Siapa Fang?
"Abang"
"yea adik"
"Maafkan adik sebab adik kotorkan jaket kegemaran abang"
"Takpe adik, abang maafkan"
Itu hanyalah memori kisah silam mereka berdua. Kaizo dan Fang tetap sayang menyayangi satu sama lain tetapi disebabkan sikap abang dia sudah berubah, kehidupan mereka juga, turut berubah. Pagi-pagi lagi Kaizo sudah memarahi adik dia kerana tumpahkan sup lobak merah ke atas jaket biru kegemaran dia dan juga jam kuasa abang dia. Kaizo begitu bengang sekali, jam kuasa itu pemberian ayah dia. Jam kuasa itu masih lagi boleh berfungsi, cuma ada kerosakan sedikit. Ochobot boleh sahaja betulkan jam kuasa Kaizo tetapi dengan sikap Kaizo yang sungguh garang, tegas dan ganas, dia tidak henti-henti memarahi adik dia. Fang rasa sangat takut dengan sikap abang dia yang garang itu, terus lari dari rumah dan sorokkan diri di rumah Boboiboy. Dia tahu, dia yang buat salah. Dia tidak sengaja tumpahkan sup itu.
"Fang?" Panggil Boboiboy "Fang? janganlah macam nie, janganlah sedih" Boboiboy berasa risau dengan kawan baik dia. Semenjak dia sampai di rumah Boboiboy, Fang tidak bercakap langsung sehinggalah sekarang.
"Kau tak tahu abang aku Boboiboy. Dulu masa waktu kita orang kecik-kecik lagi, dia selalu maafkan aku, sekarang semuanya sudah berubah" Akhirnya Fang berkata juga
"Tapi dia marah kau macam mana pun, dia tetap sayangkan kau kan" kata Boboiboy. Fang hanya terbaring sahaja di atas katil Boboiboy sambil fikirkan apa yang dia telah lakukan tadi. Air matanya mengalir dan membasahi bantal Boboiboy "Fang?" Fang kembali senyap. Dia tidak mahu bercakap lagi, dia hanya ingin bersendirian. Ochobot masuk ke dalam bilik Boboiboy dan mengajak dia keluar "Biarkan Fang bersendirian dulu" kata Ochobot. Lalu mereka berdua beredar dan tinggalkan Fang keseorangan.
"Kalaulah aku tidak wujud di dunia ini, mesti abang aku hidup bahagia" itulah kata-kata terakhir Fang sebelum dia terkena tembakan dari Probe. Kenapa Probe tembak dia?
1 jam yang lepas
"Wei Probe, apa yang kau beli dekat Bagogo?" kata Adudu yang sedang mengangkat sebuah kotak yang agak berat dan besar. Probe begitu teruja sekali kerana pesanan dia sudah sampai akhirnya. "Hah, Aku dah beli sebuah pistol dari Bagogo"
"Pistol apa?" Probe mengambil kotak tersebut dan lalu dia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat pistol yang agak besar dan berat tapi pistol itu cun melecun dan harga dia memang mahal. Untunglah Adudu ada kredit kad pemberian ibu dia. "Inilah dia, Pistol untuk menghilangkan seseorang. Mahal nie encik bos"
"Canggih juga pistol nie. Probe, bagus juga kau beli pistol serba guna nie. Probe, kau pergi tembak mana-mana superhero yang ada dekat sini tapi paling penting sekali, Kapten Kaizo perlu hilang dari permandangan aku!"
"Baik encik bos! sekarang juga saya akan jalankan tugas saya" Probe dengan senang hati mengambil pistol itu dan terbang keluar dari markas kotak. Dia tidak sabar untuk menggunakan pistol itu. Probe mencari mangsa pertama dia. Dia pergi ke kedai Tok Aba tetapi tiada pasukan superhero di sana. "Mana dia orang pergi" kata Probe. Probe teruskan pencarian dia sehinggalah dia terjumpa Fang yang sedang berjalan kesedihan. Probe mengekori dia dari belakang.
Probe melihat Fang sedang menuju ke rumah Boboiboy, jadi dia menunggu sahaja waktu yang bersesuaian untuk menembak Fang. Sampai sahaja di rumah Boboiboy, Probe memerhatikan Fang lagi. Dia telah masuk ke dalam rumah, dan Probe nampak Fang sudah berada di dalam bilik Boboiboy. Probe cuba dekatkan diri dia ke tingkap bilik Boboiboy. Dia mendengar perbualan mereka dan akhirnya dia terdengar kata-kata Fang "Kalaulah aku tidak wujud di dunia ini, mesti abang aku hidup bahagia" Probe dengan gembira menunaikan permintaan Fang tadi, dia menembak Fang dengan pistol dia. Lalu Fang terus hilang dalam sekelip mata. Semuanya berubah, tiada siapa ingat tentang kewujudan Fang kecuali Probe. Dia sorang sahaja yang ingat. "Aku berjaya! nampaknya aku kena bagitahu encik bos"
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo yang berada di rumah sedang bersihkan jaket dia, tiba-tiba dia rasa ada sesuatu yang berlaku. Dia melihat jaket dia, dia cuma fikirkan balik. Kenapa jaket dia kotor, siapa yang buat? Dia melihat jam kuasa dia, ada sedikit kerosakan, tapi siapa yang buat. Kaizo seperti terlupakan sesuatu. Mungkin perasaan dia sahaja. Kaizo sambung balik mencuci jaket kegemaran dia.
