Kawan Gila

"Boboiboy, sudahlah tue. Kau menangis macam mana pun, dia tak kan kembali"

Itulah kata-kata Yaya sebelum dia meninggalkan Boboiboy keseorangan di tepi pantai. Boboiboy telah kehilangan seorang kawan baik, bukan dia sahaja. Yaya, Ying, Gopal dan juga Ochobot turut kehilangan kawan baik mereka juga.

Bagaimana ini semua terjadi. Ia berlaku 3 hari yang lepas.

------------------------------------------------------

"Wei Fang! kau apasal tiba-tiba bad mood pagi nie?"

"Suka hati akulah kalau aku nak bad mood ke tak, kau sibuk apasal" Fang yang sedang duduk di kedai Tok Aba dengan bad mood dia. Pagi tadi abang dia buat hal lagi dengan dia sampai mood baik dia terus menjadi bad mood. Boboiboy dan Gopal dari tadi asyik memerhatikan Fang yang sedang tonyoh-tonyoh chocolate pancake sampai hancur. Selamat Yaya tiada di situ, kalau tidak, boleh berlaku peperangan besar di situ.

"Fang, ceritalah, apa yang terjadi" tanya Boboiboy

Fang tidak mahu bercerita kerana kalau dia bercerita apa yang berlaku, hati dia akan menjadi bertambah sakit. Dia mahu melupakan tentang perkara itu. Tentang abang dia ingin membawa dia pulang ke planet asal mereka. Fang bergaduh besar dengan abang dia pagi tadi. Pergaduhan di antara mereka berdua menyebabkan abang dia pergi ke kapal angkasa dan meninggalkan dia di planet bumi sorang-sorang.

Fang di tinggalkan lagi sekali. Dia tidak tahu kenapa abang dia mahu membawa dia pergi dari sini. Dekat bumi ini, dia ada kawan-kawan dia yang dia tidak sanggup berpisah dengan mereka semua. Sebahagian daripada dia juga, tidak sanggup berpisah dengan abang dia.

"Aku balik dulu, daripada aku duduk sini lama-lama, boleh naik tension aku" Fang bangun dan tinggalkan kawan-kawan dia yang ada di situ. "Wei Boboiboy, kau ikutlah dia. Nanti mesti dia cerita dekat kau"

"Tapi kalau dia tak nak cerita macam mana Gopal. Biarkan lah dia dulu. Lama-lama nanti oklah dia" kata Boboiboy sambil melihat Fang yang sudah berjalan jauh daripada mereka. Fang bukan berjalan menuju ke rumah dia, tetapi ke tempat yang dia sangat suka, iaitu pantai. Tempat yang dia suka berfikir. Fang melihat keadaan pantai hari ini, begitu ramai sekali. Dia mengambil tempat duduk di bawah sepohon pokok kelapa dan melihat sahaja ombak-ombak laut melantun-lantun dari jauh dan terus datang ke tepi pantai.

"Kamu Fang kan?" Fang memandang ke atas dan nampak seorang budak lelaki yang sebaya dengan dia. "Kau mungkin tak ingat aku, aku kawan lama kau"

"Kawan lama?" Fang cuba fikirkan siapa kawan lama dia. Setahu dia, dia tidak pernah mempunyai kawan sebelum ini, cuma Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sahaja kawan dia. Budak lelaki yang berbaju kan tanpa lengan duduk disebelah dia. "Nama aku Mikey, aku berasal dari planet kau juga"

Mikey? Fang cuba ingatkan balik. "Kau tak ingat?" Fang hanya mengelengkan kepala sahaja. "Takpelah kalau kau tak ingat tapi aku ingat kau lagi. Masa itu umur kita 7 tahun, aku nampak kau bermain sorang-sorang. Jadi aku datang dekat dengan kau, aku memperkenalkan diri aku dekat kau"

Fang baru sahaja teringat. Mereka pernah berkawan selama 3 hari sahaja sebelum dia diheret pergi oleh abang dia. Masa itu Fang sedang kejar seekor katak, dia cuba menangkap katak itu tetapi tidak berjaya. Dia terjatuh ke dalam lumpur dan menyebabkan baju dia kotor. Mikey datang ke arah dia dan mereka sama-sama pergi menangkap katak tersebut.

