Video Game


"Woi, woi.. kau ke sana lah sikit. Aku nak serang orang jahat tue"

"Mana boleh, itu aku yang punya. Kau serang ajelah yang dekat belakang tue"

"Isk, mana boleh.. kau jelah yang serang"

"Kau nie Fang, cakap jelah yang kau tak reti main video game"

"APA KAU CAKAP! aku reti lah"

"Eleh, baru pertama kali main, dah tunjuk belagak. Tengok aku nie, semenjak umur 5 tahun lagi, aku dah pandai main video game, Appa aku yang ajar, kau apa tahu"

"Isk korang nie, nak main video game atau nak bergaduh" kata Boboiboy yang dari tadi melihat Fang dan Gopal bergaduh sebab main video game. Semenjak awal pagi tadi lagi mereka asyik bermain video game di rumah Fang. Gopal yang bawak video gamenya dan ajak Boboiboy bermain di rumah Fang. Kalau main dekat rumah dia, mesti Appa dia marah sebab asyik main video game. Kalau dekat rumah Boboiboy pula, mesti kena marah juga dengan Tok Aba, jadi mereka main video game dekat rumah Fang, selamat sikit. Inilah pertama kalinya Fang bermain video game.

"APA YANG KAMU TENGAH BUAT NIE" Boboiboy, Gopal dan Fang terkejut kerana Kaizo muncul di belakang sofa yang mereka sedang duduk

"Adik tengah main video game dengan dia orang" kata Fang

"Video game? Hari tue kau dah gagal dalam ujian matematik, kau masih lagi nak bermain" Kaizo memandang adiknya

"Abang kata abang tak marah dengan adik gagal ujian matematik hari tue"

"Itu hari tue, ini hari nie. PERGI ULANG KALI!" Dengan segera Fang terus berhenti main video game. Gopal dan Boboiboy baru sahaja hendak mengemas video game Gopal tetapi Kaizo menghalang mereka

"Jangan kemas, aku nak tengok, apa seronok sangat dengan video game nie" Lalu Kaizo mengambil salah satu controller video game tersebut dan terus dia bermain. 5 minit menjadi 10 minit, 1 jam menjadi 2 jam. Kaizo masih belum lagi berhenti bermain

"Wei Fang, berapa lama abang kau nak main video game" kata Boboiboy yang sedang melihat Fang mengulangkaji matematik. "Entahlah, aku mana tahu"

"Dasyatnya Kapten Kaizo. Ini dah stage yang terakhir" kata Gopal yang dari tadi asyik melihat Kaizo bermain video game "Aku sendiri pun tak pernah sampai stage terakhir"

Setelah selesai Kaizo menang di stage terakhir, dia menyuruh Gopal pasang game yang lain pula. "Aduh, abang aku nie. Terus minat main video game" Fang menghantuk-hantuk kepala dia dekat buku latihan matematik. "Hehehe.. terbaik" kata Boboiboy

Hari sudah bertukar malam, Boboiboy dan Gopal sudah pulang ke rumah tetapi Kaizo masih lagi bermain dengan video game. Fang pula terpaksa masuk tidur sebab esok sekolah, dia sendiri pun tak tahu berlama lagi abang dia akan bermain video game.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan paginya, Fang ternampak sehelai nota khas untuk dia, daripada abangnya. Abang dia mengatakan bahawa dia telah kembali ke kapal angkasanya dan akan pulang ke bumi esok. Fang dengan begitu bahagianya, dia terus menjerit "YAHOOOO! AKU BEBAS HARI INI!"

Kegembiraan Fang tidak berhenti di situ sahaja, Gopal yang sampai lebih awal daripada Boboiboy, dia melihat kelas begitu berbeza sekali. "Betul ke apa yang aku nampak nie" Gopal mengosok-gosok matanya. "Selamat pagi Gopal" muncul Boboiboy

"Wei wei, cuba kau lihat kelas kita, nampak tak perbezaan" kata Gopal sambil menunjuk kelas mereka.

