Abang Paico
"TEMBAK MEREKA PROBEEEEEE!"
"SAYA TEMBAKKKKKK!" Probe menembak ke arah mereka semua, termasuklah Rizu sekali. Kaizo datang dan musnahkan alat penembak Probe dan lalu dia tendang Probe begitu kuat "Aduh, patah tulang belakang aku"
"Bila masa kau ada tulang belakang?" tanya Adudu
"Entah, aku pun tak pasti tapi belakang aku memang sakit pun"
"KAU TU ROBOT! MACAM MANA BOLEH RASA SAKIT! AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!" Adudu mengetuk Probe dengan tukul besi dia. Kaizo tidak berkata apa dan terus dia menggunakan kuasa dia untuk menghalau alien kepala kotak dan robot badutnya
"TOLAKAN TENAGA!" kedua-dua mereka tercampak dan lalu terjatuh ke dalam kolam air yang dalam. Kaizo cukup puas hati dapat kalahkan mereka berdua. Dia pergi melihat adiknya dan rakan-rakan adiknya yang sudah terbaring di hadapan kedai Tok Aba "Adik, kau ada rasa apa-apa yang pelik ke?" Mata Fang berkebil-kebil melihat abangnya
"ABANG PAICO!" Fang menjerit sekuat hati. Terkejut Kaizo tiba-tiba adik dia panggil dia Paico
"ABANG PAICO!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga menjerit nama Kaizo 'Paico'. Kaizo menepuk dahinya. Semuanya berfikirkan seperti budak 3 tahun kecuali Rizu. Dia risau melihat Rizu kerana Rizu tidak bergerak-gerak dari tadi "Abang Paico! marilah kita main tejar-tejar.. Boboy tejar abang Paico"
"Butan lah Boboboboiboy, abang Paico tena tejar kita olang" kata Fang
"Ha ah, betul tu.. Pang suruh lah abang Paico tejar kita olang" Yaya pula muncul. Kaizo rasa pelik melihat mereka semua bercakap seperti budak kecil "Abang Paico, tenapa tengok kita olang macam tu, takut tami"
"Errr... nampaknya aku kena cari Adudu" Kaizo menepuk dahinya lagi sekali
"Takpe abang Kaizo biar Rizu yang akan membantu abang Kaizo! Saya sendiri akan belasah kepala kotak itu" Rizu bangun dan berdiri begitu tegak dan semangat. Nada percakapan dia bukan lagi seperti Rizu tetapi seperti orang dewasa "Abang Kaizo pergi jaga mereka, biar aku ajar dia dan paksa dia pulihkan mereka semua! Aku akan seksa dia orang sepuas-puasnya! AKU ADALAH RIZU! KAPTEN RIZU!" Kaizo menepuk dahinya lagi sekali
"Bila masa budak kecik ni jadi kapten" Kaizo sabar sahaja dengan Rizu
"WAHHH! TAPTEN PIZU" mata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying bersinar-sinar melihat Rizu "TAPTEN PIZU! TAPTEN PIZU DAPAT TALAHKAN ADUDU!" Kaizo makin pening melihat mereka berlima
"Jangan risau semua! Kapten Rizu akan bertindak segera! jom abang Kaizo! kita belasah mereka!"
"TAMI NAK IKUT!"
"TAK BOLEH! KAMU SEMUA FIKIRAN MACAM BUDAK KECIK, MACAM MANA NAK LAWAN NANTI! TUNGGU SAHAJA DI SINI! BIAR AKU URUSKAN SI KEPALA KOTAK TU!"
"UWAAAAAAAA!" mereka menangis kerana takut dengan suara garang Kaizo "UWAAAA! ABANG PAICO MARAH KITA OLANG!"
"Err.. jangan menangis, nanti aku akan belanja korang ice cream" Kaizo cuba memujuk mereka tetapi mereka tetap juga menangis. Kaizo mencari Rizu, nampaknya dia sudah hilangkan diri "Aduh, macam mana aku nak jaga mereka semua. OCHOBOT!"
"Yea Kapten Kaizo" Ochobot muncul di sebelah Kaizo
"Kau jaga mereka berlima dan berikan apa sahaja yang mereka mahu. Aku akan bayarkan nanti, aku kena cari Rizu sebelum dia cari masalah dengan alien kepala kotak tu" Kaizo beredar dari situ tetapi kaki dia dipeluk oleh Fang "Pang! kenapa kau peluk kaki aku?"
"Abang nak tinggalkan Pang.. jangan lah tinggalkan Pang. Pang nak abang" meraung-raung Fang di kaki abangnya "ABANG TAK CAYANGKAN PANG! UWAAAAAA!"
"Aduhai, ni sudah parah" Ochobot mengambil satu bekas choki-choki dan berikan kepada mereka semua "Makan elok-elok, kalau comot, lap dekat baju atau tisu" Gopal mengambil satu kotak choki-choki dan terus dia makan kesemuanya. Yaya dan Ying nak lagi tetapi Gopal kedekut sangat, dia langsung tak nak bagi
"DOPAL JAAT!" menjerit mereka berdua
"Dopal memang jahat.. dopal tedekut, langsung tak tongsi dengan Boboy" Boboiboy pijak kaki Gopal dan lalu Gopal tolak Boboiboy jatuh "DOPAL TOLAK BOBOY!" Boboiboy tolak Gopal balik. Mereka berdua berlawan di situ. Yaya dan Ying menangis kerana takut melihat Gopal dan Boboiboy berlawan. Kaizo menepuk dahinya lagi sekali. Dia berjalan dan terpaksa mengheret adiknya sekali yang masih lagi peluk kakinya
"JANGAN BERGADUH!" terus mereka berdua berhenti bergaduh. Air mata mereka keluar kerana takut dengan suara garang Kaizo "Jangan menangis, abang akan bawa kamu semua jalan-jalan tapi kamu semua jangan nak buat perangai"
"Baik abang Paico!" Kaizo mengambil tangan Boboiboy dan Gopal. Yaya dan Ying berpegang tangan dan manakala Fang pula, masih peluk kaki abang dia. Fang tidak mahu terpisah dengan abang dia. Ochobot rasa nak tergelak melihat Fang tapi risau pula dengan Rizu
"Tak kan aku nak tinggalkan kedai Tok Aba, nanti orang curi macam mana" Ochobot terbang ke kiri ke kanan sambil fikirkan sesuatu "Hmmm.. nak aku tutup sahaja ke kedai Tok Aba ni? Tapi Tok Aba cakap" terus dia buat suara Tok Aba "Ochobot, jangan tutup kedai ni selagi atuk tak pulang dari kedai lagi. Kau jaga kedai ni elok-elok.. itu yang Tok Aba cakap dekat aku"
"Apa yang kau sedang fikirkan" muncul Faye disebelah kiri Ochobot dan disebelah kanan dia pula ialah Lily. Mereka berdua tersenyum nakal melihat Ochobot "Hah, kau fikirkan sesuatu untuk larikan diri daripada kedai Tok Aba"
"Mana ada, aku fikirkan macam mana nak pergi selamatkan Rizu"
"Aik, apasal dengan dia?" tanya Lily "Kenapa kau pula kena pergi selamatkan Rizu pula? mana yang lain? Apasal bukan Boboiboy atau kapten gila yang masih lagi tak puas hati dengan aku tak pergi selamatkan Rizu sahaja?"