Selepas itu, dia terus ke ruang tamu untuk sambung balik membaca novel cerita hantunya. Kaizo ternampak satu album berwarna hitam di atas meja ruang tamu, dia mengambil dan membuka album gambar tersebut. Dia melihat gambar ibubapa dia. Entah kenapa, ada sesuatu sedang memanggil-manggil nama dia "abang, abang"
Kaizo menoleh kebelakang dan dapati tiada siapa di situ. Mungkin terlampau banyak sangat latihan tempur sampai dia terlupa hendak berehat. Mungkin juga, fikir Kaizo. Dia membuka mukasurat seterusnya, dia melihat gambar-gambar dia dengan budak-budak bumi. Dia kenal mereka semua tetapi macam mana dia mengenali mereka. Kawan-kawan aku ke? atau kawan seseorang? fikir Kaizo. Dia berasa seperti ada sesuatu yang hilang, sesuatu yang perlu wujud di dalam hidup dia tetapi apa dia. Kaizo cuba fikirkan balik tapi tiada satu apa pun yang keluar di pemikiran dia.
Kaizo melihat muka-muka budak bumi itu "Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying" dia berhenti. Ada seorang lagi patut wujud sekali di dalam gambar tersebut, tapi siapa? Kaizo melihat mukasurat seterusnya. Kaizo nampak semua gambar dia keseorangan. Sunyi, itulah yang dia terfikir di dalam kepala dia. "abang, selamatkan adik"
Kaizo terdengar suara itu lagi. Dia berdiri dan melihat sekeliling rumah dia. Tiba-tiba dia terfikir, bukan ke dia patut berada di kapal angkasa, kenapa dia ada di sini, di bumi? Bagaimana dia ada sebuah rumah di sini? Kaizo pegang kepala dia, dia menjadi semakin pening.
"Abang, maafkan adik"
"Suara itu lagi" Suara itu seperti dia pernah dengar sebelum ini tetapi di mana. Dia cuba berfikir dari mana suara itu dia pernah dengar tetapi ada sesuatu menghalang dia, sesuatu seperti sebuah memori yang hilang. Kepala dia menjadi lebih pening dan dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pergi berjalan-jalan untuk mengambil udara segar. "Ini semua hanyalah mainan pemikiran aku sahaja" kata Kaizo. Dia berjalan-jalan di sekitar taman dan terus ke kedai Tok Aba. Di situ dia nampak 4 orang budak sedang bergurau senda, yang bertopi oren itu ialah Boboiboy. Badan gempal dan kuat makan, ialah Gopal. Gadis bertudung pink, berwajah ayu ialah Yaya dan terakhir sekali, bercermin matakan bulat ialah Ying
Kaizo masih lagi berfikir, bagaimana dia mengenali mereka berempat. "Kapten Kaizo!" mereka melampai-lampai ke arah dia. Lalu dia pergi menyertai mereka di kedai Tok Aba.
"Abang, tolong adik"
Kaizo berhenti berjalan. Suara itu datang lagi. "Adik? aku ada adik?" Mungkin kalau dia bertanya kepada mereka, mungkin mereka dapat membantu dia. "Kapten Kaizo, marilah duduk dengan kita orang dekat sini" kata Boboiboy sambil menunjukkan bangku kosong di sebelah dia. Kaizo mengambil tempat duduk itu. "Hot Chocolate satu yea, atok" kata Kaizo kepada Tok Aba
"Kapten Kaizo, kenapa dengan muka Kapten Kaizo?" tanya Yaya
"Muka aku? kenapa dengan muka aku?"
"Yolah, muka Kapten Kaizo nampak pucat" Ying melihat lagi muka Kaizo. Muka Kaizo betul-betul pucat setelah dia mendengar satu suara yang sangat halus, seperti suara hantu. "Aku mahu bertanya. Bagaimana aku boleh mengenali korang semua?"
"Errr... macam mana yea" kata Gopal "Entahlah, kami pun sudah lupa tapi kami kenal Kapten Kaizo. Yang kami tahu, Kapten Kaizo adalah pahlawan yang terhebat dan paling di takuti oleh alien-alien jahat di seluruh galaxy!" Mereka tergelak melihat aksi Gopal.
