Selamat Hari Jadi
"ABANG! ABANG!" Fang berlari mencari abang dia. Dia masuk ke dalam dan nampak ibu dia sedang menghiasi sebuah kek "Ibu, mana abang?"
"Abang ada dekat luar, pergilah"
"Terima kasih ibu" Fang berlari sambil pegang sebuah kad untuk abang dia. Hari ini hari jadi Kaizo. Fang dari malam semalam membuat kad hari jadi khas untuk abang dia. "ABNG!"
Kaizo berada di luar rumah sedang bermain dengan bola. Fang nampak abang dia berlatih menendang bola. Fang berlari dan memeluk abang dia di belakang badan. "Abang"
"Eh, kau nak apa Pang?" Kaizo terkejut dengan pelukan dari adiknya. Fang lepaskan pelukan dia dan lalu dia pergi ke hadapan. "NAH! selamat hari jadi abang" Fang memberi kad tersebut kepada Kaizo. Kaizo mengambil kad tersebut
"Terima kasih adik. Adik buat sendiri kad nie?" Kaizo membuka kad tersebut, tulisan Fang begitu serabut sekali tapi masih lagi boleh dibaca. Ada lukisan kecil di bawah tulisan itu, Fang telah melukis gambar dia dan Kaizo. "Pang buat khas untuk abang" Kaizo rasa sangat terharu. Dia duduk di depan adik dia dan cium cium muka Fang.
"ABANG! geli lah" Fang mengelap-gelap mukanya yang di cium oleh abangnya tadi. Lalu abang dia cium pipi dia lagi sekali. "ABANGGG!" Fang menjerit
"Tak nak abang cium yerk. ambik nie" Kaizo mengambil kepala adik dan lalu sekeh kepala Fang. "Abang, abang! tak nak lah"
Kaizo berhenti dan selepas itu dia geletek adik dia pula. Fang ketawa tak berhenti-henti. Mereka berdua begitu seronok sekali, gelak ketawa bersama. Ibu dan ayah mereka melihat gelagat anak-anaknya gelak ketawa bersama di luar halaman rumah. "Kaizo, Fang!" Ibu mereka memanggil anak-anaknya.
Fang dan Kaizo berhenti bermain dan lari ke arah ibunya. Ibu mereka sedang pegang satu dulang besar. Di atas dulang itu terdapat satu kek hari jadi Kaizo. "Kaizo, hari ini hari jadi Kaizo, apa yang Kaizo inginkan?"
"Kaizo nak.." Kaizo fikirkan sebentar selepas itu dia pandang ke arah adiknya dengan senyuman nakal dia "KAIZO NAK KEJAR ADIK!" Fang berlari dan Kaizo mengejar adiknya di sekitar halaman rumah. Sementara Kaizo dan Fang lari bermain di halaman rumah, ibu dan ayah mereka siapkan meja di luar rumah untuk menyambut hari jadi Kaizo. Kek yang ibu mereka buatkan untuk Kaizo ialah kek lobak merah.
"Kaizo! Fang! Jom makan bersama"
"Baik ayah!" kata mereka berdua yang sudah penat kejar mengejar. Kaizo mendukung adiknya di belakang sambil bernyanyi selamat hari jadi. "Selamat hari jadi abang! selamat hari jadi abang!" Fang bersuka ria nyanyi untuk abang dia. Ibubapa mereka tergelak melihat Fang nyanyi.
"Selamat hari jadi abang"
"SELAMAT HARI JADI ABANG!" Fang melompat ke atas katil abangnya dan lalu meloncat-loncat supaya abangnya bangun dari tidur. Kaizo mengambil bantal dan melempar bantal itu ke arah muka adiknya. Bantal itu terkena Fang dan dia terjatuh di katil. Lalu Fang bangun balik untuk mengejutkan abang dia "Abang, abang, bangunlah!" Fang mengoncang-goncang badan abangnya.
Kaizo yang sedang berpura-pura tidur, lalu dia mengambil kepala adiknya dan sekeh kepala dia. "Kau kacau abang tidur yea"
"Abang.. abang! tak naklah" ketawa Fang sambil abang dia sekeh kepala dia. Lalu Kaizo melepaskan kepala Fang. "Selamat hari jadi abang" kata Fang
"Terima kasih adik. Mana hadiah abang"
Fang menunjukkan tangan kosong, selepas itu dia serang abang dia dengan satu pelukan. "Suka betul kau dengan bau abang yang busuk nie"
"Ala, adik nak manja-manja dengan abang. Bolehkan" Fang membuat muka comelnya seperti seekor kucing. "Boleh adik" kata Kaizo
"Hehe... abang pergi mandi dulu. Adik tunggu abang dekat bawah" Fang melepaskan pelukan abang dia dan bangun dari katil. Sebelum itu dia mengambil bantal dan melemparkan bantal itu ke arah Kaizo. Fang menjelir lidah dia ke arah abang dia dan terus lari keluar. "Cheh, tak guna punya adik"
Kaizo bangun dan terus mandi. Fang di bawah pula, sedang senyap-senyap sediakan sambutan hari jadi abangnya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying juga ada di situ. Kek lobak merah sudah tersedia di meja ruang tamu. Kek itu dibuat khas oleh Fang. Semalam dia membuat kek tersebut di rumah Boboiboy dan menyuruh Boboiboy dan Ochobot membawa kek itu ke sini.