"Err.. hehehehe... Kapten Kaizo ada sedikit masalah dengan dia orang"
"Dia orang mesti bergaduh ni" kata Faye dengan tekaan tak betul dia "Mesti dia orang bergaduh sampai Rizu kena tangkap oleh Adudu, lepas tu Fang mesti menyelebahi abang dia dan lagi tiga orang tu mesti ikut Boboiboy. Jadi mereka bergaduh, lawan mana satu lebih kuat. Last-last dia orang bergaduh, merajuk dan langsung tak nak tegur dah"
"Entah-entah dua alien pelik tu dah terbang ke angkasa lepas sebab merajuk" tambah si Lily. Mereka berdua ketawa sedikit dan Ochobot rasa nak hempuk sahaja kepala mereka berdua "Jadi, bolehlah aku buat huru hara dekat sini tanpa dikejar oleh Kaizo"
"Boleh boleh.. aku suka dengan idea kau. Jom kita cari dia orang!"
"Eh kejap. Bukan kau sepupu Fang ke.. apasal kau nak ikut idea Lily pula" kata Ochobot. Faye peluk Ochobot secara tiba-tiba
"Walaupun dia adalah sepupu kesayangan ku tetapi Lily juga adalah sahabat baik aku. Jadi aku kena berikan sokongan kepada dia, aku mahu kawan baik aku mengejar impian dia iaitu mengejar Boboiboy dan cubit pipi tembam dia!"
"JOM KITA CARI BOBOIBOY!" Mereka tinggalkan Ochobot di situ
"Tapi... aku kena pergi selamatkan Rizu.. aduh" Kasihan Ochobot. Dia terbang balik ke kedai Tok Aba dan membuka television untuk menghabiskan masa bosan dia "Apalah nasib aku"
---------------------------------------
Kaizo membawa mereka ke bandar Pulau Rintis. Fang masih lagi peluk kaki abang dia seperti seekor anak koala "Abang, adik lapar! adik nak makan! adik nak makan!" meraung-raung Fang sambil peluk kaki abang dia. Orang ramai yang melihat Kaizo, dia orang fikirkan bahawa itu adalah anak-anak dia ataupun anak buah Kaizo. Ada yang juga tergelak melihat gelagat mereka dan Gopal pula, memang tak tahu malu. Dia korek hidung dan lalu calit dekat baju Kaizo
"Ada juga nak kena nanti" bisik Kaizo. Dia melihat Boboiboy pula, dia asyik hisap ibu jari dia sambil melihat sekeliling dia. Yaya dan Ying pula, jalan bersama-sama sambil berpegang tangan dan nyanyi sekuat hati. Fang masih lagi melekat di kaki abangnya
"Pang, kau tak boleh ke jalan sendiri. Kenapa dengan kau?"
"Adik... tak.. nak.. abang pergi.. nanti abang tinggalkan adik sorang-sorang lagi. ADIK CAYANGKAN ABANG!" Fang menangis di kaki abang dia. Kaizo sudah pening dengan perangai keanakan-anakan mereka. Dia tarik nafas dan terus bawa mereka ke satu tempat untuk mereka bersuka ria, iaitu taman permainan atau lebih dikenal sebagai jungle gym yang terdapat di dalam sebuah kedai yang besar dan luas kedai tersebut berdekatan dengan pusat hiburan. Nasib Kaizo begitu baik pada hari itu kerana tiada kanak-kanak lain yang ada di situ. Jadi Kaizo berikan masa untuk mereka bersuka ria di situ tetapi dia rasa pelik dengan adik dia yang masih lagi peluk kaki dia
"Pang! pergilah bermain dengan kawan-kawan kau!" Fang rasa nak menangis apabila melihat abang dia menggunakan suara garang "Err.. Pang jangan menangis, Pang pergi main dekat dalam tu"
"Pang tak nak main dengan dia olang, talau Pang pergi, mesti abang tinggalkan Pang sorang-sorang. Pang tak nak abang pergi, Pang cayangkan abang.. abang jangan tinggalkan Pang" Kaizo menepuk dahinya. Ini sudah kali keberapa dia tepuk dahi dia sendiri
"Pang, abang tak kan tinggalkan adik lagi. Percayalah"
"Betul abang tak tinggalkan Pang?"
