Kenapa dengan Kau?
Chocolate?
Teddy bear?
Bunga?
Surat cinta?!
Apakah kesemua ini?! Fang melihat mejanya penuh dengan hadiah dari pelajar-pelajar perempuan. Ini semua adalah sebab persembahan solo dia pada hari itu, pelajar-pelajar perempuan Sekolah Rendah Pulau Rintis tak terhenti-henti mengekori dia. Semasa dia sedang berlatih bola keranjang, semasa dia ulang kaji di perpuskataan sekolah, dan ada juga yang nak belanja dia makan semasa waktu rehat. Fang makin lama makin naik angin. Dia perlukan ketenangan.
Fang mengambil hadiah chocolate tersebut dan berikan kepada Gopal "NAH! ambik chocolate nie" kata Fang dengan nada yang agak garang. Teddy bear itu pula dia bagi kepada kedua kawan perempuannya, Yaya dan Ying. "Korang ambik ajelah anak patung nie" kata Fang sambil meletakkan teddy bear tersebut di atas meja mereka. Bunga itu dia pergi buang di dalam bakul sampah kelas.
Surat cinta pula, dia koyak-koyak dengan perasaan geram. Dia tahu apa yang dia lakukan adalah terlampau kejam tapi untuk kebaikan dia juga supaya pelajar-pelajar perempuan lain berhenti memberi dia hadiah dan berhenti kacau dia.
"Fang, kenapa kau tak baca aje surat tue dulu"
"Buat apa aku nak baca surat tue! Kalau kau nak baca sangat, nah ambik surat nie, sebelum aku koyak" kata Fang kepada Boboiboy. Tinggal satu lagi surat yang Fang masih belum koyakkan. Boboiboy mengambil surat itu, dan lalu membaca. "Kepada Alien yang bernama PANG!"
Fang terkejut dan lalu mengambil surat tersebut dari tangan Boboiboy. "Siapa punya kerja nie!" Mengamuk Fang di dalam kelas. Tiada siapa yang berani nak jawap kerana takut dengan aura-aura hitam Fang yang sudah muncul. "Ini mesti ada nak cari nahas dengan aku" Fang koyak-koyak surat tersebut sehingga menjadi cebisan-cebisan kertas yang teramat kecil.
Fang dengan kemarahan dia, keluar dari kelas untuk mencari siapa punya angkara."Wei Gopal, kau ke yang tulis surat tue?" bisik Boboiboy kepada Gopal
"Hmm.. hehehe.. aku gurau sahaja dengan dia. Tak tahu pula dia akan mengamuk nanti, Boboiboy" tersengih Gopal sambil berdoa agar Fang tak tahu dia yang buat.
"KAU PUNYA KERJA RUPANYA!" Yaya dan Ying muncul di depan Gopal. "Kau tahu kan perangai Fang macam mana, yang kau nak cari pasal dengan dia kenapa" kata Yaya
"Kan aku cakap tadi, aku bergurau aje"
"OH! JADI KAU YANG TULIS SURAT TUE!" Fang muncul balik dalam kelas dengan lebih tebal lagi aura-aura kegelapan dia. "HARIMAU BAYANG!"
"maafkan aku Fang!" merayu Gopal tapi Fang tidak pedulik dengan rayuan Gopal.
"SERANG DIA!" Fang mengarah harimau bayangnya serang Gopal. Gopal dengan perasaan takut, terus dia berlari keluar dari kelas. Fang ketawa sekuat hati "Fang! kau nak kena denda ke?" Yaya menunjukkan buku dendanya di depan Fang
"Dendalah! Aku tak kisah pun. Biar korang tahu siapa Fang yang sebenarnya"
"Kau kenapa Fang? ini bukan diri kau!" Yaya keliru dengan sikap Fang.
"Yolah, kau dah hilang akal ke?" kata Ying. Fang menghiraukan mereka, dia duduk di tempat dia dan biarkan sahaja mereka.
"Yaya, biarkan Fang tenangkan diri dulu. Nanti-nanti dia ok lah tue" kata Boboiboy kepada Yaya. Yaya kembali ke tempat duduk dia. Loceng sekolah sudah berbunyi, Cikgu Papa Zola masuk ke dalam kelas, di belakangnya terdapat Gopal yang penuh dengan luka akibat dicakar oleh harimau bayang.
