Keseorangan
"KUCING BAYANG!"
Fang kini berhadapan dengan kucing sewel di lorong Pak Senin Koboi. Dia ingatkan kucing itu sudah lama pulih daripada kesewelan dia, rupanya tidak. Kucing itu kembali sewel. Kucing bayang Fang terpaksa berlawan dengan kucing sewel itu kerana dia tiada biskut Yaya untuk pengsankan kucing sewel tersebut. "YAHHHHH!" Fang mengawal kucing bayang dia dan menyerang kucing sewel itu
Kucing sewel itu berlari dan melompat untuk menyerang kucing bayang Fang. Shadow juga ada dengan Fang tetapi dia sedang ketakutan, Shadow hanya bersembunyi di belakang Fang.
"Cakar dia kucing bayang!" Kucing bayang Fang berlari dan mengangkat kakinya untuk mencakar kucing sewel itu tetapi kucing sewel itu sempat mengelakkan dirinya. Kucing sewel itu melompat kebelakang dan mendarat di belakang kucing bayang. Kucing sewel itu tidak gentar dengan kucing bayang Fang, dia menjadi semakin ganas. Kucing sewel itu tidak menyerang kucing bayang Fang tetapi dia memberikan renungan yang tajam ke arah Fang.
Fang menjadi ketakutan. Renungan kucing sewel itu amat menakutkan, seperti mahu mencakar Fang. Kucing bayang Fang melesap. Kini hanya tinggal Fang, Shadow dan kucing sewel itu.
Kucing sewel itu mengilai kepada Fang. Fang secara pelahan-lahan, dia berundur kebelakang untuk bersiap sedia lari dari sini. "Shadow, kau lari dulu, nanti aku lari dengan kau sekali"
Kucing sewel datang ke arah Fang secara pelahan-lahan, mata dia tidak mengalihkan pandangannya ke arah tempat lain. Makin lama makin dekat dia datang. Fang dengan serta merta dia memecut dirinya untuk selamatkan dirinya daripada kucing sewel itu. "LARI SHADOW! LARI!"
Kucing sewel itu mengejar Fang dengan begitu pantas sekali. Fang dapatkan rasakan kucing sewel itu berada dekat-dekat dengan dia. Fang menoleh kebelakang dan nampak kucing sewel berada di sebelah kaki dia. "Habislah aku!" Fang berlari sekuat hati untuk jauhkan diri daripada kucing sewel tetapi kaki dia dapat dicakar oleh kucing sewel
"SHADOW! SELAMATKAN DIRI KAU!" Fang menjerit kepada Shadow yang sudah lari jauh daripada dia. "Tak boleh jadi nie" Kucing sewel melompat ke atas tembok pagar rumah, dia ingin mencengkam Fang dari atas. "ALAMAK! aku tiada pilihan lain. HARIMAU BAYANG!"
Seekor harimau bayang muncul dan lalu harimau bayang itu mengaum ke arah kucing sewel. Kucing sewel tersebut tidak takut dengan harimau bayang Fang. "Kuat betul kucing sewel nie, sikit pun tak takut"
"Cakaran harimau bayang!" Harimau bayang Fang mengangkat kakinya dan lalu mencakar kucing sewel tersebut tetapi kucing itu sempat melompat dan mendarat disebelah Fang. Dia mencakar kaki Fang lagi. Cakaran kali ini amat pedih sekali dan mendalam. Darah keluar dari kaki Fang. Fang terpaksa mengalah. Dia menghilangkan harimau bayang dia dan terus larikan diri tetapi kucing sewel itu tetap mengejar Fang. Fang yang dalam kesakitan, dia terpaksa berlari.
"LARIAN BAYANG!" dia memecut sepantas kilat dan meninggalkan lorong Pak Senin Koboi. Kucing sewel itu tidak dapat mengejar Fang. Fang berhenti di depan kedai Tok Aba dan lalu dia terbaring di situ. Dia sudah penat dan kaki dia mula berdenyut-denyut kerana kesakitan. Fang duduk dan pegang kaki dia yang sedang luka parah. Ada beberapa kesan cakaran di kakinya.
