Gopal

"Baik kau mengaku sebelum aku halau kau dari sini"

"Jangan halau aku dan kucing ku dari rumah ini"

"Kalau kau tak nak kena halau, baik kau mengaku cepat! siapa yang curi ikan goreng aku!"

Boboiboy dan Gopal seronok sangat menonton drama baru di TV yang bertajuk "Kucing Ku Comot" . Gopal siap menangis lagi melihat kucing yang bernama comot kena halau dari rumah bersama dengan tuan kesayangan dia. Boboiboy pula hampir nak menangis tetapi dia menahan air matanya. Fang muncul disebelah mereka, dia melihat sahaja gelagat 2 orang kawan dia yang asyik menonton drama di TV. "Comot, kesian kau kena halau" kata Gopal sambil mengelap air matanya.

"Gopal, jangan menangis Gopal. Ini semua drama TV sahaja"

"Tahu takpe Boboiboy. Tak sabar nak tengok episode seterusnya esok" Gopal masih lagi mengelap air mata dia. "Eh, bila masa kau ada dekat sini Fang?" baru mereka sedar bahawa Fang sudah berada di kedai Tok Aba.

"Aku dah 2 minit duduk sini, baru korang nak sedar. Tak habis-habis dengan drama sedih korang" kata Fang. Dia tidak kisah langsung dengan drama-drama dekat TV, yang dia tahu donut lobak merah, kebersihan, matematik, buku, buku, buku, belajar, dapat no. 1, abang dia dan juga bola keranjang. "Eleh Fang, cuba kau satu hari tengok drama sedih. Gerenti kau mesti menangis punya" kata Gopal

"Woi, buat apa aku nak tengok drama pula. Baik aku ulangkaji terus"

"Eh, bukan sekolah belum mula lagi ke. Kenapa kau kena ulangkaji pula?" Boboiboy rasa pelik.

"Mestilah kena ulangkaji, tahun depan kan kita nak UPSR. Aku mestilah nak dapat markah yang terbaik! dan aku pastikan aku akan dapat no.1!"

"Cheh, tak habis-habis dengan no.1 dia. Kena belasah dengan Yaya dan Ying, baru kau tahu" Gopal mengambil Ice Blended Chocolate Special dia dan pandang ke arah Fang yang sedang terbayangkan diri dia mendapat no.1 Tiba-tiba sahaja Gopal mendapat satu idea yang bagus. Dia tersenyum kerana idea dia begitu hebat sekali. "Gopal, apasal kau senyum semacam aje nie?" tanya Boboiboy

"Shhh.. aku ada rancangan terbaik untuk Fang" bisik Gopal. Dia melihat Fang supaya dia tidak dengar percakapan antara dia dan Boboiboy. Ternyata Fang masih lagi tengah berangan dengan no.1 dia

"Rancangan terbaik? rancangan apa?"

"Hah, kau tengok sahaja" kata Gopal "Wei Fang, aku nak cabar kau menonton drama Telenovela Seguni Mawar Merah! Aku ada kesemua episode dia"

"Cerita apa tue?"

"Cerita drama yang sungguh menyedihkan. Tiga hari tiga malam aku menangis sebab drama tue, sampai Boboiboy Taufan pun menangis sekali tau" Gopal berdrama di situ sambil lap-lap matanya, padahal tiada air mata yang terkeluar. "Aku bagi kau tengok cerita tue dalam masa satu hari sahaja" Gopal tersenyum sinis kepada Fang. Fang pula berfikir samada nak atau tidak menerima cabaran Gopal tersebut. "Takut ke?" kata Boboiboy yang saja nak takutkan Fang.