"Betul, abang sayangkan adik" Kaizo lepaskan tangan adiknya dari kaki dia dan terus dia peluk adiknya "Kalau adik ada apa-apa masalah, abang ada dekat sini. Adik pergi main" Fang tersenyum sedikit dan terus dia pergi sertai kawan-kawan dia. Kaizo melihat adiknya baling beberapa bola berwarna warni kearah Boboiboy. Gopal pula, dia berguling-guling di dalam ombakan bebola itu. Yaya dan Ying terlalu gembira sangat main di gelongsor. Kaizo memesan beberapa makanan untuk dia berehat seketika sebelum bawa mereka ke tempat lain atau pulang sahaja di rumah
"EEEE! DOPAL KOREK HIDUNG!" Baru Kaizo nak tenangkan diri, adik dia sudah mula menjerit "LALI LALI! LALI DALI DOPAL!" Gopal mengejar Boboiboy dan Fang "Dopal! janganlah tejar tita olang"
"Tapi tapi.. aku nak main dengan kolang"
"Tapi dopal korek hidung" kata Boboiboy. Dia dan Fang bersandar di dinding dan takut melihat Gopal semakin dekat dengan mereka. Kaizo terpaksa pergi selamatkan keadaan sebelum salah seorang daripada mereka menangis, menjerit, meraung, belasah orang dan macam-macam lagi. Dia pegang tangan Gopal dan lalu lapkan jari Gopal dengan tisu
"Jangan nak korek hidung lagi, FAHAM!" Gopal angguk sahaja dengan muka sedih dia
"YEAHH! ABANG PAICO CELAMATKAN KITA OLANG!" Fang dan Boboiboy meloncat-loncat di depan Kaizo
"Abang" Fang tarik baju abangnya "Adik lapar"
"Jom makan dengan abang" Kaizo membawa adiknya pergi ke meja dia, Boboiboy dan Gopal juga turut ikut mereka. Yaya dan Ying masih lagi bermain. Kini mereka berlari-lari di sekeliling jungle-gym sambil menjerit
"TAK NAK TAK NAK TAK NAK! YING! YAYA TAK NAK TENA BALING DENGAN BOLA!" Ying mengejar Yaya dengan sebuah bola plastik berwarna hijau. Fang melihat sahaja gelagat dua sahabat itu. Dia makan roti dan sayur, dia bagi abang dia makan. Mulut dia penuh dengan roti sebab dia sumbat kesemuanya. Gopal pula makan apa sahaja yang Kaizo pesan tadi. Boboiboy minum air juice oren Kaizo. Kasihan Kaizo, dia terpaksa memesan makanan lain untuk mereka. Dia juga turut pesan satu burger besar untuk Gopal sebab Gopal menjerit-jerit nak makan burger
"Abang Paico, Boboy nak makan nugget"
"Adik nak burger juga! pas tu adik nak ice cream cundae!" Fang gesel-gesel pipi dia dekat lengan abang dia. Kaizo mula pening balik dengan tingkah laku mereka
"Dopal pun nak ice cream juga!"
"BOBOY PUN!"
"Yaya pun nak juga!" muncul Yaya dengan senyuman lebar dia
"Caya pun cama!" mereka berlima mengetuk-getuk meja begitu kuat sekali sambil menjerit ice cream banyak kali. Kaizo rasa nak hempuk kepala dia dekat meja tetapi dia panggil pelayan tersebut untuk memesan 5 ice cream sundae, 2 pinggan penuh dengan nugget sebab Ying pun nak sekali, 1 burger besar untuk adik dia dan 5 air kosong untuk mereka semua. Sementara menunggu makanan mereka sampai, mereka pergi main terlebih dahulu. Kaizo duduk diam sambil pejamkan mata kerana kepala dia mulai sakit. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan Rizu
"Rizu... macam mana aku nak pergi selamatkan Rizu. Siapa nak jagakan mereka ni" Kaizo baringkan kepala dia sambil fikirkan sesuatu. Hari ini memang begitu malang sekali buat dia
"BOBOBOBOBOBOIBOY JAAT!" Kaizo angkat kepala dia dan nampak adik dia sedang bergaduh dengan Boboiboy
"PANG YANG JAAT!"
"BOBOBOBOBOBOIBOY JAAT!" Fang mencubit tangan Boboiboy sekuat hati. Boboiboy menjerit dan lalu dia menolak Fang
"PANG YANG JAAT! PANG CUBIT BOBOY!" lalu Boboiboy gigit tangan Fang. Mereka berlawan, tarik rambut, cubit, tendang sehingga Kaizo terpaksa pergi leraikan mereka berdua
"KENAPA DENGAN KAMU BERDUA?" terus Boboiboy dan Fang berhenti bergaduh. Mata mereka berdua sudah berkaca, mulut dia orang sudah bergerak-gerak kerana takut dengan kemarahan Kaizo "Siapa yang mulakan dulu?" Boboiboy tunjuk Fang dan Fang pula tunjuk Boboiboy
"Dia yang mulakan dulu" kata Boboiboy
"Mana ada, Pang budak baik.. Boboboboiboy yang mulakan dulu"
"PANG YANG MULAKAN DULU!"
"BOBOBOBOBOBOIBOY YANG MULAKAN DULU" mereka berdua sambung bergaduh semula. Sesi tolak menolak sudah bermula, sampai kedua-duanya menangis di situ. Gopal, Yaya dan Ying hiraukan sahaja mereka bergaduh kerana mereka terlalu seronok sangat bermain. Kaizo pegang tangan Boboiboy dan Fang keluar dari tempat itu dan suruh mereka berdua diam di tempat duduk mereka
"Siapa bergaduh lagi, aku tak kan benarkan sesiapa masuk balik ke dalam jungle-gym"
"Baik abang Paico" Boboiboy menahan dirinya daripada menangis. Fang pula menangis-nangis sambil peluk tangan abang dia. Dia buat muka anak kucing di depan abangnya
"Kau kenapa, Pang?"