"BANGUN!" Pelajar-pelajar lain bangun kecuali Fang. Fang buat-buat tidak tahu. "Wei Fang, bangunlah" bisik Boboiboy kepada Fang tidak Fang mengendahkan sahaja dia. Cikgu Papa Zola perasan dengan sikap Fang. "Selamat Pagi Cikgu, KEBENARAN!" kata Yaya. Pelajar-pelajar lain turut ucapkan benda yang sama. Fang masih lagi buat-buat tidak tahu
"Kenapa dengan kawan kamu tue?" bisik Cikgu Papa Zola kepada Yaya. "Entahlah cikgu" Cikgu Papa Zola berasa pelik. Dia teruskan sahaja dengan pelajaran matematik. "Baiklah anak-anak murid kebenaran. HARI INI ADA UJIAN MATEMATIK KEBENARAN!"
"Erkk! Ujian lagi!" kata pelajar-pelajar kelas 5 Jujur
"Cikgu! saya sudah bersedia untuk ujian matematik!" kata Gopal dengan begitu semangat. "Hari tue saya dah ulang kaji matematik! Saya pastikan saya lulus kali ini"
"Bagus bagus. TAPI APASAL KAMU TAK ULANG KAJI SEMALAM? KENAPA HARI TUE PULA?"
"Sebab semalam saya main game terbaru PAPA ZOLA!" Boboiboy yang duduk disebelah Gopal, menepuk dahinya. "Adoi, Gopal nie"
"Kamu ingat game tue boleh ajar kamu matematik ke?" Gopal tersengih sahaja. "SUDAH! cikgu akan bagi kertas ujian kamu" Cikgu Papa Zola mengambil kertas ujiannya dan bagi kepada anak-anak murid dia. Fang menerima kertas ujian matematik daripada Cikgu Papa Zola, dia buat tidak kisah
"Baiklah! Ujian bermula SEKARANG!"
Yaya dan Ying begitu tekun dan fokus sekali dengan soalan-soalan matematik tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Gopal pula sudah pening dengan soalan matematik. Boboiboy pula baca soalan matematik berulang-ulang kali sampai dia faham dengan soalan tersebut. Fang melihat kertas soalan matematik dia, soalan itu begitu senang sekali tetapi Fang menghentam semuanya dengan jawapan yang salah. Selepas itu terus dia tidur.
"Aik, cepat betul kamu jawab" kata Cikgu Papa Zola. "Syabas, syabas. Inilah dia pelajar contoh!" Cikgu Papa Zola menepuk-nepuk kepala Fang. Fang lagi sekali dia ingin rasa mengamuk dan aura-aura hitam dia mula keluar. Boboiboy yang berada di depannya, takut jikalau Fang mengamuk lagi sekali. Tak pasal-pasal kena denda dengan Cikgu Papa Zola pula, tak pun kena hantar ke bilik guru besar. "Cikgu!"
"Kamu nak apa, Boboiboy?" Cikgu Papa Zola berhenti menepuk kepala Fang dan beralih ke arah Boboiboy
Cepat-cepat Boboiboy fikirkan sesuatu "Saya nak ke tandas boleh?"
"Aik, awal betul kamu ke tandas. Yelah, cikgu akan benarkan kamu pergi ke tandas" terus Boboiboy keluar daripada kelas. Dia mengintai-intai ke dalam kelasnya dan pastikan Fang kembali tenang. Ternyata Fang kembali tidur dengan aura-aura hitam dia. "Menakutkan" kata Boboiboy
"APA YANG KAMU TENGOK-TENGOK LAGIKAN TUE! KATA NAK PERGI TANDAS!"
"erkk! cikgu!" terus Boboiboy lari ke tandas.
Waktu rehat sudah tiba, Gopal berasa sungguh gembira kerana waktu rehat adalah waktu kegemarannya. Dia berjalan ke kantin dengan senang hati. Gopal tidak sabar hendak beli donut lobak merah, tak pun beli nasi lemak, atau mee goreng ke, bihun sup ke.. itulah yang dia fikirkan oleh Gopal. Fang tidak ke kantin hari ini, dia terus ke gelanggang bola keranjang. Pelajar-pelajar perempuan lain ikut sahaja ke mana dia pergi.