"Perbezaan? apa yang kau cuba cakap nie, aku tak fahamlah"

"Dey, kau tak nampak ke. Tingkap kelas kita dah ada langsir, meja kita semua dah kena balut dengan kertas lutsinar. Tengok dekat dinding, siap kena tampal dengan hiasan bercorak-corak lagi" Barulah Boboiboy perasan yang kelas mereka begitu indah dan bersih sekali

"Ala, ini mesti Ying dan Yaya yang buatkan"

"Bukan kita orang, orang lain yang buat semua tue" muncul pula Yaya dan Ying.

"Habis tue siapa yang buat?" tanya Boboiboy sambil masuk ke kelas 5 Jujur dan nampak Fang sedang tidur di mejanya. "Siapa lagi kalau bukan si Fang yang buat. Entah-entah dia terkena pistol emosi Y" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Tak mungkinlah" kata Boboiboy. Fang terjaga daripada tidurnya dan mengeliat dengan begitu gembira sekali. "Aku sungguh bahagia hari ini"

"Kan aku dah kata, Fang dah terkena pistol emosi Y" kata Gopal

"Woi, bila masa aku terkena pistol emosi Y. Aku hari nie gembira sebab abang aku takde hari nie"

"Patutlah kau bahagia semacam, sampai kelas kita orang pun jadi mangsa kau" kata Yaya

"Mestilah. Kalau tak, abang aku mesti kacau aku lagi" kata Fang. Dalam hati dia pula kata lain, Kalau tak, dia mesti pergi beli biskut Yaya dan paksa aku makan

"Yelah Fang, gembiralah kau. Esok-esok tension balik, yang jadi mangsa, mesti aku. Lepas tue lari ke rumah Boboiboy, takde tempat lain ke nak lari. Boboiboy, Boboiboy, Boboiboy, Boboiboy yang kau cari. Yang aku nie, tempat lepaskan kemarahan kau jelah. Lepas nie, kalau Boboiboy dah balik rumah ibu bapa dia, jangan cari aku. Pergilah ikut si Boboiboy tue. Mentang-mentanglah dia paling rapat dengan kau"

Lepas tue, faham-faham sendirilah. Gopal terus kena dengan harimau bayang Fang.

----------------------------------------------------------------------------------------

Esok, lepas tamat sesi persekolahan, Fang pulang ke rumah. Dia tahu abang dia akan pulang ke bumi pada hari ini tapi bila, entahlah. Dia jalan begitu pelahan sekali, dia tahu lepas ini mesti kena kacau, kena buli, kena latihan tempur dia tue.. macam-macam lagi lah. Kebahagiaan Fang hanyalah sementara sahaja. Apa nak buat, dah nasib kau lah Labu.. eh silap, Fang (bukan Labu).

Fang membuka pintu rumahnya tapi bukan abang dia yang ada, Lahap yang muncul dekat ruang tamu. "Hah! sampai pun kau. Cepat, Kapten Kaizo sedang menunggu kau dekat kapal angkasa"

"Ka-kapal angkasa?" Aku dah kena balik ke? Tapi aku belum ucapkan selamat tinggal dekat dia orang, fikir Fang

Lalu Fang ikut sahaja Lahap tanpa banyak soal. Setelah Fang dan Lahap kembali ke kapal angkasa, Lahap membawa Fang ke tempat latihan tempur "Latihan tempur lagi"

"Ini bukan latihan tempur biasa, INI ADALAH LATIHAN TEMPUR VERSI VIDEO GAME! HAHAHAHAHA!" kata Kaizo secara tiba-tiba. Versi video game? apalah abang aku dah buat nie, fikir Fang sambil menepuk dahinya. Habislah aku, abang dah kembali ke tahap sadis dia yang dahulu tue, fikir Fang lagi

"Kau Pang akan bertarung dari stage pertama sampai ke stage yang ke seratus" kata Kaizo lagi

"stage pertama ke stage seratus?!" Abang aku dah gila rupanya, fikir Fang lagi.

