Lari
Kepada adikku Pang,
Maaf abang terpaksa tinggalkan adik lagi sekali. Abang ada misi penting yang perlu abang buat. Abang tahu adik akan marah dengan abang, tapi abang tiada pilihan lain. Kalau abang tidak menghalang musuh abang, dia akan datang ke bumi. Adik jangan risau, abang akan pasti kembali ke bumi. Abang akan selamat, abang tak kan bagi sesiapa cederakan adik. Adik jaga diri baik-baik. Maafkan abang, adik
Fang telah mendapat surat itu daripada abang dia. Pagi-pagi lagi Kaizo sudah meninggalkan Fang keseorangan di rumah. Masa itu Fang tengah tidur lena bersama dengan kucing kesayangan dia. Fang mengumpalkan surat itu kerana terlalu marah. Dia tidak tahu berapa lama abang dia akan pergi kali ini. Abang dia janji tak kan tinggalkan dia lagi.
"Abang tipu!" Fang membaling gumpalan surat itu ke dinding dengan dengan perasaan marah terhadap abang dia. Tanpa berfikir panjang, dia tinggalkan rumah. Kemana dia pergi, dia sendiri tidak tahu, Shadow mengikut Fang dari belakang. Fang tidak sedar kucing kesayangan dia, sedang mengekori dia.
meow meow meow
"Eh, Shadow, kenapa kau ikut aku?" Fang mengangkat kucingnya dan lalu mendukung Shadow itu seperti mendukung bayi. "Shadow, kalau aku lari dari rumah bagaimana? Mesti seronokkan pergi melihat kehidupan baru di luar sana. Aku selama ini, tidak pernah keluar dari Pulau Rintis. Abang tidak pernah nak bawa aku pergi bercuti" Fang mengusap kucingnya sambil meluahkan perasaan dia
meow meow meow
"Aku tahu, abang aku tue bukan jenis suka pun pergi bercuti ke pergi berjalan-jalan ke. Kadang-kadang kena paksa dia tue, baru dia akan ikut. Tapi aku tetap bangga dengan dia, dia kuat, dia tahu apa yang dia inginkan, dia selalu menjaga aku dari aku kecik lagi hinggalah sekarang. Cuma aku sahaja yang kadang-kadang tak menghargai dia. Shadow, tak lama lagi hari jadi abang. Hadiah apa yang paling bermakna buat dia?"
meow meow meow
"Kau pun tak tahu. Aku pun tak tahu juga, Shadow. Tapi aku tak pasti berapa lama dia akan pergi. Seminggu? satu hari? mungkin sebulan atau 5 bulan atau buat selama-lamanya. Hari jadi abang nanti, aku tak tahu dia akan kembali ke bumi atau tidak" Fang telah sampai di station keretapi. Apa dia buat disitu, hati dia mengatakan, pergi dari sini, pergi jauh daripada Pulau Rintis. Pergilah terokai dunia baru luar dari Pulau Rintis. "Shadow, perlu ke aku buat?"
meow meow meow
Kaki Fang langkah demi langkah dia berjalan ke station keretapi. Ke mana arah tuju dia, dia tidak pasti lagi. "Fang" ada orang sedang memanggil dia. Fang tidak mahu melihat siapa yang panggil nama dia dan dia pasti, mesti kawan baik dia yang bernama Boboiboy. Fang berpura-pura tidak dengar, dia berjalan dengan lebih laju. "Fang! tunggu!"
Fang terpaksa berhenti. "Kau nak apa Boboiboy?" kata Fang tanpa menoleh kebelakang.
"Fang, kau nak pergi mana? Abang kau mana?"
"Abang aku dah pergi tinggalkan aku lagi. Takde gunanya aku duduk dekat sini lagi Boboiboy. Baik aku lari, pergi jauh daripada sini" Lalu Fang berjalan dengan kucing kesayangan dia. Boboiboy pergi mengejar dia. "Fang! janganlah begitu"
"Kau tak faham Boboiboy. Dia dulu cakap dengan aku, kemana dia akan pergi, aku akan pergi sekali dengan dia tapi dia tinggalkan aku juga" Boboiboy nampak air mata Fang menitis turun ke jalan. "Fang" Boboiboy pegang bahu Fang.
