Mimpi
"Rasakan tembakan tidur ini! MUAHAHAHAHA!" Adudu menembak pistol tidurnya ke arah Fang tetapi Boboiboy sempat menolak Fang ke tepi. Tembakan itu terkena Boboiboy dan terus dia jatuh ke tanah.
"Boboiboy! Boboiboy!" Fang cuba untuk kejutkan Boboiboy tetapi tidak berjaya. Dia tertidur dengan nyenyak sekali.
"Jangan harap korang dapat menang kali ini!" Adudu tergelak sekuat-kuatnya. "YEAHH! kita dah menang encik boss!" kata Probe
"Eh, belum lagi. Tinggal empat lagi" Adudu mengacukan pistol tidurnya ke arah Gopal, Yaya dan Ying pula. "JANGAN HARAP! JARI JEMARI BAYANG!" bayang-bayang Fang muncul dan lalu memegang pistol itu. Fang menarik pistol tidur itu dari tangan Adudu. Pistol tidur Adudu terlepas dari tangannya. Fang menghancurkan pistol tidur itu. "Sekarang giliran kau pula!" Fang menyerang Adudu dengan bantuan daripada Gopal, Yaya dan Ying
"TUSUKAN BAYANG!"
"TUMBUKAN PADU!"
"TEMBAKAN MAKANAN!"
"SERIBU TENDANGAN LAJU!"
Akhirnya Adudu kalah. "Encik boss! Encik boss!" Probe mengangkat kepala Adudu "Encik boss, jangan tinggalkan aku"
"Tak Probe, aku tak tinggalkan kau cuma aku tak mampu nak hapuskan dia orang"
"Tapi Encik boss dah tidurkan Boboiboy, dia orang pun takde formula untuk bangunkan Boboiboy"
"Betul tue Probe!" Adudu bangun dan lalu menjerit "BOBOIBOY AKAN TIDUR BUAT SELAMA-LAMANYA!"
Tiba-tiba sahaja cuaca berubah menjadi mendung, bukan sebab hari nak hujan tetapi sebuah kapal angkasa muncul di langit. Fang, Gopal, Yaya dan Ying terkejut kerana kapal angkasa itu, kapal angkasa milik Borara. "Bukan Boboiboy dah hapuskan Borara ka?"
"Aku tak pasti Ying tapi kita kena bangunkan Boboiboy cepat!"
"Tapi macam mana Fang. Kita orang takde formula untuk bangunkan Boboiboy" kata Yaya. Fang terpaksa menggunakan kekerasan terhadap Adudu supaya dia serahkan formula untuk bangunkan Boboiboy. Fang melihat sekelilingnya dan dapati Adudu dan Probe sudah hilang. "Berani dia orang melarikan diri" Fang genggam tangannya kerana dia begitu marah sekali.
Kapal angkasa Borara telah mendarat di kawasan lapang dan pintu kapal angkasanya terbuka. Borara sudah datang dengan geng tengkotak dia. "Yaya, Ying. Korang lindungi Boboiboy. Biar aku dan Gopal uruskan dia" kata Fang. Dalam keadaan macam ini, dia perlu melindungi kawan-kawannya, tanpa Boboiboy berada di sisinya, Fang berharap Gopal dapat bekerjasama dengan dia.
"Dey, Borara tue kuat. Macam mana nak kalahkan dia"
"Habis tue, kau nak mengalah. Kita perlu memcuba, kalau tak cuba, kita takkan tahu"
"APA YANG KORANG BERDUA BERBORAK! hahaha... nampaknya aku sudah kembali dan aku akan balas dendam dekat kamu semua! RASAKAN KUASA DARI AKU! KUASA LOHONG HITAM!" Borara cuba mengeluarkan kuasanya tetapi dia dihalang oleh Kaizo. Kaizo menyerang Borara dengan pedang tenaganya
"KAU LAGI!" Borara terkejut dengan kedatangan Kaizo
"Ya, aku lagi Borara. Jangan harap aku bagi kau menghapuskan mereka!"