"Abang janganlah malah-malah adik. Adik tak cuka bila abang malah-malah adik" kata Fang dengan suara comel dia "Pang budak baik, Pang dengar cakap abang, Pang cayang abang"
Kenapalah dengan adik aku ni, fikir Kaizo "Yea yea, abang tahu adik sayangkan abang"
"Boboy pun cayangkan abang Paico juga" kata Boboiboy. Fang merenung tajam kearah Boboiboy "Pang tedetut abang!" Fang mencapai topi oren Boboiboy dan lalu dia melempar jauh topi itu "PANG JAAT!" Kaizo terfikir, tedetut tu apa? kedekut ke atau terkentut? Pening kepala dia
"BOBOBOBOBOIBOY NAK AMBIK ABANG PANG! TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH!" Kaizo makin bertambah pening. Dia nak menjerit dan memarahi mereka, tak boleh sebab mereka masih dalam perangai budak kecil. Takut ada juga yang meraung sekuat-kuatnya nanti. Jam kuasa Kaizo berbunyi, dia mengambil panggilan itu
"Kapten Kaizo!" Ochobot yang muncul di skrin kecil
"Kenapa? apa berita buruk ke?"
"Takde apa, Kapten Kaizo" kata Ochobot "Tapi Rizu sudah ada dekat sini.. eh eh eh.. Rizu nak cakap dengan Kapten Kaizo"
"Abang Kaizo! Rizu sudah pun belasah Adudu dan robot badut dia dan malangnya Adudu tidak boleh pulihkan mereka semua kerana dia demam teruk. Tadi abang Kaizo telah menolak mereka dengan kuasa abang Kaizo dan terus dia orang tercampak ke dalam kolam" kata Rizu dengan penuh keyakinan "Jangan risau abang Kaizo, esok Rizu akan bawakan segala jenis ubat untuk pulihkan Adudu dari demam dia! Rizu akan pastikan Adudu cepat sembuh dan dia dapat pulihkan abang Fang, abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying juga! Kalau tidak, Rizu akan pukul mereka dengan kayu"
"Ermm.. bagus Rizu" kata Kaizo sambil melihat Boboiboy dan Fang bergaduh lagi "Abang terpaksa pergi dulu, nanti abang akan menghubungi kamu lagi" Kaizo tutup skrin kecilnya itu dan lalu makanan mereka pesan tadi sudah sampai. Mata Boboiboy dan Fang terbulat besar melihat makanan mereka, lebih-lebih lagi 5 ice cream sundae yang begitu besar. Air liur Fang mengalir keluar dan Gopal muncul di hadapan ice cream tersebut
"MACA UNTUK MAKANNNNNNN!" begitu gelojoh sekali mereka makan. Boboiboy makan ice cream dengan tangan dia, Gopal makan burger dia, dia hampir nak tercekik sebab sumbat banyak sangat. Fang makan burger daging dia sahaja, yang lain dia bagi abang dia makan. Yaya dan Ying makan begitu sopan tapi mereka cicah nugget dengan ice cream. Fang makan memang begitu comot, sudah berapa kali dia lap mulut dia dekat jaket ungu dia sendiri
"Pang, jangan lap dekat jaket kau!"
"Tapi.. tapi... tapi.. tapi mulut adik comot" Kaizo menghela nafas dan lap mulut adiknya dengan tisu. Dia melihat mereka berlima makan begitu bahagia dan menikmati makanan mereka tanpa berkata apa. Boboiboy asyik masukkan jari dia ke dalam ice cream, selepas itu dia jilat jari dia
"O.M.G!" Lily muncul dengan mata besar dia "Apa sudah terjadi dengan Boboiboy ku?" Lily masuk ke dalam kedai jungle-gym itu dan angkat topi Boboiboy yang dibaling oleh Fang tadi. Lalu dia pakai topi tersebut "Kenapa Boboiboy makan macam orang tidak bertamadun? demam ke budak ni?"
"Kenapa kau ada dekat sini?" Kaizo pandang Lily dengan renungan maut dia dan dia ternampak sepupu dia, Faye juga ada di situ "Kau pun ada dekat sini juga?"
"Hehehehe... parents Faye bagi datang ke sini. Lagipun Faye rindukan sahabat ku yang tergila-gilakan Boboiboy" Faye melihat sepupu dia sorang lagi sedang makan begitu comot "Apasal dengan Fang?" Dia melihat kawan-kawan Fang yang lain, semuanya perangai seperti kanak-kanak baru nak belajar makan "KENAPA DENGAN DIA ORANG NI?!" Faye cubit pipi Fang sebab comel sangat "Geram betul Faye tengok dia makan comot semacam"
"Hehehehe.. bolehlah aku peras ugut si budak al-" Lily tidak habiskan ayat dia kerana Kaizo asyik perhatikan dia sahaja dengan pandangan maut macam nak makan orang. Muka dia begitu serius dan Lily tersengih sahaja. Dia terus keluarkan kamera dari beg sandang dia "Fang senyum!" Fang dan Faye senyum di depan kamera. Fang dengan mulut comot dia dan Faye dengan peace dia "Faye, tangkap gambar aku dengan Boboiboy" Faye mengambil kamera itu
"Ok! senyum!" Boboiboy senyum dengan mulut penuh dia. Dia tengah makan nugget bersama dengan ice cream. Lily cubit pipi tembam Boboiboy "Comel sungguh gambar tadi" kata Faye
"Sudah habis tangkap gambar dengan dia orang?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Lily dan Faye angguk sahaja "Bagus, jaga mereka berdua sekejap. Aku nak pergi belasah Adudu kerana dia lah buat mereka jadi begini" Kaizo bangun dan terus kaki dia kena peluk lagi oleh adiknya
"Jangan tinggalkan Pang! Jangan tinggalkan Pang!" Fang menangis-nangis di kaki Kaizo. Lily tangkap gambar Fang yang sedang menangis itu "Pang cayangkan abang!"
"Yelah, yelah.. abang tak kan tinggalkan adik" Dia kembali duduk. Fang berhenti menangis dan peluk abang dia dengan tangan dia yang penuh dengan ice cream "Kamu berdua, tolong aku jaga mereka. Aku sudah pening dengan perangai dia orang"
"Baik abang Kaizo!" Lily dan Faye tersenyum nakal melihat mereka. Selepas sahaja mereka semua habis makan, meja bersepah dan melekit. Faye dan Lily membawa mereka pergi ke sinki untuk basuh dan mulut mereka semua
"Pelik aku" kata Faye
"Kenapa pula?" Lily sedang letakkan sabun di tangan Ying dan lalu basuhkan
"Tengoklah dia orang, badan masih dalam umur 12 tahun tapi pemikiran macam kanak-kanak baru nak kenal dunia" Faye pula basuh mulut Fang yang comot itu "Rasa kita orang ni macam kakak dia orang pula. Kalau orang lain nampak, malu kita nanti tapi dia orang nampak comel pula. Betul tak sepupu ku sayang?"
