Pasar Malam
Boboiboy sedang merenung jauh di luar tingkap, apa yang difikirkan olehnya, entahlah. Kerja sekolah matematik dia, masih lagi belum selesai. Ochobot yang sedang lalu di hadapan bilik Boboiboy, dia perasan dia kelakuan kawan baik dia itu. Murung sahaja. "Boboiboy, kau ok ke?" Ochobot terbang masuk ke bilik Boboiboy
"Aku ok aje Ochobot"
"Kau fikirkan tentang Fang ke?" tanya Ochobot
"Taklah, aku sebenarnya tengah fikirkan macam mana nak selesaikan jalan kerja matematik nie" Lalu Ochobot jatuh sebab dia ingatkan Boboiboy risaukan tentang Fang rupanya bukan.
"Lah, begitu pula" Boboiboy tersengih kepada Ochobot. "Fang macam mana hari ini, Boboiboy"
"Fang hari ini mengamuk dengan kita orang masa balik sekolah tadi. Aku nak hubungi dia, nak tengok keadaan dia macam mana tapi aku takut dia mengamuk lagi nanti" kata Boboiboy sambil menghela nafas. Boboiboy menconteng buku sekolahnya dengan melukis gambar kawan-kawannya. "Berikan dia masa untuk bersendirian, Boboiboy. Nanti bila tiba masanya, dia akan cerita segalanya dekat kau. Jangan terlalu memaksa dia sangat, Boboiboy"
"Terima kasih Ochobot. Kau selalu menasihati aku"
"Mestilah, aku kan kawan terbaik kau" Boboiboy berikan senyuman ikhlas kepada Ochobot. Ochobot melihat lukisan yang Boboiboy lukiskan tadi, kelihatan begitu comel sekali. Ia bukanlah sebuah lukisan yang sempurna tapi ia cukup buatkan Ochobot rasa gembira.
"BOBOIBOY!" Tok Aba memanggil Boboiboy di ruang bawah. "Fang datang nak cakap dengan kau"
Fang? Boboiboy tak sangka Fang datang ke sini selepas sahaja Fang mengamuk dengan dia tadi. Mungkin Fang sudah bersedia untuk bercerita dekat diri dia. Boboiboy dan Ochobot keluar dari bilik dan turun ke bawah. Boboiboy nampak Fang kelihatan lebih ceria, dan baru dia tahu kenapa, dibelakang Fang terdapat seseorang sedang berdiri dan orang itu ialah Kaizo, abang kepada Fang.
"Kapten Kaizo dah kembali" kata Boboiboy. Patutlah Fang nampak ceria, fikir Boboiboy.
"Ha ah, abang aku dah kembali ke sini" kata Fang dengan suara ceria dia. Kaizo memegang kepala Fang dan lalu selerakkan rambut adiknya. Fang tersenyum kepada abangnya. Boboiboy terasa seperti melihat seekor kucing comel, sungguh mesra mereka berdua. Entah kenapa, Boboiboy rasa mahu cubit-cubit aje si Fang sebab dia kelihatan begitu comel sekali di depan abangnya. Kemesraan mereka berdua membuatkan Boboiboy rasa senang hati dan hati dia seperti tersenyum tersendiri "Boboiboy" panggil Fang
"Kenapa Fang?"
"Aku nak minta maaf sebab aku marah dekat kau tadi" Fang rasa serba salah dengan kawan-kawan dia. Fang tahu mereka berusaha untuk ceriakan Fang tapi dia, kerinduan terhadap abang dia, semakin mendalam dan semakin buat dia hilang arah. "Takpelah Fang, jangan risau sangatlah tentang tue"
"Aku datang nie bukan sahaja nak minta maaf. Aku nak ajak kau pergi ke pasar malam nanti, aku bawak abang aku sekali" Boboiboy tersenyum dan lalu berkata "Tadi aku ajak, kau marah.. hehehe. Kalau macam tue, kita jumpa dekat pasar malam"
"Ok! jumpa malam nanti Boboiboy" Boboiboy nampak Fang memegang tangan abangnya seperti dia tidak mahu melepaskan tangan abang dia, seperti Fang tak nak abang dia pergi lagi. "Kenapa aku nampak dia orang sungguh berbeza sebelum nie" tanya Ochobot yang melihat sahaja mereka di tingkap. "Mesti ada sesuatu yang terjadi tadi, nampaknya mereka lebih mesra sebelum nie" kata Boboiboy sambil menutup pintu rumah.