Fang berasa sungguh menjengkelkan sekali dengan kehadiran pelajar-pelajar perempuan yang cuba menganggu ketenangannya. Fang dengan idea jahatnya, lalu dia membaling bola keranjang ke arah mereka begitu kuat sekali. Pelajar-pelajar perempuan tersebut menjerit ketakutan. Fang tergelak sahaja dengan gelagat mereka. Selamat tiada siapa yang tercedera. Yaya dan Ying nampak dengan kejadian itu, terus mereka berjalan ke arah Fang yang sedang gelak ketawa sekuat hati.
"FANG!"
Fang menoleh kebelakang dan nampak mereka berdua. Fang sudah bosan dengan Yaya dan Ying, dia beredar dari situ. "FANG! MANA KAU NAK PERGI!" jerit Yaya. Yaya sudah keluarkan buku dendanya. Dia bersedia untuk menulis nama Fang
"Suka hati akulah nak pergi mana, korang sibuk apasal!"
"Yang kau pergi baling bola tadi tue dekat budak-budak perempuan kenapa? Kau kenapa Fang?"
"Sudahlah Yaya, aku dah bosan dengan sikap kau. Suka sangat sibuk dengan hal aku, kau ingat kau tue sempurna sangat!" Terguris hati Yaya mendengar kata-kata dari Fang.
"Woi Fang! Kau kenapa? Sampai hati kau cakap begitu dekat kawan kau sendiri" marah Ying. Fang buat tidak tahu sahaja. Fang sudah bosan menjadi budak baik, sudah tiba masanya untuk menjadi budak jahat. Fang beredar dari gelanggang bola keranjang dan tinggalkan Yaya dan Ying yang masih lagi marah dengan dia. Fang terus ke kelas 5 Jujur dan mengambil beg sekolahnya
Fang secara senyap-senyap, terus keluar daripada kawasan sekolah. Ke mana dia pergi, entahlah tapi semestinya bukan rumah dia
"Kenapa dengan korang nie? murung semacam?" tanya Ochobot. Mereka berempat berada di kedai Tok Aba selepas sahaja tamat sesi persekolahan.
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menberi jawapan yang sama "Fang"
"kenapa dengan Fang?"
"Entahlah Ochobot. Tiba-tiba hari ini sikap dia berubah, tadi lepas rehat, tengok beg sekolah dia dah takde" Boboiboy yang tiada mood untuk membuat kerja sekolah, dia hanya memandang sahaja air ice blended chocolate special di depannya. "Kau tak pergi tanya dia ke?"
"Dah tanya dah, tapi dia buat tak tahu sahaja" jawap Gopal
Yaya masih tidak lupakan lagi kata-kata Fang tadi. Sikap dia bukannya yang sungguh membosankan "Yaya, tak payah kamu fikirkan sangat" Ying cuba ceriakan kawan baik dia. "Lagipun, itu bukan diri sebenar Fang"
"Betul kata Ying. Tapi tak kan kita nak biarkan sahaja" kata Boboiboy. Mereka semua mula berfikir macam mana nak kembalikan Fang kepada yang dulu. Sementara mereka sedang berfikir, Tok Aba bagi sorang satu ice cream chocolate. "Apa susahnya, bagitahu jelah abang dia"
"Tapi Tok Aba, nanti mesti Fang kena dengan hukuman daripada abang dia"
"Betul juga tue Boboiboy tapi ada juga betulnya kata Tok Aba tadi. Macam nie, apa kata kita tengok sahaja kalau Fang dengan sikapnya macam tadi" kata Ochobot. Mereka semua setuju. Kalau Fang buat hal lagi, mereka akan beritahu Kapten Kaizo. Apa boleh buat, mereka terpaksa. Mereka mahu kawan baik mereka balik!
Kaizo yang tidak jauh daripada kedai Tok Aba, terdengar perbualan mereka. Dia mengangkat kucing adiknya dan lalu beredar dari situ. Dia tidak sangka adik dia boleh ponteng kelas. Nak kena si Pang nie, fikir Kaizo sambil membelai-belai Shadow
Kaizo balik ke rumah dan menunggu adiknya pulang ke rumah. Fang masih lagi belum pulang ke rumah. Kaizo tunggu dan tunggu dan tunggu hinggalah jam menunjukkan 12 jam malam. Kaizo sudah tertidur di atas sofa bersama dengan anak kucing, Shadow. Pintu rumah dia terbuka dan Fang masuk ke dalam rumah. Baju sekolah dia kotor, beg sekolahnya kotor dan koyak, jacket ungu dia koyak dan ada kesan luka di pipi Fang.
