Maafkan Abang

"Abang! ABANG!"

Fang terjaga dari tidurnya. Ini sudah kali ke 5 dia termimpi tentang abang dia. Sudah dua minggu Kaizo meninggalkan Fang keseorangan di bumi. Walaupun rasa seronok dan bebas dari abang dia tapi Fang sudah mula merindui abang dia. Entah kenapa hati dia tidak tenteram. Setiap hari apabila Fang balik dari sekolah atau waktu dia bangun pagi, dia berharap sangat agar abang dia muncul di ruang tamu. Fang melihat jam kuasanya, sudah pukul 5 pagi, Fang tidak rasa untuk sambung tidur balik. Dia bangun dan melihat di luar tingkap.

"Abang, abang dekat mana sekarang"

Fang sebenarnya geram, geram dengan mimpi hari itu. Kenapa mimpi itu perlu menjadi kenyataan, kenapa bukan hanyalah mainan mimpi sahaja. Fang genggamkan tangannya, dia begitu marah sekali, kalau lah mimpi itu hanyalah mimpi sahaja, abang dia pasti akan berada di sini. Selama dua minggu ini, Fang rasa sangat sunyi. Rasa seperti rumah ini kembali menjadi rumah terbiar, tiada gelak ketawa atau pergaduhan di antara abang dan adik.

Seawal 6.30 pagi lagi Fang sudah sampai ke sekolah. Sekolah belum dipenuhi dengan pelajar-pelajar lain. Fang datang awal kerana rumah sungguh sekali, jadi dia datang ke sekolah awal, tapi di sekolah pun rasa sunyi juga. Rasanya dia pelajar yang pertama sampai. Fang masuk ke kelas dan seperti biasa, dia akan mengemas kelas. Dia cuba untuk sibukkan diri dengan membuat kerja-kerja yang ada untuk menghilangkan rasa rindu dia tetapi dia tidak berjaya.

Selepas sahaja selesai mengemas kelas, Fang mengeluarkan buku latihan matematik. Fang tidak mahu tidur di dalam kelas kerana takut dia akan bermimpi lagi tentang abang dia . Dia juga tak nak kawan-kawan dia tahu, selama dua minggu ini dia cuba gelak ketawa bersama kawan-kawan dia. Fang tidak mahu mereka risaukan dia.

"Wah, rajinnya Fang" Yaya masuk ke kelas bersama dengan Ying. Yaya telah mendapat jawatan ketua kelas semula. Sama juga seperti Gopal tetapi cikgu sukan Fang tidak memberi balik wakil sekolah bola keranjang kepada Fang. Watak utama dia juga sudah diberi kepada orang lain.

"Selamat Pagi Yaya. Selamat Pagi Ying" Fang cuba sembunyikan perasaan rindu dia dengan memberi senyuman kepada mereka berdua. Fang sambung balik ulang kaji matematik. Dia tidak rasa untuk berborak dengan Yaya dan Ying

Beberapa minit kemudian, Boboiboy dan Gopal masuk ke kelas dengan gelak ketawa. Apa yang mereka berborakkan, entahlah. Tanya sahajalah mereka. Boboiboy nampak Fang sedang mengulang kaji, sebelum ini dia tidak pernah nampak Fang mengulang kaji waktu pagi macam ini. Boboiboy sebenarnya tahu yang Fang cuba sembunyikan sesuatu daripada mereka. Walaupun Fang gelak ketawa dengan mereka tapi Boboiboy dapat baca isi hati Fang.

"Selamat pagi Fang" kata Boboiboy sambil memberikan senyuman kepada Fang. Fang membalas balik senyuman Boboiboy tadi.

"Fang! Amma aku ada buat donut lobak merah. Kau nak rasa?" muncul Gopal dengan bekas makanan. Dia membuka bekas tersebut dan berikan satu kepada Fang. "Rasalah Fang" Fang mengambil donut tersebut. Dia sebenarnya tidak sarapan lagi, dia terus sahaja ke sekolah tanpa sarapan pagi.

"Terima kasih Gopal" Fang makan sedikit donut tersebut. Walaupun donut itu tidaklah sesedap mak cik kantin buat tapi masih lagi rasa sedap. "Sedap" kata Fang.

