Hilang Part II


"Ok, mari kita check senarai barang yang kita perlu bawa" kata Boboiboy sambil melihat barang-barang yang di atas meja dapur

"2 pistol air" Fang mengangkat dua pistol air yang kecik. Sebelum itu mereka sempat lagi bergaduh sebab Fang nak bawak pistol air yang besar tetapi Boboiboy nak bawak pistol air yang kecik. Akhirnya Boboiboy yang menang.

"Cermin" Fang mengangkat cermin kecil. Itu Fang yang cadangkan.

"6 belon air" Itu pun dia orang bergaduh lagi sebab berapa banyak nak bawak sampailah mereka bersetuju, sorang bawak 3 belon. Belon-belon tersebut diletakkan ke dalam dua buah plastik berasingan.

"Semua sudah lengkap. Sekarang tiba masanya untuk kenakan dia orang" ketawa Fang sorang-sorang. "Tapi ingat, dia orang ada kuasa, kemungkinan besar mereka akan menggunakan kuasa mereka"

"Tak mungkin lah Fang, kuasa kita bukan untuk mempermainkan orang. Kuasa kita untuk melindungi bumi"

"Yelah Boboiboy tapi apa-apa pun, kita kena bersedia"

Tepat pukul 7, Boboiboy dan Fang mengumpul barang mereka dan bersiap untuk bergerak ke sekolah. Kaizo masih lagi tidur di sofa. Fang siap menyelimutkan abangnya sebab dia tahu dia buat salah dekat abang, dia yang buatkan abang dia tidur. "Maafkan adik, abang"

Mereka keluar dari rumah dan terus ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, mereka tidak banyak cakap. Apa yang dia orang fikirkan, entahlah tapi yang pasti, mereka bersedia untuk tumpaskan rancangan Gopal. Pistol air kecil mereka di poket masing-masing, rasa seperti polis pulak. Sorang pegang satu plastik yang berisikan belon air dan Fang menyimpan cermin di dalam poketnya.

Setelah sampai di sekolah, mereka tiba-tiba rasa seram sejuk pula. "Wei Fang, kau jalanlah dulu"

"Apasal pulak, kau lah dulu. Kau kan lagi berani daripada aku" Lalu Fang menolak Boboiboy ke hadapan

"Eh, aku pulak. Kau lah yang jalan dulu, bukan kau ke yang lagi berani daripada aku" Boboiboy pula yang menolak Fang ke depan

"Mana ada, kau lah yang jalan dulu! Bukan kau ke yang masuk rumah hantu aku dulu tue ke, kau sendiri yang suruh hantu keluar, kan"

"Itu sebab aku nak takutkan Gopal lagipun hantu mana ada wujud, tapi kau kan lagi berani sebab kau sorang sahaja yang berani makan biskut Yaya"

"Itu sebab abang aku yang suruh paksa aku makan! Tiap-tiap hari dia pergi beli biskut Yaya. Macam mana aku tak pengsan setiap hari. Jangan nak masuk kan biskut Yaya dalam hal ini pula"

"Yelah yelah, daripada kita bergaduh aje, jom kita masuk sama-sama" Boboiboy dan Fang masuk ke kawasan sekolah dan menuju terus ke bangunan sekolah mereka. Sekolah mereka kelihatan gelap sekali, tiada cahaya lampu yang ada, tiada bunyi, hanya sunyi dan kegelapan sahaja. "Wei Fang, kau jalan lah dulu, kau kan dulu selalu duduk dekat rumah hantu kau yang takde elektrik tue. Biar aku ikut kau dekat belakang"

"Cheh, penakut juga kau rupanya. Nasib baik aku bawak lampu suluh" Dia mengeluarkan lampu suluh dan menyuluh laluan mereka. Mereka berjalan begitu senyap sekali, kadang-kadang mereka terasa seperti terdengar sesuatu tetapi itu hanyalah mainan perasaan mereka sahaja

Ching Ching Ching

Mereka berhenti seketika, ada bunyi loceng datang dari arah depan. Fang menyuluh ke arah depan tetapi tiada siapa di hadapan mereka, yang ada hanyalah pasu bunga. Fang menyuluh ke belakang pula, sama juga. Tiada siapa di belakang mereka.