"kau ingat kau hebat sangat! rasakan serangan dari aku!" Borara mengangkat tongkatnya yang besar itu untuk menyerang Kaizo. "JANGANNNN!" Fang menjerit
Fang terjaga dari tidurnya. Ini semuanya mimpi, hanyalah mainan mimpi tetapi kenapa Fang rasa mimpinya begitu benar sekali. Fang melihat jam kuasanya dan sudah pukul 6 pagi. Masa untuk bersiap-siap pergi ke sekolah.
Kaizo yang berada di dapur, menyiapkan sarapan pagi untuk adiknya. Semenjak Kaizo berada di bumi, dia pelajari pelbagai benda yang ada di bumi. Dia juga dapat mengenali kawan-kawan adiknya dengan lebih rapat sekali terutama budak yang pakai topi oren itu, Boboiboy. Masa dia dengan misi dia dulu, adiknya pernah bercerita tentang Boboiboy dan rakan-rakannya yang lain tetapi dia tidak sebut yang mereka adalah kawan. Kaizo tahu diri dia yang begitu melindungi adiknya sampai tidak benarkan dia berkawan dengan sesiapa pun. "Mungkin sudah tiba masanya memberi sedikit kebebasan kepada Pang" kata Kaizo.
"Abang?" Kaizo menoleh ke belakang dan Fang berada di dapur dengan beg sekolahnya. Tapi kenapa muka adiknya pucat semacam? "Pang, kau tak apa-apa ke?"
"Adik ok sahaja abang. Adik pergi ke sekolah dahulu"
"Nanti dulu. Makan dan cerita dekat abang apa yang berlaku" Fang mengikut sahaja kata-kata abangnya. Fang tidak mempunyai tenaga untuk bergaduh dengan abangnya pagi-pagi ini. Fang duduk dan makan sedikit, dia berasa ragu-ragu samada untuk cerita apa yang dia mimpi tadi atau senyap sahaja. "Pang, beritahu sahaja dekat abang apa yang kau sedang fikirkan"
Fang menghela nafas dan lalu dia ceritakan tentang mimpi dia tadi.
aaaaaaaaaaaaaaa
Fang yang sedang dalam perjalanan ke sekolah, dia rasa begitu menjengkelkan dengan abang dia kerana dia sedang mengikut Fang dari belakang. Fang tahu abang dia mengikut dia ke sekolah sebab mimpi yang dia cerita tadi.
"Abang tak perlulah temankan adik pergi ke sekolah" kata Fang
"Kenapa? tak boleh ke abang temankan adik"
"INGAT ADIK TAK TAHU KE ABANG IKUT ADIK KE SEKOLAH SEBAB ABANG RISAUKAN ADIK!" Kazio terkejut melihat Fang begitu marah sekali. Fang larikan diri dia daripada abangnya. Kaizo berdiri di situ dan tergaman melihat kemarahan Fang tadi. "Maafkan abang, adik. Abang takut mimpi adik menjadi kenyataan"
Setelah Fang sampai di sekolah, dia tidak rasa hendak membersihkan kelas yang dia selalu lakukan setiap pagi. Fang hanya duduk dan melihat di luar. Dia mula berfikir, adakah salah dia ceritakan mimpi itu kepada abang sampai buatkan abang begitu risau sekali. Tapi itu cuma mimpi, kenapa abang perlu risau sangat. Mungkin ada maksud tersirat dalam mimpi itu tapi apa? Jangan-jangan Borara sedang menuju ke sini
"Selamat Pagi Fang!" Fang menoleh ke pintu kelas dan melihat kawan-kawannya yang begitu ceria sekali.
"Selamat Pagi" kata Fang dengan nada yang rendah.
"Fang, aku nampak abang kau dekat kantin sekolah tadi. Apa abang kau buat dekat situ?" tanya Boboiboy sambil meletak beg sekolahnya di tepi mejanya.
