Lagu untuk Fang


Yaya dan Ying telah mendapat berita yang begitu menarik sekali daripada Cikgu Papa Zola, dia memberitahu Yaya dan Ying bahawa kelas mereka akan mengadakan sebuah persembahan untuk upacara akhir tahun nanti di dewan sekolah. Yaya dan Ying begitu teruja sekali setelah mendapat berita baik itu. Masing-masing telah mendapat idea yang baik tetapi mereka berdua bersetuju untuk melakukan persembahan nyanyian untuk acara akhir tahun nanti. Mereka terus ke kelas mereka untuk memberitahu berita yang gembira itu. Setelah sampai di kelas, mereka dapati Boboiboy dan Fang sedang memakai cermin mata hitam.

"Eh, kenapa korang berdua pakai cermin mata hitam?" tanya Yaya.

"INI SEMUA SALAH GOPAL!" Fang bangun dari tempat duduknya dan lalu menghempas tangannya ke atas meja.

"Tak habis-habis salahkan aku"

"Yang kau pergi curi jam kuasa kita orang kenapa, lepas tue nak takutkan kita orang dengan hantu" marah Fang dekat Gopal. Boboiboy senyap sahaja sebab dia tak nak masuk campur.

"Eleh, yang kau dan Boboiboy pergi tidur masa tengok cerita hantu buat apa. Jadi aku kenakan dekat korang. Lain kali aku tak nak ajak korang dah"

Fang baru sahaja hendak keluarkan harimau bayangnya tetapi Boboiboy sempat tenangkan dia. "Janganlah bergaduh. Kita lupakan jelah pasal. Maaf yea Gopal kita orang tertidur masa tue" kata Boboiboy

"Macam-macamlah korang nie.. tapi kenapa korang pakai cermin mata hitam nie? sakit mata ke?" tanya Ying.

"Sebenarnya... aku dan Fang kena hukuman daripada Kaizo. Cermin mata hitam nie sebab kita orang tak dapat nak tidur, mata kita orang dah jadi macam mata panda" Yaya dan Ying gelengkan sahaja kepala selepas sahaja mendengar penjelasan daripada Boboiboy

"Hah! aku ada berita baik untuk korang semua" kata Yaya yang baru sahaja teringat tentang berita baik daripada cikgu Papa Zola. Semua pelajar-pelajar 5 Jujur mengeliling Yaya untuk mendengar berita baik itu "Akhir tahun nie, kita orang semua dapat membuat satu persembahan dekat dewan sekolah nanti"

"PERSEMBAHAN!" menjerit mereka dengan penuh kegembiraan

"Kita boleh buat lakonan drama" sebut Stanley. Iwan angguk sahaja

"Tak pun menari" kata Ammar Deep pula

"Kita orang dah ada cadangan sendiri. Salah sorang daripada korang akan bernyanyi di atas pentas dewan sekolah" kata Yaya dan Ying dengan begitu teruja sekali.

"NYANYI!"

"yang lain boleh main alat muzik" kata Yaya lagi. "Aku tahu dalam kelas banyak bakat terpendamkan" Tapi sebenarnya di dalam kelas dia orang, hanya sorang sahaja yang pandai bermain alat muzik iaitu Fang.

"Fang!" Yaya terus ke meja Fang bersama dengan Ying. "Kau tahu main gitarkan"

"Kau nak aku main gitar dekat acara akhir tahun nanti, tak lah Yaya" Yaya dan Ying buat muka comel dekat Fang sampailah Fang cakap yea. "Yelah yelah! Aku main gitar nanti tapi tak kan aku sorang sahaja yang mengadakan persembahan nanti sebab dekat kelas kita nie, semuanya mana reti main alat muzik"

"Ala, habis tue kita buat lakonan drama jelah" Yaya buat muka sedih

"Jangan sedih Yaya, kita buat drama musical! macam mana?"

"Betul juga tue Ying!" Akhirnya ramai yang setuju untuk membuat persembahan drama musical. "YEAHHHH!"

"Tapi kita perlukan watak yang boleh menyanyi! Hah! Boboiboy, kau jadi watak utama"

"Isk, mana boleh Yaya. Kau adakan lah sesi uji bakat esok, mana tahu ada yang lebih baik daripada aku ke" Sebenarnya Boboiboy mahu mengelak daripada kena nyanyi atas pentas. "Lagipun nyanyian Fang lagi hebat daripada aku"

"Dey, aku nyanyi pun sedap ok. Dengar aku nyanyi" Lalu Gopal pun nyanyi lagu hindustan dekat dalam kelas 5 Jujur yang lain buat muka tak kisah. "Sedap tak aku nyanyi" tiada suara yang keluar dari pelajar-pelajar lain.