"Jangan jangan, hantu loceng" bisik Boboiboy kepada Fang

"Mana ada hantu loceng. Ini mesti dia tengah nak kenakan kita" kata Fang. Tanan kiri Fang sudah bersiap sedia dengan pistol airnya. Mereka teruskan lagi berjalan. "Kau rasa jam kuasa kita ada dekat mana?"

"Mana aku tahu Fang. Entah-entah ada dekat dia orang" kata Boboiboy yang sedang memegang bahu Fang. "Syhhh" Fang menyuruh Boboiboy diam. Fang membuka salah satu pintu kelas dan menyuluh ke dalam kelas tersebut.

"HUARGHHHHHHH! keluarlah seekor hantu

"Apalah lah Ochobot nie, tak takut pun" kata Fang

"Aik, macam mana korang boleh tahu ini aku" Lalu Ochobot membuka kain putihnya, robot kuning kesayangan Boboiboy

"Dah tue, kau yang boleh terbang dan takde kaki dekat Pulau Rintis nie" kata Boboiboy. Ochobot tergelak sahaja kerana malu. "Jadi memang betul lah ini semua rancangan si Gopal tue?" tanya Fang kepada Ochobot

"Mana boleh bagitahu, nanti tak seronoklah nanti" Lalu Ochobot di belasah oleh Fang dan Boboiboy "Belasahlah aku lagi, aku tak kan bagitahu juga" Lalu Ochobot kena ikat dekat kerusi

"Jom Fang, kita tinggalkan Ochobot dekat sini"

"Janganlah tinggalkan aku. Bagilah aku ikut sekali. Yelah yelah, ini semua rancangan Gopal" merayu Ochobot kepada mereka. Akhirnya Ochobot dilepaskan. Ochobot mengikut mereka dari satu kelas ke satu kelas.

"Ochobot, mana Gopal?" Ochobot tidak menjawap "Ochobot?"

Fang menyuluh ke belakang ke depan, ke kiri dan ke kanan dan dapati Ochobot tiada dengan mereka. "Ochobot hilanglah" kata Fang. Tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi loceng itu lagi. Kali ini bunyi loceng itu berada di belakang mereka. Bukan setakat bunyi loceng sahaja, mereka juga terdengar bunyi tapak kaki sedang menuju ke arah mereka.

"Syhhhh" kata Fang kepada Boboiboy. Tangan kanan Boboiboy bersiap sedia untuk mengambil salah satu belon air, Fang pelahan-lahan menyuluh ke arah belakang mereka dan mereka menjerit sekuat hati. Boboiboy tidak sempat untuk mengambil belon air kerana dia sudah lari dahulu. Fang juga berlari mengikut Boboiboy.

Tak tahu arah mana mereka berlari dan akhirnya mereka berdua berhenti di depan pintu perpuskataan. "Apa benda tadi tue" tanya Boboiboy dalam kepenatan.

"Mana.. aku.. tahu. Aku tak perasan muka dia sebab kau dah menjerit dulu" Fang duduk bersandar di pintu perpuskataan. "Kau rasa Gopal ke tadi tue?"

"Hmm.. aku rasa bukan Gopal sebab orang tadi tue lebih tinggi daripada Gopal"

Mereka terdengar lagi bunyi loceng tadi, Boboiboy dan Fang memandang satu sama lain, muka masing-masing sudah menjadi putih kerana ketakutan. Fang bangun dan membuka pintu perpuskataan, ternyata bilik itu tidak berkunci.

