Fang tersenyum dan terus dia mengangkat beg plastik dia yang terlampau banyak sangat. Dia terdengar perbualan mereka
"Abang janji tidak akan memukul adik lagi. Abang minta maaf"
"Adik pun nak minta maaf. Adik sayang abang" Fang terus beredar dari situ. Dia rasa begitu senang sekali memujuk budak lelaki itu maafkan adiknya. Fang menoleh kebelakang dan dapati mereka tiada lagi di taman permainan. Dia melihat sekitar taman permainan, sunyi. Tiada siapa, hanya dia sahaja yang ada di situ
"Hantu ke tadi tu?" Fang berasa pelik. Dia teruskan perjalanan dia dan lupakan kejadian tadi "Tak kan hantu muncul pada waktu siang, seram sejuk aku" kata Fang seorang diri. Fang lalu sebuah lorong yang berhampiran dengan rumah dia, sedikit lagi dia akan sampai ke rumah dia. Dia perlu hanya belok ke kanan dan terus sahaja sampai ke rumah dia tetapi dia tidak buat begitu kerana dia ternampak seorang perempuan dewasa sedang duduk menangis keseorangan
"Jangan cakap itu pun hantu juga" Fang pergi ke arah wanita itu "Kenapa kakak menangis?" Wanita itu pandang wajah Fang yang penuh dengan prihatin
"Kamu siapa?"
"Nama saya Fang tapi kenapa kakak menangis? Kakak ada kehilangan anak ke?" Wanita itu hanya menggelengkan kepala sahaja "Habis itu, kenapa? Kalau kakak tak nak cerita, takpe. Saya faham"
"Sebenarnya, kakak mempunyai tiada siapa di dunia ini. Kakak keseorangan, kakak tiada keluarga, kakak datang ke sini sebab kakak ingin mencari keluarga akak" dia mengelap air matanya dengan lengan baju "Kakak dulu ditinggalkan dekat rumah anak yatim piatu, tiada siapa yang ingin mengambil akak sebagai anak angkat. Jadi akak membesar keseorangan"
"Akak memang tak jumpa keluarga akak dekat sini?"
"Tak, akak cari tetapi satu petunjuk pun tiada" Fang rasa kasihan pula dengan wanita ini. Wanita itu nampak Fang sedang pegang beg plastik yang terlampau banyak dan berat "Kamu mesti nak buat sesuatu yang istimewa untuk keluarga kamu"
"Ha ah, saya nak masakkan untuk abang saya tapi akak ok ke duduk dekat sini sorang-sorang? Saya risau pula"
"Akak ok, kamu jangan risau tentang akak. Kamu pulang dan pergi buatkan makanan kegemaran abang kamu, tentu dia akan suka" Wanita itu berikan senyuman ikhlas kepada Fang "Ibubapa kamu mesti bangga dengan kamu kerana mendapat seorang anak yang baik"
"Ibubapa saya sudah lama tiada, saya tinggal dengan abang saya sahaja" kata Fang dengan nada yang sedih
"Oh, akak minta maaf. Akak tidak tahu. Hargailah abang awak selagi dia masih ada lagi"
"Saya sentiasa menghargai abang saya dan hanya dia satu-satunya abang saya" kata Fang sambil teringatkan kenangan mereka bersama, tak kiralah pada waktu buruk atau waktu yang membuatkan dia gembira "Hmm.. apa kata akak ikut saya balik ke rumah, bolehlah akak berkenalan dengan abang saya. Lagipun tak elok akak duduk dekat sini sorang-sorang" Wanita itu menggelengkan kepala
"Takpe, lagipun akak nak bergerak ke bandar sebentar lagi. Terima kasih kerana sudi berbual dengan akak walaupun sekejap"
"ok, akak jaga diri elok-elok" Fang terus beredar dengan beg plastik yang berat itu. Dia menoleh kebelakang dan wanita itu juga turut hilang. Bulu roma Fang naik dan badan dia terasa seram sejuk. Fang cepat-cepat pulang ke rumah dan berharap sangat dia tidak akan terserempak dengan perkara yang pelik-pelik lagi. Akhirnya Fang sudah berada di depan pagar rumah, dia boleh menarik nafas dengan lega. Fang menolak pintu pagar dan masuk ke dalam halaman rumah. Dia pergi ke pintu rumah dan lalu dia membuka. Sunyi, rumah dia kelihatan sunyi. Abang dia tiada, Rizu juga turut tiada
"Mana abang dan Rizu?" Fang terus sahaja ke dapur dan nampak sehelai nota untuk dia. Itu tulisan abang dia. Fang membaca nota itu "Abang dan Rizu pergi ke kedai Tok Aba" Fang simpan terlebih dahulu barang-barang dapur sebelum bergerak pergi ke kedai Tok Aba. Dia simpan barang-barang sejuk di dalam peti sejuk, Fang menutup pintu peti sejuk itu dan pusing kebelakang
"KAU?!" Dalam sekelip mata sahaja, Fang diketuk dengan sesuatu yang berat di bahagian kepala dan semuanya menjadi hitam
------------------------------------------------------
"Abang Kaizo, cukup ke kita belikan semua ini untuk abang Fang?" Kaizo dan Rizu sudah selesai membeli Ice Blended Chocolate Special, cekodok chocolate, donut lobak merah, ice cream chocolate dan juga kerepek pisang khas untuk Fang. Kaizo ingin meminta maaf dekat adiknya dan terus dia pergi ke kedai Tok Aba bersama dengan Rizu