"Fang, kalau kau pergi, kau nak tinggal di mana Fang? Nanti abang kau balik, dia akan tercari-cari kau"
"Kan aku dah kata, kau tak kan faham. Nah! jaga kucing aku dan jangan cari aku!" Fang bagi Shadow kepada Boboiboy dan terus dia berlari ke station keretapi. Dia duduk di salah satu bangku station tersebut sambil menunggu keretapi tiba. Boboiboy tidak putus asa, dia ikut sahaja Fang. Dia mesti halang Fang daripada larikan diri. "Fang"
"Kau nak apa lagi!" menjerit Fang sampai orang sekelilingnya melihat dia. Keretapi sudah tiba dan pintunya sudah dibuka, Fang melihat Boboiboy dan dia lari masuk ke dalam keretapi. "FANG!" Kalau Boboiboy ikut dia bagaimana tapi dia tengah pegang kucing. Mana boleh bawa masuk kucing dalam keretapi. "Maaf Shadow, aku tak boleh tinggalkan kau di sini bersendirian"
Pintu keretapi sudah tutup, Boboiboy sudah terlambat. Apa yang Boboiboy nampak tadi, hati Fang telah dilukai lagi oleh abang dia. "Shadow, aku mesti dapatkan Fang semula. Jangan risau Shadow, dengan bantuan daripada rakan-rakan kita, kita akan dapatkan Fang semula, kita akan bawa dia pulang"
---------------------------------------------
"APA! FANG LARI DARI RUMAH?" terkejut Gopal, Yaya dan Ying selepas sahaja mendengar berita tersebut dari Boboiboy. Mereka sekarang berada di kedai Tok Aba untuk berbincang, bagaiman untuk dapatkan Fang semula
"Jadi, apa perlu kita buat sekarang, Boboiboy"
"Aku tak tahu Yaya. Aku tak pasti kalau kita patut menghubungi abang dia atau tidak"
"Aku rasa, korang perlu mencari dia dahulu. Aku tak pasti kalau Kapten Kaizo sudah terbang jauh atau tidak, mungkin kita tak dapat menghubungi dia" kata Ochobot. Tok Aba yang ada di situ, mendengar sahaja bincangan dia orang. "Kalau korang pergi cari Fang pun, korang pasti ke lari ke mana?" tanya Tok Aba "Lagipun, korang kena minta kebenaran ibubapa korang dulu, Kuala Lumpur tue bukannya macam Pulau Rintis"
"Takpe Tok Aba, Boboiboy kan ada. Kalau dia orang tak dapat pergi, biar Boboiboy sorang sahaja yang pergi mencari dia" Boboiboy yang tinggal di Kuala Lumpur, tahu selok belok di sana tetapi untuk mencari Fang bukannya sesuatu yang mudah. Dia perlu ke Kuala Lumpur dengan segera sebelum Fang pergi lebih jauh lagi. "Boboiboy, hati-hati nanti. Bila dah jumpa dia, bawa dia balik ke rumah ibubapa kau dulu"
"Tapi Boboiboy kena bawa balik ke sini terus"
"Dengar ajelah cakap Tok Aba, Boboiboy. Biar dia berehat dekat sana dulu, tenangkan diri dia dulu. Kalau dia balik ke sini balik, nanti dia teringat balik semua kenangan dia dengan abang dia dekat sini. Bila tiba masanya nanti, kau bawa dia pulang" kata Yaya
"Tapi berapa lama. Aku takut dia tak nak balik ke sini terus. Tak kan aku nak paksa dia pula"
"Jangan risau, Fang pasti akan kembali ke sini. Mungkin sebelum hari jadi abang dia" kata Ochobot. Baru Boboiboy teringat, 2 3 hari sebelum itu, Fang tercari-cari hadiah istimewa untuk abang dia, sampai sekarang dia masih belum jumpa lagi. Fang ada minta bantuan daripada mereka, tapi mereka sendiri tiada idea. "Eh, kejap. Kak Lynna tinggal di Kuala Lumpur juga kan?"
