Rancangan Jahat

Adudu sudah lama tidak menyerang Boboiboy dan rakan-rakannya tetapi hari ini dia mendapat satu idea yang hebat. Menurut kata Probe, sungguh menakjubkan! Adudu telah mencipta satu formula. Formula yang dapat mengalahkan Boboiboy dan rakan-rakan dan juga Kapten Kaizo. Adudu selama ini tidak begitu berani menyerang Boboiboy semasa adanya Kapten Kaizo di bumi. Dia tahu Kapten Kaizo akan belasah dia orang sepuas-puasnya.

Tetapi dengan formula ini, Adudu pasti, Kapten Kaizo tidak akan dapat menghalang mereka menyerang Boboiboy. "HAHAHAHAHAHAAAA! Jagalah kau Boboiboy, aku datang menyerang kau!" Adudu tergelak besar di markas kotaknya. Probe pula sangat teruja dengan idea encik bos dia, dia tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku nanti. "Tentu lebih menarik! Lagi menarik daripada drama-drama cinta di tv!" kata Probe "Tapi encik bos"

"Tapi apa? Apa yang tak kena ke dengan formula aku nie?" kata Adudu kepada robot ungu dia

"Formula yang encik bos buat nie, macam formula pistol emosi Y dalam episode 7 musim ke 2"

Adudu mengangkat botol yang berisikan formula dia yang berwarna hijau ke atas "Memang pun tapi formula ini LEBIH HEBAT! LEBIH MENAKUTKAN! LEBIH... lebih apa lagi?" lalu Adudu fikirkan apa ayat yang seterusnya

"Lebih macam orang gila!" Probe menyambung ayat Adudu tadi.

"Boleh lah tue. LEBIH MACAM ORANG GILA!" kata Adudu sambil tergelak besar "Jom, kita pergi ke rumah Kapten Kaizo dulu. Aku nak tengok keseksaan dia. MUAHAHAHAHA!"

"Baik encik bos!"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOK TOK TOK

"Siapa pula yang ketuk pintu rumah aku nie" Kaizo meletakkan buku novel hantunya di atas meja ruang tamu dan lalu dia pergi membuka pintu rumahnya. Kaizo terkejut dengan kehadiran Adudu dan Probe. "Apa yang korang nak" kata Kaizo dengan nada yang agak garang

"Kami datang sebab nak aman damai dengan Kapten Kaizo"

"Ha ah, betul tue. Kami tak nak buat jahat lagi dah" kata Probe

"Betul ke? Bukan ke bos kau tue macam suis lampu, kejap baik, kejap jahat, kejap baik, kejap jahat" Kaizo melihat mereka berdua dengan penuh kecurigaan dia. Dia tidak mahu termakan dengan kata-kata mereka berdua.

"Eh, betul lah, saya nak jadi baik selama-lamanya. Kami siap bawa teh untuk Kapten Kaizo. Teh hijau"

"Kapten Kaizo kan suka minum teh" Probe menunjukkan sebuah bekas air yang penuh dengan teh hijau yang telah dicampur dengan formula Adudu.

"Boleh percaya ke nie?" Kaizo merenung kepada mereka berdua sampai keluar peluh dekat kepala Adudu, Probe pula mengigil ketakutan. Mereka takut rancangan terhebat mereka tidak menjadi.

Lalu Adudu berkata untuk meyakinkan Kaizo "Percayalah, kami ikhlas nak jadi baik" Adudu memberikan senyuman ikhlas yang berselindung dengan niat jahat. Kaizo memandang lagi sampai Adudu tak boleh nak senyum dengan lama dah, sebab rahang dia mulai sakit

"Baiklah, aku percaya dengan kamu berdua. Kalau korang tipu aku, aku akan hapuskan korang" Kaizo mengambil teh hijau itu dari tangan Probe dan lalu dia hempas pintu rumah dia dengan begitu kuat sekali

"Hehehe.. rancangan seterusnya" bisik Adudu kepada Probe

Mereka terus ke kedai Tok Aba pula, mereka tahu Boboiboy dan rakan-rakannya akan berada di situ pada hari ini. "Jom kita bagi dia orang makan biskut yang kita buat nie" Biskut-biskut yang mereka buat telah dicampurkan dengan formula Adudu. Mereka yakin, Boboiboy dan rakan-rakannya akan makan biskut tersebut

"Harap-harap dia orang suka dengan biskut nie, encik bos" kata Probe "Kalau sedap, bolehlah kita jual biskut-biskut nie" Lalu Probe berangan menjadi jutawan biskut yang terkenal di seluruh dunia. Duit-duit yang dia dapat, dia akan membeli sebuah kapal angkasa rekaan khas untuk encik bos dia. Adudu melihat Probe yang sedang berangan-angan

"Woi Probe, jangan nak berangan lebih. Kita kena pastikan rancangan terhebat kita berjaya dulu. Lepas tue, kau nak buat bisnes biskut, buatlah, asalkan aku dapat kalahkan Boboiboy! HAHAHAHA"

"Dey, kau apasal gelak macam orang gila tengahari buta nie" muncul pula Gopal. Gopal tidak bersama dengan rakan-rakan dia yang lain, Appa dia suruh balik awal. Kalau dia tak balik awal, Appa dia akan merotan dia.

