Projek Ice Cream
"FANG! kami datang nie" menjerit Boboiboy di hadapan pintu rumah Fang, sebelah dia pula adalah Gopal. Mereka berdua datang ke rumah Fang kerana ada satu projek cuti sekolah, jadi mereka mengajak Fang menyertai projek mereka. "FANG!" Boboiboy mengetuk pintu rumah Fang lagi. Pintu itu terbuka dan lalu Gopal ketawakan Fang. Fang pagi-pagi lagi sudah pergi bersihkan satu rumah. Dia dengan kain yang dipakainya di kepala, lepas itu dengan apron yang berwarna ungu dan putih (yang ada tulis I'M Awesome), dan juga sarung tangan berwarna kuning. Di sebelah tangan kiri Fang, terdapat vacumn cleaner, muka Fang pula penuh dengan habuk "Ada nampak Fang tak, wahai orang gaji" kata Gopal sambil ketawakan lagi dekat Fang. Fang dengan muka selamber, dia menggunakan kuasa bayang dia untuk ajar si Gopal
"PENGIKAT BAYANG!" Lalu Fang mengikat Gopal di pokok dan biarkan dia di situ sahaja. "Boboiboy! tolong aku! ampun Fang! aku janji aku tak ketawakan kau lagi" menjerit-jerit Gopal di pokok.
"Biarkan dia dekat luar" Fang menolak Boboiboy masuk ke dalam dan menutup pintu rumahnya. Mereka boleh lagi mendengar rayuan Gopal dari luar. "Janganlah tinggalkan aku" menangis Gopal
"Kau datang ke sini kenapa?" Fang membuka sarung tangannya dan lalu lempar di atas sofa. Boboiboy melihat rumah Fang begitu bersih sekali, semuanya tersusun atur. Tiada satu habuk pun yang kelihatan. "Woi, kau dengar tak apa aku cakap"
"Eh, maaf. Aku teruja sangat tengok rumah kau begitu bersih sekali. Lepas nie, bolehlah kau bersihkan rumah aku pulak" Fang membagi Boboiboy renungan begitu tajam sekali sampai Boboiboy rasa tidak begitu selesa sekali. "Aku.. aku.. aku bergurau aje"
"Yelah, cepat lah cerita, apasal korang datang ke sini" Fang menyimpan vacumn cleaner dia kedalam kotak asalnya. "Begini Fang, ayah Gopal bagi kita orang jual ice cream dekat gerai dia. Jadi kita orang datang ke sini sebab nak ajak kau join kita orang sekali dan buat ice cream perisa baru"
"Oh begitu, atau korang ajak aku sebab aku pandai dalam bab kira-kira" kata Fang dengan nada sinis. Sebenarnya memang betul pun tekaan Fang, mereka bukannya tak pandai tapi takut nanti salah, jadi mereka ajaklah Fang sekali
"Hehe.. pandai pula kau meneka" tersengih Boboiboy. Pintu rumah Fang terbuka, Kaizo masuk ke dalam rumah dengan Shadow, belakang dia pula, ada Gopal. "Pang, abang jumpa kawan kau tengah nyanyi-nyanyi dekat pokok" Gopal yang kena ikat dekat pokok tadi, dia telah bernyanyi-nyanyi lagu hindustan sambil merayu kepada Fang agar turunkan dia dari pokok. Kaizo yang baru sahaja selesai senaman pagi dia, nampak Gopal di atas pokok, lalu dia turunkan Gopal
"Selamatlah kau Gopal" kata Fang. "Dey, kau memang suka kenakan aku"
"Yang kau pergi ketawakan aku tadi, buat apa"
"Yelah yelah, salah aku juga. Wei Boboiboy, kau dah bagitahu project terbaru kita"
"Sudah. Jadi, macam mana Fang? apa keputusan kau" Fang mula fikirkan dulu. Kalau aku dapat buat ice cream sendiri, pas tue jual dekat orang ramai, boleh kaya aku, fikir Fang. Muka Fang mula berubah dari muka garang dia ke muka orang yang dapat idea. "Kalau muka macam nie, mesti ada idea tak betul kau" kata Gopal
"APA KAU CAKAP!"