Dari situ mereka menjadi kawan tapi hanya sekejap sahaja. "Baru aku ingat, katak yang kita tangkap sama-sama kan" kata Fang. Muka Mikey terus berubah, dia berasa sungguh gembira kerana Fang sudah mengingati dia. Mereka berdua teringat balik tentang memori mereka bersama, mereka melompat seperti katak di dalam lumpur, selepas itu mereka berdua bermain di dalam hujan. Gelak ketawa mereka berdua masih lagi segar dalam ingatan mereka.

"Tapi, macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanya Fang

"Semenjak abang bawa kau pergi, aku tak henti-henti mencari kau. Aku meminta bantuan daripada kakak dan abang aku untuk mencari kau tapi mereka memberitahu aku bahawa kau sudah terbang jauh ke angkasa. Aku sanggup ikut kakak aku terbang ke angkasa juga, aku ikut kakak aku kerana aku ingin mencari kau. Akhirnya aku jumpa juga kau, kau ada di bumi bersama dengan abang kau"

"Selama ini kau mencari aku?"

"Yea Fang. Bertahun-tahun aku mencari kawan lama aku, akhir aku jumpa juga. Tapi kenapa kau ada dekat sini?" tanya Mikey. Fang menghela nafas dan berceritakan kepada Mikey bagaimana dia dihantar ke bumi untuk misi abang dia, bagaimana dia mendapat kawan baru di sini, bagaimana abang dia datang balik ke bumi dan duduk di sini bersama dia. Semuanya dia bercerita kepada Mikey

"Tapi sekarang, abang aku sudah pergi. Dia cakap dia nak balik ke planet asal dia" Muka Fang berubah sedih. Mikey pegang bahu Fang supaya dia jangan bersedih. "Kau jangan sedih, aku pasti abang kau akan datang balik ke sini"

"Terima kasih Mikey. Terima kasih juga kerana kau sanggup cari aku selama ini"

"Mestilah, aku kawan kau" Mikey memberikan senyuman kepada Fang. Mereka berdua duduk di situ sambil berceritakan apa yang berlaku dengan kehidupan mereka sebelum ini. Mikey turut mendengar cerita tentang kawan-kawan Fang di bumi, kawan baik Fang. Dia menjadi cemburu apabila Fang asyik berceritakan kisah-kisah tentang pengembaraan dia dan kawan-kawan dia. "Fang, malam nie kau tidur rumah aku nak tak?"

"Tidur rumah kau? buat apa?"

"Yelah, boleh kita bercerita lagi. Lagipun kita sudah lama terpisahkan. Kakak aku mesti nak jumpa kau sekali, nanti aku suruh masakan makanan yang sedap-sedap untuk kau" kata Mikey. Dia perlu yakinkan Fang supaya datang ke rumah dia. Dia perlu merampas Fang daripada Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. "Boleh juga, lagipun rumah aku tiada siapa pun kecuali kucing aku"

"Bawalah kucing kau sekali" Nampaknya Mikey mempunyai niat jahat terhadap Fang. Dia cuma perlu yakinkan bahawa kawan-kawan dia dibumi bukanlah kawan terbaik dia. Hanya dia sahaja kawan terbaik dia. Lepas itu dia perlu membawa Fang pulang ke planet asal mereka.

----------------------------------------------------------------

Kesokannya, mereka berdua pergi bersiar-siar di sekitar bandar Pulau Rintis. Mereka kelihatan seperti berkawan sudah lama walaupun mereka baru sahaja jumpa balik semalam. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying nampak Fang berjalan dengan seorang budak lelaki. Mereka berasa pelik kerana Fang bukannya jenis suka bersosial dengan sesiapa. "Aik, bila masa Fang dapat kawan baru?" tanya Ying

"Aku tak pernah nampak budak tue sebelum nie" kata Gopal

"Ha ahlah, entah-entah budak baru pindah ke sini. Jom kita tegur dia orang" Boboiboy berlari ke arah mereka. Gopal, Yaya dan Ying mengikut Boboiboy dari belakang. "FANG!" panggil Boboiboy.

Fang pandang ke arah Boboiboy dan melambai-lambai kepada dia. "Fang, siapa kawan baru kau?" tanya Boboiboy. Oh, inilah kawan baik kau Fang, fikir Mikey. Dia melihat sahaja budak bertopi oren ini.