"Yolah, baru aku teringat. Dia tinggal dekat Kuala Lumpur tapi aku takde nombor telephone dia. Tapi jangan risau, aku minta dari jiran sebelah aku"
"Terima kasih Ying. Rasanya aku patut bertolak sekarang, korang macam mana?"
"Jangan risau tentang kita orang. Kita orang sentiasa ada dekat sini"
"Betul kata Yaya, kau pergi cari si Fang tue. Dia tue banyak sangat masalah, setiap hari mesti ada aje drama dia dengan abang dia" kata Gopal tapi memang betul pun. Fang dan Kaizo mesti ada drama mereka, masalah adik beradik. Kalau ada apa-apa masalah terjadi dekat Fang, Fang akan sembunyikan perkara itu daripada abang dia dan juga kawan-kawan dia tapi abang dia akan dapat tahu juga. Kaizo pula akan buat apa sahaja untuk pastikan adik dia hidup dengan penuh keceriaan tapi kadang-kadang ada juga perkara-perkara yang akan membuat Fang sedih.
Kali ini, Kaizo telah melukai hati Fang sehingga membuatkan Fang lari dari Pulau Rintis. "Semenjak Kaizo duduk sini, ada aje drama dia orang berdua. Macam drama dekat dalam tv pulak" kata Gopal lagi
"Sudahlah Gopal. Aku kena siap-siap cepat, nanti apa-apa hal, aku akan menghubungi korang. Jangan lupa bagi Shadow makan" Boboiboy balik ke rumah terus untuk bersiap-siap balik ke rumah ibubapa dia Kuala Lumpur
-----------------------------------------------
Fang baru sahaja sampai di station keretapi Kuala Lumpur, dia berjalan ke satu lorong. Lorong yang abang dia turunkan dia di situ dan tinggalkan dia. Masa itu, Fang cuma fikirkan misi dia, dia tidak fikirkan benda-benda lain. Misi mereka untuk merampas jam kuasa kawan-kawan dia. Fang teruskan berjalan untuk melihat sekitar bandar Kuala Lumpur. Begitu jauh berbeza sekali antara Kuala Lumpur dan Pulau Rintis. Di sini penuh dengan kereta, penuh dengan kedai-kedai, bangunan semuanya tinggi-tinggi. Fang begitu teruja sekali melihat bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Dia dapat melihat pelbagai jenis makanan yang dijual di kedai-kedai makan. Semuanya nampak sedap.
Fang teruskan berjalan, ke mana dia pergi, dia tidak tahu. Fang sudah hilang arah tuju. Dia duduk di tepi tingkap kedai sambil melihat orang lalu-lalang. "Apakah aku buat ini satu kesilapan?" kata Fang
Patut ke dia patah balik, pulang ke Pulau Rintis. Kalau dia pulang pun, abang dia pasti tiada lagi di rumah. Kalau aku di sini, aku tiada tempat untuk berteduh, aku sekarang berada di kawasan asing, fikir Fang. Fang termenung sambil fikirkan tentang abang dia. "Adik, adik sesat ke? Mana keluarga adik?"
Ada seorang kakak sedang menegur dia. Fang melihat kakak itu "Saya tak sesat, keluarga saya tinggalkan saya" kata Fang secara jujur. Dia tak nak berbohong, biarlah kakak yang tidak dikenali olehnya tahu apa yang terjadi dekat dia "Tinggalkan adik? Jadi adik sorang-sorang dekat sini?"
Fang menggangguk sahaja. "Adik ikut akak balik nak? Mungkin adik boleh bercerita dekat akak apa yang terjadi" Kakak itu menghulurkan tangan kepada Fang. Fang melihat tangan kakak itu "Jangan risau, akak bukan orang jahat. Lagipun, adik tak patut duduk dekat sini sorang-sorang. Apa-apa boleh terjadi dekat adik nanti" Lalu Fang pegang tangan kakak itu. "oh yea, nama akak Juria" Juria membawa Fang ke kereta dia yang tidak berada jauh dari situ. "Juria, anak siapa kau ambik tue?" Ada lagi seorang kakak di dalam kereta Juria. Fang melihat siapa kakak sorang lagi itu.
