Kemaafan

"Adoi!"

"Ying! kau tak apa-apa ke?"

Gopal dan Ying kini di dalam penjara yang berasingan. Penjara Ying ada di hadapan penjara Gopal. "Aku ok" kata Ying

"Macam mana kau boleh kena tangkap? Boboiboy macam mana? mereka ok tak?" Gopal yang sudah lama berada di dalam penjara tersebut menjadi semakin risau dengan kawan-kawan dia yang berada di bumi sekarang ini. "Dia orang ok, jangan risau maaa.. kita pasti dia orang dapat selamatkan kita orang"

"Yelah tue, entah-entah sorang lagi kena tangkap lepas nie"

"Wei, kau jangan fikir negative boleh tak" Gopal tersengih. Dia tidak pasti kalau selepas ini sorang lagi kena tangkap atau mereka dapat kalahkan dua alien jahat itu. Mikey dan Minako adalah adik beradik, mereka mempunyai seorang abang tetapi dia tidak menyertai pengembaraan mereka berdua. Minako berasa hairan melihat adiknya yang kini sedang duduk diam di atas kerusi kawalan kapal angkasa.

"Kenapa Mikey? apa yang adik sedang fikirkan?"

"Takde apa-apalah kakak. Adik cuma penat sahaja" Mikey hanya berbohong sahaja kepada kakak dia. Kakak dia tidak berkata apa, dia meninggalkan Mikey bersendirian di bilik kawalan. Sebenarnya pemikiran Mikey sedang terbayang wajah Fang yang begitu marah dan sedih tadi. Air matanya tadi mengalir menyebabkan Mikey tersedar dengan kesilapan dia. Dia telah melukai hati seorang kawan. Apakah patut dia berhenti kesemua ini, fikir Mikey

"Kalau aku berterusan begini, mungkin aku akan kehilangan seseorang. Mungkin Fang" bisik Mikey

Tak, aku tak nak mengalah. Kalau aku mengalah, aku tak kan dapat Fang balik, fikir Mikey lagi. Dia pusing-pusingkan kerusi itu sambil memandang ke atas, sambil itu dia berfikir. Kenapa aku cemburu sangat dengan kawan-kawan dia. Mungkin kerana mereka adalah kawan terbaik dia. Mungkin ikatan mereka begitu kuat sekali membuat aku begitu cemburu. Aku inginkan begitu, aku juga ingin menjadi kawan baik Fang. Tapi aku... aku baru sahaja jumpa dia balik. Aku cemburu melihat dia cerita tentang pengembaraan dia dengan kawan-kawan dia. Aku dan dia dulu pernah juga ingin pergi mengembara bersama tapi dihalang oleh abang kau. Aku cemburu melihat dia ada kuasa seperti mereka juga, tapi aku juga mempunyai jam kuasa tapi jam kuasa aku musnah oleh kau, Fang. Aku cemburu melihat keakraban kau dan kawan-kawan kau, fikir Mikey. Perasaan di hati dia menjadi serabut.

Mikey berhentikan kerusi dia dan terus ke bilik penjara untuk bercakap dengan dua kawan baik Fang. Dia pastikan kakak dia tidak nampak dia masuk ke dalam tempat penjara. Mikey melihat ke kiri dan kanan, pastikan kakak dia tidak lalu di situ. Selepas itu dia pergi membuka pintu penjara, dia melihat Ying dan Gopal hanya duduk diam sahaja di dalam penjara.

Ying orang pertama nampak dia "Kau nak apa, baik kau lepaskan kita orang"

"Aku.. aku cuma ingin minta maaf dengan tindakan aku" kata Mikey. Dia kesal dengan perbuatan dia, dia kesal dengan tindakan dia yang berbuta tuli itu. "Maafkan aku, aku akan lepaskan korang"

"Mencurigakan" kata Gopal sambil memerhatikan Mikey. "Betul, aku tak tipu. Aku akan lepaskan korang. Aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku tak patut buat Fang begitu"

"Hmmm.. macam mana kau boleh berubah fikiran?" tanya Gopal yang masih tidak puas hati. Dia tahu, semua musuh mereka ada tipu muslihat tetapi Mikey tiada tipu muslihatnya, dia hanya mahukan kemaafan dari mereka dan paling utama sekali ialah dari Fang sendiri.

"Sebab aku nampak kesedihan di mata Fang sendiri. Kesedihan, kesengsaraan dia, aku seksa dia. Aku seksa kawan aku sendiri. Aku lukakan hati dia. Dendam aku terhadap dia menyebabkan aku buta, aku buta kerana tidak nampak luka dihati dia. Memang betul kata dia, aku memang tidak layak di panggil kawan lagi oleh dia" Mikey terduduk dan bersandar di tepi pintu penjara Ying. "Aku cemburu dengan korang. Aku cemburu kerana Fang mempunyai kawan lain, kawan baik lain selain daripada aku. Aku cemburu melihat kemesraan korang, gelak ketawa korang semua. Aku dulu, dari satu tempat ke satu tempat, mencari Fang. Aku ada juga berkawan dengan alien lain tapi perasaan itu tidak sama semasa aku berkawan dengan Fang, sebab itu aku tidak berputus asa mencari dia"

"Jadi, kau memang betul-betul menyesal lah nie" tanya Gopal. Mikey hanya mengangguk sahaja. Dia menangis di situ, tangisan dia membuatkan Gopal dan Ying rasa kesian dengan Mikey. "Kau jangan menangis, kau sudah sedar dengan tindakan kau. Fang mesti faham kenapa kau buat begitu" kata Ying "Lepaskan kita orang, dan ikut kami. Kami akan temankan kau pergi minta maaf dekat Fang" kata Ying lagi

"Kalau dia tak nak terima kemaafan dari aku macam mana?"