"Takde apa, takde apa. Aku cuma cakap kau idea-idea kau semuanya hebat-hebat" Selamat Gopal, kalau tidak, sudah lama dia kena dengan harimau bayang Fang. Kaizo yang duduk di sofa dengar sahaja perbualan mereka bertiga. Ice cream? tiba tiba Kaizo teringat adik dia makan ice cream begitu comot sekali, hari itu. Kaizo menahan gelakan dia. Dia tidak dapat lupakan imej adik dia makan ice cream macam budak umur 4 tahun.
"Abang, abang" Fang memanggil dia
"Kau nak apa Pang?"
"Abang, adik nak guna ice cream maker boleh?" Setiap hari ada sahaja benda baru dari Kaizo. Kaizo beli itu semua untuk keperluaan adik dia, tak kiralah television ke, radio ke, laptop ke, katil ke, tapi satu sahaja yang takde, handphone. Kaizo tak nak adik dia terjebak sangat dengan dunia handphone, biarlah dia pergi bermain dekat luar. Dia nak adik dia sihat and sentiasa active. "Ice cream maker?"
"Ha ah, adik nak buat ice cream dengan kawan-kawan adik"
"Kau pergi bersihkan diri tue dulu, abang pergi keluarkan ice cream maker" Fang peluk abang dia yang masih lagi busuk tak mandi tapi apa Fang kisah. Dia pun belum mandi lagi. "Abang tengah busuk-busuk pun, kau nak peluk juga?" kata Kaizo sambil melihat kepala adik dia di dadanya.
"Ala, abang busuk, adik busuk. Kita sama-sama busuklah" Tak pasal-pasal Fang kena jentik dekat hidung. "Sudah! pergi mandi cepat. Nanti abang keluarkan ice cream maker yang kau nak tue" Boboiboy dan Gopal melihat sahajalah kemesraan mereka berdua, dalam hati Boboiboy ada rasa sedikit cemburu.
"Terima kasih abang" Fang lepaskan pelukan dia, dan pergi simpan barang-barang mengemas rumah di bilik stor. Selepas itu, dia terus ke bilik air untuk mandi. Manakala Boboiboy dan Gopal menonton television sambil menunggu Fang siap mandi.
30 minit kemudian
"Aku nak ice cream chocolate!" kata Gopal
"asyik chocolate aje, dekat kedai Tok Aba kan dah ada chocolate. Lagipun kitakan ice cream perisa baru. Kita buat ice cream perisa pisang ke? kau Fang, apa cadangan kau"
"Ice cream lobak merah" kata Fang dengan penuh keyakinan. Rumah dia terlampau banyak sangat lobak merah, setiap hari abang dia pergi borong semua lobak merah dekat kedai tapi mereka tidak pernah muak makan lobak merah. "Ice cream lobak merah? Kau takde idea lain ke?"
"Apasal, idea aku bagus apa" marah Fang kepada Gopal sebab menolak idea dia. "Kita kalau nak jual, kena cari ice cream yang unik. Ice cream lobak merah unik apa" kata Fang lagi
"Bagi kau unik adalah, bagi aku.. rasa nak muntah adalah" dia menjolok-jolok jari ke mulutnya, macam orang nak muntah
"PENGIKAT BAYANG!" Gopal kena ikat lagi dengan Fang dan dia mengangkat Gopal naik ke atas, sedikit lagi nak kena siling dapur "Baik kau cakap elok-elok sikit, lobak merah tue paling sedap ok!"
