Kejutan

Macam mana dia boleh gagal dalam ujian matematik kali ini, fikir Fang sambil melihat markah ujiannya. Kalau abang dia tahu, dia mesti akan dikenakan denda. Fang menghela nafas dan menyimpan kertas ujian dia di dalam beg sekolah. Sebelum ini Fang pernah gagal ujian matematik tetapi tidak pula seteruk begini. Dia banyak sangat main ke kali ini?

Fang berjalan pulang ke rumah, dia menolak ajakan kawan-kawannya pergi ke kedai Tok Aba. Boboiboy cuba untuk menghiburkan hati Fang tetapi gagal

 "Jumpa esok Boboiboy" kata Fang dengan nada yang sedih

"Fang, jangan sedih" Fang menghiraukan sahaja Boboiboy

Fang hanya berjalan sahaja tanpa berkata apa kepada kawan-kawannya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah Fang sampai tiba di rumah, dia terus pergi ke biliknya. Dia tidak sedar bahawa abangnya tiada di dalam rumah itu. Kaizo semenjak awal pagi lagi, dia sudah keluar dari rumah untuk mencari resepi donut lobak merah. Kaizo sedar bahawa selama ini dia selalu buat adik dia sendiri merana kerana buli-buli yang dia selalu berikan kepada adiknya. Jadi Kaizo ingin menembus kesalahan dia dengan memberikan donut kegemaran adiknya

Kaizo kini dalam perjalanan ke kedai Tok Aba. Mungkin salah seorang daripada kawan Fang ada resepi donut lobak merah. Apa nama kawan-kawan adik aku, fikir Kaizo sambil mengusap dagunya

Yang memakai topi oren itu namanya Boboiboy, yang badan besar tue, Mobal? Pogal? Gopal? senang cerita budak kuat makan dan suka bermain dengan video game

Yang pakai tudung pink tu, apa nama dia. Mimi? Yoyo? Yaya? Budak biskut?

Yang cina tu, Ming? Ling? Ying? dia tu cepat sangat bercakap

Itulah yang Kaizo sedang fikirkan. Dia sendiri tak pernah bertanya kepada adiknya apa nama mereka semua. Yang Kaizo tahu hanyalah nama Boboiboy sorang sahaja

Setelah dia tiba di kedai Tok Aba, dia berasa lega sekali kerana adiknya tiada di situ. Bolehlah dia meminta resepi donut lobak merah tanpa di ketahui oleh adiknya, fikir Kaizo.

 Dia ingin membuat kejutan untuk Fang. Dia tahu donut lobak merah adalah makanan kegemaran Fang. Dia ingin membuat adiknya tersenyum. Dia tidak mahu melihat adiknya kelihatan sedih ataupun marah kerana asyik dibuli oleh dia sendiri

"Kapten Kaizo buat apa dekat sini?" Tanya Boboiboy "Kalau Kapten Kaizo cari Fang, dia dah balik rumah"

"Aku ke sini bukan sebab adik aku. Aku ke sini kerana ingin meminta resepi donut lobak merah" kata Kaizo dengan nada seriusnya

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memandang satu sama lain kerana mereka semua tiada resepi donut lobak merah

"Maaf Kapten Kaizo, kami semua tiada resepi donut lobak merah" kata Yaya "Tapi kalau Kapten Kaizo nak resepi biskut dari saya bolehlah"

"Atok ada resepi donut lobak merah" lalu Tok Aba mencari-cari resepi donut lobak merah di dalam laci dan akhirnya jumpa resepi tersebut "Ambiklah Kaizo, jangan lupa bagi kami semua rasa sekali"

"Terima kasih" Kaizo mengambil resepi tersebut dari Tok Aba. Dia baru hendak pulang tetapi dia berhenti seketika dan menoleh ke arah Yaya "Apa nama kamu, Mimi? Yoyo? Aku nak resepi biskut kamu"

Terkejut Boboiboy, Gopal dan Ying. Kapten Kaizo nak resepi biskut Yaya?! Dia nak bagi Fang masuk hospital ke? fikir Boboiboy

"Nama saya Yaya lah. Sekejap, biar saya cari resepi tue dalam beg sekolah"

