Kisah Silam

"Kaizo"

"Ibu, jangan tinggalkan kita orang ibu" Kaizo melihat ibunya yang sedang melindungi anak-anak dia daripada di tangkap oleh orang jahat yang bernama Ratu Lily. Ibu Kaizo memberi Fang yang masih lagi kecil dekat Kaizo. Fang sedang nyenyak tidur, dia tidak sedar apa yang berlaku sekarang. Rumah mereka telah diserang oleh Ratu Lily dan askar-askarnya.

"Pergi Kaizo, pergi!" Kaizo mendukung adiknya, dia tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya di sini. Ayah dia telah pergi untuk melindungi mereka tapi sebelum itu, dia sempat memberi jam kuasa dia kepada Kaizo. Ayah dia berpesan gunakan jam kuasa untuk kebaikan bukan untuk kejahatan dan lindungilah diri dia dan adik dia dengan menggunakan jam kuasa tersebutt "Kaizo! PERGI CEPAT!" merayu ibunya.

"Tapi ibu, bagaimana dengan ibu nanti?"

"Jangan risau tentang ibu, yang penting kedua anak ibu selamat daripada Ratu Lily itu" Ibu Kaizo cium dahi Kaizo dan juga Fang. "Pergi cepat, lari daripada sini" Kaizo menangis kerana dia terpaksa tinggalkan ibu dia. "Jangan menangis Kaizo" Ibu dia mengelap air mata Kaizo "Janji dengan ibu, kamu akan melindungi adik kamu dengan baik. Jaga dia elok-elok Kaizo. Dia satu-satunya adik kamu"

"Kaizo janji ibu"

Ratu Lily makin lama makin dekat dengan mereka, dia tidak nampak bahawa Kaizo telah melepaskan diri. Dia berlari jauh daripada Ratu Lily, daripada rumah dia dan segala-gala memori yang tercipta di situ. Semua itu hanya tinggal kenangan, kenangan bersama ibubapa mereka, kenangan kebahagian mereka bersama sebagai sebuah keluarga. Dia tahu selepas ini, dia dan adik dia tak kan dapat berjumpa dengan ibu dan ayah mereka lagi. Kaizo menangis sambil mendukung adik dia. Kaizo sembunyi di suatu lorong yang gelap. Dia bersandar disebalik dinding sambil memeluk adik dia yang sedang tidur itu.

"Adik, sekarang tinggal hanya kita berdua sahaja"

Kaizo terjaga dari tidur, dia mengusap mukanya. Mimpi tadi bukanlah mimpi tapi memori Kaizo sewaktu dia kehilangan ibubapa dia. Dia masih ingat lagi tentang kejadian itu, Ratu Lily yang kejam itu telah menyerang rumah mereka. Ayah dia telah menjadi mangsa pertama dia, ayah dia bermati-matian melindungi ibu dan juga mereka berdua. Selepas itu ibu dia turut terkorban, Kaizo sempat melarikan diri bersama dengan Fang.

Selepas sahaja kejadian itu, Kaizo dan Fang hidup merempat, tiada tempat untuk berteduh. Kadang-kadang Kaizo terpaksa mencuri makanan di kedai-kedai yang berdekatan untuk Fang, dia pula terpaksa alas perut, dia tidak mahu melihat adik dia kebuluran. Kaizo setiap malam menangis kerana terpaksa hidup begini, kadang-kadang dia terdengar adik dia menangis dalam tidur dia dan memanggil-manggil nama ibu. Kaizo hanya memeluk adik dia untuk tenangkan dia, kadang-kadang dia sendiri akan menangis bersama adik dia. Kaizo tidak pernah bercerita kepada Fang apa yang terjadi kepada ibubapa mereka. Dia tidak mahu adik dia tahu, dia tidak mahu adik dia sedih. Cukuplah dengan kehidupan yang dia ada sekarang, dia tak nak tambahkan lagi kesedihan adiknya.

