Kepulangan Fang
Begitu riuh rendah sekali di kedai Kokotiam Tok Aba. Gopal, Yaya dan Ying bertumus lumus untuk membuat persiapan party kepulangan Fang yang sudah seminggu dia berada di planet lain untuk menerima rawatan. Kaizo terpaksa ulang alik dari bumi ke hospital di planet lain untuk temankan adik dia. Kadang-kadang Lahap temankan Fang. Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain ada juga merayu Kaizo untuk melawat tetapi mereka tidak dibenarkan pergi melawat Fang. Jadi mereka terpaksa menunggu kepulangan Fang di bumi.
"Wei, ini sudah 3 donut kau pergi makan" marah Ying kepada Gopal. Ying sudah memesan 1 dozen donut lobak merah khas untuk Fang tetapi Gopal pergi makan 3 donut sebab dia terlalu lapar. "Ala, baru 3, aku bukan makan semua pun"
"Aku beli donut nie untuk Fang maaa.. bukan untuk kau" Ying menepuk tangan Gopal yang cuba untuk mengambil satu lagi donut. "Pergi makan benda lain lah, donut nie jangan kacau"
"Yelah, yelah" terus Gopal mengambil cekodok chocolate, mata Gopal langsung tidak mengalih pandangan dari donut lobak merah. Yaya datang dengan sebuah kotak donut lobak merah. Dia juga memesan 1 dozen donut lobak merah
"Kau pun ada juga beli donut lobak merah"
"Ha ah Ying. Aku ingatkan takde siapa nak beli, jadi aku pergilah beli" kata Yaya
"Kalau macam tue, bolehlah aku ambik lagi satu" Gopal terus mengambil donut lobak merah yang ada di atas kaunter kedai tetapi Ying telah merampas donut tersebut. Dia meletak balik donut itu di tempat asal dan menutup kotak itu. "Kau jangan nak ambik lagi, kalau nak, tunggu Fang sampai" kata Ying. Gopal terus buat sedih. "Yang buat muka sedih kenapa, banyak lagi makanan lain kan"
"Tapi Tok Aba, antara banyak-banyak makanan dekat sini, donut lobak merah tue paling sedap"
"Isk kau nie Gopal, itukan makanan kegemaran Fang. Kau nak bagi dia marah ke? dia baru sahaja sembuh" kata Yaya
"Yelah, yelah" Tok Aba cuba ceriakan Gopal dengan memberikan dia Ice Blended Chocolate Special. Gopal dengan serta merta terus senyum sampai ke pipi. "Mana Boboiboy dan Ochobot Tok Aba?" tanya Yaya
"Entahlah, dia orang kata ada sesuatu dia orang kena buat. Atok pun tak tahu dia orang pergi mana"
"Jangan dia orang lambat sudah, kejap lagi Kaizo sampai dengan si Fang" Yaya betul-betulkan belon-belon yang ada di situ. Belon-belon tersebut semuanya berbentuk landak, ini semua kerja si Kaizo. Dia memang suka kenakan adik dia walaupun baru sahaja keluar dari hospital. Ying pula mengikat banner besar yang bertulis "SELAMAT KEMBALI BUDAK BUSUK" (Kaizo punya kerja juga) di luar kedai Tok Aba. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat Fang semula.
"Wah! ada party lah encik bos" muncul Probe bersama dengan Adudu "boleh kami nak join?"
"Wei Probe, dah sah sah kita tak dijemput!" Adudu mengentuk-gentuk kepala besi Probe dengan senduk kedai Tok Aba. "AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!"
