Hanyalah Sebuah Kenangan
Author note - Chapter ni author tak pernah nak publish kan dekat Aku Abang, Kau Adik pada musim pertama tapi dekat website fanfic ada chapter ni xD chapter 33.. jadi, terimalah chapter ini sebagai bonus chapter untuk musim pertama :) enjoy!
-----------------------
Adik besar nanti nak jadi apa?"
"Adik nak jadi kuat macam abang! RAWRRRRRRRR!" Fang membuat bunyi dinosour yang begitu comel sekali. Dia menhentak-hentak kakinya seperti dinasour sedang berjalan. Kaizo tergelak melihat gelagat comel adiknya. "Tapi abang bukan dinosour"
"Habis tue, abang apa?" tanya Fang
"abang ialah pahlawan paling hebat di seluruh galaxy" Fang begitu teruja sekali. Dia menepuk tangannya. "Wah! Adik pun nak jadi pahlawan terhebat juga macam abang boleh?"
"Boleh adik. Abang jadi Kapten, adik jadi Prebet Pang" Mereka berdua mengambil pedang mainan dan lalu berlari-lari di sekitar rumah. Mereka bayangkan rumah mereka yang begitu luas itu adalah galaxy dan mereka kini sedang menerokai planet-planet yang ada di galaxy. Kaizo dan Fang masuk ke dalam bilik ibubapa mereka dan naik ke atas katil. "Ini kapal angkasa kita. Abang sebagai Kapten akan memandu kapal angkasa ini. VROOOOOM!" Kaizo bayangkan dia sedang memandu kapal angkasa. Kaizo belok ke kiri, Fang pun turut ikut belok ke kiri juga. "WEEEEEE!" Fang dengan begitu seronok sekali, dia duduk meloncat-loncat di atas katil ibubapanya.
"Prebet Pang! ada batu besar sedang menuju ke kapal angkasa kita"
"Baik Kapten, Prebet Pang akan menembak batu besar itu! Bang bang bang!" Fang membuat jari dia seperti sebuah pistol dan berpura-pura menembak batu besar itu "BANG BANG BANG BANG!"
"Syabas Prebet Pang, batu besar itu berjaya di hancurkan" kata Kaizo "yeahhhh! Prebet Pang berjaya!" kata Fang yang terlalu seronok bermain dengan abangnya. Kaizo hanya tersenyum melihat adiknya begitu gembira sekali. Selepas itu Fang berpura-pura melihat luar tingkap kapal angkasa
"KAPTEN! ADA PLANET BIRU DI SITU! LAWANYA!"
"Ha ah Prebet Pang, mari kita pergi mendarat di planet itu!" Kaizo dan Fang turun dari katil itu dan terus lari ke ruang tamu. Mereka berlari mengelilingi sofa dan panjat ke atas sofa. Mereka berdiri di atas sofa tersebut dan melompat ke atas karpet. "Cepat Prebet Pang! ada alien jahat nak kejar kita" kata Kaizo.
Mereka berdua berlari keluar dari ruang tamu dan menuju terus ke dalam dapur. Ibu mereka sedang sediakan makanan tengahari. "Wahai permaisuri yang berbudi bahasa, bolehkah kami berehat di sini?" kata Kaizo
Ibu mereka tersenyum melihat anaknya begitu seronok sekali bermain bersama. "Boleh, permaisuri sedang masakan makanan untuk kamu berdua tapi belum lagi siap. Nanti sudah siap, permaisuri akan panggil untuk makan bersama"
"Terima kasih permaisuri" kata mereka berdua. Sebelum mereka keluar dari dapur, Fang dan Kaizo peluk ibu mereka. Selepas itu mereka berlari lagi. "Prebet Pang! Nampaknya kita ada musuh baru. Biar Kapten berlawan dengan dia" Kaizo berhenti di depan sebuah teddy bear yang mata kanannya sudah tercabut. Dia keluarkan pedang mainannya dari seluar dia dan mengacu pedang tersebut ke arah teddy bear itu. "Kalahlah kau alien jahat! Prebet Pang pergi selamatkan diri, biar Kapten hapuskan dia"
"Tapi, Prebet Pang pun nak juga berlawan dengan dia" Fang buat muka sedih dekat abang dia. "Prebet Pang kecik lagi, biar Kapten melindungi kamu dari segala kejahatan. Prebet Pang pulang ke kapal angkasa cepat!"
"Tak nak, Prebet Pang tak nak tinggalkan Kapten dia pergi berlawan sorang-sorang" Fang merajuk dan dia duduk di tepi dinding sambil tangan dia bersilang. Kaizo pergi duduk di sebelah adik dia. "Adik, janganlah merajuk. Abang sebagai Kapten perlu melindungi adik daripada ancaman musuh. Kalau adik berlawan dengan alien jahat, nanti alien itu akan tangkap adik. Abang tak nak terjadi apa-apa dekat adik" Kaizo memeluk adik dia yang masih lagi merajuk.
"Tapi macam mana kalau alien tue dapat kalahkan abang nanti. Nanti adik yang keseorangan"
"Tak, jangan risau. Abang kuat, tiada siapa boleh mengalahkan abang"
Fang tergelak "Pang pasti, satu hari nanti mungkin ada orang dapat kalahkan abang. Mungkin orang itu adalah adik sendiri" Kaizo mengambil kepala adik dan sekeh kepala dia sekuat-kuatnya
"Yelah tue adik. Boleh ke adik kalahkan abang" Kaizo melepaskan kepala adik dia. Fang bangun dan terus mengangkat tangan kirinya, lalu dia menjerit "BOLEH! SUATU HARI NANTI ADIK AKAN KALAHKAN ABANG! abang tunggu dan lihat sahaja!"