Fang masuk ke dalam rumah secara senyap, dia tidak mahu abangnya bangun dari tidur. Sedar tak sedar, Shadow bangun dari tidurnya dan gembira melihat Fang sudah balik. Kucing itu meow meow dengan kuat sekali sehingga menyebabkan Kaizo bangun dari tidur. Fang cepat-cepat naik ke atas untuk mengelakkan diri daripada abangnya.
"Pang!" Kaizo memanggil adiknya. Fang berhenti di tangga rumah dan menoleh kebelakang. "Ke mana kamu tadi? Kenapa dengan kau? Kenapa balik lewat?" tanya abangnya
Fang tidak tahu macam mana dia hendak jawab. Lalu dia menengking abangnya. "Abang nak tahu sangat kenapa, ITU URUSAN ADIKLAH KE MANA ADIK NAK PERGI!" Fang berlari ke atas dan masuk ke dalam biliknya.
Kaizo senyap sahaja. "Apa sudah jadi dengan kau, Pang" Kaizo menghela nafas. "Pang, kau jangan jadi macam adik aku tue" kata Kaizo kepada kucing yang bernama Shadow. Kalau Fang begini lagi esok, dia akan menghukum Fang.
Fang di dalam bilik air, melihat luka di pipinya di cermin. Dia teringat balik apa yang telah terjadi dengan diri dia siang tadi. Selepas sahaja di keluar dari sekolah siang tadi, dia terus ke bandar dan bersiar-siar keseorangan. Dia berjalan seorang diri sehinggalah ada sekumpulan budak-budak samseng cuba mencari gaduh dengan dia. Fang cuba mempertahankan diri tetapi akhirnya dia dikejar oleh mereka. Fang sempat sorokkan diri di belakang kedai. Fang ingat mereka sudah tiada tetapi dia silap, mereka jumpa Fang dan berlakulah aksi pergaduhan. Selamat Fang menggunakan kuasa bayangnya untuk menakutkan mereka. Ada setengah lari kerana takut dengan kuasa Fang tapi ada setengah tidak kisah sangat dengan kuasa dia. Salah seorang daripada mereka menggunakan pisau untuk menyerang Fang, pisau itu terkena pipi Fang.
Fang memegang pipi dia dan terasa amat sakit. Fang tidak tahu kenapa dengan dia hari ini, mungkin sebab dia tertekan sangat di sekolah. Cikgu Papa Zola asyik memanggil dia pelajar contoh semenjak Cikgu Papa Zola nampak dia bermain piano di kelas music. Guru-guru yang lain memberikan harapan yang tinggi terhadap dia. Bukan itu sahaja, dia sudah makin naik angin dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolah dia.
Fang keluar dari bilik air dan terus baring di katilnya. Beberapa minit kemudian dia tertidur.
Keesokannya, Boboiboy dan Gopal masuk ke kelas dan dapati Fang tiada di dalam kelas. "Fang ponteng sekolah lagi?" tanya Boboiboy
"Entahlah Boboiboy. Cuba kau hubungi dia" kata Yaya yang sedang mengemas kelas bersama dengan Ying. Boboiboy cuba menghubungi Fang tetapi Fang tidak menjawab panggilannya. Boboiboy gelengkan kepadanya kepada kawan-kawan dia. Fang duduk di tempat biasa dan mula berfikir, di mana Fang berada sekarang ini. Fang bukan di pantai atau di kedai Tok Aba, tetapi di bandar Pulau Rintis. Dia mencari balik budak-budak samseng semalam kerana tidak puas hati.
Kaizo tidak tahu adiknya ponteng sekolah hari ini. Kaizo pagi-pagi lagi sudah naik ke kapal angkasa bersama dengan Shadow.
Kelas matematik sudah bermula, Cikgu Papa Zola masuk ke kelas dengan markah kertas ujian matematik mereka semalam. Muka cikgu Papa Zola hari ini agak kecewa, mereka tidak tahu kenapa. Adakah mereka semua gagal dalam ujian semalam?