"eh sudah sudah, jangan bergaduhlah. Gopal, kita ikut sahaja idea Fang. Kalau tak habis, Fang kenalah makan semua" Fang tak kisah sangat asalkan ice cream yang berperisa lobak merah. "Yelah, yelah. Kita ikut sahajalah idea kau Fang" Terpaksalah Gopal ikut cakap Fang. Lalu Fang turunkan Gopal. Lepas ini, Gopal perlu cakap berhati-hati sedikit dengan Fang, kalau tidak, kena ikat lagi dengan Fang.
--------------------------------------------------------
Tepat pukul 11, Fang dan kawan-kawan dia sudah bersedia untuk berangkat ke gerai ayah Gopal. Ice cream yang mereka buat juga sudah bersedia. Mereka memberi Kazio untuk merasai ice cream lobak merah itu dan jawapan dia hanyalah "Bolehlah"
Fang tak puas hati sebab jawapan dari abang dia terlalu pendek. "Abang, cakaplah betul-betul. Sedap atau tidak"
"Secara jujurnya, bolehlah" kata Kaizo. Fang nak mula mengamuk tapi Boboiboy menolak Fang keluar dari dapur. "Kami pergi dulu abang Kaizo" Mereka mengangkat bekas ice yang penuh dengan ice cream lobak merah.
Mereka bertiga mengangkat bekas ice cream yang tidaklah seberat mana, tapi mereka perlu cepat sampai ke gerai ayah Gopal supaya ice cream itu tidak cair. Tanpa disedari mereka, Kaizo juga turut mengikut mereka di belakang. Dia hanya mahu melihat bagaimana bisnes ice cream mereka nanti. Adakah mereka akan gagal atau mereka akan berjaya menjual kesemua ice cream yang ada termasuklah ice cream lobak merah.
"Sampai pun korang semua" Ayah Gopal sudah menunggu mereka semua di gerai ice cream nya. "Wah, tak sangka abang kamu pun mahu tolong juga" kata ayah Gopal lagi.
Abang? tolong? Fang pusing kebelakang dan terkejut melihat abang dia ada di situ juga. "Apa abang buat dekat sini?"
"Abang nak tengok korang lah, tak boleh ke Pang?" Kaizo memberikan senyuman sinis dia. "Errr.. boleh, tapi abang kenalah tolong kita orang juga"
"Jangan banyak cakap, mari masukkan ice cream korang" Ayah Gopal panggil mereka semua untuk masukkan ice cream lobak merah itu ke dalam freezer. "Ice cream apa korang buat?"
"Kita orang buat ice cream lobak merah, Appa. Tak tahu lah laku ke tak nanti"
"Dey tambi, ice cream lobak merah mana ada orang nak beli. Kalau ice cream chocolate atau vanilla, mestilah ada orang nak beli. Kenapa pilih perisa lobak merah?"
"Dia nie Appa, dia suruh kita orang buat ice cream lobak merah, bagi unik sikit kata dia" kata Gopal sambil menunjuk kepada Fang. "Takpe Appa, kalau takde orang beli, kita suruh sahaja abang dia beli semua ice cream lobak merah" bisik Gopal kepada ayah dia.
"Bagus juga idea kamu" kata ayah Gopal
Jadi mereka semua bersiap sedia untuk menjual ice cream ice cream yang ada. "Pukul 5 nanti Appa datang balik. Jual bagi banyak" Ayah Gopal meninggalkan mereka semua dan dia berikan kepercayaan kepada Kaizo untuk menjaga dia orang bertiga. "Bagus, nampaknya ayah kau bagi aku untuk menjaga korang semua"
"Apa abang nak buat dengan kita orang" Mengigil Fang kalau abang dia ada idea yang pelik-pelik untuk dia orang. "Kau Pang, untuk menarik pelanggan, kau perlu bernyanyi dan sambil itu, kamu berdua akan menjual ice cream yang ada"
"tapi abang.. tak kan nak adik nyanyi pula, abang lah buat. Bukan ke hari itu abang cakap nyanyian adik sumbang"
"Kenapa abang yang kena buat, ini semua project kamu, jadi kau yang kena buat" Kaizo sambung lagi "Sumbang ke tak sumbang ke, apa abang pedulik! Pergi ambik gitar dekat rumah!"