"Kau jangan risaulah. Sekeras-keras macam mana pun hati Fang tue, hati dia akan lembut juga. Percayalah cakap aku" kata Gopal

"Korang begitu baik sekali dengan aku, aku pula bertindak jahat dengan korang. Mungkin lepas nie, aku dapat duduk di bumi bersama dengan korang. Aku juga ingin berkenalan dengan korang semua" Mikey mengelap air mata dia. Mereka bertiga berdiam seketika sehinggalah Gopal berkata "Aku juga pernah rasa cemburu kadang-kadang"

"Kau cemburu dengan siapa?" tanya Ying

"Cemburu bila Boboiboy rapat dengan Fang tapi aku tahu, dia tak kan lupakan aku, kawan terbaik dia"

"Kau pun rasa cemburu juga" kata Mikey. Gopal tersenyum sahaja apabila teringat balik tentang Boboiboy dan Fang dari musuh menjadi kawan. Mereka berdua selalu sangat bergaduh, selalu bersaing tapi sekarang, semuanya sudah berubah. "Mestilah, Boboiboy tue kawan baik aku. Bila Fang muncul aje, mereka berdua tue macam anjing dan kucing. Setiap hari mesti ada sahaja nak bergaduh tapi itu semua kisah lama. Sekarang dia orang dah jadi kawan baik tapi kadang-kadang ada juga dia orang bergaduh"

"Tak tahu pula Fang dan Boboiboy dulu bergaduh" kata Mikey.

"Masa tue kau takde maaa... dia orang tue musuh, tapi lama-lama jadi kawan juga" kata Ying. "Aku ingatkan aku sorang sahaja yang cemburu, rupanya ada juga orang lain yang rasa cemburu" Mikey tergelak sedikit "Aku memang betul-betul bodoh"

"Taklah, kau jangan cakap macam tue.. kau hanya terlalu ikutkan dengan perasaan cemburu kau tue aje" kata Ying untuk legakan hati Mikey

"Terima kasih Ying, terima kasih Gopal kerana sudi berborak dengan aku. Aku sudah lama tidak berborak begini" Mikey bangun dan dia pergi ke alat kawalan bilik penjara. "Aku akan lepaskan korang" jari telunjuk Mikey sedikit lagi hendak menekan butang pintu penjara untuk lepaskan Ying dan Gopal. Kakak Mikey muncul di muka pintu, muka dia terkejut melihat apa yang adik dia hendak lakukan

"Apa kau nak buat nie Mikey? Kenapa kau nak lepaskan mereka"

"Kakak, adik menyesal dengan perbuatan adik. Adik nak lepaskan mereka, adik nak minta kemaafan dari Fang"

"APA YANG KAU KATAKAN NIE! KAU TAK INGAT APA DIA TELAH BUAT DEKAT KAU!" Minako begitu bengang sekali dengan tindakan adiknya. "Kau nak mengalah Mikey, kau nak bagi dia orang menang! Aku tak kan lupakan kawan kau yang cuba membunuh adik aku sendiri!"

"Kak Minako, lupakan jelah tentang tue, Mikey pun kesal dengan tindakan dia. Kami pasti Fang juga kesal dengan tindakan dia juga" kata Ying. "Kau ingat begitu mudah untuk aku lupakan. Kau tak tahu berapa lama aku melihat adik aku sengsara sebab rambut landak tue! Aku melihat adik aku setiap tahun tidak henti-henti mencari dia tapi apa yang dia dapat! Adik aku hampir mati disebabkan oleh dia! Aku tak berhenti selagi aku tak dapat apa yang aku nak!" Minako tekan butang renjatan elektrik, Ying dan Gopal menerima padahnya. Dia ketawa melihat mereka berdua.

"Kakak berhenti!" Minako hentikan renjatan elektrik itu. "Kakak, lepaskan sahaja mereka" merayu Mikey kepada kakak dia. "Kalau kakak tidak hentikan, kakak akan kehilangan adik atau adik sendiri akan kehilangan kakak. Berhenti sahaja kakak" Mikey merayu lagi kepada kakak dia tapi Minako mengendahkan sahaja rayuan adik dia.

"Kau dah lupa, kau dah lupa apa dia buat dekat kau!" Minako mengangkat jari telunjuk dia dan letak di tengah-tengah dahi adiknya "Baik kau ingatkan balik. Ingat balik kenapa kau datang ke sini" Mikey cuba untuk bertahan, dia cuba menghalang diri dia di kawal oleh kakak dia. Minako juga mempunyai jam kuasa tersendiri, kuasa dia dapat mengawal seseorang. Mereka berdua pernah berjumpa dengan sphera kuasa semasa dalam pengembaraan mereka.