"Sudah sudah, tak kisahlah siapa hebat atau tidak. Esok lepas sekolah, semua berkumpul dekat kelas, kita adakan sesi uji bakat!" kata Ying yang begitu semangat sekali. Yang lain tidak sabar untuk sesi uji bakat esok. Ada yang sudah memikirkan lagu apa hendak nyanyi esok. Yaya dan Ying pula perlukan pertolongan dari Cikgu Papa Zola untuk memilih bakat-bakat yang ada di kelas mereka.

aaaaaaaaaaaaaa

Selepas sahaja habis sesi persekolahan, Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus ke kedai Tok Aba. Mereka berceritakan tentang persembahan upacara akhir tahun yang mereka adakan nanti. "Baguslah tue, boleh atok datang tengok nanti"

"Korang pun nanti jangan lupa tau uji bakat sekali esok" kata Yaya

"Jangan risaulah Yaya, nanti kita orang akan hadir uji bakat esok" kata Boboiboy. Sedang mereka asyik bergelak ketawa, salah satu daripada mereka hanya duduk senyap sambil mengacau-gacau sudu di dalam air minumannya. Boboiboy yang duduk di sebelah Fang, baru sahaja sedar dengan kelakuan Fang. "Fang?" panggil Boboiboy tetapi Fang menghiraukan sahaja panggilan dari dia.

"Fang?" panggil Boboiboy lagi. Pemikiran Fang sudah berada jauh sekali sampai dia tidak dengar panggilan daripada kawan baiknya. Fang sebenarnya sedang berfikir, semenjak Boboiboy kata nyanyian dia lebih hebat daripada Boboiboy. Entah kenapa dia teringatkan nyanyian lagu itu semasa dia hendak menidurkan Boboiboy. Dia teringat lagu itu, lagu bahasa cina itu.

"FANG!" Boboiboy menjerit dekat telinga Fang dan lalu dia terkejut sehingga membuatkan cawan dia tertumpah air hot chocolate nya. Habis baju Fang terkena air hot chocolate. "Alamak Fang, maaf Fang"

"Takpe Boboiboy. ermm.. aku balik rumah dulu" Fang bangun dan mengambil beg sekolahnya. Semua memandang ke arah satu sama lain, semua berasa pelik dengan kelakuan Fang sebab selalunya Fang akan mengamuk tapi hari ini, macam ada sesuatu yang tidak kena dengan Fang. Boboiboy memandang Fang dengan penuh kerisauan. "Jangan risaulah Boboiboy, esok-esok dia ok lah tue" kata Yaya. Ying dan Gopal angguk sahaja. Boboiboy rasa ada sesuatu yang Fang tak nak bagitahu mereka semua.

Dalam perjalanan pulang, dalam pemikiran Fang asyik memutar-mutarkan lagu cina itu. Lagu itu seperti mengingatkan dia tentang sesuatu, tentang seseorang tapi siapa. Mungkin hanya perasaan dia sahaja atau bukan. Kenapa sebelum ini dia tidak memikirkan sangat tentang lagu tue, kenapa sekarang baru dia terfikir. Mungkin sebab abang dia ada di sini atau mungkin dia mulai rindukan seseorang. Setelah dia sampai di rumah, Fang hanya masuk ke dalam rumah dan dia tidak dengar panggilan daripada abangnya. Dia hanya terus sahaja masuk ke bilik.

Abang dia Kaizo, berasa pelik dengan kelakuan adiknya. Selalunya dia balik rumah, dia mesti menjerit dan katakan dia sudah balik dari sekolah tetapi hari ini, Fang hanya diam sahaja. Ada sesuatu yang tidak kena dengan adik aku, fikir Kaizo

Semasa makan malam begitu juga, Fang tidak menyentuh makanan dia, dia hanya bermain-main sahaja dengan makanan dia. "Pang? kenapa dengan kau? tidak sihat?"

"Maaf abang, adik takde selera nak makan" Fang lalu meninggalkan meja makan terus sahaja ke bilik. Kaizo mula rasa risau, dia menghubungi Boboiboy untuk bertanya kenapa dengan adik dia hari ini

"Maaf Kapten Kaizo, saya juga tidak tahu kenapa dengan dia hari ini. Saya sebenarnya baru sahaja perasan yang Fang senyap sahaja semasa di kedai Tok Aba tadi" kata Boboiboy. Lalu dia bercerita apa yang berlaku di kelas tadi sebelum Fang mendiamkan diri sahaja.