"Ini kawan lama aku, kita orang baru sahaja jumpa balik semalam" kata Fang dengan nada suara dia yang gembira. "Kawan lama? bukan dulu abang kau tak bagi kau berkawan dengan sesiapa ke?" tanya Boboiboy

"Memang pun tapi-" Mikey memotong percakapan Fang dan sambungkan ayat itu

"Tapi kita orang hanya dapat berkawan dalam 3 hari sahaja. Aku datang ke sini sebab dapat tahu dia sudah duduk di bumi" Mikey memberikan senyuman kepada mereka, lalu dia berkata lagi "Maaflah, kita orang kena cepat. Ada movie kita orang nak pergi menonton bersama. Jumpa lagi. Jom Fang" Mikey menarik tangan Fang dan beredar dari situ Fang menoleh kebelakang dan meminta maaf kepada mereka.

"Kenapa, aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan kawan dia" bisik Boboiboy.

"Apa kau cakap Boboiboy, aku tak dengar lah"

"Takde apa-apalah Gopal. Jomlah kita ke kedai Tok Aba" Boboiboy melihat Fang dengan kawan lama dia, mereka begitu mesra sekali. Apa yang dia nampak seterusnya, budak itu menoleh kebelakang dan merenung tajam ke arah Boboiboy. Mata merah dia penuh dengan niat jahat, Boboiboy dapat rasakan Fang di dalam bahaya. "Boboiboy?" panggil Yaya

"Aku rasa budak itu ada niat jahat" kata Boboiboy kepada Yaya.

----------------------------------------------------------

Selepas sahaja mereka habis menonton wayang, Mikey menarik tangan Fang ke taman permainan yang berdekatan. Mereka duduk di bangku taman tersebut dan mula berborak. "Fang" panggil Mikey "Berapa lama kau akan duduk di sini?"

"Entahlah, mungkin selama-lamanya. Aku sudah biasa duduk di sini, lagipun kawan-kawan aku semua ada dekat sini, kenapa perlu aku pulang ke planet asal aku"

"Tapi kau ada aku nanti. Takdelah kau akan rasa sunyi nanti" Fang pandang ke arah kawan dia dengan muka yang serius. "Yea, kau memang kawan lama aku tapi kita kenal baru 3 hari sahaja, lepas itu kita baru sahaja berjumpa balik sini. Aku dengan kawan-kawan aku, pelbagai cabaran dan suka duka yang kita orang hadapi bersama"

"Jadi, apa yang kata kau tadi, kau tak nak berkawan dengan aku?"

"Tak, maksud aku bukan begitu" Fang melihat kanak-kanak lain sedang bermain di taman permainan. "Aku cuma tak nak tinggalkan mereka begitu sahaja. Kau tak faham, ikatan aku dengan kawan-kawan aku begitu kuat, tiada apa yang dapat pisahkan kami semua" Mikey begitu marah marah sekali. Dia benci dengan kawan-kawan baik Fang. Adakah dia patut hapuskan mereka sahaja atau heret Fang pulang ke planet asal mereka. Dia perlu bersabar, dia tidak patut memaksa Fang.

"Kalau macam tue, aku nak berkenalan dengan mereka boleh?" Fang terkejut dan terus senyum kepada Mikey. "Boleh, kau tentu akan menyukai mereka semua"

Tak Fang, aku benci mereka. Aku pastikan mereka tak kan berjumpa dengan kau lagi, fikir Mikey. Dia berpura-pura senyum kepada Fang. Dalam perjalanan mereka ke kedai Tok Aba, Mikey dari tadi asyik bercerita tentang dia dengan kakak dia dalam pengembaraan mereka di galaxy. Fang juga cerita sedikit tentang misi dia dengan abang dia dulu, mereka gelak ketawa sampailah ke satu tahap Fang rasa ingin pergi mengembara ke planet lain dengan kawan lama dia

"Tapi kalau aku pergi mengembara dengan kau, mesti seronok juga" kata Fang secara tiba-tiba

"Kita berdua sahaja ke?" Mikey teruja dengan kata-kata Fang tadi. Dia dapat bayangkan dia dan Fang pergi dari satu planet ke satu planet dan dapat berjumpa dengan makhluk alien lain. "Mesti seronok kan" kata Mikey lagi "Jomlah Fang, aku suka dengan idea kau"

"Tapi kalau aku pergi, aku dapat berjumpa dengan kawan aku di sini lagi ke?"