"Jangan ka-kakak.. ja-jangan bu-buat begini" kata Mikey sebelum dia dikawal terus oleh kakak dia. "Sekarang, aku nak kau dapatkan kawan baik dia, iaitu Boboiboy. Turun ke bumi cepat!" Mikey mengikut sahaja arahan kakak dia. Dia keluar dari bilik penjara itu dan terus turun ke bumi

"Korang berdua tak kan dapat keluar dari penjara ini"

Ying dan Gopal menjadi risau, dia orang tiada jalan untuk memberi amaran kepada rakan-rakan mereka di bumi. Mereka terperangkap di sini. Berapa lama mereka akan ada di sini, mereka tidak tahu. Mereka berharap Boboiboy, Fang, Yaya dan juga Kapten Kaizo dapat selamatkan mereka.

-------------------------------------------

"Lahap! kau dah jumpa kapal angkasa mereka?" Kaizo bertanya kepada leftenan dia

"Belum Kapten. Saya tidak mengesan apa-apa di sekitar bumi nie" Kaizo menghela nafas sahaja. "Cari sampai jumpa!"

"Baik Kapten!" Kaizo menutup skrin kecil dia. Dia pandang ke arah tiga orang yang sedang duduk diam di atas sofa rumah dia. Pemikiran Fang agak serabut sekarang ini, dia asyik fikirkan untuk menyerahkan sahaja diri dia kepada mereka dan mereka akan lepaskan Ying dan Gopal. Tapi abang dia tentu tidak suka dengan tindakan dia begitu. Fang mengaru-garu kepala dia yang sedang serabut itu

"Fang, kau ok ke?" tanya Boboiboy

"Entahlah Boboiboy. Aku tengah serabut sekarang nie"

"Kenapa kau serabut pula? Apa yang kau tengah fikirkan sekarang nie?"

"Aku.. aku.." Fang tidak boleh menjawab soalan Boboiboy. Kalau dia katakan apa isi hati dia, tentu dia akan kena marah dengan abang dia, dan mesti Boboiboy dan Yaya akan halang dia buat begitu.

"Pang, baik kau cakap. Apa yang kau sedang fikirkan?"

"Maaf abang, adik.. adik... " terus Fang dan lari masuk ke dalam bilik dia. Dia mengunci pintu bilik dia. Kaizo tidak faham apa sebenarnya adik dia ingin lakukan. Boboiboy dan Yaya hanya duduk senyap sahaja, mereka tidak boleh pujuk Fang dengan keras kepala dia. Mereka tidak mahu memaksa Fang, kalau mereka paksa, dia akan mengamuk dan lari dari sini. "Kapten Kaizo, kalau kita sahaja yang pergi selamatkan mereka dua, jangan bagi Fang ikut kami" kata Yaya

"Apa maksud kau"

"Maksud saya, Fang terlalu ikutkan emosi dia. Kapten Kaizo sudah menasihati dia jangan ikut sangat dengan emosi dia, tapi kita orang tahu dengan perangai dia. Fang keras kepala, panas baran.. takut nanti dia buat benda yang kita tak kan buat" Kaizo hanya senyap sahaja. Apa yang Yaya kata tadi memang betul tapi demi kawan dia, dia akan lakukan apa sahaja. "Jadi, kita biarkan sahaja dia kurung di bilik?" kata Kaizo

"Abang Kaizo, saya tahu abang Kaizo risaukan Fang tapi jangan risau tentang dia. Fang tahu mempertahankan diri dia, jikalau mereka menyerang dia semasa ketiadaan kita nanti" kata Boboiboy. Kaizo tidak begitu yakin dengan kata-kata Boboiboy. Fang bukan mudah untuk dikalahkan tapi kalau apa terjadi dekat abang dia, dia begitu mudah sekali kena tangkap. Mereka kembali senyap sehinggalah jam kuasa Kaizo berbunyi

"Kapten! saya sudah dapat mengesan kapal angkasa mereka. Nampaknya mereka bersembunyi secara menghilangkan kapal angkasa mereka dari mata kasar kita"

"Terima kasih Lahap"

"Lagi satu Kapten, nampaknya salah sorang daripada mereka ada di Pulau Rintis"

"ARGHHHHHHHH!" Mereka bertiga terkejut dengan jeritan Fang dari bilik. Kaizo menutup skrin kecil jam kuasa dia dan terus berlari ke bilik adiknya. Boboiboy dan Yaya juga ada di belakang Kaizo. "PANG! BUKA PINTU NIE!" Kaizo cuba membuka pintu tersebut tapi masih lagi dikunci. Kaizo tiada pilihan lain. "TOLAKAN TENAGA!" Pintu adiknya musnah akibat terkena kuasa Kaizo

Kaizo nampak cermin tingkap Fang pecah. Mereka bertiga pergi ke tingkap tersebut dan mencari Fang di luar tingkap yang pecah itu. Kelihatan Fang sedang berhadapan dengan Mikey lagi sekali. "FANGGGG!" menjerit Boboiboy tetapi Fang mengendahkan jeritan dari Boboiboy

"Kita kena tolong dia" kata Yaya. Yaya terbang keluar untuk menolong Fang. Kaizo pula melompat dari tingkap yang sudah pecah itu dan mendarat di hadapan rumah dia. Boboiboy juga melompat dan mendarat di sebelah Kaizo.