Mereka masuk ke dalam dan menyorok diri mereka buat sementara waktu. Boboiboy dan Fang sorok di antara rak-rak buku. "Wei, tadi kata kita nak kenakan balik dekat dia orang tapi ini dah macam dia orang kenakan kita"

"Ala, baru awal lagi Boboiboy. Nanti kita kenakan lah dia orang"

"Yelah tue Fang. Ini semua idea kau"

"Habis tue, kalau bukan idea aku, kita kena pergi ke sini juga kan"

"Betul juga cakap kau Fang tapi macam mana sekarang. Kita tak tahu Gopal dekat mana. Ochobobot pun dah hilang" Mereka berdua terus menjadi diam kerana kedengaran bunyi loceng di luar bilik perpuskataan. Fang dan Boboiboy merangkak dan terus menyorok di bawah meja. Bunyi loceng itu berhenti seketika dan pintu perpuskataan terbuka secara pelahan-lahan. Orang itu tidak masuk ke dalam dan terus menutup pintu perpuskataan.

"Apa kata kita serang aje orang tue dari belakang" kata Fang dengan cadangan dia

"Kau rasa, itu Gopal ke?"

"Aku tak pasti Boboiboy"

Fang merangkak ke arah pintu perpuskataan, dia membuka secara pelahan-lahan dan menjenguk keadaan di luar. Kelihatan tiada siapa di luar. Fang memanggil Boboiboy dan Boboiboy merangkak ke arah Fang.

Boboiboy dan Fang keluar dari perpuskataan tersebut.

"HAH! JUMPA PUN KORANG!"

"AHHHHHHHHHHHHHHH!" dua-dua menjerit dan lintang-pukang mereka berlari. Mereka tidak sedar bahawa Ochobot yang terkejutkan mereka tadi. Mereka berhenti berlari dan sampai salah satu bilik darjah. "Aku tak larat nak berlari dah" kata Fang.

"syhhh" Boboiboy pula yang suruh Fang senyap. Dia membuka pintu bilik darjah itu dan ternampak Gopal sedang bersiap-siap untuk menakutkan mereka berdua. "HAH! memang kau punya idealah nie" Boboiboy mengambil belon airnya dan lalu baling ke arah Gopal

"TUKARAN MAKANAN!" lalu belon air itu bertukar menjadi cekodok. "Aku baru nak takutkan korang"

"Tak payah nak takutkan kita orang dah Gopal. Mana jam kuasa kita orang?" kata Fang yang sedang mengacukan pistol airnya ke arah Gopal "Baik kau cakap kalau kau nak selamat" kata Fang lagi

"Alah, kau bukannya ada kuasa pun. Tak takut pun" Gopal menjelir lidah dekat Fang. Fang berasa sungguh geram sekali dan lalu dia menembak pistol airnya. "Dey, janganlah basahkan aku" Gopal cuba mengelak dirinya daripada terkena air tersebut

Gopal terus berlari dan keluar ikut pintu belakang kelas. Boboiboy dan Fang berlari dan mengejar Gopal. "Mana kau nak lari hah!" jerit Fang tetapi akhirnya Gopal hilang dari mereka.

"Mana dia sorok" kata Boboiboy. Fang menyuluh ke semua tempat tetapi kelihatan tiada Gopal. "Isk, jagalah kau Gopal"

"Sabar Fang. Kita mesti dapat cari dia, jangan risau" Mereka sambung balik mencari Gopal. Di setiap kelas mereka periksa jikalau Gopal ada menyorok dalam salah satu kelas. Mereka berdua sudah penat mencari tetapi bila teringat balik amaran dari Kaizo, mereka tidak mahu dikenakan hukuman. Jadi terus mencari sehinggalah mereka berhenti di kantin sekolah

Di situ mereka jumpa Ochobot. "OCHOBOT!"

"Boboiboy!"

"Mana korang pergi? puas aku cari, tadi aku jumpa korang dekat perpuskataan tapi korang lari pula"

"Lorr.. itu kau ke tadi" kata Boboiboy.

"Yelah, aku nak bagitahu korang. Jam kuasa korang ada dekat dewan sekolah" Akhirnya mereka dapat tahu dimanakah jam kuasa mereka berada. Boboiboy dan Fang mengucapkan terima kasih dekat Ochobot. "Jangan kau hilang lagi lepas nie" kata Boboiboy.