"Takde lah Sofiah, aku nampak dia duduk sorang-sorang tepi kedai. Dia cakap dia ditinggalkan oleh keluarga dia" kata Juria. Juria membuka pintu belakang kereta dan pelawa Fang masuk ke dalam. "Masuklah, nanti sampai dekat rumah, adik boleh rehat. Ini kawan kakak, nama dia Sofiah" Fang masuk ke dalam kereta, bau kereta itu sungguh mengharumkan, bau strawberry.
"Apa nama adik?" tanya Sofiah. Juria duduk di depan sebelah Sofiah. "Nama saya Fang"
"Comel nama awak. Fang nak ceritakan kepada kami kenapa adik ditinggalkan?" Fang hanya duduk diam sahaja dibelakang. Sofiah mula memandu keretanya dan terus berjalan. "Sofiah, jangan paksa dia. Biarkan sahaja dulu, bagi dia masa untuk tenangkan diri" kata Juria. Juria mengeluarkan sesuatu dari beg plastik shopping dia, Fang ternampak sebungkus roti bun dan dia berikan kepada Fang. "Makanlah, adik tentu lapar"
Fang mengambil roti bun tersebut dan mengucapkan terima kasih. Juria tersenyum sahaja. Semasa dalam perjalanan ke rumah mereka, Fang hanya duduk diam sahaja. Dia melihat permandangan di luar tingkap, semuanya bangunan tinggi, kedai-kedai mewah, restaurant, gerai, rumah-rumah besar, apartment yang begitu tinggi sekali dan pelbagai lagi dia nampak. Fang tidak lagi memikirkan tentang abang dia, dia seperti sudah lupakan abang dia.
20 minit kemudian, dia telah sampai di satu kawasan apartment. Apartment tersebut tidaklah setinggi yang dia nampak tadi. Apartment itu cuma ada 4 tingkat sahaja. "Ini rumah kakak ke?" tanya Fang
"Nak katakan rumah kita orang, tak juga. Tapi rumah dekat sini adalah seperti club house kita orang sendiri. Kita orang sudah lama guna rumah ini sebagai club house, semenjak sekolah menengah lagi. Rumah ini sebenarnya rumah kawan kami dulu, tapi dia dah pindah. Jadi rumah ini kosong, kita orang pun gunakanlah. Kami datang ke sini jikalau ada benda nak dibincangkan atau sahaja lepak-lepak" kata Juria. "Akak semua nie mesti kaya" kata Fang. Juria hanya tersenyum sahaja kerana mereka hanya orang sederhana sahaja, cuma salah satu dari kawan dia yang kaya. Dia membuka pintu kereta belakang dan Fang keluar dari kereta tersebut. Dia mengikut sahaja kedua kakak tersebut naik ke atas menggunakan tangga, rumah mereka berada di tingkat atas sekali.
Sofiah membuka pintu rumah tersebut. "Dah habis shopping?" Fang seperti kenal suara itu. Dia masuk ke dalam rumah tersebut dan nampak kak Lynna sedang duduk di depan laptop. "KAK LYNNA!" Fang berlari dan memeluk Lynna. "Eh, Fang?"
"Kau kenal dia Lynna?"
"Ha ah Juria, tapi macam mana Fang boleh ada dekat sini?" Fang melepaskan pelukan dia, Lynna nampak air mata Fang sedang mengalir keluar. "Fang?" Lynna mengambil tisu dan berikan kepada Fang. Fang lap air mata dia dengan tisu tadi
"Aku nampak dia dekat KL tadi, dia duduk sorang-sorang dekat tepi kedai" kata Juria yang sedang meletakkan beg-beg shopping dia ditepi dinding. Lynna nampak kesedihan di mata Fang. Mesti ada sesuatu yang berlaku, fikir Lynna "Korang boleh tinggalkan kita orang sekejap boleh tak?
Juria dan Sofiah masuk ke dalam bilik belakang dan tinggalkan Lynna dengan Fang di luar. "Apa yang terjadi sebenarnya?" Fang hanya senyap sahaja "Fang?"