Tanpa mereka sedari, apa yang mereka katakan sewaktu mereka kecil lagi, semuanya menjadi kenyataan. Fang dapatkan kalahkan abang dia. Dia telah bergabung dengan Boboiboy untuk kalahkan abang dia sendiri. Dia dan abang dia juga telah menjadi Kapten Kaizo dan Prebet Pang.
Pedang mainan yang Kaizo nampak di atas katil adiknya pada hari itu, mengingatkan dia kembali sewaktu mereka bermain terbang ke galaxy pada masa mereka kecil lagi. Tapi dia lupa tentang kata-kata adik dia yang ingin kalahkan abang dia sendiri.
----------------------------
Pada malam itu, Fang sedang duduk keseorangan di halaman rumah sambil memerhatikan bulan penuh di waktu malam. Cahaya bulan itu sungguh terang. Fang terfikir, adakah dia dapat terbang ke galaxy? Adakah dia dapat menjelajahi kesemua planet-planet yang ada di galaxy? Mungkin dia dapat berkawan dengan alien-alien yang ada di planet lain. Bagaimana rupa mereka, adakah sama seperti dia atau lain.
Macam-macam yang Fang sedang fikirkan. Kaizo hanya memerhatikan adik dia dari muka pintu ruang tamu rumah mereka. Dia ingin tahu apa yang adik dia sedang fikirkan tetapi ayah dia telah memanggil dia untuk melakukan sesuatu.
Fang masih lagi memerhatikan bulan. "Satu hari nanti, Pang nak berkawan dengan alien-alien yang ada di planet lain"
"Itu yang Fang inginkan?"
"Eh ibu. Ibu buat apa dekat sini" Ibu Fang duduk disebelah anak dia yang sememangnya seorang yang sangat manja.
"Ibu nak tengok bulan dengan anak ibu. Bolehkan?" Fang tersenyum kepada ibunya. "Boleh sahaja ibu" Fang duduk lebih rapat lagi dengan ibunya. Dia merehatkan kepala dia di bahu ibunya. "Fang, betul ke Fang nak berkawan dengan alien-alien lain?"
"Betul ibu. Pang boleh belajar tentang kehidupan mereka di sana. Mungkin kehidupan mereka lain daripada kita di sini"
"Mungkin. Tapi kalau Fang pergi jauh, nanti ibu akan merindui kamu. Abang dan ayah pun akan merindui kamu juga" kata ibunya
"Ala, ibu ikutlah adik sekali. Kita hidup di planet lain, berkenalan dengan alien lain. Mungkin mereka tidaklah sejahat mana" Ibunya tergelak sahaja. "Kalau ibu ikut adik, nanti siapa nak jaga rumah kita? Fang pergi dengan abang, pergi terbang ke angkasa dengan abang. Ibu nak Fang pergi terokai seluruh galaxy, tak kisahlah sejauh mana Fang nak pergi, yang pasti, ibu akan ada sentiasa di sini menunggu anak ibu pulang" Ibu dia mencium kepala anaknya.
"Ibu janji ibu tak kan pergi ke mana-mana nanti, Pang akan pulang ke rumah bersama dengan abang" kata Fang
"Ibu janji. Adik jangan lupa bawa kawan-kawan adik balik ke rumah kita. Boleh ibu berkenalan dengan mereka nanti"
"Mestilah! Pang nak ibu kenal dengan kawan-kawan adik nanti. Mesti kawan-kawan adik nanti hebat-hebat belaka. Tak sabar nak berjumpa dengan mereka suatu hari nanti" Fang bayangkan bagaimana rupa kawan dia nanti. Mungkin salah seorang daripada mereka memakai topi oren?
Mereka berdua melihat bulan bersama sehinggalah Fang tertidur di bahu ibunya.
"Ibu pasti, Fang akan dapat berkawan dengan sebaya kamu. Ibu tak kisah kalau kawan kamu dari planet lain" Itulah kata-kata terakhir dari ibunya kepada Fang
Apa yang berlaku keesokannya, sesuatu yang tidak boleh dilupai oleh Kaizo. Rumah mereka, ibubapa mereka, diserang oleh Ratu Lily. Kaizo mendukung adiknya yang sedang nyenyak tidur, lari dari rumah mereka yang penuh dengan kenangan bersama ibubapa mereka.
Sudah beberapa kali Fang mencari seorang sahabat tetapi dia dihalang oleh abang dia kerana Kaizo terlalu melindungi adik dia. Tetapi akhirnya Fang dapat berkawan dengan budak bumi iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka adalah sahabat sejati Fang. Kebetulan juga, apa yang dia bayangkan dahulu, menjadi kenyataan. Ibu Fang pula tersenyum kerana apa yang anak dia inginkan, menjadi kenyataan. (Ibu Fang berada di alam lain)
"Alangkah indahnya jikalau ibu masih ada lagi, boleh adik memperkenalkan kawan-kawan adik kepada ibu" kata Fang sambil mendongak ke langit dan melihat bulan penuh pada malam itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top