Khas untuk Abang
Fang hari ini rasa sungguh gembira, siap nyanyi lagi dari rumahnya hingga ke kedai. Pemilik kedai tersebut terkejut kerana Fang ingin membeli semua lobak merah yang ada. "Betul ke adik nak beli semua lobak merah" tanya Pak Cik kedai tersebut
"Betul Pak Cik, saya beli lobak merah semua nie sebab nak buat sup lobak merah"
"Kalau macam tue, biar Pak Cik bungkuskan semua lobak merah nie"
Setelah selesai membeli lobak merah, Fang terus menuju ke kedai lain untuk membeli bahan-bahan yang lain pula. Selepas itu terus dia pulang ke rumah. Semasa dia asyik berjalan, dia tidak sedar bahawa 2 kawan dia sedang memerhatikan dia dari pagi tadi
Boboiboy dan Gopal mengekori Fang semenjak pagi tadi, Gopal yang ajak Boboiboy sebab kelakuan Fang hari ini begitu pelik sekali, seperti terkena tembakan emosi Y.
"Gopal, kenapa kita perlu ikut Fang?"
"Dey, kau tak perasan ke. Si Fang tue macam terkena emosi Y. Kau tak nampak ke, perangai dia sungguh pelik hari ini" Boboiboy cuba perhatikan Fang betul-betul tapi tiada pun yang peliknya
"Mana ada pun. Normal seperti biasa"
"Kau nie Boboiboy. Cuba kau perhati-" Tiba-tiba muncul Fang di depan dia orang
"HAH! APA KORANG BUAT NIE!" Boboiboy dan Gopal keluar dari semak, tempat mereka bersembunyi daripada Fang tapi di sebabkan suara Gopal yang begitu kuat sekali, Fang sedar dengan kehadiran mereka.
"Gopal nie, dia cakap kau pelik sangat hari nie" kata Boboiboy. Pelik? aku pelik sangat ke hari ini? fikir Fang
"Bila masa aku pelik. Koranglah yang pelik, yang korang duduk dalam semak buat apa?"
"Gopal yang cakap, bukan aku. Kenapa kau terlebih happy hari nie Fang?" kata Boboiboy.
"Sebab aku happylah. Korang sibuk apasal" marah Fang, lalu dia beredar dari situ dan meninggalkan mereka berdua. Boboiboy dan Gopal berasa hairan dan terus ikut Fang. Fang berasa sungguh jengkel dengan mereka mengikut dia dari belakang
"Isk korang nie, sibuk sangat kenapa. Aku hari nie nak buatkan sup lobak merah khas untuk abang aku. Itu makanan kegemaran dia"
"Oh begitu, patutlah kau borong semua lobak merah yang ada" kata Boboiboy sambil melihat bakul Fang yang penuh dengan lobak merah. "Abang kau mesti gembira sebab kau buatkan makanan kegemaran dia" Fang hanya tersenyum sahaja, Boboiboy dan Gopal tak pernah melihat Fang tersenyum manis begitu. Jarang sekali dia nak senyum macam begitu.
"Sedap ke sup lobak merah? tak pernah aku rasa" tanya Gopal
"Mestilah sedap. Semenjak kita orang kecil lagi, aku dengan abang aku selalu berebut nak makan lobak merah" kata Fang sambil teringat lagi waktu mereka kecik lagi. Masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu lobak merah tapi Fang lebih sukakan donut lobak merah. Manakala abang dia pula, sup lobak merah. Dalam banyak-banyak donut lobak merah yang dia pernah rasa, dekat Pulau Rintis ini sahjalah yang ada donut lobak merah paling sedap.
Mereka sudah sampai ke kedai Kokotiam Tok Aba. Kelihatan Ochobot sedang menolong Tok Aba membersihkan kedai. "Tok Aba! Ice blended Chocolate special satu!"
"Kau nie Gopal. Order pandai tapi nak bayar tak pandai. Bila nak bayar hutang?" Gopal tersengih sahaja. "Esok esok"
"Esok.. esok.. esok tue bila" Tok Aba pergi buatkan Ice Blended Chocolate untuk Gopal dan juga untuk Boboiboy dan Fang.
"Fang, semenjak kebelakang nie kan, kau dan abang kau makin rapat pula" kata Boboiboy
"Mestilah, kita orang dari dulu lagi dah rapat tapi takde pula macam nie, semenjak dia duduk dekat bumi nie, dia makin berubah"
"Berubah macam mana tue Fang?"
