Persembahan Solo
Semenjak 2 hari lalu, Sekolah Rendah Pulau Rintis digemparkan dengan sebuah melodi yang cukup indah. Gopal masih lagi menganggap bahawa ada hantu di sekolah mereka. "Gopal, mana ada hantu dekat sekolah kita. Lagipun harikan masih siang, mana ada hantu main piano waktu siang"
"Isk kau nie Boboiboy, mana tahu hantu sekarang boleh muncul waktu siang ke. Apa kata kita siasat dekat mana hantu tue berada"
"Tak payah siasat, Yaya dan Ying dah beritahu aku pagi tadi"
"Yer ke, dekat mana Boboiboy" Boboiboy menunjuk Gopal ke arah kelas music. Terdapat beberapa pelajar yang ingin cuba melihat siapa yang bermain melodi itu. Gopal pun turut sertai pelajar-pelajar lain kerana ingin tahu siapa. Gopal terkejut kerana ternampak Fang duduk disebalik piano. "Kan aku dah cakap, hantu yang main"
"Kau nie Gopal, tak habis-habis panggil si Fang hantu"
"Dah tue, dia pergi duduk dekat rumah hantu kenapa" Gopal menarik tangan Boboiboy dan masuk ke dalam kelas music. Gopal menghalang pelajar lain masuk ke kelas tersebut. "Siapa masuk, aku bagitahu Yaya yang korang tak beli biskut dia" semua pelajar lari kerana takut dengan biskut Yaya. Gopal tergelak kerana berjaya halau mereka.
Boboiboy berdiri di sebelah Fang dan melihat dia bermain piano. Fang tahu dengan kehadiran mereka tapi dia biarkan sahaja dan teruskan bermain. Melodi yang Fang mainkan memang cukup indah dan menurut kata Gopal, macam melodi lagu hantu. Mereka mendengar sahaja melodi yang dimainkan oleh Fang. Beberapa minit kemudian, muncul Yaya dan Ying.
"Kau memang berbakat Fang" kata Yaya
"Terima kasih Yaya. Aku sebenarnya dah lama tidak bermain piano, ini baru cuba main balik semula, tak sangka aku masih lagi ingat" kata Fang sambil membuka muka surat seterusnya. Lalu dia mainkan melodi seterusnya khas untuk kawan-kawan dia. Tiba-tiba ada seseorang sedang bertepuk tangan. Cikgu Papa Zola muncul di pintu kelas music. "eh cikgu!" terkejut mereka
"Tak sangka anak murid cikgu ada bakat dalam main piano. Cikgu bangga dengan kamu Fang" Cikgu Papa Zola siap menangis lagi. "Dah lah hensem, pandai matematik, pandai dalam semua mata pelajaran, pandai bermain piano.. apa lagi yang kamu pandai, inilah dia pelajar contoh yang kamu patut contohi" kata Cikgu Papa Zola lagi sambil menepuk-nepuk kepala Fang. Fang rasa begitu menjengkelkan dan hilang terus fokus dia bermain piano. Dia berhenti bermain kerana cikgu Papa Zola sibuk kacau dia
"Pelajar contoh konon, pandai marah orang adalah" tambah si Gopal
"APA KAU CAKAP!" terus keluar aura-aura hitam di tubuh Fang. "Eh, sudah sudah.. nanti cikgu bagi kamu berdua rotan keinsafan baru kamu tahu!" kata Cikgu Papa Zola dengan rotannya.
"Cikgu, dengan saya cikgu tak bangga ke?" Gopal berikan senyuman yang indah kepada Cikgu Papa Zola "Bangga dengan kamu?"
"Yelah Cikgu, saya kan superhero yang patut dibanggakan. Lepas tue, cikgu patut lagi bangga dengan saya kerana sayalah peminat no.1 CIKGU PAPA ZOLA!"
"Superhero yea.. SUPERHERO APA KEBENDANYA! KAWAN-KAWAN KAMU PUN SUPERHERO JUGA! kamu tue patut lebihkan belajar lagi baru lulus dalam ujian matematik, baru cikgu bangga dengan kamu" Gopal buat muka sedih.