"Kenapa? tak cukup ke aku belikan untuk dia? Perlu aku pergi beli lagi untuk dia?" Kaizo melihat makanan di dalam beg plastik dan pastikan semuanya cukup "Belikan dia mainan atau anak patung landak lagi untuk dia, tak pun kita ambil anak kucing untuk dia atau kita adakan sebuah party untuk dia"
"Hehehe.. abang Kaizo comel lah" Kaizo rasa sedikit malu dengan kata-kata Rizu tadi
"Abang mana ada nampak comel"
"Ala, abang Kaizo nampak comel sebab abang risau kalau masih ada yang tak cukup lagi untuk abang Fang. Abang jangan risau, mesti dia akan suka punya. Pizu ada beli chocolate syrup juga, boleh abang Fang makan dengan kerepek pisang dia" Kaizo mengusap-usap kepala Rizu yang nampak comel hari ini. Dia nampak kelihatan gembira sedikit, tadi dia menangis kerana dia tergaman melihat adiknya marah Rizu secara tak sengaja
"Rizu ok?" tanya Kaizo
"Pizu ok" Rizu senyum kepada Kaizo "Macam abang katakan tadi, nanti abang Fang akan ok. Jadi, Pizu pun tak nak menangis lagi. Pizu kena tabahkan hati kalau abang Fang tiba-tiba sahaja marah dekat Pizu tapi sebenarnya Pizu tak berapa gemar sangat melihat abang Fang dengan sikap dia yang panas baran tu" Nada Rizu berubah menjadi sedih
"Mungkin silap abang juga sebab terlalu tegas dengan dia dan selalu sangat buli dia. Mungkin itu menyebabkan dia cepat marah orang, hati dia penuh dengan kemarahan daripada abang sampai orang lain juga terkena. Abang dari dulu lagi suka cari pasal dengan dia tapi dia pun sama juga. Perangai kami memang hampir sama tapi dia bukan tegas atau garang macam aku. Panas baran macam mana pun dia, dia tetap adik aku. Aku tetap sayangkan dia"
"Alangkah indahnya kalau Pizu mempunyai seorang abang macam abang Kaizo" kata Rizu. Nada dia bertukar menjadi ceria kembali "Tapi abang Fang pun sudah menjadi abang yang paling hebat untuk Pizu!"
"Rizu nak ke seorang abang yang garang, tegas, ganas, kejam dan bukan gila macam abang?" Dia sentiasa ingatkan diri dia yang dia bukan gila sebab kawan adik dia yang bernama Gopal suka sangat panggil dia kapten gila
"Abang Kaizo bukan gila cuma pelik sahaja"
Pelik? bila masa dia jadi pelik pulak, fikir Kaizo "Kenapa abang pelik pulak?"
"Sebab abang suka buli abang Fang tanpa belas kasihan tapi tetap sayangkan dia. Abang suka sangat kenakan dia dengan latihan tempur tanpa rasa simpati, selalu dengan kesadisan abang tapi tetap sayangkan dia juga. Pelik kan tu"
"Hmmm.. yelah, pelik lah" Aku dipanggil pelik oleh budak comel ni, fikir Kaizo. Nak marah tak boleh, sebab budak ni terlampau comel sangat. Agaknya kalau kutuk dia pun, dia terasa ke tak, fikir Kaizo lagi
"Abang Kaizo tengah fikirkan apa?"
"Takde apa-apa" Kaizo teruskan sahaja dengan muka serius dia. Dia memang susah nak buat muka lawak ataupun muka comel sebab dia memang tidak reti. Mereka berdua masuk ke sebuah lorong dan terus sahaja. Setelah mereka sampai di hadapan rumah, Kaizo membuka pintu pagar rumah. Kaizo ternampak pintu rumah dia terbuka sedikit. Dia cepat-cepat lari dan membuka pintu dengan luas. Kaizo terkejut, rumah dia bersepah
"Abang Kaizo, ada pencuri masuk ke?"
"Mungkin tapi mana ada barang berharga dalam rumah ini. Rizu tunggu sini" Kaizo naik ke bilik dia dan melihat bilik dia tidak terusik. Dia pergi periksa bilik adiknya pula dan nampak bilik adiknya bersepah. Semua laci di meja dan almari, semuanya telah diselongkarkan. Kaizo periksa apa yang mereka ambil dan dapati loket ibunya sudah hilang "Pang" Kaizo teringat tentang adik dia. Dia cuba menghubungi adiknya tetapi orang lain yang mengangkat panggilan itu
"Apa khabar Kaizo" Muncul seorang wanita dengan pandangan sinis dia yang menakutkan. Wanita itu adalah wanita yang menangis keseorangan di tepi jalan, dialah yang berborak dengan Fang sewaktu Fang dalam perjalanan pulang
"Kau siapa?"
"Aku? aku hanyalah seorang wanita yang ingin sebuah keluarga tapi jangan risau.. adik kau, aku akan menjaga dia dengan baik"
"Ibu! mana makanan abang?" Kaizo terdengar suara adiknya
"PANG! PANG!" Kaizo menjerit-jerit di jam kuasanya
"Abang pergi makan apa yang ada, ibu ada urusan penting. Nanti ibu datang" kata wanita itu kepada Fang. Kaizo tidak dapat melihat wajah adiknya, dia hanya dapat mendengar suara adiknya sahaja
"Baik ibu!"