"Aduh! encik bos, jangan lah ketuk saya" menangis Probe. Tok Aba merampas balik senduk dia dari tangan Adudu. "Sudah sudah lah tue, kalau kamu berdua nak join, minta kebenaran dia orang dulu"
"Sebelum tue, apa korang buat dekat sini? nak buat jahat lagi ke?" tanya Yaya. "MANA ADA! KITA ORANG NAK JALAN-JALAN DEKAT TAMAN, TAK BOLEH KE?" marah Adudu. Tok Aba gelengkan sahaja kepala dia
"Kamu nie Adudu, cubalah cakap elok-elok" kata Tok Aba
"entah encik bos nie, asyik-asyik nak marah, asyik-asyik nak marah" Lalu Adudu baling sebiji batu dekat Probe dan dia jatuh terbalik. "Aduh, encik bos nie"
"Wei, kalau korang sibuk dekat sini, baik korang pergi"
"Yelah yelah, kita orang pergilah, jom Probe. Kita orang dah kena halau" Adudu mengheret kaki Probe yang sedang terbalik "Tapi encik bos, saya nak join party landak dia orang"
"Kalau korang nak join, korang jangan nak buat benda jahat" Yaya memberi amaran dekat mereka berdua. Probe terus menjadi gembira, Adudu pula malas nak layan dengan karenah Probe. Dia tahu Probe selalu teruja tengok benda-benda yang menarik dan minat perkara pelik-pelik seperti hantu. Boleh geng dengan Gopal dan Kapten Kaizo nie. "YAHOOOO! BOLEH SAYA PERGI AMBIK ALAT KARAOKE DEKAT MARKAS KOTAK!" Probe dengan lajunya pergi balik ke markas kotak. Adudu pula kena tinggal di kedai Tok Aba. Dia terpaksa menolong mereka daripada duduk diam tak buat kerja.
"Wah! meriah betul kedai Tok Aba" Gopal, Yaya, Ying dan juga Adudu menoleh kebelakang dan nampak Lynna bersama dengan Boboiboy dan Ochobot. "Siapa perempuan lawa tue? bisik Adudu dekat Gopal. "Itu kakak angkat si Fang" Padahal bukan betul pun tapi Fang sudah anggap dia sebagai kakak sendiri sampai Kaizo pun naik cemburu. "Oh, pandai pula si Fang cari kakak angkat. Dah ada abang sendiri, tak cukup lagi ke?"
"Jangan tanya aku lerr.. tanya si Fang tue" Gopal terus mengikat belon-belon landak di tepi kedai Tok Aba, manakala Adudu pula terpaksa meniup belon yang lain
Lynna telah membawa cake lobak merah untuk Fang. Boboiboy dan Ochobot tadi pergi menjemput Lynna di stesen keretapi dan terus ke kedai cake sebab itu mereka lambat sampai. "Lama lagi ke dia orang nak sampai?" tanya Lynna
"Entahlah, tadi saya menerima mesej dari abang Kaizo, dia cakap dia akan sampai ke sini tak lama lagi" Boboiboy melihat jam di jam kuasa dia. Sementara menunggu kedatangan tetamu khas mereka, mereka bersihkan apa yang patut dibersihkan. Probe sudah sampai dengan alat set karoke dia. Adudu berasa pelik, bila masa Probe ada karaoke? Mengikut kata Probe, dia telah membeli dekat Bagogo dengan menggunakan kredit kad Adudu. Adudu dengan begitu marah sekali, dia mengetuk-getuk Probe dengan batu besar
"Maaf encik bos! maaf!"
"Eh sudah sudah, Fang nak dekat sampai dah" kata Boboiboy. Mereka semua cepat-cepat sorok di belakang kaunter kedai Tok Aba. Kaizo dan Fang dalam perjalanan ke kedai Tok Aba. Kepala Fang masih lagi dibalut dengan kain. "Bagaimana dengan kepala kau? ada rasa pening?"
"Tak abang, adik ok. Abang janganlah risau sangat, kepala adik ok"
"Macam mana abang tak risau, kamu tue berkawan dengan orang gila sebab tue abang tak bagi kau berkawan dulu" Fang senyap sahaja, muka dia menjadi sedih. Lalu Kaizo berkata lagi "Tapi selepas sahaja abang melihat keazaman kawan-kawan kau di bumi sanggup mendapatkan kau semula, sanggup mempertahankan kau daripada abang. Abang terima kawan-kawan kau, Pang. Hargailah sahabat-sahabat kau" Fang tersenyum kembali kepada abang dia
"Terima kasih abang" Fang pegang tangan abang dia. Fang memang begitu manja dengan abang dia. Kalau dengan orang lain, jangan harap dia akan manja dengan mereka tapi kalau kawan-kawan dia dalam bahaya, dia akan bermati-matian untuk selamatkan mereka.