"Hah! nanti aku suruh Amma aku buat lagi untuk kau ok" Fang tersenyum sedikit

"Terima kasih Gopal" bisik Boboiboy kepada Gopal. Sebenarnya Gopal dari semalam menyuruh mak dia buatkan donut lobak merah untuk dia tapi sebenarnya bukan untuk dia pun. Donut lobak merah tersebut untuk Fang, untuk ceriakan Fang walaupun sedikit. Yaya dan Ying menoleh kebelakang dan cakap terima kasih senyap-senyap kepada Gopal. Nampaknya, bukan Boboiboy sahaja yang tahu, mereka bertiga juga tahu tentang kerinduan Fang terhadap abangnya.

Selepas sahaja tamat sesi persekolahan, Fang berjalan pulang bersama dengan Boboiboy. Yaya ada hal penting dekat rumah, jadi dia terpaksa balik. Ying juga terpaksa balik rumah kerana nenek dia tidak sihat lagi. Gopal sama seperti mereka, Appa dia suruh balik rumah, tak boleh melepak dekat kedai Tok Aba sebab dia gagal lagi dalam ujian matematik.

"Fang, hari nie kau nak jalan-jalan dekat bandar tak?" tanya Boboiboy

"Ermm.. takpe lah Boboiboy, aku tak rasa nak pergi jalan-jalan hari ini"

"Kalau macam tue, malam nanti kita pergi pasar malam nak tak? Kita ajak Yaya dan Ying, dan juga Gopal, itu pun kalau ayah dia bagi keluar"

"Kan aku dah cakap tadi, aku tak nak, TAK NAK LAH!" kata Fang dengan nada yang agak marah.

"Fang, aku cuma nak.."

"NAK APA.. CERIAKAN AKU? tak payah lah Boboiboy. Aku tahu korang cuba ceriakan aku dari tadi lagi dekat sekolah. Sudahlah, aku balik dulu" Fang tinggalkan Boboiboy keseorangan di situ. Boboiboy lihat sahaja Fang pergi dengan perasaan marah dia.

"Boboiboy" Dia menoleh kebelakang dan nampak Gopal, Yaya dan Ying. Mereka berada di situ kerana risau, risau tentang Fang. Nampaknya mereka gagal, gagal ceriakan Fang. "Takpelah Boboiboy, berikan lah dia masa" kata Yaya

Fang cukup marah dengan kawan-kawan dia, dia berlari sekuat hati. Dia tidak perlukan simpati, dia perlukan abang dia. Kenapa abang perlu pergi, adik sangat rindukan abang, fikir Fang.

Sampai sahaja di rumah, Fang sekali lagi berharap sangat abang dia sudah pulang tapi hati dia kecewa, dia masih lagi belum pulang. Fang melemparkan beg sekolahnya dan duduk di sofa. Dia cuba menghubungi abangnya menggunakan jam kuasa tapi abang dia tidak jawap. Dia cuba lagi tapi gagal juga. Fang seperti orang tidak tentu arah, dia mengamuk dan membaling cushion sofa. Cushion tersebut terkena sebuah bingkai gambar, bingkai tersebut jatuh ke lantai dan pecah. Fang menangis kerana bingkai tersebut terdapat gambar dia dan abang dia berada di kedai Tok Aba. Masa itu, Fang membawa abang dia pergi bersiar-siar di bandar bersama dengan rakan-rakan dia. Dia bawa abang dia pergi ke beberapa kedai yang menarik dan akhir sekali, mereka semua pergi menikmati Ice Blended Chocolate Special di kedai Tok Aba.

Gambar itu ditangkap oleh Gopal. Masa itu dia memaksa abang dia tangkap gambar bersama, akhirnya abang dia mengalah. Inilah pertama kali dia dan abang dia tangkap gambar bersama. Fang mengangkat gambar tersebut dan lalu memeluknya. Gambar itu sangat berharga terhadapnya. Sebelum ini, mereka tidak pernah sekali pun tangkap gambar bersama kerana Kaizo terlampau sibuk dengan misi dia. Dia baring di sofa sambil memeluk gambar itu. Beberapa minit kemudian Fang tertidur.

Tanpa disedari olehnya, gambar itu terlepas dari tangan Fang dan lalu jatuh tapi ia sempat di tangkap oleh Kaizo. Kaizo sudah kembali. Dia melihat adiknya sedang nyenyak tidur. "Maafkan abang sebab tinggalkan adik" kata Kaizo

Fang bergerak-gerak dan tangan dia seperti mencari-cari sesuatu. Gambar tadi, Fang terbangun dan terkejut melihat abang dia ada di sisinya. "Abang!" Fang memeluk abangnya dan lalu menangis. Kaizo membalas balik pelukan dari adiknya. "Abang, adik tunggu abang pulang. Kenapa abang tak menghubungi adik, adik risau jikalau ada sesuatu yang buruk terjadi dekat abang"

Kaizo melepaskan pelukan mereka. Fang nampak badan abangnya terluka, ada balutan di kepala dan kesan jahitan di lengan kiri Kaizo. "Abang, apa yang terjadi?"