"Fang!" Boboiboy terkejut melihat Fang sedang menahan kesakitannya. "Fang, kenapa dengan kaki kau?"
"Aku kena kejar dengan kucing sewel tadi"
"Kucing sewel?! bukan kucing tue dah pulih ke?" muncul Gopal. Boboiboy dan Gopal duduk di tepi kaki Fang untuk melihat kaki dia yang terluka itu. "Kau kena pergi klinik nie" kata Boboiboy
"Tak perlu, abang aku boleh rawat kaki aku nanti" Fang cuba bangunkan dirinya tetapi kesakitan di kakinya amat pedih sekali. "Baik kau duduk dulu Fang" kata Boboiboy lagi. Tok Aba datang ke arah mereka dengan kain dan semangkuk air suam untuk kaki Fang yang luka itu. Boboiboy mengambil kain tersebut dan rendam di dalam air tersebut. Boboiboy keluarkan kain itu dan meletakkan di atas luka Fang. "Adoi, adoi, adoi" menjerit Fang.
"Wei Fang, aku nak tanya boleh?" tiba-tiba Gopal bertanya
"Tanya apa?"
"Apasal kau selalu sangat kena kejar dengan orang gila"
"Orang gila? apa maksud kau?"
"Maksud aku, dulu-dulu kau kena kejar dengan si ratu gila sewel tue, lepas tue dengan kawan gila kau tue, sekarang dengan kucing sewel gila pula. Apasal hah?" Tiba-tiba sahaja Gopal kena ikat dekat pokok dengan kuasa bayang Fang "DEY, AKU BERTANYA SAHAJA"
"Takde soalan lain ke kau nak tanya. Aku mana tahu, kalau kau nak tahu, tanyalah yang author tengah buat cerita nie" (errrrr... author pergi makan kejap)
----------------------------------------------------------
"Fang, betul ke kau tak nak pergi ke klinik?" Tanya Boboiboy yang sedang membantu Fang menghantar dia pulang ke rumah. "Kan aku dah kata tadi, abang aku boleh rawat kaki aku. Janganlah risau sangat, aku bukannya nak pengsan atau koma pun" kata Fang dengan nada garang sekali.
"Yelah Fang. Aku nak tanya boleh?"
"Tanyalah, tapi jangan tanya benda yang bukan-bukan sudah"
"Jangan risaulah, aku bukannya Gopal" tersenyum Boboiboy. Lalu dia berkata lagi "Apasal 2 3 hari nie kau jauhkan diri kau daripada kita orang?" Fang senyap sahaja, dia tidak mahu menjawab soalan Boboiboy. Dia ada sebab kenapa dia jauhkan diri dia daripada kawan-kawan dia dan juga abang dia. Setiap pagi dia mesti keluar dari rumah sebelum abang dia bangun dari tidur dan dia akan jauhkan diri dia daripada semua orang yang dia sayang. Dia tidak mahu Mikey datang dan membalas dendam dekat kawan dia. Kalau boleh, biarlah dia uruskan Mikey itu sendiri. Dia tak nak kawan-kawan dia atau abang dia terlibat sekali.
"Fang? kenapa kau senyap?"
"Maaf Boboiboy, aku tak boleh bagitahu kenapa aku buat begitu" Fang melepaskan tangan Boboiboy dari bahu dia yang sedang membantu dia. "Aku pergi dulu" kata Fang sambil berjalan terhenjut-henjut. Boboiboy melihat kawan dia berjalan, makin lama, makin jauh Fang pergi.