"Ceritalah apa yang berlaku. Abang kau tahu tak kau ada dekat sini?"
"Tak, dia tak tahu Fang ada dekat sini. Abang tinggalkan Fang lagi, Fang tak suka bila abang pergi dengan misi dia"
"Jadi Fang larikan diri ke sini?" Fang hanya mengangguk sahaja "Fang, dengar apa yang akak nak katakan ok. Fang tak patut buat begitu, Fang tak patut lari dari rumah tanpa pengetahuan abang Fang. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, ada benda yang kita tak dapat nak dielakkan. Abang Fang pergi sebab dia nak melindungi adik kesayangan dia dari ancaman musuh, kalau dia biarkan sahaja, mungkin sesuatu yang lebih buruk lagi akan berlaku. Akak tahu Fang risaukan keselamatan abang, akak tahu Fang tak suka bila abang Fang pergi, tapi abang Fang terpaksa, dia korbankan segalanya demi adik dia. Dia tak kisah kalau nyawa dia terkorban, asalkan adik dia yang selamat. Kaizo selalu cerita tentang Fang dekat akak, dia sayangkan Fang sangat. Dia ada cerita dekat akak, masa pertama kali dia tinggalkan Fang di sini, dia memang betul-betul risaukan Fang tapi dia yakin Fang akan selamat di sini. Dia tahu adik dia akan jalankan misi dengan sempurna tapi dia sendiri tak sangka adik dia banyak berubah semenjak duduk Fang duduk di sini" Lynna sambung lagi "Walapun Fang masih kecik lagi, besar nanti Fang akan faham juga kenapa abang Fang buat semua ini. Akak tahu, hati Fang sekarang ini terluka, takpe, akak faham. Kehidupan akak pun penuh dengan korbanan yang perlu akak lakukan, seperti kawan-kawan akak juga"
"Jadi kak Juria dan kak Sofiah juga macam kak Lynna juga" Lynna hanya berikan senyumana kepada Fang. "Ya, mereka juga mempunyai kuasa yang tersendiri. Seperti akak katakan hari itu, kehidupan kita orang makin lama makin menjadi rumit. Semakin Fang dewasa, semakin matang Fang akan membuat keputusan"
"Terima kasih kak Lynna. Boleh tak Fang duduk di sini untuk beberapa hari"
"Boleh, tapi kawan-kawan Fang tahu tak Fang ada dekat sini"
"Boboiboy tahu, Fang pasti dia akan beritahu yang lain juga" kata Fang. "Tentu dia orang risaukan tentang Fang. Semenjak abang berada di bumi, macam-macam drama yang Fang lalui"
"Mestilah, begitulah kehidupan adik beradik. Fang duduk sahaja di sini, biarkan akak buatkan makanan untuk Fang. Mainlah dengan laptop akak" Lynna bangun dan pergi panggil kawan-kawan dia yang berada di bilik belakang. Mereka bertiga masuk ke dapur untuk sediakan makanan tengahari. Fang mula melihat sekitar rumah itu. Terdapat 3 bilik di dalam rumah tersebut. Ruang tamu tidaklah sebesar seperti di rumah dia tapi ia cukup kelihatan menarik. Fang melihat laptop kak Lynna, rupanya kak Lynna sedang buat kerja dia, Fang cuba baca apa yang kak Lynna menulis
Jam kuasa Fang berbunyi dan Fang mengangkat panggilan itu. Muka Boboiboy terpapar di skrin kecil. "Fang! kau dekat mana? risau aku, aku sedang menuju ke Kuala Lumpur, sekejap lagi akan sampai"
"Boboiboy, kau jangan risau. Aku ada dekat rumah kak Lynna. Mungkin aku akan duduk dekat sini untuk beberapa hari"
"Baguslah aku dengar kau selamat tapi macam mana kau boleh terjumpa kak Lynna?"