"Tapi kita orang cuma ingat, Kapten Kaizo datang ke sini untuk rampas jam kuasa kita orang" kata Boboiboy "tak silap Boboiboy, Kapten Kaizo terbang balik ke angkasa, lepas tue saya tak ingat sebab apa kapten Kaizo datang ke sini balik"
"Bukan ke Kapten Kaizo datang ke sini balik sebab nak kalahkan si ratu gila tue ke?" kata Ying kepada Boboiboy. Kaizo teringat tentang kejadian itu, musuh dia yang membunuh ibubapa dia pada suatu ketika dahulu.
"abang, selamatkan adik"
Suara itu lagi. Boboiboy dan lain-lain nampak muka Kaizo berubah. "Kenapa Kapten Kaizo?" tanya Boboiboy
"Takde apa-apa. Oh yea, aku mahu kau betulkan jam kuasa aku" kata Kaizo kepada Ochobot. Ochobot terbang ke arah Kapten Kaizo dan scan jam kuasa tersebut. "Ada sedikit kerosakan, macam mana boleh rosak, Kapten Kaizo?" Lalu Ochobot memperbaiki balik jam kuasa Kaizo. Dia hanya perlukan masa yang sekejap sahaja untuk baiki balik jam kuasa itu.
"Itu yang aku terfikir dari tadi. Aku tidak ingat bagaimana jam kuasa aku boleh rosak" Mereka berasa pelik, tidak pernah pula mereka melihat Kaizo terlupakan sesuatu. Kali ini Kaizo terdengar suara tadi sedang menangis. "Ma-maafkan adik, abang. Aa-adik tak se-sengaja" Kaizo berdiri dan melihat sekeliling kedai Tok Aba. "Kapten Kaizo?" Boboiboy memanggil dia
"Kau, kau tak dengar suara tadi?"
"Suara?" kata mereka berempat. Mereka pandang satu sama lain, mereka tertanya-tanya, kenapa dengan Kapten Kaizo pada hari ini, fikir mereka. "Kapten Kaizo, mungkin Kapten Kaizo perlukan berehat" kata Yaya. Kaizo kembali duduk sambil memegang kepala dia. Dia rasa diri dia sudah menjadi seorang yang tidak siuman.
"Mungkin tapi suara tadi seperti aku pernah dengar sebelum ini" Tok Aba memberikan secawan Hot Chocolate kepada dia "Kaizo, minum nie. Lepas tue kau pulang, pergi berehat. Banyak sangat kerja kau buat nie" Kaizo senyum selepas sahaja dia mendengar nasihat dari Tok Aba.
"Terima kasih Tok Aba" kata Kaizo. Dia mengangkat dan suara itu datang lagi "Abang, selamatkan adik. Selamatkan Pang" Cawan yang dia pegang tadi terlepas dari tangan dia dan lalu cawan itu terhempas di kaunter meja dan pecah. Air hot chocolate tumpah di atas kaunter meja, Ochobot cepat-cepat lap hot chocolate yang tumpah tadi itu.
"Pang" itu yang keluar dari mulut Kaizo
"Pang? apa tue Kapten Kaizo" tanya Boboiboy yang ada di sebelah dia. Dia berasa pelik dengan kelakuan Kaizo hari ini, seperti ada sesuatu yang terjadi dengan dia pada hari ini. "Yea. Pang. itu yang aku dengar dari suara itu tadi. Dia cakap nama dia Pang" kata Kaizo. Dia bersambung lagi "Boboiboy, aku pernah ada adik ke sebelum ini?"
"Adik?" Boboiboy cuba fikirkan balik. Dia tidak ingat jikalau Kaizo ada adik atau tidak. Yang lain juga cuba fikirkan balik tetapi seperti ada sesuatu yang telah terpadam dalam memori mereka semua. "Betul ke apa yang Kapten Kaizo dengar tadi?" tanya Yaya
"Entah-entah Kapten Kaizo terdengar ada orang nak kena lempang kot" kata Gopal. Kaizo merenung ke arah Gopal. "Maaf, saya bergurau sahaja" tersengih Gopal.
"ABANG! SELAMATKAN ADIK!" suara itu datang lagi
Tiba-tiba sahaja kepala Kaizo menjadi sakit seperti terkena tikaman pisau. Kaizo menjerit kesakitan. Kaizo meronta-ronta di situ. Dia bangun dan berlari keluar dari kedai. Dia tidak tahan dengan kesakitan di kepala dia. Dia memegang kepala dia dengan kedua belah tapak tangannya dan lalu dia terduduk di tanah "Arghhhhh! jangan ganggu aku, jangan ganggu aku!" Kaizo menjerit sekuat hati.