"APA KAU SUDAH BUAT DENGAN ADIK AKU?!"
"HAHAHAHA.. kan aku sudah kata tadi, aku akan jaga dia seperti anak aku sendiri. Tidak sangka pula aku, aku dapat adik kepunyaan alien yang terhebat di galaxy iaitu Kapten Kaizo" dia ketawa sedikit "Dia tidak akan ingat lagi tentang kehidupan dia sebelum ini atau kau atau ibubapa kau yang sudah lama tiada.. selamat tinggal Kaizo" terus wanita tamatkan panggilan mereka
"PANGGGGGGGGGG!" Kaizo menjerit sekuat hati, dia menggenggamkan tangan dia dan lalu dia menumbuk almari adiknya. Dia begitu geram dan kesal "Adik aku... adik aku kena culik" Pemikiran dia sudah bercelaru
"Tak, aku tidak benarkan Pang memanggil perempuan gila itu ibu dia.. aku akan dapatkan semula adik aku"
"Abang Kaizo?" Rizu muncul di muka pintu bilik Fang "Apa yang sudah terjadi dengan bilik abang Fang?" Rizu nampak muka kesedihan Kaizo, dia cepat-cepat pergi peluk Kaizo tetapi dia ditolak oleh Kaizo. Rizu terjatuh di atas lantai dan dia tergaman dengan perbuatan Kaizo tadi "Kenapa abang Kaizo tolak Pizu?"
"Kau.. kau bukan adik aku.. kau hanyalah peminat adik aku sahaja pada awalnya. Baik kau berambus dari rumah ini" kata Kaizo yang langsung tidak mahu melihat Rizu. Dia hanya mengambil sekeping gambar adiknya "Pang.. abang akan pergi selamatkan kau dan pulihkan ingatan kau" bisik Kaizo
"Abang Kaizo! kenapa abang Kaizo tiba-tiba sahaja seperti ini? Pizu memang bukan adik abang tapi janganlah tolak Pizu begitu"
"Yea, kau memang bukan adik aku TAPI INI ADALAH URUSAN AKU DAN ADIK AKU SAHAJA! KAU JANGAN MENGEGADA NAK BERMANJA DENGAN ADIK AKU LAGI! KELUAR DARI SINI!" Rizu bangun dan terus dia berlari keluar dari rumah tersebut. Hati dia terluka, dia tidak sangka Kaizo kata begitu kepada dia. Rizu menangis sepanjang perjalanan dia. Dia tidak tahu kemana dia hendak pergi, dia hanya mahu berseorangan sekarang ini
"ABANG KAIZO JAHAT!"
----------------------------------------
"Fang, kamu dengar cakap ibu yea. Kalau ada orang jahat datang menyerang ibu atau adik kamu. Kamu sebagai seorang abang, perlu melindungi mereka semua. Gunakan jam kuasa ini" Wanita itu mengambil tangan Fang dan kembalikan balik jam kuasa itu kepada Fang
"Jam kuasa? Dia mempunyai kuasa apa ibu?"
"Ia mempunyai kuasa bayang yang tersangat hebat. Kamu dapat menggunakan imaginasi kamu tersendiri untuk menggunakannya" Wanita yang dianggap sebagai ibu oleh Fang, mengusap-usap kepala Fang dengan senyuman sinis dia. Dia melihat Fang memakai jam kuasa itu "Kamu suka dengan jam kuasa ini?"
"Suka ibu, Fang suka sangat! Terima kasih ibu" Fang peluk wanita itu
"Fang pergi main dengan adik-adik kamu. Ibu mahu lihat adakah kita sudah sampai ke destinasi kita" Fang lepaskan pelukan wanita itu dan terus pergi mencari adik palsu dia
"MIKO! MIKA! JOM MAIN DENGAN ABANG!" Wanita itu melihat Fang pergi mencari dua budak kecil yang telah berlakon di taman permainan tadi. Dia terus ke bilik kawalan dan pergi ke sebuah kerusi yang telah diduduki oleh seorang lelaki
"Berapa lama lagi kita akan sampai ke planet kita?" kata seorang lelaki yang telah bercakap berbahasa english kepada Fang tadi di luar pasaraya. Dia telah menipu nama sebenarnya kepada Fang
"Sedikit sahaja lagi Kapten Minami"
"Bagus" kata Minami sambil melihat suasana luar kapal angkasa. Mereka sudah terbang jauh daripada bumi. Jauh daripada Kapten Kaizo dan kini mereka hanya perlu sembunyikan diri daripada dikesani oleh Kapten Kaizo. Dia pasti, Kaizo akan memburu dia untuk dapatkan adik dia balik
"Rancangan kapten tadi cukup bagus dan saya sendiri ingin ucapkan taniah kerana apa yang kapten inginkan selama ini, sudah tercapai"
"Betul kata kau. Aku hanya mahukan sebuah keluarga tapi lihatlah sekarang. Keluarga yang aku cipta, semuanya sudah lengkap. Fang, Miko dan Mika adalah hasil culikan aku dan aku akan menjadi ibu kepada mereka semua. Aku akan berikan kasihan sayang sepenuhnya seperti mana yang mereka mahukan sebelum ini" Minami tergelak sedikit "Hubungi aku apabila kita sudah sampai. Aku mahu pergi meluangkan masa dengan anak-anak aku"
"Baik kapten"
Minami terus keluar dari bilik kawalan "FANG! MIKO! MIKA! JOM KITA MAKAN SAMA-SAMA!"
