Sahabat Sejati

Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis begitu riuh rendah sekali bila tiba waktu riang. Masing-masing dengan makanan tersendiri, ada yang membawa bekalan dari rumah, ada yang beli dikantin sekolah dan ada juga tukarkan object jadi makanan, itu adalah Gopal. Boboiboy, Fang dan Gopal tidak ke kantin hari ini kerana Boboiboy membawa bekalan dari Tok Aba. Dia berkongsi dengan rakan-rakannya di kelas. Yaya dan Ying pula, pergi ke perpuskataan kerana peperiksaan akhir tahun makin lama makin dekat, jadi mereka ingin pergi mengulangkaji.

"Wei Fang, kau kan genius kan" tanya Gopal yang sedang mengambil cekodok chocolate kali ke 3

"Genius? maksud kau"

"Maksud aku, kau kan pandai dalam matematik, pandai dalam semua mata pelajaran. Jadi, kau mesti tahu bina mesin masa kan kan"

"Wei Gopal, kalau Fang genius macam tue pun, dah lama dia bina mesin masa tue" kata Boboiboy

"Aku mana tahu nak buat mesin masa, walaupun aku pandai, aku bukannya genius tahap itu lagilah"

"Cheh, takdelah genius mana pun kau nie"

"APA KAU CAKAP!" terus Gopal sorok belakang Boboiboy "Kau nie Gopal, setiap orang ada genius lain-lain lah. Macam si Adudu tue, apa kata kau suruh aje dia bina mesin masa yang kau nak sangat tue"

"Tapi Boboiboy, dia nak ke binakan satu untuk aku"

Sebut pasal mesin masa, tiba-tiba Fang ada satu idea. Kalau lah dia boleh paksa Adudu bina satu mesin masa khas untuk dia, dia mungkin dapat kembali ke masa lampau. Mungkin dia dapat melihat ibu dan ayah dia. Dia terbayangkan diri dia berjumpa dengan mereka, mesti dia dapat pelukan daripada ibu dan ayah dia. Tentu seronok dapat berborak dengan mereka. Fang senyum bersendiri

"Dey, yang kau senyum-senyum nie kenapa? Hah! jangan cakap kau ada idea jahat, baik kau mengaku"

"Woi, aku mana ada idea jahatlah. Salah ke kalau aku nak senyum sorang-sorang" marah Fang kepada Gopal sebab merosakkan angan-angan dia sedang berpeluk dengan ibubapa dia.

"Eleh, aku bukannya tak tahu, kau tue ada sahaja idea yang tak betul"

"Wei Gopal, janganlah cakap macam tue nanti Fang mengamuk pula" Tapi sudah terlambat, aura-aura hitam Fang keluar. "Kau memang nak cari nahas dengan aku" kata Fang. Dia sedang bersiap sedia untuk keluarkan harimau bayang

"Aku lari dulu!" Gopal lari keluar daripada kelas.

Boboiboy dan Gopal sedang mengekori Fang dari belakang. Mereka menyorokkan diri supaya Fang tidak tahu yang mereka sedang mengikut dia. Selepas sahaja tamat persekolahan, Fang teruskan dengan rancangan dia, dia pergi ke markas kotak untuk memaksa Adudu binakan mesin masa untuk dia. Dia tahu itu bukannya sesuatu kerja yang mudah tapi dia sanggup tunggu, asalkan dia dapat berjumpa dengan ibubapa dia.

"Wei Boboiboy, ini bukan jalan ke markas kotak ke?"

Boboiboy melihat sekelilingnya. "Ha ahlah, dia nak pergi jumpa Adudu" Boboiboy mulai fikir, kenapa Fang perlu pergi ke markas kotak "ALAMAK!"

Fang tersedar dengan jeritan Boboiboy, lalu dia menoleh belakang tapi selamat Gopal menarik Boboiboy ke tempat yang selamat. Gopal menutup mulut Boboiboy dan duduk diam, dia berdoa sahaja Fang tidak tahu mereka ada di situ.

"Dey, kau menjerit tadi kenapa" Gopal melepaskan mulut Boboiboy

"Ini semuanya kalau punya pasal, bagi dia idea"

"Apasal aku pula. Aku mana ada bagi dia idea apa-apa"

"Adalah. Kau cakap pasal mesin masa, terus dia dapat idea benda yang tak betul dia tue" Baru Gopal faham apa yang Boboiboy katakan tadi dan baru dia sedar apa rancangan Fang

"Alamak Boboiboy. Habislah kita nanti"

"Kenapa pula?"