"Kapten Kaizo? kenapa? siapa yang ganggu Kapten Kaizo?" Boboiboy berlari ke arah Kaizo, dia cuba tenangkan Kaizo. "Jangan ganggu aku" Air mata Kaizo mengalir keluar. Tok Aba yang sudah berada di sisi Kaizo, melihat Kaizo seperti dia kehilangan seseorang. "Kaizo? Kau terlupakan seseorang ke?" tanya Tok Aba. Kaizo hanya diam sahaja, air mata dia tidak berhenti-henti mengalir. Kenapa dia macam kenali nama Pang, fikir Kaizo. Apa yang sudah terjadi sebenarnya, fikir Kaizo lagi.
"Abang, selamatkan Pang. Selamatkan Pang... selamatkan adik" Suara itu menjadi lebih sayu "Selamatkan adik"
"Pang? Pang? Siapa Pang? SIAPA KAU SEBENARNYA?" Kaizo sudah tidak tahan lagi, dia rebah ke tanah dan lalu dia pengsan di situ. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot menjadi panik. "Kapten Kaizo! Kapten Kaizo!" Boboiboy memanggil nama dia tapi dia masih tidak sedarkan diri. Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot berlari ke arah Kaizo yang sedang terbaring di rumput.
"Kapten, Kapten. Kapten Kaizo!" mereka cuba bangunkan Kaizo tetapi tidak berjaya. Apa yang mereka perlu buat sekarang?
--------------------------------------------------------------------
"Abang, Abang"
Mata Kaizo pelahan-lahan buka, penglihatan dia pada mulanya agak kabur tapi lama-lama semakin jelas. Dia ternampak seorang budak lelaki berambutkan cacak, bercemin mata ungu, jaket dia sama dengan dia kecuali warna jaket itu warna ungu dan dia juga berikan senyuman kepada dia. "Abang!" Budak itu peluk dia seerat-eratnya.
"Kau siapa?" Kenapa muka dia seperti muka ibu aku, fikir Kaizo. Budak itu melepaskan pelukan dia.
"Abang, ini adik. Adik abang. Abang tak ingat ke?"
"Adik? aku mempunyai seorang adik?" Budak lelaki itu terkejut kerana Kaizo melupakan dia. "Abang, ingatlah balik. Ini adik, ini Fang. Abang selalu panggil adik Pang"
Fang? Pang? Adik? Abang? Apa semua ini. Kaizo pelahan-lahan mengundurkan badan dia. "Kau jangan dekati aku, aku bukan abang kau" Budak yang bernama Fang atau Pang itu terkejut. Air mata dia mengalir. Dia menangis sambil melihat Kaizo. "Abang tak ingat adik?" kata dia "Mungkin salah adik juga, kerana adik meminta sesuatu yang tidak patut berlaku sekarang ini"
"Apa maksud kau?"
"Adik cuma meminta agar adik tidak lagi wujud di dunia dan abang akan hidup bahagia tanpa adik" Dia menangis lagi "Ini semua salah adik. Disebabkan adiklah, abang tidak ingat dekat adik lagi. Adik menyesal, menyesal dengan kata-kata adik. Tapi, takpelah kalau abang tidak ingat adik lagi. Adik akan pergi, adik tidak lagi menganggu abang. Abang pergilah dengan misi abang, abang janji dengan adik yang abang tidak akan lupakan adik" Budak itu melihat wajah Kaizo untuk kali terakhir dan secara pelahan-lahan budak itu bangun dan pergi meninggalkan Kaizo. Kaizo nampak air mukanya, pernah sekali dia melihat wajah sedih itu, seperti wajah sedih ibu dia ketika ibu menyuruh dia pergi selamatkan diri daripada Ratu Lily
"TUNGGU!" kata Kaizo. Budak itu berhenti. "Betul ke kau adik aku?" tanya Kaizo
Fang menoleh kebelakang dan mengangguk sahaja. "Kalau betul kau adik aku, bagaimana aku lupakan tentang diri kau" Budak lelaki itu hanya mengelengkan kepala. Dia sendiri tidak pasti bagaimana ini semuanya berlaku "Abang, maafkan adik kerana adik tumpahkan sup tadi. Maafkan adik kerana adik kotorkan jaket kegemaran abang, maafkan adik kerana adik yang rosakkan jam kuasa abang"
"Jadi, itu semua kau yang buat?" Fang menggangguk lagi. Lalu Fang berkata "Jangan risau abang, adik tidak akan menganggu kehidupan abang lagi. Abang jaga diri baik-baik. Ibu dan ayah pasti gembira melihat adik nanti. Selamat tinggal abang" sedikit demi sedikit, budak itu hilang dari pandangan Kaizo.
Kenapa aku rasa sunyi, rasa keseorangan, fikir Kaizo. Air mata dia mengalir. Dia menyesal kerana tidak menghalang budak itu pergi. Sekarang dia tidak akan dapat berjumpa dengan budak itu lagi.