"Baguslah tue, tak pernah aku nampak Fang gembira seperti tue" Boboiboy mengangguk sahaja.
Fang menarik tangan abang dia, dan menuju ke rumah sebelah rumah Boboiboy. Rumah Yaya. Fang ingin menebus balik kesalahan dia, lalu dia mengajak semua kawan-kawan baiknya pergi ke pasar malam. Selepas sahaja dia mengajak Yaya, dia pergi ke rumah Ying dan Gopal. Dia juga terpaksa memujuk ayah Gopal supaya Gopal dapat keluar pergi berjalan-jalan dengan dia di pasar malam. Akhirnya ayah Gopal setuju dan bagi Gopal keluar tapi dengan satu syarat, Gopal kena siapkan semua kerja sekolahnya kalau nak keluar.
Kaizo melihat sahaja gelagat adiknya dengan aksi comelnya. Sepanjang mereka berjalan dari rumah Boboiboy sampai lah ke rumah mereka, Kaizo perasan adiknya tidak lepaskan tangan dia. Fang siap menghayun-hayun tangan mereka berdua dan dia tidak terhenti-henti bercerita tentang apa-apa sahaja. Kaizo mula terfikir, terdapat perubahan besar yang terjadi dekat adiknya.
"Pang"
"Yea abang"
"Adik gembira?"
"Mestilah! Abang sudah kembali ke sini. Malam nanti kita boleh cuba macam-macam makanan dekat pasar..." Fang bercerita lagi, Kaizo hanya tersenyum dan dengar sahaja cerita dari adiknya. Kenapa Kaizo dapat rasakan ada sesuatu yang Fang cuba sembunyikan. Mungkin perasaan dia sahaja, tapi takpelah, buat masa ini, biarlah adik dia buat apa sahaja yang dia nak, asalkan dia gembira.
Tepat pukul 8 malam, mereka semua sudah berkumpul di pasar malam. Hari ini pasar malam begitu ramai sekali tetapi tidaklah begitu sesak sangat. Gopal yang berusaha untuk siapkan kerja sekolahnya siang tadi, akhirnya dia siap juga walaupun ada beberapa soalan yang dia main hentam sahaja. Gopal membawa duit begitu banyak sekali kerana pasar malam adalah tempat kegemaran dia. Terlampau banyak makanan yang dia ingin beli dan cuba. Mungkin ada makanan baru yang mereka boleh rasa. Ochobot sebenarnya nak ikut juga tapi disebabkan dia hanyalah sebuah robot comel yang tidak boleh merasai makanan yang sedap-sedap, jadi dia duduk sahaja di rumah dengan perasaan yang sedih. Boboiboy janji akan beli sesuatu yang bukan makanan untuk Ochobot
Fang membawa abang dia dari satu gerai ke satu gerai. Dia tunjuk abang dia pelbagai jenis makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Kaizo hanya tersenyum sahaja melihat adiknya yang begitu semangat sekali. Fang siap suruh abang dia pakai cermin mata hitam yang ada jual di pasar malam. Gopal sudah bersedia dengan cameranya, lalu dia menangkap gambar Kaizo memakai cermin mata hitam.