Kaizo telah membawa adiknya ke suatu tempat yang jauh, jauh daripada tempat asal mereka. Mereka berdua terjumpa satu rumah terbiar di tepi sungai. Kaizo dan Fang berehat di situ. Kadang-kadang Kaizo terpaksa meninggalkan Fang keseorangan di rumah itu, kerana dia terpaksa pergi mencari makanan untuk mereka berdua. Dia tidak sanggup melihat adiknya menangis kerana dia tinggalkan dia keseorangan di rumah terbiar itu. Ada kalanya, Fang akan mengikut abang dia pergi menangkap ikan di sungai.

Di situlah mereka tinggal buat sementara waktu, Kaizo juga selalu berlatih dengan jam kuasanya. Setiap hari dia akan berlatih, Fang akan duduk di tepi dan melihat sahaja abang dia berlatih sampai Kaizo terlupa untuk bermain bersama dengan adiknya. Makin lama makin jauh hubungan Kaizo dengan adik dia. Fang tiada kawan untuk bermain, abang dia pula selalu sibuk, sehinggalah dia terjumpa sphera kuasa.

Dari situlah bermulanya kisah bagaimana Kaizo menjadi kuat, tegas dan garang. Bagaimana dia berjumpa dengan Lahap, bagaimana dia menyertai satu pasukan untuk melindungi sphera kuasa, bagaimana dia melindungi adik dia daripada ancaman musuh. Segala-galanya bermula dari sphera kuasa yang dijumpai oleh Fang.

Kaizo masih ingat lagi semua yang berlaku dalam kehidupan dia. Dia tidak akan lupakan segala-galanya. Kaizo bangun dari katilnya dan pergi ke almari bilik dia. Kaizo mengeluarkan satu kotak kecil, kotak itu dia tidak pernah tunjuk kepada adik dia.

Kaizo membuka kotak tersebut dan keluarkan beberapa keping gambar dan satu lipatan kertas. Kaizo melihat gambar itu, gambar ibubapa dia sedang berdiri bersama dia. Ibu dia pula sedang mendukung Fang. Air mata Kaizo mengalir keluar. Dia mengelap air matanya. Dia membuka lipatan kertas itu dan terbukalah satu lukisan, lukisan pertama Fang. Lukisan yang dia lekat di pintu peti sejuk. Masa itu Fang menunjuk lukisan dia kepada Kaizo dengan begitu gembira sekali.

Kaizo sempat mengambil gambar-gambar itu dan juga lukisan adiknya sebelum dia lari keluar daripada rumah. Dia simpan semuanya, dia tidak pernah tunjuk kepada adiknya. Dia tidak tahu kenapa dia simpan rahsia ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk adik dia melihat gambar keluarga mereka pada suatu ketika dahulu. Kaizo simpan balik gambar-gambar tersebut dan lukisan adik dia. Dia masukkan balik ke dalam kotak kecil itu dan simpan kotak itu di dalam almari biliknya

Kaizo pergi ke bilik adik dia, dia membuka pintu bilik adik dia. Fang sedang nyenyak tidur bersama Shadow. "Aku lebih hebat daripada Boboiboy" Fang sedang bermimpi yang dia dapat kalahkan Boboiboy dalam peperiksaan akhir tahun. Kaizo tahu tentang persaingan antara Fang dan Boboiboy, tapi makin lama makin kurang persaingan mereka berdua. Keakraban mereka menyebabkan persaingan mereka berdua menjadi kurang.

Kaizo menutup pintu bilik adik dia dan lalu kembali ke bilik dia

------------------------------------

"ABANG!" Kaizo terdengar jeritan adik dia. Awal-awal pagi lagi Fang sudah bangun. Hari ini hari sabtu, kenapa adik dia panggil dia, fikir Kaizo. Lalu Kaizo bangun dari katilnya dan keluar dari bilik. "Kau nak apa Pang?" Kaizo berdiri di balkoni atas sambil melihat adiknya yang berada di ruang tamu.