-------------------------------
"Lahap! kau sudah dapat informasi tentang wanita itu?"
"Belum lagi tuan" kata Lahap yang masih lagi mencari data-data tentang wanita yang telah disebut oleh Kaizo tadi "Kenapa dia mengambil Pang?"
"Mana aku tahu! Aku pun tidak tahu apa niat dia sebenarnya. Dia telah buat sesuatu dengan adik aku sehingga dia panggil wanita itu ibu dia sendiri" Kaizo menggenggamkan tanganya. Hati dia masih lagi rasa marah, tiada siapa yang boleh mengambil adik dia dari dia sendiri. Adik dia pernah kena culik sebelum ini tapi ini adalah yang terburuk sekali. Sanggup wanita itu buat begitu dengan adik dia, sanggup dia hilangkan ingatan adik dia. Dia tidak akan maafkan wanita itu. Kaizo duduk di atas kerusi dia sambil fikirkan tentang Fang
Tadi, sewaktu dia menghalau Rizu keluar dari rumah. Dia tidak terfikir apa lagi, dia hanya menghubungi Lahap dan ambil dia dari bumi. Dia terus cerita tentang ciri-ciri wanita itu tadi kepada Lahap. Dia sedikit pun tidak rasa kesal dengan perbuatan dia terhadap Rizu
"Kapten! ini ke wanita yang kapten sebutkan tadi?" Kaizo bangun dan melihat skrin itu
"Bukan.. cari lagi! Aku tidak mahu kau berhenti selagi tidak dapat apa yang aku mahukan! FAHAM!"
"Fa-faham kapten" Kaizo terus keluar dari bilik kawalan. Lahap rasa kasihan dengan kapten tapi dia akan buat apa sahaja untuk kapten tersayang dia. Dia adalah leftenan Lahap, paling setia sekali dengan kaptennya. Pada awal mereka bertemu, dia agak takut sedikit melihat muka kaptennya yang garang itu tetapi lama kelamaan, dia sudah terbiasa dengan sikap Kaizo. Dia selalu menjadi saksi tentang Kaizo yang selalu tegas dengan adiknya. Apabila Fang tercedera, dia yang akan pergi merawat bukan Kaizo. Dia terlampau sibuk dengan misi dia. Kadang-kadang dia rasa kasihan dengan Fang kerana selalu inginkan kasih sayang daripada abangnya. Lahap selalu perhatikan Fang bermain seorang diri dan dia juga nampak kesunyiaan di wajah Fang tetapi semuanya sudah berubah semenjak Kaizo duduk di bumi
Lahap rasa lega sedikit melihat Kaizo mula bermanja, menyayangi adiknya semula. Sebelum ini Kaizo memang sayangkan adiknya tetapi dia tidak pernah tunjukkan. Dia hanya berikan kekerasan yang tegas kepada Fang sehingga dia terlupa adiknya hanyalah kanak-kanak yang masih kecil lagi
Lahap teruskan pencarian dia. Manakala Kaizo masuk ke dalam bilik dia dan terus melihat di luar tingkap "Pang, dimana kau berada sekarang?" Tiada satu air mata dia yang terkeluar semenjak tadi. Dia hanya tabahkan diri dan berfikirkan positif, dia tidak mahu bertindak seperti orang hilang akal. Dia akan mencari adiknya sehingga ke lubang cacing
"Jangan risau Pang. Abang datang dan selamatkan kau tapi aku perlukan petunjuk, dimana kau berada sekarang" Tanpa adik dia, kehidupan Kaizo akan menjadi sunyi. Tiada lagi gelak ketawa diantara abang dan adik. Tidak, dia tidak akan fikir begitu, kata dihati Kaizo. Dia tahu, dia akan dapatkan semula adiknya
"Tunggu aku Pang, abang datang" Skrin kecil dia tiba-tiba sahaja muncul
"Kapten! saya rasa saya jumpa tentang wanita yang kapten katakan tadi"
"Terima kasih Lahap" dia menutup skrin kecil itu dan terus kembali ke bilik kawalan "Inilah wanita itu tadi. Kapten Minami? dia juga adalah seorang kapten?!"
"Kapten, mengikut data yang saya dapat. Minami ini adalah seorang alien yang pernah kehilangan 3 orang anak semasa dalam peperangan di sebuah planet yang tidak jauh dari planet asal tuan"
"Peperangan?"
"Ya kapten tapi bukan Ratu Lily yang cetuskan peperangan itu dan dia sebelum ini pernah menculik 2 adik beradik yang berasal dari planet lain selepas sahaja dia kehilangan anak dia sendiri. Dikatakan mereka adalah anak terbiar dan dikutip oleh Kapten Minami. Saya rasa dia menculik Fang untuk dijadikan sebagai anak dia yang ketiga dan mengikut data ini lagi, selepas sahaja dia kehilangan ketiga-tiga anaknya, dia telah menjadi gila. Bagaimana dia menjadi seorang kapten, tiada di dalam data ini"
"Ada apa-apa mengatakan tentang hilang ingatan?"