"Mestilah, kau boleh sahaja melawat dia orang lagi di sini" Dalam hati Mikey kata lain, aku pastikan kau tak dapat berjumpa dengan mereka lagi. Dia orang bukan kawan terbaik kau, Fang.

Fang senyum sahaja, dia tidak nampak niat sebenar kawan dia. Dia cuma rasa gembira dapat berjumpa balik dengan kawan lama dia. Fang tidak sabar melihat Mikey berkawan dengan kawan-kawan baik dia. Mungkin lagi seronok dengan adanya Mikey dalam geng mereka. Setelah sampai di kedai Tok Aba, Fang memanggil mereka semua. Boboiboy nampak budak itu lagi, dia dari tadi asyik berkepit dengan Fang.

"Mari aku memperkenalkan kawan aku, ini Mikey"

"Aku Boboiboy, salam perkenalan Mikey" Boboiboy menghulurkan tangan kanan dia untuk bersalam dengan Mikey tapi Mikey seperti tidak mahu bersalam dengan Boboiboy. Fang tidak nampak mereka berdua kerana dia sibuk memesan dua Ice Blended Chocolate Special dekat Tok Aba. "Kau lah Boboiboy yang Fang asyik bercerita dan korang pula" Mikey pandang dari Boboiboy terus ke dua kawan perempuan Fang. "Kau mesti Yaya dan Ying dan yang ini pula mesti Gopal"

"Pandai kau meneka" kata Yaya "Sudah berapa lama kau duduk di sini Mikey" kata Yaya lagi

"Aku baru sahaja duduk di sini seminggu. Aku tinggal bersama dengan kakak aku. Tahun depan mungkin aku satu sekolah dengan korang semua"

"Wah! boleh lah kau berkawan dengan kita orang kan kan" kata Gopal, tiba-tiba sahaja dia rasa sangat gembira. Mungkin dapat kawan baru, dia terus rasa gembira. Mungkin. "Nanti kau mesti sama kelas dengan kita orang kan. Fang tak sama kelas kita orang nanti, sebab Cikgu Papa Zola dah letak di dekat kelas pertama. Macam mana aku nak minta tolong kau ajarkan tiap-tiap pagi nanti" Gopal berdrama di situ terus kena ketuk di kepala oleh Fang

"Woi, janganlah nak berdrama sangat. Aku kelas lain sahaja, bukannya aku pergi jauh sangat pun" Gopal terus tersengih. Boboiboy, Yaya dan Ying tergelak kecuali Mikey. Dia asyik memerhatikan keakraban Fang dengan mereka berempat. Dia menjadi semakin cemburu.

"Yolah, kalau dia pergi jauh pun, mesti kita orang rindukan kau nanti" kata Ying

"Buat apa aku nak pergi jauh-jauh pula. Korang semua kan ada dekat sini"

"Ha ah, betul kata Fang. Lagipun kalau kau takde, nanti tak rasa seronok pula" kata Boboiboy. Mereka berborak sampai terlupa yang Mikey masih ada lagi di situ. Dia hanya duduk diam sambil menikmati Ice Blended Chocolate Special dan mendengar sahaja cerita mereka semua. Hati dia makin berapi api, dia perlu jauhkan Fang daripada mereka semua.

"Fang, bukan ke kau semalam nak ajak aku pergi ke rumah kau?"

"Ha ah, aku terlupa pula"

"Boleh kita orang ikut?" tanya Boboiboy. Dia tidak mahu Fang berseorangan dengan budak Mikey itu. Mikey baru sahaja hendak menghalang mereka semua ikut dia dan Fang tetapi Fang sudah bersuara. "Mestilah boleh, lagi ramai lagi bagus"

Tiba-tiba sahaja tangan Fang diheret oleh Mikey. "Wei, apasal kau heret aku nie"

"Aku nak pergi dengan kau sahaja, bukan dengan dia orang. Kenapa dia orang kena ikut kita orang" Fang tergaman dengan sikap Mikey tiba-tiba begitu. Fang melepaskan tangan dia di pegang oleh Mikey. Dia berundur dan melihat muka Mikey. "Kau tak suka kawan-kawan aku ke?"