"Adik nak keluar boleh?" tanya Fang. Dia sudah bersiap-siap untuk keluar bersama dengan kawan-kawan dia. "Keluar? Kau nak pergi mana pagi-pagi nie?"

"Adik dah janji dengan kawan-kawan adik. Kita orang nak pergi berkelah di tepi sungai" Sungai? bukan peperiksaan akhir tahun nak dekat dah ke? fikir Kaizo "Tak boleh, peperiksaan nak dekat dah, kau nak pergi bermain pula"

"Tapi abang.. adik dah janji dengan dia orang"

"Abang kata tak boleh, tak boleh! Dengar cakap abang" Fang berasa sungguh marah dengan abang dia kerana tidak bagi dia pergi berseronok untuk lepaskan tension sekejap. "Yelah, adik duduk dekat rumah ajelah" Fang naik ke atas dan masuk ke dalam bilik dia. Fang tiada masa untuk mengamuk dekat abang dia.

Fang betul-betul rasa bengang dengan abang dia. Dia melempar beg sandang dia ke atas katil. Fang terus menghubungi Boboiboy "Fang, kau dah sampai ke?"

"Belum Boboiboy. Aku sebenarnya nak bagitahu, abang aku tak benarkan aku keluar pergi berkelah hari ini. Maaf yea Boboiboy" kata Fang dengan nada yang sedih. "Takpelah kalau macam itu Fang, lain kali ajelah kau dapat join kita orang berkelah nanti"

"Nanti cakap dekat yang lain, yang aku tak dapat nak pergi. Mesti dia orang marah aku nanti"

"Jangan risaulah Fang, mereka akan faham"

"Tapi aku dah janji dengan dia orang, aku tak nak lah dia orang marah aku"

"Takpe, aku akan bagitahu dia orang abang kau tak bagi keluar. Kau jangan risau sangat ok"

"Terima kasih Boboiboy, kau memang kawan terbaik aku. Jumpa nanti hari isnin atau esok, itu pun kalau abang aku bagi aku keluar" Lalu Fang dan Boboiboy menutup skrin kecil mereka

Kaizo yang berada di luar pintu bilik Fang, mendengar perbualan antara adik dia dengan Boboiboy. Kaizo rasa bersalah tidak membenarkan adik dia pergi berkelah dengan kawan-kawan dia. Dia masih ingat lagi pada suatu ketika dahulu

"Kapten, betul ke ada sphera kuasa di sini?"

"Aku pasti Lahap, cepat cari signal sphera kuasa itu. Mana adik aku?" Pada masa itu, Kaizo dan Lahap berada di satu planet untuk mencari sphera kuasa dan melindungi sphera kuasa tersebut daripada jatuh ke tangan yang salah. Kaizo telah mendapat satu signal bahawa sphera kuasa itu ada di planet itu. Fang pula pergi keluar berjalan-jalan untuk melihat kehidupan di planet itu. Abang dia tidak membenarkan dia keluar dari kapal angkasa tapi dia begitu degil sekali, dia keluar dan terlihat satu kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola. Mereka bermain begitu seronok sekali. Gelak ketawa bersama.

Mereka mengajak Fang main bersama, dengan hati yang gembira, Fang pergi menyertai mereka. Kaizo pula pergi mencari adik dia, dia begitu marah dengan adik dia kerana mengingkari kata-kata dia. Dia takut kalau ada mana-mana musuh dia menyerang adik dia.

Kaizo ternampak adik dia sedang bermain dengan sekumpulan kanak-kanak. "PANG!"