Boboiboy, Fang dan Ochobot terus ke dewan sekolah. Fang pula sedang berfikir, kenapa tiba-tiba Ochobot bagitahu dekat mana jam kuasa kita orang. Macam senang sangat sahaja. Lalu dia terfikir sesuatu. Fang menarik tangan Boboiboy

"Kenapa Fang?" tanya Boboiboy. Ochobot melihat Fang dan menunggu Fang menjawap soalan Boboiboy.

"Ochobot, kejap yea" Fang menarik Boboiboy jauh daripada Ochobot. "Boboiboy, aku rasa ada perangkap sedang menunggu kita dekat dewan"

"Aik, kenapa pula?"

"Kau tak rasa pelik ke, tiba-tiba sahaja Ochobot bagitahu jam kuasa kita orang ada dekat dewan sekolah" Lalu Boboiboy berfikir. Betul juga cakap Fang, fikir Boboiboy "Habis tue macam mana?" Fang menunjukkan tali rafia yang dia sedang pegang. "Kita ikat dia"

Boboiboy dan Fang menyerang Ochobot "JANGAN SERANG AKU!" Tetapi akhirnya Ochobot berjaya di tangkap oleh mereka. Ochobot diikat dekat tiang "Maaf Ochobot" kata Boboiboy yang rasa serba kerana mengikat kawan baik dia sendiri. Mereka meninggalkan Ochobot dan terus ke dewan sekolah.

Boboiboy menyuruh Fang buka pintu dewan sekolah. Fang dengan beraninya, dia membuka pintu tersebut secara pelahan-lahan, dia menyuluh lampu suluhnya ke dalam dewan dan dapati terdapat sebuah meja di atas pentas dewan. Di atas meja tersebut, terdapat dua jam kuasa milik mereka

"Jam kuasa kita ada dekat situ" kata Fang. Boboiboy dan Fang masuk ke dalam dewan dan berjaga-jaga jikalau ada perangkap daripada Gopal. Boboiboy sudah pegang pistol airnya, sama juga seperti Fang.

Sedang mereka berjalan menuju ke pentas dewan, ada sesuatu sedang mengusik bahu Fang. Fang memandang ke arah bahu kanannya dan dapati sebuah tangan sedang memegang bahunya. Dia menoleh ke belakang dan terus dia menjerit

"AHHHHHHHHH! HANTUUUUUUU!"

Boboiboy pula menembak orang itu dengan pistol air. "APA YANG KAMU BUAT NIE!"

"ABANG!"

"OCHOBOT! JANGAN!" tiba-tiba sahaja Ochobot muncul belakang Kaizo dengan kuali dan mengetuk kepala Kaizo sekuat hati. Kaizo terjatuh pengsan di lantai dewan. Dengan serta merta, lampu dewan di pasang. Gopal keluar dari pentas. "Apasal korang menjerit, aku belum kenakan korang lagi" tetapi mereka abaikan sahaja Gopal kerana mereka dalam ketakutan, apa yang akan terjadi dengan mereka bertiga esok nanti.

"Ochobot, apasal kau ketuk abang aku" kata Fang dalam nada ketakutan. Gopal datang ke arah mereka dan terkejut apa yang telah berlaku ke atas Kapten Kaizo

"Habislah korang esok, baik aku lari balik rumah" Gopal lari balik ke rumah dia.

"Maaf Fang, tadi aku cuba lepaskan diri dari ikatan korang tue. Lepas tue aku berjaya. Lepas tue aku ambiklah kuali dekat kantin sekolah, takut korang serang aku lagi. Lepas tue aku pergi ke dewan sekolah. Lepas tue aku dengar korang menjerit, jadi aku cepat-cepat datang ke sini dan aku ketuk hantu tue"

"Masalahnya, abang aku bukannya hantu" Fang menepuk dahinya "Aduh, habislah kita orang esok, ini semua Gopal punya pasal"

"Sekarang macam mana Fang?"