"Bangun! Selamat pagi cikgu, KEBENARAN!" ucap Yaya dengan penuh ceria walaupun dalam hati sedikit terluka sebab semalam. "Duduk, duduk" Cikgu Papa Zola suruh mereka duduk. Cikgu Papa Zola tercari-cari Fang di dalam kelas tapi ternyata dia tiada di situ. "Mana kawan kamu?" tanya Cikgu Papa Zola kepada anak-anak muridnya. Masing-masing menjawab tak tahu.
"Tak tahu?! Macam mana kamu boleh tak tahu. Cikgu cukup kecewa dengan dia" Cikgu Papa Zola mengambil kertas ujian Fang menangis di kertas tersebut.
"Kenapa cikgu?" tanya Ying
"Pelajar contoh kamu telah MENDAPAT KOSONG DALAM UJIAN SEMALAM!" terkejut satu kelas. Tak pernah pula Fang mendapat kosong dalam mana-mana ujian. Kalau gagal pun 2 atau 3 kali sahaja.
"Betul ke cikgu Fang dapat markah kosong?" tanya Boboiboy yang masih tidak percaya. "Kamu ingat cikgu nak menipu ke, tengok kertas ujian kawan kamu" Cikgu Papa Zola tunjuk kertas ujian Fang di depan muka Boboiboy.
"Apa sudah jadi dengan kawan kamu, Boboiboy!"
"Cikgu nie berdrama lah pula. Baru sekali aje dia dapat kosong, cikgu dah berdrama" kata Gopal
"Macam mana cikgu tak berdrama, dia tue bijak, macam mana boleh dapat kosong. BUKAN MACAM KAMU! KAMU GOPAL! 39% sedikit lagi nak lulus" Cikgu Papa Zola meletak kertas ujian Gopal dia atas meja. "Sedikit lagi nak lulus" Gopal mengangkat kertas ujian dia "YAHOOO! MARKAH AKU LAGI TINGGI DARIPADA FANG!"
"Pulak" Boboiboy menepuk dahinya
Kaizo yang baru sahaja pulang dari kapal angkasanya, menerima suatu panggilan dari sekolah. Kaizo cukup marah dengan adiknya kerana ponteng sekolah, dapat markah kosong dalam ujian matematik dan juga bergaduh dengan budak-budak samseng di bandar Pulau Rintis.
Kaizo duduk di ruang tamu dan tunggu adiknya pulang. Sudah 4 jam dia menunggu, akhirnya Fang muncul di pintu rumah. Kaizo melihat adiknya yang penuh dengan kesan luka di sana sini, seluarnya yang koyak, baju kotor, ada kesan lebam di mata dan cermin mata dia retak sebelah.
"APA NAK JADI DENGAN KAU PANG!" Fang hanya duduk diam sahaja. Fang tahu abang dia akan mengamuk dengan kelakuan dia. "AKU TIDAK PERNAH AJAR KAU PONTENG SEKOLAH ATAU BERGADUH DENGAN SAMSENG JALANAN!"
Fang tidak pernah melihat abang dia marah seperti ini. Fang berasa sangat takut sekarang, takut dengan abang dia. "KENAPA KAU BEGITU? KAU INGAT KAWAN-KAWAN KAU TAK RISAUKAN PASAL KAU! MEREKA SEMUA RISAUKAN KAU! ABANG PUN RISAUKAN KAU! TAPI MACAM INI KAU BUAT! BERGADUH? CUBA LIHAT DIRI KAU SEKARANG, LUKA SANA LUKA SINI!"
Fang seperti mahu menangis depan abang dia tetapi dia tahan air mata dia. Shadow ber meow meow di kaki Fang, Fang takut untuk mengangkat Shadow, takut abang dia marah. Fang berdiri sahaja sambil menunduk kepala dia kebawah. Dia tidak berani melihat muka abangnya yang sedang marah itu
"Kau bukan Pang aku kenal, kau memang patut kena lempang!" Tangan Kaizo bergerak-gerak, tetapi dia tahan, dia tidak ingin menampar adiknya. "Masuk ke dalam bilik kau, aku tak nak tengok muka kau"
Fang pelahan-lahan naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia menyesal dengan tindakan dia, dengan sikap dia tapi dia tertekan sangat. Fang menghantuk-hantuk kepalanya di dinding. Shadow masuk ke dalam bilik Fang dan membelai-belai kaki Fang. Fang mengangkat kucing tersebut. "Shadow, apa aku sudah buat"
Dia tahu dia buat salah, dia lukakan hati kawan-kawan dia, lukakan hati abang dia, kecewakan cikgu dia. "Nampaknya aku harus minta maaf kepada mereka" kata Fang. Shadow seperti memahami kata-kata Fang. Fang baring di atas katil bersama dengan Shadow. Shadow tidak mahu tinggalkan Fang keseorangan, jadi dia tidur disebelah Fang. Kaizo masuk ke dalam bilik itu melihat adiknya.