"Entahlah. Tunggu kantin buka kot" Fang terpaksa berbohong kepada Boboiboy. Dia tidak mahu kawan-kawan dia risau pula. Cukuplah abang dia sudah risaukan tentang diri dia, tak perlulah kawan-kawan dia terlibat sekali. Fang tersenyum lemah kepada Boboiboy. Maafkan aku Boboiboy, fikir Fang
Boboiboy tahu dengan perangai Fang, kalau Fang senyum begitu, mesti ada sesuatu yang Fang cuba sembunyikan. Lagipun hari ini kelas tidak sebersih seperti sebelum-sebelum ini, mesti ada sesuatu terjadi dekat Fang. Boboiboy ingin bertanya jikalau dia ada apa-apa masalah tetapi Gopal memanggil dia pula. Takpelah, nanti waktu rehat aku akan tanya dia, fikir Boboiboy.
Waktu rehat, Boboiboy mencari Fang tetapi dia tidak kelihatan. "Mana pula si Fang nie" Boboiboy sudah puas mencari Fang, lalu dia putus asa dan terus sahaja ke kantin sekolah. Kaizo yang berada di kantin semenjak pagi tadi, dia sedang membeli kesemua donut lobak merah, donut kegemaran Fang
Gopal menangis-nangis kerana kesemua donut sudah habis dibeli oleh Kaizo. "Sudahlah Gopal, ada banyak lagi makanan lain" pujuk Yaya. "Tapi.. tapi.. donut sedap dah habis" menangis Gopal lagi.
"Aiyooo... esok esok boleh beli maa" kata Ying yang tak faham, apa yang istimewa sangat tentang donut lobak merah itu.
"Korang ada nampak Fang tak?" Boboiboy datang kepada mereka. Yaya dan Ying menggelengkan kepala. "Aku tak nampak dia pergi mana tadi. Hari nie Fang senyap sahaja dekat kelas" kata Yaya. Yaya dan Ying juga perasaan dengan kelakuan Fang hari ini. "Dia rindukan mak dia lagi ke?" tanya Gopal
"Bukan, ini sebab lain" muncul Kaizo dengan bungkusan plastik yang penuh dengan donut lobak merah. Mata Gopal asyik memerhatikan donut-donut tersebut. Air liur mengalir keluar sampai dia sendiri tak sedar.
"Sebab apa Kapten Kaizo?" tanya Boboiboy. "Aik, hilang pula Kapten Kaizo"
Kaizo keluar dari kantin sekolah dan mencari adiknya. Fang tiada di dalam kelas atau di gelanggang bola keranjang. "Mana pula si Pang nie" Kaizo tidak berhenti mencari dia.
Fang menyorok dirinya di perpuskataan sekolah. Dia duduk jauh daripada pintu perpuskataan supaya orang lain tidak nampak yang dia berada di situ. Tempat yang dia duduk agak terlindung. Fang cuba untuk mengulang kaji tetapi akhirnya dia tertidur. Dia termimpi lagi. Mimpi dia seperti menonton sebuah episode
"ABANGGGG!" jerit Fang melihat Borara memukul abang dia dengan tongkat yang besar itu. Fang lari ke arah abangnya "Jangan dekat, kau pergi selamatkan kawan-kawan kau, Pang" kata Kaizo yang dalam kelihatan lemah.
"Tak, adik tak nak tinggalkan abang"
"Jangan degil! dengar cakap abang!" Borara menyerang Kaizo lagi. "TOLAKAN TENAGA!" Borara terpelanting dan lalu jatuh bergolek golek. "lari cepat!" Fang dengan berat hati, lari dan pergi selamatkan kawan-kawan dia. Borara bangun dan menyerang Fang pula. Fang terkena dengan tongkat besar Borara dan dia terhempas terkena pokok. "KUASA LOHONG HITAM!"
Terciptalah lubang hitam besar dan meyedut semua yang berada sekelilingnya. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying ditarik begitu kuat sekali sehinggalah mereka termasuk ke dalam lohong hitam tersebut. "FANGGGGGGGG!" Yaya dan Ying menjerit namanya untuk meminta tolong. Namun Fang gagal menyelamatkan mereka. Kaizo juga tersedut ke dalam lohong hitam. Lohong hitam tersebut tutup dan hilang dari sekelip mata.