"SUKA HATI AKU LAH NAK GELAK MACAM ORANG GILA KE TAK!"

"sabar encik bos, sabar. Kita kan nak jadi baik" kata Probe

"Betul juga tue. Baiklah, aku kena sabar" Adudu tarik nafas dan tenangkan diri dia supaya dia boleh menjadi lebih sabar. Adudu mulakan rancangan terhebat dia dengan berpura-pura baik dekat Gopal "Gopal, kau sorang sahaja ke?" tanya Adudu

"Ha ah, aku sorang aje, yang lain semua dekat kedai Tok Aba" Adudu menjadi lebih suka. Sebelum itu, dia kena bagi Gopal makan biskut campuran formula dia. "Gopal, sempena aku menjadi alien baik. Aku nak kongsi biskut nie dengan kau, rasalah" Adudu memberikan biskut itu kepada Gopal.

"Biskut? biskut apa yang kau buat?" Gopal mengambil biskut tersebut dan membelek-belek biskut itu

"Rasa ajelah, sedap ke tak aku buat" kata Adudu. Gopal cuba merasa biskut tersebut dan rasa dia lagi sedap daripada biskut Yaya. "Sedap biskut nie! Aku nak lagi boleh?"

"Nak lagi kena bayar" kata Adudu sambil menadah tangan, suruh Gopal bayar

"Cheh, kedekut rupanya"

"Mestilah kena kedekut, kita orang nak buat bisnes biskut. Yang encik bos bagi tadi tue ialah sample sahaja, kalau nak lagi, kenalah bayar"

"Sudahlah, aku balik dulu" Gopal meninggalkan mereka berdua. Adudu dan Probe gembira kerana mangsa pertama mereka telah makan biskut tersebut. "Jom kita ke kedai Tok Aba pula."

"Baik encik bos!"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy sedang fokuskan diri dia dengan soalan matematik no. 10, makin lama dia fokus, makin pening kepala dia. "Ermmm... Fang" Fang yang sedang duduk disebelah Boboiboy, begitu tekun sekali mengulangkaji mata pelajaran sains.

"Kau nak apa Boboiboy" mata Fang tidak bergerak dari tadi, mata dia begitu fokus sekali terhadap buku mata pelajaran sains dia

"Tolong aku dengan soalan matematik nie" Fang menoleh kepalanya dan merenung ke arah Boboiboy. Boboiboy rasa takut pula dengan renungan Fang yang begitu menakutkan, macam hantu. "Takpelah Fang.. aku buat soalan lain dulu"

Semenjak peperiksaan akhir tahun nak dekat dah, macam-macam perangai yang boleh dilihat oleh Boboiboy. Fang tidak boleh di kacau, kalau tak, dia akan mengamuk macam hantu. Yaya dan Ying pula, kalau kena kacau sedikit pun, memang nak kena belasah dengan dia orang berdua. Janganlah kacau dia orang bertiga kalau nak diri anda selamat.

Boboiboy melihat kawan-kawan dia begitu fokus sekali, dia pula macam suis lampu, sekejap boleh fokus, sekejap tak boleh. Sebut pasal suis lampu nie, datanglah Adudu dan Probe dengan bakul biskut dia orang.

"Hai semua!"

"SYHHHHHHHH!" Fang, Yaya dan Ying menyuruh Adudu senyap dan jangan kacau dia orang mengulangkaji

"Apasal dengan dia orang tue Boboiboy?" bisik Probe kepada Boboiboy. "Dia orang tengah ulangkaji lah" muncul Tok Aba dengan Ice Blended Chocolate untuk mereka berempat. "Korang datang ke sini nak apa?" tanya Tok Aba

"Kami datang sebab nak bagi korang semua rasa biskut kami buat" kata Adudu

"Biskut?" Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying melihat Adudu dengan bakul biskut dia. Mereka berasa pelik pula, bila masa Adudu buat biskut untuk dia orang. "Ha ah, biskut sempena encik bos menjadi alien baik lagi terbaik!"

"Baguslah tue Adudu, dah insaf Adudu, lega hati atok" kata Tok Aba. Probe mengambil biskut tersebut dari bakul Adudu dan memberi biskut itu kepada mereka berempat. "Rasalah, kalau sedap, kami nak buat bisnes biskut"

Mereka melihat biskut itu. "Tak bagi atok rasa ke?"