"Ada. Dia telah mencuri satu alatan dari sebuah makmal dan menggunakannya untuk hilangkan ingatan terhadap Miko dan Mika"
"Hmmm.. terima kasih Lahap. Nampaknya dia menggunakan alat itu terhadap adik aku. Aku tidak akan maafkan dia" Kaizo terus duduk di kerusi besar dia "Lahap! kita terus mencari Pang sekarang juga. Aku ingin adik aku semula, tak kiralah berapa lama. Aku akan tetap mencari dia sampai dapat. LAJUKAN KAPAL ANGKASA KITA!"
"Baik, Kapten!"
----------------------------------
"Abang Kaizo jahat. Abang Kaizo marah Pizu tadi" Rizu duduk menangis di tepi sebuah rumah yang berhampiran dengan laut. Memang tidak ramai yang tahu tempat persembunyian di situ, Fang sendiri pun tidak tahu
"Dua-dua marahkan Pizu hari ini. Abang Fang, abang Kaizo.. kenapa hari ini begitu malang sekali buat Pizu. Apa salah Pizu?" Dalam seumur hidup dia, dia tidak pernah dimarahi oleh sesiapa pun. Ibu dia sendiri tidak pernah. Dia bukanlah seorang budak kecil yang manja, sebab orang melihat dia terlampau comel sangat sampai tidak sanggup untuk memarahi dia tetapi kalau dia ada buat silap, dia akan minta maaf dengan serta merta
"Rizu?" Rizu melihat ketepi "Kenapa Rizu menangis?" Yaya dan Ying melihat Rizu dengan rasa kasihan
"Abang Kaizo halau Pizu dari rumah dia" kata Rizu teresak-esak
"Halau? Kenapa dia halau kamu? Abang kamu si Fang tak mengamuk pulak?" tanya Ying. Mereka berdua duduk disebelah Rizu. Yaya keluarkan sapu tangannya dan lalu berikan kepada Rizu
"Abang Fang kena culik" Rizu mengambil sapu tangan itu
"HAH? KENA CULIK?!" terkejut mereka berdua
"Pizu tak tahu siapa yang culik abang Fang. Tadi kami pulang, terus nampak rumah bersepah. Bilik abang Fang pun bersepah juga" Rizu mengelap air mata dia "Pizu ada dengar perbualan abang Kaizo dengan seorang wanita ini. Dia cakap dia akan menjaga abang Fang.. lepas tu abang Kaizo jerit nama adik dia... lepas tu... lepas tu..." Rizu menangis lagi
"Rizu jangan berkata lagi" kata Yaya "Mungkin sebab itu dia halau Rizu, sebab adik dia sendiri kena culik"
"Tapi, siapa yang culik Fang?" tanya Ying "Alien lain ke?"
"Pizu pun tak tahu siapa tapi Pizu kecewa dengan sikap abang Kaizo tadi" Hati dia masih lagi terluka sedikit "Abang Kaizo tak benarkan Pizu bermanja dengan abang Fang lagi tapi nanti Pizu kesunyian lagi selepas ini. Pizu tak nak kembali kepada kehidupan Pizu yang dulu. Dulu Pizu memang sunyi walaupun Pizu ada kawan baik sendiri tapi Pizu tetap rasa sunyi. Tiada tempat untuk Pizu melepaskan kerinduan Pizu kepada ibu Pizu. Ibu selalu bagi duit untuk beli apa yang Pizu suka tapi hati Pizu tetap sunyi. Masa hari Pizu dapat berkawan dengan abang Fang, hati Pizu rasa sangat bahagia. Pizu tidak lagi rasa sunyi dan abang Fang tidak jemu melayan Pizu seperti adik dia sendiri" Yaya dan Ying berikan senyuman manis kepada Rizu
"Sebab dia sayangkan kamu" kata Ying "Jangan risau dengan abang Kaizo, dia tengah marah tadi tapi salah dia juga lepaskan kemarahan dia kepada kamu. Nanti selepas ini, dia akan minta maaf dekat kamu juga. Kapten Kaizo hanya risaukan tentang adik dia, Fang tu satu-satunya adik dia"
"Mungkin juga, mungkin kemarahan dia tadi bukan secara sengaja" Yaya mengusap-usap kepala Rizu
"Jangan menangis lagi ok. Jom kita beritahu yang lain tentang perkara ini. Kita kena bantu Kapten Kaizo untuk mencari Fang"
"Tapi mesti Kapten Kaizo sudah terbang pergi.. kalau tidak, dia sudah lama panggil kita semua"
"Betul tu Ying tapi apa-apa pun, aku pasti.. Kapten Kaizo mesti dapat selamatkan Fang tanpa bantuan daripada kita semu" Yaya bangun dari tempat duduk dia. Dia menghulurkan tangnnya kepada Rizu "Jom kita cari abang Boboiboy dan abang Gopal" kata Yaya kepada Rizu
"Jom" Rizu pegang tangan Yaya dan terus bangunkan dirinya. Dia sudah kelihatan ceria sedikit
Kembali ke kapal angkasa. Lahap telah mendapat satu maklumat tentang satu kapal angkasa yang sedang menuju ke sebuah planet. Kaizo menyuruh Lahap mengekori kapal angkasa itu. Mungkin adiknya ada di dalam kapal angkasa tersebut
-------------------------------------