"BETUL BETUL!" Fang bermain-main dengan air dan terus Faye tutup paip air tersebut "Ala.. Pang nak main air"
"Tak boleh, abang kau tengah tunggu tu" Fang terus lari kearah abang dia, takut kena tinggal "Jomlah" kata Faye. Mereka semua keluar dari kedai tersebut. Kaizo cadangkan mereka semua pulang ke rumah dia. Dia akan menelefon ibubapa Gopal, Yaya dan Ying. Dia juga perlu beritahu Tok Aba tentang cucu dia. Kaizo tidak boleh tinggalkan mereka begitu sana, ini semua adalah tanggungjawab dia kerana Adudu punya kena, dia kena tanggung. Dia memaksa Faye dan Lily tidur rumah dia sekali untuk menolong dia. Dia sendiri tidak tahu sampai bila mereka akan begini dan bila agaknya Adudu akan baik dari demam dia
Semasa mereka dalam perjalanan pulang. Boboiboy dan Gopal berhenti dan berlari masuk ke dalam kedai mainan "MAINAN!" Fang menjerit dan terus masuk ke dalam kedai mainan. Yaya dan Ying mengheret Lily dan Faye masuk ke dalam juga. Kaizo terpaksa ikut. Mereka semua buat bising di dalam kedai mainan tersebut
"PANG NAK PEDANG CTAR WARS!" Fang pegang pedang star wars yang berlampu merah itu "WUUUUUUUU! ADA LAMPU!"
"DOPAL NAK BOLA!" Gopal asyik keluarkan bola dari tempat bekas bola. Faye terpaksa mengutip bola-bola tersebut "BOLA BOLA BOLA!"
Boboiboy sedang melihat robot mainan Transformers "WAHHHHHHH!" Selepas itu dia pergi melihat patung besar Ultraman "WOOOOOOO!" Selepas itu dia berlari kearah Fang yang sedang bermain dengan pedang Star Wars "WUUUUU! NAK PEDANG JUGA!" Boboiboy mengambil salah satu pedang mainan star wars dan terus dia berlawan dengan Fang
Yaya pula mengangkat kotak besar mainan masak-masak. Dia tersenyum sambil berikan kepada Kaizo "Yaya nak!" Dia berkelip-kelip mata kepada Kaizo "Boleh kan boleh kan boleh kan?"
"Yelah, bolehlah" Kaizo terpaksa mengalah
"Caya pun mau juga" Ying pegang sebuah istana Lego duplo paling besar dan paling mahal sekali. Dia tersenyum lebar melihat Kaizo
"Yelah, kamu pun boleh juga" Kaizo mengambil kedua kotak mainan itu dan letak di atas kaunter. Yaya dan Ying melompat-lompat kegembiraan. Lily pula, sedang buli Fang dengan ketuk-ketuk kepala Fang dengan pedang mainan
"Boboiboy buat macam ni" Lily mengajar Boboiboy ketuk kepala Fang
"Tapi... Pang tak ticah ke?" Lily cuba fikirkan, ticah tu apa? Baru dia faham, Boboiboy cuba cakap perkataan 'kisah' tetapi jadi 'ticah' pula
"Tak.. Pang ni budak jahat, budak nakal, budak degil.. budak landak" Fang menangis berguling-guling di lantai kerana dia dibuli dan diejek oleh Lily "Tengok tu, menangis aje kerja dia.. isk isk isk, apa nak jadi dengan kau Pang" Lily tidak sedar dengan kehadiran Kaizo dibelakang dia. Boboiboy menarik-narik baju Lily dan tunjuk dibelakang dia
"KENAPA ADIK AKU MENANGIS?"
"ABANG! DIA OLANG BULI ADIK!" Fang peluk kaki abang dia dan menangsi-nangis. Lily tersengih dan bawa Boboiboy pergi ke tempat lain "Pang nak mainan boleh?" Dia tunjuk pedang star wars dekat abang dia
"Ambiklah"
Kaizo terpaksa bayar semua mainan mereka. Yaya dan Ying mengambil satu teddy bear, tambah satu lagi mainan untuk mereka. Gopal dengan bola dia dan juga dengan tangan Ironman. Dia perasan dia adalah Ironman. Boboiboy mengambil pedang Star Wars dah sebuah kereta kawalan jauh. Manakala Fang pula, juga dengan pedang Star Wars dan sebuah play set playdoh
"Kaya betul Kaizo ni" bisik Lily kepada Faye
"Hehehehe.. sepupu dia kaya, dia pun mestilah kaya" Faye ketawa sedikit. Mereka berdua menolong angkat beg plastik mainan dan terus mereka pulang ke rumah
---------------------------------------
Setelah sampai sana di rumah, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berlari ke sana sini di dalam rumah. Faye dan Lily sudah tidak larat lagi nak kejar mereka. Fang masih lagi peluk kaki abang dia seperti ada gam melekat di tangan dia
"Pang, kau sudah boleh lepaskan kaki abang" Fang hanya gelengkan kepala "Jangan nak degil, lepaskan kaki abang!"
"TAK NAKKKKKKK! NANTI CILI BULI ADIK!"