"ABANGGGG!" Fang jatuhkan dirinya ke tanah dan lalu mengempas tangannya. Apa yang dia perlu dia buat, semuanya sudah tiada. Abang dia, kawan-kawan dia, semuanya sudah tiada.
Borara datang ke arahnya dan gelak sekuat hati. "HAHAHAHA! Begitu senang sekali aku hapuskan kawan-kawan kau. Tak sangka pula si Kapten Kaizo tue abang kau"
Fang berasa sungguh marah. Walaupun dia keseorangan tanpa rakan-rakan seperjuangannya, dia akan kalahkan Borara. Dia yakin mereka semua masih hidup lagi. Fang bangun dan merenung tajam ke arah Borara. Dengan api kemarahan dia yang sedang memarak, dia akan hapuskan Borara. "BERANI KAU!" Fang menyerang Borara dengan kuasa bayangnya
"SERANGAN BAYANG!"
Tapi Borara sempat mengelak dirinya daripada terkena serangan bayang dari Fang. "Kau ingat kau boleh kalahkan aku"
"Aku.. aku takkan kalah dengan kau" Fang yang tidak mudah putus asa, dia menyerang lagi tetapi serangan dia gagal. Borara dengan begitu pantas sekali mencengkam leher Fang. Fang tidak dapat bernafas dengan begitu sempurna. Dia cuba untuk melepaskan tangan Borara daripada lehernya tetapi gagal
"Aku akan hapuskan kau" Borara keluarkan kuasa lohong hitamnya. Fang fikir adakah dia akan mati di tangan Borara. Maafkan aku, Abang. Maafkan adik tidak dapat selamatkan abang dan kawan-kawan adik, fikir Fang sambil menangis.
Apa yang berlaku seterus, Fang ternampak sebuah bebola api yang berwarna ungu terkena tangan Borara dan Fang terlepas daripada cengkaman dia.
Fang terjaga daripada tidurnya. Fang memegang kepalanya dan cuba fikirkan balik mimpi dia tadi. Mimpi yang sama tapi sambungan dari pagi tadi. Apa maksud semua ini, fikir Fang. Sebelum dia terjaga tadi, ada kuasa bebola api berwarna ungu, dia seperti pernah lihat bebola api itu. Baru dia sedar siapa pemilik kuasa itu.
"Pang?" Fang terkejut. Kaizo yang berada di sisinya melihat muka adiknya begitu pucat sekali. "Mimpi lagi?" Fang mengangguk sahaja
"Mimpi yang sama lagi?"
"Ha ah abang tapi yang peliknya, mimpi itu dia bersambung mimpi adik pagi tadi. Apa maksud semua ini abang?" Kaizo memikir sebentar. Jangan-jangan adik dia mendapat petanda bahawa Borara sedang menuju ke sini. "Abang?"
"Adik, abang kena balik rumah dengan segera. Ambik donut nie, abang belikan tadi" Kaizo memberi 2 plastik berisikan donut lobak merah. Terkejut Fang melihat begitu banyak sekali donut kegemarannya. Boleh ke aku habiskan semua nie? fikir Fang sambil melihat donut lobak merahnya
"Adik" Fang memandang abangnya "Adik, jaga diri elok-elok"
"Kenapa abang? abang kena pergi mana?"
"Abang ada hal. Jangan risau Pang, semuanya akan selamat" Kaizo memeluk adiknya sebentar dan beredar dari situ. Fang melihat abangnya keluar dari perpuskataan. "Abang, apa yang berlaku sebenarnya" kata Fang keseorangan
Selepas sahaja tamat persekolahan, Fang keluar terdahulu sebelum pelajar-pelajar lain dapat keluar daripada kelas. Fang ingin balik ke rumah segera. Entah kenapa semenjak abang dia meninggalkan dia di perpuskataan sekolah, Fang dapat rasakan benda buruk akan berlaku. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying mengejar Fang dari belakang
"FANG!" panggil Boboiboy. Fang menghiraukan sahaja panggilan itu
"FANG!" Boboiboy memanggil dia lagi. "FANG! TUNGGU!" Fang mengalah dan pusing ke belakang.