"Baik abang" Lalu Fang berlari ke rumah untuk mengambil gitar dia. Boboiboy dan Gopal pula menunggu pelanggan pertama datang. Kaizo berdiri sandar di dinding tembok rumah sambil menghubungi Lahap, untuk memeriksa keadaan galaxy.
Tak sampai 5 minit, Fang sudah sampai. Dia kelihatan tercugap-cugap kerana berlari dari rumah hingga ke sini. "Bagi aku rehat 5 minit" Fang terbaring di tepi jalan kerana terlalu penat. Kaizo datang ke arah adik dia dan pandang ke bawah untuk melihat adiknya. "Aku bagi kau rehat 2 minit sahaja" Fang menepuk dahinya. "Kejam betul abang kau, Fang" kata Gopal.
"Abang aku memang kejam pun"
"Tapi abang juga yang jaga kau jugakan, betul tak Pang" Kaizo menjentik hidung Fang lagi yang masih lagi terbaring di tepi jalan. Fang mengosok-gosok hidung dia yang sudah bertambah merah.
"Betul abang ku sayang" kata Fang dengan perasaan yang geram. Dia menjelir lidah kepada abang dia yang sudah pandang ke tempat lain. Habis sahaja 2 minit Fang baring di atas rumput, lalu dia bangun dan Kaizo sudah menyuruh dia berdiri tepi gerai ice cream. Fang tidak tahu lagu apa nak menarik pelanggan untuk membeli ice cream mereka. "Apa yang kamu tunggu lagi"
"Wei Fang, cepatlah nyanyi" bisik Boboiboy kepada Fang yang sedang terpaku berdiri sebab tak tahu nak nyanyi lagu apa. "Kau bagi aku idea"
"Hah! lagu.. lagu apa yerk, lupa pula tajuk nama lagu tue"
"Kau nampak gitar nie Boboiboy, nak aku belasah kau dengan gitar nie ke?" kata Fang sambil mengangkat gitar dia kebelakang untuk membelasah Boboiboy tapi tak mungkin dia akan buat. Mahal kot gitar tue. "SUDAH! BANYAK BUNYI PULA KAU NIE" marah Kaizo "kalau Pang tak nyanyi dalam 1 minit, abang akan bagi kau hukuman"
Lalu Fang dapat idea, dia memetik guitar dia
Here comes the sun, here comes the sun,
And I say it's all right
Little darling, it's been a long cold lonely winter
Little darling, it feels like years since it's been here
Here comes the sun, here comes the sun
And I say it's all right
Little darling, the smiles returning to the faces
Little darling, it seems like years since it's been here
Here comes the sun, here comes the sun
And I say it's all right
Sun, sun, sun, here it comes
Sun, sun, sun, here it comes
Sun, sun, sun, here it comes
Sun, sun, sun, here it comes
Sun, sun, sun, here it comes
Little darling, I feel that ice is slowly melting
Little darling, it seems like years since it's been clear
Here comes the sun, here comes the sun
And I say it's all right
Here comes the sun, here comes the sun
It's all right, it's all right,
Ada juga 2 3 orang berhenti untuk mendengar Fang bernyanyi, yang beli ice cream hanyalah sorang sahaja. "Terima kasih mak cik, nanti beli lagi yea" kata Boboiboy yang baru selesai sahaja jual satu ice cream.
"Abang! kami nak dengar abang nyanyi lagi, seronok kami dengar abang nyanyi!" kata seorang kanak-kanak perempuan kepada Fang "NAK LAGI NAK LAGI NAK LAGI!" menjerit sekumpulan kanak-kanak, mereka terlalu teruja sangat mendengar Fang nyanyi. "Errr.. ok ok, abang akan nyanyikan sebuah lagu untuk korang semua"
"Wei Fang, jangan lupa suruh dia orang beli ice cream" kata Gopal.