"Boboiboy, kenapa kau berdiri dekat situ sorang-sorang?" Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Yaya, Ying dan juga Kaizo sedang mengangkat kotak besar. "Eh, korang dari mana nie?" tanya Boboiboy
"Kita orang dekat bandar tadi, lepas tue terserempak dengan Kapten Kaizo. Dia minta tolong angkatkan kotak-kotak nie" kata Yaya. Boboiboy melihat apa isi dalam kotak tersebut, dia rasa nak tergelak tapi dia tahan. Nampaknya Kaizo memborong kesemua lobak merah yang ada dekat pasaraya. "Banyak betul lobak merah" kata Boboiboy
"Kenapa? Ini semua untuk makanan seminggu aku" terus Boboiboy tersengih sorang di situ. Dia tahu Kaizo dan Fang, dua-dua gilakan lobak merah tapi tak kan lah sampai nak borong kesemuanya sekali. Kadang-kadang Boboiboy rasa pelik, macam mana Kaizo dapat semua duit itu, lagipun Kaizo tidak bekerja di bumi ini. Dia ingin sahaja nak bertanya kepada Kaizo tapi takut nanti kena marah pula. Mungkin dia mempunyai mesin yang boleh menciplak kesemua duit yang ada di bumi ini kot, tak mungkinlah, fikir Boboiboy
"Boboiboy, tadi kita orang nampak Fang. Kenapa dengan kaki dia?" tanya Yaya
"Dia bergaduh dengan geng-geng gangster lagi ke?" tanya Ying
Boboiboy menghela nafas dan lalu dia menjawab pertanyaan mereka berdua. "Tak, dia tak gaduh dengan sesiapa. Cuma kaki dia kena cakar dengan kucing sewel"
"Kucing sewel?" Kaizo belum pernah berjumpa lagi dengan kucing sewel di lorong Pak Senin Koboi. Kalau dia berjumpa dengan kucing sewel itu, apa akan terjadi nanti.
"Yea abang Kaizo tapi..."
"Tapi apa?"
"Tapi kenapa semenjak 2 3 hari ini Fang jauhkan diri dia daripada kita orang" Kaizo perasan dengan perubahan adiknya. Setiap pagi Kaizo akan datang ke bilik adiknya dan nampak katil kosong, adik dia sudah keluar dari rumah. Kaizo tahu kenapa adiknya bersikap begitu. Dia tahu tentang Mikey, dia tahu Mikey masih hidup lagi cuma dia tak tahu apa rancangan Mikey seterusnya. Kaizo sendiri tidak dapat melindungi adiknya kerana Fang selalu menghilangkan diri, ke mana dia pergi, dia sendiri tidak tahu. Kaizo cuma pergi ke tempat yang Fang selalu berada tetapi adiknya tiada di situ.
"Kenapa abang Kaizo senyap?"
"Maaf Boboiboy, aku tahu kenapa dengan adik aku bersikap begitu. Dia nak melindungi kita orang daripada kawan gila dia tue" Mereka bertiga terkejut. Mikey masih hidup? fikir Boboiboy
"Tapi Kapten Kaizo, macam mana dia boleh hidup balik. Bukan Fang sudah musnahkan dia ka?" tanya Ying.
"Aku tak pasti macam mana dia boleh hidup balik tapi kamu semua perlu berhati-hati. Dia akan membuat apa sahaja untuk membalas dendam, bukan dekat adik aku sahaja, dengan kamu semua juga" Boboiboy, Yaya dan Ying mengangguk tanda faham. Mereka bertiga perlu bersedia dengan apa jua yang akan terjadi nanti.
-----------------------------------------------------
Fang yang sudah berada di rumah, dia sibuk kan dirinya di dapur dengan memasak makanan kegemaran abang dia iaitu sup lobak merah. Dia tidak mahu abang dia mengesyaki apa-apa tentang dia mengelakkan diri daripada abang dia. Shadow berada di dalam dapur juga, dia sedang menikmati makanan dia sendiri. Sambil Fang memasak, sambil itu dia memasang sebuah lagu di laptopnya yang terletak di atas meja makan. Fang tidak tahu kenapa dia suka sangat dengan lagu tersebut, mungkin ada maksud tersiratnya.
Excuse my lack of patience
But today I'm feeling faceless
I don't know, I don't know, I don't know
Can I go on?
My mind said I'm a-wasting
My life ain't keeping pace
I don't know, I don't know, I don't know
Can I go on?
I need a miracle
I need a saint
I need a hero to lift away
I need a miracle
But not for long
I, I'm on my own
My own hero
I will stay strong
I'm on my own
No undertone could bring me down
I feel like superman
I feel like superman
My laugh is understated
Cause I don't think I can fake it
I don't know, I don't know, I don't know
Can I go on?
Been locked inside this cage
And I don't think I can break it
I don't know, I don't know, I don't know
Can I go on?