"Cili?" pelik Kaizo. Bila masa Cili buli adik dia? Siapa Cili tu? fikir Kaizo
"Cili tu! tengah main dengan Boboboboboboiboy" Dia tunjuk kearah Lily sedang bermain lawan pedang dengan Boboiboy "Dia ambik pedang Pang" Fang menangis di kaki abang dia
"CILI! eh silap.. LILY! KENAPA KAU BULI ADIK AKU!" Lily terus berhenti bermain, Boboiboy masih lagi ketuk-ketuk, cucuk-cucuk Lily dengan pedang permainan Star Wars dia "Sekali lagi kau buli adik aku. Aku tidak akan membenarkan kau menganggu Boboiboy"
"Jadi, Kaizo bagi kebenaran untuk menganggu Boboiboy pada bila-bila masa sahaja" Mata dia bersinar-sinar dan terus dia melonjat kegembiraan "YAHOOOO! LILY AKHIRNYA DAPAT KEJAR BOBOIBOY SAMPAI DIA MENGALAH!" Lily cubit pipi Boboiboy sepuas-puasnya "Ini sahajalah peluang yang aku ada. Aku akan cubit pipi kau sampai lebam! betul tak pipi pau kacang"
"Nak topi oren" itu yang dijawab oleh Boboiboy. Lily masih lagi memakai topi oren Boboiboy. Dia tersengih dan lalu berikan kembali topi tersebut kepada Boboiboy
"Faye" Kaizo memanggil sepupu dia
"Kenapa abang Kaizo"
"Kau main dengan mereka sekejap, abang nak sediakan makanan untuk mereka semua. Bagi dia orang kenyang, lepas tu tidur. Lepas tu, bolehlah abang pergi ke markas kotak sekejap" kata Kaizo "Pang pergi main dengan Faye sekejap"
"Nanti abang tinggalkan Pang" kata Fang lagi. Dia memeluk erat kaki Kaizo
"Fang, jom kita main dengan permainan tadi" Faye cuba memujuk Fang. Dia rasa kasihan dengan abang sepupu dia "Kita main sama-sama nak tak? Abang Kaizo nak pergi masak sekejap, dia tidak akan tinggalkan Fang"
"Betul?"
"Betul" Faye menghulurkan tangannya kepada Fang dan terus Fang pegang tangan Faye "Kita main playdoh, nak tak? Faye buatkan seekor landak untuk Fang" Kaizo rasa lega sedikit. Dia tinggalkan mereka semua di ruang tamu dan terus masuk ke dapur. Kaizo masak yang mudah sahaja, dia buatkan bubur lobak merah untuk mereka semua. Dia keluarkan semua bahan-bahan dan begitu pantas dia memotong lobak merah tersebut
"Abang Kaizo" Kaizo melihat tepi dan ternampak Rizu
"Apa kau buat dekat sini?"
"Nah! ambiklah! Rizu ambik dekat markas kotak tadi" Rizu berikan botol kecil. Di dalam botol itu, terdapat satu cecair hitam "Rizu pasti! MEREKA SEMUA AKAN KEMBALI PULIH! TERMASUKLAH RIZU SEKALI!"
"Err.. terima kasih" kata Kaizo. Dia tidak begitu yakin dengan cecair hitam itu "Rizu pergi main dekat luar sekejap" Rizu dengan ketawa besar, dia terus keluar dari dapur dan mencari Fang. Keadaan di luar dapur, terus menjadi senyap. Kaizo mengintai dan nampak mereka semua sedang tekun menonton sebuah movie kartun animation iaitu Minion. Kaizo tersenyum sedikit, dia biarkan mereka duduk senyap. Dia bersyukur Lily dan Faye dapat membantu dia, tiadalah dia pening kepala sangat. Dia simpan cecair hitam itu di dalam poket seluar dia. Dia tidak mahu sesiapa terminum dengan air tersebut
Kaizo menyiapkan bubur lobak merah itu dengan keadaan tenang. 1 jam kemudian, bubur itu telah pun sedia. Kaizo pergi periksa keadaan di luar, nampaknya semua sudah tertidur di hadapan television. Keadaan rumah bersepah dan dia rasa, dia juga perlu pergi berehat. Kaizo naik ke atas dan masuk ke dalam bilik dia. Tanpa disedari olehnya, Fang mengikut dia masuk ke dalam bilik
"Pang?" Kaizo terkejut melihat adiknya di muka pintu biliknya "Kenapa kau tidak tidur?"
"Pang nak tidur dengan abang" Fang masuk ke dalam bilik tersebut dan panjat katil abangnya. Dia terus baring disebelah abangnya. Kaizo mendodoi adiknya dan lalu nyanyikan sebuah lagu tidur Fang. Akhirnya Fang tertidur. Kaizo tidak tidur, dia cuma mengambil buku novel cerita hantu dan baca
------------------------------
"Abang Kaizo! abang Kaizo!" Kaizo membuka matanya. Dia sebenarnya tidur semasa dia membaca buku novel beliau sampai keesokan pagi "Abang Kaizo, ada sesuatu terjadi dekat ruang tamu"
"Hah? apa yang terjadi? Mana adik aku?" Fang sudah hilang di sebelah dia. Faye menarik Kaizo untuk keluar dari katil. Dia membawa Kaizo pergi ke balkoni dan tunjuk kepada Kaizo. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying telah bertukar menjadi kanak-kanak kecil "BAGAIMANA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?"
"Mana Faye tahu, abang Kaizo" kata Faye. Lily yang ada di bawah, cuba tenangkan mereka semua yang sedang menangis "Tapi Rizu dan Fang hilang. Faye sudah mencari mereka dekat dalam rumah"
"Dekat luar?"
"Belum lagi" kata Faye dengan nada kerisauaan dia "Abang Kaizo, cubalah hubungi jam kuasa Fang" Kaizo mengikut sahaja kata-kata Faye dan terus dia menghubungi adiknya tetapi tiada siapa yang menjawab
"Faye, kau jaga mereka semua. Makanan ada dekat dapur. Berikan kepada mereka kalau mereka lapar. Biar abang pergi mencari mereka berdua" Faye hanya angguk sahaja. Kaizo memberikan kepercayaan dia kepada mereka berdua "Kalau ada apa-apa yang berlaku, hubungi abang dan kalau boleh, gunakan kuasa mereka jika perlu. Ingat! Itu hanya untuk melindungi diri kamu dan mereka. Jangan guna jam kuasa mereka sesuka hati"
"Baik abang Kaizo" Kaizo rasa berat hati untuk tinggalkan mereka tetapi dia perlu bertindak cepat. Kaizo terus keluar dari rumah dan mencari adiknya dan juga Rizu. Tempat pertama dia pergi adalah kedai Tok Aba. Dia pergi ke sana dan hanya nampak Ochobot dan Tok Aba sibuk melayan pelanggan. Tempat kedua dia pergi adalah markas kotak. Sampai sahaja di sana, dia pecah pintu markas kotak dan terus dia turun ke bawah
"MANA ADIK AKU?"