"LEPASKAN KAWAN-KAWAN AKU!" kata Fang dengan nada marah dia

"Aku akan lepaskan kawan-kawan kau, jikalau kau ikut aku balik" kata Mikey. Fang tidak tahu bahawa Mikey sedang dikawal oleh kakaknya. "Tak, aku tak kan ikut kau. Aku akan dapatkan kawan-kawan aku semula"

"Baiklah" Mikey memetik jari dia dan sebuah cahaya terbentuk di atas kepala Boboiboy "Aku akan tangkap kawan baik kau, datanglah ke kapal angkasa aku untuk dapatkan kawan-kawan kau semula" Fang menjadi semakin panik, dia perlu selamatkan Boboiboy.

"Fang" panggil Boboiboy "Jangan risau tentang diri aku, aku pasti kau dapat selamatkan aku" kata Boboiboy sudah bersedia untuk dirinya di tangkap oleh Mikey.

"Apa yang kau katakan Boboiboy. Tak! aku tak biarkan dia mengambil kau sekali!" Fang merenung tajam ke arah Mikey "LEPASKAN KAWAN AKU! AKU TAK KAN SERAHKAN DIRI AKU KEPADA KAU!" Mikey begitu marah sekali, dia hilangkan cahaya tadi. Boboiboy berasa lega kerana diri dia terselamat tapi untuk berapa lama.

"Kau begitu degil sekali" Dia keluarkan pistol plasma dia dari poket seluar dia dan lalu mengacukan ke arah kawan-kawan dia yang ada dibelakang Fang. "Baik kau ikut sahaja arahan aku, sebelum aku korbankan mereka semua, termasuklah abang kau sekali"

Fang mengenggamkan tangan dia. Dia telah membuat keputusan yang mereka tidak akan suka. "Maafkan aku kawan-kawan. Maafkan adik, abang" bisik Fang

"Cepat! apa keputusan kau. Ikut aku atau aku hapuskan mereka semua" Fang menoleh kebelakang dengan mata kesedihan dia. Kaizo sedar apa yang adik dia akan lakukan. "PANG! JANGAN BUAT PERKARA BODOH!"

"Maaf abang, adik akan ikut dia" Boboiboy dan Yaya tergaman dengan keputusan Fang. "Fang, jangan buat begitu" Boboiboy cuba memujuk Fang.

"Maaf Boboiboy" Kaki Fang bergerak sedikit demi sedikit ke arah Mikey. "Bagus Fang, aku suka dengan keputusan kau" Mikey tersenyum melihat kawan dia akan balik ikut dia. Kaizo tidak boleh berdiam diri sahaja, dia keluarkan pedang tenaganya untuk hapuskan Mikey itu. Dia tidak akan membenarkan alien jahat itu mengambil adik dia. Kaizo berlari dan menyerang Mikey.

Minako muncul dengan pistol plasma dia, dia menembak ke arah Kaizo. "KAPTEN KAIZO! HATI-HATI!" menjerit Yaya

"ABANGGGG!"

Kaizo sedar dengan kehadiran tembakan itu, dia terus melindungi diri dia "DINDING TENAGA!" Tembakan plasma tadi terkena dinding tenaga Kaizo dan menyebabkan letupan begitu kuat sekali. Kaizo hampir terjatuh tapi dia menahan diri dia. Boboiboy dan Yaya terjatuh kebelakang. Letupan tadi begitu dasyat sekali, asap-asap hitam mengaburi penglihatan mereka. Kaizo mencari adik dia. "abang" Kaizo terdengar suara adik dia. Sedikit demi sedikit asap-asap hitam di bawa tiup oleh angin.

Kaizo terkejut kerana adik dia berada di dalam tangan Minako. Kaizo cuba hendak selamatkan adik dia tetapi Minako mengacukan pistol plasmanya di kepala adik dia. "Kau jangan nak datang dekat" kata Minako. "Ayuh Mikey, kita balik ke kapal angkasa"

Akibat daripada letupan tadi, Mikey tidak lagi dikawal oleh kakaknya. Dia dapat berfikir dengan sendiri. Mikey terkejut melihat Fang di dalam genggaman kakaknya. "Kakak! lepaskan dia"

"Apa kau cakap! Nampaknya kuasa aku sudah hilang kesan dekat diri kau"

"Lepaskan dia!" Mikey berlari dan menolak kakak dia. Minako terjatuh bersama sekali dengan Fang. Fang cepat-cepat undurkan diri dan berlari ke arah abang dia. Boboiboy dan Yaya berlari ke arah Fang. "Kau ok tak Fang?" tanya Yaya

"Aku ok tapi aku tak faham apa yang terjadi" Mereka melihat dua adik beradik yang sedang dalam keadaan tegang. "Berani kau tolak kakak kau sendiri! Nampaknya aku kena guna kuasa aku balik untuk sedarkan diri kau!"