"Panjang ceritanya Boboiboy" kata Fang. Lynna yang berada di dapur, mendengar perbualan Fang dan Boboiboy. Suara Fang kelihatan gembira sedikit, nampaknya dia berjaya buatkan Fang tenang. Takpelah, nanti aku bawa dia orang berdua jalan-jalan, kata Lynna dihati
--------------------------------------------------
Sudah 3 hari Boboiboy dan Fang berada di Kuala Lumpur. Boboiboy sempat membawa Fang ke rumah ibubapa dia, ibubapa Boboiboy ada juga mengajak Fang tidur sahaja di rumah mereka tapi Fang menolak, dia lebih selesa duduk di rumah kak Lynna sebab dekat situ, ada pelbagai buku yang dia tidak pernah baca sebelum ini. Macam-macam benda pelik dia belajar dari rumah kak Lynna.
Lynna juga membawa mereka berdua pergi berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Gopal yang berada di Pulau Rintis berasa agak cemburu dengan Fang sebab dia dapat melihat Kuala Lumpur. Gopal turut pesan kepada mereka, jangan lupa belikan sesuatu untuk dia. Yaya dan Ying tidak harapkan apa-apa, asalkan Fang balik ke Pulau Rintis dengan selamat.
Sekarang mereka berdua duduk di tangga di depan air pancut KLCC, Lynna pula pergi membeli makanan untuk mereka berdua. "Kau macam mana Fang? Kau dah ok ke?"
"Aku ok Boboiboy. Kau jangan risau sangat, kak Lynna dah nasihatkan aku hari itu. Dia cakap aku perlu faham dengan misi abang aku. Aku tahu, kita nie masih kanak-kanak lagi, banyak benda yang kita tidak faham lagi. Mungkin aku nie pentingkan diri sangat, sampai tak bagi abang aku pergi. Aku tahu, aku perlukan abang aku tapi bila misi abang dalam keadaan terdesak, aku buatkan masalah dia semakin bertambah"
"Kenapa aku nampak kau seperti orang dewasa yea" tergelak Boboiboy dan Fang. "Tahun depan kita nak darjah 6 dah, mungkin sebab kita semakin membesar" kata Fang
"Fang, aku nak tanya"
"Apa dia Boboiboy"
"Berapa lama kau akan duduk di bumi? Satu hari nanti, mesti kau akan pergi jugakan, ikut abang kau" Fang hanya senyap sahaja selepas dia mendengar soalan itu dari Boboiboy. Fang sebenarnya sudah lama fikirkan tentang itu. "Entahlah tapi aku tak nak fikirkan sangat, yang aku tahu, aku nak habiskan masa aku di bumi dengan korang semua. Bila tiba masanya nanti, aku pasti kita akan dapat berjumpa balik"
"Amboi korang berdua nie. sesi luahkan perasaan ke" kak Lynna muncul dengan dua roti berisikan kacang merah. Dia memberikan kepada mereka berdua "Fang, kau dan bersedia nak balik esok?"
"Sedia kak Lynna" Boboiboy senyum kepada Fang. "Bagus, esok pagi akak hantar korang berdua ke station keretapi" Entah kenapa, baru sekarang Fang teringat tentang hadiah abang dia. Ini peluang keemasan, dia boleh mencari hadiah abang dia di sini. Dia kena cari sebelum esok. "Boboiboy, aku kena cari hadiah abang aku. Tapi aku tak tahu nak bagi apa"
"Hmmm... hadiah yea. Jom kita shopping hadiah untuk abang kau" Mereka bertiga masuk ke dalam KLCC dan mencari hadiah untuk Kaizo. Dari satu kedai ke satu kedai, mereka masuk. Buku? Abang dia bukan peminat buku macam dia tapi kadang-kadang abang dia ada juga baca novel cerita hantu. Baju? Baju hadiah simple sangat. Kasut? Kasut kena sesuai dengan latihan tempur abang dia tue. Handphone? buat apa, abang dia tak perlukan handphone. Mereka semua di Pulau Rintis bukan gila gadget. Akhirnya mereka duduk berehat di sebuah cafe.