"Wei, kau pergilah halang Kaizo dapatkan resepi biskut Yaya tue" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Kau gila ke Gopal. Tak pasal-pasal nanti Kaizo mengamuk pula" Boboiboy bisik balik ke Gopal

"Aiyooo.. korang nie, senang sahaja maaa.. kita tukar resepi biskut Yaya kepada resepi lain" Ying pula berbisik dengan mereka

"Ha ah lah. Ying, kau guna kuasa kau, dan gantikan resepi biskut Yaya" Ying setuju dengan Boboiboy. "Tapi sebelum tue, kita kena cari resepi biskut yang sedap" kata Boboiboy

"Hah! Jumpa pun. Ambik lah resepi biskut saya"

"Kuasa pelahankan masa" Ying cakap secara senyap-senyap dan terus menukar resepi biskut Yaya kepada resepi lain. Setelah Ying menukar resepi tersebut, masa bertukar menjadi seperti biasa

"Terima kasih" kata Kaizo kepada Yaya "Tunggu sekejap, boleh tak aku meminjam salah sorang punya dapur"

"Haa.. guna sahaja atok punya dapur. Boboiboy, pergi bawa Kaizo ke rumah. Ochobot ada dekat rumah juga" kata Tok Aba "Korang pun boleh tolong Kaizo buatkan donut lobak merah"

Jadi mereka berlima terus ke rumah Boboiboy untuk membuat donut lobak merah dan juga biskut resepi lain

----------------------------------------------------------------------------------------------

Fang masih lagi di dalam biliknya. Dia melihat sekali lagi kertas markah ujian matematik. Dia tidak percaya dia boleh gagal dalam ujian matematik kali ini. Padahal dia boleh sahaja kalahkan Yaya dan Ying dalam kesemua ujian matematik tetapi disebabkan Yaya dan Ying tue tak bagi orang lain mengambil kedudukan no 1 dan no 2, jadi Fang terpaksa korbankan jawapan betul dia.

Fang semak balik semula kesemua soalan matematik. Dia jawap semua salah ke? Ternyata, semuanya jalan kerja matematik dia salah. "TIDAKKKK!" menjerit Fang

"Kali nie, aku akan berusaha lebih kuat lagi!" Dia mengambil kesemua buku latihan matematik dan terus menjawap semua soalan matematik.

"ALAMAK!" baru dia sedar, semua buku latihan matematik dia, semuanya sudah habis dijawap. "Aku kena beli buku latihan matematik yang baru" Fang menukar baju sekolahnya kepada baju yang biasa dia pakai dan terus ke kedai buku.

Sampai sahaja di kedai buku, Fang membelek-belek buku latihan matematik. "Tapi semua latihan matematik dekat sini, semuanya aku dah beli. Takde yang baru ke?" Fang membuat keputusan beli sahaja buku latihan matematik darjah 6!

Belajar matematik darjah 6 lagi awal lagi bagus. Dia pasti akan dapat no 1. Dengan begitu gembira sekali, dia mengambil kesemua latihan matematik darjah 6.

Kembali ke rumah Boboiboy. Kaizo dengan bantuan dari kawan-kawan Fang, dia telah berjaya membuat adunan donut dengan campuran lobak merah. Yaya masih lagi memotong lobak merah, katanya untuk membuat biskutnya. Padahal dia tidak tahu resepi dia telah ditukar.

"Sekarang kita goreng donut nie" kata Boboiboy. Kaizo mencapai senduk tersebut sebelum Boboiboy dapat memegangnya. "Biar aku yang buat" kata Kaizo

Lima minit kemudian, habis semua donut menjadi hitam. "Kenapa Kapten Kaizo biarkan donut-donut tue jadi hangus" tanya Yaya

"Kamu mempersoalkan aku" marah Kaizo kepada Yaya "Tak Kapten Kaizo, kita boleh buat sekali lagi donut-donut tersebut" Maka mereka buat lagi donut sampailah Kaizo tak bagi hitam donut tue

Akhirnya menjadi juga donut lobak merah, bagaimana rasanya, entahlah. Kaizo tidak bagi mereka merasa donut tersebut, biar adik dia sahaja akan merasa terdahulu