"CUKUP KAKAK! Mikey tak nak buat begitu lagi!" Minako sudah hilang sabar dengan adik dia. Minako memetik jarinya dan sebuah cahaya muncul di atas Boboiboy. "cahaya tadi datang balik!" kata Boboiboy sambil mendongak untuk melihat cahaya itu

"BOBOIBOY! HATI-HATI!" Minako baru sahaja hendak menhilangkan diri dia dan juga Boboiboy untuk membawa dia ke kapal angkasa dia tetapi Fang sempat menolak Boboiboy keluar dari cahaya itu. Diri Fang pula ditarik naik oleh cahaya tersebut. "PANGGGG!" Kaizo tidak akan membenarkan adik dia di ambil, dia menolak Fang keluar dari cahaya itu dan Kaizo terjatuh di bawah lingkaran cahaya tersebut.

"ABANGG!" Fang bangun dan cuba mencapai tangan abang dia yang sudah ditarik naik tetapi sudah terlambat. Kaizo hilang di depan mata Fang, Minako juga turut hilang. Mikey pula terduduk di tanah dan melihat apa yang telah berlaku sebentar tadi

"ABANGGGGGGGGGG!" menjerit Fang sekuat hati. Air mata dia mengalir keluar, dia sudah tidak tahan lagi, dia mengenggamkan tanganya sekuat hati. "KAU!" Fang pandang ke arah Mikey. Mata Fang begitu marah sekali, hati dia berapi api dengan marak kemarahan dia, dia tidak akan maafkan Mikey. Abang dia, abang kesayangan dia telah ditangkap oleh kakak Mikey. Fang bangun dan menuju ke arah Mikey yang masih lagi terduduk. Boboiboy pegang tangan Fang, dia cuba menghalang Fang tetapi Fang melepaskan tangan dia dari pegangan Boboiboy

"Fang, bawak bersabar Fang!" pujuk Yaya. Fang tidak pedulik dengan kata-kata Yaya. "KAU MEMANG DASAR ALIEN TAK GUNA! TUSUKAN JARI BAYANG!"

Mikey terduduk sahaja, dia tidak mahu berlawan balik. Dia terima apa sahaja serangan dari Fang, dia tahu dia sudah buat salah. Boboiboy sedar dengan serangan Fang tadi, dia cepat bertukar menjadi Boboiboy Gempa dan melindungi Mikey dengan tanah pelindung.

"KAU! KENAPA KAU LINDUNGI DIA!" Fang semakin marah dengan tindakan Boboiboy tadi. "Aku tak mahu berlawan dengan kau Boboiboy, baik kau ke tepi, biar aku hapuskan dia!"

"Fang, kau tengok balik Mikey. Dia tidak berlawan balik. Aku rasa dia sudah sedar, aku rasa dia sudah mengaku kesalahan dia. Fang, tengoklah kawan lama kau balik. Lihatlah diri dia, lihatlah mata dia" pujuk Yaya lagi sekali "Dia sudah menyesal, Fang"

"Betul kata kawan kau Fang. Aku menyesal dengan perbuatan aku. Maafkan aku Fang" Mikey menangis di situ. Fang masih lagi tidak puas hati kerana abang dia kena tangkap dengan kakak dia. "SUDAH! KAU JANGAN NAK MENIPU AKU!"

"Tak Fang, aku tak tipu kau. Aku memang tadi ingin lepaskan kawan-kawan kau tapi aku dihalang oleh kakak aku. Maafkan aku kerana menyerang kau, itu bukan diri aku yang sebenar. Aku dikawal oleh kakak aku"

"Jadi, sebelum ini kau dikawal oleh kakak kau juga?" tanya Fang. Mikey mengelengkan kepala dia "Tak, sebelum ini memang aku yang buat. Aku buat begitu sebab aku dendam dengan kau, aku cemburu dengan kawan-kawan kau juga. Aku cemburu melihat kau dan kawan-kawan kau begitu rapat sekali. Tapi masa kau hendak tumbuk aku, aku nampak kesedihan di mata kau. Aku nampak keseksaan kau, aku nak minta maaf kerana aku telah menyeksakan kau. Aku lukakan hati kau. Aku rasa hubungan persahabatan kita tak dapat diperbaiki balik selepas ini. Aku tahu kau dan benci dengan diri aku" Mikey menangis di situ.

"Fang, maafkan lah dia" kata Boboiboy Gempa.

"Aku tak bencikan kau, Mikey tapi kau ingat aku dapat maafkan kau begitu sahaja. Kau ingat hati aku tak terluka melihat kawan aku sendiri buat begitu dekat aku. Aku hampir naik gila, TAHU TAK!" kata Fang dengan nada garang dia. Hati aku masih lagi terluka dan marah, marah terhadap Mikey.

Mikey melihat Fang dengan penuh dengan penyesalan. "Maafkan aku Fang, maafkan aku Fang, maafkan aku Fang, MAAFKAN AKU FANG!" Mikey meraung-raung di situ meminta kemaafan dari Fang. Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Muka Fang berubah, hati dia juga turut berubah setelah melihat Mikey menangis dengan di depan dia, keikhlasan Mikey untuk meminta maaf juga terpacar di dalam tangisan dia.

Fang mendengar tangisan dari Mikey, dia pelahan-lahan pergi ke Mikey dan duduk di hadapan dia. "Maafkan aku Fang. Maafkan aku Fang. Maafkan aku Fang" Mikey tidak berhenti-henti meminta maaf kepada Fang. Dia cuma nak kemaafan dari Fang sahaja, selepas itu, dia berjanji dia tidak akan ganggu Fang lagi, itu pun kalau Fang menghalau dia dari sini.