"Sekarang kita kena cepat-cepat angkat abang aku sebelum dia bangun, bawak dia balik rumah. Nanti dekat rumah, pandai-pandailah aku buat cerita" Jadi mereka setuju. Ochobot mengambil jam kuasa mereka dan bagi balik jam kuasa dekat Boboiboy dan Fang.

aaaaaaaaaaaaaa

Keesokannya, Kaizo bangun dari pengsannya. Kepala belakang dia terasa amat sakit sekali. Dia cuba ingatkan balik apa yang terjadi malam semalam. Apa yang dia ingat dia tertidur ketika dia baca novel hantu. Lepas itu dia terjaga dan dapati Boboiboy dan adiknya sudah tiada di dalam rumah. Dia terus ke sekolah untuk mencari mereka.

Selepas itu baru dia teringat, ada seseorang mengetuk dia dari belakang. Dia bangun dari katilnya dan pergi ke bilik Fang. Fang awal-awal lagi sudah bangun dan terus ke sekolah untuk mengelakkan dirinya daripada abang dia. Matahari belum keluar lagi, dia sudah sampai ke sekolah bersama dengan Boboiboy

Akhirnya Boboiboy dapat tahu jam kuasa mereka sebenarnya di ambil oleh Ochobot ketika mereka sedang tidur. Kaizo yang bagi Ochobot masuk ke rumah dan memberi sepucuk surat kepadanya dan berikan surat itu kepada Boboiboy dan Fang.

Kaizo juga tahu rancangan Gopal sebab Ochobot yang bagitahu. Cikgu Papa Zola tiada kena mengena dengan rancangan Gopal, dia cuma ternampak seekor kucing sewel yang comel dan lalu mengejar Cikgu Papa Zola. Sebab itu tiba-tiba sahaja Cikgu Papa Zola hilang daripada dia orang. Yaya dan Ying semalam ada dengan Gopal dekat taman permainan, itu pun sebab mereka sedang menuju ke bandar untuk mencari buku. Jadi mereka berdua tiada di dalam rancangan Gopal.

Kaizo pula nak pergi ke sekolah awal kerana dia nak hentikan semua rancangan keanak-anakan Gopal, dia tahu Gopal ada dekat sekolah dengan Ochobot. Kaizo nak mintak balik jam kuasa mereka. Pada mulanya, dia ikut sahaja dengan rancangan Gopal tetapi dia hilang sabar, lalu dia mengambil keputusan untuk menyuruh Gopal bagi balik jam kuasa Boboiboy dan Fang

"Jadi, yang bunyi loceng tue siapa yang buat?" tanya Fang kepada Boboiboy. Mereka berdua sampai di sekolah begitu awal sekali. "Jam loceng tue.." mereka berdua terus senyap, kerana mereka terdengar lagi jam loceng malam semalam.

Boboiboy dan Fang menjenguk di luar pintu kelas mereka dan dapati tiada orang di situ. Mereka memandang satu sama lain dan lalu menjerit "HANTUUUUUUUUUUUUU!

aaaaaaaaaaaaa

Boboiboy dan Fang tidak dapat lari daripada hukuman abang Fang. Kaizo memberi mereka senaman luar biasa. Boboiboy dan Fang terpaksa mengangkat batu besar yang agak berat dan berlari di sekeliling taman permainan.

"Ini semua salah kau Fang" kata Boboiboy yang sedang berlari di sebelah Fang

"Apasal aku pula"

"Yelah, kau nak sangat kena kan si Gopal tue, kita orang pula yang terkena"

"Senyaplah kau"

"Marahlah tue, betul lah cakap aku kan, semuanya salah kau" mereka berdua bergaduh sampai Fang mahu membalik batu besarnya ke arah Boboiboy tapi dia sempat mengelak dan batu itu terkena abangnya, Kaizo. Kaizo pengsan di situ.

"ALAMAK! LARIIIII!"

Boboiboy dan Fang lari lintang pukang dan keesokannya, mereka dikenakan hukuman latihan tempur versi hantu.

Tak tidur malam lah dia orang nanti sebab hantu-hantu Kaizo cipta semuanya sungguh menakutkan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top