"Entahlah Boboiboy. Dia semakin mengambil berat tentang aku tak macam dulu. Walaupun dia selalu mengawasi aku 24 jam sehari tetapi dia tidak pernah tunjukkan kasih sayang dia dekat aku. Lain pula bila dia duduk dekat sini. Aku pula tak mengambil berat tentang abang aku, suka sangat buat hal dekat dia tapi dia pun suka kacau aku juga" Fang menghela nafas dan dia bersambung lagi "Aku gembira ada abang macam tue, aku sayangkan dia tapi aku tak pernah tunjukkan kepada dia. Dia selalu jaga aku semenjak aku kecik lagi. Jadi, sebagai tanda terima kasih, aku nak buatkan sup lobak merah untuk dia. Aku akan buat lagi sedap daripada sebelum nie"
"Bagus lah tue Fang. Kasih sayang sesama adik-beradik. Jangan sesekali putuskan hubungan silaturahim korang. Atok tengok korang pun, atok dah rasa gembira" Tok Aba memberi mereka Ice blended chocolate special dekat mereka. "Aik, kau menangis kenapa Gopal?"
Gopal cepat-cepat mengelap air matanya "Mana ada Tok Aba"
"Yelah tue Gopal. Kau terharu sebenarnya kan" kata Ochobot.
"Terima kasih atok" kata Fang sambil menikmati Ice Blended Chocolate Special. "Boboiboy, kau boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa Fang?"
"Tolong halang abang aku balik ke rumah"
"Aik, kenapa pula?" tanya Boboiboy
"Aku nak buat kejutan untuk dia seperti dia buat kejutan dekat aku hari tue"
"Ala Fang, tak payah susah-susah. Kau buat jelah dekat rumah atok. Boboiboy dengan Gopal boleh tolong kau sekali" kata Tok Aba. Fang setuju dengan kata-kata Tok Aba, selepas mereka habis menikmati Ice Blended Chocolate Special, terus mereka ke rumah Boboiboy.
Dalam perjalanan pulang, mereka bertiga terserempak dengan Kaizo, abang Fang. Fang cepat-cepat sembunyikan diri dekat belakang pokok yang besar. "Boboiboy, cakap kau tak nampak aku hari ini" bisik Fang disebalik pokok
Kaizo datang dekat dengan mereka. Kaizo sebenarnya sedang mencari adiknya. Dia sepatutnya ada latihan tempur hari ini tapi Fang awal-awal pagi lagi Fang sudah keluar dari rumah. "Kamu ada nampak adik aku?"
"Err.. takde Kapten Kaizo" jawap Boboiboy
"Tadi nampak dia dekat kedai Tok Aba" kata Gopal pula. Boboiboy memijak kasut Gopal dan lalu Gopal menjerit kesakitan. Kaizo melihat Gopal yang sedang dalam kesakitan
"Ma.. maaf Kapten Kaizo. Ada semut api gigit pula" kata Gopal sambil memegang kakinya. "Hmmm..." Kaizo melihat sahaja kelakuan mereka berdua. Fang pula duduk diam dan berdoa agar abang dia tidak nampak dia sedang bersembunyi
"Kalau kamu nampak dia, bagitahu dia yang aku sedang mencari dia" lalu Kaizo terus ke kedai Tok Aba. Fang berasa lega kerana abang dia sudah beredar dari situ, mereka bertiga sambung balik ke rumah Boboiboy
Setelah sampai, Fang dengan segera mengeluarkan semua bahan-bahan untuk membuat sup lobak merah. Dia mengarah Boboiboy dan Gopal untuk memotong semua lobak merah. Tetapi malangnya sup lobak merah yang Fang hendak buat, tidak menjadi. Rasanya begitu lain sekali, tidak seperti yang dia buat sebelum ini. Dia cuba buat lagi tetapi menjadi lebih teruk rasanya. Fang tidak tahu dari mana kesilapannya. Hampir semua lobak merah yang telah digunakan, dia telah buang.
"Fang, jangan putus asa" kata Boboiboy. Fang sedang duduk di meja makan kelihatan murung. Gopal cuba ceriakan Fang dengan menukar salah satu daripada dvd movie milik Boboiboy menjadi donut lobak merah
"Wei, tue dvd aku lah"
"Dey, kau tak nampak ke Fang tengah sedih, aku kenalah ceriakan dia"
"Habis tue, apasal kau guna dvd aku, takde benda lain ke kau nak guna"
"Woi, jangan bergaduh boleh tak" kata Fang. Fang sedang memikirkan sesuatu. Lobak merah sudah habis digunakan, dia tiada cara lain untuk berikan sesuatu yang istimewa untuk abang dia.