"Ala, saya lulus hari tue, cikgu banggakan kan kan"
"Itu baru pertama kali kamu lulus. Lepas nie kalau kamu tak lulus lagi, cikgu akan bagi rotan keinsafan!"
"Saya.. saya.. saya pergi masuk kelas sekarang cikgu! Pergi ulang kaji matematik" terus Gopal lari. Boboiboy, Yaya dan Ying tergelak sahaja. Manakala Fang pula sambung bermain piano dia. "Cikgu rasa kamu patut buat persembahan dekat dewan sekolah nie"
"Buat persembahan? dekat dewan sekolah? depan semua orang?" terus Fang berhenti bermain. "Cikgu, takpelah cikgu. Saya tak suka menunjuk-nunjuk nie" tersengih Fang.
"Yelah tue Fang, bukan kau suka menunjuk-nunjuk ke" kata Boboiboy dengan nada sinisnya. "Entah-entah kau malu buat persembahan depan orang ramai" Fang merenung tajam dekat Boboiboy. "Ha ah, saya malu cikgu. Takpelah cikgu, terima kasih yea cikgu" Fang tersengih lagi
"Kau jangan nak tipu Fang. Masa kau dapat watak utama untuk musical drama, takde pula kau cakap yang kau tue malu" kata Yaya
"Oh, tipu cikgu yea. Kamu nak cikgu denda kamu?" Cikgu Papa Zola memandang Fang sampailah Fang terpaksa mengalah. "Yelah yelah! Saya buatlah persembahan saya nanti"
Yaya dan Ying gembira kerana akhirnya Fang akan membuat persembahan solonya di dewan sekolah. "Bagus bagus, nanti cikgu bagitahu cikgu music kamu yea"
"Kau ok ke Fang?" tanya Boboiboy. Fang kelihatan ok tapi dalam seumur hidup dia, dia tak pernah buat persembahan sorang-sorang dekat atas pentas. "Jangan risau Boboiboy, aku ok" terus Fang menghantuk-hantuk kepalanya di keyboard piano. Fang menyesal kerana bermain piano pada hari ini. Apasal lah dia tak main guitar sahaja, tiada siapa akan suruh dia buat persembahan sorang-sorang nanti
------------------------------------------------------------------
Berita mengenai tentang persembahan solo Fang, terus tersebar satu sekolah. Ramai yang tidak sabar untuk melihat persembahan dia nanti, terutama sekali pelajar-pelajar perempuan. Kaizo pula cukup bangga dengan adiknya, lalu dia memberi sebuah hadiah kepada Fang
"Hadiah? untuk apa abang?"
"Habis tue, kau tak nak hadiah nie ke?" kata Kaizo yang masih lagi memegang hadiah itu. Fang mengambil hadiah tersebut. "Mestilah nak tapi hari jadi adik dah lepas"
"Ini bukan hadiah hari jadi, ini hadiah kerana abang bangga dengan kamu. Abang bangga sebab kau mempunyai pelbagai bakat"
"Abang tak payahlah bagi hadiah sebab bakat adik"
"Habis tue, kau nak abang buang hadiah nie" Kaizo baru sahaja nak mengambil balik hadiah tersebut tapi Fang menghalang abangnya. "Tahu pun, kau guna hadiah kau dengan baik, jangan nak rosakkan" Fang tersenyum dan gembira kerana dia mendapat sebuah hadiah daripada abangnya. "Terima kasih abang" kata Fang dan Kaizo terus ke biliknya. Apa abang aku bagi nie, fikir Fang sambil mengoncang-goncangkan hadiah tersebut tetapi tiada bunyi
Fang baru sahaja hendak membuka hadiah dia tetapi dia di panggil oleh abangnya. "PANG! KUCING KAU SUDAH BUAT BISING DEKAT BILIK ABANG!" Fang lalu bangun dan pergi mengambil anak kucing tersebut. Anak kucing itu adalah anak kucing yang mengikut Fang pulang ke rumah dari pasar malam. Kucing itu ber meow meow di hadapan pintu rumah sampailah Fang mengambilnya dan membawa kucing itu masuk. Kaizo tidak kisah kalau mereka bela kucing tersebut tetapi jangan sesekali masuk bilik Kaizo.