Minami hanya melihat tiga budak kecil sedang seronok makan sambil bermain. Kisah dia dulu amatlah menyedihkan, ketiga-tiga anaknya terbunuh di dalam satu peperangan. Dia sendiri menjadi seperti orang gila dan suaminya telah lama meninggalkan dirinya. Semenjak dia kehilangan anak-anaknya, Minami dihantar ke hospital untuk memulihkan dirinya. Keluarga dia berharap dia kembali normal dan redha dengan pemergian anak-anaknya tetapi Minami begitu degil. Dia berjaya melepaskan diri daripada hospital itu dan berjaya mencuri satu alat dari bilik makmal
Alat itu dapat menghilangkan ingatan orang lain dan gantikan ingatan orang itu dengan benda lain. Ia hanya perlukan setitik darah dan alat itu akan aktif. Maka dari situ, dia mencari seseorang yang dapat membantu dia untuk menggantikan anak-anak dia yang sudah lama pergi. Akhirnya dia jumpa dengan seseorang yang dapat membantu dia. Minami terbang ke kapal angkasa lepas dan dia mulakan operasi mencari budak-budak sebagai penganti anak-anak dia
Dia terjumpa dengan dua adik beradik yang bernama Miko dan Mika. Mereka duduk merempat, ibubapa mereka sudah lama tiada dan mereka tiada keluarga lain. Jadi Minami mengutip mereka berdua dan anggap mereka sebagai anak dia sendiri. Dia gunakan alat itu terhadap Miko dan Mika. Minami terus mencari budak yang terakhir dan dari situ dia terdengar seorang kapten yang sadis, yang suka sangat membuli adiknya sendiri
Minami mencari maklumat tentang kapten itu dan akhirnya, dia mendapat tahu tentang Kapten Kaizo dan adiknya, Fang. Dia menuju ke bumi untuk mendapatkan Fang, sasaran terakhir dia. Fang adalah hasil culikan dia yang terbesar kerana dia adalah adik kepada Kapten Kaizo. Kapten yang sangat terkenal di seluruh galaxy. Dia tahu ramai alien takut dengan dia tetapi dia sedikit pun rasa tidak takut dengan Kapten Kaizo
Dia hanya mahukan adik dia sahaja. Dia mahu yang terbaik untuk Fang, yang dapat jauhkan diri Fang daripada abang dia. Minami sebenarnya tidak tahu bahawa Fang dan abangnya tidak lagi seperti dulu. Walaupun Kaizo masih lagi membuli adiknya tetapi ia tidaklah sekejam seperti dulu
Minami tersenyum melihat mereka "Anak-anak ku" bisik Minami
"Ibu, kenapa ibu tidak usik makanan ibu?" tanya Miko. Dia adalah abang kepada Mika
"Maafkan ibu" Minami menyuap dirinya sendiri "Sedap tak ibu masak?"
"SEDAP IBU!" kata Fang, Miko dan Mika. Dia hampir hendak menangis melihat mereka begitu gembira. Dia tidak rasa perbuatan dia adalah salah, dia rasa ini adalah kehidupan baru dia, permulaan yang baru buat dia
"Tak lama lagi, kita akan sampai ke rumah baru kita. Kamu semua boleh masuk ke sekolah baru dan kita mulakan kehidupan baru kita" Minami pegang tangan Fang dan senyum kepada dia
Fang membalas balik senyuman itu "Yea ibu, kita akan mulakan kehidupan baru kita" kata Fang seperti dia tidak ingatkan lagi tentang abang dia dan juga ibubapa dia yang sudah lama tiada "Fang mesti dapat kawan-kawan baru nanti"
"Mestilah, Fang suka berkawan. Ibu nak anak-anak ibu berkenalan dengan kawan-kawan baru kamu nanti dan jangan nakal-nakal nanti. Ibu sentiasa sayangkan kamu"
Kata-kata terakhir oleh Minami tadi membuatkan Fang teringat dengan seseorang tapi siapa? Dia melihat Minami dan terus dia tersenyum "Fang pun sayangkan ibu" Minami memegang erat tangan Fang. Mereka sambung makan dan berbual mesra seperti sebuah keluarga. Setelah habis makan, Fang mengangkat pinggan-pinggan mereka semua. Dia rasa sudah menjadi kebiasaan dia
"Biar ibu yang buatkan, Fang pergi bermain dengan adik"
"Tapi... Fang ingin membantu ibu" kata Fang "Ibu pergi berehat" Minami hanya tersenyum sahaja dan cium dahi Fang
"Kamu anak terbaik ibu" Mata Fang berkebil-kebil dengan ciuman tadi. Entah kenapa kepala dia teringatkan tentang seseorang. Kepala dia tidak rasa sakit atau pening. Dia hiraukan sahaja dan terus mengemas meja makan. Minami hanya melihat kelakuan Fang, dia risau kalau Fang ingat balik siapa diri dia, siapa abang dia dan dia takut Fang akan menjerit yang dia bukan ibunya yang sebenar. Minami ada mengambil loket kepunyaan ibu Fang, dia menyimpan loket itu dan berharap Fang tidak akan menjumpai loket itu
"Ibu, pergilah main dengan Mika dan Miko" kata Fang
"Baiklah.. nanti sudah siap, kamu sertai kami sekali" Minami terus meninggalkan Fang mengemas meja keseorangan tapi dia patah balik. Dia perlu merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Dia menolong Fang membasuh pinggan-pinggan tersebut