"Maafkan kami Fang" Boboiboy memegang bahu Fang yang sedang kesedihan itu.
"Takpe. Terima kasih kerana menolong aku tadi. Maaflah kalau aku menyusahkan korang tolong buatkan sup lobak merah"
"Jangan risaulah Fang. Kita orangkan kawan, mestilah kena saling bantu membantu"
"Betul cakap Boboiboy. HAH! Aku idea!" kata Gopal dengan idea bagus dia. Gopal memanggil Boboiboy dan Fang untuk memberitahu idea dia tapi dia perlukan pertolongan dari Ochobot, Yaya dan Ying untuk jayakan idea ini. Selepas sahaja mereka mendengar idea dari Gopal, terus mereka berdua menghubungi Ochobot, Yaya dan Ying.
aaaaaaaaaaaaaa
Kaizo masih lagi mencari adiknya. Tadi dia ke kedai Tok Aba tapi adiknya tiada di situ pula. "Mana pula budak nie" kata Kaizo sambil melihat persekitaran kawasan perumahan Pulau Rintis.
Dia ternampak Yaya dan Ying yang sedang dalam perjalanan pulang dari perpuskataan.
"Kamu berdua nampak tak adik aku?" tanya Kaizo
"Maaf Kapten Kaizo, kami tidak nampak dia hari ini" kata Ying. Padahal mereka sedang menipu Kaizo. Yaya yang tidak mahu menipu Kaizo, dia hanya duduk diam sahaja, dia suruh sahaja Ying bercakap dengan Kaizo
"Kalau kau nampak dia, bagitahu aku dengan segera" Lalu mereka berdua beredar dalam keadaan biasa, mereka tidak mahu Kaizo mengesyaki apa-apa. Kaizo cuba menghubungi adiknya dengan jam kuasa tapi adiknya tidak menjawap
Lalu Kaizo putus asa dan dia terus pulang ke rumah. Kaizo sebenarnya rasa marah dengan adiknya tetapi pada masa yang sama, Kaizo rasa bersalah dengan adik dia, mungkin dia terlalu memaksa dengan adiknya sampai adik dia sendiri berasa takut dan lari dari rumah. Tetapi semuanya untuk kebaikan adik dia, dia sendiri mahu adik dia menjadi pahlawan yang handal seperti dia juga.
"Maafkan abang kalau abang ada buat salah silap dekat adik" kata Kaizo sambil mengenggam tanganya kerana terlalu marah dengan diri sendiri. Kaki Kaizo bukan membawa dia pulang ke rumah tapi ke kedai Tok Aba. Dia duduk disitu sambil berfikir. Tok Aba memberi Special Hot Chocolate kepada Kaizo. "Kenapa dengan kau Kaizo?" tanya Tok Aba
"Takde apa Tok Aba"
"Cakap ajelah, kalau atok boleh bantu, atok akan bantu"
"Betul tue Kapten Kaizo. Beritahu ajelah kami tentang masalah Kapten Kaizo" kata Ochobot.
Kaizo menghirup hot chocolate nya dan lalu bercerita "Atok, saya nie terlalu memaksa adik saya ke?"
"Takdelah Kaizo. Kamu tidaklah memaksa dia sangat tapi Fang tue selalu ikut cakap kau walaupun kadang-kadang tak, dia tue cuma nakal sahaja. Dia tue kecik lagi Kaizo, lama-lama nanti dia akan faham kenapa kau buat tue semua. Janganlah fikirkan sangat"
"Mungkin silap saya juga Tok Aba, saya terlalu melindungi dia sampai terlupa mengajar dia erti kehidupan atau erti persahabatan. Saya sebenarnya bersyukur kerana Pang belajar tentang persahabatan dari cucu atok" Tok Aba tersenyum sahaja.
"Baguslah tue Kaizo. Atok dari awal kenal Fang sampai sekarang, banyak perubahan yang atok nampak. Nah, ambik tin serbu koko nie, boleh kamu buat hot chocolate dekat rumah nanti, minumlah dengan Fang. Takpe, atok belanja kamu" Tok Aba memberi sebuah tin koko kepada Kaizo dan Kaizo mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Aba.
Kaizo meminta diri dulu setelah habis sahaja hot chocolate yang diminumnya. Ochobot secara senyap-senyap, menghubungi Boboiboy bahawa Kaizo sedang dalam perjalanan pulang.