"Macam mana Fang, semua kedai kita dah masuk" Boboiboy melihat sahaja kawan baik dia hantuk-hantuk kepala di meja makan. "Akak tahu hadiah apa paling sesuai untuk dia"
"Hadiah apa?" kata mereka berdua. Lynna hanya tersenyum sahaja tanpa memberitahu mereka berdua
---------------------------------------------------------------
Kaizo baru sahaja turun dari kapal angkasanya. Dia rasa begitu penat sekali dengan misi dia kali ini. Kaizo terpaksa pergi kerana musuh dia semakin hampir dengan planet bumi, musuh dia bukanlah Borara tapi alien dari planet asal dia juga. Kaizo mempunyai sejarah hitam dengan alien itu, tapi syukur Kaizo dapat mengalahkan musuh dia dan sekali gus menghapuskan dia.
"Pang!" Kaizo memanggil adik dia. Kaizo perlu minta maaf kepada adik dia kerana tinggalkan dia lagi sekali. "PANG!" tiada panggilan dari adik dia. Kaizo naik ke atas dan periksa bilik adik dia. Kosong. Adik dia tiada di situ. Kaizo periksa di bilik lain, tiada adik dia juga. Kaizo nampak gumpalan kertas di tepi dinding, dia mengangkat dan membuka surat itu. Itu surat yang dia tinggalkan untuk Fang
Kaizo dapat rasakan Fang sedang marah dengan dia sekarang ini. Kaizo keluar dari rumah untuk mencari adik dia. Tempat pertama dia pergi adalah pantai, tempat kesukaan adik dia tapi dia tiada di situ. Terus dia ke kedai Tok Aba, tapi Fang tiada di situ. Yang ada, cuma Gopal, Yaya, Ying, Tok Aba dan Ochobot
"ERK! KAPTEN KAIZO! bila Kapten Kaizo sampai?" tanya Ochobot.
"Baru sahaja, ada nampak adik aku?" Masing-masing melihat sesama sendiri. Dia orang tak berani nak bagitahu yang Fang berada di Kuala Lumpur sekarang ini, esok baru dia balik. "Kenapa kamu semua senyap?"
"Kaizo, baik Kaizo duduk dulu" kata Tok Aba "Begini Kaizo, sebenarnya adik kau hari itu dia melarikan diri ke Kuala Lumpur" Kaizo terkejut besar. Adik aku larikan diri? fikir Kaizo. "Kenapa dia larikan diri atok?"
"Sebab kau buat hati dia sedih. Boboiboy yang pergi sendiri ke KL untuk membawa pulang Fang. Kau jangan risau sangat, dia selamat sekarang nie. Boboiboy ada dengan dia sekarang dengan kak Lynna juga" sambung Tok Aba lagi "Kaizo, nanti esok Fang pulang, janganlah marah dekat dia. Lagi Kaizo marah, lagi dia nak larikan diri dia. Harap kau faham dengan perasaan dia"
"Saya tak marah dekat dia Tok Aba, tapi marah dengan diri sendiri. Marah sebab saya mungkir janji dia. Saya harap dia dapat maafkan diri saya"
"Kapten Kaizo, jangan risau. Fang tue pasti maafkan Kapten Kaizo. Lagipun Kapten Kaizo hanya satu-satunya abang yang dia ada, tak mungkin dia tak kan maafkan abang dia. Dia sayangkan sangat dekat Kapten Kaizo" kata Yaya
"Terima kasih Yaya"
"Eh, Kapten Kaizo ingat nama saya" Yaya terlalu suka sebab Kaizo sudah kenal nama kawan-kawan adik dia. "Nama saya Kapten Kaizo ingat tak?"
"Nama kau Gopal kan?" Gopal menggangguk kepala tanya betul. Mereka semua tergelak melihat Gopal. "Nah Kapten Kaizo, chocolate pancake khas untuk Kapten Kaizo" kata Ochobot sambil memberi sepinggan chocolate pancake
---------------------------------------------------------
"Fang jangan lupa tau, hadiah tue buka masa hari jadi abang Fang" Lynna memberikan sekotak kecil kepada Fang. Lynna telah memberitahu apa isi didalamnya. "Mesti abang suka nanti"
"Mestilah, kak Lynna buatkan khas untuk Fang dan Kaizo"
"Terima kasih kak Lynna kerana menjaga Fang. Nanti Fang datang lagi dengan abang" kata Fang
"Betul tue, nanti kami datang lagi. Jomlah Fang, kejap lagi keretapi kita nak sampai dah" Mereka berdua melambai-lambai ke arah Lynna dan terus ke tempat menunggu keretapi. "Boboiboy, bukan kau nak duduk dekat rumah ibubapa kau ke musim cuti sekolah nie?"