Boboiboy mengambil cermin mata Fang dan lalu memberi cermin mata hitam yang lain kepada Fang. "Fang, kau nampak lain bila tak pakai cermin mata" kata Yaya
"Yolah, lagi hensem" tergelak Ying dan Yaya. "Ala, aku pun hensem juga apa" Gopal memcuba salah satu cermin mata hitam dan tunjukkan aksi macho dia. "Akulah Gopal! Superhero terkenal di Pulau Rintis"
Setelah selesai bersuka ria di gerai cermin mata, Boboiboy pergi membeli gula-gula kapas dan berkongsi dengan mereka semua.
Selepas itu, Fang mengheret abangnya pergi ke gerai lain. Disitu terdapat pelbagai jenis kuih yang dijual. Gopal membeli beberapa jenis kuih dan dia berkongsi kuihnya bersama dengan mereka. Manakala Fang pula membeli kuih keria dan memberi abang dia rasa. Kaizo merasa kuih tersebut, dan lalu cakap sedap tapi sup lobak merah tetap lebih sedap daripada kuih itu.
Fang pergi ke gerai sebelah, tak sangka pula ada orang jual pau lobak merah (jangan tanya author kalau wujud pau lobak merah) Dia terus membeli dua pau lobak merah, satu untuk dia, satu untuk abang dia. Dia tidak juga lupakan kawan-kawan dia. Fang membelikan untuk mereka pau kacang merah. Boboiboy sempat membeli pau chocolate untuk Tok Aba.
Yaya dan Ying pula belanja mereka semua air juice mangga. Lagi seronok Gopal sebab ini pertama kali Yaya dan Ying belanja dia. Sebelum ini mana pernah mereka berdua nak belanja dia. Selepas itu mereka ternampak sebuah gerai menjual topi. Fang mengambil topi oren Boboiboy dan meletakkan topi lain di kepala Boboiboy. "Janganlah ambil topi aku!" Fang dengan sifat nakalnya, dia tak nak bagi balik topi Boboiboy. Lepas tue mereka berdua bergaduh sampailah Kaizo terpaksa hentikan pergaduhan mereka berdua.
Sudah puas mereka berjalan, mereka duduk di sebuah gerai dan menikmati satu hidangan yang sedap iaitu satay. Beberapa minit kemudian, Gopal mahu pergi beli makanan lain. Yaya dan Ying ingin membeli makanan untuk ibubapa mereka. Kaizo pula ingin pergi berjalan-jalan lagi. Tinggallah Boboiboy dan Fang yang masih lagi menikmati satay.
"Fang, terima kasih sebab ajak aku pergi pasar malam hari ini"
"Bukan aku sepatutnya terima kasih dekat kau ke"
"Kenapa pula?" tanya Boboiboy
"Yelah, kau yang awal-awal ajak aku kan tapi lepas tue aku marah kau. Lupalah tue" Boboiboy tersengih sambil mengaru-garu kepalanya.
"Fang, aku sebenarnya tak pernah lihat kau macam nie"
"Kenapa pula?" tanya Fang. Kenapa dengan diri dia? ada apa-apa yang berlaku dengan diri dia ke? fikir Fang
"Takde lah, kau seperti orang lain, bukan Fang yang aku kenal dulu. Apa yang terjadi sebenarnya Fang?" Fang menghela nafas. Dia pandang ke bawah dan nampak seekor anak kucing sedang belai-belai kaki Fang
Fang mengambil sebatang satay, dan lalu mengeluarkan daging-daging ayam tersebut dan bagi anak kucing itu makan. "Sebenarnya tadi aku marah dengan abang aku. Aku marah sebab abang aku terlalu pentingkan misi dia, sampai tinggalkan aku sorang-sorang di sini" Fang mengambil sebatang lagi satay dan memberi anak kucing itu makan daging-daging ayam tersebut
"Aku geram dengan dia, aku geram sangat dengan alasan dia. Lepas tue aku lari dari rumah" kata Fang sambil membelai-belai anak kucing tersebut yang sedang makan daging-daging ayam tersebut. "Lepas tue, abang aku pujuk aku. Aku tahu dia tak kan tinggalkan aku lagi selepas ini tapi sebenarnya aku takut. Aku takut dia akan pergi juga. Kau juga tahukan, aku hanya ada abang aku sahaja"
"Tak Fang, aku tak rasa abang kau akan tinggalkan kau lagi. Tapi kalau abang kau pergi lagi, kau pergilah ikut abang kau, Fang"
"Tapi, macam mana dengan korang. Aku tak nak tinggalkan korang juga" Fang mengangkat anak kucing tersebut dan letak di atas pehanya. Boboiboy dan Fang belai-belai anak kucing tersebut. "Jangan risau tentang kami, yang penting aku nak kau bahagia bersama abang kau" kata Boboiboy. Fang tersenyum sahaja
Mereka berdua bermain dengan anak kucing itu sampailah Gopal datang dengan beberapa plastik makanan. Semuanya makanan kegemaran dia. "Boleh ke kau habiskan semua nie Gopal?" tanya Boboiboy. Fang meletak anak kucing tersebut di bawah meja dan melihat-lihat di dalam plastik tersebut.