I need a miracle
But not for long
I, I'm on my own
My own hero
I will stay strong
I'm on my own
No undertone could bring me down
I feel like superman
I feel like superman
I'm making waves
Oh, I'm making waves
In my heart again, I'm making waves
I'm making waves
Oh, I'm making waves
In my heart again, I'm making waves
I draw life through what the people say
I'm making waves, I'm making waves
Sedikit lagi lagu nak habis, ada seseorang sudah menutup laptopnya. Fang pandang kebelakang dan nampak abang dia dan kawan-kawan dia ada di situ. "Eh, korang pun ada dekat sini. Korang pun nak makan malam dekat sini juga ke? Aku boleh masakan makanan lagi untuk korang semua" kata Fang yang cuba untuk yakinkan kepada mereka tiada apa-apa berlaku. Fang hanya memberikan senyuman paksa kepada mereka semua tapi Kaizo tahu dengan senyuman paksaan adik dia.
"Pang, kenapa dengan kau? Pagi tadi kau mengelak lagi daripada abang, petang nie tiba-tiba pula kau nak masak untuk abang"
"Ma-mana ada. Adik ok sahaja, adik ada hal pagi tadi" Fang cuba mencari alasan supaya mereka tidak mensyaki apa-apa lagi. "Jangan risaulah abang. Abang duduk dekat luar, nanti dah siap, adik panggil. Kita semua makan sama-sama ok" Fang sambung balik memotong bawang. Dia menahan air mata dia, bukan sebab bawang tapi sebab dia ingin sembunyikan perkara yang sebenarnya. Maafkan adik, abang, Fang berkata di dalam hatinya.
"Fang" panggil Boboiboy pula "Jangan macam tue Fang, bagitahulah kita orang apa yang terjadi sebenarnya"
"Kan aku dah kata tadi, hal aku, urusan akulah" kata Fang sambil memotong bawang itu dengan tahap geram dan marah sekali. Dia tidak dapat menfokuskan dirinya sampailah dia terpotong jarinya. "Aduh" pisau ditangannya terlepas dan jatuh ke atas lantai. Fang pegang jarinya yang terkena pisau tadi, dia nampak darah mengalir keluar. "Pang!" Kaizo berlari ke arah adiknya. Darah-darah Fang menitis ke atas lantai, Fang cuba menghisap jarinya yang berdarah itu tetapi Kaizo menghalang dia. Kaizo pegang tangan adik dia dan melihat sendiri luka itu.
Yaya dan Ying mencari plaster untuk jari Fang yang terluka itu. Kaizo mengangkat jari adiknya dan basuh darah-darah itu di sinki dapur. Boboiboy memberi sehelai kain kepada Kaizo. "Terima kasih Boboiboy" kata Fang sambil melihat abang dia balut jari dia yang terluka itu. "Pang, abang tahu. Abang tahu tentang Mikey" Fang tidak begitu terkejut sekali. Dia hanya berdiam diri sahaja. "Kenapa adik tak beritahu abang?" Fang senyap sahaja, dia tidak mahu melihat wajah abang dia. Yaya dan Ying datang dengan plaster dan lalu mereka berikan kepada Kaizo
Kaizo hanya diam sahaja dan membuka balutan kain tadi, dan gantikan dengan plaster tersebut. "Pang, kenapa senyap? Kenapa tak jawap pertanyaan abang?" Fang masih lagi berdiam diri. Dia melihat wajah-wajah yang dia sayang. Dia tidak tahan dengan dirinya, lalu dia berlari keluar dari dapur dan terus masuk ke bilik dan kunci pintu itu.
"Macam mana abang Kaizo?" tanya Boboiboy
Kaizo tak tahu nak buat macam mana dah, mungkin memberi masa untuk adik dia tenangkan diri. Kaizo mengambil pisau yang terjatuh tadi dan lalu membasuh kesan darah yang ada di pisau. "Aku rasa, kamu semua patut pulang terlebih dahulu. Biar aku uruskan adik aku sendiri" sambil pegang pisau tajam yang telah dia bersihkan tadi. Mereka bertiga menelan ludah kerana cara Kaizo bercakap macam nak bunuh adik dia sahaja. "Jangan risau, aku tak kan bunuh adik aku sendiri" Kaizo simpan pisau tersebut.