Kaizo juga bertanya kepada kawan Fang yang lain, semuanya juga tidak tahu kenapa. Kaizo terpaksa bertanya adiknya sendiri. Dia bangun dan terus ke bilik Fang. Dia mengetuk pintu bilik Fang tapi tiada siapa yang jawap, lalu Kaizo membuka pintu itu dan dapati Fang tertidur di atas buku sekolahnya. Kaizo mengangkat adiknya dan lalu mendukungnya dan letak Fang di atas katil. Dia menyelimut Fang. "Selamat malam Pang" Sebelum dia keluar dari bilik, dia menutup lampu bilik Fang dan menutup pintu bilik secara pelahan-lahan.

Malam itu, Fang termimpi sesuatu. Dia mimpi sesorang sedang nyanyikan lagu cina itu untuk dia. Suara seorang wanita.

Fang pi juan liao,

bi shang yan jing kuai shui jiao,

shui de zhao shen ti hao,

Fang shi ge hao bao bao,

Suara itu seperti suara yang dia pernah terdengar di suatu ketika dia masih kecil lagi. Suaranya begitu lemah lembut sekali. Suara itu seperti suara ibunya

"IBU! IBU!" Fang memanggil-manggil ibunya. Fang menangis di dalam tidurnya dan menjerit nama ibunya lagi. Kaizo yang sedang tidur di biliknya, dia terjaga dari tidurnya. "PANG?" Dia terdengar adiknya sedang menjerit-jerit memanggil nama ibunya. Kaizo segera pergi ke bilik adiknya. Dia membuka pintu bilik adik, dan terus mendakap erat Fang untuk menenangkan dia. "Syhhh... abang ada dekat sini" Kaizo mengusap-usap rambut Fang. "Abang tak kan pergi mana-mana, Pang" kata Kaizo lagi.

Lama kelamaan, akhirnya Fang tertidur dengan tenang sekali.

Pagi sudah menjelma, Fang awal-awal lagi sudah mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Kaizo yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk adiknya di dapur, terdengar pintu depan tertutup. Kaizo tidak sempat untuk memberi sandwich yang dia buat khas untuk adiknya. Takpelah, nanti dia balik dari sekolah, aku akan memberi sandwich ini dekat Pang, fikir Kaizo

aaaaaaaaaaaaaaaaa

"Selamat pagi Boboiboy!" ucap Yaya dan Ying. Mereka kelihatan begitu ceria sekali kerana hari ini adalah hari uji bakat. Mereka tidak sabar untuk memilih salah sorang daripada rakan mereka untuk memegang watak-watak di dalam persembahan drama musical nanti. "Selamat pagi Yaya. Selamat pagi Ying" kata Boboiboy.

Boboiboy masuk ke kelas dan perasan, meja belakangnya masih kosong. Fang selalu datang awal tapi hari ini dia lewat sampai. Boboiboy melihat jam di dinding, lagi 2 minit jam loceng sekolah akan berbunyi.

"Korang, mana Fang?" tanya Boboiboy

"Entahlah Boboiboy. Aku dan Ying sampai awal tadi tapi takde pulak si Fang" kata Yaya

"Yolah.. selalunya dia sampai awal daripada kita orang" kata Ying pula

"Hmm... mesti ada sesuatu yang terjadi dekat Fang" kata Gopal

"Semalam korang perasankan, Fang tak marah, tak mengamuk bila air tertumpah terkena baju dia. Dia mesti fikirkan sesuatu nie" kata Boboiboy. Tinggal 1 minit lagi untuk loceng sekolah berbunyi, Boboiboy cuba menghubungi Fang tetapi gagal. Fang tidak menjawap jam kuasanya. "Nanti lepas sekolah, kita pergi melawat dia. Jangan risaulah Boboiboy. Semuanya pasti selamat" kata Ying.

Selepas sahaja selesai sesi persekolahan, Yaya dan Ying membatalkan uji bakat hari ini kerana mereka ingin pergi ke rumah Fang untuk melawat dia. Kata Yaya persahabatan lebih penting, uji bakat boleh di jalankan esok sahaja. Jadi mereka berempat terus ke rumah Fang.