Fang berhenti bermain dan nampak abang dia. Muka abang dia begitu bengis sekali. Fang takut kalau muka abang dia macam itu, dia tahu abang dia akan marah dia nanti. Dia tahu dia akan dikenakan hukuman nanti. Fang terpaksa meninggalkan kawan-kawan dia yang dia baru sahaja kenal. Kaizo mengheret adik dia balik ke kapal angkasa. Hati Fang begitu sayu sekali, dia menoleh kebelakang dan melihat kawan-kawan baru dia. Fang tahu selepas ini dia tidak akan dapat berjumpa balik dengan mereka lagi. Selama dia mengikut abang dia dengan misi-misi dia, abang dia tidak lagi bermain bersama dengan dia. Kadang-kadang dia bermain bersendirian di dalam bilik dia atau tempat latihan tempur. Fang rasa begitu sunyi sekali.

"Abang?" Fang berdiri di depan pintu dan nampak abang dia. "Abang nak apa?" tanya Fang. Dia masih lagi bengang dengan abang dia. Kaizo nampak dari mana sifat marah Fang datang, dari diri dia sendiri. Dulu dia memang suka marah Fang, itu kerana dia mahu Fang tidak mengingkari kata-kata dia.

"Adik, mari ke bilik abang sekejap. Abang nak tunjukkan sesuatu" Sudah tiba masanya untuk Kaizo untuk memberi Fang melihat gambar ibu dan ayah mereka. Fang agak jarang sekali masuk ke dalam bilik abang dia, sebab abang dia memang tak bagi sesiapa masuk ke dalam bilik dia. Apa yang dia sorokkan, entahlah. Kaizo mengeluarkan sebuah kotak kecil dari almari blik dia.

Fang yang sedang duduk di atas katil abang dia, berasa curiga sekali melihat kotak itu. Apa abang dia nak tunjukkan? fikir Fang. Kaizo duduk disebelah adiknya, dan lalu membuka kotak tersebut.

"Pang, selama ini abang simpan gambar ibubapa kita. Maafkan abang kerana merahsiakan tentang gambar mereka" Kaizo memberi gambar ibubapa mereka ke Fang. Fang mengambil gambar tersebut. Dia melihat gambar tersebut, muka ibu dia seperti muka Fang cuma rambut sahaja warna lain. Fang pernah lihat ibu dia tetapi dengan bantuan dari Kak Lynna. Itu pun cuma sekejap sahaja Fang dapat melihat ibu dia. "Ibu" Fang mengusik gambar ibu dia "Ayah" dia mengusik gambar ayah dia pula. Di dalam gambar itu juga terdapat abang dia masih kecil lagi dan juga dia, yang masih bayi lagi.

"Kenapa abang sembunyikan gambar ini dari adik?"

"Sebab abang terlalu pentingkan diri sendiri, terlalu sayangkan adik, terlalu melindungi adik. Abang tak nak melihat adik sedih sebab abang nak melindungi hati adik" kata Kaizo

"Tapi apa yang selama abang buat ini, bukan abang buat adik sedih ke?"

"Yea, abang tahu. Silap abang juga tapi sekarang kehidupan kita sudah berubah. Adik sudah besar, mungkin satu hari nanti abang tak dapat melindungi kau lagi" kata Kaizo. Fang menghela nafas dan lalu berkata "Abang, abang jangan risaukan adik. Adik dapat melindungi diri adik tapi adik pasti, kalau adik dalam keadaan berbahaya pun, abang pasti akan datang" Fang senyum kepada abang dia. Kaizo membalas balik, selepas itu keluarkan satu kertas yang telah dilipat

"Adik mesti tak ingat lukisan ini" Kaizo membuka lipatan tersebut. Fang ingat lagi dalam memori itu, lukisan dia yang dia berikan kepada abang dia. "Itu lukisan adik" kata Fang

"Abang simpan lukisan ini. Lukisan pertama adik" Air mata Fang mengalir, semua memori yang dia lihat hari itu, semuanya ada di sini, di depan mata dia sendiri. "Abang" Lalu Fang peluk abang dia "Abang, adik tak tahu nak cakap macam mana dah, cuma adik nak ucapkan terima kasih abang"

"Sama-sama adik. Adik nak simpan gambar tue?" Fang melepaskan pelukan dia dan lalu berkata "Nak, adik nak frame gambar nie" Fang tersenyum melihat gambar ibubapa dia. Dia tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya dia hari ini. Fang melihat gambar yang lain, ada satu gambar dia dengan ibu dia sedang bermain bersama. Dia dan ibu dia kelihatan begitu ceria sekali.