"Alamak Tok Aba, biskut nie cukup-cukup untuk dia orang aje" kata Probe. "Takpe, nanti kita orang buat banyak-banyak khas untuk Tok Aba" lalu dia bersambung lagi "Makanlah biskut tue, penat-penat kita orang buatkan untuk korang" Adudu memberikan senyuman berselindung dengan rancangan jahat dia. Lalu mereka makan biskut tersebut tanpa rasa curiga "Sedap!" kata mereka berempat

"Sedap yea, bagus. Nanti aku akan datang lagi dengan biskut-biskut aku yang lain" kata Adudu. Hati dia terlalu gembira, kerana mereka semua sudah makan biskut kejahatan dia. Adudu nak sahaja ketawa besar dekat situ tetapi dia menahan diri dia. "Probe, jom kita buat biskut lagi"

"Yahooo! bisnes biskut! kami datang!" Probe tak sabar nak buka bisnes biskut dia, lepas itu, bolehlah dia menjadi jutawan biskut! Adudu pula tak sabar nak melihat mereka esok. "Hehehe.. habislah korang kali ini" kata Adudu pelahan-lahan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang terhidu bau yang begitu sedap di dapur rumahnya. Fang mengambil beg sekolahnya dan turun ke bawah untuk melihat apa yang bau sedap sangat itu. Fang masuk ke dalam dapur dan tergaman, kerana di atas meja makan terdapat pelbagai makanan

"Fang, sarapanlah dulu. Abang buatkan semua ini untuk adik" Fang terkejut sekejap, apasal tiba-tiba abang dia panggil dia Fang? fikir dia. Dia berasa begitu pelik sekali, abang dia nak kenakan dia ke? fikir Fang lagi

"Kenapa adik berdiri sahaja di situ, makanlah" kata Kaizo. Perangai Kaizo berubah menjadi seorang yang lembut, baik, tak suka marah orang dan ada sedikit macam perangai perempuan. "Makanlah Fang, abang ada buat roti lobak merah, nasi lemak sambal lobak merah, juice lobak merah, mee goreng lobak merah, kari lobak merah, roti canai lobak merah dan akhir sekali, donut lobak merah" Semuanya lobak merah. Ini namanya gila lobak merah

"Ba-ba-banyaknya makanan abang buat" Fang cuba cubit lengannya, dia bermimpi ke sekarang nie? Tapi cubitan dia rasa sungguh sakit, memang dia bukan bermimpi sekarang ini.

"Abang buat semua ini khas untuk adik kesayangan abang" kata Kaizo sambil tersenyum kepada adiknya

"Abang, abang ada jatuh ke semalam? sampai buatkan abang hilang ingatan?" atau hilang akal, tambah Fang didalam hatinya "Mana ada, yang abang ingat, abang minum teh hijau semalam"

Teh hijau? Takkan teh hijau boleh buat abang aku macam ini, fikir Fang lagi "Kalau Fang tak sempat nak makan, abang bekalkan semua makanan ini untuk kamu. Boleh makan waktu rehat nanti, jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan"

Fang rasa macam nak muntah dekat situ, kalau boleh, dia nak hantuk-hantuk kepala dia sekali dekat dinding dapur "Aku kena siasat tentang nie" kata Fang pelahan-lahan supaya abang dia tidak dengar

"Ermm.. abang, semalam ada sesiapa datang ke rumah tak?"

"Ada.. apa nama kepala kotak tue"

Adudu?! Takde kerja betul Adudu nie, jaga kau, fikir Fang sambil menggenggam tangan dia. Kaizo muncul di depan adiknya dengan sebuah bakul besar "Nah adik, jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan. Jalan elok-elok, jangan nakal-nakal dekat sekolah" Kaizo memberi bakul itu kepada adik dia dan lalu mencium kedua pipi Fang. Fang rasa geli dan betul-betul rasa nak muntah

"Errr... adik pergi dulu" Terus Fang keluar dari rumah. "Tak boleh jadi nie, aku kena pergi ke markas kotak juga"

Semasa Fang dalam perjalanan ke markas kotak, entah kenapa dia rasa lain macam. Hati dia berubah pula, dia pusing dan terus ke sekolah. Fang berjalan dengan begitu gembira sekali dengan bakul dia yang sangkut di lengannya.

Boboiboy dan Gopal pula sudah sampai di sekolah. Boboiboy tak habis-habis menguap. Dia rasa macam malas nak pergi ke sekolah, rasa macam nak tidur sahaja dekat atas jalan raya. "Kau kenapa Boboiboy? dari tadi menguap sahaja, kau tidur lambat ke?"