"Sebelum itu, adik-adik semua jangan lupa beli ice cream di gerai kawan saya" kata Fang sambil tersengih. Dia sebenarnya tidak begitu pandai dengan budak-budak kecik.
"Tapi kami takde duit nak beli" mereka semua buat muka sedih.
"Takpe, biar aku belanja korang semua" Lalu Kaizo datang. Baik pula abang aku, fikir Fang
Dia menyuruh Boboiboy dan Gopal sediakan ice cream untuk budak-budak tersebut. Budak-budak tadi terlalu gembira dan mereka berpusu-pusu untuk mendapatkan ice cream mereka tapi semuanya tak nak ice cream lobak merah. Paling laku sekali ialah ice cream chocolate dan strawberry, itu pun masih banyak lagi. Setelah mendapat ice cream mereka, mereka duduk di depan Fang yang sedang bernyanyi lagi. Makin ramai yang datang ke mini concert Fang tapi yang datang beli ice cream cuma 5 6 orang sahaja.
Gopal menjeling mata dekat Fang sebab mini concert dia yang lagi popular, bukan gerai ice cream dia. Ice cream lobak merah pula, tiada siapa yang membeli lagi. Fang berehat bermain gitar dia. Dia sudah nyanyi 4 buah lagu "Abang, adik berehat sekejap boleh?"
"Rehat? macam mana nak rehat kalau pelanggan hanya sedikit sahaja yang datang. Kamu nie memang tak pandai nak tarik pelanggan. Bagi gitar kau, tengok abang nyanyi pula"
"Jangan lagu rock lagi sudah" bisik Boboiboy kepada Gopal.
Fang memberi gitar dia kepada Kaizo. Kaizo dengan posing yang begitu cool sekali, ramai budak-budak perempuan menjerit melihat kehenseman Kaizo. Fang pergi ke gerai ice cream Gopal dan melihat sahaja abang dia nyanyi. Makin ramai lagi yang datang, tapi kebanyakkannya perempuan, tak kisah lah, dewasa ke, remaja ke, kanak-kanak ke, semuanya perempuan, termasuklah nenek tua sekali.
I, I will be king
And you, you will be queen
Though nothing will drive them away
We can beat them, just for one day
We can be Heroes, just for one day
And you, you can be mean
And I, I'll drink all the time
'Cause we're lovers, and that is a fact
Yes we're lovers, and that is that
Though nothing, will keep us together
We could steal time,
just for one day
We can be Heroes, for ever and ever
What d'you say?
I, I wish you could swim
Like the dolphins, like dolphins can swim
Though nothing,
nothing will keep us together
We can beat them, for ever and ever
Oh we can be Heroes,
just for one day
"Wah, siap ada mini concert" muncul Yaya dengan adik dia. Ying pun ada dengan mereka sekali. "Ini mini concert atau nak jual ice cream?" tanya Ying
"Entahlah, ini semua idea abang Fang, dia yang suruh nyanyi. Katanya nak tarik pelanggan tapi yang beli beberapa orang sahaja" merungut Gopal. Selamat Fang tak dengar sebab dia terlalu sibuk sangat melihat abang dia nyanyi.
"Kalau macam tue, biar aku jadi pelanggan kau. 3 ice cream vanilla" Yaya mengeluarkan duit dia dan berikan kepada Boboiboy. Ice cream tersebut, Boboiboy berikan kepada adik Yaya, Ying dan juga Yaya. "Terima kasih" kata Yaya dan Ying. Mereka tersenyum berdiri dan menikmati ice cream vanilla sambil mendengar Kaizo nyanyi lagu slow rock.