Kaizo tunjuk gambar dia dan Fang makan donut lobak merah bersama. Ayah mereka pula sedang gelak ketawa melihat mereka berdua makan begitu comot sekali. "Adik simpanlah gambar itu semua"

"Semua? betul ke abang?"

"Betul"

"Terima kasih abang" Fang mengambil kesemua gambar itu dan lalu dia pergi simpan gambar-gambar itu di dalam sebuah kotak yang dia simpan gambar-gambar dia dengan kawan-kawan dia. Dalam kotak tersebut terdapat banyak kenangan Fang bersama dengan kawan-kawan dia, Boboiboy, Gopal, Yaya dan juga Ying. Gambar ibubapa Fang, dia letakkan ke dalam sebuah bingkai gambar yang dari dulu lagi kosong. Dia simpan di situ dan letak di atas meja belajar dia. Aku akan menjadi lebih semangat lagi untuk belajar, kata Fang dihati.

Lukisan tadi, Kaizo pergi lekat di peti sejuk.

Pandainya adik abang" Fang menunjuk lukisan dia kepada Kaizo. Di dalam lukisan tersebut terdapat ibubapa mereka, Fang dan Kaizo. Lukisan tersebut tidaklah begitu sempurna tapi ia cukup membuat Kaizo tersenyum "Abang suka?"

"Suka, abang suka" Fang memberi lukisan itu kepada abang dia. "Ambiklah, Pang boleh lukis gambar yang baru nanti" Kaizo mengambil lukisan tersebut dan lekat gambar itu di peti sejuk. "Nanti ibu dan ayah boleh melihat lukisan adik" Fang memeluk abang dia "Pang sayang abang"

"Abang pun sayangkan adik. Besar nanti, Pang belajar elok-elok yea. Buat ibu dan ayah bangga dengan Pang"

Fang mendongak ke atas untuk melihat abangnya dan lalu dia berkata "Mestilah abang! Pang nak jadi pandai macam abang! macam ibu dan juga macam ayah"

"FANG! ibu ada buat donut lobak merah. Jom makan bersama" Fang berlari ke arah ibunya kerana dia terdengar makanan kegemarannya. Fang duduk di meja makan dan nampak begitu banyak sekali donut lobak merah di dalam pinggan yang besar. Fang mencapai satu donut lobak merah dan begitu seronok sekali, dia makan donut tersebut. Fang suka apabila ibu dia membuat donut lobak merah, dia akan makan tanpa henti. "Fang jangan lupa kongsi dengan abang" Fang mengangguk kepala sambil mengambil satu dan memberi donut itu kepada abang dia. Fang makan donut lobak merah tersebut dengan begitu comot sekali, habis tumpah sisa sisa gigitan Fang terjatuh di lantai. Kaizo gelakan adik dia kerana makan begitu comot. Fang merajuk dengan abang dia kerana ketawakan dia

"Tak nak kawan abang"

"Ala adik, abang bergurau sahaja. Tengok abang makan" Kaizo pun makan dengan comot sekali. Fang melihat abang dia dan lalu gelak. Ayah mereka masuk ke dapur dan melihat kedua anaknya sedang gelak ketawa. Ibu mereka pula mengambil gambar mereka bertiga. "Pang, meh abang suapkan donut lobak merah" Fang buka mulut dia dan lalu abang dia sumbat donut tersebut.

"Kaizo, jangan buat begitu dekat adik" kata Ibu dia

"Maaf ibu" Ibu dia tidak marah kepada Kaizo, dia hanya memberikan senyuman kepada dia. Fang mengambil donut yang telah disumbat oleh abang dia dan lalu dia makan donut tersebut. "Sedap ibu buat! Nanti ibu buat lagi ok"

"Yea, nanti ibu buat lagi. Khas untuk Fang"

Tapi itu kali terakhir donut lobak merah ibu dia buatkan untuk Fang. Kaizo pergi menghubungi seseorang "Aku ada sesuatu nak cakap"

--------------------------------------------------------

"PANG!"