"Dia mesti nak suruh Adudu bina mesin masa sebab dia pergi balik masa dia rampas jam kuasa kita. Mesti dia nak halang kita daripada selamatkan dia" Boboiboy menepuk dahi dia. "Aduh, Gopal nie. Bukanlah, dia nak pergi berjumpa dengan ibubapa dia lah" Gopal terkejut.

"Kita kena halang dia Boboiboy!" Gopal mengoncang-goncangkan badan Boboiboy. "Apa kita perlu buat"

"HAH! aku tahu! BOBOIBOY KUASA TIGA!" Boboiboy telah berpecah kepada 3 iaitu Gempa, Taufan dan Halilintar. "Wei, apasal kau tak pecah jadi 7 aje terus"

"Fang tue kawan kita orang, tak perlulah nak pecah sampai tujuh" kata Boboiboy Gempa. "Ok, aku halang dia dari bawah, kau Taufan halang dia dari atas. Halilintar jangan bagi dia sampai ke markas kotak"

"Baik!" kata Boboiboy Taufan dan Halilintar. "Aku pula kena buat apa?" tanya Gopal. "ermm.. kau tukarkan jalan ini kepada majerin" kata Boboiboy Gempa

Gopal setuju dan keluar dari tempat sorok mereka. Fang sudah tiada di situ, berapa lama dia orang berbincang tadi entahlah tapi mereka perlu cepat. Mereka berempat berlari mencari Fang sampailah mereka jumpa dia.

"Itu dia!" Fang menoleh kebelakang dan terkejut melihat 3 pecahan Boboiboy dan juga Gopal. "ALAMAK!" Fang berlari dengan cepat daripada kena tangkap dengan dia orang.

"TUKARAN MAJERIN!" Jalan raya telah bertukar menjadi majerin dan Fang berasa sungguh licin sekali, lalu dia terjatuh. "Cis, tak guna. HELANG BAYANG!" Fang menunggang helang bayang dan terbang ke markas kotak. Dia sedikit lagi untuk sampai ke markas kotak, dari jauh sudah nampak markas kotak tersebut.

"PUSARAN TAUFAN!" Fang terhalang dengan kuasa daripada Boboiboy Taufan. Puting beliung yang begitu besar datang ke arah dia dan menyebabkan Fang terjatuh dari helang bayang.

"GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar pergi menyelamatkan Fang dan akhirnya Fang terselamat. "Terima kasih tapi korang tak dapat halang aku! LARIAN BAYANG!" Fang berlari dengan kuasa bayang dia. Boboiboy Halilintar mengejar dia dengan gerakan kilat tetapi akhirnya Fang dapat dihalang juga oleh Boboiboy Gempa. "CENGKAMAN TANAH!" Fang tidak dapat bergerak atau menggunakan kuasanya kerana dia telah dicengkam dengan tanah.

Boboiboy bercantum semula dan pergi ke Fang. Gopal juga turut serta dia. "Lepaskan aku! lepaskan aku!" kata Fang yang mahu diri dia dilepaskan. "Fang, maaf sebab kami buat macam ini dekat kau" kata Boboiboy

"Korang tak faham kenapa aku perlukan mesin masa"

"Tak Fang, kau salah. Kita orang faham kenapa kau buat begitu. Kau nak jumpa ibubapa kau kan, tapi macam mana Adudu tidak boleh buat mesin masa itu, mesti kau akan mengamuk dan kecewakan"

Fang tidak tahu apa yang dia perlu buat, mungkin apa yang dikatakan oleh Boboiboy, mungkin ada betulnya. Air mata Fang mengalir keluar. Dia meminta Boboiboy untuk lepaskan diri dia. Gopal menukar tanah itu kepada kertas, dan begitu mudah sekali, Fang terlepas dan lalu dia pergi berjalan pulang.

"Fang" panggil Boboiboy

"Boboiboy, bagi lah dia masa untuk bersendirian" kata Gopal. "Tapi Gopal, tak kan kita nak biarkan dia macam tue. Kita perlu buatkan sesuatu untuk Fang"

"Hmm... hah! aku tahu" Jadi Gopal memberitahu Boboiboy rancangan terbaik dia. Boboiboy tersenyum sahaja apabila mendengar rancangan Gopal.

Setelah Fang sampai sahaja di rumah, dia melihat rumah bersepah lagi. Abang dia entah ke mana, mungkin di kapal angkasa dengan latihan tempur dia. Fang meletak beg sekolahnya di atas sofa dan lalu dia mengutip barang-barang yang berselerak di lantai dan meletak barang-barang tersebut ke tempat yang asal. Pintu bilik abangnya terbuka, Kaizo keluar dari bilik dia dan melihat adik dia sedang mengemas ruang tamu.