"Aku sebenarnya... sebenarnya... aku tak suka kau berkawan dengan mereka semua" Hati Fang seperti ditikam oleh pisau selepas sahaja mendengar kata-kata dari Mikey tadi. "Kau sepatutnya kawan baik aku tapi disebabkan abang kau, kita terpisah"

"Jadi betullah kau ada niat jahat terhadap Fang" Boboiboy muncul di sebelah Fang. "Tak, aku memang tiada niat jahat, aku cuma nak pisahkan Fang daripada korang sahaja. Korang yang mempergunakan dia"

Terkejut mereka, Tok Aba pun terkejut juga. "Eh sudah, jangan nak berdrama dekat sini" marah Tok Aba.

"Maaf Tok Aba tapi memang betul apa yang saya katakan tadi. Mereka hanya berkawan dengan Fang kerana dia mempunyai kuasa seperti korang juga. Kalau dia tiada kuasa, korang tak kan berkawan dengan dia. Betul tak Fang"

"Mikey, apa yang kau cuba buat nie"

"Aku cuma nak kau buka mata kau, dan lihat sendiri kawan-kawan kau. Mereka bukan kawan kau" Mikey datang dekat kepada Fang tetapi dia dihalang oleh Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka berdiri di depan Fang dengan perasaan yang begitu geram dan marah "Kau jangan dekati Fang lagi. Baik kau berambus dari sini sebelum aku dan kawan-kawan aku hapuskan kau" Boboiboy memberi renunangan yang tajam kepada Mikey tetapi dia tidak gentar dengan amaran dari Boboiboy tadi. "Baik, aku akan beredar dari sini tapi jaga-jagalah kau. Aku akan dapat apa yang aku mahu"

Mikey beredar dari situ dengan perasaan marah dia. Jaga kau Boboiboy, kau tak kan jumpa balik kawan baik kau, fikir Mikey

"Fang, kau ok ke?" Fang duduk di bangku kedai, dia berasa keliru dengan sikap Mikey tadi. "Fang?" panggil Boboiboy lagi. Ochobot datang ke arah Fang dengan segelas air dan bagi kepada Fang.

"Terima kasih Ochobot" dia minum air tersebut untuk tenangkan diri dia. "Aku tak tahu pula dia ada niat begitu"

"Jadi, dia sebenarnya baik atau jahat?" tanya Gopal yang masih lagi tidak faham. "Entahlah Gopal, aku tak pasti apa niat dia sebenarnya" kata Fang.

"Fang, aku rasa kau tak boleh tinggal sorang dekat rumah. Aku takut nanti terjadi dekat apa-apa dekat kau. Baik kau duduk dekat rumah Boboiboy" kata Yaya

"Betul kata Yaya, tapi sampai bila Fang akan duduk dekat rumah Boboiboy. Kita boleh hubungi abang kau kan, beritahu perkara yang sebenar"

"Aku ada hubungi abang aku semalam, Ying tapi abang aku tak jawap panggilan dia. Sebenarnya aku risau, aku hubungi Lahap juga semalam, dia kata abang aku tiada dengan dia" Semalam sebelum dia masuk tidur, Fang ada hubungi abang dia dan juga Lahap. Dia terkejut bahawa abang dia tiada di kapal angkasanya. Dia ada cakap bahawa abang dia ingin membawa dia pulang ke planet asal mereka tetapi Lahap satu hari tidak berjumpa dengan abang dia semalam. Fang rasa sungguh risau, adakah ada alien lain menculik abang dia tapi abang dia kuat. Tak kan dia boleh dikalahkan begitu sahaja.

"Fang, kenapa kau tak bagitahu kita orang tentang perkara nie"

"Maaf Boboiboy. Aku memang nak beritahu kau tapi si Mikey paksa aku keluar pergi bersiar-siar dekat bandar dengan dia. Aku sebenarnya tak tahu nak panggil dia kawan atau tidak sekarang nie" Pemikiran Fang mula serabut, pertama dengan abang dia hilang entah ke mana dan kedua ialah tentang Mikey.

Abang, mana abang sekarang nie, fikir Fang.

Kaizo sebenarnya dia telah diculik oleh Mikey sendiri. Dia yang menyamar menjadi Kaizo, dia yang suruh Fang pulang ikut dia ke planet asal mereka. Dia tidak beritahu kepada Fang bahawa dia juga ada jam kuasa. Jam kuasa itu boleh mengubah dia kepada orang lain. Itu semuanya rancangan Mikey tapi dia gagal, gagal yakinkan Fang. Dia perlu membuat sesuatu.