"Aku mana ada takut, aku akan terima cabaran kau Gopal tapi kau kena terima cabaran daripada aku juga. Kau kena jawap semua soalan latihan matematik tahun 6 dalam masa satu hari" Gopal terus berpeluh. LATIHAN MATEMATIK?! KENA HABISKAN DALAM MASA SATU HARI?!, fikir Gopal

"hah, macam mana? takut ke?" Fang memang saja nak kenakan Gopal balik. "Dey, aku belum belajar lagi matematik tahun 6, kau bagi lah aku matematik tahun 5 ke tahun 4 ke, baru senang"

"Wei wei, kau terima jelah cabaran dari Fang tue sebelum dia bagi kau yang lebih cabar daripada tue" bisik Boboiboy dekat Gopal. Gopal mula berfikir sebentar, nak terima ke tak nak terima.

"Cepat, nak ke tak. Baik kau mengaku kalah ajelah Gopal" Fang masih lagi menunggu keputusan dari Gopal. Tiba-tiba Gopal mendapat satu lagi idea. Dia terus tersenyum dengan idea nakalnya. Boboiboy rasa takut dengan senyuman Gopal. "Aduh, ini mesti ada idea yang terhebat dari kau kan" kata Boboiboy sambil menepuk dahi dia. "Fang, aku akan terima cabaran dari kau tapi siapa mengaku kalah dulu, dia kena makan biskut Yaya dalam masa seminggu"

"SEMINGGU?! WOI, kau nak bagi kita orang pengsan ke apa"

"Eleh, dulu-dulu abang kau paksa kau makan, elok aje aku tengok" Gopal silang tangan dia dan pandang ke atas. "Cakap ajelah yang kau tue takut sebenarnya"

"Wei, aku tak takutlah" Dua-dua tak nak kalah dengan cabaran masing-masing. Boboiboy pula hantuk-hantuk kepala dia di atas meja kaunter kedai. "Korang nie tak habis-habis nak bergaduh" Ochobot yang ada di situ tergelak sahaja melihat Boboiboy. "Biarkan ajelah Boboiboy, daripada kita ada lagi drama dari si Fang tue, baik kita tengok cerita komedi dari dia orang berdua" Boboiboy mengangkat kepala dia dan melihat Fang dan Gopal sedang merenung tajam ke arah mata masing-masing.

"Yelah Ochobot, lepas tue mesti ada yang kena belasah nanti"

"Boboiboy! kau kena jadi pengadil!" kata Fang dan Gopal serentak. "Aik, apasal aku kena jadi pengadil pula"

"Hah, disebabkan kita orang tak boleh main tipu. Jadi malam ini acara cabaran kita akan bermula di rumah aku. Korang berdua akan tidur dekat rumah aku"

"Wei Fang, rumah kau ada hantulah. Hari tue aku nampak ada hantu dekat ruang tamu rumah kau" Gopal masih lagi ingat hantu yang berlegar-legar di ruang tamu rumah Fang, padahal itu hanyalah hologram yang dipasang oleh Kaizo. Boboiboy dan Fang tergelak kuat kerana teringat kejadian hari itu. "Apasal korang gelak"

"Takde apa lah Gopal. Jangan takutlah Gopal, mana ada hantu, itu hanyalah hologram abang Kaizo sahaja. Jadi malam nie kita berjumpa dekat rumah Fang pukul 8 nanti. Aku akan menjadi pengadil yang lagi mengadilkan" Boboiboy cuba meniru gaya cikgu Papa Zola tetapi gagal.

------------------------------------------------------------------

Pada malam itu, Boboiboy dan Gopal sudah berada di rumah Fang dengan beg baju mereka. Gopal sudah membawa dvd 'Seguni Mawar Merah' untuk memberi kepada Fang. Manakala Fang pula, sudah siap beli buku latihan darjah 6 khas untuk Gopal. Sebelum Gopal datang ke rumah Fang, dia sempat lagi hafal matematik darjah 6. Dia tahu dia akan kalah tapi dia tidak akan berputus asa. Dia yakin Fang akan tertidur melihat drama telenovela Seguni Mawar Merah.