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying cepat-cepat siapkan kejutan istimewa untuk abang Fang. Mereka pastikan semuanya berjalan dengan sempurna tetapi mereka terlupa sesuatu. Fang menjadi panik. "Alamak! Korang tunggu sini, biar aku pergi ambik"
"Tapi Fang, biar salah sorang kita pergi ambik kan" Fang sudah pun keluar dari rumah. Boboiboy berharap sangat Fang dapat balik dahulu sebelum Kaizo sampai. Sedang mereka menunggu kepulangan Fang, pintu rumah terbuka. Kaizo yang masuk. Alamak! Fang masih belum balik lagi, kejutan mereka tidak menjadi tetapi Kaizo rasa sungguh terharu. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memberitahu Kaizo perkara yang sebenar dan minta maaf kepadanya kerana menipu dia tadi. Dia kata takpe dan tunggu sahajalah Fang balik.
Fang berlari ke sebuah kedai kek yang berdekatan, dia telah memesan sebuah carrot cake dari kedai tersebut. Walaupun bukanlah sup lobak merah, makanan kegemaran abangnya, tapi kek pun jadilah. Janji ada rasa lobak merah.
Setelah mengambil cake tersebut, dia terus berlari ke rumah. Tanpa membuang masa, dia terus menggunakan larian bayangnya untuk sampai ke rumah dengan cepat. Fang terus berhenti berlari kerana dia sudah sampai di hadapan pintu rumahnya.
Baru sahaja dia hendak naik ke tangga, Fang tersungkur jatuh dan kek yang berada di dalam kotak tadi, terburai jatuh dari kotaknya. Fang dengan perasaan sedih kerana terkejut melihat kek yang dia beli tadi, habis hancur. Semua yang dia buat hari ini, semuanya hancur. Fang duduk di tangga pintu rumah sambil termenung
Kaizo menunggu sahaja adiknya pulang. Boboiboy dan yang lain-lain juga menunggu. Sudah nak dekat 1 jam mereka menunggu. "Mana Fang nie, tak kan lama sangat dia pergi ambik" kata Boboiboy sambil melihat jamnya.
"Jangan cakap dia sesat pula" kata Gopal yang tidak sabar untuk merasa carrot cake tersebut. Boboiboy mula rasa risau dan dia terus menghubungi Fang. Mereka terdengar bunyi lagu jam kuasa Fang di luar.
Kaizo bangun dan lalu membuka pintu rumah dan dapati adiknya sedang duduk termenung melihat carrot cake yang hancur di hadapan rumah. Kaizo tiba-tiba teringat ketika Fang masih kecik lagi, dia teringat lagi Fang tertumpah sup lobak merahnya sehingga membuat Fang menangis. Masa itu Kaizo memarahi dia kerana tumpah sup kegemaran dia.
"Pang" Fang menoleh kebelakang dan melihat abangnya "Pang jangan sedih, abang sangat terharu kerana kamu buatkan semua ini untuk abang"
"Betul ke abang"
"Betul. Sudah, masuk ke rumah, ada banyak lagi makanan yang boleh di makan. Kek tue kita boleh beli sahaja yang baru nanti. Nanti abang buatkan air chocolate untuk adik, Tok Aba bagi abang tin koko tadi"
Fang berasa sungguh lega dan masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang sungguh manis. "Fang, kau tak apa-apa ke?" tanya Boboiboy
"Aku ok Boboiboy, terima kasih kawan-kawan kerana membantu aku" Ini pertama kalinya Fang memeluk Boboiboy dan Gopal. Selalunya mereka berdua akan memeluk Fang walaupun dia tak suka sangat kena peluk, tapi kali ini dia betul-betul berterima kasih kepada kawan-kawan baiknya. Yaya dan Ying tersenyum gelak melihat mereka.
Betul kata Tok Aba, Fang banyak betul berubah, fikir Kaizo sambil mengambil salah satu biskut Yaya. Walaupun Kaizo tak minat makan biskut, tapi di sebabkan adik dia buat semua ini untuk dia, dia merasa jugalah biskut Yaya yang dia ingatkan biskut kegemaran adiknya.
"ERKK, kenapa biskut nie tak sedap" Selamat Kaizo tak pengsan macam Fang
"Patutlah kamu suruh abang rasa biskut nie, kamu nak kenakan abang rupanya" Kaizo mengambil biskut Yaya dan hendak sumbat ke dalam mulut Fang tapi Fang sempat larikan diri
"TIDAKKKKKKKKK! MAAFKAN AKU ABANG!"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sabar sahajalah dengan perangai mereka berdua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top