"Sekarang kita buat biskut kamu pula" Yaya dengan begitu gembira, lalu dia menolong Kaizo

"Takpe, biar aku yang buat sendiri. Korang semua boleh balik ke rumah" Kaizo mengarah Gopal, Yaya dan Ying balik ke rumah. Boboiboy pula naik ke biliknya bersama Ochobot

"Boboiboy, kau tak nak pergi tolong Kapten Kaizo ke?" tanya Ochobot "Ala, nanti kalau dia perlukan pertolongan, aku pergi lah tolong dia. Biarlah dia buat biskut tue khas untuk Fang. Selamat Ying dah tukar resepi Yaya tue, kalau tak, habis Fang nanti"

Kita kembali kepada Fang.

Fang dengan hati yang terhibur, mengangkat beg-beg plastik yang penuh dengan buku latihan matematik yang baru. Semasa dia dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Yaya

"Hai Fang" kata Yaya yang asyik tersenyum

"Kau buat dekat sini?"

"Oh, aku tengah mencari bahan-bahan buat biskut untuk esok. Oh yea, abang kau ada kejutan khas untuk kau"

"Kejutan khas?"

"Yelah, kau jangan lupa balik awal, nanti abang kau cari pula" lalu Yaya meninggalkan Fang dan pergi mencari bahan-bahan untuk biskut dia

Kejutan khas? Kejutan apa tue? fikir Fang ,Kejutan latihan tempur ke? Tak mungkin tapi abang selalu bagi kejutan latihan tempur dia, fikir dia lagi

Kali nie jam kuasa dia pula berbunyi. "FANG!" Boboiboy yang muncul

"Kenapa? Ada apa Boboiboy?"

"Abang kau cari kau dekat rumah. Dia ada kejutan khas untuk kau"

"Kejutan apa? Bagitahu aku Boboiboy" merayu Fang

"Mana boleh, kau balik jelah rumah. Nanti kau akan tahu" terus Boboiboy menutup jam kuasanya. Fang berasa sungguh cuak sekali. Kejutan apa tue? Entah-entah abang dia ternampak markah ujian matematik dia yang gagal hari ini sebab dia tertinggal kertas ujian dia dekat atas meja

"TIDAKKKK!" Fang berlari sambil menjerit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah 2 jam Kaizo menunggu kepulangan adik dia. Dia terus menghubungi Boboiboy "Mana adik aku si Pang?"

Eh, dia tak balik lagi" kata Boboiboy

"Belum, pergi cari dia cepat!"

"Ba-baik Kapten Kaizo" terus Boboiboy pergi mencari Fang

Kaizo yang tidak boleh duduk diam, lalu dia pun pergi mencari adiknya. Dari satu tempat ke satu tempat dia mencari tetapi tidak juga jumpa. Ke mana adik dia pergi? fikir Kaizo

Dia pergi ke markas kotak Adudu tetapi gagal juga, dia tiada di situ

Kaizo mencari Fang di rumah Gopal, dia juga tiada di situ. Sama juga di rumah Yaya dan Ying, Fang tiada di situ. Kaizo pergi ke rumah Boboiboy. Selalunya adik dia suka larikan diri ke rumah Boboiboy tetapi malangnya, dia tiada di situ

Kaizo putus asa dan balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dia pergi ke bilik adiknya. Kaizo mulai risau jikalau ada orang jahat yang tangkap Fang. Tak mungkin, Fang pandai mempertahankan diri tetapi bagaimana jikalau orang itu meracuni Fang seperti Ratu Lily buat terhadap dia sebelum ini.

Kaizo ternampak sehelai kertas di atas meja Fang. Dia mengangkat kertas itu dan nampak markah ujian matematik. Fang gagal dalam ujian kali ini. Baru Kaizo paham kenapa Fang tidak mahu balik ke rumah, dia takut kena marah dengan abangnya.

Kaizo terus menghubungi Boboiboy sekali lagi "Boboiboy, kau dah jumpa adik aku?"