"Fang, kenapa dengan kau?" tanya Boboiboy
"Kalau ada masalah, beritahu lah kami" kata Yaya
"Yolah, jangan nak sembunyikan daripada kami"
"Betul kata Ying, kalau ada apa-apa masalah, beritahu aje kita orang" kata Gopal
"Fang?" Boboiboy memanggil dia lagi. "Aku, aku... aku rasa tak sedap hati"
"Kenapa? Ada benda buruk terjadi dekat abang kau ke?" tanya Boboiboy
"Aku tak pasti tapi pagi tadi aku ada mimpi"
"Mimpi?" Fang mengangguk kepalanya kepada Boboiboy. "Tapi mimpi itu cuma mainan tidur" kata Yaya
"Aku tak rasa mimpi itu hanya mainan tidur sahaja. Aku tak tahu apa maksudnya tapi aku rasa seperti berada di dalam mimpi tersebut"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memandang sesama sendiri, mereka tidak tahu samada hendak percaya mimpi itu hanya mainan mimpi atau mimpi itu akan menjadi kenyataan
Sebelum sempat mereka bertanya apakah mimpi itu, Ochobot menghubungi Boboiboy. "BOBOIBOY! CEPAT DATANG KE SINI!"
"kenapa Ochobot?" tanya Boboiboy
"Cepat! Adudu serang kita orang dekat kedai Tok Aba" Muka Fang berubah menjadi pucat, tak mungkin mimpi dia menjadi kenyataan. Dia terus berlari ke kedai Tok Aba "FANG! TUNGGU!" Boboiboy mengikut Fang dari belakang. Gopal, Yaya dan Ying juga mengikut Boboiboy.
Sampai sahaja di kedai Tok Aba, Fang terkejut kerana abang dia terbaring tidur. Adudu pula gelak sekuat hati kerana dia gembira dapat tidurkan Kaizo dengan pistol tidurnya. Ochobot dan Tok Aba sorok di sebalik kaunter meja kedai
"Abang!" Fang berlari ke arah abangnya yang terbaring tidur. "Abang, abang!"
"HAHAHA! akhirnya aku dapat tidurkan Kapten Kaizo! Jagalah korang, aku akan hapuskan Boboiboy!" kata Adudu
"Oh patutlah kau selama nie tak serang kita orang, korang takut dengan Kapten Kaizo rupanya" kata Gopal
"Mestilah! Tak kan aku nak serang korang dengan adanya Kapten Kaizo. Itu namanya mencari nahas"
"Betul tue encik Boss" kata Probe
"KAU! BERANI KAU BUAT ABANG AKU MACAM TUE!" Fang dengan api kemarahan dia, dia pergi menyerang Adudu dan Probe. Adudu pula tersenyum sahaja dan mengacukan pistol tidurnya ke arah Fang
"FANG! HATI-HATI!" jerit Boboiboy. Adudu menembak pistolnya, Boboiboy pula berlari dan menolak Fang ke tepi. Fang tak percaya apa yang dia lihat, mimpi dia menjadi kenyataan. Boboiboy terkena tembakan tidur dari Adudu. "Boboiboy! BOBOIBOY!"
"Kita kena tolong Fang! serang dia orang!" kata Yaya
"Jangan harap!" Adudu mengacu pistol tidurnya ke arah mereka pula. Sebelum sempat dia menembak, datang bebola api berwarna ungu dan musnahkan pistol tidur Adudu.
"Siapa yang hancurkan pistol aku nie?" Adudu melihat sekelilingnya.
Fang kenal kuasa api itu, dia tahu siapa pemiliknya. Lynna datang menyelamatkan mereka. "kak Lynna?"
"Baik kau berambus dari sini sebelum aku hancurkan kepala kotak kau dan robot ungu kau sekali" Lynna muncul di depan mata Fang. Lynna nampak begitu garang sekali.