"Baiklah, aku sebagai pengadil. Acara cabaran kita akan bermula tepat pada pukul 8.30 malam"

"Sebelum acara kita bermula, jom makan dulu. Aku ada masakan untuk korang semua" kata Fang. Gopal berharap sangatlah jangan semua makanan ada lobak merah. Kalau donut lobak merah takpe, dia akan makan. Kalau makanan lain, dia tak kan usik. Gopal begitu nasib baik sekali, kerana hari ini tiada menu lobak merah. Kaizo tak bagi adik dia sentuh lobak merah dia. "Fang, kau ajar aku masak boleh tak? Kau memang handal" kata Gopal. Mata dia bersinar-sinar melihat makanan yang ada di atas meja, Fang siang tadi bertumus lumus siapkan mee kari untuk kawan-kawan dia.

"Betul ke kau yang masak nie?" tanya Boboiboy sambil mengambil tempat duduk dia

"Wei, masa aku duduk sorang dekat sini, aku yang masak tiap-tiap hari ok. Kau ingat aku tak reti ke" Fang memberi kepada mereka mangkuk dan berserta dengan sudu dan garpu. Gopal dengan lahapnya, mengambil mee kuning begitu banyak sekali dan dia bubuh kuah kari begitu penuh sekali. Dia tidak sabar untuk merasa masakan Fang.

"Fang, mana abang kau? tak ajak dia makan sekali ke?"

"Abang aku dari pagi tadi di dah pergi ke kapal angkasa dia, sampai sekarang dia belum balik lagi. Kejap lagi balik lah abang aku tue" Mereka senyap sahaja sambil menikmati masakan Fang. Gopal tidak tahan pedas, Boboiboy tahan pedas, manakala Fang pula tak kisah pedas ke tak pedas ke, dia makan sahaja.

"Heheheheee..."

Fang terdengar gelakan dari Mikey. Dia melihat sekeliling dia dan dapati tiada Mikey di situ. Boboiboy dan Gopal tidak mendengar gelakan itu. Fang mahu sahaja bertanya kepada mereka tapi dia mengendahkan sahaja. Dia rasa tidak sedap hati pula. "Korang makan dulu, aku nak pergi tengok sesuatu kejap" Fang keluar dari dapur dan terus memeriksa seluruh rumah dia. Boboiboy berasa pelik, dia melihat sahaja Fang masuk dari satu bilik ke satu bilik. "Apa yang dia sedang buat tue" tanya Boboiboy. Gopal tidak mendengar kata-kata Boboiboy tapi kerana dia terlalu gembira sahaja makan mee kari itu.

"Jaga-jaga lah kau Fang. Kau tunggu dan lihat sahaja nanti.. hehehehehe"

"Mana kau hah" Fang mencari suara itu datang dari mana, sampailah dia melihat cermin yang ada di bilik tetamu. Dia terkejut kerana ternampak jelmaan Mikey di dalam cermin itu. "Hantu?"

"Aku bukan hantu. Aku masih hidup lagi, cuma aku dalam dunia maya sahaja. Kau ingat kau dah menang, kau ingat kau akan hidup aman. Kau silap, aku akan pastikan kawan-kawan kau aku akan menjadi mangsa aku"

Boboiboy! Gopal!, fikir Fang. Dia berlari keluar dari bilik tetamu dan terus ke dapur. Dia melihat mereka masih lagi di situ, menikmati makanan mereka. "Kau kenapa Fang? macam nampak hantu"

"Takde apa. Aku cuma nak pastikan korang dapat makan dengan cukup" Fang berbohong. Mata dia tidak berhenti-henti melihat sekeliling dapur, dia perlu pastikan tiada benda pelik-pelik yang berlaku. Fang sambung balik makan mee kari dia. "Hehehehe.. kau takut Fang"

"SENYAPLAH KAU! BERAMBUS KAU DALAM HIDUP AKU" Fang menjerit di meja makan. Mangkuk yang dia pegang tadi, jatuh pecah di lantai. Habis tumpah kuah kari dan mee jatuh di lantai. Boboiboy dan Gopal terkejut dengan jeritan dari Fang tadi. Gopal dengan mulut penuh dengan mee, mata dia terkebil-kebil melihat Fang menjerit tadi "Dey, kau tak apa-apa ke?"