"Sudah Kapten Kaizo. Dia ada dekat sekolah"

"Pujuk dia balik ke rumah dan cakap aku takkan marah dia sebab gagal dalam ujian matematik" Lalu Boboiboy cuba memujuk Fang balik ke rumah dan akhirnya Boboiboy berjaya memujuk Fang

Kaizo memanggil kawan-kawan adiknya yang lain untuk memberi kejutan donut lobak merah kepada Fang.

10 minit mereka tunggu kepulangan Fang, akhirnya dia sampai dengan Boboiboy.

"Eh, kenapa korang ada dekat sini?"

"Kita orang ada dekat sini sebab abang kau yang suruh" kata Gopal

Kaizo keluar dari dapur sambil memegang sebuah dulang yang berisikan donut lobak merah. "Pang, abang dengan bantuan kawan-kawan kamu. Ada buat donut lobak merah khas untuk kamu"

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terasa ingin menangis kerana ini pertama kali abang dia buat sesuatu luar jangkaan dia. "Abang buat ini semua untuk adik"

"Mestilah. Pang adik kesayangan abang" Fang terus memeluk abangnya begitu gembira sekali. Yaya dan Ying menangis tanda gembira melihat mereka

"Kau menangis juga ke Gopal?"

"Mana ada Boboiboy, mata aku masuk habuk sahaja" Gopal mengelap air matanya

"Eleh, cakap jelah kau menangis" kata Ochobot. Boboiboy tergelak sahaja

"Lagi satu, abang ada buat biskut kawan kamu. Apa nama dia? Mimi?" Kaizo memberi sebalang biskut kepada Fang. Habis lah aku, kalau aku kena telan semua biskut yaya, fikir Fang

"Jangan risau Fang, kita orang dah tukar resepi tue" bisik Boboiboy. Fang berasa sungguh lega, lalu dia membuka penutup balang tersebut dan mengambil satu biskut

"Sebelum itu, kamu perlu rasa dulu donut lobak merah nie" Kaizo memberi satu donut lobak merah kepada Fang

Fang yang tidak sabar untuk merasa donut tersebut, lalu dia mengambil dari tangan abangnya dan makan donut itu "ABANG! SEDAP ABANG BUAT!"

Kaizo berasa sungguh bangga dan memberi donut yang lain kepada kawan-kawan Fang untuk merasa juga.

Setelah selesai Fang makan donut tersebut, dia mengambil balik biskut tadi dan makan biskut tersebut. "ERKKKK!"

Semua terkejut melihat Fang pengsan di tengah-tengah ruang tamu "Kenapa dengan adik aku?" Kaizo cuba bangunkan Fang. "PANG!"

"Wei Ying, betul ke kau dah tukar resepi tadi?" bisik Gopal kepada Ying

"Aku dah tukar tapi tak tahu macam mana dia boleh pengsan"

"HAH! aku dah agak dah, korang yang tukar resepi aku kan. Jadi aku tukar balik ke resepi aku" marah Yaya kepada Ying dan Gopal

"Wei, wei.. baik korang lari sebelum Kapten Kaizo mengamuk" kata Boboiboy dan terus lari keluar bersama Ochobot. Ying dan Gopal turut ikut sama seperti Boboiboy, mereka cabut lari sambil menjerit "MAAFKAN KAMI KAPTEN KAIZO!"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi-pagi lagi Boboiboy, Gopal dan Ying dikenakan hukuman oleh Kaizo. Mereka tidak faham kenapa mereka bertiga yang kena bukan Yaya yang sepatutnya kena hukuman tersebut

"Kapten Kaizo, kenapa kita orang kena hukuman?" tanya Boboiboy

"Kamu bertiga yang telah menukar resepi biskut kegemaran adik aku, jadi kamu bertiga dikenakan hukuman. Cepat buat senaman!"

"Cheh, adik dia yang pengsan, kita pula yang kena" kata Gopal

Fang dan Yaya duduk di kedai Tok Aba sambil melihat mereka bertiga bersenam dari pukul 7 tadi. Fang masih lagi tidak faham, macam mana boleh terjadi nie? Macam mana Yaya boleh terlepas daripada hukuman abang dia. Pelik pelik...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top