"ERKK! KA-KA-KAPTEN KAIZO!" terkejut Probe. Habis ubat demam tertumpah di atas muka Adudu "Apa Kapten Kaizo buat dekat sini?"
"Kau pekak ke? aku tadi tanya mana adik aku!" Kaizo datang dekat kearah Probe dan Adudu. Probe menggigil melihat muka Kaizo yang garang itu. Adudu tidak larat nak marah-marah sebab dia sedang demam teruk
"Mana saya tahu, Kapten Kaizo. Tapi semalam saya perasan Rizu mengambil sesuatu dari sini. Saya tak pasti dia ambil formula yang mana satu" kata Probe
"Ka-kapten Kaizo" Adudu bangun sedikit "Saya tahu formula apa yang dia ambil semalam. Formula untuk berkata benar tetapi formula itu tidak cukup sempurna. Saya tidak tahu apa kesan sampingan dia.. ACHUMMMM!" Adudu bersin dan Kaizo tiada rasa simpati terhadap alien kepala kotak itu
"Adakah cecair formula itu berwarna hitam?"
"Ha ah, dia botol kecil, dalam dia warna hitam. Macam botol kicap" kata Probe. Kaizo periksa poket dia dan dapati botol itu sudah tiada "Kenapa Kapten Kaizo? Rizu ada bagi dekat Kapten Kaizo ke?"
"Yea, dia ada bagi dekat aku semalam" tanpa berkata apa lagi, Kaizo terus keluar dari markas kotak. Dia cuba menghubungi adiknya lagi tetapi gagal "Mana adik aku ni" Dia terus ke rumah Rizu, mungkin mereka ada di sana, fikir Kaizo. Tanpa membuang masa, dia terus ke sana. Dia mengambil jalan yang pantas untuk ke rumah Rizu. Semasa dia dalam perjalanan ke sana, dia nampak Rizu yang sudah kelihatan remaja sedang mendukung adiknya yang sudah menjadi bayi.
"BAYI?!" Tetapi Rizu sudah berubah menjadi seorang remaja. Dia menghubungi Faye dan terus Faye mengangkat panggilan itu "Faye! adakah mereka telah bertukar menjadi bayi?"
"Ha ah, dia orang tengah menangis dekat sini. Jangan risau, Lily tengah pergi belikan susu. Abang Kaizo sudah jumpa dia orang?"
"Sudah tapi aku kena pergi sekarang" Kaizo menutup skrin kecil itu "RIZU!" Kaizo memanggil Rizu tetapi Rizu lari daripada Kaizo "KENAPA KAU LARI DARI AKU?" Dia mengejar Rizu
"Jangan! jangan kejar Rizu!"
"RIZU! BERHENTI! SEBELUM AKU AJAR KAU DENGAN KUASA AKU!" terus Rizu berhenti. Muka dia kelihatan cemas "Kenapa kau lari dari aku?"
"Sebab Rizu terbagi abang Fang minum air semalam. Air hitam tu dan terus dia jadi bayi. Rizu takut abang Kaizo marah tapi Rizu tidak sangka pula Rizu membesar menjadi remaja" Rizu memberikan Fang kepada Kaizo "Maafkan Rizu. Saya cuma ingin betulkan keadaan sahaja. Pagi tadi Rizu nampak abang Fang tidur sebelah abang Kaizo. Lepas tu Rizu nampak botol kecil yang Rizu bagi semalam dan Rizu bagi abang Fang minum. 2 minit selepas itu, terus dia jadi bayi. Rizu panik, terus Rizu ambik abang Fang dan lari dari rumah. Masa itu semua tengah tidur"
"Rizu jangan sedih, bukan Pang sahaja yang jadi bayi tetapi kawan-kawan dia juga menjadi bayi. Nampaknya, kita perlu buat sesuatu untuk pulihkan mereka semua. Kalau tidak, mereka akan menjadi bayi selama-lamanya atau hilang dari dunia ini tetapi aku tidak faham, kenapa kau seorang sahaja yang menjadi remaja dewasa" Kaizo melihat Rizu yang sudah remaja. Dia semakin tampan dan kecomelan dia semasa kecil sudah hilang. Suara dia juga sudah bertukar menjadi seorang lelaki yang sejati
"Mana saya tahu, abang Kaizo"
"Hmm.. mari kita balik" Rizu mengikut Kaizo pulang ke rumah. Dia perhatikan sahaja Kaizo bermanja dengan Fang yang telah bertukar menjadi bayi comel. Dia nampak muka Kaizo tidak begitu serius tetapi nampak bahagia dan tenang sekali. Kaizo dukung Fang dengan penuh kasih sayang
"Pang sungguh comel. Abang hampir lupa bagaimana rupanya adik abang semasa dia bayi dulu" Kaizo geletek badan Fang. Rizu hanya tersenyum sahaja
"KAPTEN KAIZO!" Kaizo menoleh kebelakang dan nampak Probe dengan sebuat tembakan pistol "KAPTEN KAIZO! SAYA DATANG NAK PULIHKAN MEREKA"
"Hmmm? pulihkan atau nak jahanamkan mereka lagi!"
"Jangan marah Kapten Kaizo. Pistol ini baru sahaja saya beli dekat Bagogo semasa encik bos saya sedang tidur" kata Probe
"Kenapa tiba-tiba sahaja kau nak tolong kami pula? Bukannya kau tu sama jahat dengan bos kau ke?"