"Lari encik boss! lari!" Lalu Adudu dan Probe lari kerana ketakutan. "Kak Lynna, apa akak buat dekat sini?" tanya Fang
"Akak ada hal penting dengan abang kau" Lynna mengeluarkan sebotol kecil yang berisikan cecair hijau dari pocket begnya dan terus ke Kaizo yang masih lagi terbaring
"Wei Fang, siapa kak Lynna? Cantik betul dia" tanya Gopal. "Buah hati abang kau ke?"
"Wei, mereka tue cuma kawan sahaja maa..." kata Ying "Macam mana kau tahu" tanya Gopal
"Sebab jiran aku yang bagitahu" jawap Ying kepada Gopal
Lynna memberi botol itu kepada Fang. "Tuang ke dalam mulut abang kau, nanti dia akan bangun" kata Lynna. Fang buat apa yang disuruh oleh Lynna tadi. "Ambik botol satu lagi, tuangkan ke dalam mulut kawan kamu" kata Lynna sambil mengeluarkan satu lagi botol kecik dan berikan kepada Gopal. Gopal mengambil botol itu dan dengan cepat dia membuka mulut Boboiboy dan tuang cecair hijau itu ke dalam mulut Boboiboy
Kaizo bangun dan terbatuk-batuk kerana formula ubat tadi sungguh tidak sedap "Lynna? Apa kau buat dekat sini?"
"Eh, kak Lynna!" Boboiboy juga terjaga dari tidurnya. Lynna tersenyum kepada mereka. "Maaf, aku datang tanpa beritahu kamu" kata Lynna kepada Kaizo "Aku datang ke sini kerana ada hal mustahak nak bagitahu kau"
"Hal mustahak?" kata Kaizo. Lynna mengangguk dengan mukanya begitu serius sekali
"Tapi aku tak boleh cakap depan dia orang" Lalu Kaizo membawa Lynna ke tempat yang sunyi dan jauh daripada mereka berlima.
"Fang?" panggil Boboiboy
"Maaf Boboiboy, nampaknya mimpi aku menjadi kenyataan cuma satu sahaja yang tidak menjadi kenyataan"
"Apa dia Fang" tanya Boboiboy.
"Borara. Borara tidak datang ke sini. Aku mimpi aku kehilangan korang semua, termasuklah abang aku sendiri" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tergamam dengan kata-kata Fang tadi. "Tapi bukan Borara sudah di musnahkan ke?" Ochobot muncul di sisi Fang.
"Aku tak pasti Ochobot" kata Fang. Mereka kembali ke kedai Tok Aba sambil menunggu Kaizo dan Lynna datang. Sudah hampir 1 jam Kaizo dan Lynna bincangkan sesuatu, akhirnya mereka kembali ke kedai Tok Aba
"Pang" Kaizo memanggil adiknya.
"Kenapa abang?"
"Pang, abang perlu balik ke kapal angkasa. Abang ada misi baru, kamu duduk di sini dan jangan nakal" kata Kaizo dengan nada yang serius. "Pang, jaga diri kau baik-baik semasa ketiadaan abang, kalau ada apa-apa yang berlaku, hubungi Lynna dengan segera"
"Abang pergi lama ke?"
"Abang tak pasti berapa lama abang akan pergi" Fang memeluk abangnya. "Abang jaga diri baik-baik. Janji dengan adik, yang abang akan kembali"
"Abang janji" kata Kaizo.
"Wei, kau menangis lagi ke Gopal" tegur Ying kepada Gopal. "Mana ada aku menangis, aku cuma terharu sahaja"
"Yelah Gopal" tergelak Boboiboy. Nampaknya Fang akan keseorangan lagi tapi takpe, kawan-kawan dia ada di sini. Fang melepaskan pelukannya. Tiba-tiba sahaja Fang senyum sampai ke pipi. Dia gembira kerana dia akan bebas daripada abang dia.
"Hehe.. akhirnya aku bebas!"
"APA KAU KATA PANG! kau nak kena dengan abang ke!"
"takde.. takde apa-apa abang" Kaizo mengejar adiknya dengan pedang tenaga. "MARI SINI KAU!"
"MAAFKAN ADIK!"
Lynna melihat mereka berdua dan lalu dia tergelak. "Comel" kata Lynna
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top