"Ha ah, tapi dia orang bagi aku balik awal, jadi dapatlah kita pergi berkhemah nanti. Macam-macam rancangan yang kita boleh buat nanti" kata Boboiboy sambil memegang beg baju dia. Dia sudah terbayang dia dengan kawan-kawan dia pergi berkelah di tepi sungai, mandi-manda di sungai, takpun di laut ke, atau bermain layang-layang, pergi tengok movie ke. Boboiboy berangan sampai keretapi sampai pun dia tak sedar
"Woi, kau nak kena tinggal ke?" panggil Fang yang sudah berada di dalam keretapi. "Eh, tunggu!" Boboiboy lari masuk ke dalam. Kedua mereka mencari tempat duduk, selepas itu mereka berebut nak duduk di tepi tingkap. Last-last Fang yang dapat duduk tepi tingkap. Boboiboy pula bermasam muka dengan Fang. 5 minit selepas itu, dia orang berbaik semula.
Sudah 1 jam mereka berada di dalam keretapi, akhir mereka sampai juga di Pulau Rintis. "Fang, Fang! bangun, kita sudah sampai" Boboiboy kejutkan Fang yang masih lena tidur di tepi tingkap. "FANG! KITA SUDAH SAMPAI"
Fang terbangun dari tidurnya. "Kau nie kalau tak menjerit tak boleh ke?"
"Dah tue, kau pergi tidur siapa suruh. Jomlah, mesti dia orang tengah tunggu" Boboiboy dan Fang mengangkat beg masing-masing dan tidak lupa juga sebuah kotak yang diberikan oleh Lynna tadi. Bila masa Fang ada beg? itu beg pinjam dari Boboiboy, baju dia semua kak Lynna belanja (cheh, cemburu author) Mereka keluar dari keretapi tersebut dan terdengar panggilan dari kawan-kawan mereka
"FANG! BOBOIBOY!"
"Korang ada dekat sini" kata Boboiboy. "Mestilah, nak sambut korang balik. Kau ada beli apa untuk aku?"
"Isk kau nie Gopal, sabar lah dulu. Dia orang baru sahaja sampai" marah Yaya kepada Gopal "Yolah, tak reti sabar betul kau nie" kata Ying
Fang ternampak seseorang yang sedang bersandar di tepi dinding station keretapi. Itu abang dia, Kaizo sedang menunggu adik dia pulang dari KL. Fang mengundurkan diri, mahu sahaja lari balik ke dalam keretapi. Fang takut abang dia marah tapi tangan dia di pegang oleh Boboiboy. "Jangan lari lagi Fang. Pergilah dekat abang kau" Lalu Boboiboy lepaskan tangan Fang
Fang tinggalkan mereka berempat dan pergi ke abang dia. Fang berdiri di depan abangnya "Ma-maafkan adik sebab adik lari dari rumah" Kaizo tidak bercakap dia, dia cuma melutut di depan Fang dan lalu peluk adiknya. "Selamat kembali Pang"
"Abang?" Fang fikirkan abang dia akan memarahi dia tapi dia silap "Abang patut minta maaf dekat adik bukan adik yang minta maaf dekat abang"
"Abang, adik maafkan abang" Kaizo lepaskan pelukan dia dan lalu bangun. "Jadi adik tak marah dengan abang?"
"Tak, adik cuma bersyukur abang balik awal" Kaizo tersenyum melihat adiknya tidak marah kepada dia. "Apa yang Lynna dah buat dekat adik abang" Fang cuma jawab "rahsia"
"Jom kita balik. Ceritalah dekat abang, apa adik buat dekat KL. Ada beli apa-apa untuk abang tak?" Kaizo menolong Fang mengangkat beg bajunya dan pegang tangan adik dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat kemesraan antara adik dan abang, Fang dan Kaizo.
"Nampaknya, hari ini tiada drama adik beradik" kata Gopal.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top