"Mestilah boleh! kalau tak habis, aku simpan sahajalah untuk esok" Gopal mengambil satu keropok dan lalu makan. Yaya dan Ying pun kembali dengan makanan mereka masing-masing
Kaizo sahaja masih belum kembali lagi. Fang tercari-cari abang dia. Hati dia menjadi takut jikalau abang dia tinggalkan dia di sini dan pergi tanpa beritahu dia. Boboiboy memegang bahu Fang untuk tenangkan dia. Gopal mengajak mereka pergi ke gerai cendol pula tapi Fang tak nak, kerana abang dia masih belum kembali
"Korang pergilah dulu, biar aku temankan Fang" Gopal, Yaya dan Ying meninggalkan mereka berdua dan pergi ke gerai cendol. Boboiboy tak tahu macam mana nak tenangkan Fang. Fang kelihatan begitu gelisah sekali. "Fang, bertenang Fang. Abang kau akan datang nanti"
"Pang!" muka Fang berubah selepas sahaja dia mendengar suara abang dia. Fang berlari dan peluk abang dia, Kaizo terkejut "Abang pergi mana tadi?"
"Takut abang tinggalkan kau lagi?" Fang mengangguk sahaja. "Jangan risau, abang takkan tinggalkan adik" Kaizo tersenyum dan bagi Fang sebuah anak patung landak.
"Erkk... kenapa abang bagi adik anak patung?" Fang melihat anak patung tersebut. Comel, besar dan berwarna ungu.
"Abang beli tadi sebab rambut adik macam landak" Boboiboy terdengar kata-kata Kaizo, lalu dia tergelak. Fang menjeling mata ke arah Boboiboy kerana ketawakan dia. Rambut aku macam landak?!, berapi api Fang bila dengar rambut dia macam landak. Fang sabar sahaja, rambut dia bukan rambut landak.
"ABANG! rambut adik bukan rambut landak lah!" Fang memukul-mukul abangnya dengan anak patung landak tersebut. "Dah tue, kenapa kau buat rambut macam tue"
"Habis tue, rambut abang tue bukan rambut landak juga ke" Kaizo buat-buat tak dengar dan lalu beredar dari situ
"Abanggg!" menjerit Fang. Fang mengejar abang dia "Abang takde benda lain ke nak beli untuk adik!" Nampaknya Fang kembali seperti dulu, tersenyum Boboiboy melihat mereka berdua. Boboiboy baru sedar bahawa anak kucing tadi mengikut sahaja ke mana Fang pergi, nampaknya anak kucing itu sukakan Fang.
"Aik, apasal si Fang ada anak patung landak" tanya Ying yang baru tiba dengan air cendol. Gopal dan Yaya ada di situ juga dengan air cendol mereka juga "Abang dia bagi sebab rambut cacak dia" kata Boboiboy.
Gopal, Yaya dan Ying tergelak sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top