Kaizo siap bagi nama anak kucing itu Pang. Berapi-api Fang bila abang dia namakan anak kucing tersebut Pang. Akhirnya nama anak kucing itu ditukar menjadi Shadow kerana warna dia kelabu gelap dan kuasa Fang ialah kuasa bayang. "Shadow jangan masuk bilik abang lagi. Kau tahu jelah abang aku tue suka sangat mengamuk bila orang masuk bilik dia" Fang membelai-belai kucing tersebut. Dia kembali ke ruang tamu balik bersama dengan kucingnya, Shadow
Fang meletak Shadow disebelahnya dan lalu dia mengambil balik hadiah dia. Fang dengan gembiranya, dia membuka bungkusan hadiah itu dan lalu terkejut. LAPTOP?! abang aku bagi aku laptop, Fang tidak percaya apa yang dia terima daripada abangnya. Fang memeluk laptop tersebut dan menunjukkan laptop itu kepada Shadow.
Kaizo yang berada di balkoni atas, melihat sahaja gelagat adiknya yang begitu gembira sekali. Kaizo hanya tersenyum sahaja. Semuanya untuk adik dia, dia akan buat apa sahaja untuk adik dia, supaya adik dia hidup dengan penuh keceriaan walaupun kena buli dengan dia. Kaizo melihat adiknya seperti bayi kecil yang baru umur 1 atau 2 tahun, dia tahu adik dia akan meningkat dewasa. Bila lagi dia akan dapat melihat adiknya seperti kanak-kanak kecil yang lain. Sebelum ini, dia dengan misi dia dan lupa yang adik dia masih kecil lagi. Pada masa itu, dia sudah dedahkan kepada Fang dengan misi-misi dia, sampai Fang sendiri tidak dapat bermain seperti kanak-kanak lain. Kadang-kadang Fang ada mengajak dia pergi bermain tapi dia menolak dan tinggalkan Fang bermain sorang-sorang di kapal angkasa.
"Abang" Fang memanggil abang dia
"Yea Pang"
"Adik kena pergi ke sekolah, ada latihan piano" kata Fang. Cikgu music dia telah menetapkan 3 kali seminggu berlatih untuk persembahan solo dia yang akan datang. Cikgu dia juga memberi cabaran yang agak berat untuk Fang iaitu bermain piano sambil bernyanyi dan lagu itu perlulah lagu english. Mujurlah dia ada satu lagu english yang dia minat dan dia tunjuk kepada cikgu music nya. Cikgu dia setuju dan akan membimbing Fang semasa sesi latihan nanti. Kaizo melihat adiknya keluar dari pintu rumah. Kucing kesayangan Fang ber meow meow di depan pintu kerana sedih melihat Fang tinggalkan dia
--------------------------------------------------------------------
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berasa sungguh sunyi sekali di kedai Tok Aba kerana ketiadaan Fang. Yaya bukan lagi director drama musical, cikgu Papa Zola telah mengambil alih. Ying juga begitu, dia bukan lagi penolong director. Jadi mereka mempunyai masa untuk membuat kerja sekolah atau berlepak sahaja di kedai Tok Aba
"Tak bestlah takde Fang" kata Gopal
"Bukan lama pun Gopal, nanti bila persembahan dia dah habis, dia adalah dekat sini balik"
"Ha ah, betul cakap Yaya. Kau rindu dekat Fang ka?"