Mikey juga tidak tahu bahawa Kaizo berjaya melepaskan diri, Kaizo sekarang berlari untuk memberi amaran kepada adik dia tentang Mikey tapi dia harus hati-hati, dia takut Mikey boleh menyamar menjadi adik dia sendiri.

-----------------------------------------------------------------

Fang terbangun dari tidurnya, dia sekarang berada di atas katil Boboiboy. Manakala Boboiboy tidur di bawah dengan Ochobot. Dia tidak mahu kejutkan Boboiboy kerana dia ingin mencari abang dia dengan segera. Dia yakin abang dia masih ada lagi di sini, tapi dia tidak pasti di mana abang dia berada sekarang. Fang secara pelahan-lahan keluar dari bilik, dia tidak mahu Boboiboy ataupun Ochobot terjaga dari tidur. "Maafkan aku Boboiboy" kata Fang sebelum dia keluar dari rumah Boboiboy.

Ramai yang belum bangun dari tidur, dia sorang sahaja yang ada di luar sekarang ini. Dia memakai jaket ungunya untuk melindungi diri dia daripada kesejukan waktu pagi. Fang tidak tahu di mana dia harus bermula untuk mencari abang dia. Dia terfikir, mungkin abang dia ada di rumah Mikey. Mungkin juga Mikey yang culik abang dia. Kaki dia bergerak ke jalan menuju ke rumah Mikey.

"Adik" Fang berhenti dan menoleh kebelakang. "ABANG!" Fang terus berlari dan peluk abang dia. Fang berasa sungguh lega kerana abang dia selamat. "Mana abang pergi? adik risau sangat"

"Maaf adik, ada seseorang menculik abang" Fang melepas pelukan abang dia.

"Culik abang? siapa?" Kaizo pegang tangan adik dia. "Abang tidak boleh bercerita di sini, kita kena pergi ke tempat lain" Fang ikut sahaja abang dia. Kemana abang dia membawa dia, dia sendiri tidak tahu tapi yang pasti jalan yang mereka lalui bukan jalan ke rumah mereka. "Abang, ke mana kita nak pergi?"

"Ikut sahaja abang. Abang tak nak orang itu ketahui di mana kita berada nanti" Fang berasa pelik dengan sikap abang dia. Selalunya kalau apa-apa yang berlaku, dia tak akan bawa dia pergi ke tempat yang dia tidak tahu. Bahaya sangat ke musuh mereka kali ini atau itu bukan abang dia yang sebenarnya. Fang berhenti. "Abang, abang ingat tak lagi tentang abang hampir kehilangan adik"

Kaizo berhenti dan pusing kebelakang. "Kenapa adik berhenti? kenapa adik tanya soalan itu?"

"Adik nak pastikan ini adalah abang" Mata merah disebalik cermin mata dia, merenung tajam ke arah Mikey. Lalu dia berkata "Aku rasa, kau bukan abang aku" Tekaan Fang memang tepat, Kaizo yang ada di depannya bukan abang dia. Muka dia terus berubah secara pelahan-lahan, ketinggian dia juga menjadi pendek dan semua bentuk badan fizikal dia turut berubah. "Kau!"

"Yea Fang, ini aku. Aku bawa kau ke sini untuk jauhkan diri kau daripada kawan-kawan kau dan abang kau juga" kata Mikey

"Apa semua nie Mikey, kenapa kau buat begitu" Kaki Fang pelahan-lahan berundur kebelakang. Dia tidak mahu dekat dengan alien Mikey itu, dia tidak lagi menganggap Mikey itu sebagai kawan dia.

"Kau sepatutnya kawan aku, bukan mereka. Aku kawan pertama kau tapi abang kau. Dia yang pisahkan kami. Aku yang culik abang kau, aku yang menyamar sebagai abang kau pada hari itu. Aku yang berpura-pura naik ke kapal angkasa. Aku memang datang ke sini dengan kakak aku tapi dia tinggalkan aku di sini untuk dapatkan kau sahaja. Rumah yang kau pergi hari itu, itu bukan rumah aku dan itu juga bukan kakak aku. Aku hanya mempergunakan manusia di bumi ini sahaja. Aku hanya nak bawa kau pulang ke planet kita. Ini bukan planet kau atau aku, planet kita berada di tempat lain. Marilah kita pulang ke sana, kita akan kekal sebagai sahabat di sana selama-lamanya"

"KAU SILAP! KAU BUKAN KAWAN AKU! KAU JANGAN CARI AKU LAGI! BERAMBUS KAU DARI SINI!" Fang lari dengan sekuat hati. Dia lari daripada Mikey yang sudah gila itu. Dia tidak pernah jumpa orang seperti itu. Fang berlari ke rumah Boboiboy untuk melindungi diri dia. Dia nampak abang dia sedang bercakap dengan Boboiboy. "Abang ke tue?" kata Fang. Dia perhatikan betul-betul dan memang sah, dia abang dia.