"Adik"
--------------------------------------------------------------------
"ADIK!" Kaizo terbangun. Boboiboy dan rakan-rakannya sedang menjaga dia yang pengsan dari tadi. Dia sekarang berada di gazebo yang berdekatan dengan kedai Tok Aba. Kaizo menangis.
"Kapten Kaizo?" Boboiboy melihat wajah Kaizo yang begitu suram. "Kenapa Kapten Kaizo menjerit adik tadi?"
"Aku.. aku.. aku nampak seseorang tadi"
"Seseorang? siapa Kapten Kaizo" tanya Boboiboy lagi. Yang lain hanya mendengar sahaja "Dia kata aku adik dia. Nama dia Fang" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot seperti pernah dengar nama itu, tapi di mana. Fang? kawan baik aku ke? fikir Boboiboy. Kaizo memejamkan mata dia, dia cuba ingatkan kembali wajah tadi. Wajah yang dikatakan adik dia tadi. "Kapten Kaizo" Boboiboy memanggil dia
Kaizo membuka mata dia dan melihat wajah mereka semua. Mereka semua ini mesti kawan-kawan dia, fikir Kaizo. "Aku rasa, ada sesuatu terjadi dekat kita orang semua" kata Ochobot secara tiba-tiba
"Apa dia Ochobot?"
"Aku tak pasti Boboiboy. Tapi apa yang aku perhatikan, ada sesuatu membuatkan kita lupakan tentang seseorang. Mungkin orang itu adalah adik kepada Kapten Kaizo. Mungkin orang itu ialah Fang
"Kalau kita lupakan dia pun, macam mana ia boleh berlaku?" tanya Ying. Ochobot terbang jauh sedikit dan scan mereka semua. Ternyata ada sesuatu yang telah terpadam atau tersorok di dalam memori mereka semua. Bukan mereka sahaja, tetapi memori Ochobot dan orang-orang lain yang mengenali Fang. "Ying, aku rasa, aku tahu siapa punya angkara nie"
"Adudu" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjawab secara serentak. "Nampaknya dia tidak serik-serik lagi dengan kejahatan dia"
"Boboiboy, kau perlu paksa Adudu kembalikan Fang kepada kami. Aku risau, kalau ia dibiarkan lama, mungkin kita tidak akan dapat berjumpa Fang balik buat selama-lamanya" kata Ochobot.
"Selamat tinggal abang" Itu kata-kata terakhir Fang kepada Kaizo. Dia rasa mereka tidak mungkin akan dapat kembalikan Fang balik. "Aku rasa, kita sudah kehilangan dia buat selama-lamanya"
"Kenapa Kapten Kaizo kata begitu?" Yaya tergaman dengan kata-kata Kaizo tadi. Dia tidak percaya yang mereka akan kehilangan Fang. Mereka dapat rasakan Fang masih ada lagi dengan mereka, tapi di mana, mereka tidak tahu. "Kerana tadi dia ucapkan selamat tinggal kepada aku"
Mereka semua terkejut. Tak mungkin Fang tinggalkan mereka begitu sahaja. Walaupun mereka sudah lupakan Fang tetapi perasaan ingin dapatkan dia kembali, membuak-buak di dada mereka terutama sekali Boboiboy. Dia tak kan biarkan Fang hilang. Boboiboy pandang ke arah luar gazebo dan ternampak seorang budak lelaki yang berdiri jauh daripada mereka, dia kelihatan seperti berada di dunia maya. Boboiboy rasa seperti kenal budak berjaket ungu itu
"Fang?" kata Boboiboy. Wajah budak lelaki itu begitu suram sekali.
"Boboiboy, kau nampak dia ke?" tanya Ochobot. Boboiboy mengendahkan soalan Ochobot tadi dan terus dia memandang ke arah Kaizo. "Kapten Kaizo, saya rasa, Fang tidak mahu Kapten Kaizo putus asa. Kami akan bantu Kapten Kaizo untuk dapatkan dia semula"
"Tapi dia..." kata Kaizo "dia buat salah dekat aku, dia yang rosakkan jam kuasa aku" Ochobot memberi semula jam kuasa Kaizo kepada dia. Kaizo melihat jam kuasa itu di tangan Ochobot. "Apa yang berlaku, aku perlu maafkan dia. Mungkin dia bercakap benar tadi, mungkin dia adik aku"
"Jadi, kita jangan mengalah Kapten Kaizo. Kami semua ada di sini. Fang mungkin kawan baik kami juga dan kami tak kan biarkan dia pergi buat selama-lamanya" kata Yaya. Kaizo berterima kasih kepada Yaya. Mereka semua bersetuju untuk serang markas kotak dan paksa Adudu pulihkan kesemuanya, kembalikan Fang, kawan baik mereka dan adik kepada Kaizo.
Boboiboy melihat balik budak tadi, dia masih lagi di situ tetapi kali ini, muka dia tersenyum sedikit. Jangan risau Fang, kami akan dapatkan kau semula, itulah janji Boboiboy kepada Fang.