"Ibu ni degil lah" gelak Fang
"Ibu memang degil pun tapi ibu rasa seronok dapat membantu kamu, Fang"
Setelah selesai mereka basuh pinggan, mangkuk dan cawan. Mereka berdua bermain dengan buih buat sementara. Selepas itu mereka pergi bermain dengan Mika dan Miko. Minami rasa sangat bahagia dan tiada siapa dapat merosakkan kebahagian dia "Ini anak-anak aku" bisik Minami. Pemikiran dia mula menjadi gila, dia hanya fikirkan mereka adalah anak betul dia
"Ibu, mari berwarna dengan Mika sekali" Mika berikan pensil warna kepada Minami. Dia mewarnakan sebuah lukisan yang dilukis oleh Fang. Sedang mereka asyik berwarna, Fang yang tidak jauh daripada mereka, dia sedang melukis gambar seseorang. Pemikiran dia bermain dengan dia lagi, kali ini dia nampak wajah seorang remaja lelaki. Tanpa sedari olehnya, dia melukis gambar remaja lelaki itu
"Siapa ni?" Fang seperti kenal tetapi ada sesuatu menghalang ingatan dia
"Fang, gam-" Minami terkejut dan dia terus merampas lukisan tersebut. Dia koyakkan kertas itu
"Kenapa ibu? kenapa ibu koyakkan lukisan saya?" Fang terasa sedikit sedih
"Maafkan ibu" Minami peluk Fang dan mengusap-usap kepala dia "Ibu cuma tidak mahu kamu terjebak dengan kapten gila itu" kata Minami "Kamu pergi bersiap sedia dengan adik-adik kamu. Ibu mahu pergi ke bilik kawalan" Minami lepaskan pelukan dan terus beredar. Dia pergi ke bilik kawalan tapi apa yang dia nampak, bukanlah sesuatu yang mengembirakan dia
"Kapten Kaizo? Bagaimana kau boleh masuk ke sini?" kata Minami dengan suara marah dia
"Bagaiman aku masuk ke sini? itu kamu tidak perlu tahu" kata Kaizo "Mana adik aku? apa kau sudah buat dengan dia?" Kaizo datang dekat kepada Minami "Mana dia? sebelum aku hapuskan kau, baik kau kembalikan adik aku"
Minami tidak takut dengan Kaizo, dia tidak berganjat dari situ "Kau jangan ganggu keluarga aku. Fang tu bukan adik kau tapi dia anak aku"
"KAU SUDAH GILA! KAU BUKAN IBU DIA YANG SEBENAR!" kata-kata tadi membuat dia tersedar dengan sesuatu. Dia baru sedar, dia memarahi Rizu dan mengatakan Rizu bukan adik dia yang sebenar. Dia telah melukai hati Rizu "Rizu" bisik Kaizo. Dia bukan adik mereka yang sebenar tapi dia sendiri sudah anggap Rizu seperti adik mereka
"Kenapa? kau terfikirkan sesuatu? Budak kecil yang kau anggap sebagai adik selama ini. Apa kata kau ambil sahaja dia dan jangan ganggu keluarga aku lagi" kata Minami. Dia akan mempertahankan mereka bertiga. Dia tidak membenarkan Kaizo mengambil adiknya balik
"Yea, aku memang anggap dia sebagai adik tapi AKU BUKANNYA GILA MACAM KAU! aku bukannya culik budak itu dan gantikan ingatan dia dengan ingatan lain!"
"Aku tak gila, aku cuma mahu keluarga aku sahaja. Mereka anak-anak aku, aku tidak mahu kehilangan mereka" Kaizo boleh dengar suara Minami berubah menjadi sedih. Air mata dia mengalir "Pergi dari sini dan jangan ambil dia dari aku. Jangan ganggu aku, JANGAN GANGGU AKU!" Minami berlari ke arah anak-anak dia yang sedang bermain di dalam sebuah bilik "FANG! MIKO! MIKA! SEMBUNYIKAN DIRI!"
Kaizo mengejar Minami "Kau tidak akan terlepas dari aku!"
Minami belok ke kanan dan masuk ke dalam sebuah bilik "Cepat! sembunyikan diri kamu! ada orang jahat datang menyerang kita semua" Minami berasa sangat cemas, dia menyuruh Mika dan Miko menyorok di bawah katil tetapi Fang berdiri di situ sahaja
"Fang, cepat sorokkan diri kamu"
"Tak ibu, biar Fang melindungi ibu dan adik-adik" kata Fang sambil tersenyum kepada Minami "Ibu ada berikan jam kuasa kepada Fang" Fang tunjukkan jam kuasanya kepada Minami
"Tapi-"
"PANG!" Minami dan Fang pusing kebelakang
"Itu.. itu..." Itu seperti orang yang dia lukis tadi, fikir Fang "Siapa dia ibu?"
"PANG! ITU BUKAN IBU KAMU! IBU KITA SUDAH LAMA TIADA!" Fang melihat Minami selepas itu dia melihat Kaizo
"Jangan dengar cakap dia Fang. Dia cuma hendak mengambil Fang dari ibu sahaja" kata Minami "Gunakan kuasa kamu untuk menghapuskan dia"
"PANG! JANGAN DENGAR CAKAP DIA!" Merayu-rayu Kaizo kepada adiknya
"DIAM! kau jangan nak mendekati aku atau ibu aku lagi! HARIMAU BAYANG! SERANG DIA!" Harimau bayang Fang menyerang Kaizo tetapi Kaizo lebih pantas daripada adiknya
"TUMBUKAN TENAGA!" Dengan sekelip mata, harimau bayang itu berjaya dihapuskan "Baik kau berhenti melindungi dia, Pang!"