Fang berlari dan memanggil abang dia "ABANG!"

"PANG! HATI-HATI!" Kaizo nampak ada sesuatu sedang menuju ke arah adik dia. Kaizo berlari dan melompat ke arah dia. "DINDING TENAGA!" Suatu letupan telah berlaku. Kaizo memeluk adik dia supaya adik dia selamat dari letupan tadi. "Abang" Fang peluk abang dia kuat-kuat. Fang perasan ada luka sedikit di tangan abang dia

"Abang ok ke?"

"Pang jangan risau, abang ada dekat sini. Aku tak kan biarkan orang itu mengambil adik" Fang berasa sungguh lega, ini abang dia. Abang kandung dia. Dia selamat di dalam pelukan abang dia. Boboiboy yang ada di pintu rumah tadi, dia berlari ke arah mereka. "Fang, kau tak apa-apa? Lain kali jangan keluar rumah tanpa pengetahuan aku"

"Maaf Boboiboy, aku cuma fikirkan tentang abang aku sahaja tadi" Fang masih lagi dalam pelukan abang dia. Dia tidak mahu lepaskan abang dia, dia tidak mahu abang dia hilang lagi. Boboiboy dan Kaizo nampak Mikey sedang berjalan menuju mereka. Kaizo peluk adik dia begitu erat, dia akan melindungi adik dia, dia tak kan orang itu merampas adik dia. Kaizo merapatkan badan Fang dekat dengan diri dia.

Ditangan Mikey ada sebuah pistol berteknologi tinggi. Pistol itu tidak wujud di bumi, hanya ada di planet mereka sahaja. "Kalau aku tak dapat Fang, korang juga tidak akan dapat dia" kata Mikey dengan pistolnya yang sedang mengacu kearah mereka.

Kaizo sudah bersedia mengangkat tangannya. Dia sudah bersedia untuk menggunakan kuasa dia untuk melindungi mereka semua "Pang peluk abang kuat-kuat. Jangan terpisah dengan abang" kata Kaizo

Boboiboy juga turut bersiap. Dia akan menggunakan kuasa terkuat dia.

"Jangan harap kau dapat kalahkan aku" Mikey menembak ke arah mereka. "DINDING TENAGA!" tetapi tembak tadi itu begitu kuat sekali sehingga menyebabkan dinding tenaga Kaizo pecah dan mereka bertiga terpelanting. Kaizo terlepas dari pelukan adik dia. Boboiboy terjatuh di tepi pagar rumahnya. Kaizo terjatuh tidak jauh daripada Boboiboy. Kaizo bangun dan mencari-cari adik dia

"PANG! PANGGGG!" Kaizo berdiri dan ternampak adik dia terlantar di tepi rumah orang. Yaya, jiran sebelah Boboiboy, terdengar letupan itu. Dia terus pergi ke tingkap bilik dia nampak Fang sedang terlantar baring di tepi sebuah rumah orang lain. Kepala Fang terkena pasu bunga rumah itu dan menyebabkan kepala Fang berdarah. Yaya terkejut dan lalu dia terbang ke arah Fang. Kaizo juga turut berlari ke arah adik dia.

"Pang, Pang!" Kaizo mengangkat kepala adik dia dan pegang tangan adik yang kecil itu. Darah di kepala Fang mengalir keluar. Kaizo memeluk kepala adik dia. "Adik janji tak kan tinggalkan abang. Bangun adik, BANGUN!" Kaizo mencium-cium tangan adik dia. Dia berharap adik dia membuka matanya, dia harap dia dapat mendengar suara adik dia. Dia berharap semuanya tidak terlambat.

"Fang! bangun Fang" kata Yaya yang berdiri di belakang Kaizo. Yaya menangis melihat kawan dia yang tidak bergerak-gerak dari tadi. Boboiboy pula bangun dan nampak Mikey cuba menyerang Kaizo dan Yaya. "Jangan harap kau dapat menyerang mereka lagi! BOBOIBOY HALILINTAR! TETAKAN HALILINTAR!" Boboiboy Halilintar menyerang Mikey.