Fang bangun dari katil. "Abang, adik ingin minta maaf" kata Fang. Kaizo duduk disebelah Fang dan mengambil tangannya yang terluka itu. Dia membalut tangan Fang. "Kenapa kau buat begitu? Kecewa hati abang melihat adik sikap begitu"
"Adik sebenarnya tertekan dekat sekolah. Adik tak tahu kenapa adik buat begitu, mungkin adik nak lari daripada semuanya" sambung Fang lagi. "Cikgu terlampau banyak berikan harapan tinggi dekat adik sampai adik" Kaizo masih lagi membalut luka adiknya. "sebab itu kamu bersikap begini" Fang mengangguk kepala.
"Pang, abang tak nak tengok kamu tertekan lagi. Kalau kau ada apa-apa masalah, cerita sahaja dekat abang atau kawan-kawan kau. Jangan bertindak sendiri dan lukakan hati mereka atau hati abang. Abang sayangkan kau Pang, abang tak adik membesar menjadi budak-budak samseng" Fang memeluk abang dia. "Dah, esok abang nak kau pergi ke sekolah dan minta maaf dekat kawan-kawan dan cikgu kau" Kaizo mengambil cermin mata Fang yang retak itu, lalu dia bubuh ubat di mata Fang yang lebam.
"Baik abang. Pang janji Pang tak kan buat lagi" Kaizo terkejut kerana adik dia memanggil dirinya Pang. "Baru nak sedar nama kau Pang" Fang menjeling matanya kepada abang dia. "Fang lah!" Fang melepaskan pelukan dan merajuk dengan abang dia.
"Nak merajuk konon. Sudah! Pergi tidur!" Kaizo keluar dari bilik dan menutup pintu bilik Fang. Fang baring dan menutup matanya sambil tersenyum. Shadown bangun dan baring di bawah tangan Fang, sambil itu, Fang membelai-belai badan Shadow sampai lah Fang tertidur. Esok pagi, Fang bangun dan ternampak cermin matanya telah diganti dengan cermin mata baru. "Terima kasih abang"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masuk ke dalam kelas. Mereka semua tersenyum kerana kawan mereka sudah kembali. Fang sedang tidur kerana terlalu penat mengemas dan membersihkan kelas. "Fang!" Boboiboy dengan begitu ceria sekali, memanggil Fang
Fang bangun dari tidurnya dan memberikan senyuman kepada mereka. "Fang, kenapa dengan kau?" tanya Boboiboy
"Aku bergaduh semalam" kata Fang dengan nada yang rendah. "Yaya, aku patut minta maaf dekat kau sebab lukakan hati kau"
"Aku maafkan kau Fang tapi lepas nie, kalau ada apa-apa masalah, bagitahu kita orang"
"Yolah, jangan nak simpan sangat dekat hati tue" kata Ying. "Maaf semua"
"Aku pun nak minta maaf pasal surat yang aku tulis hari tue, aku bergurau aje, tak tahu pulak jadi sampai macam tue sekali"
"Takpelah Gopal, lupakan sahaja"
Boboiboy berasa lega kerana Fang sudah kembali ke diri sendiri! "Oh yeah Boboiboy, hari tue kau yang cadangkan dekat abang aku pasal latihan tempurkan"
"Erkk.. mana ada, aku ingatkan dia nak kenakan kau dengan latihan tempur. Kenapa?" Boboiboy tersengih. "Tadi aku cakap dekat abang aku, kau pun nak jalani latihan tempur juga. Nanti lepas sekolah dia nak kau datang ke kapal angkasa dia" kata Fang sambil mengeluarkan buku matematik dia. Fang sahaja kenakan balik dekat Boboiboy
Aku? latihan tempur? HARI INI?! fikir Boboiboy "TIDAKKKK! SIAP KAU PANGG!"
"NAMA AKU FANG LAH!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top