Fang terus tersedar. "Maaf, aku rasa korang patut balik rumah. Aku tak rasa sedap hati malam nie"

"Fang, ini sebab Mikey ke? Kalau sebab dia, aku rasa kita tak patut tinggalkan kau sorang dekat rumah. Lagipun abang kau belum balik lagi, aku takut nanti apa-apa terjadi dekat kau" kata Boboiboy.

"Tapi aku tak nak korang jadi mangsa dia juga. Ini semua salah aku" Fang hilang selera makan dia. Dia memandang sahaja mangkuk mee kari dia yang berada di hadapan dia.

"Fang, kau jangan kalah dengan dia. Kau kena kuat, kita teruskan sahaja dengan rancangan kita. Kita tunjukkan dekat Mikey yang kau tak gentar dengan ancaman dia" kata Boboiboy. Fang tersenyum dengan kata-kata Boboiboy tadi. "Dah dah, jom makan cepat. Lepas tue kita boleh mulakan cabaran kita!"

-----------------------------------------------------------

Tepat 8.30 malam, Fang sudah berada di depan tv. DVD Seguni Mawar Merah sudah disiap pasang, Fang pula kena tabahkan hati dan mata untuk menonton drama kegemaran Gopal dan Boboiboy. Manakala Gopal pula sudah bersedia di meja makan ruang tamu. Boboiboy duduk disebelah dia tetapi dia tidak boleh membantu Gopal.

10 minit kemudian

Mata Fang hampir nak tutup tapi dia menahan mata dia. Dia menahan diri dia daripada tertidur. Dia tidak boleh kalah dengan cabaran Gopal, kalau tidak, seminggu dia akan pengsan sebab makan biskut Yaya. Gopal pula dari tadi asyik garu-garu kepala kerana soalan no 2 dia masih lagi tidak boleh dijawab.

"Boboiboy, tolonglah aku. Aku tak nak kalah dengan si Fang tue" bisik Gopal

"Isk kau nie, mana boleh main tipu. Kau buat ajelah, salah ke betul ke, kau jawab aje soalan semua tue" kata Boboiboy. Dia pula tak tahu nak buat apa. jadi dia melihat sahaja Gopal menjawab soalan-soalan latihan matematik. "Kau jangan risaulah, Fang macam nak tidur dah tue" tergelak Boboiboy

"Hehehe... lagi semangat aku, kalau macam tue"

1 jam kemudian

Fang masih lagi menahan mata dia. Pemikiran dia asyik fikirkan benda lain, dia sudah tidak tahan dengan drama Seguni Mawar Merah ini tapi dia terpaksa bertahan kerana dia tidak mahu kalah dengan Gopal. Fang cuba fokuskan diri dia dengan drama telenovela tersebut. Gopal pula asyik padam sahaja jalan kerja matematik. Dia sudah berada di mukasurat 4, masih lagi mencari jawapan soalan matematik. Gopal siap menangis kerana tidak dapat menjawab dengan betul.