"Pang"

Fang melihat di balkoni atas. "Abang nak adik siapkan makan malam ke?" Kalau abang dia panggil mesti suruh pergi masak untuk abang dia yang sedang lapar tak pun suruh buat kerja lain tetapi kali ini bukan pula

"Pang, kau pergi berehat. Biar abang kemaskan semua itu" Terkejut Fang. Betul ke apa yang dia dengarkan, abang dia nak kemaskan rumah? "Betul ke abang? Biarlah adik yang buat semua itu"

"PANG! KAN ABANG DAH KATA! BIAR ABANG YANG BUATKAN!"

"Ba-ba-baik abang" Fang mengambil beg sekolahnya dan naik ke biliknya. Fang takut kalau abang dia mengamuk jikalau dia mengingkari kata-kata dia. "Sudah! pergi berehat! jangan lupa siapkan kerja sekolah kau!"

Fang masuk ke dalam bilik dia, nampaknya dia mempunyai masa yang banyak. Jadi dia siapkan kerja sekolahnya dan lepas itu boleh dia pergi tidur! Selamat hari ini dia tiada sesi latihan di sekolah, bolehlah dia berehat sepuas-puasnya. Shadow yang sudah lama berada di biliknya, sedang nyenyak tidur ditepi anak patung landak. Entah kenapa Shadow suka sangat dengan anak patung landak itu, mungkin sebab rambut Fang seperti rambut landak.

Fang tidak mahu menganggu Shadow tidur, jadi dia biarkan sahaja.

Di bawah, Kaizo sedang bercakap dengan seseorang di jam kuasanya "Semuanya akan beres esok"

"PANG! BANGUN CEPAT!"

Fang mengambil bantal dan menutup mukanya. Awal-awal pagi lagi abang dia mengejutkan dia. "Adik nak tidur lagi" kata Fang

"Apa tidur-tidur! ABANG KATA BANGUN, BANGUNLAH!" Fang terpaksa bangun sebelum abang dia mengamuk. Kaizo melempar sehelai tuala dia suruh dia pergi mandi. "sudah! pergi mandi!" Fang masih lagi kelihatan mamai-mamai. "Kalau kau tak siap dalam masa 10 minit, abang akan menghukum kau" Lalu Kaizo menutup pintu sekuat hati. "Yelah abang" Mata Fang mulai tutup tapi selamat Shadow kejutkan dia balik. Fang terpaksa pergi mandi, dia tidak tahu kenapa abang dia kejutkan dia awal-awal pagi begini. Mesti nak ajak dia pergi ke kapal angkasa.

"Latihan tempur lagi lah tue" kata Fang sambil masuk ke dalam bilik air. Dia baru sahaja nak berehat hari ini, hari sabtu kan masa untuk rehatkan diri. Dia terpaksa ikut sahaja apa abang dia nak suruh dia buat hari ini

10 minit kemudian..

Fang turun ke bawah dan nampak sebuah bag sandang berwarna merah di atas sofa. "Eh, kita nak pergi mana?" Kaizo baru keluar dari dapur dengan sebuah bakul kecil. "Sudah, mari kita pergi. Bawa beg itu dan angkat bakul nie"

"Kita nak pergi mana abang?" tanya Fang sambil memakai beg sandang tersebut dan mengambil bakul kecil itu dari tangan abang dia. Fang terbau makanan sedap yang ada di dalam bakul itu. Mesti abang nak bawa aku pergi berkelah nie, fikir Fang. Mimpi apa abang dia nak bawa dia pergi berkelah, fikir Fang lagi

"Ikut sahaja, jangan banyak tanya" Jadi Fang ikut sahaja ke mana abang dia nak bawa.

10 minit mereka berjalan, akhirnya mereka sampai juga di sebuah taman rekreasi. Di situ terdapat ramai ibubapa membawa anak-anaknya pergi berkelah di situ. Mereka kelihatan begitu gembira sekali. Fang melihat anak-anak kecil bermain-main bersama dengan ibubapa mereka. Ada juga yang bermain lumba basikal, main layang-layang atau main di tempat taman permainan.

Kaizo seperti mencari-cari sesuatu dan akhir dia jumpa juga.

"FANG!" dari jauh lagi Fang ternampak kawan-kawan dia melambai-lambai ke arah mereka. "Dia orang pun dekat sini" kata Fang. Kaizo dan Fang berjalan ke arah mereka, Fang ternampak tikar sudah dibentang luas dan terdapat pelbagai jenis makanan di atas tikar tersebut. "Apa semua ini abang?"