Kaizo membuka pintu rumah dan terkejut melihat mereka berada di depan rumahnya. "Kenapa kamu semua ada di sini? Mana adik aku?" kata Kaizo

"Eh, Fang takde dekat rumah?" kata Boboiboy. "Tadi Fang tak datang sekolah, jadi kami ingat nak melawat dia dekat rumah"

Kaizo menghela nafas dan lalu berkata "Malam semalam dia termimpikan ibu dia. Aku dapat rasakan dia rindukan ibu dia" Kaizo sendiri juga merindui ibunya juga tetapi adiknya hanya sempat bersama ibu mereka hanya sementara sahaja sebelum dia dibunuh oleh Ratu Lily. Ibu dia juga berpesan agar menjaga adiknya elok-elok dan melindungilah dia dari segala kejahatan yang ada di galaxy ini.

Yaya dan Ying ingin sahaja menangis di situ tapi mereka menahan air mata mereka. "Boboiboy, kita kena cari Fang. Kita tak patut biarkan dia bersendirian" kata Yaya

"Dah, pergi cari adik aku. Aku akan ikut korang sekali mencari dia" kata Kaizo.

Mereka pergi mencari Fang tetapi mereka tidak jumpa juga. Kaizo yang sudah penat, duduk di sebuah bangkuk taman permainan. Tiba-tiba sahaja jam kuasanya berbunyi, Kaizo menjawap dan muncul Boboiboy

"Kapten Kaizo, kita orang sudah jumpa Fang"

Kaizo terus ke tempat Boboiboy dan rakan-rakannya. Kaizo kini berada di tepi pantai dan nampak adiknya duduk di pasir pantai sambil memerhatikan permandangan laut. Boboiboy baru hendak pergi ke arah Fang tetapi tangannya di pegang oleh Gopal dan Gopal hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Boboiboy, biarkan Kaizo yang pergi" kata Yaya. Kaizo pergi ke arah adiknya dan duduk disebelahnya. "Pang, kau rindukan ibu?" Fang hanya menjawap dengan menganggukkan kepala sahaja. Kaizo nampak mata Fang begitu merah sekali kerana dari pagi tadi lagi air mata Fang tidak berhenti-henti mengalir kerana memikirkan ibunya.

"Abang juga merindui dia" Kaizo memeluk adiknya dan lalu Fang menangis di dalam dakapan abangnya. "Adik.. adik.. teringatkan.. lagu.. yang ibu.. se-selalu nyanyikan.. untuk adik" Fang menangis teresak-esak.

Kaizo ingat lagu itu, lagu itu selalu ibunya nyanyikan untuk Fang. Lagu untuk tidurkan Fang, lagu untuk berhentikan Fang menangis. Kaizo pernah nyanyikan lagu itu sendiri untuk Fang tetapi selepas kejadian yang menimpa ibu bapanya, dia tidak pernah sekali pun nyanyikan lagu itu. Dia seperti terlupa sehingga Fang mengingatkan balik tentang lagu itu.

Kaizo memejamkan mata dia seketika dan lalu dia menyanyikan lagu itu untuk adiknya. Fang yang masih lagi dalam dakapan abangnya, dia tertidur dan Kaizo biarkan sahaja dia tidur. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying yang melihat mereka berdua dari jauh, mereka memutuskan untuk beredar dari situ kerana mereka pasti Fang akan tenang dengan abangnya.

Gopal, Yaya dan Ying sudah berjalan jauh tetapi Boboiboy masih lagi melihat mereka berdua

"Boboiboy?" panggil Yaya

Akhirnya Boboiboy tersenyum melihat abang dan adik begitu akrab sekali dan lalu dia meninggalkan mereka berdua dan terus pergi ke Gopal, Yaya dan Ying.

Kaizo pula menggendong adiknya di belakang yang sedang tidur dan membawa adiknya pulang ke rumah.

Keesokannya, Kaizo bertanya kepada adiknya, samada dia ingin pergi ke sekolah atau duduk di rumah sahaja. Kaizo faham dengan perasaan Fang, dia tidak akan memaksa adiknya pergi ke sekolah hari ini. Tetapi Fang menjawap dia ingin pergi ke sekolah hari ini, dia tidak mahu ponteng sekolah lagi seperti semalam. Dia tidak mahu ketinggalan mata pelajaran yang di ajar oleh cikgu di sekolah.