"Mana ada Ying, aku cakap tak best sebab takde siapa nak ajar aku kerja sekolah nanti" Menangis Gopal dekat meja kaunter Kedai Tok Aba
"Sudahlah Gopal, berdrama lebih aje kau nie" Kata Ochobot yang sedang menolong Tok Aba membuat chocolate pancake untuk mereka semua. "Yaya dan Ying kan ada, dia orang boleh tolong kau jugakan"
"Dia orang nak ke tolong aku nie, Boboiboy. Yaya tue, kalau salah sikit aje, terus kena marah. Ying tak payah cakaplah, dia cakap laju sampai aku sendiri tak faham apa yang dia ajar" berapi api Yaya dan Ying setelah mendengar kata-kata dari Gopal
"APA KAU KATA GOPAL!" Gopal mengigil ketakutan kerana melihat Yaya dan Ying begitu marah sekali kepada dia
"Aku cakap... aku cakap korang hebat aje" kata Gopal
"Yolah tue, kau ingat kita orang tak dengar ke!" kata Ying
"Wei, sudah sudah.." terus Yaya dan Ying tenangkan diri, manakala Gopal tersengih sambil minum air hot chocolate nya "Apa kata kita pergi tengok Fang berlatih"
"Isk kau nie Boboiboy, tak kan nak kacau dia berlatih pula"
"Ala, bukan kacau pun, kita tengok dari luar aje"
"Bukan kacau kau kata!" muncul Kaizo dengan seekor anak kucing. Boboiboy seperti kenal anak kucing itu, baru dia teringat, itu anak kucing Fang.
"Erkk! KAPTEN KAIZO!" terkejut mereka berempat dengan kemunculan Kaizo. "Comelnya anak kucing nie" Yaya dan Ying bermain-main dengan anak kucing itu. Kaizo memberi mereka bermain dengan anak kucing tersebut tapi jangan hilangkan anak kucing itu, kalau tidak, hukuman latihan tempur. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Boboiboy mendapat satu idea yang bagus
"Kapten Kaizo"
"Kau nak apa Boboiboy" Kaizo menoleh ke arah Boboiboy. Boboiboy pula takut tengok muka Kaizo yang garang itu. "Sebenarnya si Gopal rindu Fang ajarkan dia kerja sekolah. Apa kata Kapten Kaizo tolong Gopal buat kerja sekolah"
"Dey! apa kau cakap nie Boboiboy" lalu Kaizo muncul depan Gopal. Gopal menahan perasaan takut dia. "tolong kerja sekolah kau?" Gopal mengangguk sahaja. "Keluarkan semua kerja sekolah kau cepat!" Gopal dengan pantasnya mengeluarkan kesemua buku-buku mata pelajarannya. "Isk, tak baik betul si Boboiboy nie kenakan Gopal" kata Yaya sambil membelai-belai anak kucing bernama Shadow itu.
"Aik, mana si Boboiboy" kata Ying. Boboiboy sudah larikan diri ke sekolah
-------------------------------------------------------------------
Di sekolah, Fang sedang menunggu cikgu music nya datang, sementara menunggu kedatangan cikgunya, dia main piano dengan beberapa buah melodi. Di luar kelas, terdapat beberapa pelajar perempuan melihat dia bermain piano. Fang mahu sahaja halau mereka semua kerana makin ramai pula yang muncul. Nak sahaja Fang keluar harimau bayang dia untuk menghalau mereka tapi dia bukanlah sekejam itu.