"Sebenarnya kawan kau Boboiboy bagitahu apa yang terjadi semalam" kata Kaizo "Pang, abang tahu kau ingin melihat ibubapa kita tapi mereka sudah tiada lagi Pang. Lagipun mesin masa tidak wujud dalam dunia ini, Adudu sendiri pun tidak boleh membina mesin masa itu walaupun dia genius macam mana pun. Cuba adik lihat kawan-kawan adik"

Fang melihat kawan-kawan dia, Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying. Mereka tersenyum kepada dia. "Mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kita, abang anggap mereka seperti adik-adik abang juga. Mereka sayangkan adik, adik pun sayangkan mereka jugakan" Fang mengangguk. Fang memang sayangkan kawan-kawan dia, kawan pertama dia, kawan sejati dia.

"Mereka buat semua ini khas untuk adik" kata Kaizo lagi

"Betul tue Fang"

"Tok Aba pun ada dekat sini?" kata Fang. "Mestilah atok kena ada dekat sini juga, atok pun anggap korang semua macam cucu atok"

"Aku pun anggap korang seperti adik beradik sendiri walaupun aku hanyalah sebuah robot" muncul pula Ochobot dengan sebuah plastik berisikan Ice blended Chocolate Special. Fang tidak percaya yang kawan-kawan dia buatkan semua ini untuk dia, padahal dia sendiri tidak pernah buat apa-apa untuk mereka. "Aku.. aku tak tahu nak cakap apa. Tapi... terima kasih semua. Aku selalu menyusahkan korang jika aku ada masalah"

"Jangan cakap macam tue Fang, kita semua nie kan kawan. Kawan akan sentiasa berada di sisi kita walaupun kita ada masalah besar atau kecil" kata Yaya

"Betul kata Yaya. Lagipun sebagai kawan kau, kita semua tak suka tengok kau dalam keadaan sedih" kata Ying pula. Kaizo melihat adiknya menahan air mata dia. Kaizo melutut dan peluk adik dia "Jangan menangis adik. Hari ini kita bersuka ria" kata Kaizo

Gopal mengambil satu kotak besar dan berikan kepada Fang. "Nah Fang, aku order dari mak cik kantin" Gopal membuka kotak tersebut, lalu Fang tersenyum kerana melihat donut kegemarannya. "DONUT LOBAK MERAH!"

Mereka tergelak melihat reaksi Fang dengan donut lobak merah. Fang memandang mereka dan lepas itu memandang donut lobak merahnya. "Sebagai sebuah keluarga, aku tak patut makan sorang-sorang, jadi aku nak kongsi dengan korang semua" Fang mengambil donut tersebut dan lalu berikan donut itu kepada setiap sorang kecuali Ochobot sebab dia robot.

"Betul ke nie Fang?" tanya Boboiboy

"Betul Boboiboy"

"Kalau macam itu, aku ambik dua lah" Gopal baru sahaja hendak mengambil satu lagi donut lobak merah tetapi kotak tersebut telah ditutup oleh Fang. "Yang lain nie, aku yang punya! JANGAN SENTUH!"

"Dey, bukan kau kata tadi nak kongsi ke"

"Aku kongsi apa yang aku bagi sahaja. Donut yang lain nie, semuanya aku yang punya"

"Eleh, duit aku juga yang guna untuk bayar donut lobak merah tue"

"Ehem.. duit kau aje ke. DUIT KITA ORANG JUGALAH YANG GUNA!" marah Yaya dan Ying "Biar lah Fang nak kongsi ke tak nak dengan donut tue. Dah donut kegemaran dia"

"Tapi.. tapi.."

"TAPI APA!" Kaizo pula menyampuk perbualan mereka. "INI SEMUA UNTUK ADIK AKU, KAU NAK KENA LATIHAN TEMPUR KE"

"Tak nak... saya tak nak Kapten Kaizo" Lalu Gopal mengambil makanan lain. Terpaksa dia lupakan donut lobak merah itu. Fang baru teringat, dalam bakul dia ada juga makanan tapi apa abang dia bawa untuk mereka. Fang membuka bakul tersebut dan nampak satu bekas penuh dengan sup lobak merah dan juga satu botol air yang berisikan juice lobak merah

"Oh yea, itu abang yang punya. Jangan sentuh" kata Kaizo kepada Fang

"Cheh, abang dan adik, sama aje perangai"

"APA KAU KATA!" Kata Kaizo dan Fang. Gopal pula terus sorok belakang Boboiboy sebab takut melihat mereka berdua. "hehehe.. terbaik" Boboiboy tersenyum sahaja melihat gelagat mereka

Sahabat sejati akan kekal selama-lamanya, itulah yang difikirkan oleh Fang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top