Kaizo memanggil adik dia. Fang yang sedang khusus mengulangkaji mata pelajaran bahasa english, dia telah diganggu oleh abang dia. "Isk abang nie, aku baru nak mengulangkaji" Fang keluar dari bilik dan lalu menjerit "ABANG NAK... eh, apa korang buat dekat sini?" Fang nampak kawan-kawan dia berada di ruang tamu

"Kita orang datang ke sini sebab nak berkelahlah dekat halaman rumah kau" kata Boboiboy sambil mengangkat bakul yang dibawa olehnya. Gopal, Yaya dan Ying turut mengangkat bakul mereka. Ochobot pun ada bersama dengan mereka.

"Jomlah Fang, kita berkelah dekat depan rumah kau" kata Boboiboy lagi

"Ha ah, tak dapat pergi ke sungai pun takpe, janji kita dapat berkelah dekat mana-mana pun asalkan kita bersama" kata Yaya

"Aku ada bawa donut lobak merah untuk kau" Gopal menunjukkan sebuah kotak besar yang berisikan donut lobak merah

"Yolah, turun lah cepat. Boleh kita makan sama-sama nanti" kata Ying. Fang begitu teruja sekali, lalu dia turun ke bawah. "Pang, pergilah berkelah dengan kawan-kawan kau, abang yang panggil dia orang datang ke sini" kata Kaizo yang sedang berdiri di tepi tangga. Abang panggil kawan-kawan aku datang ke sini?, fikir Fang. Fang dengan gembira sekali, dia menarik tangan abang dia, dia mengajak abang dia sertai mereka berkelah. "Jomlah abang kita berkelah sekali"

"Yelah, abang ikut sekali"

"YEAH!" jerit mereka berlima. Lalu Fang pergi sediakan tikar di halaman rumah dia, Boboiboy pula keluarkan kesemua makanan yang ada di dalam bakulnya. Ochobot pula buka penutup bekas-bekas makanan tersebut. Ochobot dapat tengok sahajalah, sebab dia robot, tak boleh makan. Yaya dan Ying pula sediakan air untuk mereka semua. Gopal keluarkan pinggan dan cawan plastik dan juga sudu garpu plastik. Shadow duduk di tepi sambil melihat mereka semua sibuk mengeluarkan makanan

Apabila sudah selesai, mereka duduk bersila dan mula mengambil makanan masing-masing. Fang rasa sungguh bahagia pada hari ini, kawan-kawan dia ada di sini, abang dia ikut sekali berkelah walapun di halaman rumah sahaja dan dia dapat melihat gambar-gambar ibubapa dia. Mereka bergelak ketawa, berkongsi cerita sesama sendiri, Gopal mula buat lawak yang tak menjadi. Kaizo hanya senyum sahaja sambil makan.

Cikgu Papa Zola yang sedang lalu di situ, nampak mereka semua sedang beriang ria sambil makan. "Eh, seronok betul kamu semua berkelah"

"Cikgu Papa nak join tak?" tanya Gopal. Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying pun turut memanggil cikgu mereka untuk sertai perkelahan mereka. "Jomlah cikgu!" kata mereka. Kaizo hanya melihat sahaja.

"Boleh juga, hah! sebelum itu, kita berselfie dulu" Cikgu Papa Zola mengeluarkan handphone dan monopod dia. "

"Abang, jomlah ambik gambar sekali" Fang menarik-narik tangan abang dia. Kaizo ikut sahaja apa kehendak adik dia.

"Ok semua, kita cakap terbaik" lalu Cikgu Papa Zola menekan butang gambar dan mereka semua cakap "TERBAIK!"

Kaizo siap senyum lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top