Fang tenangkan diri dan lalu fokus untuk lagu seterusnya. Dia mainkan satu lagu yang amat bermakna buat dia
https://youtu.be/0mgpWmOzz_M
Ride the train that's headed for glory
Rush out without your shoes on and ride that train
The weak go out at night and beat up those that are even weaker than themselves
As the sound of it echoes, the blues tune speeds up
I want an invisible freedom
Shooting away on an invisible gun
Let them hear your true voice before it's too late
This might not be heaven, but it's not hell either
It's not full of good people, but it's not only bad people either
I want to hold you close under a romantic starry sky
I want to have a surreal dream as the south wind blows me around
I want an invisible freedom
Shooting away on an invisible gun
Let them hear your true voice before it's too late
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the ends of the earth
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the bitter end
Forget about all the set anniversaries celebrated all over the world
The day you're living right now is a hundred times more wonderful
Forget about all the stone monuments they've put up all over the world
The day you're living right now is a hundred times more meaningful
I want an invisible freedom
Shooting away on an invisible gun
Let them hear your true voice before it's too late
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the ends of the earth
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the bitter end
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the ends of the earth
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the bitter end
Ride the train that's headed for glory
Rush out without your shoes on and ride that train
Run through the pain of pelting rain without putting up your umbrella
Run through life with your heart on your sleeve, don't hide your repulsiveness and dirtiness
You'll never be a saint but it's better to live
That's why I sing out as loud as I can
I want an invisible freedom
Shooting away on an invisible gun
Let them hear your true voice before it's too late
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the ends of the earth
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the bitter end
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the ends of the earth
TRAIN TRAIN barrel forward TRAIN TRAIN to the bitter end
Setelah Fang selesai nyanyi, dia terdengar tepukan dan jeritan dari pelajar-pelajar perempuan di luar kelas. Fang tidak kisah dengan suara-suara bising itu, janji mereka terhibur dengan nyanyian Fang. Boboiboy juga ada di situ, dia tidak sangka kawan dia nyanyi begitu merdu sekali tapi dia tidak tahu lagu apa yang Fang nyanyikan tadi. Boboiboy ingin masuk ke dalam kelas music tapi cikgu music Fang sudah datang. Cikgu music itu halau pelajar-pelajar lain kerana ia akan menganggu Fang untuk berlatih. Boboiboy terpaksa beredar juga, takpelah, dia akan tunggu Fang di kedai Tok Aba atau jumpa esok sahaja. Boboiboy patah balik ke kedai Tok Aba
------------------------------------------------------------------
"Ke mana kau tadi Boboiboy?" tanya Tok Aba. Kawan-kawan dia yang lain sudah pulang ke rumah, yang tinggal hanyalah Kaizo dan Gopal. Kaizo masih lagi mengajar Gopal. Gopal dengan perasaan takut, dia buat semua jalan kerja matematik dengan betul. Sebenarnya dia takut kena latihan tempur, jadi dia buat kerja sekolahnya dengan sempurna.
"Maaf Tok Aba, Boboiboy tak bagitahu mana Boboiboy pergi mana tadi"
"Lain kali bagitahu Atok mana kau pergi, jangan buat atok risau" kata Tok Aba
"Tadi Boboiboy pergi ke sekolah, tengok Fang berlatih" terus Kaizo berhenti mengajar Gopal. "Kau ganggu adik aku sedang berlatih"
"Eh tak, saya cuma tengok sahaja lepas tue cikgu dia halau kita orang" kata Boboiboy sambil tersengih. "Hah! Kapten Kaizo ajarlah Boboiboy matematik sekali" Gopal kenakan balik dekat Boboiboy. Boboiboy menjeling matanya ke arah Gopal. Jaga kau Gopal, kata Boboiboy dihati.
"Bagus juga cadangan kau. Cepat keluarkan kerja sekolah matematik kamu!" Boboiboy terus keluarkan buku matematiknya.
"Elok sangat Kaizo ajar kamu berdua" kata Tok Aba sambil mengelap cawan-cawan yang baru sahaja di basuh tadi. "Lain kali bolehlah Kaizo ajar kamu lagi.. hehehe"
-------------------------------------------------------------
Setelah selesai sesi latihan dia, Fang balik ke rumah. Fang dapati rumah dia sunyi, kucing kesayangan dia pun tiada. "Aik, mana kucing aku? Abang pun dah hilang" Fang pergi mencari kucing kesayangannya di luar rumah. Dia memanggil-manggil nama Shadow tapi Shadow tidak juga muncul.
"Mesti abang bawa Shadow pergi jalan-jalan" Fang menghela nafas dan masuk ke dalam rumah semula. Kejap lagi abang balik, fikir Fang. Sementara itu, Fang masuk ke dalam dapur dan sediakan makan malam.
Fang terdengar pintu depan terbuka. "Pang, jangan nakal-nakal. Kalau kau nakal, nanti aku bagi kau hukuman latihan tempur" kata Kaizo kepada anak kucing tersebut. Kucing pun dia nak bagi latihan tempur juga, dah lah anak kucing. Adoi, apalah Kapten Kaizo nie
Fang menepuk dahi dan lalu keluar dari dapur. "NAMA DIA SHADOW LAH! BUKAN PANG!"