Mereka berdua sudah sampai di kedai Tok Aba. Fang melihat kedai Tok Aba begitu meriah sekali, siap ada belon landak. Dia tahu itu kerja abang dia dan dia rasa nak sahaja marah abang dia kerana banner tersebut tertulis 'SELAMAT KEMBALI BUDAK BUSUK'
"Budak busuk?" Fang genggam sahaja tangan dia dan sabar. "Mana semua orang?" Dia mencari-cari orang lain sampailah mereka semua menjerit keluar dari belakang kaunter meja kedai "SELAMAT KEMBALI FANG!"
Fang terasa sangat terharu, semua ada di situ. Fang melihat muka mereka satu per satu, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Tok Aba, Lynna, Adudu dan juga Probe. Dia tidak sangka Lahap pun ada dengan sekali dengan mereka, padahal mereka tidak sedar bahawa Lahap ada dekat belakang dia orang. Air mata Fang mengalir keluar. "Kenapa kau menangis?" tanya abang dia
"Adik tak sangka ada sambutan begini untuk adik" Fang mengelap air mata kegembiraan dia. Dia melepas tangan abang dia dan terus berlari ke arah sahabat-sahabat dia yang sedang menunggu dia di kedai Tok Aba. Fang sangat merindui mereka semua. "Selamat kembali Fang" kata mereka berempat
"Fang! macam mana? kepala kau dah ok?" kata Boboiboy
"Kita orang ada beli donut lobak merah untuk kau. Mesti kau rindu dengan donut kegemaran kau kan"
"Yolah, ada 2 kotak donut untuk kau tapi Gopal dah makan tiga" Fang terus pandang Gopal dan memberikan dia renungan yang tajam sekali.
"Alah, janganlah marah. Aku makan tiga sahaja" Fang tergelak sahaja. Dia rasa dia tidak patut marah Gopal sebab ada lagi donut lobak merah yang lain untuk dia tapi kalau Gopal ambil lagi donut dia, dia akan terus mengamuk. "Kak Lynna pun ada dekat sini" tersenyum Fang melihat Lynna. Dia nak sahaja peluk Lynna tapi abang dia ada dekat situ takut abang dia cemburu pula nanti sebab adik dia peluk orang lain "Ha ah, abang kamu yang suruh akak datang sini sebab nak sambut kepulangan kamu"
"Terima kasih abang" Fang peluk abang dia. Kaizo hanya senyum sahaja melihat adik dia yang begitu gembira sekali. "Tapi.. kenapa Adudu dengan Probe ada sekali?" tanya Fang.
"Sebab kita orang pun nak join juga party landak" Fang mendengar sahaja perkataan landak, terus dia mengikat Probe dekat pokok dengan menggunakan kuasa bayang dia. "Kau duduk situ diam-diam"
"Jangan marah Fang, saya bergurau sahaja! encik bos, tolong saya encik bos" menangis Probe di pokok. Adudu buat-buat tak kisah kerana dia sedang menikmati makanan yang ada di atas kaunter meja. Lahap begitu teruja sekali kerana biskut kegemaran dia ada di situ. Yaya pula rasa seronok melihat Lahap makan kesemua biskut-biskut dia. Fang bertanya kepada kawan-kawan dia, apa mereka lakukan ketika ketiadaan dia.