Yaya menangis melihat Mikey yang sedang kesedihan itu, dia mengelap air matanya. "Fang, maafkan lah dia" kata Yaya "Dia sudah berkali-kali meminta maaf. Kemaafan adalah bukan senang untuk diterima, tapi dia sudah sedar Fang. Dia mengaku dengan kesalahan dia"

Semuanya menjadi sepi, hanya kedengaran daripada tangisan Mikey sahaja. Fang turunkan kedua belah tangan Mikey dan lalu berkata "Aku akan maafkan kau tapi kau kena bantu aku. Bantu aku dapatkan semula abang aku dan juga kawan-kawan aku. Tapi, sebelum itu" Fang berkata lagi "Aku perlu meminta maaf dekat kau juga, maaf kerana aku cuba membunuh kau hari itu" Mikey boleh dengar nada kesal dari suara Fang

Mikey tersenyum dalam tangisan dia. Dia pegang tangan Fang dan lalu berkata "Aku maafkan kau Fang, aku tahu kau terpaksa buat begitu, sebab salah aku, salah aku kerana ingin bawa kau pergi dari sini. Cemburu dan dendam aku terhadap kau telah mengawa diril aku, sampai hati aku menjadi buta, sampai aku tidak perasan yang aku telah lukakan hati kau" Fang tersenyum kerana kemaafan dia diterima. Luka dihati dia, pulih sedikit. Mikey berkata lagi "Aku akan tolong kau Fang. Aku janji aku tak kan ganggu kau dan kawan-kawan kau selepas ini"

"Tak, jangan kata begitu. Kalau kau ingin memperbaiki persahabatan kita, kau jangan lari. Kita akan berkawan balik, kau dan aku akan menjadi kawan baik seperti dahulu. Kau akan gembira dapat kenal dengan kawan-kawan aku" Mikey tersenyum setelah mendengar kata-kata dari Fang dan lalu dia mengelap air mata dia. Boboiboy Gempa kembali menjadi Boboiboy normal. Yaya pula berjalan ke arah mereka. "Baguslah kau dah maafkan kawan kau Fang. Kemaafan adalah pemulaan kepada pemulihan. Dan kau juga Mikey, kau tak kan menyesal berkawan dengan kita orang semua"

"Terima kasih Yaya. Aku betul-betul kesal dengan perbuatan aku. Aku akan menebus balik semua kesilapan aku"

Boboiboy tersenyum melihat Mikey sudah sedar dan Fang juga sudah maafkan dia. "Sekarang, macam mana nak pergi selamatkan kawan-kawan kita dan juga abang Fang?" tanya Boboiboy. Mikey bangun dan melihat ke langit "Aku perlu pujuk kakak aku sendiri. Aku tak nak korang berlawan dengan dia"

"Tapi, kalau kakak kau degil juga macam mana?" Fang juga bangun dari tempat yang dia duduk tadi. "Aku tak nak gunakan kekerasan terhadap kakak aku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memujuk dia. Jangan risau Fang, aku akan pastikan kawan-kawan kau dan abang kau akan selamat. Aku tak kan benarkan kakak aku cederakan mereka"

"Terima kasih Mikey" pertama kalinya, Mikey memerima senyuman ikhlas dari Fang. Mikey sudah lama tidak melihat senyuman itu, sudah lama dia tidak merasai perasaan persahabatan antara dia dan Fang. Sebelum ini, dia tidak merasai perasaan itu kerana dengan sikap cemburu dia. "Fang, terima kasih kerana menerima balik persahabatan kita. Aku tak kan sia-sia kan lagi"

Tiba-tiba sahaja, badan mereka satu per satu naik ke langit. "Fang!" Mikey cuba mencapai tangan Fang tetapi dia terlambat, Mikey hilang. Selepas itu di ikuti dengan Yaya. "Boboiboy! baik kita selamatkan diri!"

"Tapi, kalau kita tak ikut mereka, macam mana kita nak pergi ke kapal angk-" Boboiboy tidak sempat habis ayat dia, dia juga turut hilang. Fang menjadi semakin panik, tak kan tinggal dia seorang sahaja di sini. "Boboiboy, Yaya, Mikey!" selepas itu, baru dia hilang dan muncul balik di kapal angkasa Mikey dan Minako. Fang terjatuh di atas lantai kapal angkasa. Di sebelah dia terbaring Boboiboy. Yaya dan Mikey sudah bangun dan melihat sekitar kapal angkasa

"Aku rasa kita patut pergi selamatkan kawan-kawan korang dan juga Kapten Kaizo" kata Mikey. Mereka semua mengikut Mikey dibelakang sampailah dia berhenti kerana kakak dia menghalang pergerakan mereka. "Kakak!"

"Mikey, kenapa dengan kau. Kenapa kau tidak pulang dengan kakak tadi?"

"Maaf kakak, Mikey tak nak ikut cara kakak dah. Adik tahu, kakak masih nak balas dendam dekat Fang tapi semuanya sudah berakhir kakak. Kakak hentikan lah semua ini, lepaskan sahaja mereka" merayu Mikey kepada kakaknya.