"Nama dia sesuai apa dengan nama Pang" Kaizo belai-belai kepala kucing itu. "Habis tue, kau nak namakan dia Shadow Pang, sesuai juga"
Fang yang berdiri di depan pintu dapur dengan hati yang berapi-api dekat abangnya dan lalu Fang lari naik ke biliknya kerana merajuk dengan abangnya. Kaizo tersenyum sahaja dekat anak kucing itu.
"Syhhh.. jangan bagitahu dia yang aku hanya bergurau sahaja" Kucing itu meow meow sahaja dekat Kaizo. Kaizo bangun dan pergi ke bilik adiknya, dia membuka pintu dan dapati Fang sedang membuat kerja sekolah. Fang masih lagi merajuk dengan abang dia. Shadow masuk ke dalam bilik Fang dan lalu baring ditepi anak patung landak, pemberian abangnya juga. Walaupun Fang tidak menyukai sangat dengan anak patung tersebut tapi dia simpan dan jaga dengan baik. Selalunya di situlah tempat tidur Shadow.
"Abang nak apa?" kata Fang dengan nada yang marah
"Pang, tadi kawan kau cerita yang kau ada nyanyi satu lagu. Lagu apa yang kamu nyanyi tadi tue?"
"Lagu? Siapa kawan adik yang dengar adik nyanyi tadi?"
"Kawan baik kamu Boboiboy" Fang meletak pensilnya di atas buku matematik. "Adik nyanyi lagu yang amat bermakna buat adik tapi itu bukan lagu untuk persembahan adik nanti"
"Oh, lagu apa kau akan nyanyikan nanti?"
"Mana boleh bagitahu, abang kena datang dan tengok sendiri persembahan adik nanti"
"Yea, nanti abang akan datang. Adik jangan risau" Kaizo sekeh kepala Fang dan lalu keluar dari bilik. "Oh yea, abang dah lapar. PERGI MASAKAN UNTUK ABANG!"
"Tapi adik tengah siapkan kerja sekolah"
"APA ABANG PEDULIK! PERGI MASAK!" terus Fang berlari ke dapur. Tak guna punya abang, sekejap ok, lepas tue K.O, fikir Fang sambil mengambil bahan-bahan keluar dari peti sejuk.
Kaizo masuk balik ke bilik Fang, lalu dia membelai-belai Shadow yang sedang tidur. Kaizo suka panggil kucing itu Pang sebab kucing itu comel macam Fang
-------------------------------------------------------------------
Hari yang ditunggu-tunggukan sudah tiba.
Fang yang berada di atas pentas dewan sekolah, dia berasa sungguh berdebar-debar sekali kerana ini pertama kali dia akan membuat persembahan solo di depan guru-guru dan juga pelajar-pelajar lain. Fang melihat di sekeliling dewan dan mencari kawan-kawan dia iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Abang dia datang lewat kerana ada hal dengan Lahap dekat kapal angkasa. Fang nak sangat abang dia berada di situ tapi apa boleh buat, persembahan dia perlu diteruskan. Dia tidak boleh kecewakan cikgu music yang telah mengajar dia dan membimbing dia sehinggalah dia mahir membawa lagu ini. Piano di hadapannya begitu besar sekali, dia terpaksa memulakan persembahan solo dia tapi sebelum itu, dia melihat sekeliling dewan sekolah sekali lagi dan nampak kawan-kawan dia sedang melambai-lambai kepada dia. Yaya dan Ying ucapkan selamat berjaya kepada dia. Boboiboy pula berikan senyuman kepada dia. Gopal pula janji akan merakam persembahan dia. Walaupun abang dia lambat dan kemungkinan tidak dapat melihat persembahan dia, Gopal janji akan rakam persembahan ini khas untuk abang Fang, Kaizo
Sudah 2 minggu dia berlatih dengan lagu dan melodi ini, dia berharap semuanya akan berjalan dengan sempurna
Fang menghela nafas dan lalu menekan keyboard pianonya. Lagu yang dia nyanyikan adalah lagu Jepun yang sudah di translate menjadi english supaya orang lain faham dengan maksud lagu tersebut. Pada awalnya, Fang memilih lagu lain, lagu english tetapi dia ingin menukar kepada lagu lain. Cikgunya tidak membantah dan lalu memberi Fang nyanyi lagu tersebut. Lagu tersebut telah di translate sendiri oleh Fang dan dia telah memberi kepada cikgunya untuk membenarkan dia nyanyi lagu tersebut
https://youtu.be/40zrVYc6Ey4
If I can get one wish ,
To come true right now, I want a pair of wings,
Please grant me white wings,
On my back like a bird,
In this huge sky I wanna,
Spread my wings and fly,
Towards the free sky with no sadness,
I wanna flap my wings and soar,
I have no need for wealth or fame,
All I want now is a set of wings,
I still dream of those things,
That I've dreamed about when I was little,
In this huge sky I wanna,
Spread my wings and fly,
Towards the free sky with no sadness,
I wanna flap my wings and soar,
In this huge sky I wanna,
Spread my wings and fly,
Towards the free sky with no sadness,
I wanna flap my wings,
In this huge sky I wanna,
Spread my wings and fly,
Towards the free sky with no sadness,
I wanna flap my wings and soar.