Boboiboy, Yaya dan Ying terus pulang ke rumah. Kaizo yang berada di dapur, sambung apa yang adik dia sedang masak tadi. Dia juga tidak dapat fokuskan dirinya kerana terlalu risaukan adiknya. Setelah habis sahaja masak sup lobak merah, dia mengambil sedikit sup dengan senduk dan tuang ke dalam mangkuk. Dia menghantar sup tersebut kepada adiknya. Fang masih lagi mengurung dirinya di dalam bilik. Kaizo mengetuk pintu adiknya dan tiada panggilan dari adiknya. Kaizo cuba membuka pintu tersebut tetapi pintu itu masih lagi di kunci.
"Pang" Kaizo mengetuk pintu itu lagi. "PANG!" tiada panggilan dari adiknya. "Pang, bukalah pintu nie. Abang ada bawakan sup lobak merah untuk adik" Fang yang duduk disebalik pintu, dia menangis. "Maafkan adik abang" bisik Fang. "Maafkan aku kawan-kawan. Aku terpaksa buat begini untuk melindungi korang daripada Mikey. Aku tak mahu dia menyeksa korang semua. Maafkan aku" Fang duduk sambil pegang lututnya. Kaizo masih lagi mengetuk pintu bilik adiknya.
"Adik, bukalah pintu nie" Kaizo mengalah. Kaizo tidak mahu bertindak garang atau memaksa dengan adik dia, dia takut adik dia akan lari daripada rumah. "Maafkan abang kalau abang memaksa adik sangat" kata Kaizo kepada adiknya yang sedang mengurung di dalam bilik. Dia terus beredar dari pintu bilik adiknya. Kaizo tidak tahu bagaimana untuk pujuk adik dia supaya dia bercerita. Dia perlukan pertolongan, dia perlukan seseorang. Mungkin orang itu, Fang akan bercerita, fikir Kaizo. Dia meletakkan mangkuk tersebut di atas meja dan terus menghubungi seseorang menggunakan telephone rumahnya. Orang itu bukan Boboiboy tapi seseorang yang Fang anggap dia sebagai kakak sendiri.
"Aku perlukan pertolongan daripada kau"
---------------------------------------------------------
Jam tangan Fang berbunyi. Fang tidak menjawap, dia tahu Boboiboy sedang cuba menghubungi dia. Bukan Boboiboy sahaja, Yaya, Ying dan juga Gopal turut cuba menghubungi dia tetapi dia mengendahkan sahaja panggilan mereka semua. Dia hanya sembunyi di dalam bilik dia. Abang dia pula tidak lagi mengetuk pintu bilik dia atau memanggil dia. Fang melihat jam kuasa dia, sekarang sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Dia hanya terbaring sahaja di atas katil sambil memeluk bantal busuk dia. Dia cuba tidur balik tetapi tidak berjaya.
Dia masih lagi teringat kata-kata Mikey pada hari itu, suara itu masih segar di dalam ingatan dia. Fang geram kerana Mikey masih hidup lagi, dia ingatkan dia sudah musnahkan Mikey. Dia menghentak-hentak tangannya di katil. "Bagaimana kau masih hidup lagi" kata Fang. "Kalau kau nak balas dendam. Balas dendam dekat aku, bukan dekat abang aku atau kawan-kawan aku" kata Fang lagi
Dia seperti terdengar gelakan dari Mikey. Fang menutup telinganya dengan bantal. Dia tidak mahu mendengar gelakan itu. "Fang, Fang" itu bukan suara Mikey, fikir Fang. Dia mengangkat bantalnya dari telinga dia. "Fang, bukalah pintu nie" Fang kenal suara itu. "Fang, bukalah"
"Kalau Fang tak nak buka pintu nie, akak akan letupkan pintu bilik Fang" terus Fang bangun dan membuka pintu tersebut. "Fang apa khabar?"