"Maaf sebab buat adik risau. Maaf sebab tidak menjawap panggilan adik. Abang ada misi penting untuk diselesaikan"

"Misi apa abang sampai buat abang terluka begini?" tanya Fang.

"Apa yang adik mimpikan hari tue, sebenarnya menjadi kenyataan cuma abang dapat menghalang dia memasuki kawasan bumi. Borara sedang menuju ke bumi untuk membalas dendam dekat kawan adik, Boboiboy. Abang terpaksa berlawan dengan dia tapi akhirnya dia dapat melarikan diri"

"Kenapa abang tak bawak adik sekali. Adik boleh bantu abang, kuasa adik kan sudah di upgrade"

"Kau nak abang tengok kau cedera. Abang tak nak kehilangan adik, adik sorang sahaja yang abang ada sekarang, lagipun Borara tak tahu Pang adalah adik abang, kalau dia tahu, nanti akan menjadi seperti Ratu Lily"

"Tapi abang juga yang adik ada sekarang nie. Kalau adik kehilangan abang macam!" Fang meninggikan suaranya. "Abang sanggup tengok adik sendiri kehilangan abangnya!. Abang sanggup tengok adik kehilang abang, kehilang ibu dan ayah, ABANG SANGGUP KE?! Abang tak faham macam mana adik sorang-sorang di bumi tanpa abang. ABANG TINGGALKAN ADIK! KAWAN-KAWAN ADIK SAHAJA YANG JADI PENEMAN HIDUP ADIK! Mana abang apabila adik perlukan seorang abang, abang sibuk sangat dengan misi abang!"

"PANG! abang tinggalkan Pang dekat bumi sebab misi" Fang tidak tahan dengan alasan abangnya. "MISI MISI MISI! ITU AJELAH YANG ABANG FIKIRKAN!"

"Tak Pang, abang bukan fikirkan tentang misi sahaja. Abang juga ingin adik selamat, abang sudah janji dengan ibu supaya melindungi adik. Pang tak tahu bagaimana risaunya abang tinggalkan Pang dekat bumi tapi abang yakin Pang akan selamat. Selamat daripada ancaman musuh abang tapi abang terpaksa pergi"

"Pergi sebab Misi? Sudahlah abang, dari dulu lagi abang macam nie. Abang nak sangat lindungi adik sampai adik sendiri tiada kawan dulu"

"Maafkan abang, adik" Fang terlalu marah, marah dengan abang dia. Lalu dia bangun dan buka jam kuasanya dan lempar sekuat hati. "JANGAN CARI ADIK!" Fang lari keluar daripada rumah. Dia benci semuanya, dia benci dengan misi abang dia, dia benci dengan jam kuasa, dengan sphera kuasa. Kalaulah ibu dan ayah dia ada lagi, semua ini takkan berlaku, mungkin mereka hidup bahagia seperti dahulu.

Kaizo tergamam melihat adiknya lari keluar. Dia pergi angkat jam kuasa adiknya. Apa yang dia perlu buat sekarang, pergi mencari adiknya dan tembus balik kesalahannya. Kaizo simpan jam kuasa Fang di dalam poket dan keluar dari rumah untuk mencari adiknya. Kaizo berfikir, ke mana adiknya selalu pergi. Rumah Boboiboy? tak, dia selalu lari ke rumah Boboiboy sebab dia nak lari daripada latihan tempur atau lari daripada abangnya yang sedang mengamuk. Kedai Tok Aba? tak juga, dia ada di situ selalunya untuk berlepak dengan kawan-kawan dia. Mungkin di pantai. Fang selalu di situ untuk berfikir.

Kaizo terus ke pantai untuk mencari adiknya, Fang.

Fang yang berada di tepi pantai, duduk sambil memeluk lutut. Dia dari tadi asyik memerhatikan sebuah keluarga yang sedang seronok bermain dengan air laut dengan penuh gelak ketawa. Dia nampak seorang ibu bersama dengan anaknya sedang bermain dengan pasir. Begitu seronok sekali melihat mereka membina sebuah istana pasir. Alangkah bahagianya kalau Fang dapat rasa bagaimana sebuah keluarga yang ceria, penuh dengan gelak ketawa. Dapat berkongsi rahsia atau tempat meluahkan perasaan. Fang menghela nafas.