"Entahlah Gopal, aku tak tidur lambat pun semalam tapi aku rasa malas nak pergi sekolah. Sedap juga kalau aku tidur dekat bangku kantin sekolah" Boboiboy melihat sahaja bangku kantin sekolah, dia mula berangan yang dia sedang tidur di situ. "Bestnya" kata Boboiboy

Fang baru sahaja sampai di kawasan sekolah dengan bakul dia yang besar itu. Pelajar-pelajar lain melihat sikap Fang yang begitu pelik sekali, ada setengah pelajar perempuan kata dia kelihatan begitu comel sekali, macam anak kucing.

"SEKOLAH! PANG SUKA PERGI SEKOLAH!" menjerit Fang sambil mengangkat kedua belah tanganya naik ke atas dan melihat sekolah kesayangan dia.

Ramai pelajar yang ada di situ ketawakan Fang kerana perangai dia seperti perangai budak kecik tapi apa Fang kisah. Dia terus sahaja ke kelas 5 Jujur. Boboiboy mengheret kakinya masuk ke kelas walaupun dia sebenarnya malas nak masuk kelas. Gopal pula, entah hilang ke mana

Loceng sekolah sudah berbunyi, pelajar-pelajar masuk ke kelas masing-masing. Cikgu Papa Zola masuk ke kelas tepat pada waktunya. Tiba-tiba cikgu Papa Zola berasa pelik, kenapa tiada jeritan 'Bangun' dari Yaya? Yaya hari ini datang ke sekolah dengan tudung hitam dia. Ramai yang bertanya kepada hari ini Yaya pakai tudung hitam? Apa yang Yaya jawab ialah "Suka hati akulah kalau aku nak pakai tudung hitam, inikan style aku, korang sibuk kenapa?" Selepas itu, ramai tidak berani dekat dengan Yaya

"Kenapa dengan kamu Yaya? Mana 'Selamat Pagi Cikgu Kebenaran'?" tanya cikgu Papa Zola kepada Yaya

Yaya dengan selamber menjawab "Cikgu suruh orang lain sahaja lah yang buat, buang masa saya sahaja" Cikgu Papa Zola terkejut dengan jawapan dari Yaya tadi

"Yaya.. tak.. tak.. baik.. baik kata.. begitu dekat cikgu. Cikgu.. cuma.." selepas itu Ying menangis tanpa sebab. "Aik, apasal dengan kamu nie?" Ramai pelajar di kelas 5 Jujur berasa pelik dengan sikap Yaya dan Ying. Mereka juga tidak tahu bagaimana Yaya dan Ying boleh berubah sikap begitu

Tok tok tok

Ada orang sedang mengetuk pintu kelas 5 Jujur

"Cikgu Papa Zola"

"Kenapa Cikgu Timmy?"

"Saya nak hantar anak murid cikgu. Gopal masuk kelas 6 Jujur tadi, dia cakap dia darjah 6. Saya tak tahu kenapa dengan dia hari ini, dia tak ingat dia sebenarnya kelas mana" kata Cikgu Timmy "Gopal, masuk ke kelas kamu" Cikgu Timmy menyuruh Gopal masuk ke kelas. Gopal masuk ke dalam kelas dalam keadaan tidak tahu apa yang berlaku

"Terima kasih kerana memulangkan anak murid kebenaran. Gopal, pergi duduk di tempat kamu" Cikgu Timmy berkata sama-sama dan lalu meninggalkan kelas 5 Jujur

"Aaa.. tempat duduk saya dekat mana cikgu? eh kejap, apa nama cikgu yea"

"Kamu nie kenapa? Tadi Yaya dah perangai pelik, lepas itu Ying pula (Ying masih lagi menangis di meja dia) sekarang kamu pula. Ini stress sebab peperiksaan nak dekat ke?" Cikgu Papa Zola pening dengan anak murid kebenaran dia.

"HAH! Nama cikgu, Cikgu Papaya kan"

"APA! ITU NAMA BUAH! SUDAH! DUDUK DI TEMPAT KAMU SEBELUM CIKGU BAGI ROTAN KEINSAFAN" Gopal terus mengambil tempat duduk dia yang kosong itu. Cikgu Papa Zola menarik nafas dan terus membuka buku teks matematik tetapi sebelum itu, mata dia terpandang ke arah Boboiboy yang sedang tidur di meja.

"KAMU BOBOIBOY! KENAPA TIDUR DALAM KELAS?" Boboiboy terjaga dari tidur kerana terkejut dengan jeritan cikgu Papa Zola "Cikgu nie, bagilah saya tidur" Boboiboy menguap sekali lagi "Lagipun kelas matematik sungguh membosankan. Saya sebenarnya cikgu, malas nak menduduki peperiksaan akhir tahun nanti" Boboiboy mengeliat dan lalu tidur balik

Tiba-tiba Fang mengangkat tangan dia "Kenapa Fang?" tanya Cikgu Papa Zola

"Pang nak kencing" satu kelas ketawa kecil dekat Fang. Cikgu Papa Zola menepuk dahi, dia sudah menjadi pening dengan mereka berlima. "Pergilah Fang"