"Kalau Fang nak tahu, si Gopal paling rindu dengan kau" kata Yaya
"Dey, apasal kau bagitahu dia. Habis bocor rahsia aku"
"Apasal kau pula yang rindukan aku, bukan Boboiboy ke yang rindukan aku"
"Kau tak tahu ke, Boboiboy yang paling rindu sekali dekat kau bukan aku" bisik Gopal kepada Fang. Padahal dia lah paling bising sekali dalam seminggu, dia bosan kerana Fang tiada dengan mereka kerana dia suka cari pasal dengan Fang dan Fang pula suka marah dia. "Wei Gopal, apa kau bisik dekat Fang tue" kata Ying
"Takde apa-apa" terus Gopal mengambil satu cekodok chocolate sambil bersiul-siul. Fang tergelak sahaja. Dia rindu dengan suasana begini, suasana gelak ketawa bersama kawan-kawan dia. Boboiboy datang dan duduk disebelah Fang "Fang, kau ok?"
"Aku ok sahaja Boboiboy. Kenapa?"
"Takdelah, masa abang kau dah bawa kau pergi, aku tak sempat nak tanya kau tentang kawan lama kau tue" Fang terus diam dan memandang ke arah lain. "Fang?"
"Aku sebenarnya tak sangka pula dia akan menjadi begitu. Aku ingatkan dia akan menjadi sebahagian kawan kita tapi rupanya bukan. Kalau aku tak sedar masa tue, tentu aku tak dapat jumpa dengan korang dah" Fang memandang kawan-kawan dia yang sedang bergurau senda. Gopal kena marah dengan Ying dan Yaya kerana terlalu banyak sangat makan chocolate. "Semuanya sudah berakhir Fang, kau jangan fikirkan sangat"
"Aku sebenarnya takut, aku takut kalau dia masih hidup lagi. Lagipun kakak dia ada dekat kapal angkasa, mesti dia akan mencari adik dia, aku takut kakak dia akan membalas dendam nanti"
"Jangan risau Fang. Selagi kita ada dekat sini, selagi itulah dia orang tak kan dapat apa-apa kan kau"
"Terima kasih Boboiboy" mereka berdua tersenyum. Tiba-tiba Kaizo muncul dengan dua pinggan. Di dalam pinggan tersebut ada sepotong carrot cake untuk mereka berdua. "Makan kek nie, Lynna dah potongkan untuk kamu berdua" kata Kaizo. Fang dan Boboiboy mengambil pinggan tersebut.
Suasana menjadi lebih riuh apabila Probe dapat lepaskan diri daripada ikatan bayang Fang. Dia terus memasang karaoke nya dan buat bising di situ sampailah dia kena baling dengan batu lagi sekali. Semua menyuruh Fang nyanyikan satu lagu tapi dia menolak, dia nak abang dia yang nyanyikan tapi abang dia juga sama, tak nyanyi. Jadi Adudu dan Probe pergi berduet sampailah mereka kena serang dengan harimau bayang Fang kerana nyanyian mereka tidak begitu sedap.
Selepas itu Cikgu Papa Zola datang dengan handphone pinknya. Dia juga turut menyertai party itu, siap tangkap gambar beramai-ramai sekali. Muka Fang kena halang dengan abang dia terus Fang mengamuk dekat abang dia.
Hari sudah petang, ramai yang sudah pulang, yang tinggal hanyalah Boboiboy, Ochobot, Tok Aba, Fang dan Kaizo. Mereka menolong Tok Aba mengemas kesemua barang yang ada. Fang pula mengumpul kesemua belon landak dan dia akan meletupkan belon-belon itu di rumah sahaja. Selepas sahaja selesai mengemas kedai Tok Aba, Fang dan Kaizo pulang ke rumah. Fang membawa balik kesemua donat lobak merahnya dan cake lobak merah yang tinggal lagi separuh.