2 jam kemudian

"Wei Boboiboy, tolong aku satu soalan" Gopal melihat sebelah dia dan dapati Boboiboy sudah tertidur. "Aik, tertidur pulak dia" Gopal melihat Fang, dia juga tertidur di atas sofa. Gopal dengan rasa gembiranya, dia tersenyum sampai ke pipi. Akhirnya Fang kalah dengan cabaran dia dan dia dapat selamatkan diri dia daripada makan biskut Yaya. "Boboiboy! bangun bangun! Aku berjaya! Aku menang!" Gopal cuba kejutkan Boboiboy tapi dia masih lagi belum terjaga

"Boboiboy!" Gopal cuba menjerit dekat telinga dia tapi masih lagi tidak bangun. "Tak kan tidur mati kot kawan aku nie" Gopal bangun dan cuba kejutkan Fang pula. "Fang! bangun! bangun! kau dah kalah!" tapi Fang tidak terjaga dari tidurnya. Gopal menjadi risau. Dua kawan dia terlena tidur sampai tak dengar jeritan dari dia. "Apa jadi nie" Gopal berasa sungguh pelik sekali

"Hehehehehe..."

Gopal terkejut. "Suara siapa tue" Dia mengigil ketakutan. Gopal cuba kejutkan Fang lagi tapi dia masih juga tidak terjaga dari tidurnya. "Fang, bangunlah! bangunlah!" Gopal melihat sekitar ruang tamu dan dapati ada seorang wanita sedang berdiri tidak jauh dari kau

"HA-HANNNTUUUUU!" Gopal berlari dan terlanggar bingkai gambar yang ada di atas meja ruang tamu, lalu dia terus bersembunyi di belakang kerusi Boboiboy. Dia mengoyang-goyangkan kerusi tersebut agar Boboiboy bangun dari tidur. "Bangunlah Boboiboy!" Selepas itu baru dia teringat tentang Hologram Kapten Kaizo. "Cheh, ini mesti Kapten Kaizo punya kerja" Gopal beranikan diri dan terus berdiri. "Wei hantu, aku tahu kau tue cuma hologram sahaja!" Dia kata dengan wanita itu. "Ingat aku takut ke"

"Takut? kau tak takut dengan aku" wanita itu bercakap balik dengan Gopal

"Yelah, kau kan ho- Eh, kau boleh bercakap lah"

"Hahahaha... kau ingat aku nie apa! aku bukan lah hantu yang kau katakan tadi. Aku adalah alien macam Fang nie" Wanita itu datang dekat dengan Fang dan dia mengusik-usik pipi Fang yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Wanita itu datang lagi dekat dan Gopal menjadi takut balik. "Dey, kau nak buat apa dengan kawan aku tue"

"Oh, jangan risau. Aku tak kan buat apa-apa dengan dia, AKU CUMA MAHUKAN KAU SAHAJA!" Gopal terkejut. Selama ini, dia tidak pernah menjadi sasaran orang jahat. Selalunya mesti si budak alien Fang yang kena, tapi kenapa dia pula kali ini, fikir Gopal. "Apasal kau nak aku pula. Siapa kau hah?"

"Aku.. aku adalah kakak kepada Mikey, nama aku ialah Minako. Aku nak kau sebab aku nak melihat berapa lama kawan baik kau akan terseksa melihat satu per satu kawan dia aku tangkap. Ini semua sebab kawan kau, dia yang menyebabkan adik aku sedang koma sekarang nie! Aku tahu roh dia sedang menghantui Fang, aku tahu adik aku nak balas dendam dekat kawan baik kau" Minako melihat Fang dengan pandangan yang sinis sekali. "Aku akan buatkan apa sahaja untuk melihat adik aku gembira, ceria dan bahagia semula. Selama ini dia mencari kawan dia di seluruh galaxy, aku siang malam melihat adik aku sendiri duduk kemurungan apabila dia gagal jumpa balik kawan dia tue, akhirnya dia jumpa tapi... tapi kawan kau tue sanggup bunuh kawan dia sendiri! Selamat adik aku tidak mati, aku sempat selamatkan adik aku. Aku akan rampas balik Fang demi adik aku. Selagi dia tak nak ikut aku dan adik aku balik, selagi itu akan tangkap semua kawan dia termasuklah abang dia sekali"

Gopal berundur pelahan-lahan, dia terlanggar kerusi sebelah Boboiboy dan menyebabkan kerusi itu terjatuh ke lantai. Minako pula datang makin dekat. Gopal menjadi semakin takut. "Boboiboy, Fang, bangun!" menjerit Gopal lagi. Di dalam hati dia tidak berhenti-henti berdoa agar Boboiboy dan Fang terjaga dari tidur mereka.