----------------------------------------------------------------------------------
"Encik bos oh encik bos!" Probe dengan pistol terbaru dia menari-nari masuk ke dalam markas kotak.
"Dah balik pun kau" kata Adudu yang sedang bersihkan markas kotaknya. Rajin pula Adudu hari ini. "Hehehe.. encik bos! Aku sudah berjaya menghilangkan salah seorang dari pasukan Boboiboy"
"Siapa yang kau hilangkan?"
"Kawan baik Boboiboy iaitu FANG!"
Fang? Adudu terfikir, siapa Fang? "Boboiboy mana ada kawan bernama Fang. Manusia mana yang kau pergi hilangkan" Adudu membaling penyapu kepada Probe dan terkena kepala besi dia. "Adoi" kata Probe "encik bos nie, tak kan tak ingat siapa Fang"
"MANA AKU NAK INGAT!"
"Ala, si hantu Fang yang duduk dekat rumah terbiar, adik kepada Kapten Kaizo. Rambut cacak macam landak tue" Probe cuba untuk mengingatkan Adudu siapa Fang tetapi Adudu masih tidak kenal siapa Fang. Adudu tidak puas hati lagi, dia baling secawan tin ke arah Probe "Aduh, aku ingatkan kena pujilah tadi, rupanya kena marah dengan encik bos" kata Probe lagi
"Sudahlah kau! Aku suruh kau tembak Boboiboy atau mana-mana kawan dia, yang kau pergi tembak orang yang aku tak kenal buat apa" Adudu merampas pistol itu dari tangan besi Probe dan lalu dia menghancurkan pistol itu
"JANGANNNNNNN!" Adudu pusing kebelakang dan nampak Boboiboy, Kaizo, Gopal, Yaya dan juga Ying menjerit kerana dia telah menghancurkan pistol itu.
Nampaknya mereka sudah kehilangan Fang kerana hanya pistol itu sahaja dapat kembalikan Fang dan ingatan mereka semua. Kaizo begitu marah sekali, dia belasah Adudu dengan pedang tenaganya.
"Selamat tinggal abang"
------------------------------------------------------------
Malam itu, Kaizo tidak dapat tidur dengan lena. Dia teringat lagi apa yang terjadi di markas kotak Adudu. Selepas sahaja dia dibelasah oleh Kaizo, Adudu telah dipaksa oleh Kaizo untuk dapatkan semula Fang.
"Kau ingat senang ke nak buat mesin tue balik. Pistol yang Probe pergi order tue, mempunyai teknologi yang sangat tinggi. Barang-barang dia pakai semuanya mana ada dekat bumi nie. Kalau nak juga, aku perlukan masa untuk mengumpul kesemua alat-alat untuk membuat mesin tue" kata Adudu kepada mereka berlima. Kaizo tidak berpuas hati, selagi dia tidak dapat balik Fang yang dikatakan adik dia, selagi itu dia akan memaksa Adudu
"Yelah, yelah. Kalau Kapten Kaizo nak sangat, nampaknya aku terpaksa memesan kesemua alat dengan Bagogo. Hanya itu sahaja cara yang pantas"
Adudu memberitahu Kaizo, mesin itu mungkin makan masa yang lama untuk siapkan. Berapa lama, dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu berapa lama Fang dapat bertahan, adakah dia sudah terlewat selepas sahaja mesin itu siap? Adakah dia akan kehilangan adik dia buat selama-lamanya. Kaizo tidak mahu fikirkan tentang itu. Kaizo masuk ke dalam sebuah bilik pink. Ini ke bilik adik dia? fikir Kaizo.
Kaizo menyentuh kesemua kamus yang ada di rak buku. Dia juga nampak buku-buku matematik yang begitu banyak sekali. Bukan sahaja buku matematik yang ada di situ, buku-buku mate pelajaran yang lain juga ada di rak tersebut. Kaizo lupa, dia lupa bagaimana sikap adiknya, adakah mereka begitu mesra sekali? Adakah mereka selalu bergaduh? Kaizo cuba mencari gambar-gambar Fang tetapi satu pun tiada, bagaikan dia tidak wujud lagi di dunia. Suara yang dia dengar sebelum dia pengsan, juga sudah hilang.
Tiada lagi kedengaran suara adik dia. Kaizo duduk di atas katil dan mengambil sebuah anak patung landak yang berada di sisi katil. Shadow masuk ke dalam bilik dan dia pergi membelai-belai kaki Kaizo
"Pang" Dia memanggil kucing itu. Pang? aku pernah panggil budak itu, Pang ke? fikir Kaizo sambil melihat kucing kelabu gelap itu. Kaizo mengangkat Shadow dan peluk kucing itu. "Maafkan aku. Aku tidak mengingati tentang kau, Pang adik ku" Shadow hanya membalas meow meow. Kaizo menangis di dalam bilik adik dia. Akhirnya Kaizo tertidur di atas katil adiknya. Malam itu dia bermimpi. Tapi bukanlah mimpi biasa, tetapi memori dia dengan Fang semasa mereka masih kecil lagi.