"Tapi cikgu kena temankan Pang pergi ke tandas" Cikgu Papa Zola rasa nak pengsan. Yaya pula keluarkan lastik dia dan lalu melastik belakang badan cikgu Papa Zola "Siapa buat tue? Siapa tembak cikgu kebenaran nie"

"Saya cikgu" kata Yaya dengan selamber. Bertambah pening cikgu Papa Zola

"Cikgu, temankanlah Pang pergi ke tandas.. saya.. saya... tak.. tahan... uwaaaa!" Lalu Fang menangis di dalam kelas. "Cikgu temankan lah dia... ke-kesian.. sa-sa-saya te-tengok dia" Ying pun turut menangis juga. Sekarang ada 2 murid sedang menangis di dalam kelas 5 Jujur

"Anak-anak murid kebenaran, cikgu pergi berehat sebentar. Buatlah apa kamu nak buat" Cikgu Papa Zola dah pening kepala, lalu dia keluar dari kelas.

"Sekarang kelas mata pelajaran apa?" Baru Gopal tanya kepada Iwan, dari tadi mulut dia ternganga luas sebab dia tak tahu sekarang waktu kelas apa. Fang pula sudah lari keluar dari kelas dan pergi mencari tandas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Macam mana Probe?" Probe yang berada di sekolah untuk melihat berubah yang terjadi dekat Boboiboy dan rakan-rakannya

"Semuanya sudah menjadi gila! rancangan encik bos memang hebat!" kata Probe "Kapten Kaizo macam mana?" tanya Adudu

"Kapten Kaizo telah menjadi orang hilang akal!"

"Bagus! sekarang balik ke markas kotak. Masa untuk rancangan kita yang ke dua"

"Baik encik bos!" Probe terbang pulang ke markas kotak dengan hati yang gembira.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying di suruh pulang ke rumah lebih awal kerana semua cikgu tidak tahan dengan perangai mereka yang pelik-pelik. Fang memegang tangan Boboiboy dan tangan dia satu lagi pula, menghisap ibu jarinya. Dia rasa dia seperti kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Boboiboy pula dengan mata separuh terbuka, mengheret kaki dia ke rumah Fang. Dia terpaksa menghantar Fang pulang ke rumah. Kalau dibiarkan, tak tahu apa akan terjadi dekat Fang

Gopal juga Boboiboy terpaksa temankan kerana dia lupa rumah dia dekat mana. "Apa nama kau yea... Baharuddin?"

"Nama aku Boboiboy lah" kata Boboiboy yang hampir sahaja nak tidur dekat tengah jalan. Yaya pula dari tadi asyik mengusik dan mengejek Ying. "hehehe.. budak kaca mata kuat menangis! cengeng! cengeng!" Ying menangis kerana di ejek, lepas itu dia menangis sebab ada orang membazir makanan. "Kesian.. kau.. ma-makanan.. sa-sa-sanggup dia-dia orang tak ha-habis makan kau" Ying menangis di depan makanan tersebut

"Pang nak pergi taman permainan" kata Fang dengan nada yang begitu comel. Dia buat muka comel dia dekat Boboiboy. "Taman permainan? boleh juga, boleh aku tidur dekat buai" Lalu Boboiboy membawa Fang ke taman permainan

Yaya dan Ying mengikut mereka di belakang. Gopal pula "taman permainan tue apa?"

"Taman permainan itu sejenis hantu yang kita boleh tunggang dan naik ke langit. Lepas itu dia terbang ke dunia kepala Gopal. Taman permainan pun tak tahu ke!" marah Yaya kepada Gopal

"Aku lupa taman permainan itu apa. Eh kejap, nama kau Lala kan?" Lalu Gopal kena lastik dengan Yaya

"Ta-ta-man per-per-mainan itu tempat ki-kita bersuka ria" lepas itu Ying menangis lagi.

"Bisinglah korang nie" kata Boboiboy yang sudah penat berjalan. Dia terbayangkan katil di rumahnya. "Cepatlah abang Boboiboy, Pang nak pergi ke taman permainan" kata Fang yang tidak sabar untuk bermain di taman permainan

"Pergilah sendiri, ada kaki, ada otak, boleh fikirkan" Yaya cubit tangan Fang sekuat hati dan Fang menangis di situ "Kakak Yaya cubit Pang" dia menangis sekuat hati

"Fa-Fang ja-ja-jangan menangis. Kalau Fa-Fang menangis, na-nanti ak-ak-aku pun na-nak menangis juga" Dua-dua menangis di tengah jalan. Orang yang lalu lalang di situ perhatikan sahaja dengan perangai mereka. Gopal sudah hilang ke mana

Boboiboy mengaru kepala dia melihat gelagat mereka semua "Yelah yelah, jomlah pergi taman permainan" Boboiboy menarik tangan Fang dan mengheret dia ke taman permainan. "Jalanlah pelahan-lahan, Pang tak boleh jalan laju"