"Jangan risau, mereka akan bangun tapi semuanya akan terlambat"

"Aku.. aku tiada pilihan lain" Gopal terpaksa berlawan dengan alien itu untuk selamatkan diri dia dan juga kawan-kawan dia. "RASAKAN TUMBUKAN DARI AKU! KUASA TUMBUKAN BATU KERAS!" Gopal berlari dengan tangan dia menjadi separuh batu untuk menumbuk alien jahat itu. "YAHHHHH!"

"Hahaha! kau tak kan dapat kalahkan aku" Sedikit lagi Gopal hampir menumbuk Minako tetapi cahaya terang suluh ke atas Gopal. "HAHAHAHAHAA" Minako ketawa sekuat-kuatnya

"Apa kau buat nie! BOBOIBOY! FANG! TOLONGGGGG!" Gopal dan Minako lesap begitu sahaja. Cahaya tadi juga sudah lesap. Gopal sudah ditangkap oleh alien jahat yang bernama Minako.

------------------------------------------

"PANG! bangunn!" Fang membuka matanya dan nampak abang dia sedang berdiri di depan dia. "Kenapa kau tertidur di depan tv?"

"Tidur? ALAMAK! aduh, nampaknya aku kalah" Fang menepuk dahinya. Nampaknya dia kena makan biskut Yaya selama seminggu. "Apa yang kau merepek nie? Kenapa Boboiboy tertidur dekat meja?"

"Eh, apasal dia tertidur pula" Fang bangun dari sofa dan nampak Boboiboy masih lagi tidur dan sebelah dia pula, kosong. Dia mencari Gopal tapi dia tiada di situ. "Abang, mana Gopal?"

"Gopal?"

"Ha ah, dia sepatutnya ada dekat sini juga. Mana dia?" Fang terus ke sebelah Boboiboy untuk kejutkan dia. "Boboiboy! bangun! bangun!" Fang mengoncang-goncang badan Boboiboy agar dia bangun dari tidur. Boboiboy membuka mata dia dan lalu mengeliat di situ juga. "Kenapa Fang?" Boboiboy menguap

"Gopal takde dengan kita orang" Fang perasan kerusi di sebelah Boboiboy, terjatuh di lantai. Buku latihan matematik masih lagi ada di atas meja. Bingkai gambar dia juga terjatuh di sebelah meja ruang tamu. Fang tidak rasa sedap hati, ada sesuatu yang buruk terjadi dekat Gopal. "Fang?" panggil Boboiboy

"kenapa Pang?" abang dia pula panggil dia

"Gopal.. Gopal kena tangkap dengan Mikey" Fang mengenggam tanganya. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh tertidur, kalau dia tidak tertidur, tentu dia dapat selamatkan Gopal. "Fang, betul ke apa yang kau cakap?" tanya Boboiboy

"Habis tue, tak kan Gopal keluar rumah tanpa beritahu kita pula. Aku yakin, ini mesti si gila tue yang tangkap Gopal"

"hahahahahaha... memang betul pun Fang. Kalau kau nak melihat kawan kau balik, baik kau serahkan sahaja diri kau, Fang"

Suara Mikey datang balik. Fang terduduk di situ dan menjerit sekuat hati

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHH!"

Boboiboy dan Kaizo cuba tenangkan Fang tapi Fang menjerit di situ seperti orang kena histeria. "Pang, Pang!" Kaizo peluk adiknya yang sedang meracau-racau seperti orang gila "JAGA KAU MIKEY! JAGA KAUUUUUU!" Fang menjerit di dalam pelukan abang dia.

"HAHAHAHAHAHAAHAHAHA!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top