"Selamat pagi semua" kata Fang, dia kelihatan lebih ceria hari ini

"FANG!" Boboiboy dan Gopal memeluk Fang. Yaya dan Ying pula tergelak sahaja

"Woi, apasal korang peluk aku nie?" kata Fang yang hendak lepaskan diri daripada pelukan mereka berdua. Boboiboy dan Gopal lepaskan pelukan mereka

"Fang, kau ok tak hari nie? Fang, kalau ada apa-apa masalah, bagitahu kita orang" kata Boboiboy

"Ha ah, jangan buat kami risau lagi macam semalam" kata Yaya

"Maaf kawan-kawan. Aku sebenarnya ingin bersendirian semalam, entah kenapa kaki aku membawa aku pergi ke pantai"

"Jangan risau maa... kita orang faham dengan perasaan kau. Kalau kau tak nak uji bakat hari ini, takpe, kita orang semua faham" kata Ying

"Hah, betul tue! dah dah, jangan nak emosi sangat" kata Gopal pula. "Korang tunggulah aku uji bakat lepas sekolah nanti. Mesti lagi hebat daripada korang semua"

"Yelah Gopal, hebatlah sangat.. hehehe" tergelak Boboiboy.

Waktu sesi persekolah, sudah tamat. Sudah tiba masanya untuk sesi uji bakat yang di tunggu-tunggukan oleh pelajar 5 Jujur. Masing-masing sudah bersedia dengan lagu yang mereka hendak nyanyi di depan Yaya, Ying dan Cikgu Papa Zola. Cikgu Papa Zola memindahkan uji bakat mereka dan adakan di dewan sahaja.

Boboiboy, Fang dan Gopal masih lagi berada di kelas. Gopal sedang berlatih dengan lagu hindustannya, manakala Boboiboy masih lagi tercari-cari lagu untuk di nyanyikan depan Yaya, Ying dan Cikgu Papa Zola nanti. Fang pula melihat gelagat mereka, dia membuat keputusan untuk tidak menghadiri uji bakat tetapi dia akan duduk di tepi dan melihat rakan-rakannya uji bakat.

"Fang, betul ke kau tak nak uji bakat?" tanya Boboiboy

"Tak payah lah paksa si Fang nie, Boboiboy. Lagipun peluang untuk aku mendapat watak utama semakin cerah!" kata Gopal dengan penuh keyakinan

"Entah-entah Boboiboy yang dapat watak utama" kata Fang dengan nada sinisnya.

"FANG! FANG!" mereka terdengar jeritan dari Yaya dan Ying dari luar kelas. "FANG! KAU KENA DATANG KE DEWAN SEKARANG JUGA!"

"kenapa?"

"Abang kau, dia ada dekat atas pentas dengan guitar kau" kata Ying

Fang terkejut dan lalu berlari ke dewan sekolah. Yang lain juga turut berlari ke dewan sekolah. Kelihatan Kaizo sedang berdiri depan mikrofon dengan guitar milik adiknya. Pelajar-pelajar perempuan Sekolah Rendah Pulau Rintis begitu gembira melihat Kaizo yang berada di atas pentas. Masing-masing sudah jatuh hati dengan kehenseman beliau.

"Eh, anak siapa yang hensem sangat nie?" kata Cikgu Papa Zola

"ABANG? kenapa abang aku ada dekat sini?"

"Abang kamu ke Fang? patutlah dua-dua sama hensem" Cikgu Papa Zola pun boleh jatuh hati dengan kehenseman Kaizo. "Hah, kamu nak nyanyi apa?"

"Aku akan nyanyikan sebuah lagu khas untuk adik ku, Pa-Fang" kata Kaizo, dia tidak mahu adiknya di ejek oleh rakan-rakan sebayanya, lalu dia memanggil adiknya, Fang

Fang hanya menepuk dahi. "Aduh, bukan ke ini untuk uji bakat tapi apasal tiba-tiba abang aku muncul pula"

"Ala Fang, bukannya selalu pun kita dapat dengar abang kau nyanyi" kata Gopal yang tidak sabar hendak mendengar Kaizo bernyanyi. Boboiboy, Yaya dan Ying juga sama, tidak sabar hendak mendengar Kaizo bernyanyi, mesti hebat. Kaizo mula memetik guitarnya dan lalu bernyanyi.

Fang ternganga dan terkejut kerana dia ingatkan abang dia akan nyanyi lagu sedih atau lagu berbentuk pop muzik tetapi abang dia nyanyikan sebuah lagu rock pula. Pelajar lain tak kisah asalkan dapat dengar suara Kaizo.

"Dasyat betul abang kau Fang. Boleh nyanyi lagu rock" kata Gopal

"Fang, kau ok ke?" tanya Boboiboy sambil mengoncang-goncang bahu Fang

"Aku... aku ok... tak sangka.. abang aku tue peminat lagu rock"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top