"Nak pergi ke taman permainan ke tak?" kata Boboiboy yang tengah stress sebab tak dapat tidur dengan tenang. "Pang nak, Pang nak"

"Kalau nak, jangan banyak bunyi" Fang terus tak berkata apa, dia ikut sahaja Boboiboy

Setelah sampai di taman permainan, Fang duduk di buai tapi dia seolah-olah tak reti nak buai. Fang melihat sekelilingnya dan mencari Boboiboy. Boboiboy sedang tidur lena di gelongsor. Kanak-kanak lain tidak dapat bermain di situ sebab ada orang tengah tidur. "Siapa nak buaikan untuk Pang, tiada siapa nak main dengan Pang" Fang rasa macam nak menangis sebab tiada siapa nak main buai dengan dia

"Biar aku tolakan" muncul Yaya. Fang begitu gembira sekali "YEAHH! terima kasih kakak Yaya"

Yaya bukan buaikan Fang tetapi dia tolak Fang dari buai itu dan lalu Fang menangis sekuat hati. Lutut dia luka sedikit dan dia menangis lagi. Ying pula kesian melihat bunga-bunga telah dipetik oleh kanak-kanak yang ada di situ. Dia menangis dekat bunga itu "Ja-jangan sedih bu-bu-bunga. Kau akan ma-mati dengan ba-bahagia" Lalu Ying tanam bunga-bunga yang telah dipetik, di koyakkan kelopaknya atau di pijak, Ying siap gali lubang kecik untuk bunga-bunga tersebut "Se-selamat Ti-ti-tinggal bunga" Ying menangis sambil menanam bunga-bunga itu.

Gopal pula, sesat ke mana, entahlah. Author pun tak tahu

Kaizo yang sedang berjalan-jalan di sekitar taman permainan, nampak adik dia menangis di tepi buai. "Fang, kenapa dengan adik?" Kaizo berlari ke arah adiknya yang sedang meraung menangis. Kaizo melutut dan nampak kesan luka di lutut Fang. "Kakak Yaya tolak Pang. Kakak Yaya buli adik" Kaizo melihat Yaya sedang membuli kanak-kanak lain. "Takpe, nanti abang marah dia. Adik jangan menangis lagi" Kaizo mengelurkan sapu tangannya dan lalu lap air mata Fang

Kaizo bangunkan Fang dan pegang tangan dia. "Jom, abang nak bagi amaran dekat Yaya" Fang masih teresak-esak menangis lagi

"Yaya, tak baik kamu buat dekat Fang macam tue dan kenapa kamu buli budak-budak kecik dekat sini"

"Wei abang, aku YAYA lah, perempuan paling cool dekat Pulau Rintis. Budak-budak nie semua patut kena buli, biar nanti tak menjadi lembik" kata Yaya dengan selamber. Dia tak kisah orang dewasa ke remaja ke, dia buat tak tahu sahaja.

"Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang nie. Ini semua pengaruh television" kata Kaizo yang berasa sungguh kesian dengan perangai Yaya. "Jom Fang, kita balik rumah. Sebelum tue, kita makan ice cream chocolate dekat kedai Tok Aba. Abang belanja adik" Fang mengangguk-angguk kepala dia tanda gembira, Fang tepuk tangan sekali. Kaizo pergi mengambil beg sekolah Fang dan bakul yang besar itu dan pegang tangan adik dia. "Jom kita makan ice cream!"

"Pang nak ice cream lobak merah"

"Kita pergi makan ice cream chocolate dulu, nanti dekat rumah, abang buatkan ice cream lobak merah ok" Kaizo pandai pujuk adik dia daripada meraung-rauang di tengah padang permainan. "YEAH! ice cream! ice cream!" kata Fang yang meloncat loncat kegembiraan

Yaya dan Ying terdengar perkataan ice cream, lalu mereka juga mahu mengikut Kaizo ke kedai Tok Aba. Boboiboy juga terdengar perkataan ice cream dalam tidur dia, dia bangun dan ikut mereka ke kedai Tok Aba "Ice cream chocolate, bagus untuk sebelum tidur nie" kata Boboiboy.

Sampai sahaja di kedai Tok Aba, mereka duduk di kaunter meja sambil menunggu ice cream chocolate sampai. "Tok Aba, bagi saya punya paling besar sekali, lepas tue jangan lupa letak koko dan chocolate syrup lebih dekat atas ice cream" kata Yaya. Ochobot dan Tok Aba rasa pelik tengok Yaya hari ini, apasal tiba-tiba dia pakai tudung hitam. "Nah Yaya" Ochobot memberi ice cream chocolate dekat Yaya. Yaya menolak ice cream itu "Wei robot, bagi saya punya lagi besar, ini kecil macam otak kambing"

"aaaa.. nanti saya buatkan lagi besar, tunggu yea" Ochobot mengambil balik ice cream itu dan lalu bagi kepada Fang yang duduk di sebelah Yaya. "Fang ambik nie" Fang tepuk tangan kerana akhirnya dia dapat makan ice cream chocolate

"Pang suka makan ice cream!"