----------------------------------------------------------
"Indah betul permandangan hari ini" kata Lynna yang cuba berbual dengan Fang yang masih lagi berdiam diri. Dari rumah Fang sampailah ke pantai, Fang hanya senyap sahaja. "Hari itu akak nampak Fang begitu ceria sekali tetapi kenapa tiba-tiba berdiam diri sahaja? Fang ada masalah ke? bergaduh dengan abang lagi?"
Lynna memang begitu bersabar sekali dengan Fang. Dia tidak mahu memaksa sangat, dia ingin Fang bercerita kepada diri dia tanpa memaksa Fang. "Takpelah kalau Fang tak nak cerita, apa kata kita main air dekat laut" Lynna bangun dan terus berlari ke arah laut. "JOMLAH FANG!"
Fang bangun dan terus berlari ke tepi laut. Dia dan Lynna bermain di tepi pantai sambil simbah-simbah air laut ke arah masing-masing. Inilah pertama kali Fang rasa bebas, bebas dari kerisauan dia dari Mikey tersebut. Fang tergelak kerana terlalu gembira. Kaizo yang duduk jauh daripada mereka, melihat adiknya bermain begitu gembira sekali. Kaizo tersenyum melihat adik dia. "Terima kasih Lynna" Lalu Kaizo meninggalkan mereka berdua.
Akhirnya Fang dan Lynna duduk di pasir pantai. Mereka berdua cuba membina istana pasir, sambil itu mereka berdua bersembang. "Kenapa dengan kaki Fang?" Lynna baru sahaja perasan dengan kaki Fang ada kesan luka akibat terkena cakaran kucing sewel semalam. "Fang kena cakar semalam. Kucing sewel yang cakar. Bukan itu sahaja kak Lynna" dia tunjuk jari dia yang terkena pisau semalam
"Kesian Fang, asyik luka sahaja. Lepas nie Fang kena lebih berhati-hati lagi" kata Lynna sambil mengumpul kesemua pasir. "Baik kak Lynna!" Lynna tergelak sahaja melihat aksi comel Fang.
"Kamu nie Fang, suka sangat buat orang lain risau" kata Lynna. Fang hanya tersenyum sahaja. Lynna berkata lagi "Fang ada apa-apa nak cerita dekat akak ke?"
"Cerita? takde apa pun Fang nak cerita"
"Fang kalau ada apa-apa nak beritahu dekat akak, bagitahu sahaja. Akak sedia mendengar" Mereka berdua membentukkan pasir-pasir yang telah mereka kumpul untuk membuat sebuah istana. "Akak tak nak lah paksa Fang sangat tapi abang kamu terdesak sangat. Dia risaukan Fang"
"Fang tahu tapi Fang buat semua nie sebab Fang nak melindungi abang daripada Mikey"
"Mikey? siapa tue?" Fang menghela nafas dan lalu bercerita bagaimana dia kenal Mikey, bagaimana dia dan Mikey berjumpa balik dan bagaimana dia bunuh kawan dia sendiri. "Oh begitu. Patutlah abang kamu tak cerita dekat akak hari itu. Dia suruh datang sahaja ke party kamu. Pas tue dia cakap kepala Fang terluka, dia tak beritahu sebab apa"
"Akak datang ke sini lagi sebab abang suruh datang ke?" tanya Fang. "Yea Fang, dia minta bantuan daripada akak. Dia sayangkan kamu, Fang"
Fang berhenti membuat istana pasir dan mata dia terus pandang ke arah laut "Fang tahu, Fang memang tak suka buat abang risau tapi Fang terpaksa. Fang jauhkan diri daripada abang sebab Fang tak nak Mikey membalas dendam terhadap abang. Begitu juga dengan kawan-kawan Fang" Dia berkata lagi "Fang sayangkan semua, Fang nak lindung mereka semua daripada Mikey. Fang tak nak Mikey datang dekat dengan mereka, biarlah dia datang kepada Fang. Biar Fang sahaja uruskan dia"