Yaya pula membawa makanan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan berserta beberapa jenis kuih. Gopal dan Ying membawa belon-belon berwarna ungu dan biru, dan juga banner besar. Mereka telah menghias rumah tersebut. Fang pastikan semuanya sempurna. Sebelum mereka sampai, dia telah membersihkan satu rumah, siap mop lantai lagi.
"Aku lapar, bila abang kau nak siap nie" kata Gopal. Perut dia sudah berbunyi
"Sabar lerr.. kejap lagi abang aku siap lah"
"Yelah, aku sabar lah" Gopal pandang sahaja nasi lemak yang Yaya bawa.
15 minit kemudian, pintu bilik Kaizo terbuka. Semua sudah bersiap sedia untuk menjerit. Kaizo keluar dari bilik "SELAMAT HARI JADI KAPTEN KAIZO!"
"Apa semua ini?"
"Kami nak sambut hari jadi abanglah" Fang siap angkat kek lobak merah khas untuk abang dia. Kaizo yang terlalu malas nak guna tangga, lalu dia melompat dari balkoni atas dan mendarat di lantai bawah secara sempurna. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan juga Ochobot begitu teruja sekali, siap tepuk tangan. Fang pula "cheh, menunjuk pula. Mentang-mentanglah hari jadi dia"
"Selamat hari jadi Kapten Kaizo" kata mereka lagi kecuali Fang yang masih lagi pegang kek
"Terima kasih, tapi adik tak perlulah bersusah payah buat ini semua"
"Ala abang, sekali sekala sahaja. Tiuplah lilin nie abang" Kaizo mengikut sahaja apa adik dia cakap. Kaizo meniup lilin tersebut dan mereka semua bertepuk tangan. Gopal pula tangkap gambar untuk menjadikan sebagai kenangan. Kaizo mencalit sedikit cream di hidung Fang. "ABANGGGG!"
"Baru sedikit sahaja, itu pun kau nak marah"
Fang dengan akal jahat dia, dia meletak kek itu ke muka abang dia. Kaizo mula berapi-api dengan tindakan adiknya tadi. Boboiboy, Gopal, Yaya Ying dan juga Ochobot sudah bersedia untuk lari.
"PANGGGGGGGGG!" Kaizo mengambil sedikit sisa kek dimukanya dan lalu mengelap di muka Fang. "Kau main ganas dengan abang yea"
"Maafkan adik! adik janji tak kan buat lagi" Kaizo yang sudah lama tidak bergurau senda dengan adik dia, lalu dia tergelak melihat muka Fang. Kaizo dan Fang ketawa melihat muka masing-masing
"membazirkan makanan betul dia orang" kata Yaya. Dia marah kalau ada orang bazirkan makanan, lebih-lebih lagi kalau orang main-main dengan makanan. "Jadi, kita tak jadi larilah?" tanya Ochobot
"Tak kot" kata Boboiboy. Mereka melihat dua adik beradik ketawa sesama sendiri, Kaizo pula siap geletek adik dia seperti dia buat dekat Fang masa dia kecik dulu. "Abang! abang.. hahaha"
Selepas sahaja selesai majlis kecik hari jadi Kaizo, Fang turun ke bawah dengan sebuah hadiah. Kaizo pula sedang mengangkat pinggan-pinggan yang telah diguna tadi. "Pang! cepat kemas nie semua" kata abang dia
"Sabarlah abang. Adik nak bagi hadiah dekat abang" Fang memberi hadiah tersebut kepada abangnya. Kaizo mengambil hadiah itu dan lalu duduk di sofa. Fang pula duduk di sebelah abangnya, dia tidak sabar untuk abangnya membuka hadiah tersebut
"Apa adik bagi?" Kaizo pelahan-lahan membuka pembalut hadiah itu. "Abang tengok sahajalah nanti"
Akhirnya Kaizo dapat membuka kesemua pembalut hadiah dan nampak sebuah kotak kecik. Lalu dia membuka kotak itu dan ternampak sebuah photo album yang kecik tapi tebal. Album itu kak Lynna yang berikan kepada Fang, dia berkata kepada Fang masukkan kesemua gambar kenangan mereka bersama. Kaizo membuka photo album itu, semuanya terdapat gambar ibubapa mereka, gambar mereka semasa kecil lagi, gambar itu adalah gambar yang disimpan oleh Kaizo sebelum dia bagi kepada adik dia.
Mukasurat seterusnya, gambar kenangan mereka berdua berada di bumi. "Adik buat semua ini?" Gambar itu semua Fang yang minta dari rakan-rakan dan juga Cikgu Papa Zola, tapi paling banyak sekali, di camera Gopal
"Ha ah abang, gambar-gambar ini semua adik kumpul. Semua kenangan kita bersama" Kaizo tersenyum melihat semua gambar-gambar yang ada di dalam photo album tersebut. Kaizo peluk kepala adik dia dan lalu dia cium dahi adiknya.
"Terima kasih adik"
Mereka berdua duduk di sofa sambil melihat kenangan-kenangan mereka bersama. Gelak ketawa, bergaduh, bersuka ria dan macam-macam emosi yang ada di dalam album tersebut. Ada yang masih kosong lagi, mereka tidak sabar untuk meletak kenangan baru nanti.
"Abang sayangkan adik" kata Kaizo dan melihat adik dia sudah tertidur. Fang terlalu penat sangat menguruskan hari jadi abang dia, sampai terlupa untuk berehat. Kaizo biarkan Fang tidur di sofa, dan dia pergi kemaskan rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top