"Adik makan elok-elok yea" kata Kaizo sambil meletakkan tisu di bawah dagu Fang. Fang makan ice cream tersebut dengan tahap begitu comot sekali. Mulut Fang comot, penuh dengan ice cream. Ochobot dan Tok Aba tak pasti apa yang mereka melihat sekarang "Betul ke itu Fang, Ochobot?"

"Rasanya betul tapi kenapa Fang makan macam budak kecik?" kata Ochobot sambil melihat Fang lap mulut comot dia di lengan baju sekolah dia. Ice cream chocolate sebesar giant teddy bear sudah siap dan lalu Ochobot bagi kepada Yaya. "Ini baru ice cream yang terhebat untuk budak cool macam saya" Boboiboy pula sedang tidur di meja kaunter kedai, siap ada bunyi berdengkur sekali "Boboiboy, Boboiboy. Kau nak ice cream tak?" tanya Ochobot.

"Nak" Boboiboy jawab di dalam tidurnya.

Ying pula duduk mencangkung di tepi pokok sambil melihat nasib siput yang telah pun mati. Dia menangis kerana siput itu sudah mati "Hi-hidup kau, be-be-begitu sekejap sa-sahaja"

"Aduhai, dia orang nie macam dah kena pistol emosi Y aje" kata Ochobot sambil memberikan ice cream chocolate kepada Boboiboy yang sedang tidur lena.

"Habis tue, nak suruh dia orang pergi ke markas kotak?" tanya Tok Aba

"Kenapa perlu ke markas kotak, dia orang nie ok sahaja Kaizo tengok" Kaizo siap lap mulut adiknya yang comot itu

"Tok Aba, Ochobot rasa Kapten Kaizo pun terkena dengan Adudu juga" bisik Ochobot. Kalau dah jadi macam ini, Ochobot kena paksa mereka semua pergi serang markas kotak sekarang juga, dan paksa Adudu pulihkan mereka tapi macam mana nak paksa dia orang pergi. Ochobot perlu fikirkan sesuatu. "Oh yea, Kaizo ada buat banyak makanan tadi. Sekejap yea, Kaizo bawa keluar dari bakul" Kaizo bangun dan pergi ke bakul yang dia letak tadi. Kaizo mengeluarkan beberapa bekas makanan untuk diberikan kepada Tok Aba

"TEMBAK MEREKA PROBE!" Adudu muncul dengan Mega Probe. Boboiboy terjaga dari tidur dia dan nampak Adudu nak serang mereka, Yaya dan Fang pusing kebelakang, manakala Ying pula, menangis lagi sebab ada robot besar muncul. "Kepala kotak dah muncul, aku lastik juga kepala kau yang buruk tue" Yaya sudah bersedia dengan lastik dia

"Baik encik bos! LASER PEMUSNAH!" Mega Probe menembak mereka dengan laser pemusnah. Yaya pula melastik seketul batu besar ke arah laser tersebut dan batu itu musnah sebab terkena laser pemusnah

"ABANGGGGGGG!" Fang menjerit ketakutan

Kaizo mendengar jeritan dari adiknya, Kaizo menoleh pandangan dia dan nampak satu tembakan yang amat dasyat datang ke arah adik dia dan rakan-rakannya. Tiba-tiba sahaja Kaizo kembali normal, ada sesuatu membuatkan dia sedarkan diri. "PANG!" Dia tidak boleh biarkan adik dia mati, dia mesti melindungi adik dia dari ancaman musuh. Kaizo berlari ke arah kedai Tok Aba dan melindungi mereka semua

"DINDING TENAGA!" Laser itu musnah kerana terkena dinding tenaga Kaizo

Fang menangis kerana takut. Fang berlari dan peluk abang dia "Pang takut, Pang nak abang. Pang takut"

"BERANI KORANG SERANG ADIK AKU! JAGA KAU! TOLAKAN TENAGA!" Adudu dan Mega Probe terpelanting dan lalu jatuh ke dalam semak. "Adik jangan menangis, abang ada dekat sini" Kaizo melihat kawan-kawan adik dia yang lain, nampaknya mereka terkena sesuatu daripada Adudu, dia kena lakukan sesuatu untuk pulihkan mereka semua. Kaizo perlu paksa Adudu pulihkan adik dia dan rakan-rakan adik dia sekali.