"Saya juga ingin meminta maaf dekat kakak Minako. Saya minta maaf kerana cuba membunuh Mikey tapi itu sebab saya sudah terdesak. Maafkan saya"

"Maafkan kau. Jangan harap!" Minako dengan kemarahan dia, dia mengeluarkan pistol plasma dia dan mengacukan pistol itu ke arah Fang. "AMBIK NIE!" dia menembak ke arah Fang, Mikey menghalang Fang daripada terkena tembakan itu. "JANGAN MIKEY! KOKUN BAYANG!" tembakan plasma itu terkena kokun bayang Fang dan meletup begitu dasyat sekali. Kokun bayang Fang hancur akibat letupan tadi. Mereka semua sudah terbaring di lantai kapal angkasa.

"Boboiboy, Yaya.. korang ok tak?" tanya Fang

"Kita orang ok" kata mereka berdua. Mikey pula cuba bangunkan diri dia. "Kakak, sudahlah tue" kata Mikey dengan nada yang agak lemah. "Janganlah berdendam dengan kawan adik lagi. Dia sudah meminta maaf dekat kakak" Mikey merayu lagi. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk kakak dia. Minako melihat adik dia yang sudah lemah. "Adik" Minako pergi ke adik dia dan peluk adiknya. "Maafkan kakak, tapi kakak kena lakukan juga"

"APA KAKAK NAK BUAT NIE!" Minako peluk adik dia sekuat hati dan menembak ke arah Boboiboy, Fang dan Yaya. Mikey cuba melepaskan dari pelukan kakak dia. "KAKAK! JANGAN TEMBAK KAWAN ADIK!"

"DINDING TENAGA!" Kaizo muncul bersama dengan Gopal dan Ying

"eh, macam mana korang boleh ada dekat sini?" tanya Boboiboy. Lalu soalan Boboiboy terjawab juga kerana Lahap muncul di sebelah Kaizo. "HAHA! aku masuk ke dalam kapal angkasa korang secara senyap-senyap dan selamatkan kapten aku" kata Lahap

"Cis, berani kau masuk ke dalam kapal angkasa aku" Minako melepaskan Mikey. Dia bangun dan dia melihat mereka semua dengan muka yang bengang sekali. Kaizo berdiri di depan adiknya, dia tak kan bagi lagi Minako menyerang adik dia atau kawan-kawan dia. Biar dia sendiri akan habiskan dia. "Abang, jangan hapuskan kakak Mikey" Fang pegang tangan abang dia "Jangan abang" merayu Fang kepada abang dia. "Baiklah, disebabkan adik aku merayu, aku akan bagi kau satu lagi peluang untuk pergi dari sini. Jika kau datang balik ke sini, berjaga-jagalah kau"

Mikey terpaksa redha dengan kata-kata Kaizo tadi. Dia tidak dapat berjumpa balik dengan rakan dia. Mikey melihat sahaja wajah Fang, ini kali terakhir dia dapat berjumpa dengan Fang, selepas ini mungkin tidak dapat berjumpa lagi. "Tak, aku tak kan beredar dari sini" Mikey terkejut dengan kata-kata kakak dia. "Kakak! jangan begitu. Kita sudah diberikan satu peluang"

"KAKAK PEDULIK APA!" Minako baru sahaja hendak menembak mereka lagi, Kaizo sudah keluarkan pedang tenaganya. Kaizo berlari ke arah Minako tetapi Mikey sudah berdiri di depan kakaknya untuk menghalang daripada kakaknya terkena dengan pedang tenaga itu. "MIKEYYYYYYY!" Boboiboy, Fang dan Yaya menjerit. Pedang tenaga Kaizo tertikam badan Mikey.

Kaizo melepaskan pedang tenaganya. Kaizo tidak bercakap apa, dia cuma tergaman melihat seorang adik sanggup melindungi kakaknya sendiri walaupun sudah berkali-kali memujuk dia "ADIK! kenapa kau buat begitu" Minako mengangkat kepala adiknya. Dia menangis melihat adiknya. Dia akan kehilangan adiknya. Minako mengusap-gusap pipi adiknya. "Jangan tinggalkan kakak"

"Maafkan adik, kakak" Mikey tersenyum lemah kepada kakaknya. Badan dia makin lama makin sejuk, tak lama lagi dia akan pergi meninggalkan kakak dia. "Tak adik, kakak yang perlu minta maaf dekat adik. Maafkan kakak kerana tidak mendengar kata-kata adik" Minako memeluk adiknya.