"Fang" Fang memandang ke arah Lynna "Akak tahu perasaan Fang. Akak juga begitu dulu. Demi kawan-kawan akak, akak terpaksa jauhkan diri akak daripada mereka. Akak berlawan dengan musuh akak sorang-sorang tanpa meminta bantuan daripada mereka. Kehidupan dia orang lagi sibuk daripada akak, akak tak nak mereka di ganggu. Jadi akak bertindak keseorangan tapi akak silap. Akak perlukan bantuan daripada mereka juga, akak tak boleh kalahkan musuh akak sorang-sorang sahaja. Fang pun begitu juga, Fang sorang atau bersama dengan mereka, Mikey pasti akan menyerang juga. Dia cuba mempermainkan pemikiran Fang. Bila Fang keseorangan, Fang akan lemah. Fang sorang sahaja tak dapat kalahkan dia. Fang perlukan kawan-kawan Fang dan juga abang Fang. Jangan sembunyikan diri dari mereka lagi Fang"
"Tapi.. tapi Fang takut"
"Takut? kenapa?" Fang berdiam seketika "Fang takut kalau terjadi apa-apa dekat mereka. Fang tak tahu apa rancangan Mikey"
Lynna memberikan senyuman manis kepada Fang "Fang tak perlu risau tentang itu, yang penting sekarang nie. Fang perlu bersatu dengan kawan-kawan Fang dan juga abang Fang. Akak yakin, kamu semua dapat kalahkan Mikey bersama. Dia seorang sahaja Fang, Fang ada kawan-kawan Fang dan juga abang Fang. Tunjukkan diri Fang, diri sebenar Fang. Fang bukan lemah, yang lemah hanyalah dia. Dia tidak mengerti apa itu persahabatan"
"Tapi Fang yang bunuh dia"
"itu sebab Fang tiada pilihan lain. Kalau Fang tak buat begitu, abang Fang mungkin akan sengsara kerana adik dia sudah di bawa lari" Air mata Fang mengalir setelah mendengar nasihat dari Lynna. "Fang jangan sedih sangat. Pergi minta maaf dekat kawan-kawan Fang, mereka sedang menunggu Fang" Lynna menyuruh Fang pandang kebelakang. Fang menoleh dan nampak mereka semua ada di situ, Ochobot pun ada di situ juga, termasuklah abang dia juga. "FANGGG!" mereka melambai-lambai ke arah Fang. Boboiboy berlari ke arah mereka berdua, Gopal, Yaya dan Ying juga ikut Boboiboy dari belakang. Ochobot pula terbang ke arah Fang. Kaizo hanya berdiri di situ sambil tersenyum kepada Lynna. Dia hanya bercakap terima kasih kepada Lynna.
"Kau nie Fang, banyak sangat drama. Bila drama kau nak habis" kata Gopal sambil usik-usik tangan Fang. "Senyaplah kau Gopal" Fang menepuk tangan Gopal
"Eh sudah, jangan nak bergaduh" kata Boboiboy
"Maaf semua sebab aku jauhkan diri daripada korang semua"
"Lain kali beritahu kita orang kalau ada masalah, jangan nak sembunyikan masalah kau. Sudah banyak kali kita orang beritahu kau tapi kau tetap dengan kepala keras kau" marah Ying kepada Fang.
"Betul kata Ying, jangan nak pendamkan sangat masalah kau Fang. Jangan nak bertindak bersendirian" kata Ochobot "Kita orangkan kawan kau. Apa jua yang kita lalui, kita akan tetap berjuang bersama"
Fang tersengih sahaja. Dia tahu tindakan dia salah tapi mereka tetap maafkan dia. Mereka tergelak riang ria dan main baling-baling pasir. Habis hancur istana pasir yang di bina tadi. Lynna berdiri dan meninggalkan mereka semua dan terus berdiri di sebelah Kaizo yang sedang bersilang tangan. "Apa rancangan kau seterusnya Kaizo?"
"Bersiap sedia dengan apa-apa jua yang berlaku nanti" kata Kaizo dengan nada yang serius
"Kalau kau perlukan bantuan daripada aku, panggil sahaja aku" Mereka berdua berdiri bersama dan melihat enam sahabat bermain-main di tepi pantai. Gopal kena humban ke dalam laut. Yaya dan Ying duduk di tepi sambil membina balik istana pasir. Manakala Ochobot pula tergelak melihat Boboiboy dan Fang kerjakan Gopal. "Dey! janganlah baling air dekat aku! Air laut nie masin sangatlah!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top