Fang tiba-tiba rasa tak puas hati, dia pergi ke sebelah abang dia "Abang, adik nak nyanyi pula"
"Tak boleh, nyanyian kau sumbang sebab itu tak ramai yang datang"
"Habis tue, abang nak cakap abang nyanyi tak sumbanglah?" Kaizo mengangkat kenaing kanannya. "Siapa cakap nyanyian abang sumbang" Lalu Kaizo mainkan satu lagu yang membuat semua perempuan jatuh hati dekat dia. Fang rasa begitu menjengkelkan dengan abang dia. Dia duduk di tepi dinding sampai meletak tangan dia di dagu kerana bosan. Kaizo nyanyi sampai tak sedar ramai yang datang tengok dia nyanyi, siap ada yang duduk atas jalan raya sekali. Ada yang bawa camera dan kerusi dan ada yang siap minta autograph dari Kaizo. "Bagi adik nyanyi pula" menjerit Fang
"TAK BOLEH!"
"BAGI LAH!" Kaizo mengangkat gitar itu ke atas
"Abang kata TAK BOLEH!" Fang melompat-lompat untuk mengambil gitar dia di tangan abangnya.
Penonton di depan mereka, melihat sahaja dia orang bergaduh, berebut nak nyanyi. Entah kenapa, dia orang rasa teruja pula tengok adik beradik bergaduh di depan khayalak ramai, mungkin sebab comel sangat dia orang bergaduh. Boboiboy dan Gopal pula rasa geram sebab tiada siapa nak beli ice cream dia orang, lebih lagi dengan pergaduhan Fang dan Kaizo bersebelahan dengan dia orang sahaja.
"ICE CREAM ICE CREAM!" jerit Boboiboy
"Siapa nak ice cream, mari mari! sini ada jual ice cream!" Masih tiada siapa yang datang, mereka sibuk sangat tengok Fang dan Kaizo bergaduh. "Macam mana nie Boboiboy, si Fang tue bukannya nak tolong kita orang"
"HAH! AKU TAHU! BOBOIBOY KUASA LIMA!" terus Boboiboy berpecah kepada 5, Gempa, Taufan, Halilintar, Blaze dan Ice.
"Baik, korang semua pergi tarik pelanggan datang ke sini" kata Boboiboy Gempa kepada pecahan dia yang lain.
"Wah! hebatlah korang berdua nyanyi!"
Kesemua pecahan Boboiboy dan Gopal pandang ke tepi dan nampak Boboiboy Blaze begitu gembira sangat melihat Fang dan Kaizo nyanyi bersama. Disebabkan dia orang berebut sangat tadi, akhirnya mereka berduet dekat situ. Makin ramai yang datang ke mini concert mereka. Boboiboy Blaze begitu teruja sekali, dia pun ikut masuk sekali nyanyi dengan mereka berdua. Kaizo main gitar, Fang dan Boboiboy Blaze nyanyi bersama. Ramai yang menjerit dan bertepuk tangan melihat mereka bertiga beraksi. Kaizo buat-buat tak tahu sahaja dengan mereka semua, dia hanya fokus bermain gitar.
"Aduh, dia pergi join sana pula" Boboiboy Gempa menepuk dahi "Kalau macam tue, korang bertiga pergi tarik pelanggan ke sini!"
"Baik!" kata Boboiboy Taufan, Halilintar dan Ice. Jadi mereka bertiga terus ke arah yang berlainan. "Kali ini mesti ramai yang datang"
"Saksikanlah NYANYIAN DUET TERBARU DARI BOBOIBOY BLAZE DAN FANG!" kata Blaze sambil menunjukkan persembahan bebola api.
Ramai yang bertepuk tangan melihat persembahan Blaze tadi. Selepas itu bermula persembahan duet Blaze dan Fang. Blaze meloncat-loncat kesukaan kerana dapat nyanyi di depan orang ramai, padahal suara dia tidaklah semerdu Fang tapi ramai yang suka dengan nyanyian duet mereka. Kaizo duduk di belakang bermain gitar sambil sandarkan diri di tembok rumah. Dia tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berdua. Cikgu Papa Zola dan Mama Zilla ada di situ juga, menari-nari melihat mereka berdua nyanyi.