"Abang!"
Fang berlari ke arah abangnya yang sedang mencuba untuk terjun ke dalam kolam renang. "Adik, jangan berlari! nanti jatuh" Tetapi Fang degil, dia tetap berlari dan akhirnya dia tergelincir jatuh ke dalam kolam. "ABANG! TOLONG ADIK!" Fang tenggelam timbul di dalam kolam renang tersebut
Kaizo terjun dan pergi selamatkan adik dia. "ABANGG!" Fang tenggelam dan dia tidak dapat bernafas di dalam air. Kaizo berenang begitu cepat dan menyelam untuk selamatkan adik dia. Fang sudah tidak sedarkan diri. Kaizo pegang adik dia dan berenang ke atas.
"Kaizo! Ke sini cepat" Ibu mereka panik melihat anak kedua dia lemas di kolam renang. Kaizo sudah sampai di tepi kolam renang, dia mengangkat Fang dengan pertolongan dari ibu dia. Ayah mereka datang dengan sehelai towel. "Ibu, adik akan selamat ke?" Menangis Kaizo melihat Fang masih terbaring di tepi kolam renang. Kaizo naik ke atas untuk menolong ayah dia.
Ayah Kaizo memberikan CPR kepada Fang. Ibu mereka pula tidak henti-henti berdoa agar Fang selamat dan bangun. "Adik, bangun adik" Kaizo menangis lagi. Ibunya memeluk Kaizo agar dia bertenang. "Semuanya pasti akan selamat Kaizo" Kaizo membalas pelukan ibunya. Dia tidak sanggup melihat adiknya pergi terlebih dahulu daripada dia. "Adik, jangan tinggalkan kami"
Fang terbatuk-batuk dan air di dalam mulut dia terkeluar. "PANG!" Kaizo melepaskan ibu dia dan terus memeluk adiknya. Fang mengigil kerana kesejukan, dia juga turut menangis. "Adik jangan menangis, adik selamat"
"Ma-maaf sebab adik tidak dengar cakap abang tadi" Kaizo mengelengkan kepala. "Abang maafkan. Abang takut, abang kehilangan adik" Ibu dan ayah mereka melihat dua beradik begitu akrab sekali. "Kaizo, ayah perlu bawa adik masuk ke dalam" Kaizo lepaskan adik dia. Fang dibalut dengan tuala oleh ayah dia dan lalu dia mendukung Fang masuk ke dalam rumah. Fang menangis di bahu ayah dia.
"Kaizo"
"Yea ibu"
"Kaizo sayangkan adik?"
"Sayang ibu. Dia satu-satunya adik Kaizo. Kaizo tak nak kehilangan adik" Ibu dia memeluk Kaizo "Tak, Kaizo tak kan kehilangan adik. Bila ibu dan ayah tiada nanti, Kaizo jaga adik kamu dengan baik"
"Ibu jangan cakap begitu, ibu dan ayah pasti ada dengan kami" Kaizo berkata lagi sambil pegang kedua tangan ibu dia "Ibu jangan risau, Kaizo janji akan menjaga adik dengan baik"
Kaizo terjaga dari tidurnya. "Mimpi atau memori aku tadi" kata Kaizo. Dia melihat luar tingkap dan rupanya hari sudah siang, sudah tiba masanya untuk melawat markas kotak. Apakah perkembangan Adudu dengan mesin dia sekarang ini.
----------------------------------------------------------------------------------
3 hari 2 malam Adudu siapkan mesin untuk kembalikan Fang. Ochobot sudah mengira berapa lama Fang dapat bertahan di dalam dunia maya, hari terakhir adalah esok. Kalau mesin itu belum siap juga, mereka akan kehilang Fang dan memori mereka bersama Fang juga akan turut hilang buat selama-lamanya. Memori mereka bersama Fang masih lagi dapat selamatkan tetapi memori itu cuma tersorok atau hilang dari ingatan mereka. Kalau esoknya sudah tiba, memori itu tidak dapat kembali dan Fang juga hilang dari dunia ini dan juga dunia maya. "Bagaimana dengan mesin itu? bila mesin itu boleh siap?"