"Ya, betul tue Pang. Kau kena selamatkan kawan-kawan yang ada dekat penjara kecik tue" kata Lahap sambil menunjukkan penjara kecil. Di dalam penjara tersebut terdapat Boboiboy dan Gopal. Aik, dia orang pun kena sekali?

"Jikalau kau kalah, kawan kau akan gantikan tempat kau dan kau pula akan di masukkan ke dalam penjara. Kalau ketiga-tiga kamu kalah, sampai esok kamu tidak boleh keluar daripada penjara kecik TUE" kata Kaizo dengan senyuman sadis dia tue.

"TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!" terus menjerit Boboiboy, Gopal dan Fang. Nasib korang lerr...

eh belum tamat lagi

--------------------------------------------------------------------------------------

Esok, waktu sesi persekolahan sudah bermula. Yaya dan Ying yang baru sahaja sampai ke kelas dan nampak Boboiboy, Fang dan Gopal kelihatan lesu, pucat dan penat. Mereka seperti tidak begitu bermaya sekali.

"Kenapa dengan korang nie?" tanya Yaya

"INI SEMUA SALAH GOPAL! Siapa suruh bawak video game dekat rumah aku" kata Fang dengan begitu marah.

"Apasal salah aku pula, salah abang kau lah. Yang abang kau gila sangat sampai buat latihan tempur versi video game buat apa" kata Gopal

"Salah kau juga. Yang kau pergi kalah dekat-dekat akhir stage siapa suruh. Tak sampai 2 minit, kau dah kalah. Kalau tak, boleh aje kita orang dapat lepaskan diri daripada penjara kecik tue"

"Wei Fang, ingat senang ke stage ke 97 tue. Susah sangat stage tue"

"Video game biasa ke, latihan tempur versi video game ke, bergaduh juga korang" kata Boboiboy yang sedang mengantuk sebab tidak dapat tidur dengan selesa dekat penjara kecik tue.

"Lorr... ini semua sebab video game ke. Hah, siapa suruh main video game lama-lama, kan dah kena dengan Kapten Kaizo" kata Yaya sambil mengelengkan kepala dekat dia orang

"Yolah, kalau nak main pun, main lah 30 minit aje" kata Ying. Nampaknya Gopal dan Fang masih lagi bergaduh sampai Boboiboy pun turut ikut sama bergaduh. Yaya dan Ying biarkan sahaja dia orang bergaduh, lagipun Yaya dah siap-siap tulis nama dia orang dekat buku denda dia.

Setelah habis sesi persekolahan, Fang rasa takut nak balik rumah sebab takut kena lagi dengan latihan tempur abang dia. Kalau dia pergi lari ke rumah Boboiboy pun, sama juga. Abang dia akan cari dia dekat sana nanti. Jadi dia terpaksa balik rumah dan hadapi apa sahaja yang akan berlaku seterusnya.

Ternyata, tekaan dia memang betul. Lahap telah mengambil dia dan mereka kembali ke kapal angkasa semula.

"Latihan tempur versi video game lagi ke, abang?" tanya Fang dalam nada ketakutan

"Betul tue Pang. Tapi hari ini versi game lain pula. Dari stage pertama ke stage seribu" kata Kaizo. Fang rasa macam nak pengsan pula. Dah semakin gila abang aku nie, seribu stage?! Nak bagi aku masuk hospital ke apa abang aku nie, fikir Fang

"Kali nie, kau akan bertarung seorang sahaja. Tiada kawan kamu untuk menggantikan tempat kau Pang. Kau perlu selamatkan kawan-kawan kau" Kaizo tunjuk ke arah Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang berada di dalam penjara besar (penjara kecik tak muat untuk 4 orang) "Kalau kau kalah, kau kena ulang balik semula ke stage pertama, PAHAM!" kata Kaizo lagi. Kesian Yaya dan Ying jadi mangsa juga. Habislah mereka bertiga esok, mesti kena belasah dengan Yaya dan Ying

Fang betul-betul rasa nak pengsan. "TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK!"

Siapa cakap main video game dekat rumah Fang lagi selamat, lagi teruk kena adalah.. hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top