Mikey mengelak dan menembak Boboiboy. "PELINDUNG HALILINTAR!"

"Kau ingat kuasa kau dapat lindungi kau" Mikey menyerang dia lagi. Sementara Boboiboy Halilintar mengalih perhatian Mikey, Kaizo mengangkat adik dia dan lari dari situ. Yaya pula perlu membantu Boboiboy. Demi Fang, dia dan Boboiboy akan mengalahkan alien gila itu.

"GRAVITY PEMBER-" Yaya terkena tembakan dari Mikey. "YAYA!" Boboiboy Halilintar begitu marah sekali. "BERANI KAU! AMBIK NIE! HALILINTAR SLASH!" Boboiboy Halilintar terbang ke arah Mikey dengan pedangnya.

"Selamat malam Boboiboy" Mikey mengangkat tapak tangannya dan menghembus satu debu ke arah Boboiboy Halilintar. Debu-debu itu membuatkan Boboiboy Halilintar jatuh tertidur. Mikey tidak menembak Boboiboy dan Yaya yang sedang terbaring di jalan tetapi dia pergi mengejar Kaizo.

Kaizo berlari jauh daripada si alien gila itu. Dia perlu membawa adik dia ke kapal angkasa untuk memberikan rawatan. Badan Fang menjadi semakin sejuk. "Pang, jangan mengalah. Kuatkan diri untuk abang" kata Kaizo

Dia tidak mahu kehilangan adik dia. Sudah beberapa kali dia hampir kehilangan adik dia. Dia tak kan kehilangan adik dia, bukan sekarang, atau esok atau buat selama-lamanya. Selagi dia masih hidup, selagi itu dia akan tetap melindungi adik dia. Tiada siapa yang boleh mengambil nyawa adik dia. Kaizo cuba menghubungi Lahap tetapi dia juga terkena debu tidur Mikey. Kaizo tertidur di situ.

"Maaf Fang. Aku terpaksa buat begitu. Sekarang tinggal kau dan aku sahaja. Aku akan membawa kau pulang dan merawat kau" Mikey datang ke arah Fang yang terbaring di sebelah abang dia. Dia cuba untuk mengangkat Fang tetapi mata Fang terbuka luas. Walaupun diri dia sudah lemah, tetapi dia masih ada lagi tenaga untuk hapuskan si alien gila itu.

"kau bukan kawan aku! Aku akan tamatkan kau! TUSUKAN JARI BAYANG!" bayang-bayang kuasa Fang menembus badan Mikey dan badan dia meletup berkecai. Fang berasa puas hati kerana dia dapat hapuskan Mikey. Permandangan mata dia makin lama makin kabur, akhirnya Fang tidak sedarkan diri.

-------------------------------------------------------------

"Boboiboy, sudahlah. Marilah kita pulang" merayu Ochobot kepada Boboiboy. Boboiboy tidak mahu bergerak dari situ "Aku pasti, Fang akan kembali kepada kita"

"Tak Ochobot, aku rasa kali ini dia tak kan kembali" Boboiboy mengelap air mata dia. "Aku gagal selamatkan dia. Aku gagal sebagai kawan baik dia" Ochobot terbang ke arah Boboiboy dan peluk Boboiboy.

"Boboiboy" Dia mendengar suara seseorang, Boboiboy menoleh kebelakang dan nampak Kapten Kaizo sedang berdiri. "Kau jangan risau, Pang selamat. Dia akan kembali ke sini, dia cuma perlukan rawatan luar dari planet ini sahaja" Selepas sahaja kejadian semalam, Kaizo sedar dari tidurnya, dia serta merta membawa Fang ke kapal angkasa. Dia perlu memberikan rawatan kepada adik dia dengan segera kalau tidak, dia akan kehilangan Fang. Dia telah terbang jauh ke planet lain, hanya planet itu sahaja boleh memberikan rawatan kepada adik dia. Kaizo pergi tanpa memberitahu kawan-kawan adik dia.

"Saya ingat saya sudah kehilangan Fang"

"Tak, kau tak kehilangan dia" Kaizo memberikan senyuman kepada Boboiboy. Semuanya akan selamat. Fang tak kan pergi tinggalkan mereka, dia akan kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top