"Sabar Kapten Kaizo. Encik bos perlukan masa lagi tapi tak pasti kalau mesin itu boleh siapkan malam ini juga" kata Probe
"Sedikit lagi mesin ini akan siap" kata Adudu yang sudah penat dan fokus dia sudah hilang. Dia perlukan masa untuk berehat tapi Kaizo memaksa dia sebelum semuanya terlambat. Sedikit lagi adik ku, tak lama lagi kita akan dapat berjumpa kembali, fikir Kaizo
Boboiboy juga ada di situ. Dia juga berharap dapat jumpa balik kawan baik dia. Semenjak 3 hari yang lalu, Probe tidak habis-habis mengingkat mereka tentang Fang. Hanya dia seorang sahaja yang ingat kerana dia yang tembak Fang dengan pistol hilangkan orang. Dia ingatkan mereka tentang bagaimana mereka mengenali Fang, dia juga ingatkan Kaizo bagaimana dia betapa sayangnya kepada Fang. Probe siap lukis gambar Fang, pakai cermin mata ungu, pakai jaket ungunya, rambut cacak seperti landak dan siap lukis Fang dengan kuasa bayang dia lagi.
Kalau Probe tidak buat begitu, mereka akan kembali lupa.
Sudah 3 jam Kaizo dan Boboiboy duduk di markas kotak. Kaizo bermundar-mandir di situ, Boboiboy pula tertidur di atas katil Adudu. Akhirnya, Adudu dapat siapkan mesin tersebut.
"Aku berjaya juga" kata Adudu yang sudah hilang fokus. Mata dia sudah menjadi berat, dia mahu sahaja tidur di situ. Kaizo pergi ke mesin yang tidaklah sebesar mana tapi teknologi yang ada di mesin itu sungguh canggih. "Kapten Kaizo cuma tekan sahaja butang merah itu" kata Adudu sebelum dia jatuh tertidur di lantai markas kotak.
"Apa lagi Kapten Kaizo, tekanlah butang tue" kata Probe
"Kalau mesin ini gagal macam mana"
"Tak, mesin ini tak kan gagal" muncul Boboiboy. Dia sudah bangkit dari tidurnya. "Percayalah Kapten Kaizo, percayalah kepada diri Kapten Kaizo. Fang akan kembali" kata Boboiboy lagi
Kaizo menarik nafas dan lalu dia menekan butang merah itu. Satu cahaya yang sangat terang keluar dari mesin itu dan lalu menyinari markas kotak.
"Abang"
------------------------------------------------------------
"Maafkan adik" Fang sudah kembali ke dunia dan dia masih lagi terbaring di atas katil Boboiboy. Dia rasa dia seperti tidur di situ begitu lama sekali, berapa lama dia tidur, dia tidak tahu. Dia juga ada mimpi tentang dia berada di dunia lain, dia tidak pasti samada itu mimpi atau reality. Kaizo yang sedang berlari dari markas kotak, terus ke rumah Boboiboy untuk melihat adik dia. Boboiboy mengejar Kaizo dari belakang. Mereka sudah ingat kembali tentang Fang, memori mereka bersama dengan Fang sudah kembali pulih.
Kaizo membuka pintu bilik Boboiboy begitu luas dan nampak adik dia sedang terbaring tidur. "Pang" Kaizo mengangkat Fang dan peluk adik dia. Kaizo menangis kerana dapat melihat kembali adik dia. "Pang, maafkan abang. Abang tak patut marah adik"
Fang masih lagi belum terjaga. "Adik, bangun adik" Air mata Kaizo terjatuh ke atas muka Fang. Muka Fang tergerak-gerak sedikit. "Pang, dengar tak suara abang?"
Mata Fang terbuka luas dan terkejut melihat abang dia menangis. "Abang" Fang pegang tangan abang dia. "Abang, jangan menangis. Adik selamat" Kaizo melepaskan pelukan dia dan mengusik-usik wajah adik dia seperti dia sudah lama tidak melihat adik dia "Abang, janganlah sedih"
"Maaf adik, maafkan abang, adik. Kalau abang tak marah adik, tentu semua ini tak kan terjadi"
"Apa yang terjadi?" Fang masih lagi keliru
"Adik ada beritahu abang sewaktu abang tengah pengsan" Fang teringat balik dia bercakap dengan abang dia dalam mimpi dia. Dia memberitahu abang dia, kalau dia tidak wujud di dunia ini, mungkin abang dia akan hidupn dengan bahagia. "Abang, adik minta maaf kerana kata begitu"
"Abang maafkan. Abang tahu adik tiada niat cakap begitu. Abang tak kan kehilangan adik lagi selepas ini"
Boboiboy dan Ochobot (yang baru sahaja muncul) berdiri di muka pintu, melihat adik dan abang menangis bersama di atas katil Boboiboy. Boboiboy mengelap air matanya. "Kau menangis Boboiboy?"
"Ha ah Ochobot. Terharu pula aku melihat mereka berdua" Boboiboy dan Ochobot tersenyum melihat mereka berdua.
"Kita akan sentiasa bersama adik" Fang merehatkan kepala dia di atas dada abang dia, lalu dia terdengar degupan jantung abang dia. Fang pejamkan mata dia sambil dia tersenyum keseorangan.
"Abang jangan risau, abang tak kan kehilangan Pang lagi"
"Janji dengan abang!"
"Janji!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top