"Adik" Fang tidak menoleh kebelakang. Kaizo duduk disebelah Fang. Dia memanggil adik dia lagi "Adik" Fang hanya diam sahaja. Dia tidak mahu melihat muka abang dia

"Adik, maafkan abang. Abang terlalu banyak lukakan hati adik" Fang diam lagi. "Salah abang tinggalkan adik sorang-sorang, abang terlalu pentingkan misi. Salah abang juga tak bagi adik berkawan masa dulu sebab abang terlalu melindungi adik. Masa abang dapat tahu adik dan Boboiboy adalah kawan, abang sebenarnya geram. Abang geram sebab abang suruh adik selesaikan misi abang bukan untuk berkawan tapi abang nampak semangat yang ada pada diri kawan-kawan adik untuk mendapatkan adik semula, mungkin tiba masanya untuk abang memberikan sedikit kebebasan untuk adik berkawan. Maafkan abang pada masa itu kerana berlawan dengan adik dan kawan-kawan adik sebab abang nak tahu sejauh mana mereka dapat menggunakan jam kuasa dengan baik"

Fang mengigit bibirnya kerana dia menahan dirinya daripada menangis. "Abang sebenarnya kesal kerana memberi pilihan kepada adik untuk pergi sertai kawan-kawan adik atau ikut abang pulang"

Fang akhirnya berkata "Kenapa abang kesal? Abang boleh sahaja bawa adik pulang walapun hati adik akan terluka juga sebab terpaksa meninggalkan mereka"

"Sebab abang gagal melindungi adik daripada Borara dan Ratu Lily. Abang terkejut mendapat berita yang Borara datang ke bumi tapi akhirnya abang lega kerana adik dan kawan-kawan adik dapat tewaskan pasukan tengkotak. Tapi apa yang berlaku seterusnya, abang memang tak dapat maafkan diri abang. Abang terkejut bila adik telah diculik oleh Ratu Lily. Abang memang sudah bersedia untuk membawa adik pulang tapi adik degil dan lari balik ke bumi"

"Itu sebab adik rasa bahagia di sini bersama dengan kawan-kawan adik. Kalau adik ikut abang pulang, adik tak kan rasa kesemua ini dan mungkin abang terlalu taksub dengan misi abang. Mungkin satu hari nanti adik akan menjadi seperti abang, terlalu pentingkan misi"

"Kenapa sebelum ini Pang tidak terlalu rindukan abang seperti sekarang" tanya Kaizo

Fang melihat abangnya "Sebab adik rasa lebih bahagia dengan adanya abang dekat sini tapi bila abang takde, rasa kebahagian itu ditarik balik. Walaupun adik ada kawan-kawan di sini tapi kebahagiannya sangat berbeza. Adik gembira bila abang ikut adik duduk di bumi. Sebenarnya adik gembira apabila abang tinggalkan misi abang tapi bila abang pergi balik dengan misi abang, adik mula terfikir, bila abang akan balik, lama lagi ke abang akan pergi atau abang akan pergi buat selama-lamanya. Selama kita bersama di bumi nie, ia bagaikan sebuah hadiah yang cukup indah buat adik" Fang mengelap air matanya.

"Pang, lepas ini, kemana sahaja kita akan pergi, kita akan bersama" Kaizo memeluk adiknya begitu erat sekali. Fang pula tidak berhenti-henti menangis. "Fang tak nak pergi ke mana-mana, Fang nak duduk dekat sini dengan abang, dengan kawan-kawan Fang. Fang sayangkan abang, sayangkan kawan-kawan Fang. Kalau kita pergi, Fang terpaksa tinggalkan kawan-kawan Fang. Fang tak sanggup kehilangan mereka juga. Selama abang takde, mereka lah peneman Fang. Mereka lah buatkan hati adik ceria. Tapi hati adik bertambah ceria bila abang ada di sini" Kaizo tersenyum. Dia masukkan tangannya ke dalam poket dan keluarkan jam kuasa Fang, lalu dia memakaikan jam kuasa itu di tangan kiri Fang. Fang tersenyum melihat abangnya memakaikan jam kuasanya di tangan dia.

"Adik tak kisah kalau abang buli atau kacau adik lagi selepas ini?"

"Tak, asalkan abang ada di sini" Fang memberikan senyuman ikhlas kepada abangnya. Fang yang masih lagi tak nak lepaskan pelukan abangnya, lalu berkata "Abang"

"Yea Pang"

"Boleh tak malam nanti kita pergi ke pasar malam?"

"Boleh Pang, apa sahaja untuk adik abang yang tersayang"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top