"Pang gembira hari ini?" tanya Kaizo
"Mestilah gembira, terima kasih abang kerana membuat semua ini untuk adik tapi abang tak perlulah buat begitu meriah sekali"
"Abang cuma nak tengok kau gembira sahaja. Selepas apa yang terjadi tempoh hari, abang tak nak tengok adik dalam kesedihan"
"Abang jangan risau, walaupun adik rasa sedih dengan kejadian hari itu tapi adik rasa lega kerana dia bukan kawan adik" Kaizo tersenyum sahaja. "Abang"
"hmm?" Kaizo melihat adik dia. Kaizo nampak kesedihan di muka adiknya "Kenapa adik sedih?"
"Tak, sebenarnya adik rasa bersalah. Adik yang menghapuskan dia, sepatutnya adik boleh selamatkan dia tetapi semuanya sudah terlambat" Fang ada rasa sedikit kesalan dengan tindakan dia pada hari itu. Kalaulah masa boleh diulangkan semula, mungkin dia dapat memperbetulkan keadaan dan mungkin dia dapat selamatkan Mikey.
"Tak, semunya belum terlambat, aku masih hidup lagi Fang... aku akan membalas dendam dekat kau, Fang. Kau tunggu dan lihat sahaja nanti"
Kotak yang dipegang oleh Fang terlepas dari tangannya. Habis semua donut lobak merah terkeluar dari kotak. Kaizo terkejut. "Adik? kenapa? adik ok?" tanya Kaizo
"Adik ok, cuma adik perlu pergi berehat" Fang berpura-pura senyum kepada abangnya. Dia tidak mahu abang dia tahu tentang suara yang dia dengar tadi, dia tidak mahu abang dia risau. "Kalau macam tue, esok kamu berehat sahaja di rumah. Jangan nak buat apa-apa"
"Baik abang" Fang mengutip donut-donut yang sudah terjatuh di jalan raya, manakala mata dia mencari-cari suara itu datang dari arah mana sampailah dia ternampak seorang budak berdiri jauh daripada dia. Budak itu ialah Mikey, dia memberikan senyuman sinis kepada Fang. Fang hanya terdiam sahaja, dia ingatkan dia sudah hapuskan Mikey, rupanya tidak. Dia masih lagi hidup, dia masih lagi ada di sini. Fang perlu berhati-hati, dia perlu melindungi semua yang dia sayang.
"Pang?" panggil abang dia
"Betul ke kau tak apa-apa?"
"betul abang, jangan risau tentang adik" Sebenarnya Kaizo tahu dengan perangai adik dia. Kalau dia kata begitu, ada sesuatu yang disembunyikan oleh adiknya. Dia biarkan terlebih dahulu, dia tidak mahu memaksa adik dia beritahu perkara yang sebenar. Setelah Fang habis mengutip kesemua donut, mereka sambung perjalanan mereka ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, Kaizo melihat adik dia begitu senyap sekali, muka dia begitu serius. Ada sesuatu yang dia sedang fikirkan. "Pang, kau pergi berehat. Biar aku uruskan kesemua nie"
"Baik abang" Fang naik ke atas dan tidak sekali pun dia memandang ke arah abang dia. Kaizo mulai risau dengan adiknya, dari wajah yang ceria terus berubah wajah yang serius. "Apa yang kau sedang fikirkan Pang" bisik Kaizo sorang-sorang
Di dalam bilik Fang, dia sedang terbaring dan termenung di dinding bilik dia. Di kepala dia sedang bermutar-mutar suara tadi. "Aku akan halang kau Mikey" bisik Fang
"hahaha.. kau jangan nak berangan. Aku bagi kau peluang untuk kau balik ke planet kita tapi kau pilih untuk membunuh aku. Kau bunuh kawan kau sendiri, kau akan menyesal nanti. Aku akan pastikan abang kau tak kan dapat melindungi kau lagi. Selamat tinggal Fang, kita akan berjumpa lagi. Kau tunggu dan lihat sahaja nanti"
Fang menggenggamkan tangannya dan menumbuk katil dia. "Jaga kau Mikey"
Kaizo yang berada di luar bilik Fang, mendengar suara adik dia. Kaizo sudah agak, Mikey akan kembali. Dia perlu bersedia. "Kau tak kan dapat adik aku"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top