Setelah habis sahaja Fang bernyanyi, semua pelajar termasuklah guru-guru memberi tepukan gemuruh. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berdiri dan berikan tepukan kepada Fang. Fang tersipu malu kerana dia tidak pernah dapat tepukan seperti ini. Cikgu Papa Zola siap menangis lagi "Itu anak murid saya tue" kata Cikgu Papa Zola. Ada juga beberapa pelajar perempuan yang malu-malu ingin memberikan sekuntum bunga, tak pun anak patung teddy bear. Fang tidak pedulik kan mereka kerana dia sedang mencari seseorang.
Fang ternampak di hujung dewan sekolah, abangnya Kaizo berdiri sandar di dinding sambil memberikan senyuman manis kepada dia. Fang membalas balik senyuman abangnya
-----------------------------------------------------------------
"Macam mana abang, best tak adik nyanyi tadi?"
"Sumbang" kata Kaizo dan lalu menghirup hot chocolate nya di kedai Tok Aba. Sumbang?! Fang mula nak mengamuk dekat abangnya. "ADIK TAK NYANYI SUMBANGLAH! ABANG SAJE NAK KENAKAN ADIK!"
"Dah abang kata nyanyian kau tue sumbang, sumbanglah!"
"ABANG TIPU!"
"Mula dah" kata Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying serentak. "Biarkan jelah dia orang" kata Ochobot
"Biarkan kau kata, Ochobot. Kejap lagi meletup lah si Fang" kata Boboiboy. Memang betul, Fang sudah meletup seperti gunung berapi meletup. "Abang suka sangat buli adik!"
"Habis tue, kau yang cakap kau tak kisah abang buli adik" Kaizo bangun dan merenung tajam ke mata Fang, lalu dia tersenyum sinis. "Pang! Disebabkan nyanyian kau yang begitu sumbang... eh, mana adik aku?" Fang sudah lari entah ke mana
"Kapten Kaizo nak bagi dia latihan tempur ke?" tanya Boboiboy
"Bukan, aku baru sahaja nak bagi dia hadiah" Kaizo mengambil sebuah hadiah dari belakang kaunter meja kedai. Pagi tadi dia menyuruh Ochobot simpankan hadiah ini di kedai Tok Aba. Dia akan bagi hadiah itu dekat Fang semasa mereka berada di kedai Tok Aba nanti.
"Lorr.. ingatkan nak bagi dia latihan tempur"
"Kenapa? kau nak aku bagi si Pang latihan tempur ke?"
"Eh, takde lah Kapten Kaizo.. hehehe" terus Boboiboy menikmati ice blended chocolate nya. Harap-harap Fang takdelah kena dengan latihan tempur, begitulah Boboiboy berharap.
Malam itu juga Fang kena latihan tempur dengan abangnya. Hadiah tadi itu, lain masa sahajalah Kaizo akan bagi.
"BOBOIBOY! JAGA KAUUUU LEPASS NIEE!" menjerit Fang di kapal angkasa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top