"Tak! aku akan tetap melindungi ibu aku dan adik-adik aku juga.. HELANG BAYANG! SERANG DIA!" Kaizo melompat dan keluarkan pedang tenaga dia. Kaizo menghapuskan helang bayang itu "TOLAKAN BAYANG!" Kaizo ditolak oleh kuasa bayang Fang dan tercampak di tepi dinding kapal angkasa. Kaizo bangkit dan bersiap sedia untuk berlawan dengan adik dia
"Kau memang begitu memaksa. Maafkan aku Pang, tapi aku perlu berlawan dengan kau untuk dapatkan kau semula!" Kaizo berlari sambil pegang pedang tenaga dia. Fang menolak Minami ketepi supaya tidak terkena serangan dari Kaizo
"JARI JEMARI BAYANG!" Kaizo melibas dan memutuskan kuasa bayang-bayang tersebut "ISK! TUSUKAN JARI BAYANG!" Mereka berdua menyerang sesama sendiri dan tidak akan berhenti selagi mereka belum kalah
"TETAKAN TENAGA!"
"FANGGGGGGGGG!"
Apa yang berlaku seterusnya, Kaizo terkena kuasa bayang Fang dan adiknya pula terkena dengan pedang tenaga Kaizo
--------------------------------------
Kaizo mengalami kecederaan yang amat parah, manakala adiknya koma. Kedua-dua mereka dapat diselamatkan oleh Lahap. Dia telah memanggil polis galaxy untuk menangkap Minami kerana kegilaan dia dan telah menghantar dia ke hospital pusat pemulihan. Sepanjang perjalanan mereka ke hospital, dia asyik menjerit nama mereka bertiga. Miko dan Mika dihantar ke sebuah rumah untuk budak-budak yang hilang tempat tinggal. Ingatan mereka tidak berjaya dipulihkan dan itu menyebabkan Kaizo risau dengan ingatan adiknya
"Abang Kaizo, macam mana ingatan Fang nanti? boleh ke ingatan dia kembali?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baik dia yang terbaring diatas katil. Gopal, Yaya dan Ying ada di kapal angkasa Kaizo juga. Rizu masih lagi merajuk dengan Kaizo
Nanti dia sudah pulih sedikit, dia akan pergi betulkan hubungan dia dengan Rizu dan dia akan membawa Rizu ke kapal angkasa untuk melawat Fang "Aku tidak pasti"
"Kasihan Minami, kehidupan dia mesti menjadi tidak tentu arah selepas ini" kata Yaya
"Kenapa pula?"
"Kau ni Boboiboy, dia sudah kehilangan anak dia dulu. Sekarang dia kehilangan mereka, kita tak tahu bagaimana perasaan dia. Mungkin dia nampak Fang, Miko dan Mika adalah anak dia sendiri. Dia akan menjadi semakin gila dan dia juga tidak akan berhenti mencari anak-anak dia"
"Betul kata Yaya. Kalau dia terlepas lagi sekali. Dia mesti pergi cari Fang, Miko dan Mika semula tapi aku rasa kasihan dengan Fang sebab ingatan dia. Aku berharap ingatan dia pulih seperti biasa. Aku tidak mahu dia bangun dan terus ingat tentang perempuan gila itu" kata Ying
"Hmm.. kalau tunjuk dia donut lobak merah, ingatan dia kembali normal tak?" Gopal cuba buat lawak tetapi apa yang dia dapat, hanyalah renungan maut daripada Kaizo "Heheheheh.. saya bergurau sahaja" tersengih Gopal
"Kalau ingatan dia tidak pulih, aku perlu mencari sesuatu untuk betulkan balik ingatan dia" Kaizo mengusap-usap kepala adiknya
TOK TOK TOK
"Masuk" kata Kaizo. Lahap masuk ke dalam bilik Fang dan lalu dia berikan sesuatu kepada kaptennya "Saya terlupa untuk berikan loket ini kepada kapten" Kaizo mengambil loket itu dari tangan Lahap. Loket kepunyaan ibunya. Dia membuka loket itu dan nampak sekeping gambar kecil ibunya. Kaizo tersenyum melihat gambar itu
"Abang Kaizo"
"Yea, kau nak apa?"
"Abang Kaizo kata Minami gunakan sebuah alat untuk menggantikan ingatan mereka dengan ingatan lain. Dia gunakan setitik darah untuk aktifkan alat itu, kenapa abang Kaizo tidak gunakan alat tersebut untuk pulihkan ingatan Fang?"
"Malangnya, mesin itu sudah dihapuskan oleh perempuan gila itu sendiri. Aku yakin, dia tidak mahu ingatan mereka semua dipulihkan" Lahap jawabkan soalan itu untuk Kaizo "Jadi kami terpaksa mencari jalan lain"
Kaizo hanya memandang adiknya dengan penuh rasa kesal
"Nampaknya kita perlu mencari Professor Falcon" kata Kaizo "dan kamu semua, aku akan kembalikan kau ke bumi dan berikan loket ini kepada Rizu. Suruh dia simpan loket ini dan tunggu kami. Kami akan pulang selepas sahaja kami berjaya memulihkan Fang" Loket itu diberikan kepada Boboiboy. Mereka semua mengucapkan selamat tinggal kepada Fang sebelum turun ke bumi
"Kami akan tunggu kau, Fang" kata Boboiboy
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top