Probe telah kembali menjadi Probe yang normal. "Aduh, macam mana Kapten Kaizo boleh kembali normal" tanya Adudu yang sedang terbaring di dalam semak. Probe pula terbaring terbalik di sebelah Adudu. "Mana saya tahu encik bos"

"Hah! Aku boleh terangkan bagaimana Kapten Kaizo boleh kembali normal" muncul pula Ochobot untuk menerangkan apa yang terjadi sebenarnya

"Eh, tak perlulah nak terangkan"

"Tapi kita kena jelaskan kepada orang ramai, kalau tidak, nanti dia orang tak kan faham" kata Ochobot kepada Adudu

"Yelah, yelah, cepat sikit terangkan. Kapten Kaizo tengah tak sabar nak serang kita orang dah tue"

"Baiklah, begini ceritanya. Walaupun Adudu telah berjaya mengubah sikap Kapten Kaizo yang garang itu, tetapi Adudu tidak dapat menukar hati dia yang sangat sayang kepada adiknya dan akan melindungi adiknya daripada mana-mana ancaman musuh. Disebabkan serangan Probe yang begitu dasyat sekali, dengan secara tidak langsungnya, Kapten Kaizo terus sedarkan diri dan terus kembali normal. Nampaknya rancangan jahat Adudu kali ini tidak berjaya untuk musnahkan Kapten Kaizo dan juga yang lain-lain" kata Ochobot

"Oh begitu" baru Adudu faham "Probe, jom lari"

"Baik encik bos! LARIII!" Adudu dan Probe larikan diri daripada Kaizo

"MANA KORANG NAK LARI!" Kaizo mengejar mereka berdua dengan pedang tenaganya "BAIK KORANG PULIHKAN ADIK AKU DAN RAKAN-RAKAN DIA SEKALI!"

"BAIK KAPTEN KAIZO! DAN KAMI JANJI TIDAK AKAN BUAT JAHAT LAGI LEPAS NIE"

"JANJI HANYA TINGGAL JANJI!"

"MAAFKAN KAMI KAPTEN KAIZO" Kaizo mengejar mereka lagi sampai Adudu terpaksa mengalah sebab dia dah penat berlari. Akhirnya Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying berjaya di pulihkan (dan juga Kaizo, dia takut nanti tiba-tiba formula dalam badan dia, datang balik), dan Gopal pula orang yang terakhir dipulihkan. Mereka terpaksa mencari Gopal, ke mana dia menghilang, entahlah. Akhirnya mereka jumpa juga Gopal. Dia sedang berdiri sambil memerhatikan dinding putih di luar stor sukan sekolah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya, Cikgu Papa Zola melihat Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying diluar kelas, sebelum masuk ke dalam kelas dia. "Pstt.. hari ini dia orang ok tak?" bisik Cikgu Papa Zola dekat Amy yang duduk dekat dengan pintu kelas. "Dia orang ok hari ini cikgu" balas Amy "bagus bagus" Lalu Cikgu Papa Zola masuk ke dalam kelas 5 Jujur

"BANGUN!" lega hati Cikgu Papa Zola apabila mendengar jeritan dari ketua kelas, Yaya. "Selamat Pagi Cikgu, KEBENARAN!"

"Selamat pagi semua!" kata Cikgu Papa Zola "Nampaknya ketua kelas kamu telah kembali normal. Kamu pula Ying, macam mana dengan diri kamu?"

"Saya sudah kembali normal cikgu" kata Ying

"Bagus. Kamu Gopal, sudah kembali normal?"

"Sudah cikgu!" kata Gopal.

"Boboiboy, kamu pula tak rasa nak tidur dah?"

"Saya ok sahaja cikgu, tak rasa nak tidur dan malas dah" kata Boboiboy dengan begitu semangat sekali. Lalu Cikgu Papa Zola pergi ke meja belakang pula "tapi mana kawan kamu si Fang?"

"Sebenarnya... sebenarnya..." Boboiboy tidak tahu macam mana nak jelaskan kepada Cikgu Papa Zola

Sebenarnya Fang berada di rumah, dia sedang baring di atas katil sambil menutup mukanya di bawah bantal. "PANG! KENAPA KAU TAK PERGI KE SEKOLAH HARI INI?"

"Macam mana adik nak pergi sekolah, ini semua salah Adudu! Habis imej adik tercalar sebab si alien kepala kotak tue. Dia tue memang nak kena dengan adik" Fang rasa sungguh malu dengan sikap dia macam budak kecik umur 4 tahun di sekolah semalam.

"APA ABANG PEDULIK! PERGI KE SEKOLAH CEPAT!"

"TAK NAK!"

"NAK ABANG HERET KAMU KE SEKOLAH?"

"TAK NAK! ADIK TAK NAK!"

"PERGI CEPAT!"

"TAK NAK!"

"PERGI!"

"TAK NAK!"

Begitulah suasana rumah Fang dan Kaizo, pagi-pagi lagi sudah bising.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top