"Aik, awalnya kau balik Halilintar" kata Gempa
"Tadi aku dapat dah cari orang, tapi dia orang tak nak datang pulak, jadi aku paksa dia orang dengan pedang halilintar aku. Lepas tue dia orang lari pulak" Boboiboy Gempa rasakan rancangan mereka hari ini betul-betul tidak menjadi. Ice pula dekat kedai Tok Aba, sedang berehat sambil menikmati Ice Blended Chocolate Special. Harapan sekarang tinggal di tangan Taufan. Taufan pula, kalau nak ice cream, dapat percuma naik hoverboard dia, jadi dia berpusing-pusing dengan pelanggan mereka sampai pening kepala dia orang. Semuanya bertambah buruk, rancangan projek ice cream mereka ternyata gagal.
Pukul 5 sudah tiba.
Ayah Gopal datang untuk melihat bagaimana jualan ice cream mereka pada hari ini. Boboiboy sudah bercantum balik. Semua sudah beredar, hanya tinggal Boboiboy, Gopal dan Kaizo duduk di tepi sambil melihat Fang mengira keuntungan mereka pada hari ini. "Hari ini jumlah yang kita dapat, sangat sedikit"
"Aiyoooyooo! apasal ice cream masih banyak lagi" Mereka semua pusing kebelakang dan nampak ayah Gopal sedang memeriksa kesemua ice cream. "Appa suruh kamu jual ice cream, apasal sedikit sangat. Apa kamu buat tadi"
"Appa, projek ice cream kita orang gagal" menangis Gopal di baju ayah dia. Gopal mengelap air mata dia di baju ayah dia. "Sudah sudah, jangan menangis anakku Gopal. Lepas nie, Appa tak nak bagi korang jual ice cream lagi"
Ice cream lobak merah mereka, tidak terusik, ramai yang tak nak beli. Jadi Fang dan Kaizo terpaksa membawa balik ice cream lobak merah.
----------------------------------------------------------
"Kenapa ice cream lobak merah tak laku" Fang duduk di kerusi sambil melihat ice cream dia yang tidak laku di jual. Muka dia murung sahaja. Kaizo mengambil sudu dan pergi ke adik dia. "Eh, abang nak makan ice cream dengan adik ke?"
"tak, abang nak kau habiskan kesemua ice cream nie"
"Erkk! mana boleh abang, ice cream nie banyak sangat. Sakit perut adik nanti" Kaizo merenung ke mata adiknya sambil menunjuk sudu di depan adiknya. "Bukan kau yang ada mintak dekat abang buatkan ice cream lobak merah ke?" Fang menggangguk kepala. Dia teringat lagi semasa dia terkena dengan biskut Adudu, dia masih ingat lagi yang dia ada minta ice cream lobak merah. "Jadi, makan ice cream lobak merah kau" Lalu Fang mengambil pelahan-lahan sudu tersebut. Dia tahu, kalau dia tak makan ice cream itu semua, dia akan dikenakan hukuman. "Makan sampai habis, lepas tue naik ke kapal angkasa"
"Untuk apa?" Fang membuka penutup tube ice cream yang pertama
"Untuk latihan tempur" kata Kaizo dengan nada yang sinis. "ERKK!" terkejut Fang.
"Sudah! HABISKAN KESEMUA ICE CREAM KAU!" Kaizo tinggalkan adik dia dengan 3 bekas ice cream. Fang tidak dapat bayangkan bagaimana latihan tempur dengan perut dia penuh dengan ice cream "TIDAKKKKKKKKK!"
Sebenarnya Kaizo saja nak kenakan adik dia, lagipun hari ini tiada latihan tempur
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top