Fang berlari ke arah Mikey dan terduduk di sebelah Mikey. Fang pegang tangan kawan dia yang sudah sejuk itu, Fang menangis melihat kawan dia "Kenapa kau pergi dulu. Kita baru sahaja nak mula memperbaiki persahabatan kita. Jangan tinggalkan aku!" Yaya dan Ying berpelukan menangis, Gopal pusing kebelakang kerana terlampau sedih sangat, dia tak sanggup nak tengok. Boboiboy menangis di situ juga, Lahap pegang bahu dia untuk tenangkan dia. Kaizo pula tidak bercakap apa, dia rasa bersalah tapi dia terpaksa. Dia tidak sangka semua ini akan berakhir dengan kesedihan, terutama sekali kesedihan di hati adiknya

"Maaf Fang, aku tidak jangka persahabatan kita sampai di sini sahaja" Mikey hanya tersenyum lemah melihat Fang yang sedang menangis. "Terima kasih sahabatku, Fang. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku" Mikey menghembus nafas terakhir dia. Mikey menutup mata dia dan dia tersenyum dalam kematian dia. Mikey telah pergi buat selama-lamanya, Minako tidak berhenti-henti menangis. Dia teringat lagi kata-kata adik dia, kalau berterusan begini, salah seorang daripada mereka akan pergi. Dia tidak sangka adik dia akan pergi dulu meninggalkan dia. Minako kesal dengan tindakan dia tapi semuanya sudah terlambat. Kalau lah dia dengar kata adiknya, Mikey masih hidup lagi sekarang ini. Mungkin dia membenarkan Mikey duduk di bumi bersama dengan kawan-kawan dia.

"Maafkan kakak"

--------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan juga Kaizo sudah di hantar pulang oleh Minako. Dia berjanji dia tidak akan menganggu mereka lagi. Dia akan kembali ke planet asal mereka untuk membawa pulang badan adiknya. Selepas sahaja Fang sampai di rumah, dia mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Sudah 2 hari Fang duduk termenung di dalam bilik dia. Kaizo cuba ceriakan adiknya tetapi tidak berjaya, dia panggil kawan-kawan dia untuk ceriakan Fang. Boboiboy dan Ochobot datang ke rumah mereka. Mereka berdua membawa donut lobak merah, khas untuk Fang.

"Fang, janganlah macam tue. Janganlah kau kesedihan berpanjangan Fang" Boboiboy melihat sahaja kawan dia hanya terbaring di atas katil. Fang tidak mahu Boboiboy melihat dirinya yang sedang sedih. Dia hanya berdiam sahaja. "Ochobot, kau cuba pujuk dia"

"Hmmm..." Ochobot berfikir sebentar "Fang, kalau kau sedih, nanti Mikey juga akan sedih. Dia tidak mahu melihat kawan dia bersedihan. Dia nak kau kembali ceria balik seperti dulu, dia nak kau jangan lupakan dia tapi bukan cara begini" Ochobot terbang dekat dengan Fang

"Fang, kawan-kawan kau semua sedang menunggu kau. Kawan-kawan kau nak lihat kau tersenyum balik, kami nak dengar gelak ketawa dari kau" kata Ochobot lagi. Fang mula bergerak dan dia bangunkan diri dia. "Maafkan aku Boboiboy"

"Kenapa kau perlu maafkan dekat aku pula, kau tak buat salah pun Fang. Kita orang semua faham dengan perasaan kau" Fang tersenyum sedikit. Apa gunanya kalau dia bersedihan berlarutan begin. Mikey mesti tidak suka melihat aku begini, fikir Fang. Lagipun, Mikey pergi dengan senyuman terukir di wajahnya. Dia juga patut tersenyum. Luka dihati dia sedikit demi sedikit sudah kembali pulih.

"HAH! Baru kau nak senyum. Ambik biskut Yaya nie" Muncul pula Gopal dengan sebungkus biskut Yaya. "Apasal kau bagi aku biskut Yaya pula"

"Kau lupalah tue, hari tue kau dah kalah dengan cabaran aku, jadi maknanya. Kau kena makan biskut Yaya selama seminggu! Akhirnya aku dapat kalahkan Fang! YAHOOOOO!" Fang mengambil biskut Yaya dari tangan Gopal. "Habis lah aku seminggu nie, asyik pengsan sahaja" Fang hantuk-hantuk kepala dia dekat bantal. Boboiboy, Gopal dan Ochobot tergelak sahaja.

"Baguslah kau dah kembali ceria" muncul Yaya dan Ying pula. Kali ini mereka membawa dua buah kotak yang berisikan donut lobak merah untuk Fang. "Banyak betul kau dapat donut lobak merah hari ini. Satu dari aku, satu dari Yaya dan satu lagi dari Ying" kata Boboiboy

"TIGA KOTAK DONUT LOBAK MERAH KAU DAPAT! bagilah aku satu Fang!" merayu Gopal dekat Fang. Muka Fang terus berubah kerana dia mendapat satu idea. "Kalau kau nak sangat, kau kena habiskan kesemua biskut Yaya dalam 1 minit dan aku tak perlu makan biskut Yaya selama seminggu" Fang tunjuk biskut Yaya di depan muka Gopal. Gopal menelan ludah, tapi demi donut lobak merah yang sedap itu, dia sanggup telan kesemua biskut Yaya

"Bak sini!" Gopal mengambil biskut Yaya dan telan kesemuanya. Gopal rasa nak pengsan dekat situ tetapi dia terus berlari ke bilik air Fang. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan juga Ochobot tergelak melihat gelagat Gopal

Kaizo yang berdiri di muka pintu, dia berasa lega kerana adik dia sudah kembali ceria. Dia hanya tersenyum sahaja dan tinggalkan adiknya dengan kawan-kawan dia yang sedang gelak ketawa bersama.

"Jangan lupakan aku Fang"

Tak, aku tak kan lupakan kau Mikey, persahabatan kita dahulu,akan aku abadikan, kata dihati Fang sambil tersenyum

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top