"Begini Kapten Kaizo.. hehehe... kalau kita orang berjaya kalahkan Boboiboy dan kawan-kawan dia. Mesti cerita ini sudah tamat.. jadi saya kenalah pulihkan mereka semua untuk teruskan cerita ini. Kalau tidak, mesti ada orang belasah kami kerana berjaya mengalahkan Boboiboy dan rakan-rakan dia.. hehehehe"
"Tapi robot badut, Kapten Kaizo masih ada lagi.. maknanya korang belum kalah lagi" Rizu menyibuk pula "Jadi Probe nak dia orang menang dan Adudu kalah lagi sekali. Patutlah Adudu selalu marah Probe sahaja setiap hari sebab selalu gagalkan rancangan dia, tapi Probe lebih baik daripada si kepala kotak tu" Probe rasa malu pula sebab ada orang puji dia "Betul ke alat ini boleh pulihkan mereka?"
"Percayalah kata aku, sebab pistol semalam pun aku yang tukang beli. Encik bos suruh aku pilih, aku pilih lah yang ni dan aku tak kan termakan dengan pujukan dari si Bagogo yang suka sangat menipu orang! Kapten Kaizo letak baby landak ni dekat atas jalan dan saya akan jalankan tugas saya untuk pulihkan dia!" kata Probe dengan gembiranya "Mesti saya kena ketuk lagi selepas ini" Probe buat muka sedih "Tapi takpe! kalau tidak, nanti Edisi Malam Minggu tiada tetamu dari Boboiboy, Gopal dan landak"
"Kau sudah habis drama kau dekat situ?" Kaizo sudah bosan menunggu Probe habis bercakap. Probe ketawa sedikit dan terus dia pulihkan Fang. Sebuah cahaya menyinari disekeliling Fang dan badan dia berubah menjadi budak-budak 12 tahun tapi dia masih lagi hisap jarinya. Probe dan Rizu ketawa sedikit. Probe menyesal tidak bawa kamera dia, kalau tidak, boleh dia tangkap gambar Fang tengah tidur sambil hisap jari dia
"PANGG! BANGUNNNNN!"
"Adik nak tidur, janganlah kacau!" kata Fang yang masih lagi tidur. Kaizo rasa lega kerana adik dia sudah pulih tetapi dia risau pula dengan cecair formula yang Rizu bagi adik dia minum
"Robot badut, Rizu telah berikan formula itu kepada adik aku. Adakah ia akan berkesan lagi atau sudah hilang selepas sahaja kau pulihkan dia tadi?" tanya Kaizo kepada Probe
"Hmm.. itu saya tak pasti tapi Kapten Kaizo kena hati-hatilah selepas ini sebab formula itu akan menyuruh Fang bercakap benar tapi kesan sampingan dia, saya tidak pasti. Tapi Kapten Kaizo jangan risau, encik bos saya beritahu, formula itu hanya berfungsi selama 24 jam sahaja sebab itu encik bos tak nak guna" kata Probe
"Baiklah, sekarang kau pulihkan Rizu" Probe mengikut arahan Kaizo tadi. Dia tembak kearah Rizu dan dia juga turut berubah menjadi umur asal dia
"PIZU SUDAH PULIH! YEAHHHHHHH!" Rizu pergi kearah Fang dan kejutkan dia yang masih lagi tidur di atas jalan "BANGUN ABANG FANG! bangun!"
"Biarkan sahaja dia Rizu.. biarkan dia tidur dekat atas jalan. Biarkan dia kena langgar dengan kereta" terus Fang bangun setelah dia terdengar kata-kata abang dia "Baru kau nak bangun! SUDAH! mari kita pulang.. kita kena pulihkan yang lain juga"
------------------------------------
Fang terkejut melihat rumah dia bersepah. Barang-barang mainan berselerak di merata tempat, dinding rumah dia ada beberapa playdoh yang dilekat oleh dia sendiri dan ada beberapa sisa makanan tertumpah di atas lantai
" . ?!" Kaizo menolak adiknya masuk ke dalam rumah
"Kasihan abang Fang, nanti Pizu tolong abang Fang ok!" Rizu pegang tangan Fang. Lily dan Faye keluar dari dapur dengan rambut mereka yang sudah serabai, macam orang tak sikat rambut sebulan. Muka mereka kelihatan letih
"Apasal dengan korang? Nampak macam orang gila baru terlepas dari rumah pemulihan orang gila" kata Fang. Dia terus tutup mulut dia. Dia tidak sangka pula dia cakap begitu. Faye dan Lily berikan pandangan maut kepada Fang
"Mana mereka?" tanya Kaizo
"Ada dekat dalam bilik tengah tidur" kata Lily sambil menguap besar. Probe masuk ke dalam bilik dan terus dia pulihkan mereka semua. Mereka terdengar Yaya dan Ying menjerit di dalam bilik tetamu
"Apasal pula tu? takut dengan hantu ke atau mereka yang jadi hantu?" kata Fang. Ying dan Yaya berlari keluar, selepas itu Boboiboy dan Gopal pula keluar
"Eh, apa jadi dengan rumah ni?" tanya Yaya
"Hmm.. kamu semua tidak ingat apa yang berlaku semalam?" mereka semua gelengkan kepala kecuali Rizu. Dia seorang sahaja yang ingat apa yang terjadi dekat diri dia. Maka Kaizo, Lily, Faye dan Rizu ceritakan apa yang berlaku semalam. Probe hanya dengar sahaja cerita mereka kerana dia terlampau teruja tetapi Kaizo tidak beritahu pula tentang cecair formula Adudu itu. Buat masa sekarang, biarkan ia menjadi rahsia tetapi Kaizo ada sedikit rasa risau. Dia takut dengan kesan sampingan dia nanti, mungkin buruk atau baik. Dia sendiri tidak tahu
Kaizo melihat adiknya tergelak dengan kawan-kawan dia. Jangan risau Kaizo, cuma 24 jam sahaja, tak mungkin benda buruk akan terjadi nanti esok atau hari ini, kata dihati Kaizo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top